ANALISIS PENGHAKIMAN KES-KES HADHANAH DARI ASPEK MASLAHAH: KAJIAN LITERATUR
Ruhmawati Binti Khuzaimah Zaini Bin Nasohah
ABSTRAK Perceraian ibubapa boleh menyebabkan anak mengalami gangguan atau perubahan emosi, mental dan tingkahlaku.Faktor persekitaranatau dengan siapa anak bergaul juga boleh mempengaruhiproses perkembanganhidupnya. Masyarakat memandang serius perkara ini, maka tidak hairanlah maslahah kebajikan anak menjadi penekanan Mahkamah termasuklah Mahkamah Syariah. Namun permasalahannya, merekamasih berisiko menghadapi tekanan dalam hidup dan usahamenangani keadaan iniperlu diambil perhatian. Oleh yang demikian, timbul persoalan adakah Mahkamah mengutamakanmaslahah kebajikan anak dalam penghakiman kes-kes hadhanah?, apakah aspek-aspekmaslahah kebajikan anak yang menjadi keutamaan Mahkamah? dan, bagaimana Mahkamah membuat pertimbangan apabila berlaku pertembungan antara maslahah kebajikan anak dengan maslahah ibubapa atau pihak lain? Kajian ini berbentuk kualitatif, denganmenggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan untuk pengumpulan data dan maklumat melalui pencarian bahan-bahan seperti buku, jurnal, tesis, kertas kerjadan artikel. Teknik penganalisaan data dilakukan secara analisis kandungan bagi mendapatkan maklumat secara lebih mendalam. Hasil kajian mendapati, Mahkamah Syariah mengutamakan maslahahkebajikan anak di dalam kes-kes hadhanah yang diputuskan. Walau bagaimanapun, terdapat juga antara penghakiman yang dirujuk, tidak menjelaskan secara nyata tentang maslahahsama ada pertimbangan yang dibuat menekankan aspek ini atau tidak. Sehubungan itu,timbul persoalan lain tentang apakah pendirian para hakim berhubung kepentingan mempertimbangkanmaslahahkebajikan anak dalam kes-kes hadhanah? atau, adakah terdapat pendekatan tertentu yang digunapakai oleh hakim dalam mempertimbangkan maslahah kebajikan anak?. Satu kajian lanjut dirasakan perlu bagi menjawab persoalan ini. Hasil kajian ini dirasakan amat penting dan diharapkan dapat memberikan input ke arah penambahbaikan penyampaikan perkhidmatan dalam konteks Sistem Kehakiman Syariah di Malaysia. PENGENALAN Menurut Ulama Bahasa, maslahah didefinisikan sebagai husn al-hal. Jika dilihat dari segi istilah, perkataan maslahah adalah berasal dari wazan “maf’alah”, yang menunjukkan sesuatu yang terbit dari sesuatu. Manakala dari segi bahasa pula membawa maksud kemaslahatan atau kebaikan yang banyak. (Asmawi Mohamed Naim 2003). Dari segi Usul Fiqh pula, maslahah ini dilihat berdasarkan beberapa kategori antaranya dalam bentuk Dharuriyyat iaitu sesuatu perkara yang menjadi teras dalam kehidupan manusia, Hajiyyat iaitu sesuatu yang menjadi keperluan bagi menyelesaikan permasalahan hidup seharian dan seterusnya Tahsiniyyat iaitu sesuatu yang bersifat pelengkap yang boleh memberi nilai yang lebih baik dalam kehidupan
manusia termasuklah mempunyai nilai akhlak dan berpekerti mulia. (Khairunnas Rejab, Efrinaldi. 2009,Selamat Hashim 2010). Maslahah merupakan salah satu cara mengistinbat hukum yang digunapakai bersesuaian dengan perubahan sosial dan kemajuan zaman meletakkan sistem perundangan bersifat elastik dan multi-dimensional tanpa mengenepikan kehendak asal Hukum Syarak (maqasid Syariah). Perkembangan ini bertujuan memelihara dan menjamin maslahah seluruh umat manusia. (Khairunnas Rejab, Efrinaldi. 2009). Maqasid Syariah merupakan suatu cabang ilmu Islam yang sangat penting yang menjadi teras dalam Hukum Syarak bagimemastikan maslahah atau kepentingan umat manusia sentiasa terpelihara dan tidak dicerobohi.(Prof. Madya Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari 2011,Ustaz Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab al-Madani al-Azhari 2012). Menurut Hukum Syarak, tidak ada suatu perkara pun, apabila ia membawa kepada mudarat, melainkan diperintahkan untuk menjauhinya, malah tidak ada suatu perkara pun, apabila ia membawa kepada maslahah, melainkan diperintahkan untuk mewujudkannya.(Asmawi Ag. 2012) Dari aspek perundangan, para pakar undang-undang mengkategorikan ketiga-tiga bahagian maslahahiaitu Dharuriyyah, Hajiyyah dan Tahsiniyyah, meliputi lima keperluan asas yang disebut al-masalih al-khamsah iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. (Khairunnas Rejab, Efrinaldi. 