TERHAD
PTKPN BHG. `A’ 501 POLIS BANTUAN PENUBUHAN Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis, No. 41/67 dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U. (A) 461 bertarikh 21hb, Disember, 1970). OBJEKTIF 2.
Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut:2.1
Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan;
2.2
Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
2.3
Sebagai unit sokongan/ bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan.
KUASA MELANTIK 3. Pegawai Kanan Polis Bantuan dari pangkat kehormat Inspektor hingga ke pangkat Superintendan adalah dilantik oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri:3.1
Pegawai Rendah Polis Bantuan dari pangkat kehormat Koperal hingga ke Sub-Inspektor atau Konstabel Polis Bantuan adalah dilantik oleh Pegawai Pemerintah yang mana terdiri dari Pesuruhjaya atau Ketua Polis Kontinjen berkenaan, atau manamana pegawai polis yang diberi kuasa bagi pihaknya.
3.2
Seseorang pegawai atau anggota Polis Bantuan hendaklah disifatkan berkhidmat dari bulan ke bulan, walau bagaimanapun tempoh perkhidmatan seorang pegawai atau anggota Polis Bantuan itu adalah tertakluk kepada sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihaknya.
PERMOHONAN KUASA-KUASA POLIS BANTUAN 4. Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Sektor Swasta yang ingin mendapat kuasa Polis Bantuan untuk pekerja-pekerjanya yang berkhidmat dalam kawasan-kawasan tertentu, akan mengemukakan
1
TERHAD
TERHAD permohonan kepada Ketua Polis Negara melalui Pesuruhjaya/ Ketua Polis yang berkenaan. Pesuruhjaya/ Ketua Polis pula kemudiannya akan mengemukakan permohonan tersebut bersama-sama dengan sokongan kepada Ketua Polis Negara (Cawangan Pembantu). 5. Cawangan Pembantu akan membuat tinjauan khas ke kawasan pemohon untuk mengenal pasti keperluan sebenar kuasa polis yang dipohon sekiranya diperlukan, seterusnya mengemukakan laporan dan permohonan tersebut kepada Ketua Polis Negara atau mana-mana Pegawai Kanan Polis yang diberi kuasa olehnya untuk meluluskan atau memberi bantahan bagi permohonan tersebut. 6. Setiap permohonan akan diberi pertimbangan sekiranya ia memenuhi syarat-syarat seperti berikut:6.1
Apabila disahkan oleh Pegawai Pemerintah di mana permohonan dibuat, bahawa liputan polis tidak dapat dibekalkan dengan mencukupi dan berkesan;
6.2
Bila mana kakitangan yang menjalankan tugas kawalan keselamatan di Jabatan-Jabatan, Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta memerlukan kebenaran membawa serta menggunakan senjatapi semasa menjalankan tugas;
6.3
Permohonan adalah terhad kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun dan swasta yang ditakrifkan sebagai perkhidmatan-perkhidmatan penting di bawah Seksyen 2, Akta Perhubungan Perusahaan;
6.4
Tanpa menyentuh syarat di perenggan 6.3 di atas, permohonan daripada sektor-sektor swasta boleh diberi pertimbangan sekiranya sektor berkenaan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Walau bagaimanapun permohonan-permohonan tersebut hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:6.4.1
Bagi permohonan dari ladang-ladang keutamaan akan diberikan sekiranya:a)
Bila mana ladang-ladang tersebut yang menjadi ahli Persatuan Penasihat Keselamatan yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia;
b)
Ladang tersebut hendaklah terletak di dalam kawasan atau apabila jarak jauh melebihi 24 km dari Balai Polis yang paling hampir sekali;
c)
Keluasan sesebuah ladang hendaklah melebihi 607 hektar (1500 ekar);
d)
Ladang tersebut hendaklah yang mengeluarkan hasil dan produktif;
2
sedang
TERHAD
TERHAD e)
Apabila ladang-ladang berkenaan telah mempunyai pengawal bergaji sepenuh masa yang terdiri dari bekas-bekas Polis atau tentera yang telah diambil bekerja sebagai Pengawal Keselamatan;
f)
Apabila terdapat sekurang-kurangnya 100 orang pekerja dan atau keluarga mereka tinggal dalam ladang berkenaan;
g)
Apabila terdapat kilang memproses pengeluaran dalam ladang berkenaan.
hasil
6.4.2. Bagi permohonan dari sektor pembalakan, keutamaan akan diberikan sekiranya:-
6.5
(a)
Kawasan pembalakan terletak di kawasan operasi;
(b)
Apabila terdapat pusat perkhemahan pekerjapekerja yang menjalankan pembalakan 3 atau lebih kawasan.
