Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama
PERCUMA 13 - 20 Januari 2012, 19 - 26 Safar 1433
Penduduk Kg Pasir terharu terima sumbangan Pekawanis
muka 3
MPK: Kawasan angkat terbukti berkesan
Tukar paip usang - Nurul Izzah
muka 7
muka 13
Selesai 24 jam
Isu Kutipan Sampah
Oleh Afeeqa Afeera
KEMENANGAN RAKYAT... orang ramai menyatakan syukur dan gembira di atas keputusan mahkamah yang membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan fitnah liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta yang turut dihadiri rakyat pelbagai bangsa yang memberikan sokongan moral
Gambar oleh Yuisri
SHAH ALAM - Setiap aduan berkenaan masalah sampah yang dilaporkan ke talian bebas tol 1800-88-2824 akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, talian bebas tol itu akan mula dikuatkuasakan pada 17 Januari depan dan beroperasi seawal jam lapan pagi sehingga enam petang. “Selepas daripada pukul enam petang, talian ini masih beroperasi seperti biasa, tetapi ia direkodkan. Pengadu hanya perlu memberitahu di mana lokasi, masa dan sebagainya. “Saya juga ingin minta pengadu atau orang awam untuk memberi maklumat spesifik (lengkap), di mana berlakunya masalah kutipan sampah, selain dinasihatkan untuk meninggalkan nombor telefon (pengadu) supaya pengurus pusat aduan boleh menghubungi mereka semula,” jelasnya. Masalah pungutan sampah dan sisa pepejal di Selangor menjadi isu hangat apabila penduduk mendakwa kegagalan kontraktor menjalankan tugas selepas kerajaan negeri melalui PBT mengambilalih kerja-kerja pembersihan di negeri ini daripada Alam Flora Sdn Bhd. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memaklumkan, perkhidmatan talian bebas tol akan membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mahupun cadangan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.
Beliau berkata, talian ini akan dikendalikan Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha kerajaan negeri. Menurut Menteri Besar, apabila pusat aduan ini beroperasi nanti, PBT akan dapat mengetahui peratusan aduan mengenai sampah yang diterima. Jelasnya, dengan maklumat yang diperolehi, PBT akan gunakan semua maklumat ini untuk membaiki dan meningkatkan
perkhidmatan kepada rakyat, terutama yang melibatkan pengurusan sisa pepejal. Langkah ini juga kata Menteri Besar, membolehkan rakyat menyalurkan maklumat berkenaan perbuatan khianat terhadap urusan sampah di negeri ini. Sementara itu, ketika ditanya tentang bantahan yang dikemukakan Persatuan Sisa Pepejal dan Pembersihan Hulu Langat (Protem) bersama 70 kontraktor lain terhadap Majlis
Perbandaran Kajang (MPKj) kerana menawarkan tender baharu kepada orang luar, Ronnie berkata, perkara itu perlu dilaksanakan mengikut proses tender. Katanya, dakwaan kontraktor terbabit bahawa tindakan yang dilaksanakan MPKj itu adalah semata-mata mahu mengambil syarikat kroni dan parti politik tertentu dan mengetepikan peranan mereka dalam urusan pungutan sampah dan sebagainya juga adalah tidak benar.
“Semua kontraktor perlu mengikuti proses tender, supaya ia adil. Saya rasa mereka bimbang mereka tidak dapat menyertai proses tender. Bagaimanapun, tidak semestinya kontraktor yang menyertai proses tender akan diberikan kontrak. Mereka perlu ikuti beberapa kriteria dan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri serta PBT. Satu sistem yang adil akan dilaksanakan,” katanya.
2
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Kes Anwar selesai : Nafas baharu Pakatan Rakyat SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat dilihat pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) sebagai pemangkin gagasan itu untuk menakluk Putrajaya. Pemimpin Pakatan berpendapat keputusan itu membuktikan yang Ketua Pembangkang itu bukan seorang yang rendah moral seperti difitnah Umno, selain menunjukkan kes liwat 1998 dan skandal seks yang dikaitkan dengannya adalah konspirasi musuh politik beliau. Lebih lagi, keputusan itu bermakna Anwar sekarang tidak dilarang daripada bertanding di dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), sekali gus mengukuhkan pendirian Pakatan bahawa beliau tetap merupakan calon Perdana Menteri gagasan itu. Paling penting, Ketua Umum KEADILAN itu diterima sebagai Perdana Menteri Parti PAS dan DAP, dan pada mata umum beliau adalah pemimpin Pakatan yang paling dikenali rakyat kerana karismanya dan pengalaman pentadbirannya sebagai bekas Timbalan Perdana Men-
Media Rakyat
Oleh Sheridan Mahavera
PENYAYANG... Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkumpul dengan anak menantu dan cucu, sehari sebelum keputusan perbicaraannya diumumkan teri, Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan. Gandingan Anwar-Pakatan akan memberi pertarungan yang sengit kepada gandingan Datuk Seri Najib RazakBarisan Nasional (BN) apabila masing-masing berlumba untuk membuktikan pasukan mereka yang lebih lebih layak dan berkebolehan untuk mentadbir negara.
Bagi Pengarah Strategi DAP, Liew Chin Thong, keputusan mahkamah itu datang sehari selepas dua lagi perkembangan yang memerangsangkan. Iaitu selepas pemecatan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS dan Konvensyen Kebangsaan DAP, kedua-duanya pada Ahad yang sama. “Ketiga-tiga peristiwa ini meletakkan kami kepada lan-
dasan yang sama dan betul kerana ia mengukuhkan komitmen ketiga-tiga parti kepada Pakatan,” kata Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera. Jelasnya, pemecatan Hasan adalah isyarat yang paling jelas bahawa parti Islamik itu komited bersama Pakatan dan menolak gerakan dalaman yang mahu parti itu bergabung dengan Umno atas dasar ‘perpa-
duan Melayu’. Di dalam Konvesyen Kebangsaan DAP pula, Liew berkata, parti itu menzahirkan komitmen mereka untuk Anwar menjadi perdana menteri ‘walau apa pun keputusan mahkamah’. “Tiga isu ini merupakan serampang Umno untuk memecahbelahkan Pakatan, melabel DAP sebagai anti-Melayu, mengajak PAS bergabung dan memenjarakan Anwar. Ketiga-tiga serampang ini sudah dipatahkan oleh peristiwa berkenaan beberapa hari lepas,” jelasnya. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpendapat, bagi masyarakat Melayu, keputusan itu merupakan bukti jelas tentang peribadi moral Anwar yang selama ini diragui. “Tanggapan Anwar sebagi penjenayah moral dibuktikan sebagai tidak benar. Ini menunjukkan kes-kes Anwar adalah fitnah yang diadakan untuk tujuan politik,” jelas Ahli Parlimen Tumpat itu. Akan tetapi, kemenangan perundangan ini tidak bermakna Pakatan akan menang dengan mudah, sebaliknya aktivis dan pemimpin harus bekerja dengan lebih gigih bagi.
Garis panduan untuk yuran penyelenggaraan Oleh Afeeqa Afeera SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menyiarkan satu garis panduan berhubung yuran penyelenggaraan yang sepatutnya dikenakan pemaju ke atas setiap penghuni pangsapuri di negeri ini. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata, ini kerana kerajaan negeri banyak menerima aduan daripada penduduk tentang yuran kos penyelenggaraan yang dikenakan terlalu tinggi oleh pemaju dan pihak pengurusan.
Katanya, kadar bayaran atau caj yang sesuai untuk dikenakan kepada penghuni-penghuni pangsapuri berkenaan akan dikaji semula, namun ia tertakluk kepada beberapa syarat atau faktor yang ditetapkan. “Antara faktor-faktornya adalah seperti kemudahan yang ada atau jumlah unit rumah yang ada di kawasan tersebut. Sekiranya, unit rumah di kawasan itu adalah sedikit, maka caj penyelenggaraan yang dikenakan mungkin lebih tinggi berbanding unit rumah yang lebih banyak,” ujarnya. Selain itu, beliau turut menyarank-
an penduduk yang tidak berpuas hati tentang yuran penyelenggaraan untuk segera berjumpa dengan pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Menurutnya, ia adalah pendekatan terbaik yang boleh digunakan untuk membolehkan kerajaan negeri mengira semula jumlah atau kos yang sepatutnya perlu dibayar oleh penghuni pangsapuri tersebut. “Saya berharap dengan usaha yang dijalankan kerajaan negeri ini, kita akan dapat mengurangkan kes-kes di mana mereka yang duduk di rumah pangsa merasa tertipu mahupun terdapat juga pemaju yang tidak tahu nilai sebenar yang perlu dikenakan kepada penduduk,” katanya.
