NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN
NO MATRIK : P79063
TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG
PENSYARAH: PROF DR. MOHAMED AMIN BIN EMBI
1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa. Kepelbagaian kaum ini telah menghasilkan pelbagai bahasa yang dituturkan oleh penduduknya. Antaranya bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban dan lain-lain. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi berbanding bahasa-bahasa lain. Di sekolah rendah, mata pelajaran bahasa yang wajib dipelajari adalah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bagi sekolah jenis kebangsaan, mereka akan mempelajari bahasa tambahan iaitu bahasa Cina atau bahasa Tamil. Bahasa-bahasa ini merupakan bahasa kedua bagi rakyat Malaysia. Namun begitu, bahasa Arab yang diperkenalkan kepada murid-murid sekolah rendah menerusi program j-QAF merupakan satu bahasa asing. Bahasa Arab jarang digunakan dalam pertuturan seharian dalam kalangan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, bahasa Arab sering digunakan dalam konteks ibadah orang muslim. Bahasa Arab mula diperkenalkan dalam silibus mata pelajaran sekolah rendah sebagai mata pelajaran elektif menerusi program j-QAF. Program ini merupakan idea daripada mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato Abdullah bin Ahmad Badawi dan mula dilaksakan di sekolah pada tahun 2005. Bermula daripada tahun tersebut, terdapat pelbagai penambahbaikan dalam mata pelajaran bahasa Arab agar ia menjadi satu mata pelajaran yang mudah dipelajari oleh murid Islam khasnya dan murid bukan Islam amnya. Justeru, dalam mempelajari bahasa Arab bagi murid-murid sekolah rendah, sumbangan guru dalam membantu mereka mempelajari bahasa Arab sangat diperlukan. Terdapat pelbagai strategi yang digunakan oleh guru dalam membantu murid-murid agar dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Dengan adanya strategi ini, murid-murid dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru samada berbentuk lisan atau tulisan dengan baik. Menurut O`Malley dan Chamot dalam jurnal Strategi Pembelajaran Bahasa oleh Linamalini dan Kamarul Shukri menyatakan bahawa strategi pembelajaran bahasa sebagai fikiran atau perilaku khusus yang digunakan oleh seseorang individu untuk memahami, mempelajari dan menyimpan maklumat baru. Penggunaan strategi
pembelajaran bahasa yang betul dapat membantu murid-murid untuk menjadikan pembelajaran mereka lebih cepat, mudah dan menyeronokkan. 2.0 KAJIAN LITERATUR Strategi Pembelajaran Bahasa disimpulkan oleh Kamarul Shukri (2009) sebagai satu langkah atau tindakan khusus yang diambil oleh para pelajar untuk memudahkan pemerolehan,
penyimpanan,
pengingatan
dan
penggunaan
maklumat
sehingga
menjadikan pembelajaran lebih mudah, lebih cepat, lebih menyeronokkan, lebih kendiri, lebih efektif dan lebih senang dipindahkan ke suasana baru. Ia melibatkan proses mental dan komunaktif untuk mempelajari dan menggunakan bahasa dalam kerangka mempertingkatkan pencapaian dan penguasaan bahasa sasaran. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penggunaan SPB oleh murid antaranya tahap kesedaran murid, tahap pembelajaran, keperluan tugasan, pengharapan guru, umur, jantina, bangsa, cara belajar seseorang, personaliti, tahap motivasi dan tujuan mempelajari bahasa tersebut. (Oxford, 1990). Kajian yang dilakukan oleh Zamri Mahamod dan rakan-rakan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara SPB berdasarkan kemahiran bahasa dengan gred Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir kursus bahasa Melayu. Pelajar yang mendapat gred A dalam kursus bahasa Melayu lebih cenderung menggunakan SPB berkaitan kemahiran brtutur dan bertulis berbanding kemahiran mendengar, membaca dan kosa kata. Kajian mengenai faktor motivasi pelajar dengan penggunaan SPB oleh Kamarul Shukri Mat Teh dan rakan-rakan mendapati bahawa pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi lebih kerap menggunakan SPB berbanding pelajar yang mempunyai motivasi yang rendah. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar sekolah menengah agama Terengganu berkaitan tahap motivasi dan strategi pembelajaran bahasa Arab mereka. Kajian yang dilakukan oleh Zamri Mahamod dan Mohamed Amin berkaitan mendapati terdapat dua pola SPB yang digunakan oleh pelajar cemerlang dalam penguasaan kemahiran membaca iaitu mendengar dengan teliti dan memperbanyakkan latih tubi. Manakala bagi pelajar lemah pula, terdapat satu pola yang biasa digunakan iaitu membuat persediaan awal melalui strategi baca buku rujukan rujukan peperiksaan.
