HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
NAMA PENSYARAH: DR MD. NOR BIN ABDULLAH
NAMA PELAJAR: FATIMAH BINTI HUSSIN
NAMA PROGRAM: HUJJAH GALA NIGHT DINNER TARIKH: 28 MEI 2015 (KHAMIS) TEMPAT: BILIK BANKUASI BANGUNAN CANSELORI UKM ANJURAN: KELAB HUJJAH DAN JABATAN SYARIAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA : “Semarak Kasih, Seindah Memori” TARIKH LAPORAN DISEDIAKAN: 2 JUN 2015 (SELASA)
1.0
PENGENALAN
Program Hujjah Gala Night Dinner merupakan satu program makan malam yang diadakan khusus bagi meraikan para pelajar tahun akhir Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Kelab Hujjah dan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam. Ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah para pelajar tahun dua dan tahun satu Jabatan Syariah. Hal ini bagi memberikan penghargaan terhadap para pelajar yang akan meninggalkan Universiti Kebangsaan Malaysia setelah tamat ijazah sarjana muda. Tema bagi program ini adalah ‘Semarak Kasih, Seindah Memori’. Laporan ini disediakan bagi memenuhi tugasan subjek HHC9201 iaitu Kemahiran Komunikasi di bawah kelolaan Dr Mohd Nor Bin Abdullah. Dalam laporan ini akan dihuraikan mengenai kemahiran-kemahiran komunikasi yang telah sedikit sebanyak dikutip melalui pengalaman sepanjang menguruskan program ini.
2.0
LATAR BELAKANG
Program ini telah diadakan pada hari Khamis 28 Mei 2015 bermula jam 8.00 malam sehingga 11.00 Malam di Bilik Bankuasi Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Seramai kira-kira 300 orang individu terlibat dalam menjayakan program ini yang terdiri daripada pelbagai unit. Di samping itu, program ini secara tidak langsung mencungkil bakat-bakat dan kemahiran para ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menguruskan program ini. Program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar. Ketua program telah membahagikan tugas-tugas kepada beberapa cabang. Setiap tugas mempunyai ketua bagi unit masing-masing dan bagi setiap unit pula ada ahli jawatankuasa yang lain.
3.0
PENCAPAIAN AKTIVITI (KEMAHIRAN KOMUNIKASI)
Dalam program ini, saya berpeluang untuk mencungkil kemahiran berkomunikasi sesuai dengan subjek yang telah saya ambil iaitu HHHC9201 Kemahiran Komunikasi. Antara contohnya ialah saya perlukan kemahiran berkomunikasi yang baik sesama ahli jawatankuasa bagi membincangkan mengenai masalah-masalah
yang masih
terbelenggu sewaktu program dirancang. Saya juga berkomunikasi dengan baik dengan pensyarah sewaktu ingin menjemput mereka ke majlis jamuan ini. Selain itu, saya turut berkomunikasi dengan rakan-rakan seunit dalam perbincangan mengenai tugasan bagi unit kami iaitu unit cenderemata. Hal ini apabila perbincangan yang rapi diperlukan bagi menyediakan hadiah dan cenderamata yang sesuai kepada semua peserta dan hadirin serta pensyarah yang akan hadir pada malam majlis jamuan tersebut diadakan. Selain itu, kemahiran berkomunikasi turut dicungkil apabila saya berhadapan dengan penjual barangan cenderamata apabila kami ingin menawarkan harga sewaktu membeli cenderamata dengan kuantiti yang banyak. Para penjual menunjukkan tidak balas yang positif dan mengurangkan sedikit harga kepada kami lantaran kuantiti yang banyak tersebut. Seterusnya, kemahiran komunikasi dapat dibuktikan apabila saya dan rakanrakan ingin memberitahu sesuatu kepada para pensyarah dan para hadirin yang akan hadir pada malam tersebut. Hal ini kerana kemahiran berkomunikasi yang baik merupakan satu keperluan sewaktu berhadapan dengan orang yang lebih mulia dan tinggi darjatnya berbanding kita. Jadi kami menggunakan bahasa yang sopan dan lemah lembut serta bercakap dengan bahasa yang sesuai dan tidak mengguris hati. Seterusnya sewaktu dalam program, kami berkomunikasi dengan baik bersama para hadirin khususnya apabila tiba masanya untuk mengambil makanan. Sebagai orang yang lebih muda daripada hadirin, kami bercakap dengan sopan dan bahasa yang sesuai dengan mereka. Kami turut berkomunikasi dengan baik sewaktu berbual-bual dengan mereka secara santai meskipun setelah program itu telah tamat kerana kemahiran berkomunikasi dengan baik tidak terhenti setakat itu sahaja.
Melalui program ini telah banyak membantu saya dalam memperbaiki kemahiran saya terutamanya kemahiran berkomunikasi selaras dengan subjek yang saya ambil iaitu Kemahiran Komunikasi. Program ini sedikit sebanyak telah membantu saya untuk berkomunikasi dengan baik dengan sesiapa sahaja. Subjek ini juga telah membantu saya memperoleh keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat kelak. Ia telah banyak membantu saya untuk berkomunikasi dengan baik dan mengajar saya agar menjaga bahasa komunikasi walau dengan sesiapa sahaja.
4.0
PENUTUP
Program yang telah dijalankan amat membantu saya dalam pelbagai kemahiran antaranya adalah kemahiran komunikasi selaras dengan subjek yang saya ambil pada semester ini iaitu HHHC9201 iaitu Kemahiran Komunikasi. Sepanjang program berjalan, segala yang dirancang adalah berjalan dengan baik dan lancer seperti yang telah dirancang meskipun terdapat beberapa masalah namun tidaklah begitu sukar untuk diselesaikan. Kemahiran komunikasi adalah diperlukan bagi setiap mahasiswa bagi berhadapan dengan masyarakat pada suatu hari nanti. Melalui subjek ini juga iaitu Kemahiran Komunikasi, saya dapat mencungkil kemahiran berkomunikasi sesama insan dan ia telah membantu saya mendapatkan keyakinan berkomunikasi sewaktu berhadapan dengan pelbagai peringkat individu antaranya penjual, pelajar tahun akhir, rakan-rakan dan pensyarah. Ia telah memberikan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup saya untuk diamalkan sepanjang masa.
Lampiran