HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (SET 12)
TAJUK: LAPORAN AKHIR VIDEO „THE UNSUNG HERO‟
DISEDIAKAN UNTUK: DR. FADLAN BIN MOHD OTHMAN
DISEDIAKAN OLEH: NURUL HUSNA BINTI SAPIAN
(A 144837)
NURFATIN AFIQAH BINTI HALIDI
(A144834)
NURUL SHAFIRAH BINTI ABDUL MALEK
(A144826)
BALQIS BINTI KAMARUDIN
(A144969)
MAIZATUN BINTI MOHAMMAD RAZMI
(A144798)
Aktiviti : Merumuskan nilai-nilai positif etika dan profesionalisme melalui video yang ditonton bertajuk “The Unsung Hero”. Tempat : Bilik Toturial, Fakulti Pengajian Islam Tarikh : 14 Jun 2015 Masa : 10.00 Pagi Prosedur : 1. Berbincang sesama ahli dalam pemilihan tempat, masa dan tarikh untuk membuat rakaman. 2. Menonton video 3. Berkumpul dan berbincang sesama ahli tentang apa yang telah didapati selepas menonton video 4. Mengadakan suatu rakaman forum untuk mengupas isu-isu yang berkaitan video yang telah ditonton.
Tajuk Perbincangan :
1.
Apakah sifat atau tingkah laku mulia/ tidak baik yang berlaku dalam
paparan video?
2.
Mengelakkan pembaziran air
Membantu mereka yang susah
Berkongsi makanan dengan haiwan
Sentiasa bersedekah walaupun tiada duit
Sentiasa mengambil berat perihal jiran dengan memberi makanan kepada jiran
Memberikan tempat duduk kepada mereka yang memerlukan
Memelihara haiwan dan memberi makanan kepada haiwan yang dipelihara
Tidak mengharapkan balasan terhadap apa yang dilakukan Apakah kemungkinan sebab kepada tingkah laku yang ditunjukkan itu?
Mengelakkan pembaziran air - Kesannya kepada pokok yang menjadi semakin subur setelah memperoleh air yang cukup secara tak langsung.
Membantu mereka yang susah - Mengembirakan orang yang dibantu kerana urusannya menjadi mudah. - Memberi harapan kepada mereka yang susah dan kurang berkemampuan. - Memberi teladan yang baik kepada orang sekeliling untuk mencontohi teladan yang baik secara tak langsung. Berkongsi makanan dengan haiwan - Berbuat baik kepada semua termasuk haiwan. - Membentuk sifat yang baik kepada haiwan dan memberi contoh baik kepada orang sekeliling. Sentiasa bersedekah walaupun tiada duit - Merasai kesusahan yang dihadapi oleh orang lain. - Membantu orang yang langsung tidak berkemampuan. - Pertolongan ikhlas memberi kesan yang baik dan ganjaran yang baik. Sentiasa memberi makanan kepada jiran - Mengembirakan jiran. - Mengeratkan hubungan baik dan kasih sayang antara jiran tetangga. Memberikan tempat duduk kepada mereka yang memerlukan - Orang sekeliling akan mengikuti teladannya yang baik. - Dihormati oleh orang Tidak mengharapkan balasan terhadap apa yang dilakukan - Dihormati dan dikasihi oleh orang sekelilingnya. - Memperoleh kehidupan yang bahagia walaupun hidup bersederhana.
3. (i) Bagaimanakah anda menggambarkan perasaan pihak yang menerima tingkah laku (receiving end) watak utama dalam video ini?
Perempuan yang berniaga itu berasa gembira dengan pertolongan yang sering dizahirkan oleh watak utama tersebut dan sentiasa menantikan kedatangannya pada setiap hari untuk membantunya.
Dapat juga dilihat bahawa anjing tersebut mula menyayangi watak utama tersebut disebabkan beliau sering menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan terhadap anjing tersebut.
Seorang wanita dan anaknya yang meminta sedekah berasa terharu dengan setiap pertolongan dan sumbangan wang yang diberikan oleh watak utama
tersebut walaupun beliau bukanlah seorang yang kaya. Mereka juga berasa gembira dan lebih bersemangat untuk membaiki kehidupan mereka dengan sumbangan yang telah diberikan oleh watak utama.
Wanita tua yang berjiran dengan watak utama juga sudah mula menyenangi dan
menyayangi
watak
utama
tersebut
atas
setiap
perbuatan
dan
keprihatinannya. Hal ini menyebabkan wanita tua itu berasa dirinya lebih dihargai dan disayangi.
Akhir sekali, orang di sekeliling watak utama yang menyaksikan tingkah laku mulianya turut terkesan dan terharu dengan hasil pertolongan yang dizahirkan oleh watak utama tersebut.
(ii) Bagaimanakah perasaan watak utama yang melakukan tingkah laku ini?
Kami menggambarkan bahawa watak utama mempunyai perasaan yang bahagia ketika melakonkan watak ini. Watak beliau yang sangat pemurah, menggembirakan hati semua orang menyebabkan dalam masa yang sama beliau juga turut berasa gembira.