6.4.3
Sebarang kelulusan jika diberikan adalah terhad kepada tempoh masa pembalakan seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Perhutanan;
6.4.4
Bagi permohonan dari sektor perhubungan, pengangkutan, perkilangan, bank, elektrik atau sektor penggalian, penapisan, simpanan, pengedaran yang berkaitan dengan bahan api, pertimbangan akan hanya diberi sekiranya hasil pengeluaran, perkhidmatan menjadi nadi kepada segala kegiatan ekonomi negara.
Bagi semua permohonan perlantikan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Bantuan, perjawatan yang dipohon hendaklah tidak melebihi dari perjawatan balai Polis dimana harta-harta pemohon terletak. Disamping itu, pangkat Polis Bantuan yang tertinggi mestilah tidak sama atau tidak melebihi dari jawatan KPD di kawasan permohonan.
DOKUMENTASI, TAPISAN KESELAMATAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN 7. Apabila permohonan mendapatkan kuasa-kuasa Polis Bantuan diluluskan oleh Ketua Polis Negara atau mana-mana Pegawai Kanan Polis yang diberi kuasa olehnya, pemohon akan dimaklumkan oleh Pegawai Pemerintah dimana permohonan itu dibuat dahulu. Seterusnya pemohonpemohon dikehendaki mengemukakan kepada Pegawai Pemerintah berkenaan, maklumat calon-calon yang akan dilantik sebagai pegawai Polis Bantuan seperti berikut:-
3
TERHAD
TERHAD 7.1
Tiga salinan maklumat peribadi calon-calon seperti di Lampiran `2`;
7.2
Sesalinan laporan pemeriksaan kesihatan seperti di Lampiran `3` yang menunjukkan bahawa calon berkenaan telah dipereksa oleh Pegawai Perubatan atau Doktor Panel Syarikat dan disahkan layak bagi tujuan perlantikan.
8. Setelah menerima borang Lampiran `2` dan `3` sebagai mana yang dinyatakan di perenggan 7.1 dan 7.2 di atas, Pesuruhjaya / Ketua Polis hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:8.1
Mengaturkan supaya dijalankan tapisan kasar oleh Cawangan Khas dan tapisan oleh Jabatan Siasatan Jenayah terhadap caloncalon yang akan dilantik sebagai Pegawai Polis Bantuan. Tapisan oleh Jabatan Siasatan Jenayah hendaklah dilakukan dengan mengambil cap jari calon-calon berkenaan dan seterusnya dihantar kepada Pendaftar Penjenayah bagi tujuan pemeriksaan. Sekiranya keputusan pemeriksaan tersebut tidak memuaskan dimana calon-calon mempunyai rekod sabitan masa lalu, boring RJ 2A hendaklah dikembalikan semula kepada Pendaftar Penjenayah. Calun bekenaan tidak boleh dilantik sebagai pegawai Polis Bantuan. Sekiranya keputusan tersebut memuaskan dimana calun berkenaan tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah, borang RJ 2A hendaklah difailkan dalam fail peribadi Polis Bantuan berkenaan dan proses perlantikan diteruskan.