Dapatan daripada kajian itu mendapati bahawa pelajar yang cemerlang lebih banyak menggunakan SPB berbanding pelajar lemah dalam penguasaan kemahiran membaca.
3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Sampel Kajian Kajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bangi. Pemilihan responden adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi mata pelajaran bahasa Arab yang mendapat gred A. 3.2 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 5 bahagian iaitu penggunaan SPB bagi kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kosa kata. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mengenal pasti strategi yang biasa digunakan oleh murid cemerlang dalam menguasai kelima-lima aspek yang dinyatakan di atas.
4.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi-strategi yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa Arab.
5.0 PERSOALAN KAJIAN 5.1 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kemahiran bertutur? 5.2 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kemahiran membaca? 5.3 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kemahiran menulis?
5.4 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kemahiran mendengar? 5.5 Apakah SPB yang digunakan oleh murid cemerlang bahasa Arab dalam pembelajaran kosa kata?
6.0 DAPATAN KAJIAN Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagia A adalah mengenai jantina responden dan markah yang mereka peroleh dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bulan Mei. Manakala bahagian B adalah mengenai SPB dalam lima kemahiran iaitu kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kosa kata. 6.1 Bahagian A
Peratus Responden Jantina 40% 60%
Perempuan Lelaki
Rajah 1: Peratus responden mengikut jantina
Jantina Perempuan Lelaki
Bilangan 6 4
Jadual 1: Bilangan responden mengikut jantina
Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Arab 4.5 4
3.5 3 2.5
Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Arab
2 1.5 1 0.5 0 86-90
91-95
96-100
Rajah 2: Bilangan responden mengikut markah yang diperoleh dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Arab.
Markah 86-90 91-95 96-100
Bilangan 3 3 4
Jadual 2: Bilangan responden mengikut markah Peperiksaan Pertengaham Tahun Bahsa Arab
6.2 Bahagian B
Terdapat lima kemahiran yang dikaji dalam bahagian B iaitu: a. Penggunaan Srategi Mendengar b. Penggunaan Srategi Membaca c. Penggunaan Srategi Bertutur d. Penggunaan Srategi Menulis e. Penggunaan Srategi Kosa Kata
Analisis Data Penggunaan Strategi Mendengar:
Bil 1 2 3
4
5
6
7
Strategi Mendengar Mendengar program bual bicara di radio, menonton rancangan TV atau menonton filem dalam bahasa Arab Menggunakan pengetahuan umum saya untuk mendapatkan idea utama. Cuba mengagak apa yang dikatakan oleh seseorang berdasarkan apa yang telah dikatakan sebelumnya. Mendengar kata kunci yang nampak seperti menunjukkan sebagahian besar maksud ayat. Cuba memahami apa yang saya dengar tanpa menterjemahkannya secara harfiah (kata demi kata). Meminta penutur mengulangi apa yang dikatakan jika saya tidak begitu memahaminya. Meminta penjelasan jika saya tidak memahami pada kali pertama saya mendengarnya.
Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 10
0
4
6
5
5
4
6
8
2
3
7
2
8
Jadual 3: Analisis data penggunaan strategi mendengar Berdasarkan jadual 3, responden lebih kerap menggunakan strategi untuk meminta penjelasan jika mereka tidak memahami pada pertama kali mendengarnya. Terdapat 8 orang responden yang menyatakan mereka menggunakan strategi ini dan hanya 2 orang responden yang menyatakan mereka tidak menggunakan strategi ini. Selain itu, responden juga menggunakan strategi meminta penutur mengulangi apa yang dikatakan jika responden tidak memahaminya.
Strategi yang tidak digunakan oleh responden bagi kemahiran mendengar pula ialah mendengar program bual bicara di radio, menonton rancangan TV atau menonton filem dalam bahasa Arab. Kesemua responden menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan strategi ini dalam kemahiran mendengar.
Analisis Data Penggunaan Strategi Membaca:
Bil 1 2 3 4 5 6 7
Strategi Membaca Membaca sebanyak mungkin dalam bahasa Arab. Cuba mendapatkan bahan dalam bahasa Arab untuk dibaca sebagai hiburan. Merancang cara untuk membaca dan menyemak sejauh mana saya memahami teks yang dibaca. Membaca sesuatu cerita atau dialog beberapa kali sehingga saya memahaminya. Memberikan perhatian kepada struktur teks, khususnya tajuk-tajuk kecilnya. Sentiasa membuat ringkasan dalam fikiran saya atau di tepi teks tentang apa yang dibaca. Menggunakan kamus untuk mendapatkan makna terperinci sesuatu perkataan.
Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 3
7
2
8
8
2
3
7
6
4
9
1
5
5
Jadual 4: Analisis data penggunaan strategi membaca Berdasarkan jadual 4, responden lebih kerap menggunakan strategi cuba mendapatkan bahan dalam bahasa Arab untuk dibaca sebagai hiburan.Terdapat 8 orang responden yang menyatakan mereka menggunakan strategi ini dan hanya 2 orang responden yang menyatakan mereka tidak menggunakan strategi ini. Selain itu, responden juga cuba membaca sebanyak mungkin dalam bahasa Arab.
Strategi yang tidak digunakan oleh responden bagi kemahiran membaca adalah sentiasa membuat ringkasan dalam fikiran saya atau di tepi teks tentang apa yang dibaca. Terdapat 9 orang responden yang mewakili 90% tidak menggunakan strategi ini.
Analisis Data Penggunaan Strategi Bertutur:
Bil 1
2
3 4 5 6
Strategi Bertutur Berlatih menyebut ungkapan baru kepada diri sendiri Berlatih menggunakan struktur tatabahasa Arab baru dalam situasi berlainan untuk memberi saya keyakinan dalam menggunakannya. Mencuba sesuatu topik walaupun saya tidak biasa dengan topik tersebut. Merancang terlebih dahulu apa yang hendak saya katakan. Bertayakan soalan sebagai satu cara untuk turut serta dalam perbualan. Menggalakkan orang lain membetulkan kesilapan dalam percakapan saya.
Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 2
8
7
3
5
5
6
4
7
3
6
4
Jadual 5: Analisis data penggunaan strategi bertutur
Berdasarkan jadual 5, responden lebih kerap menggunakan strategi berlatih menyebut ungkapan baru kepada diri sendiri. cuba mendapatkan bahan dalam bahasa Arab untuk dibaca sebagai hiburan.Terdapat 8 orang responden yang menyatakan mereka menggunakan strategi ini dan hanya 2 orang responden yang menyatakan mereka tidak menggunakan strategi ini. Selain itu, responden juga cuba membaca sebanyak mungkin dalam bahasa Arab.
Strategi yang tidak digunakan oleh responden bagi kemahiran membaca adalah sentiasa membuat ringkasan dalam fikiran saya atau di tepi teks tentang apa yang dibaca. Terdapat 9 orang responden yang mewakili 90% tidak menggunakan strategi ini.