Sifat pemurah dalam watak ini, menyebabkan jiwa watak utama ini tenang dalam kehidupannya, dalam lakonan ini digambarkan rutin watak utama ini adalah dengan sentiasa memberikan dan membantu orang lain dengan apa yang beliau ada. Beliau tidak mengharapkan sebarang balasan yang nampak zahir seperti balasan wang ringgit, diisytihar ke dalam televisyen dan sebagainya.
4.
Pengajaran dalam cerita “The Unsung Hero”:
Pengajaran dalam video ini adalah orang yang kaya sememangnya dituntut di dalam Islam untuk membantu orang yang miskin. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita membantu orang-orang yang memerlukan bantuan terutama kepada orang yang sedang dalam kesusahan. Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w ada menyebutkan keutamaan membantu anak-anak yatim, orang-orang miskin termasuk yang tidak meminta-minta, janda dan anak-anak perempuan. “Orang yang berusaha membantu janda dan orang miskin seumpama pejuang fisabilillah dan seumpama orang yang bersolat malam tanpa henti dan orang yang berpuasa tanpa berbuka.” (Riwayat oleh Bukhari dan Muslim)
Selain itu, kita sebagai salah seorang dalam masyarakat pada hari ini hendaklah menanamkan sifat suka membantu orang lain. Contohnya, seperti dalam video ini, lelaki itu adalah seorang lelaki biasa yang rutin hariannya untuk ke kerja adalah harus melalui jalan tersebut. Walaupun begitu, dia sanggup membantu orang lain di kawasan tersebut yang berada di dalam kesusahan seperti seorang makcik tua yang kekurangan daya kekuatan untuk menolak kereta sorong jualannya dan memberi makanan kepada seekor anjing yang sedang kelaparan. Hal ini jelas dalam hadith berikut :
ً فَ َى َجدَ ثِئْسا،ش َ َعهَ ُْ ِه ْانع َ ِثَ ُْنَ َمب َز ُج ٌم ََ ْمشٍِ ث ُ ط َ َّق ا ْشتَد ٍ َْ ط ِس
: سهَّم قَب َل ُ َز ِ س ْى ُل َ ُصهًَّ هللا َ عهَ ُْ ِه َو َ اِلل
َ َث ََأ ْ ُك ُم انث َّ َسي ِمهَ ْانع ُ ث ُ َّم خ ََس َج فَإِذَا َك ْهتٌ ََ ْه َه،ة نَقَ ْد ثَهَ َغ َهرَا: انس ُج ُم َّ فَقَب َل،ط ِش َ فَنزَ َل فِ ُْ َهب فَش َِس َ َت ِمهَ ْانع ٍ ُ ْان َك ْه َ فَنَزَ َل ْانجِئْ َس فَ َم ََل َ ُخفَّهُ َمب ًء ث ُ َّم أ َ ْم،ٍِّط ِش ِمثْ َم انَّرٌِ َكبنَ قَ ْد ثَهَ َغ ِمن َ ِ َحتًَّ َزق،س َكهُ ثِ ِف ُْ ِه فٍِ ُك ِّم َك ِج ٍد: اِلل ِ َّن نَنَب فٍِ ْانجَ َهباِم أَجْ سا ً فَقَب َل َ َ ف،ت َ ش َك َس ُ ََب َز: قَبنُىا. اِللُ نَه فَغَفَ َس نَه ِ س ْى َل َ سقًَ ْان َك ْه َ َف ْ َز . طجَ ٍة أَجْ ٌس Maksudnya : “Seorang lelaki yang tersangat dahaga turun ke telaga untuk minum. Setelah minum, ia keluar daripada telaga dan mendapati seekor anjing menjelirkan lidah kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata : “Tentu anjing ini sangat dahaga seperti aku tadi”, lalu dia turun semula ke dalam telaga dan memenuhkan kasutnya dengan air dan memberi minum kepada anjing berkenaan. Allah meredhai perbuatannya dan mengampunkan dosanya. Para sahabat bertanya : “Kami masih diberi
pahala
jika
berbuat
baik
kepada
haiwan?
Maka
Rasulullah
menjawab :“Kebaikan kepada semua makhluk yang mempunyai hati yang basah akan diberi pahala.”
Kesimpulannya, segala perbuatan baik yang dilakukan mungkin tidak akan mendapat balasan ketika itu juga, namun melalui emosi yang ditonjolkan mampu membuktikan bahawa kita akan mendapat kepuasan atas segala pertolongan dan bantuan yang diberi kepada orang lain.
5. Rumusan Rumusannya, tingkah laku mulia yang ditunjukan oleh watak utama dalam video tersebut telah banyak memberi kesan dan pengajaran yang positif kepada kami terutamanya dalam aspek kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Berdasarkan video tersebut dapat kami rumuskan bahawa tingkah laku yang dizahirkan oleh watak utama lahir dari sifat dan pegangan mulia yang dimiliki oleh seseorang. Setiap tingkah laku dilakukan tanpa mengharap balasan malahan cukup sekadar berasa puas hati dapat membantu orang lain, samada orang itu dikenali ataupun tidak.