2009). Maslahah kebajikan anak amat ditekankan dalam kes hadhanah sepertimana diperuntukkan di bawah Seksyen 86(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 contohnya, yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mempertimbangkannya sebelum membuat keputusan. Merujuk seorang pakar psikologi Judith Wallerstein, beliautelah membuat satu kajian di California selama 25 tahun terhadap 131 orang kanak-kanak yang ibubapa mereka telah bercerai. Hasil Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak ini mengalami masalah tekanan jiwa yang hebat. Kajian ini dijalankan dengan mengikuti perkembangan kanak-kanak ini sehingga dewasa, dan hasil kajian mendapati bahawa sebilangan besar dari mereka terbabit dengan gejala yang negatif. Antaranya ada yang terlibat dengan arak, dadah, zina atau seks bebas akibat tekanan dialami.(http://sekadarpendapat.blogspot.com/2010/03/berebut-anak.html 26 Mac 2010). Pemakaian prinsip maslahah ini amat relevan dan bersesuaian untuk diaplikasikan dalam pertimbangan membuat keputusan untuk kes-kes hadhanah di Mahkamah Syariah. Pertimbangan maslahah ini boleh dilakukan dengan mengutamakan aspekaspek maslahah berdasarkan darjah keutamaan dan kepentingannya iaitu dari segi maslahahdharuriyyah, hajiyyahmahupuntahsiniyyah.(Roslina Che Soh, Nora Abdul Hak. 2011). Menurut Profesor Madya Dr. Mariani Md Nor, seorang Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), menyatakan bahawa, kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah mengalami gangguan psikologitanpa kita sedari akibat perceraian yang berlaku antara kedua ibubapanya malah ia boleh membawa kepada kesan yang boleh
152
memudaratkan(http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Natijahperceraian/Article 26 Februari 2011). Walaupun pertikaian tentang hadhanah kebiasaannya dirujuk untuk diputuskan oleh Mahkamah, namun permasalahan kajiandi sini, ialah anak-anak mangsa perceraianmasih berisiko menghadapi tekanan dalam hidup dan usaha menangani keadaan ini perlu diambil perhatian. Justeru, berdasarkan permasalahan kajian tersebut, timbul beberapa persoalan kajian iaitu adakah Mahkamah menekankan pertimbangan maslahah anak dalam penghakiman kes-kes hadhanah? atau, apakah aspek maslahah anak yang menjadi keutamaan Mahkamah? dan, bagaimana Mahkamah membuat pertimbangan apabila berlaku pertembungan antara maslahah anak dengan maslahah ibubapa atau pihak lain? Berdasarkan kepada persoalan kajian, maka objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep maslahah berdasarkan pendapat para ulama, menganalisis aspekaspek maslahah berdasarkan kehendak maqasid syariahdan perkaitannya dengan nas Syarak sertamenganalisis tentang pengaplikasian prinsip maslahah anak dalam penghakiman kes-kes hadhanah di Mahkamah Syariah di Malaysia. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat melalui pencarian bahan-bahan seperti buku, jurnal, tesis, kertas kerja dan artikel. Teknik penganalisian data dilakukan secara analisis kandungan bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki secara lebih mendalam, yang menjadi fokus dalam kajian ini. ANALISIS SOROTAN LITERATUR Menerusi analisis sorotan literatur berkaitan maslahah, maka bolehlah dibahagikan kepada tiga perkara iaitu: Maslahah menurut pendapat para ulama Para Ulama berbeza pendapat berhubung pemakaian prinsip maslahah dalam menangani permasalahan semasa yang sering berubah-ubah. Perbezaan ini adalah dari segi perkaitan maslahah sama ada terdapat ketetapan asasnya di dalam nas Syarak atau tidak bagi mengaitkannya dengan sesuatu permasalahan baru yang timbul dalam masyarakat. Pendapat para ulama ini boleh dikategorikan kepada tiga iaitu: Golongan Pertama Ini merupakan pendapat golongan Shafie dan juga Hanbali. Kedua-dua golongan ini lebih mengutamakan nas syarak berbanding maslahah, malah dalam hal keadaan, apabila didapati terdapat pertentangan dengan nas Syarak, prinsip maslahahtidak akan digunapakai walaupun pertentangan itu hanya bersifat zanni. Golongan Shafie akan berhukum menggunakan kaedah al-dharurah apabila berdepan dengan suatu keadaan atau permasalahan yang membahayakan. Golongan Hanbali pula lebih mengutamakan nas Syarak dan fatwa para sahabat berbanding maslahah. (Ridzwan Ahmad 2011).