Kadar bayaran atau caj yang sesuai untuk dikenakan kepada penghuni-penghuni pangsapuri berkenaan akan dikaji semula, namun ia tertakluk kepada beberapa syarat atau faktor yang ditetapkan -Iskandar Abdul Samad
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Penduduk Kg Pasir terharu terima sumbangan Pekawanis Oleh Naeem Raffi AMPANG - Prihatin dengan nasib mangsa kebakaran Kampung Pasir dalam kejadian 8 Januari lalu, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) tampil memberi sumbangan bantuan persekolahan kepada keluarga mangsa. Sekurang-kurangnya 31 pelajar daripada kalangan mangsa kebakaran itu menerima bantuan berupa pakaian sekolah bernilai RM100 setiap seorang. Bantuan disampaikan Yang Dipertua Pekawanis, Puan Sri Salbiah Tunut. Mangsa Kebakaran, Hanimah Buang, 42, menzahirkan rasa
terharu yang tidak terhingga di atas bantuan yang dihulurkan ini. Ibu kepada lima orang anak yang masih bersekolah ini berkata, anak-anaknya kini boleh meneruskan sesi persekolahan seperti biasa kerana sebelum ini, keluarganya hanya tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian tersebut. "Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak yang membantu, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya," katanya. Kisah yang sama turut dikongsi suri rumah berusia 39, Samsiah Zamhari. Kerisauannya kini reda apabila tiga anaknya
menerima bantuan tersebut. "Saya tidak tahu bagaimana untuk meneruskan segala urusan, saya keluar rumah selamatkan diri sehelai sepinggang, nasib baik semua anak-anak saya selamat," katanya. Kegembiraan jelas terpamer pada wajah adik Jumairi Jallip, 9, apabila menerima seragam sekolah baru setelah segala peralatan persekolahannya sebelum ini musnah terbakar. "Saya sangat seronok kerana dapat baju sekolah baru, saya kini bersemangat untuk terus kesekolah dan saya juga lebih semangat untuk terus belajar,"katanya ketika ditemui TVSelangor ketika asyik men-
Anwar bebas: Banyak ruang kehakiman perlu perbaiki
3
Salbiah bersama Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan isteri, membawa anak-anak mangsa kebakaran membeli keperluan persekolahan cari pakaian sekolah. Ketika ditemui, Salbiah yang juga isteri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, melihat kepada keperluan untuk memastikan mereka meneruskan sesi persekolahan seperti biasa. "Melihat kepada keperluan mangsa kebakaran seperti ini, keutamaan yang kami lihat adalah dari segi pendidikan kerana ia harus diteruskan dan mung-
kin akan datang, kita akan lihat keperluan susulan yang bakal kami bantu," jelasnya. Kejadian kebakaran tersebut melibatkan 36 buah rumah dengan kapasiti 179 penghuni hilang tempat perlindungan apabila rumah mereka hangus dijilat api pada kejadian 8 Jan lalu. Kesemua mereka kini ditempatkan di penempatan sementara Dewan AU5 Keramat.
Majlis Fatwa benarkan penggunaan dakwat kekal SOKONGAN... Menteri besar bersalaman dengan orang ramai yang hadir untuk mendengar keputusan perbicaraan Anwar SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan jenayah adalah satu langkah positif ke arah sistem kehakiman yang bebas, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Jelasnya, walaupun keputusan ini membuktikan kematangan sistem kehakiman, tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum badan kehakiman yang benar-benar bebas. “Bagi Pakatan Rakyat (Pakatan), keputusan ini menjadi lonjakan moral kepada kami untuk bekerja lebih keras bagi merealisasikan agenda reformasi. “Masih banyak yang perlu dilakukan kerana politik di Malaysia masih tidak sekata,” kata Menteri Besar.
Tambahnya, dengan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor akan meneruskan agenda reformasi pentadbiran dan politik demi kebaikan rakyat. Menteri Besar juga mengucapkan tahniah kepada penyokong Pakatan kerana sekali lagi berjaya mengadakan perhimpunan secara aman dan bertanggungjawab, selain berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal perhimpunan dengan berhemah. Beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian letupan di luar Kompleks Mahkamah yang menyebabkan beberapa individu cedera. “Saya berharap polis menyiasat kejadian ini secara adil dan telus. Penjenayah yang terlibat dalam kejadian ini perlu menerima hukuman yang setimpal,” kata Menteri Besar.
PUTRAJAYA - Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah harus dan dibenarkan. Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria, iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air. "Dakwat itu jika digunakan umat Islam, ia boleh diserap air, jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu baharu-baharu ini. Lapor Bernama, mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan mufti. Pada Disember lalu, SPR
mengumumkan dakwat kekal jenis 'silver nitrate' akan digunakan pada PRU13. Mengulas lanjut, Dr Abdul Shukor berkata, ujian yang dijalankan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak akan memudaratkan atau pun memberikan kesan sampingan. Bagaimanapun, keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa dan yang diuji sahaja. "Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama," katanya. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali.
4
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Kronologi: Mahkamah bebas Anwar
901: Debaran bertukar sambutan riang
6.00 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) mula hadir di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk menyertai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’. Orang ramai berlegar-legar walaupun hujan renyai dan bersarapan di medan selera Jalan Duta. 6.25 pagi: Kelihatan helikopter polis terbang meninjau situasi kawasan mahkamah. Di Masjid Wilayah yang terletak bersebelahan Kompleks Mahkamah, sekitar empat ribu penyokong Pakatan berkumpul di tepi jalan
Hakim: Tidak boleh bergantung kepada keterangan Saiful KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Anwar tidak bersalah di atas tuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. “Mahkamah tidak boleh 100 peratus menjamin integriti bekas yang simpanan DNA,” kata Hakim Zabidin, dan menambah mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti air mani.
“Mahkamah hanya ada keterangan Saiful (saksi pertama). Mahkamah tidak boleh sabit kepada keterangan saksi pertama sahaja. Oleh itu, tertuduh dibebaskan,” katanya lagi. Anwar dan Pakatan Rakyat (Pakatan) menganggap tuduhan itu sebagai konspirasi Barisan Nasional (BN) untuk menamatkan karier politiknya setelah Pakatan menakluk lima negeri dalam pilihan raya Mac 2008. Kes ini membuka tirai sejak laporan polis yang dibuat
Mohd Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 dan pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 7 Ogos 2008. Perbicaraan kes yang mengambil masa hampir tiga tahun ditutup 15 Disember 2011. Perbicaraan kes berprofil tinggi ini dikendalikan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Pihak pendakwa raya diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, sementara Peguam Bela diketuai oleh Karpal Singh.
KUALA LUMPUR - Suasana mendebarkan pada awal Perhimpunan 901 bertukar menjadi riang selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat. Lebih 6,000 penyokong yang menunggu dari subuh untuk keputusan itu nyata gembira dan sorakan ‘reformasi’ dan ‘hidup rakyat’ dilaungkan tanpa henti di luar kompleks mahkamah Jalan Duta. masjid, menunggu isyarat untuk berjalan ke tempat perhimpunan. 6.30 pagi: Keadaan di pintu masuk utama mahkamah sesak sebaik selesai solat subuh di Masjid Wilayah. Polis dan unit FRU walau bagaimanapun telah bersedia mulai jam tiga pagi. Menurut sumber, sebanyak 21 buah trak, 33 buah van, sebuah trak meriam air, tiga buah bas dan sebuah balai polis bergerak ada di kawasan mahkamah. 7.00 pagi: Suasana perhimpunan dan lensa media tertumpu pada sekumpulan penyokong yang memegang sepanduk ‘Rakyat Hakim Negara’ dan ‘Tolak Konspirasi’ yang dikepalai Ahli Dewan Undangan (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie. Turut kelihatan, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. 7.30 pagi: Kelihatan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Chegu Bad berjalan masuk ke pekarangan Mahkamah. Juga kelihatan YB Sivarasa. Lot parkir di
hadapan mahkamah telah penuh dan keadaan terka-wal. Juga hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, bekas Speaker DUN Perak, S Sivakumar dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. 8.05 pagi: Keadaan agak riuh rendah, Ketua AMK Kota Raja, Azmizam Zaman Huri (anggota marshal) berkawal dan menenangkan keadaan. Sambil itu beberapa banner telah mula kelihatan. Antaranya tertulis, ‘Rakyat Hakim Negara’, ‘Tolak Fitnah Bebas Anwar’. Selain itu pelekat ‘Rakyat Hakim Negara” berwarna biru muda mula diedar kepada orang ramai. Begitu juga topeng Anwar juga mula diedar kepada orang ramai. Orang ramai semakin bertambah. Keadaan terkawal . 8.15 pagi: Azmin Ali tiba bersama bekas MB Perak, Datuk Sri Nizar Jamaludin. Juga kelihatan pemimpin mahasiswa Adam Adli dan Sofwan Anang yang berkerusi roda sambil melaung, ‘Hidup Mahasiswa’.