Analisis Data Penggunaan Strategi Menulis:
Bil 1 2 3 4 5
6
Strategi Menulis Berlatih menulis abjad atau perkataan baru dalam bahasa Arab Cuba menulis pelbagai jenis teks dalam bahasa Arab (contohnya nota peribadi, mesej, surat) Seboleh mungkin mengambil nota di dalam kelas dalam bahasa Arab Menyemak apa yang telah saya tulis sebelum sambung menulis. Menggunakan bahan rujukan seperti glosari atau kamus untuk membantu mencari atau menyemak perkataan dalam bahasa sasaran. Menyemak tulisan saya satu atau dua kali untuk memperbaiki isi kandungan bahasanya.
Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 0
10
9
1
10
0
3
7
0
10
10
0
Jadual 6: Analisis data penggunaan strategi menulis
Berdasarkan jadual 6, terdapat dua strategi yang digunakan oleh responden dalam kemahiran menulis iaitu berlatih menulis abjad atau perkataan baru dalam bahasa Arab dan strategi menggunakan bahan rujukan seperti glosari atau kamus untuk membantu mencari atau menyemak perkataan dalam bahasa sasaran. Kesemua reponden menggunakan strategi ini.
Strategi yang tidak digunakan oleh responden bagi kemahiran membaca adalah sentiasa membuat ringkasan dalam fikiran saya atau di tepi teks tentang apa yang dibaca. Terdapat 9 orang responden yang mewakili 90% tidak menggunakan strategi ini.
Analisis Data Penggunaan Strategi Kosa Kata:
Bil 1 2 3 4 5 6
Strategi Kosa Kata Menggabungkan perkataan mengikut bahagian kosa kata Menyenaraikan perkataan baru dengan perkataan lain yang berkaitan. Menulis perkataan baru dalam ayat yang bermakna. Berlatih kata kerja baru dengan melakonkan perkataan tersebut. Menggambarkan ejaan baru dalam fikiran. Mengulang semula perkataan baru secara kerap apabila mempelajarinya buat pertama kali untuk membantu saya mengingatinya.
Bilangan murid mengikut skala Tidak Ya 8
2
5
5
6
4
4
6
1
9
0
10
Jadual 7: Analisis data penggunaan strategi kosa kata
Berdasarkan jadual 7, responden lebih kerap mengulang semula perkataan baru secara kerap apabila mempelajarinya buat pertama kali untuk membantu responden mengingatinya. Strategi ini digunakan oleh semua responden. Selain itu, strategi menggambarkan ejaan baru dalam fikiran juga adalah antara strategi yang selalu digunakan oleh responden.
Strategi yang kurang digunakan oleh responden dalam strategi kosa kata ini adalah menggabungkan perkataan mengikut bahagian kosa kata. Seramai 8 orang responden tidak menggunakan strategi ini.