153
Golongan Kedua Ini merupakan pendapat para pendokong mazhab Maliki dan juga Hanafi. Golongan ini berpendapat bahawa maslahah yang bersifat qat’ieadalah lebih utama berbanding nas Syarak yang bersifat zanni. Ini bermakna bagi golongan ini,maslahah boleh mentakhsiskan ayat al-Quran yang bersifat zanni. Begitu juga,hadis ahad akan ditolak apabila wujud pertentangan denganmaslahah yang bersifat qat’ie. Mereka berpendapatmaslahah yang mempunyai ketetapan yang bersifat qat’ie termasuk dalam kategori maslahah yang diakui dan selari dengan Syariat Islam. (Ridzwan Ahmad 2011). Golongan Ketiga Ini merupakan pendapat Najm al-Din al-Tufi. Beliau berpendapat apabila berlaku pertentangan antara maslahah dengan nas, Ijmak atau dalil-dalil Syarak yang lain, dalam permasalahan muamalat atau adat, maka maslahah perlu diutamakan berbanding yang lainnya dengan cara al-bayan(penjelasan). Walau bagaimanapun, menurut al-Tufi keutamaan maslahah ini tidak terpakai dalam perkara ibadat (Ridzwan Ahmad 2011). Pendapat golongan pertama dianggap pendapat yang paling rajih dan disepakati Jumhur Ulama. Ini kerana golongan ini mengutamakan nas Syarak dalam pembinaan hukum Islam. Keutamaan nas mengatasi maslahah ini secara tidak langsung meraikan maslahah. Ini kerananas Syarak sendiri terbina demi maslahah umat manusia di dunia mahupun di akhirat. (Ridzwan Ahmad 2011). Maslahah berdasarkan Maqasid Syariah MaslahahDalam Memelihara Agama Dalam penentuan hak hadhanah, seseorang itu mestilah seorang yang beragama Islam bagi melayakkan beliau mendapat hak hadhinah, ini jelas apabila wujud pertikaian melibatkan pihak-pihak yang berlainan agama, maka hendaklah diutamakan pihak yang beragama Islam bertujuan memelihara maslahah agama (Roslina Che Soh, Nora Abdul Hak. 2011) malah jelas ditegaskan di dalam al-Quran1.
1
Firman Allah SWT yang bermaksud:“…(Mereka yang munafik itu ialah) orangorang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)". Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?" Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”. (alQuran, An-Nisa’, 4:141)
154
Maslahah Dalam Memelihara Nyawa Memelihara nyawa merupakan perkara kedua yang paling pentingdalam al-masalih al-khamsahdan perlu diutamakan bagi memelihara maslahah umat manusia. Keutamaan memelihara nyawa ini amat ditekankan oleh Hukum Syarak 2 malah tidak boleh dianggap ringan. Maslahah Dalam Memelihara (Jiwa) Akal Al-Quran turut menjelaskan tentang kepentingan memelihara jiwa (akal) manusia3 dan ia merupakan kepentingan dharuriyyah dan tergolong dalam al-masalih alkhamsah. Maslahah Dalam Memelihara Keturunan Selain memelihara agama, nyawa dan akal sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Islam turut menekankan akan kepentingan memelihara nasab atau keturunan4. Kepentingan ini jelas kerana ia juga digolongkan dalam al-masalih alkhamsah. Maslahah Dalam Memelihara Harta Antara lain yang turut diketegorikan dalamal-masalih al-khamsahialah maslahah dalam memelihara harta. Islam amat menegaskan dalam perkara memelihara harta ini sama ada harta milik sendiri atau harta milik orang lain5.