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
5
Reaksi pemimpin Pakatan Rakyat
‘’
Saya menasihatkan pihak yang memfitnah Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera. Ini juga termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini. Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf daripadanya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
‘’
BN yang diterajui Kerajaan Persekutuan mempunyai niat jahat dalam mendakwa Anwar supaya menumbangkan ketua pembangkang itu. Sudah tiba masanya untuk kita membuat perubahan dengan mendirikan sebuah kerajaan yang prihatin terrhadap rakyat supaya (individu) tidak bersalah tidak didakwa secara sebarangan. Anwar telah menjadi mangsa dua kali (tuduhan liwat). Saya harap tidak ada kali ketiga. Saya harap juga Peguam Negara akan menjadikan kes ini sebagai teladan dan tidak menjadi alat kepada kerajaan BN Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
‘’
Sememangnya kita telah meyakini keputusan mahkamah ini dari hari pertama lagi dan pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara. Kemenangan Anwar juga merupakan satu permulaan baik bagi pembangkang dalam memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali
Gambar sumber Facebook
Laungan tanpa henti dan ramai yang mengalirkan air mata gembira sambil berpeluk-pelukan. Penyokong mula menyerbu Anwar untuk mengucapkan tahniah. 8.30 pagi: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir dan disambut dengan sorakkan orang ramai. Beberapa banner dirampas dan ada juga dikalangan orang ramai yang bag yang mereka bawa diperiksa pihak keselamatan. Suasana terkawal dan orang ramai semakin ramai. 8.35 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba mengikut laluan utama ke pintu masuk mahkamah sambil bersalaman dengan orang ramai. Beliau ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anak-anak. Laungan reformasi bergema di sana sini. Para penyokong tidak berganjak dan hari semakin panas. 10.00 pagi: Orang ramai mula bertakbir dan melaungkan reformasi apabila mendapat tahu Anwar dibebaskan. Sebahagian penyokong mula bergerak ke Masjid Wilayah. 10.10 pagi: Anwar sudah bergerak keluar dari pekarangan mahkamah dan bergerak ke Masjid Wilayah. Laungan tanpa henti dan ramai yang mengalirkan air mata gembira sambil berpeluk-pelukan. Penyokong mula menyerbu Anwar untuk mengucapkan tahniah.
10.55 pagi: Tiga letupan kedengaran di tepi jalan menuju ke Kompleks Mahkamah yang menyebabkan seorang peguam tercedera. Dipercayai bahan letupan itu diletakkan dalam salah satu kon yang digunakan polis untuk mengawal aliran trafik. 11.05 pagi: Kenderaan yang membawa Anwar sekeluarga sudah beredar dari kawasan mahkamah. Polis mengarahkan penyokong bersurai kerana keadaan tidak selamat ekoran letupan bom.
Terima kasih untuk doa, teruskan perjuangan
Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada besar sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang India Mahatma Gandhi. seLebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan nasib dulikan mempe yang asi demokr mangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah. n teleSepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggila lapisan i pelbaga SMS serta blog di komen k, Faceboo dan fon, mesej daripada Twitter . masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira dan a keluarg Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita . semalam pagi rakyat terutama pada saat cemas menunggu penghakiman Alhamdulillah, saya bersyukur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan skan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutu saksi tanpa ng seseora n dakwaa bahawa fakta berlandaskan undang-undang dan dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. turut Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan annya. kesahih dipertikaikan g Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebaran , anapun bagaim Walau . tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku jahat fitnah a daripad bebas saya saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana sedemikian. an Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukung ibarat saja bukan rakyat doa iringan serta n sokonga dan PAS dan DAP; para reformis penawar, malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya. malah Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam huldimasyg yang sedia memaafkan. Hanya terkecil olan geromb kan ialah kebiadaban kesuam berdend yang Umno masuk media mat dan terus memfitnah saya. Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah. Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT. Ikhlas dari,
ANWAR IBRAHIM
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
5
Majlis Peguam: Himpunan 901 dibenarkan perlembagaan Oleh Mat Zahari Ali SHAH ALAM - Himpunan 901 bagi memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes Fitnah 2 yang dihadapinya sama sekali tidak bercanggah dengan undangundang negara, malah dibenarkan Perlembagaan, kata Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee. Menurut Lim, tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah sa-
tu kesalahan. “Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan. “Malah orang ramai punyai hak untuk hadir ke mahkamah, apa lagi untuk beri sokongan kepada tertuduh selain mendengar keputusan yang akan diberikan,” ujar Lim. Lim turut memberitahu bahawa jumlah yang akan hadir ke perhimpunan itu nanti bukan satu isu untuk dijadikan alasan pihak berkuasa bahawa perkara tidak diingini akan
berlaku. kan, itu bukan isu “Sebaliknya jika yang perlu dibangpolis beri kerjasama kitkan. mengawal keadaan, “Kami tidak mesaya tidak melihat nyebelahi manasebarang masalah mana pihak atau inuntuk rakyat yang dividu. prihatin untuk ber"Sebagai pengahimpun dan memmal dan penegak beri sokongan kepaperundangan, kami da sesiapa pun yang cuma berminat pamereka ingini,” teda asas-asas perungasnya lagi. dangan, iaitu keaLim Chee Wee Berhubung dakdilan yang menjadi waan seorang menteri bahawa hak untuk setiap manusia,” kaMajlis Peguam menjadi alat tanya lagi. politik, Lim pantas menjelasLim dengan positif juga me-
nyatakan bahawa mereka yang akan hadir 9 Januari ini pasti terdiri daripada golongan yang cintakan perundangan, yang adil dan tidak akan sesekali mencetuskan huru-hara walau apapun keputusan mahkamah seperti yang cuba digemburkan sesetengah pihak. “Hadirlah beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa rakyat hari ini sudah bosan dan jemu dengan konspirasi dan fitnah seperti ini dan rakyat menolak sebarang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku,” ujar Lim lagi.
Tuduhan rasuah, RPK perlu kemukakan bukti
BERSATU... pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong himpunan aman 9 Januari nanti
Perhimpuan aman 9 Jan diteruskan Oleh Afix Redzuan PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menggerakkan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes fitnah beliau. Menurut Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Azmin Ali, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apapun konspirasi untuk memenjarakan Anwar. "Walau apa pun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin
negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat. "Justeru saya beri jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti," katanya. Azmin juga mengesahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan akan turun pada 9 Januari ini. "Kita telah berbincang tentang himpunan 9 Januari ini dan saya harga pendirian yang diberikan kedua-dua parti dalam Pakatan, PAS dan DAP yang menyokong himpunan tersebut. "Sokongan ini bukan hanya sekadar menunjukkan dukungan kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim sahaja tetapi persetujuan kita kepada prinsip sistem yang ada sekarang yang perlu diubah sepenuhnya sama ada sistem ekonomi, kehakiman mahupun pendidikan negara," katanya. Sementara itu, Ketua Angakatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama. "Gerakan rakyat akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Diharapkan beliau akan diberikan keadilan," katanya. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman pula beri jaminan, PAS akan menggerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini.
SHAH ALAM - Tuduhan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa wujud gejala di Selangor yang melibatkan pemberian duit kopi oleh usahawan berbangsa Cina adalah satu tuduhan yang serius. Perkara ini dinyatakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan. Menurutnya, beliau terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temu bual eksklusif RPK melalui akhbar-akhbar milik Umno yang disiarkan Ahad lalu. Jelasnya, beliau menghormati hak RPK melakukan analisa politiknya, namun berasa musykil dan hanya beliau sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut. “Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada kerajaan negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan. “Kerajaan negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini, khususnya di Selangor. “Jumlah tersebut termasuk
di dalam Geran Selangorku yang diumumkan Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu,” katanya. Tambahnya dengan apa yang disediakan kerajaan Selangor, RPK seharusnya mengambil peluang ini untuk membantu membenteras gejala ini di Selangor. “RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban,” katanya yang simpati terhadap kekecewaan RPK yang bergelut dengan masalah peribadi dan hidup dalam buangan. Faekah mengingatkan PRK bahawa dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ia hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar. Bagaimanapun Faekah percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat RPK seperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu - dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional (BN).