9. Apabila seseorang calon didapati layak untuk dilantik sebagai Polis Bantuan, mana-mana Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta akan memaklumkan mengenai kesesuaian seseorang calon dan seterusnya dikehendaki mengemukakan kepada Ketua Polis Negara (Cawangan Pembantu) melalui Pegawai Pemerintah berkaitan, dokumen-dokumen seperti berikut:9.1
Penyata diri seperti borang di Lampiran `4` (tiga salinan);
9.2
Lapan keping gambar berpakaian seragam, tanpa bertopi untuk diagih-agihkan seperti berikut:9.2.1
Tiga keping gambar untuk fail peribadi yang akan disimpan di Ibu Pejabat Kontinjen, ibu pejabat majikan dan cawangan tempat tugas berkenaan;
9.2.2
Satu keping gambar untuk kad kuasa (Pol. 2B- Borang `S`);
9.2.3
Empat keping gambar untuk dilekatkan dalam surat perlantikan, (Lampiran `6 atau 6A). Surat perlantikan dikeluarkan dalam empat salinan, yang mana satu salinan diserah kepada anggota yang dilantik, tiga
4
TERHAD
TERHAD salinan disimpan di dalam ketiga-tiga seperti dinyatakan di para 9.2.1 di atas;
fail
peribadi
10. Pesuruhjaya/ Ketua Polis sebaik sahaja menerima dokumen- dokumen seperti di perenggan 9 di atas, hendaklah mengambil tindakan berikut:10.1
Menyediakan senarai nama (nominal roll) anggota-anggota yang telah berjaya dalam tapisan Cawangan Khas dan Jenayah, seterusnya mengemukakannya kepada KPN (Cawangan Pembantu). Senarai nama tersebut hendaklah mengandungi nama dan nombor setiap anggota yang akan dilantik sebagai Polis Bantuan;
10.2
Menyediakan dan menandatangani empat keping surat perlantikan bagi Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Bantuan seperti Borang di Lampiran 6.
10.3
Bagi perlantikan ke pangkat Inspektor Polis Bantuan dan ke atas, menyediakan empat keping surat perlantikan (lampiran 6) yang telah dipenuhkan dan dilekatkan gambar, hendaklah dikemukakan kepada KPN (Cawangan Pembantu bagi mendapatkan persetujuan Menteri dan tandatangan oleh KPN atau mana-mana Pegawai Kanan Polis yang diberi kuasa olehnya;
10.4
Mengaturkan supaya Polis Bantuan yang baru dilantik itu di bawa kehadapan seseorang pegawai Kanan Polis tidak kurang dari pangkat Asisten Superintenden Polis untuk mengangkat sumpah sebagai seseorang Polis Bantuan. Ketika mengangkat sumpah hendaklah berpakaian seragam seperti yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara dari masa kesemasa.
10.5
Menyerahkan satu salinan surat perlantikan (Lampiran `6 & 6A`) kepada Polis Bantuan yang telah mengangkat sumpah untuk kegunaannya.
PENGELUARAN KAD KUASA 11. Apabila menerima senarai nama seperti di perenggan 10.1 di atas dari Pesuruhjaya/ Ketua Polis, Cawangan Pembantu hendaklah mengambil tindakantindakan seperti berikut:11.1
Mencatatkan nama-nama Polis Bantuan berkenaan daftar Polis Bantuan.
11.2
Menyediakan kad kuasa (Pol. 2B-Borang `A`) untuk mereka.
11.3
Menghantar kad-kad kuasa tersebut kepada Pesuruhjaya/ Ketua Polis bagi mendapatkan tandatangan Pegawai dan anggota Polis Bantuan yang berkenaan.
5
di
dalam
TERHAD
TERHAD 12. Apabila Pesuruhjaya / Ketua Polis mengembalikan kad-kad kuasa yang telah dilekadkan gambar dan menandatangani oleh Polis Bantuan berkenaan, Ketua Cawangan Pembantu hendaklah menandatangani kad kuasa bagi APR dan Konstabel dan meletakkan cop rasmi sebagai `Pengesahan Kuasa`. Kadkad kuasa Polis Bantuan berpangkat Inspektor dan keatas akan ditandatangani oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan / Pentadbiran) sebagai `Kuasa Mengesah`. Selepas itu, kad-kad tersebut akan disalut plastik. 