2
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (al-Quran, al-Israa’, 17:31). 3
Firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklahdiberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan”. (al-Quran, al-Baqarah, 2:233) 4
Firman Allah SWT yang bermaksud:“...Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya”.(al-Quran, al-An’am, 6:151) 5
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada 155
Analisis penghakiman kes-kes hadhanah Berdasarkan 20 penghakiman kes-kes hadhanah yang dirujuk, didapati terdapat 15 penghakiman dapat difahami secara jelas menjadikan maslahah anak sebagai perkara utama yang ditekankan sebelum keputusan tentang hak hadhanah dibuat6. Walau bagaimanapun, terdapat juga 5 penghakiman yang tidak dapat dipastikan sama ada keputusan yang dibuat semata-mata mempertimbangkan kelayakan pihak-pihak sebagai hadhinahatau turutmelihat secara mendalam dari aspek maslahah anak, menepati peruntukkan undang-undang dan hukum Syarak, tetapi tidak dijelaskan secara nyata dalam penghakiman7. Merujuk kepada peruntukkan Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri, contohnya Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, terdapat beberapa peruntukkan berhubung hadhanah, ini termasuklah Seksyen 87 enakmen tersebut memperuntukkan secara khusus yang memberi kuasa kepada Mahkamah untuk mempertimbangkan maslahah anak sebagai perkara yang perlu dititikberatkan dalam proses membuat keputusan. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa pertimbangan maslahah anak ini telah lama diaplikasikan dalam kes-kes hadhanah8 sepertimana telah digariskan secara jelas oleh Hukum Syarak. Ini kerana dalam kes hadhanah, hak hadhanah adalah milik si anak dan maslahah anak adalah menjadi pokok persoalan yang utama untuk diputuskan. Hasil kajian juga mendapati, Mahkamah amat menekan aspek-aspek tertentu khususnya dari segi keperluan spiritual seperti pendidikan agama, keperluan dari segi emosi (mental) termasuklah dari segi persekolahan mahupun kasih sayang dari penjaga dan ahli keluarga, keperluan fizikal termasuklah keperluan tempat tinggal, pakaian dan makan minum, malah dengan siapa anak tersebut tinggal turut
dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik”.(al-Quran, an-Nisa’, 4:5) 6
Wan Abdul Aziz v Siti Aishah [1980] JH(1401)H Jil.I(I) 47-49, Wan Abdul Aziz v Siti Aishah(2) [1980] JH(1401)H Jil.I(I) 50-54, Kes Harun v Che Gayah[1980] JH(1401)H Jil.I(I) 66-68, Mohamed v Azizah[1980] JH(1401)H Jil.I(I) 79-81, Rugayah v Bujang[1989] JH(1410)H Jil.VI(II) 332-337, Maimunah Bt Inalhage v Abdullah B. Hussin[1990] JH(1410)H Jil. VII(1) 88-94, Rahanim Bt Mohd. Yobe v Adnan Bin Ahmad[1994] JH(1423)H Jil.IX(II)216-224, Nong Azman Shah v Ahood Thamar Badei[1997] JH(1418)H Jil.XI(II) 165-172, Maheran Bte Abdullah v Khairudin Bin Abd. Majid[1997] JH(1418)H Jil.XI(II) 187-191, Abdul Rahman v Husna & seorang lagi [1998] JH(1419)H Jil.XII(II) 221-239, Hasanah binti Abdullah v Ali bin Muda[1999] JH(1420)H Jil.XIII(II) 159-184, Safura Binti Badarudin v Azhar bin Arifin[1999] JH(1420)H Jil.XIII(II) 237-246, Faridah Binti Daud & Seorang lagi v Mohd Firdaus Abdullah @ Jettle Francis[2002] JH(1423)H Jil.XV(I) 25-46, Azizi bin Ramli & Kiah bt Man v Wan Sharinee Fitra bt Wan Yahaya & Zainab bt Hashim[2004] JH(1425)H Jil.XVIII(I) 39-46, Maimunah binti Hamzah v Mohammad bin Embong[2005] JH(1426)H Jil.XX(II)270-305 7
Ramlah v Mohamed[1981] JH(1401)H Jil.I(II) 77-79, Zawiyah b Ruslan[1981] JH(1401)H Jil.I(II) 102-110, Zahrah Binti Omar v Saidon Bin Itam[1983] JH(1403)H Jil. III(II) 225-229, Sharifah Sapoyah v Wan Alwi[1989] JH(1410)H Jil.VI(II) 259-268. 8
Berdasarkan analisis terhadap penghakiman kes-kes hadhanah yang terdapat di dalam Jurnal Hukum antara tahun 1980 hingga 2005.