6
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Oleh Lizawati Madfa SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru ketua-ketua masyarakat agar bersama-sama memikul amanah dengan telus dan ikhlas bagi menjayakan program Selangorku. Amanat itu disampaikan dalam satu Majlis Taklimat Selangorku kepada Ketua Kampung Tradisi, Ketua Komuniti Kaum India dan Pengerusi JKKK, Kampung Baru/Bagan/Tersusun negeri ini. “Saya ingin menarik perhatian ketua-ketua kampung, termasuk ketua komuniti supaya memantau agar wang yang diperuntukkan untuk rakyat digunakan dengan amanah menerusi program-program yang dianjurkan,” ujar Menteri Besar. Beliau turut berkongsi rahsia kejayaan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah dasar keterbukaan yang dianjurkan kerajaan negeri di samping barisan kepimpinan
Ketua masyarakat digesa pantau projek
Menteri Besar meluangkan masa beramah mesra dengan ketuaketua kampung pada Majlis Taklimat Selangorku
kerajaan yang telus dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab menjaga harta rakyat. “Dengan adanya ketulusan, gejala rasuah dan salah guna kuasa pastinya dapat dikurangkan,” tambahnya. Perlaksanaan dasar kerajaan negeri sama sekali berbeza dengan Kerajaan Persekutuan yang baharu-baharu ini menyampaikan elaun kepada rakyat pada saat negara menghadapi hutang yang tinggi. “Belanjawan yang kita bentangkan adalah belanjawan berimbang, di mana hasil yang diperolehi dibelanjakan kembali. Ini bermakna rakyat tidak berhutang kerana kita menggunakan pendapatan yang ada,” ulas Abdul Khalid.
Program Selangorku memperuntukkan bajet sebanyak RM300 juta untuk diberi kepada rakyat. Wang yang diperuntukkan merupakan hasil daripada hutang-hutang terdahulu yang dikutip kerajaan sekarang. “Maka, daripada hasil itu kita adakan Geran Selangorku yang merupakan hasil daripada pentadbiran yang bebas rasuah. Rakyat mendapat dividen tanpa rasuah sebanyak RM300 juta,” jelas Abdul Khalid lagi. Majlis taklimat itu yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Salahuddin Sultan Abdul Aziz Shah baharu-baharu ini turut di hadiri Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari.
Berjaya kurangkan hutang negeri Oleh Mohd Ezli Mashut
peningkatan hutang demi memastikan kebajikan rakyat terIJOK - Kerajaan Pakatan Rakyat pelihara pada masa hadapan. (Pakatan) Selangor berjaya “Ini sangat penting, sebab menunjukkan keupayaan dan kita mengutip duit dan kita pumembawa perubahan besar ke- langkan kembali kepada rakyat, pada Selangor sejak gagasan itu dan mana-mana kerajaan yang menerajuinya pada Mac 2008 berhutang dan kemudian bagi yang berupaya meningkatkan pemberian kepada rakyat, maka simpanan negeri. rakyat perlu ambil duit tersebut Menteri Besar, Tan Sri Abdul sebab bukan sahaja rakyat daKhalid Ibrahim berkata, Sela- pat duit tetapi tahun-tahun ngor menguruskan kewangan yang akan datang rakyat kena dengan baik serta mengelakkan bayar hutang tersebut. “Sebab itu negeri Selangor tidak mahu berhutang, mahu kumpul duit, simpan dan pulangkan kepada rakyat,” kata Abdul Khalid semasa majlis penyampaian sumbangan kePENASIHAT: Faekah Haji Husin pada fakir dan miskin KETUA PENGARANG: Arfa’eza Abdul Aziz di kawasan Ijok. PENGARANG BERITA: Najib Hashim Dalam program itu PEN. PENGARANG BERITA: Mohd Ezli Mashut juga, Menteri Besar PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim WARTAWAN: menyampaikan sumAfix Redzuan:
[email protected] bangan kepada 121 faAfeeqa Afeera:
[email protected] kir dan miskin di DUN Hafizan Taib:
[email protected] Ijok sempena Tahun JURU GAMBAR: Raheemie Arifin Baharu Cina yang tuGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB rut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Tel: 03 5569 4856 Fax: 03 5569 3633 Dzulkefly Ahmad, an6C, Jln Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40400, juran Kelab Kebajikan Shah Alam, Selangor Emel:
[email protected] Ijok di sini. “Ini menunjukkan
Selangor Kini
Kanak-kanak DUN Ijok teruja melihat tarian singa yang dipersembahkan ketika menyambut kedatangan Menteri Besar Pakatan membawa perubahan itu baik, maka ia akan diikuti Kerajaan Persekutuan,” kata Abdul Khalid. Tambahnya, badan-badan kebajikan perlu membuat pelan rancangan sendiri kerana kerajaan negeri melalui geran Selangorku ada menyediakan dana untuk disalurkan kepada badan-badan kebajikan. “Jadi oleh sebab itu pengeru-
si-pengerusi jawatankuasa kebajikan kampung-kampung baru dan kampung komuniti mestilah merancang dan menunjukkan apakah yang boleh dilakukan program itu supaya dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya. Beliau juga berkata, satu sesi dialog akan diadakan di DUN Ijok bagi memberi penjelasan dan maklum balas terhadap
pelan pembangunan daerah Kuala Selangor dalam tempoh 10 tahun akan datang. “Tidak lama lagi, saya akan bawa Yang Dipertua Kuala Selangor untuk menunjukkan apa yang akan berlaku dengan beribu-ribu ekar tanah yang akan dibuka untuk industri dan juga kawasan perumahan yang akan menelan belanja beratus-ratus juta ringgit,” katanya.
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Oleh Mohd Ezli Mashut KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diseru mempercepatkan penggantian paippaip yang sudah berusia hampir 25 tahun di sekitar Bangsar. Sebagai rekod dalam dua bulan mutakhir ini, sebanyak 27 kejadian paip pecah dilaporkan. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, kejadian itu tidak wajar berterusan berlaku khususnya di ka-
Saranan kepada Span dan Syabas
Tukar paip air usang wasan seperti Bangsar kerana kawasan ini merupakan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. “Saya juga dimaklumkan sehingga 1 Januari lepas masih lagi berlaku ketiadaaan air, isunya yang utama ialah ke-
tiadaan notis yang mencukupi daripada pihak Syabas dan menyusahkan penduduk-penduduk tempatan,” kata Izzah semasa lawatan turun padang ke tapak takungan air di Bukit Bandaraya di sini. Menurut Izzah, beliau banyak menerima aduan daripada pen-
Adun Sekinchan bantu baiki bumbung rosak SEKINCHAN - Hasrat seorang penduduk di Tali Air 4, Sekinchan, yang mengharapkan bantuan bagi membaik pulih bumbung rumah yang usang, hampir 18 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan. Zulkifli Ramlan, 58, mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim kerana melalui peruntukan tersebut, beliau sekeluarga kini dapat bumbung baru. “Saya tidak mampu untuk baiki bumbung ini. Pendapatan bulanan saya sekitar RM700 sahaja. Itu pun kalau ada kerja, kalau tidak, tak adalah. “Maklumlah, saya hanya kerja kampung. Lagipun wang gaji saya itu hanya cukup untuk menampung keperluan dapur sahaja,” kata Zulkefli. Menurut Zulkefli, bumbung rumahnya yang rosak teruk itu menyebabkan jika berlaku hujan, maka air akan memasuki rumah sehingga banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mengelap rumah. Zulkifli mempunyai tiga orang anak yang mana masing-masing masih belajar di pusat pengajian tinggi dan hanya anak kedua beliau bekerja sebagai nelayan di sini untuk menyara keperluan keluarga. Sementara itu, Ng Suee Lim ketika turun padang di
7
duduk di Taman Lucky Garden di Bangsar berkenaan masalah gangguan bekalan air akibat daripada paip milik Syabas yang menyalurkan bekalan air ke kawasan berkenaan pecah. Masalah itu jelas Izzah, menyukarkan aktiviti penduduk di kawasan tersebut dan sepanjang tempoh pembaikan tidak ada alternatif untuk membekalkan sumber bekalan air kepada penduduk. “Walaupun masalah ini sudah lama dikenal pasti, jawapan Syabas menyatakan pihak Span belum lagi meluluskan untuk penggantian paip di kawasan Bangsar walaupun mereka sudah melakukan lawatan tapak pada 13 Disember lalu. “Arahan pihak Span ialah untuk menangguhkan pelaksanaan semua program pengurangan air tanpa hasil termasuklah penggantian paip-paip lama sehingga cadangan penstrukturan semula perkhidmatan air Kuala Lumpur dan Putrajaya selesai sepenuhnya, ini membimbangkan,” kata Izzah. Izzah berkata, penduduk yang mengalami gangguan bekalan air tidak diberikan sebarang notis gangguan bekalan air yang menjejaskan kehidupan harian penduduk. “Alasan hendak menunggu sehingga penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air dilakukan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur serta
Alasan hendak menunggu sehingga penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air dilakukan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya tidak munasabah - NURUL IZZAH
Ahli Parlimen Lembah Pantai Putrajaya tidak munasabah. Pada saya Kuala Lumpur tidak ada masalah kerana ia di bawah Kerajaan Pusat, termasuk pengurusan sisa pepejal yang juga di bawah Kerajaan Pusat, takkan tidak boleh selesai dan perkara ini tidak boleh tunggu,” tegas Izzah. Beliau mengesa Span meneliti perkara ini dan jangan korbankan masa depan penduduk Kuala Lumpur, khususnya berkaitan dengan perkhidmatan air.
Suee Lim bersama penduduk bergotong royong menggantikan bumbung rumah Zulkifli rumah Zulkifli berkata, program penggantian bumbung rumah penduduk itu adalah siri mesra rakyat bagi membantu penduduk yang memerlukan.
“Kita lakukan secara gotong-royong bagi menjimatkan kos baik pulih tersebut dan rumah-rumah fakir miskin yang telah dikenal pasti,” katanya.
TURUN PADANG... Izzah bersama penduduk melawat tangki yang membekalkan air ke kawasan Taman Lucky Garden
8 ALBUM
ALBUM 9
Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
TINJAU... Adun Hulu Kelang, Saari Sungib (bertopi) mendengar penerangan JKP Zon 4, Zulkifli Asmuni berkenaan 'speed breaker' yang baru dibuat di persimpangan jalan UP4. Hadir sama, Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, Helmizan Abd Karim (berdiri)
CANTIK... peserta pertandingan tatarias pengantin di Mini Karnival Ahli Parlimen Abdullah Sani Abdul Hamid Bersama Belia Kuala Langat, bertempat di Dataran Pantai Morib
RASMI... Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan belon pada Majlis Pelancaran Pembukaan Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) ke-9 di Hotel De Palma Shah Alam, sambil diperhatikan Pembantu Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi
Dr Halimah Ali memulakan sesi persekolahan setiap tahun dengan meninjau tadika, sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah, selain mengambil peluang memberi penerangan dan menjawab kemusykilan ibu bapa di DUN Selat Klang.
Melepaskan belon sebagai tanda perasminan 'Jamuan Rakyat Bersama Azmin Ali dan Amirudin Shari' pada majlis pecah tanah gelanggang futsal, Kampung Baru, Batu Caves Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bersama-sama penduduk dalam program memasak bubur asyura di Surau Al-Muizz, Taman Sri Muda
Orang ramai menjamu selera dalam program 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' yang bertempat di Kompleks Sukan, Seksyan 15, Bandar Baru Bangi
MESRA... Adun Iskandar Samad bersama anak muda pada majlis perkahwinan anak aktivis PAS Cawangan Taman Melur di Dewan Serbaguna Tasik Permai
10
I
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
mej negeri maju dilihat sinonim dengan Selangor. Kemajuan ini bersandarkan kepada jumlah pelabur yang berkeyakinan untuk menanam modal bagi perniagaan mereka. Bagaimanapun apabila Pakatan Rakyat (Pakatan) mengambil alih tampuk pemerintahan, wujud dakwaan daripada pelbagai pihak bahawa iklim pelaburan di negeri ini tidak lagi seperti dahulu. Bagi mendapat penjelasan lanjut, wartawan Selangor Kini, Afeeqa Afeera menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Datuk Mohd Jabar Ahmad Kembali. Ikuti laporannya.
Naik taraf infrastruktur
Awal bicara, sosok tubuh Datuk Jabar tangkas menafikan dakwaan pelbagai pihak bahawa nilai pelaburan kini merosot sejak Pakatan mengambil alih negeri ini pada Mac 2008. Katanya, kemerosotan yang didakwa pihak tertentu itu disifatkan sebagai andaian yang tidak tepat, bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan tidak benar sama sekali. Ini kerana menurutnya, pelabur asing mahupun tempatan masih meletakkan kepercayaan untuk melabur di negeri ini, bahkan statistik jelas menunjukkan Selangor sehingga kini masih berada di tempat ketiga teratas sejak tahun 2008. “Pelabur masih mengekalkan pelaburan mereka di Selangor. Kalau dilihat daripada statistik yang diberikan kepada SSIC, Selangor berjaya mengungguli negeri-negeri lain dengan 218 projek.
Selangor kekal pilihan pelabur Pelabur masih mengekalkan pelaburan mereka di Selangor. Kalau dilihat daripada statistik yang diberikan kepada SSIC, Selangor berjaya mengungguli negerinegeri lain dengan 218 projek - Datuk Mohd Jabar Ahmad Kembali
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC)
Jumlah projek pembuatan yang diluluskan di Selangor Januari - Oktober 2011 Status
Bilangan
Potensi Pekerjaan
Pelaburan Domestik (RM)
Pelaburan Asing (RM)
Jumlah Pelaburan dalam sektor perindustrian (RM)
Baru
141
10,447
1,839,941,486 1,839,941,486
1,839,941,486
Pembesaran kilang sedia ada
77
4,968
1,224,291,548 1,224,291,548
1,224,291,548
Jumlah
218
15,415
3,064,233,034 3,064,233,034
3,064,233,034
“Bagaimanapun, kita juga mempunyai cadangan dan pandangan dalam usaha menimbangkan antara pelaburan domestik dan antarabangsa supaya ia selari,” jelasnya. Mengulas lanjut, Jabar memaklumkan kerajaan negeri tidak memberi sebarang insentif kepada pelabur luar memandangkan ia tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya, kerajaan Selangor bertindak menyelenggarakan dan menaik taraf infrastruktur di kawasan perindustrian serta menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif, mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti permohonan Sijil Layak Menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan sebagainya. Selain itu, kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan turut diper-
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Selangor mencatat pelaburan tertinggi sejak Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan tingkatkan selain membuat pemantauan lebih kerap terhadap projek-projek pelaburan asing dan tempatan yang sedang dilaksanakan. “Kita telah memberi kelulusan dengan cepat kepada pelabur-pelabur ini. Jadi, apabila kita buat demikian, pelabur itu tadi akan menyarankan kepada pelabur-pelabur lain bahawa Selangor komited dan pantas memberi kelulusan. Secara tidak langsung, pelabur-pelabur itu juga turut menjadi jurucakap kita di luar negara. “Selain itu, perkhidmatan dan servis yang ditawarkan di Selangor juga cekap dan tangkas. Ini kerana, pelaburpelabur ini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan masalah lain berlaku kelak,” menurutnya lagi. Ketika ditanya tentang sasaran mahupun perancangan pelaburan di Selangor untuk tahun 2012, Jabar menjelaskan tahun ini sasarannya adalah tertumpu kepada sektor perkhidmatan supaya ia berkembang selaras dengan kemajuan yang dikecapi Selangor, selain turut mengekalkan industri sedia ada di negeri ini. Tambahnya, berdasarkan pelaburan sedia ada ini, tawaran pekerjaan juga akan terbuka lebih luas, selain menggalakkan migrasi antara negeri ke negeri, sekali gus berupaya memajukan kawasan-kawasan tempatan. “Pada tahun 2011, kerajaan mensasarkan pelaburan sebanyak RM10 bilion, jadi kita berharap sasaran itu akan dapat dicapai. Kita sentiasa positif dan berharap sektor pelaburan di Selangor akan terus bertambah memandangkan Selangor memerlukan pelaburan untuk
memajukan negeri ini dan juga untuk kepentingan rakyat bagi mendapat pekerjaan,” katanya.
Terap budaya mesra pelabur Berdasarkan statistik sepanjang Januari hingga Oktober 2011, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.8 bilion. Menurut Jabar, daripada jumlah itu, pelaburan asing di negeri ini mencatat sebanyak RM3.7 bilion, sementara pelaburan domestik mencatat sejumlah RM3 bilion dan 218 projek diluluskan dengan 15,415 peluang pekerjaan diwujudkan. Beliau berkata, sektor elektrik dan elektronik antara penyumbang utama dalam meningkatkan jumlah pelaburan asing ke negeri ini, iaitu sebanyak RM1.17 bilion, diikuti dengan sektor pembuatan makanan (RM734 juta), pengeluaran produk bahan asas (RM672
juta) serta kelengkapan pengangkutan (RM237 juta) dalam tempoh sama. “Berdasarkan statistik pe-
bentuk bantuan sokongan yang diberikan kepada sektor di bawah seliaan kerajaan negeri. “Negeri Selangor sentiasa mengamalkan dasar mesra pelabur di mana menerusi dasar ini, kita memberi fokus kepada pelanggan (pelabur). Oleh itu, apa yang kita laksanakan sebelum ini memberikan kesan pada masa sekarang. “Kedua, melalui programprogram yang dilancarkan kerajaan negeri seperti mesyuarat di tapak-tapak industri yang menjadi salah satu dasar yang membantu pengusaha untuk datang ke Selangor. Malah ada di antara pelabur ini juga mengambil pendekatan dengan mewujudkan program di antara industri,” ujar Jabar.