7.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
Daripada dapatan kajian, terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh murid cemerlang dalam pembelajaran bahasa Arab. Bagi kemahiran mendengar, murid-murid cemerlang akan meminta penjelasan jika mereka tidak memahami pada pertama kali mendengar perkataan tersebut. Selain itu mereka juga akan meminta penutur mengulangi apa yang dikatakan jika mereka tidak begitu memahaminya. Strategi ini digunakan oleh majoriti responden. Oleh kerana mereka adalah murid sekolah rendah, mereka jarang mendengar perkataan bahasa Arab melainkan apabila berada di dalam kelas. Oleh itu, murid yang cemerlang akan memberi tumpuan di dalam kelas dan meminta guru mereka untuk mengulagi semula perkataan atau ayat yang mereka tidak faham. Bagi strategi kemahiran membaca, murid-murid cemerlang menggunakan strategi cuba mendapatkan bahan dalam bahasa Arab untuk dibaca sebagai hiburan. Murid yang cemerlang juga cuba membaca sebanyak mungkin dalam bahasa Arab. Semasa membaca, murid cemerlang akan membaca sesuatu cerita atau dialog beberapa kali sehingga mereka memahaminya. Implikasi daripada strategi ini, mereka dapat menambah kemahiran membaca dalam bahasa Arab. Walaupun responden merupakan murid sekolah rendah, mereka telah mempunyai strategi pembelajaran bahasa yang baik. Bagi strategi kemahiran bertutur, responden berlatih menyebut ungkapan baru kepada diri sendiri. Dengan strategi ini, mereka akan dapat menguasai perkataan yang baru dipelajari di dalam kelas bahasa Arab. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang tertinggi selepas kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bagi strategi kemahiran menulis, murid cemerlang menggunakan strategi berlatih menulis abjad atau perkataan baru dalam bahasa Arab. Selain itu, mereka juga menggunakan bahan rujukan seperti glosari atau kamus untuk membantu mencari atau menyemak perkataan dalam bahasa sasaran. Penggunaan strategi ini membantu murid cemerlang menguasai perkataan-perkataan baru dan meningkatkan kemahiran mereka menulis perkataan-perkataan Arab.
Bagi strategi kosa kata, murid cemerlang akan mengulang semula perkataan baru secara kerap apabila mempelajarinya buat pertama kali untuk membantu mereka mengingatinya. Bagi pembelajaran bahasa asing, adalah penting untuk mengulang semula perkataan-perkataan baru supaya murid akan lebih mudah memahami dan menguasai perkataan tersebut. Penggunaan strategi belajar yang betul adalah penting bagi murid sekolah rendah. Melalui SPB, murid-murid cemerlang dapat belajar untuk menguruskan pembelajaran mereka dengan lebih baik dan perkara ini sekaligus memberi motivasi kepada murid-murid lain agar dapat mencontohi mereka. Melalui SPB, murid-murid akan menjadi lebih kendiri, proaktif, terarah dan memiliki penguasaan kemahiran berbahasa. Mereka juga akan mudah untuk mempelajari apa-apa bahasa dengan berkesan.
8.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, bagi murid cemerlang bahasa Arab, penggunaan strategi pembelajaran bahasa adalah penting dalam membantu mereka menguasai bahasa Arab. Walaupun masih berada dalam peringkat sekolah rendah, terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh responden dalam membantu mereka mempelajari bahasa Arab. Kebiasaannya, strategi belajar akan dapat dikuasai atau diperoleh apabila murid-murid memasuki sekolah menengah. Hal ini kerana mereka sudah mula mempunyai corak dan gaya belajar yang tersendiri. Pada peringkat sekolah rendah, guruguru memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu murid-murid untuk belajar menggunakan strategi belajar dengan betul. Beberapa penyelidikan telah dilakukan dan mendapati suasana pengajaran yang betul akan menjadikan sesi pembelajaran lebih efektif. (Kamarul Shukri & Mohamed Amin, 2014).
9.0 RUJUKAN Kamarul Shukri Mat Teh dan Mohamed Amin Embi. 2014. Strategi Pembelajaran Bahasa.Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Kamarul Shukri Mat Teh, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Zamri Mahamod. 2010. Hubungan Tahap Motivasi dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab
dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Terengganu. Jurnal Teknologi. Linamalini binti Mat Nafi dan Kamarul Shukri bin Mat Teh. 2008. Strategi Pembelajaran Bahasa: Satu Pengenalan Konsep dan Model. Jurnal KIAS. Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi, Jamaludin Badusah dan Sharala a/p Subramaniam. 2014. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Warganegara Asing Berdasarkan Kemahiran Bahasa dan Gred. Jurnal Personalia Pelajar 17. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2005. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Untuk Menguasai Kemahiran Membaca. Jurnal Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia. Zamri Mahamod. 2006. Penggunaan Strategi Membaca dan Menulis oleh Pelajar Cemerlang dan Pelajar Lemah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa.