HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR
NOMBOR MATRIK A146234
NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM
TEMPAT INNOVATION SPACE
JAWATAN TENAGA PENGAJAR
NAMA PENSYARAH PUAN SYAHANIM BINTI MOHD SALLEH
ANJURAN PERSATUAN MAHASISWA/I FTSM UKM
PENGENALAN
Kursus HHHC9401: kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme merupakan kursus wajib Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertujuan untuk menerapkan nilai dan sikap yang positif, etika dan profesionalisme dalam kalangan pelajar. Ini merangkumi kebolehan pelajar untuk mengintegrasikan kesan ekonomi, alam sekitar dan sosio-budaya dalam amalan profesionalisme. Ia juga merujuk kepada penilaian tahap kecekapan, akauntabiliti dan tanggungjawab sesuai dengan etika kerjaya. Pelajar perlu menunjukkan sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan boleh membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan etika dan nilai sejagat.
Melalui kursus ini, hasil pembelajaran yang diperoleh oleh pelajar termasuklah kebolehan melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan etika dan profesionalisme. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan nilai, sikap, etika dan profesionalisme? Nilai adalah kepercayaan yang mendorong seseorang untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Antara nilai-nilai utama masyarakat adalah seperti ilmu, keadilan, kebijaksanaan, kesabaran dan kesederhanaan. Misalnya, sifat bertanggungjawab iaitu memikul dan melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna selain dedikasi dan tekun dalam mengerjakan sesuatu tugas, sabar serta mempunyai minat yang mendalam dan tidak sekadar “melepaskan batuk di tangga”. Selain itu, seseorang itu perlulah lebih patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan terutama etika dalam bidang profesional. Ia dapat mengelakkan saya daripada melakukan kesilapan semasa menjalankan tugasan.
Sikap pula adalah penilaian positif atau perasaan seseorang individu itu terhadap orang lain, objek atau sebarang peristiwa. Sikap juga dapat mempengaruhi cara pelajar melihat dan bertindak terhadap pelajar atau orang lain, objek atau peristiwaperistiwa yang mereka hadapi. Contohnya, penilaian seseorang pelajar terhadap tenaga pengajarnya akan memberi impak kepada pelajar tersebut untuk lebih memahami subjek yang diajar. Manakala etika pula adalah falsafah mengenai amalan dan tingkah laku kehidupan manusia terhadap masyarakat. Secara ringkasnya, etika adalah prinsip dan peraturan yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau jahat. Kenapa perlu etika? Dalam program seperti kelas tambahan secara santai, etika digunakan sebagai panduan dalam melakukan tugasan, membataskan perkara-perkara yang dibolehkan, menjaga kepentingan sesama manusia dan alam sekitar selain mengekalkan keseimbangan dan sentiasa menggalakkan sifat bersederhana. Antara etika ketika kelas tambahan secara santai ialah, kami sebagai tenaga pengajar haruslah ikhlaskan niat, memilih tempat dan masa yang sesuai yang mana waktu malam merupakan waktu yang sesuai memandangkan waktu tersebut tidak akan mengganggu pembelajaran mana-mana pelajar tahun 1. Akhir sekali, profesionalisme iaitu kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakan tugas secara cekap, teratur dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Antara ciri penting ialah saya perlulah mempunyai sikap berdikari berdasarkan
keyakinan dan kemampuan sendiri serta bersikap terbuka dalam menilai dan menghargai pendapat orang lain, namun cermat dalam memilih yang terbaik bagi diri dan perkembangan peribadi saya. Demi untuk menyempurnakan kursus ini, saya telah memilih untuk menyertai program kelas tambahan subjek kritikal tahun 1 sebagai tenaga pengajar yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar dan menyediakan soalan-soalan bagi subjek kritikal yang terlibat. Selain dapat membantu pelajar-pelajar tahun 1 dalam subjek kritikal mereka, saya juga dapat mempelajari pelbagai perkara baru. Misalnya, cara untuk berkomunikasi dengan orang lain secara berseorangan mahupun secara berkelompok. Walaupun program ini dijalankan secara santai, masih ada batas yang perlu dijaga dan sebagai tenaga pengajar, sikap profesional itu haruslah ada sepanjang program dijalankan. Melalui program ini, saya yakin saya telah dapat mempertingkatkan dan mempertajam lagi kemahiran-kemahiran nilai, sikap, etika, dan profesionalisme yang sedia ada dalam diri saya.
1. Maklumat program :
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)
Nama program : Kelas tambahan subjek kritikal tahun 1 FTSM Tarikh program : 22 April 2014 – 14 Mei 2015 Peranan (jawatan) dalam program : Tenaga Pengajar Tempat program dijalankan : Innovation Space Masa program dijalankan : 9:00pm-11:00pm Subjek yang diajar : pengaturcaraan struktur data Maklumat penasihat/penyelia program : Prof. Madya Dr. Mohd Juzaiddin Abd Aziz Timbalan Dekan Prasiswazah Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti kebangsaan Malaysia +603-89216183
[email protected]
2. Perancangan program Dalam perancangan program ini, saya dan rakan-rakan bekerjasama memikirkan jenis-jenis soalan dan cara penyampaian yang sesuai dengan pelajar agar mudah difahami dan mencapai objektif para pelajar yang hadir ke program kami. Oleh itu, sebelum program kami bermula, kami berusaha untuk merapatkan diri kami dengan para pelajar agar mereka tidak segan untuk bertanya di samping itu kami juga dapat mengumpulkan maklumat mengenai kelemahan para pelajar dalam pengaturcaraan struktur data. Program kami dijalankan pada waktu malam bagi memudahkan para pelajar yang ingin menghadirinya. Dalam fasa ini, elemen amanah adalah penting kerana semua yang terlibat, para pelajar mahupun tenaga pengajar haruslah mematuhi arahan ketua program selain daripada tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami sebagai tenaga pengajar yang perlu dilaksanakan dengan baik. Dalam perancangan program juga, saya sebagai salah seorang tenaga pengajar, telah diamanahkan untuk mengkaji dahulu soalan-soalan yang akan digunakan untuk program tersebut. Oleh itu, saya telah meminta bantuan Puan Faridatul iaitu salah seorang guru IT yang lebih arif mengenai subjek struktur data untuk membantu saya dalam memahami cara penyampaian yang lebih efektif terhadap pelajar tahun 1. Setelah itu, saya juga dipertanggungjawabkan untuk menerangkan semula kepada rakan-rakan tenaga pengajar yang lain sebelum program bermula agar mereka dapat memahami terlebih dahulu topik-topik yang terlibat sebelum memulakan sesi pembelajaran. Antara soalan-soalan yang telah diamanahkan kepada saya untuk program ini adalah seperti berikut :
3. Pelaksanaan program Saya dan rakan-rakan berusaha untuk membantu para pelajar untuk memahami pengaturcaraan struktur data dengan menunjukkan pergerakan dan fungsi sesuatu terma dalam pengaturcaraan itu sendiri. Selain itu, kami sebagai tenaga pengajar bukan sahaja mengajar menggunakan bahan-bahan yang telah kami sediakan kerana para pelajar juga berhak menyediakan soalan-soalan yang ingin disoalkan kerana dengan ini dapat memudahkan kami mengajar mereka kursusnya pada bahagian yang mereka lemah. Gambar-gambar di bawah menunjukkan sesi pembelajaran yang diajar mengikut kelompok-kelompok.
Gambar-gambar yang dibulatkan menunjukkan diri saya yang sedang mengajar dan berkongsi maklumat bersama para pelajar tahun 1 di dalam program ini.
4. Laporan akhir Setelah melibatkan diri dalam program ini sebagai tenaga pengajar , saya mendapati diri saya mula menyerlahkan kebolehan diri saya untuk melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan membuat keputusan secara bijaksana berdasarkan etika dan profesionalisme. Fasa perancangan banyak mengajar saya akan nilai amanah dan tanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugasan. Persediaan awal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dalam menjalankan tugas. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu saya dan rakan-rakan meringankan beban tugas masing-masing di samping memudahkan segala urusan kerja. Ketika program dijalankan, saya juga dapat mengenal pasti betapa pentingnya sikap seseorang tenaga pengajar itu dalam memastikan penerimaan ilmu para pelajar. Selain itu, etika dan profesionalisme merupakan elemen penting dalam pelaksanaan program ini. Tanpa etika dan sikap profesional, perkara yang ingin disampaikan menjadi lebih susah untuk disampaikan dan kesalahfahaman juga boleh berlaku. Tidak dapat diragui bahawa program ini jelas telah menggilap dan meningkatkan profesionalisme dalam diri saya.