Projek perkilangan yang diluluskan di Selangor dengan penyertaan asing Negara
Jepun Singapura Korea Taiwan Sweden Australia Switzerland China Amerika Syarikat India United Kingdom
Kita telah memberi kelulusan dengan cepat kepada pelabur-pelabur ini. Jadi, apabila kita berbuat demikian, pelabur itu tadi akan menyarankan kepada pelaburpelabur lain bahawa Selangor komited dan pantas memberi kelulusan
laburan bermula Jun sehingga Oktober 2011, negara Jepun mencatatkan pelaburan tertinggi di Selangor sebanyak RM1.2 bilion dan 24 projek diluluskan dengan mewujudkan 1,307 peluang pekerjaan,”katanya. Jelasnya, peningkatan itu selaras dengan dasar kerajaan negeri bagi memastikan iklim pelaburan kondusif melalui dasar-dasar pelaburan yang telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur. Katanya, konsep mesra pelabur yang dijalankan seperti kekerapan mengadakan lawatan ke tapak-tapak projek industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas dan menyelesaikan masalah dihadapi pihak industri antara
11
Pakistan Jerman Iran Kanada HongKong Belanda Bangladesh Itali Filipina Lain-lain Jumlah
Nombor
Potensi Pekerjaan
Pelaburan Asing(RM)
24 11 3 7 1 5 1 7
1,307
1,206,260,030
1,194
688,056,720
387
652,113,063
2,101
396,842,234
173
216,889,085
504
115,457,361
22
92,000,000
690
66,144,008
4 2 4 2 4 3 1 1 2 1 1 1 14
126
46,365,925
103
43,567,000
37
27,577,450
168
21,321,431
102
20,732,887
142
16,517,648
32
14,600,003
24
8,662,000
93
8,609,160
28
2,560,000
6
1,321,325
28
262,100
795
102,325,883 3,748,185,313
12
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
ISU PBT Mudahkan penduduk: Jaket
khas untuk kontraktor sampah
SELANGOR SHAH ALAM - Kontraktor yang dilantik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah pemantauan kerajaan Selangor untuk kerja-kerja pengutipan sampah akan dibekalkan jaket khas bagi membolehkan penduduk setempat membuat laporan sekiranya berlaku masalah. Perkara itu diumumkan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu (gambar) kepada pemberita selepas selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek-cek
Rumah Ibadat Selain Islam di Bangunan SUK, baharu-baharu ini. Menurut Ronnie, jaket khas ini bagi memudahkan orang ramai membuat aduan. "Kita akan meminta semua kontraktor untuk pakai jaket yang tertera nama syarikat dan nombor telefon syarikat itu supaya penduduk setempat boleh bekerjasama untuk menjadi pemantau. Ia akan dilancarkan tahun ini," ujarnya. Selain itu, beliau turut me-
maklumkan kerajaan negeri juga memberi kelulusan kepada setiap PBT memberi sagu hati atau ganjaran kepada penyampai maklumat berhubung masalah kutipan sampah di kawasan masingmasing. Katanya, ia adalah pendekatan terbaik dan kaedah terbaru yang akan memudahkan PBT untuk saling bekerjasama dengan penduduk setempat. "Baharu-baharu ini saya memberi kelulusan kepada PBT untuk memberi ganja-
ran berpatutan kepada orang ramai (pemberi maklumat) sekiranya berlaku sebarang masalah. Jumlah ganjaran itu terpulang kepada PBT masingmasing," jelasnya. Sementara itu, ketika ditanya tentang ugutan yang diterima kontraktor dan PBT baharu-baharu ini, Ronnie percaya kejadian itu dilakukan kontraktor yang menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan syarat yang dikenakan kerajaan negeri. Tambahnya, setakat ini hanya pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menerima ugutan namun laporan
polis telah pun dibuat bagi menyiasat perkara berkenaan. "Kita rasakan perkara ini punya kaitan dengan kontraktor yang menarik diri sebab ada ugutan daripada kontraktor yang memaksa kerajaan negeri panjangkan kontrak mereka selama setahun tanpa sebarang justifikasi. "Kita mahu ambil peluang ini untuk tentukan semua kontraktor yang dilantik berkesan. Jadi, kalau ada kontraktor yang memaksa kerajaan negeri untuk terima mereka walaupun kerja mereka tidak bagus, ia adalah tidak wajar," katanya.
Boling padang tekad kekalkan kecemerlangan
BERSUNGGUH-SUNGGUH... MBSA menggunakan khidmat jengkaut dalam operasi kutipan sampah di Jalan Bukit Kemuning Seksyen 32, Kampung Bukit Naga
KLANG - 2011 merupakan tahun kecemerlangan pasukan boling padang Majlis Perbandaran Klang (MPK) apabila muncul juara dalam beberapa kejohanan dalam dan luar negara, termasuk acara berpasukan dan individu. Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata, antara pencapaian cemerlang pasukan itu ialah muncul juara dalam Kejohanan Merdeka Asia Pasifik Sime Darby 6 dan Kejohanan Antarabangsa Langkawi serta beberapa kejohanan di luar negara yang lain. Menurutnya, pasukan itu mengekalkan kecemerlangan apabila turut muncul johan dalam pertandingan dalam negara antaranya Sirkit Kebangsaan yang diadakan di Bukit Kiara sebelum ini. “MPK beri sokongan penuh kepada kakitangan yang berjaya mengharumkan nama negara seperti boling padang dan majlis anugerah ini adalah salah satu penghargaan yang kita berikan kepada mereka. “Malah pada masa yang sama, anugerah yang diadakan juga menyuntik semangat atlit untuk lebih berjaya pada
Pasukan boling padang yang berjaya harumkan MPK di peringkat nasional dan antarabangsa sepanjang 2011 tahun 2012 bagi meneruskan kejayaan untuk menaikkan nama majlis, negeri dan pada masa yang sama negara di peringkat antarabangsa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Anugerah Kecemerlangan Belia dan Sukan MPK 2011 yang diadakan di Hotel Goldcourse di sini. Hadir sama, ahli-ahli majlis, ketua-ketua jabatan dan pegawai serta atlit yang terlibat. Sementara itu, Pengu-
rus Boling Padang MPK, Nor Hashimah Ismail menyifatkan anugerah yang diterima membakar semangat anak buahnya untuk memperkuatkan lagi pasukan termasuk menghadapi kejohanan pada masa akan datang. Menurutnya, para pemain kini sedang giat menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Piala Perdana, Malaysian Indoor dan Kejohanan Boling Padang Asia ke-10 yang akan diadakan di India.
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Kawasan angkat terbukti berkesan KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) meletakkan beberapa kriteria untuk menjadikan sesebuah lokasi sebagai kawasan angkat bagi kutipan sampah di kawasan ini. Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata, antara kriteria itu ialah kawasan yang mempunyai banyak aduan, tumpuan warga asing, kewujudan penjaja dan lokasi bertindih bidang kuasa dengan agensi lain di situ. Menurutnya, kewujudan kawasan angkat itu juga telah terbukti menjadi contoh untuk kontraktor dan kakitangan bagi meningkatkan kualiti kerja pembersihan di kawasan masing-masing. “Antara kawasan itu ialah Jalan Teratai, Meru, Jalan Kem, Pelabuhan Klang dan Simpang Empat, Sungai Udang serta beberapa lokasi
ISU PBT SELANGOR yang telah dikenal pasti menunjukkan perkembangan positif di sini. “Selain daripada itu, beberapa aspek lain turut ditingkatkan antaranya, penambahan 20 tong sampah 240 liter, kerja kutipan sebanyak dua kali dan mengambil alih kerja-kerja pemotongan daripada JKR di Jalan Teratai,” katanya. Sementara itu, Ehsan menjelaskan, bagi Jalan Kem dan sekitarnya, majlis
Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) sedang membersihkan kawasan angkat yang telah ditetapkan MPK
membuat penambahan kerja-kerja kutipan, iaitu pagi dan petang, serta enam kali seminggu di jalan utama oleh kontraktor dan Ahad oleh jabatan. Menurutnya, majlis juga menjalankan ‘litter picking’ sebanyak empat kali sebulan di situ dan ia turut dilakukan di Simpang Empat, Sungai Udang. “Majlis juga sentiasa bersedia dengan trisikal untuk kerja-kerja pungutan sampah kecil dan isu berkaitan sampah dapat ditangani dengan segera di semua kawasan,” katanya. Mengenai isu sampah yang hangat diperkatakan, ia tidak menjadi isu di Bandar Diraja ini, berikutan komitmen majlis dan pemantauan teliti terhadap kontraktor yang dilantik MPK. Menurut beliau, sejumlah 1000 aduan telah diselesaikan sejak pengambilalihan dan pihaknya sentiasa bersedia dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) di situ. “MPK menyediakan dua talian aduan, iaitu Talian Aduan Sampah di Klang Utara, penduduk bolehlah menghubungi 016-2720406 (Kamachy) dan di Klang Selatan pula orang ramai terus sahaja mendail 0162506796 (Razif). “Sementara itu, bagi Talian Aduan Pembersihan, penduduk diminta menghubungi 019-2245387 (Klang Utara) dan 016-3824471 (Klang Selatan) serta pejabat 03-33726781,” katanya.