156
dititikberatkan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan hidup seharian anak tersebut. Semua ini merupakan teras bagi memastikan agar kebajikan dan keperluan anak tidak terabai malah dapat membantu anak-anak tersebut menghadapi perubahan gaya hidup akibat perceraian antara ibubapa dengan cara yang lebih positif dan terbimbing. Aspek-aspek penekanan ini secara jelas adalah menepati kehendak Hukum Syarak malah turut merangkumi al-masalih al-khamsah yang meliputi aspek kepentingan dari segi agama, nyawa, jiwa (akal), keturunan mahupun harta. Kepentingan mementingkan maslahah anak ini jelas menjadi teras kepada Mahkamah Syariah bertepatan dengan prinsip asas dalam hadhanah adalah bermatlamatkan maslahah anak sebagai empunya hak untuk hadhanah tersebut. Ini jelas apabila berlaku pertembungan antara maslahahanak dengan maslahah ibu atau bapa atau pihak lain, maka sudah pasti maslahah anak yang paling diutamakan. ULASAN LITERATUR Berdasarkan analisis literatur yang dijalankan, hasil kajian mendapati, perceraian ibubapa menyebabkan anak-anak berisiko terdedah kepada kesan-kesan negatif seperti mengalami gangguan emosi, mental malah spiritual yang turut membawa kepada perubahan tingkahlaku, akibat perubahan gaya hidup yang terpaksa dihadapi. Dalam menyelesaikan kemelut pertikaian hak hadhanah melibatkan anak-anak mangsa perceraian ini, Mahkamah Syariah telahpun memainkan peranan yang amat penting dengan menitikberatkan pertimbangan maslahah kebajikan anak di dalam penghakimannya, malah bertepatan dengan kehendak Hukum Syarak. Walau bagaimanapun, masih terdapat penghakiman yang tidak dinyatakan secara jelas tentang pertimbangan maslahah ini hingga menimbulkan persoalan sejauhmana pengetahuan dan pendirian para hakim berhubung prinsip maslahah ini, atau adakah terdapat pendekatan tertentu yang digunapakai dalam konteks penghakiman kes-kes hadhanah. KESIMPULAN Berdasarkan literatur terhadap kajian-kajian lepas, satu kajian perlu dilakukan bagimengkaji tentang pengetahuan dan pendirian hakim syarie berhubung pertimbanganmaslahah anak dalam kes-kes hadhanah, di samping mengenalpasti tentang pendekatan yang digunapakai oleh para hakim dalam membuat pertimbangan berhubung maslahah anak ini. Ini berdasarkan kepada kajian literatur yang mendapati bahawa terdapat penghakiman kes yang terlalu ringkas malah tidak ada menyentuh tentang isu maslahah kebajikan anak. Justeru, kajian terhadap pembentukan satumekanisme khas perlu dijalankan bagi memastikan tiada sebarang kekaburan atau pertikaian dalam melaksanakan prinsip maslahah kebajikan anak di dalam proses pertimbangan membuat keputusan kes-kes hadhanah, dan pada masa yang sama dapat memastikan maslahahanak terjamin dan terpelihara. RUJUKAN Al-Quran
157