13. Kad-kad kuasa tersebut telah siap disalut plastik, Cawangan Pembantu akan menghantarnya kepada Pesuruhjaya / Ketua Polis untuk diserahkan kepada anggota-anggota Polis Bantuan berkenaan. Perbelanjaan penyalutan adalah ditanggung oleh majikan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia. NOMBOR PERIBADI 14. Cawangan Pembantu dikehendaki mengaturkan pembahagian nombor peribadi Polis Bantuan mengikut susunan setiap kontinjen. Nombor-nombor peribadi tersebut akan dimulai dengan huruf `PB` bagi anggota pangkat rendah dan konstabel. Sementara nombor peribadi bagi Pegawai kanan Polis Bantuan, nombor-nombor peribadi akan dimulai dengan huruf `I/ PB` dan bagi Asisten Superintenden dan keatas pula dimulai dengan huruf `G/ PB`. FAIL PERIBADI 15. Pesuruhjaya/ Ketua Polis dikehendaki menyelenggarakan fail peribadi semua pegawai Kanan Polis Bantuan. Pegawai Rendah dan Konstabel Polis Bantuan.Fail-fail tersebut akan dikenalpasti melalui nombor peribadi setiap pegawai berkenaan. Seterusnya, fail peribadi tersebut hendaklah mengandungi salinan-salinan seperti di Lampiran `1` hingga `7` serta Borang CR 2A. Jika seseorang Pegawai Polis Bantuan ditukarkan ke kontinjen lain, majikan hendaklah memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pesuruhjaya/ Ketua Polis berkenaan dan fail peribadi itu kemudiannya akan dihantar kepada kontinjen dimana pegawai itu tukarkan. PENEMPATAN POLIS BANTUAN 16. Apabila seseorang pegawai atau anggota Polis Bantuan yang menjalani pertukaran atau diarahkan bertukar ke kontinjen lain dari agensi /syarikat /jabatan yang sama perlu menjalani proses seperti berikut:16.1
Majikan hendaklah membuat permohonan pertukaran ke kontinjen baru menerusi PJP/ KP Negeri di kontinjen dimana pegawai/ anggota berkenaan bertugas, melalui borang Lampiran `9’ (pegawai kanan) dan borang lampiran ‘9’A (anggota Polis Bantuan). Borang-borang tersebut, seperti di lampiran.
16.2
PJP/ KP negeri yang berkaitan hendaklah mengedar permohonan tersebut kepada PJP/KP kontinjen yang baru.
6
TERHAD
TERHAD 16.3
Kelulusan adalah tertakluk kepada keperluan tugas dan budi bicara PJP/KP negeri itu. Sebaik sahaja kelulusan dibuat majikan perlu dimaklumkan oleh PJP/KP negeri yang baru.
16.4
Walau bagaimanapun angkat sumpah atas jawatan yang sama, pemeriksaan kesihatan, tapisan keselamatan dan pengeluaran kad kuasa (Pol. 2B – borang ‘A’ yang baru tidak perlu dilaksanakan semula.
( Para 16 yang asal dibatalkan – Tarikh Kuatkuasa 17 Februari 2009 – Perintah Pasukan Bil. 15/2009 bertarikh 3 Mac 2009 – Pindaan No. 196 ) PAKAIAN SERAGAM 17. Selaras dengan peraturan 6, peraturan-peraturan (Polis Bantuan) polis, 1970, jika seseorang yang bekerja dengan seseorang yang bekerja dengan seseorang lain atau kumpulan-kumpulan (kemudian daripada atau Konstabel Bantuan untuk menjalankan tugas-tugas polis disatu-satu kawasan di bawah kawalan majikan itu, maka majikan berkenaan adalah bertanggungjawab membekalkan pakaian seragam dan lencana-lencana sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara dari masa ke semasa. 18. Pakaian dan lencana yang dipakai oleh setiap pegawai dan anggota Polis Bantuan hendaklah selaras dengan peraturan di Lampiran '1'. KUASA DAN TUGAS. 19. Seseorang anggota Polis Bantuan apabila menjalankan tugas- tugas polis dalam kawasan-kawasan yang ditetapkan hendaklah mempunyai kuasa yang sama dan hendaklah tertakluk kepada pihak berkuasa yang sama seperti seseorang pegawai polis yang setaraf pangkatnya. 20. Semasa melaksanakan tugas bersama-sama pegawai atau anggota polis biasa, pegawai atau anggota Polis Bantuan hendaklah disifatkan lebih rendah dari polis biasa yang sama pangkatnya. 21. Anggota-anggota Polis Bantuan adalah ditugaskan dalam kawasan majikannya bagi tugas-tugas polis seperti berikut:21.1
Rondaan, bit dan kawalan statik;
21.2
Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan;
21.3
Melindungi dan mengiringi harta majikan;
21.4
Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah;
21.5
Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah.
7
TERHAD
TERHAD KUASA MENYIASAT 22. Pegawai Polis Bantuan boleh menjalankan siasatan polis atau menggunakan kuasa-kuasa khas penyiasatan seperti yang diperuntukan dalam keadaan-keadaan tertentu setelah Ketua Polis Negara memberi kebenaran kepada mana-mana pegawai Polis Bantuan menggunakan kuasa-kuasa khas penyiasatan terhadap kesalahan-kesalahan tertentu dan dalam kawasan yang ditetapkan sekiranya ketua Polis Negara berpuashati bahawa unit berkenaan telah diberi latihan secukupnya untuk menjalankan tugas siasatan. LATIHAN 23. Pasukan Polis DiRaja Malaysia adalah bertanggungjawab memberi latihan polis terhadap anggota-anggota Polis Bantuan. Cawangan Latihan Kontinjen adalah dikehendaki menyediakan segala latihan-latihan asas dan sebarang latihan selanjutnya untuk anggota-anggota Polis Bantuan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan untuk tempat tinggal, makanan, pengangkutan, peluru dan peralatan-peralatan lain yang diperlukan semasa latihan tersebut hendaklah ditanggung oleh majikan masing- masing. 24. Silibus latihan akan disediakan oleh Cawangan Latihan Bukit Aman. Perkara-perkara yang diajar adalah berfokus kepada pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diketahui oleh pegawai Polis Bantuan berkenaan. Sebagai tambahan, kurikulum latihan yang mempunyai kaitan rapat dengan tugas jabatan-jabatan, Badan-badan atau syarikat-syarikat berkenaan atau undang-undang yang dikuatkuasakan oleh majikan tersebut hendaklah juga diberi keutamaan. SENJATAPI 25. Semua pegawai dan konstabel Polis Bantuan yang telah dilantik secara sah, boleh membawa dan menggunakan senjatapi yang dilesenkan di atas nama majikannya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarah oleh majikannya dalam kawasan yang ditetapkan. TATATERTIB 26. Menurut Peraturan 5(2), Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970, seseorang anggota Polis Bantuan hendaklah tertakluk kepada peraturan-peraturan tatatertib yang seberapa hampir seperti seorang pegawai polis yang setaraf pangkat dengannya. 27. Majikan bertanggungjawab mengambil tindakan salah laku anggotaanggota Polis Bantuan di bawah kawalannya dan melapurkan keputusan tindakan salah lakunya kepada Pesuruhjaya/Ketua Polis Negeri yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 28. Ketua Polis Negara boleh pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya menarik balik kuasa polis seseorang Pegawai Kanan Polis Bantuan dan boleh juga menurunkan pangkatnya kepangkat yang lebih rendah. Pesuruhjaya atau Ketua Polis boleh pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menarik balik
8
TERHAD
TERHAD kuasa polis seseorang Pegawai Rendah Polis Bantuan atau Konstabel Polis Bantuan. 29. Sebelum tindakan menarik balik kuasa polis atau menurunkan pangkat seseorang Pegawai Polis Bantuan atau Konstabel Polis Bantuan diambil, majikan seperti yang dinyatakan diperenggan 27 di atas hendaklah terlebih dahulu memberitahu anggota polis bantuan berkenaan secara bertulis alasanalasan mengapa cadangan menarik balik kuasa polis atau menurunkan pangkat beliau dibuat dan meminta pegawai tersebut memberi jawapan dalam masa 14 hari tarikh penerimaan.Sekiranya gagal tindakan yang dicadangkan boleh diteruskan. 30. Apabila seseorang Pegawai Polis Bantuan atau anggota Polis Bantuan hendak ditamatkan perkhidmatannya oleh mana-mana Jabatan Kerajaan, Badan-badan berkanun atau Sektor Swasta, atau ingin meletakkan jawatan di tempat tugasnya dengan serta merta, maka pihak majikan adalah bertanggungjawab mengambil balik surat perlantikan dan kad kuasa dari pegawai atau anggota Polis Bantuan berkenaan dan diserahkan kepada Pesuruhjaya/ Ketua Polis Negeri. PENYERAHAN KAD KUASA DAN LAIN-LAIN 31. Jika seseorang Polis Bantuan meninggal dunia, dipecat atau meletakkan jawatan, adalah menjadi tanggungjawab majikan-majikannya menyerahkan balik kad kuasa (Pol.2B- Borang 'A') surat perlantikan dan apa-apa kelengkapan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada majikan dan semua barang tersebut hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya/ ketua Polis Negeri dimana Polis Bantuan itu berkhidmat. TUNTUTAN DAN ELAUN 32. Seseorang Polis Bantuan hendaklah berkhidmat secara sukarela dan tidak berhak membuat sebarang tuntutan yang berkaitan dengan upah, hadiah, elaun atau lain-lain tuntutan kerana perkhidmatannya dari Pasukan Polis Diraja Malaysia. PEMERIKSAAN 33. Pesuruhjaya/ Ketua Polis atau mana-mana Pegawai Polis yang diberikuasa olehnya hendaklah dari masa kesemasa melawat unit-unit Polis Bantuan untuk:33.1
Memeriksa bilik-bilik kawalan;
33.2
Memeriksa keselamatan peluru;
33.3
Memeriksa sistem kawalan dan pertahanan;
33.4
Menguji pengetahuan undang-undang dan kuasa-kuasa Polis;
tempat
9
menyimpan
senjatapi
dan
TERHAD
TERHAD 33.5
Pemantauan dari segi tahap disiplin Polis Bantuan.