MBSA: Tunda kenderaan untuk lancarkan trafik SHAH ALAM - Ekoran sikap sesetengah pemilik kenderaan yang sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan di bahu jalan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak menguatkuasakan pelaksanaan sistem penundaan kenderaan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pelaksanaan sistem penundaan ini bukan untuk menyulitkan pemilik kenderaan, sebaliknya bagi mendidik pengguna jalan raya supaya peka dan berhemah dengan mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan. Menurutnya, pelaksanaan sistem tunda ini juga bagi memudahkan aliran trafik dan kelancaran kenderaan terutamanya di kawasan tumpuan ramai
seperti Seksyen 14, kawasan Dataran Shah Alam, hadapan Wisma MBSA, Kompleks PKNS, Kompleks Alam Sentral, Seksyen 9 dan sebagainya. "Di samping itu, sistem penundaan ini dilaksanakan berikutan aduan orang ramai berhubung pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan, yang sekali gus membantutkan kelancaran lalu lintas, khususnya di kawasan pusat bandar dan kawasan komersial," katanya. Jelas Shahrin, penundaan kenderaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undangundang Kecil Taman, MBSA 2005 di mana kenderaan yang ditunda akan dibawa ke depoh simpanan MBSA
yang terletak di Jalan 17/57, Seksyen 17, Shah Alam. Beliau berkata, MBSA juga akan membuat pemakluman kepada polis untuk memaklumkan penundaan sesebuah kenderaan bagi mengelak berlakunya salah faham, selain membantu pemilik kenderaan mendapatkan keterangan dan maklumat sama ada kenderaan mereka hilang atau ditunda majlis. "Pemilik kenderaan yang ditunda akan dikenakan bayaran sebanyak RM270 dengan tambahan caj RM10 akan dikenakan pada setiap hari sekiranya kereta tersebut gagal dituntut," ujarnya. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Tunda MBSA di talian 03-55416879.
13
Talian Hotline Kutipan Sampah Anda mahu membuat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor? Kami telah mengumpulkan rujukan pihak berkuasa tempatan yang boleh dihubungi untuk keselesaan anda. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tel : 03-4296 8000; Hotline : 1 -800-22-8100 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Tel : 03-6064 1331 SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888 Majlis Perbandaran Klang (MPK) Kutipan Sampah Klang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif ) Pembersihan awam (Jalan dan Longkang) Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan) Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free) Laman web: www.mpklang.gov.my Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Tel: 03-3187 2825 SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888. Laman web: www.mdkl.gov.my Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Tel: 03-3289 1439 Laman web: www.mdks.gov.my Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Tel: 03-3224 1655 / 1000 Laman web: www.mdsb.gov.my Majlis Daerah Selayang (MPS) Tel: 03-6126 5800 / 6120 4903 / 04 / 05 / 06 Laman web: www.mps.gov.my Majlis Daerah Sepang (MPSp) Tel: 03-8319 0200 / 0300 Laman web: www.mpsepang.gov.my Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) Tel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878 Website: www.mbsa.gov.my Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545 Laman web: www.mpsj.gov.my Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am) SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213 Laman web: www.mbpj.gov.my
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Sokong lesen bas untuk PBT Ini termasuk penyediaan terminal, hentian dan sistem informasi perkhidmatan bas. Pemilihan perunding mestilah dibuat secara betul untuk memastikan hasil yang diharapkan. Pemilihan mestilah mengikut kepakaran yang terbukti dan pengalaman yang mencukupi. Tepat sekali kata Menteri Besar, tambang yang dikenakan adalah hanya untuk menampung kos operasi dalam menjalankan tanggungjawab sosial. Wan Ahmad Abd Nasir Wan Dagang
[email protected]
Hantar komen, pendapat, aduan, berita, rencana atau gambar-gambar menarik ke newsselangorkini@gmail. com, untuk dimuatkan ke dalam akhbar Selangor Kini. Atau hantarkan ke alamatkan CCSB, 6C, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40400 Shah Alam, berserta nama dan nomborHANTAR telefon.KEPADA:
6C, JALAN JUBLI PERAK 22/1, SEKSYEN 22, 40400, SHAH ALAM atau
[email protected]
Gambar sumber Internet
Saya amat menyokong saranan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengendalikan perkhidmatan bas di beberapa laluan. Lazimnya perkhidmatan bas tidak diberikan perhatian serius kerana ia melibatkan rakyat berpendapatan rendah, sedangkan di negara maju, bas adalah pengangkutan alternatif kepada rakyat yang berkereta kerana ia menyediakan perkhidmatan yang cekap dan boleh diharapkan. Saya akui perkhidmatan bas tidak menjanakan keuntungan tetapi mengurangkan kesesakan dan pencemaran, selain meningkatkan perhubungan di sesuatu tempat. Saya percaya perkhidmatan ini akan menjana cukai kepada PBT, iaitu pulangan secara tidak langsung. Sistem bas pula terbahagi kepada beberapa jenis. Pertama adalah untuk perjalanan dari pinggir bandar ke pusat bandar. Terdapat juga jenis antara-bandar (inter-urban), berhenti-henti dan ekspres. PBT hanya merangkumi jenis pertama dahulu. Memandangkan kekurangan atau ketiadaan kepakaran untuk mewujudkan sistem bas yang berkesan di kalangan penjawat awam, adalah baik sekiranya PBT atau kerajaan negeri mendapatkan perkhidmatan perunding berwibawa untuk menjalankan kajian dalam menghasilkan cadangan perkhidmatan bas.
Anjing liar banyak berkeliaran
Gambar sumber Internet
14
Begitu banyak anjing-anjing liar yang tidak bertuan, kelihatan berkeliaran di sekitar Kampung Datuk Dagang, Taman Bukit Jati, malah sekitar Kampung Jawa dan juga Andalas. Anjing-anjing ini adakalanya mengganggu pejalan kaki yang ingin ke Stesen Komuter Bukit Badak, terutamannya pada waktu pagi dan malam. Malah kanak-kanak yang ingin bermain bola di Padang Stesen Jana Elektrik Jalan Connought, turut bimbang untuk mengikuti jalan tersebut. Saya juga dapati anjing-anjing ini menjadikan kawasan surausurau yang tidak berpagar sebagai tempat untuk ‘melepaskan hajat’, dan ini secara tidak langsung mencemarkan imej surau sebagai tempat umat Islam beribadat. Fenomena ini menjadi-jadi sejak Ogos lepas, seolah-olah kawasan ini menjadi lambakan anjing-anjing liar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Yang menjadi persoalan, kebanyakan penduduk di kawasan ini tidak memelihara anjing. Jadi, dari manakah anjing ini datang? Saya mohon Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil tindakan terhadap permasalahan penduduk ini. Janganlah pandang perkara ini sambil lewa kerana ia membahayakan nyawa orang ramai dan mencemar kesucian rumah ibadat. Dalilah Khairul Taman Bukit Jati Klang
BEREBUT... khidmat pengangkutan awam tidak memuaskan
Longgokan sampah melimpah ke jalan
SAKIT MATA... masalah sampah yang tidak pernah selesai
Sejak akhir-akhir ini saya dapati longgokkan sampah semakin menjadi-jadi di sepanjang bahu Jalan Kampung Jawa, terutama di hadapan Pasar Raya Giant yang sedang dalam pembinaan. Longgokan sampah ini saya dapati adakalanya sehingga melimpah ke jalan besar. Pemandangan tersebut tambah ‘menyakitkan mata’, apabila anjing-anjing yang banyak berkeliaran menjadikan tempat longgokan sampah tersebut sebagai sarang untuk mencari makanan.