Asmadi Mohamed Naim. 2003. Maslahah dan Nas - Suatu Wacana Semasa. Jurnal Syariah, 11(2): 15-26. Asmadi M. Ag. 2012. Memahami Konsep Maslahah sebagai Inti Maqasid al-Syariah. Makalah Workshop Tafsir Asnaf Zakat Kontemporer.Anjuran Institut Manajemen Zakat, Ciputat, 9 August. Khairunnas Rejab, Efrinaldi. 2009. Rekonstruksi Teori Maslahah Dalam Kajian Pembaharuan Perundangan Islam : Analisis Terhadap Pemikiran Najm al-Din alTufi. Jurnal Syariah, 17(3): 593-606. Prof Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari.2011. Metod Fatwa AlQardawiDalam Menangani Isu-isu Semasa, Batu Caves: Al Hidayah Publication. Ridwan Ahmad. 2011. Pertentangan di antara nass dengan Maslahah dan hubungannya dengan Bid’ah. Jurnal Syariah, 19(1): 85-118. Selamat Hashim. 2010. Maslahah dalam perundangan hukum Syarak, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, hlm. 55-63. Ustaz Wan Mohd Nasir Bin Wan Abd Wahab Al-Madani Al-Azhari. 2012. Pengenalan Asas Kepada Maqasid Syariah, Objektif Hukum Hakam Islam. Shah Alam: PSN Publications Sdn. Bhd. Kes Wan Abdul Aziz v Siti Aishah [1980] JH(1401)H Jil.I(I) 47-49 Kes Wan Abdul Aziz v Siti Aishah(2) [1980] JH(1401)H Jil.I(I) 50-54 Kes Harun v Che Gayah [1980] JH(1401)H Jil.I(I) 66-68 Kes Mohamed v Azizah[1980] JH(1401)H Jil.I(I) 79-81 Kes Ramlah v Mohamed[1981] JH(1401)H Jil.I(II) 77-79 Kes Zawiyah b Ruslan[1981] JH(1401)H Jil.I(II) 102-110 Kes Zahrah Binti Omar v Saidon Bin Itam[1983] JH(1403)H Jil. III(II)225-229 Kes Rugayah v Bujang[1989] JH(1410)H Jil.VI(II) 332-337 Kes Sharifah Sapoyah v Wan Alwi[1989] JH(1410)H Jil.VI(II) 259-268 Kes Maimunah Bt Inalhage v Abdullah B. Hussin[1990] JH(1410)H Jil. VII(1) 88-94 Kes Mat Nordin bin Seh v Ainon Bt Samad[1990] JH(1410)H Jil. VII(1) 95-97 Kes Rahanim Bt Mohd. Yobe v Adnan Bin Ahmad[1994] JH(1423)H Jil.IX(II)216224 Kes Nong Azman Shah v Ahood Thamar Badei[1997] JH(1418)H Jil.XI(II) 165-172. Kes Maheran Bte Abdullah v Khairudin Bin Abd. Majid[1997] JH(1418)H Jil.XI(II) 187-191 Kes Abdul Rahman v Husna & seorang lagi [1998] JH(1419)H Jil.XII(II) 221-239
158
Kes Hasanah binti Abdullah v Ali bin Muda[1999] JH(1420)H Jil.XIII(II) 159-184 Kes Safura Binti Badarudin v Azhar bin Arifin[1999] JH(1420)H Jil.XIII(II) 237-246 Kes Faridah Binti Daud & Seorang lagi v Mohd Firdaus Abdullah @ Jettle Francis[2002] JH(1423)H Jil.XV(I) 25-46 Kes Azizi bin Ramli & Kiah bt Man v Wan Sharinee Fitra bt Wan Yahaya & Zainab bt Hashim[2004] JH(1425)H Jil.XVIII(I) 39-46 Kes Maimunah binti Hamzah v Mohammad bin Embong[2005] JH(1426)H Jil.XX(II)270-305 Nurhidayah Muhd Hashim, 2010. Utama Kebajikan Anak Selepas Berpisah. http://sekadarpendapat.blogspot.com/2010/03/berebut-anak.html [26 Mac 2010] Shaidah Shafie, 2011. Natijah Perceraian. Kanak-kanak, remaja alami trauma berpanjangan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Natijahperceraian/Article [26 Februari 2011].
159