34. Anggota Cawangan Khas yang dilantik sebagai Pegawai Polis Bantuan atau Konstabel Bantuan tidak tertakluk kepada Perintah Tetap ini. Mereka adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Arahan E3 (M) No.29. PEMBATALAN 35.
Perintah ini membatalkan Arahan Ketua Polis Negara No.25.
10
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN `1' KPD PTKPN BHG. ` A’ 501 PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA LENCANA POLIS BANTUAN 1.
Baju - Baju kemeja potongan Polis biasa berlengan pendek, atau berlengan panjang sebagai `pilihan'. Pengawai berpangkat Sarjan Mejar keatas boleh memakai `bush jacket' sebagai pilihan.
2.
Seluar - Seluar panjang.
3.
Topi/ Songkok/ Beret - Tiap-tiap pertubuhan diberi kebebasan memilih satu pakaian menutup kepala samada topi (cap), songkok atau beret.
4.
Lencana Topi - Lencana topi Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai dipakaian penutup kepala yang dipilih.
5.
Lencana Bahu - Lencana Bahu bertulis 'Polis Bantuan' dipakai dipangkal lidah bahu baju. Bagi Pegawai Kanan dikecualikan.
6.
Lambang Majikan - Lambang majikan ditampal dilengan kiri baju. Lambang tersebut mestilah berukuran 7cm x 9cm dan bertulis POLIS BANTUAN dibahagian atasnya.
7.
Tali Pingggang - Tali pinggang hitam (web belt) atau tali pinggang kulit hitam. Pegawai kanan boleh memakai tali pinggang 'nylon' sebagai pilihan.
8.
Butang - Butang seperti mana yang dikeluarkan untuk kegunaan pegawaipegawai dan anggota Polis biasa.
9.
Kasut - Kasut kulit hitam atau kasut kanvas hitam atau kasut boot canvas hitam.
10.
Rantai wisel - Rantai wisel sebagaimana Polis Biasa.
11.
Stokin - Stokin berwarna hitam
11
TERHAD
TERHAD 12.
Wisel - Sama seperti bentuk wisel Polis Biasa.
13.
Apulet - Pegawai Kanan memakai apulet berwarna hitam.
14.
Lencana Pangkat - Struktur dan bentuk hendaklah sama dengan Polis Biasa. Misalnya Koperal ada dua calit, Inspektor dua paku diatas apulet, ASP tiga paku, DSP satu Mahkota dan SUPT, Satu Mahkota dengan satu paku.
15.
Lencana - Nombor Polis Bantuan dan tanda nama hendaklah dipakai bagi Anggota Pangkat Rendah dan tandanama bagi Pegawai Kanan untuk pengenalan seperti mana Polis Biasa.
16.
Warna Baju dan Seluar - Warna baju dan seluar yang telah ditetapkan bagi unit-unit Polis Bantuan adalah seperti berikut:Baju - Biru Muda Seluar - Biru Gelap Catatan; Alat-alat yang ada dalam Pusat Bekalan Polis boleh dibekalkan oleh Pusat Bekalan Polis atau Setor Bekalan Kontinjen dengan bayaran.