Keadaan ini nampak ‘jengkel’ terutamanya pada waktu pagi, dah berlanjutan beberapa hari, sehingga menimbulkan bau yang memualkan. Longgokan sampah juga boleh dilihat di sepanjang bahu jalan berhadapan Econsave Kampung Jawa yang mana jalan tersebut boleh menghubungkan TTDI Alam Impian dan Shah Alam. Sebagai pengguna jalan raya yang sering melalui kawasan tersebut, saya terfikir, di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) manakah yang bertanggungjawab dalam me-
nangani masalah tersebut? Adakah ia di bawah selenggaraan Majlis Perbandaran Klang (MPK) atau Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Saya juga minta jasa baik pihak-pihak yang berkenaan untuk menangani masalah tersebut, selain mohon pihak PBT untuk membekalkan tong sampah di kawasan terbabit supaya sampah yang dibuang tidak melimpah ke jalan raya, sekali gus mengganggu lalu lintas. Warga prihatin Norhayati Omar
UTAMA Selangorkini 13 - 20 Januari 2012
Terharu terima bantuan pendidikan
WAKTUSOLAT Selangor 13 - 20 Januari
19 - 26 Safar 1433
Oleh Khaulah Azwar Gombak - Bapa kepada seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajar dalam bidang Multimedia di Kolej Poly Tech Mara, Ipoh Perak terharu apabila permohonan bantuan pendidikan untuk anaknya Muhammad Firdaus Mohd Bokhari diluluskan. Mohd Bokhari, 55 berkata, sebelum ini puas sudah saya buat permohonan di Pejabat MARA dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), tetapi kecewa apabila permohonan tidak diluluskan pihak berkenaan. "Apabila mengetahui permohonan tidak berjaya, saya cuba mohon di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Gombak pula dan alhamdulillah... apabila permohonan diterima wakil rakyat di situ,” katanya. Menurutnya, Muhammad Firdaus akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah pada Februari 2012 di kolej yang sama. Dalam keadaan ekonomi sekarang, dan usia yang semakin lanjut, beliau tidak mampu
15
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Bokhari (kiri) bersama mereka yang turut menerima bantuan, bersyukur dengan sumbangan yang diterima untuk bekerja keras memandangkan kesihatan yang kurang mengizinkan. Katanya, namun sebagai seorang ayah, saya inginkan terbaik untuk anak-anak. Insya-Allah saya akan usaha untuk mencari dana bagi memastikan anak saya mendapat pendidikan yang sempurna. Sehubungan dengan itu, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada Azmin Ali
yang prihatin dengan masalah rakyat. Ahli Parlimen Gombak itu menyampaikan bantuan sebanyak RM2500 kepada Bokhari dan mengharapkan bantuan yang diberikan, dimanfaatkan dengan sebaiknya. Dalam ucapannya, Azmin turut berharap Muhammad Firdaus berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan memberi kejayaan kepada ibu bapanya.
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 13 Jumaat 14 Sabtu 15 Ahad 16 Isnin 17 Selasa 18 Rabu 19 Khamis 20 Jumaat
5:53 5:54 5:54 5:54 5:54 5:55 5:56 5:56
6:03 6:04 6:04 6:04 6:05 6:05 6:06 6:06
7:25 7:25 7:25 7:26 7:26 7:26 7:27 7:27
1:24 1:25 1:25 1:26 1:26 1:26 1:27 1:27
4:47 4:47 4:47 4:48 4:48 4:48 4:49 4:49
7:21 7:21 7:22 7:22 7:23 7:23 7:23 7:24
8:35 8:35 8:36 8:36 8:36 8:36 8:37 8:37
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 13 Jumaat 14 Sabtu 15 Ahad 16 Isnin 17 Selasa 18 Rabu 19 Khamis 20 Jumaat
5:55 5:56 5:56 5:56 5:57 5:57 5:58 5:58
6:05 6:06 6:06 6:06 6:07 6:07 6:08 6:08
7:27 7:27 7:27 7:28 7:28 7:28 7:29 7:29
1:26 1:27 1:27 1:28 1:28 1:28 1:29 1:29
4:49 4:49 4:49 4:50 4:50 4:50 4:51 4:51
7:23 7:23 7:24 7:24 7:25 7:25 7:25 7:26
8:37 8:37 8:38 8:38 8:38 8:38 8:39 8:39
Dari muka belakang
Kaji kawasan sesuai bina rumah mampu milik Iskandar berkata, kajian kerajaan negeri yang dijalankan bersama Universiti Malaya (UM) akan menentukan di mana rumah mampu milik yang perlu dibina mengikut kesesuaian. “Kajian itu akan siap bulan Januari dan akan membantu kita mewujudkan satu asas baru bagi memperuntukkan pembinaan rumah mampu milik berdasarkan daerah dan daerah kecil,” katanya. Pada masa ini pemaju dikehendaki untuk membina perumahan berdasarkan peratusan tertentu yang ditetapkan terhadap rumah kos rendah, sederhana rendah dan kos sederhana unit bagi
setiap pembangunan baru yang melebihi 4,0468 hektar. Beliau berkata, Hulu Selangor, Kajang, Klang dan Shah Alam setakat ini telah mencatatkan permintaan yang tinggi bagi rumah mampu milik. Sebagai langkah pertama untuk memasukkan pemaju swasta dalam inisiatif ini, kerajaan negeri meluluskan permohonan pemaju untuk membina rumah mampu milik pada 30 November lepas. “Pemaju Sin Heap Lee akan membina 536 unit rumah mampu milik di Seksyen U10, Shah Alam pada pertengahan tahun ini,” katanya. Unit-unit ini yang akan di-
bina dengan harga RM89,000 di 850 kaki persegi setiap, akan menggantikan unit-unit kos rendah di mana pemaju sepatutnya membina di lokasi yang sama. Beliau menambah, beberapa kawasan di Shah Alam dan Bangi masih mencatatkan permintaan yang tinggi bagi rumah kos rendah. Iskandar juga berharap agar pemaju swasta akan membantu kerajaan negeri untuk membina lebih 10,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang. “Kami melibatkan pemaju swasta kini kerana sasaran ini tidak dapat dicapai dengan hanya mengharapkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),” kata beliau. Sebagai contoh, PKNS telah merancang untuk membina 450 unit rumah mampu milik di Kampung Seri Temenggong di Gombak, tapak yang telah dikenal pasti tahun lalu, tetapi masih belum memulakan pembinaan. Perbadanan itu kini sedang membina 124 rumah mampu milik di Bangi.
Lapor polis: Salah guna wang zakat “Kedua-duanya merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM 63,650 wang zakat, iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010, digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP,” katanya. Dalam baucar bertarikh 29 April 2010, tertera nama Zainul Rijal Talha & Amir selaku penerima baucar atas perihal transaksi de- Nik Nazmi ngan penerima berhubung bayaran guaman Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan Shahsuddin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Turut dinyatakan adalah kumpulan wang zakat dan bank pembayar, Bank Islam Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Sebelum ini, Jamil Khir berulang kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukkan
sebanyak RM700,000 daripada kerajaan bagi menampung pelbagai bayaran termasuk kos guaman. “Laporan Ketua Audit Negara menyebut wang itu dipulangkan semula pada Disember 2010 kirakira enam bulan selepas peruntukkan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini,” jelas beliau. Nik Nazmi turut menafikan dakwaan laporan Utusan Malaysia pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salah guna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, sebaliknya Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Beliau turut menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Jamil Khir bagi membincangkan perkara ini jika dijemput berbuat demikian.
Selangor Kini
Selangor kekal pilihan pelabur - Datuk Jabar
muka 10&11
Polisi baharu rumah mampu milik
Bantu graduan dan golongan berpendapatan sederhana SHAH ALAM - Graduan dan golongan berpendapatan sederhana akan dibantu kerajaan negeri bagi memiliki rumah mampu milik yang ada di negeri ini. Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, polisi ini akan membantu golongan berpendapatan sederhana antara RM2,500 sehingga RM5,000 . Kaedah ini menggunakan konsep permintaan daripada pembeli terhadap rumah mampu milik berbanding konsep sedia ada yang menetapkan pemaju mematuhi ketat polisi sedia ada berdasarkan sistem kouta. Melalui dasar ini, ia bakal membantu graduan-graduan yang baharu menamatkan pengajian dan keluarga muda yang terperangkap dalam jurang pendapatan golongan sederhana yang menyukarkan untuk memiliki rumah. “Mereka tidak layak untuk membeli rumah yang lebih mahal, tetapi mereka juga tidak layak untuk membeli rumah kos rendah,” jelas Iskandar Abdul Samad. Menurutnya, golongan ini tidak mampu untuk membeli rumah yang berharga lebih RM240,000. Malahan, ansuran rumah
RAMAH MESRA…
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada warga emas berketurunan Tionghua di DUN Ijok sempena Tahun Baharu Cina yang diadakan di SRJK (C) Ijok
berkenaan boleh mencecah sehingga kira-kira RM2,000 sebulan, memerlukan pembeli untuk mempunyai sehingga tiga kali ganda gaji bagi membayar jumlah pinjaman perumahan tersebut. “Pada masa yang sama, mereka tidak layak untuk membeli rumah kos rendah kerana mereka tidak memenuhi syarat yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan,” katanya.
Lihat muka 15
Dokumen menteri seleweng wang zakat didedah Oleh Afix Redzuan PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mendedahkan dokumen sebagai dakwaan berlakunya salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang selama ini dinafikan Menteri di Jabatan Per-
dana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan menyerahkan dokumen terperinci berkaitan kes ini di Balai Polis Dang Wangi dalam tempoh terdekat. “Pertama ialah set dokumen
daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B4112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150. Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.
Untuk informasi & berita terkini Layari www.tvsnews.net Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03-62731361 Faks: 03 - 62731361
Lihat muka 15