KREATIVITI POLITIK NABI MUHAMMAD SAW Oleh
Mohd Azmir Mohd Nizah Pusat Pengajian Teras, USIM
Pengenalan Ramai
penulis, antaranya Afzalur Rahman (1980), Muhammad Husayn Haykal (1976), Safi-ur-Rahman Al-Mubarakpuri ( 1979) dan banyak lagi telah menulis dengan terperinci keperibadian dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Ramai juga penulis dan pengkaji Barat telah mengesahkan tentang kewibawaan Nabi Muhammad SAW, bukan sahaja dari aspek keagamaan, malahan dalam aspek kenegaraan, ekonomi, kepimpinan, motivasi dan sebagainya.
ciri-ciri
serta nilai kepimpinan Nabi Muhammad SAW telah banyak ditulis dan dianalisa oleh penulispenulis Barat, antaranya, Ernest Renan (1851), Montgomery Watt (1974), John Esposito (1984), Armstrong (2006), Federer (2008), dan banyak lagi. Kesemuanya mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin, bukan sahaja ketua sebuah keluarga, baginda juga ketua kepada sebuah Negara Islam, pemimpin bagi umat Islam seantero dunia, juga pemimpin umat manusia. Kehebatan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin pastinya memerlukan nilai dan ciri-ciri kepimpinan yang sangat tinggi, efektif dan kreatif.
Javeed
Akhter (2001) menyifatkan pemimpin sebuah Negara ialah individu yang tidak berfikiran singkat, berpartisan, atau bersikap oppurtinistik.
Penulis
–penulis Barat,
seperti Montgomery Watt ( 1974) menyifatkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang strategis politik yang mempunyai pandangan yang jauh. John Esposito (1984) dan Michael Hart (1992) juga mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai seorang individu yang menjadi tauladan bagi semua pemimpin sepanjang zaman.
Dalam perbincangan ini, kita akan cuba meneliti 2 (dua) peristiwa yang dapat kita kenalpasti tentang ciriciri kreatif Rasulullah SAW
Kes 1: Perjanjian Madinah
Fakta: Perjanjian
ini juga dikenali sebagai Piagam Madinah atau ‘Mithaq al-Madinah’ atau Sahifah alMadinah pada tahun 622M /1 Hijrah.
Perjanjian
Madinah merupakan sebuah dokumen perjanjian politik , sosial kontrak (Watt, 1956) dan undang-undang yang menjamin kebebasan beragama,(25-35) kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat, tanggungjawab mempertahan Negara, hak untuk memiliki harta, hak komuniti bukan Muslim,dan juga sistem kehakiman dalam menyelesaikan konflik.(23) (Husayn, 1976).
Fakta: Terdapat 47
10 bahagian
fasal 23 tatacara muamalat umat islam (antara Muhajirin dan Ansar) 24 tatacara umat Islam dan Yahudi Madinah menjadi dasar perhubungan sosioekonomi-politik masyarakat Madinah
H.A.R
Gibb (1949)- Perjanjian Madinah merupakan dokumen yang mendidik akhlaq masyarakat Madinah, yang disusun berperingkat, dan bukan dalam bentuk revolusi, yang tidak wujud di dalam Al-Quran, menggambarkan peranan wahyu dan peribadi Rasulullah.
Piagam Madinah yang serba lengkap dalam konteks perlembagaan, sosial dan ekonomi, telah membuktikan tentang corak pemikiran Rasulullah SAW yang unik dan mahir ( fluency of thinking), berwawasan ( berpandangan jauh), dapat memahami situasi dengan pantas, serta asli.
Komposisi
penduduk Madinah juga menggambarkan sebuah Negara moden dengan penduduk yang pelbagai, yang terdiri daripada Muhajirin, Ansar (Aus dan Khazraj) dan Yahudi (heterogenous). Perjanjian ini penting kerana, orang Yahudi merupakan kaum yang menguasai ekonomi Madinah (Yathrib), dan sering berlaku konflik sosial antara Aus dan Khazraj.
Disini
dapat dilihat Rasullullah telah mempamerkan keupayaan berfikir dengan jelas oleh Rasulullah dalam memahami situasi masyarakat Madinah. Baginda juga telah secara konsisten dalam mempertahankan perjanjian yang telah dipersetujui.
Rasullullah
telah membentuk pasukan peronda kecil sebagai salah satu cara strategi baginda dalam mempertahan Madinah. Tindakan baginda ini memperlihatkan kewibawaan baginda sebagai pemimpin serta berpandangan jauh dalam menjamin rakyatnya.
Kes 2: Perang Badar INSIDEN 1: Sebelum
berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan.
Mereka
mengumpulkan maklumat yang perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin AlAwwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka.
INSIDEN 2: Maklumat
yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 ekor. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera. Disini dapat kita fahami bahawa Rasulullah SAW mengajar kita setiap dari apa yang kita lakukan perlu kepada perancangan strategik bagi menghadapi musuh.
INSIDEN Hubab
3:
bin Munzir bertanyakan kepada Rasulullah, samada perintah untuk berhenti di satu tempat bernama Al-Urwa al- Dunya yang terletak di sebelah utara Badar adalah daripada wahyu, maka Rasullullah menjelaskan bahawa ia merupakan strategi perang, dan bukan daripada wahyu.(Zulkifli & Noor Naemah, 2012).
Kemudian
Hubab memberikan pandangan agar khemah yang akan didirikan agar berdekatan dengan telaga yang paling baik.
Maka,
Rasulullah bersetuju dengan pandangan Hubab. Kemudian Baginda memerintah agar dibuat kolam berhampiran telaga tersebut.
Insiden ini jelas membuktikan bahawa Rasullulah seorang pemimpin Negara yang bukan sahaja boleh memerintah, malahan dapat menerima pandangan dengan sikap minda terbuka baginda. Ia juga jelas menunjukkan bahawa Rasulullah jelas mementingkan perbincangan dan menerima pandangan sahabat-sahabat baginda.
INSIDEN 4:
Sudah menjadi kebiasaan sebelum pertempuran yang besar berlaku, ia dimulakan dengan pertandingan satu lawan satu. Apabila tiga orang Quraisyh mencabar sahabat, tiga orang sahabat dari Ansar telah menyahut cabaran tersebut.
Namun begitu, Utbah bin Rabi’ah serta anak dan saudaranya bersama menyedari yang menyahut cabaran tersebut bukanlah orang Mekah, maka Rasullullah membenarkan Ubaidah, Hamzah dan Ali bin Abi Talib untuk bertarung.
Jelas, dalam senario ini, apa yang dilakukan oleh Rasulullah menunjukkan bahawa baginda mempunyai tahap kesabaran dan rasionaliti yang tinggi walaupun dalam keadaan yang runcing dan kritikal.
INSIDEN 5:
Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat menanam mayat tentera musyrikin. Setelah selesai, baginda berdiri di situ dan berseru memanggil nama pemimpin-pemimpin Quraisy yang mati itu.
Saidina Umar yang memerhatikan peristiwa itu bertanya kepada baginda dan Baginda menjawab, “Demi Allah yang diriku berada dalam genggamannya, bukanlah kamu sahaja yang mendengar…”.
Dalam situasi ini, jelas dapat dilihat motivasi ataupun objektif Rasulullah dalam berperang bukanlah untuk membunuh semata-mata, tetapi merupakan sebagai jalan terakhir dalam berdakwah kepada Musyrikin Mekah kepada Islam. Motivasi yang benar dan kuat menjadikan Rasulullah seorang yang kreatif dalam menangini segala konflik yang berlaku.
INSIDEN
6:
Namun
cabaran yang berlaku ialah perbezaan pendapat dalam kalangan sahabat berkaitan harta rampasan dan tawanan perang. Terdapat 70 orang tawanan.
Maka
Rasullulah berbincang terlebih dahulu dengan sahat-sahabat. Disini kualiti berfikiran terbuka dan berbincang dapat dilihat dalam diri Rasullulah.
70
orang tawanan-tebusan ( Surah Anfal : 67-68) atau mengajar
Harta
rampasan- diagih sama rata ( Surah Anfal :1)
Dalam
isu ini, sekali lagi Rasulullah mempamerkan kualiti pemikiran kreatif baginda dengan sabar terhadap sahabat dan memahami situasi sahabat sehingga sanggup berkorban daripada menerima bahagian baginda.
Surah
Anfal:41
membetulkan
dan memaklumkan tentang ada cara yang lebih baik dalam pembahagian harta tersebut.
Situasi
ini membuktikan bahawa kemampuan aqal dan kebijaksanaan Rasulullah yang asli merupakan faktor yang mempengaruhi keupayaan pemikiran kreatif Rasulullah walaupun terbatas dengan wahyu dari Allah swt.