12
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN '2 PTKPN BHG. `A’ 501
TAPISAN BAGI PEMILIHAN AHLI SUKARELAWAN POLIS/ POLIS BANTUAN DALAM PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA 1. a) Nama Penuh (huruf besar)......……………….……………….. b) Nama dalam tulisan Cina (keturunan cina)….………................ 2. Nama gelaran (jika ada)…………………………............................... 3. Haribulan dan tempat lahir………………………………....................... 4. Nombor Kad Pengenalan (baru).…………….....(lama).………............ 5. Tkh / Tempat Kad Pengenalan dikeluarkan………..................... 6. Alamat sekarang.…………………………………….............................. ……………………….……………............................. 7. Alamat lima tahun yang lalu...............…………………………………........ ....……………………………………………………. 8. Sekolah-sekolah yang dihadiri dan tarikh:........................... ............................... ........................... ............................... ........................... ............................... 9. Nama Bapa.…………………………..…………................................ Alamat………………………………….............................................. Pekerjaan............................…………………………………............. 10. Pernahkan dituduh di Mahkamah................................ Jenis Kesalahan..........………………………………............................... Hukuman......................…………………………………................... 11. Jawatan-jawatan dalam pertubuhan siasah:-
13
TERHAD
TERHAD a)........................................................... b)........................................................... 12. Pekerjaan yang telah sudah................................... 13. Pernah dilantik sebagai Polis Bantuan / Sukarelawan Polis sebelum ini……………………………………………………...............................
Tarikh:...............
………....................... (Tandatangan Pemohon)
14
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN '3' PTKPN BHG. `A’ 501
SURAT PEMERIKSAAN KESIHATAN Saya sahkan bahawa telah memeriksa................................ dan pada pendapat saya, *beliau boleh / * tidak boleh menjalankan tugas sebagai seorang Polis Bantuan (Auxiliary Police). Dalam pemeriksaan ini saya dapati beliau mengidap kelemahan yang berikut:...................……………………………………………................................................. ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… ………………………………
yang saya dapati *tidak akan / * akan menghalang beliau untuk berkhidmat sebagai Polis Bantuan. ..................... (Tandatangan)
..................... (Nama Doktor) Tarikh...............
(Cop Rasmi)
*potong yang tidak bersesuaian.
15
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN `4' PTKPN BHG. `A’ 501 POLIS BANTUAN POLIS DIRAJA MALAYSIA PENYATA DIRI 1. Kontijen.................................................... 2. Daerah Polis................................................ 3. Nama........................................................ 4. Nombor Polis Bantuan........................................ 5. Nombor Kad Pengenalan(baru)..............(lama)............. 6. Nama Bapa................................................... 7. Tempat & Tarikh Lahir....................................... 8. Alamat...................................................... 9. No. Telefon................................................. 10. Pekerjaan................................................... 11. Majikan dan Alamat.......................................... 12. Gaji Hakiki................................................. 13. Kelulusan................................................... 14. Taraf Perkahwinan........................................... 15. Nama & Alamat Suami/Isteri................................... ............................................................. 16. Waris & Alamat (selain bil. 14):i............................................................ Persaudaraan................................................. ii........................................................... Persaudaraan.................................................
16
TERHAD
TERHAD
iii.......................................................... Persaudaraan................................................. Saya mengaku bahawa setakat yang saya ketahui,butir-butir yang tersebut diatas semuanya adalah benar.
Tarikh:...............
...................…… (Tandatangan)
Saksi: Tandatangan:................... Nama:.......................... Pangkat:....................... Jawatan:.......................
17
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN '5' PTKPN BHG. `A’ 501 REKOD PERKHIDMATAN POLIS BANTUAN (semua butir-butir perlantikan, kenaikan pangkat, pertukaran, penghargaan dan tatatertib) -------------------------------------------------------------------------------------------------Tarikh Pangkat Perkara Kuasa T/Tangan --------------------------------------------------------------------------------------------------
18
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN '6' PTKPN BHG. `A’ 501 (Untuk Pegawai Kanan) SURAT PERLANTIKAN (Sek. 47 (1) Akta Polis 1967) Ini adalah
untuk
kepadanya
dibawah
Negara
dengan
mengesahkan Seksyen persetujuan
bahawa
menurut
kuasa yang diberi
47 (1) Akta Polis No. 41/1967, Ketua Polis Menteri
Dalam
Negeri
telah melantik
...................................……………….....…………….…No.KP..…….................... beralamat.......…………………………………...............................................sebagai seorang
Polis
Bantuan
(Auxiliary
Police)
dengan
pangkat
kehormat
..........……........ mulai ................................ 2. Kuasa dan tugas anda sebagai seorang Polis Bantuan hendaklah dijalankan dalam
semua
kawasan
dan
bangunan
dibawah
kawalan
...................................................... Kuasa ini juga dipanjangkan luar kawasan ditetapkan semasa anda menjalankan tugas resmi yang diarah secara bertulis oleh majikan anda.
Tarikh: ……….....................
……….....................
19
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN '6 A' PTKPN BHG. `A’ 501 (untuk APR/ Kons. sahaja) SURAT PERLANTIKAN (Sek. 47 (2) Akta Polis 1967) Ini adalah untuk mengesahkan bahawa menurut kuasa yang diberi kepadanya dibawah Seksyen 47 (2) Akta Polis No. 41/1967, Pesuruhjaya Polis* / Ketua Polis
Negeri*
………………………….........................
melantik.………………………………..
telah
No.KP.....…………………………...........
beralamat................................................................................................................. ........…………………… sebagai seorang Polis Bantuan (Auxiliary Police) dengan pangkat kehormat .........…………........... mulai ............................... 2. Kuasa dan tugas anda sebagai seorang Polis Bantuan hendaklah dijalankan dalam
semua
kawasan
dan
bangunan
...................................………………........... Kuasa ini juga
dibawah kawalan dipanjangkan luar
kawasan ditetapkan semasa anda menjalankan tugas resmi yang diarah secara bertulis oleh majikan anda.
Tarikh:..................
…………………
20
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN 7 PTKPN BHG. `A’ 501 POLIS JADUAL KEDUA (Seksyen 48 & Jadual, Akta Polis No.41/1967) Saya....................................................………………....
dengan
sesungguhnya
dan benar mengaku bahawa saya akan bersungguh dan dengan jujur berkhidmat sebagai...................................………….................. dalam Polis Diraja Malaysia dan akan menjunjung dan menjaga Undang-undang
Malaysia, dan
bahawa saya akan melaksanakan kuasa dan tugas-tugas jawatan saya dengan rajin dan jujurnya.
Pengakuan dibuat di.…………... pada ………haribulan........ 20....
(...................) Tandatangan
Dihadapan saya, (...................)
21
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN '8' PTKPN BHG. `A’ 501 KAWAD Kawad Tangan Bil. 1.
Sedia , senang diri dan rehatkan diri.
2.
Baris dalam tiga barisan dan lurus.
3.
Buka / tutup barisan, nombor dan terangkan.
4.
Berpusing ,berpusing separuh bersurai dan keluar.
5.
Paras, hormat dalam berhenti.
6.
Berjalan, berhenti dalam cepat masa.
7.
Berjalan, berhenti dalam perlahan masa.
8.
Panjang, pendek langkah, langkah kehadapan dan kebelakang.
9.
Langkah merusuk dan belok.
10.
Berpusing, berpusing separuh dalam perlahan masa.
11.
Berpusing, berpusing separuh dalam cepat masa.
12.
Hentak kaki, maju, berhenti dalam perlahan masa.
13.
Hentak kaki, maju, berhenti dalam cepat masa.
14.
Tukar langkah dalam perlahan masa dan cepat masa.
15.
Tukar langkah cepat, perlahan dan berlari.
16.
Buka / tutup barisan masa berjalan.
17.
Tukar haluan dalam berhenti dan berjalan.
18.
Berjalan dalam barisan dan belok
19.
Jadikan dua barisan dari tiga barisan.
20.
Skuad menghadap rusuk bertiga-tiga jalan dalam satu barisan.
21.
Hormat dalam berhenti dan masa berjalan.
22
TERHAD
TERHAD 22.
Hormat tanpa topi, hormat masa pakaian pereman, pandang kiri/kanan.
23.
Hormat selaku terima gaji.
Kawad Senjata Bil Perkara 1.
Sedia, senang diri dan rehatkan diri.
2.
Rusuk dari turun, turun dari rusuk.
3.
Lurus dalam kedudukan rusuk dan kedudukan turun.
4.
Hormat dari turun, turun dari hormat.
5.
Hormat dari rusuk, rusuk dari hormat.
6.
Baring senjata, angkat senjata.
7.
Tatang dari turun, turun dari tatang.
8.
Tatang dari rusuk, rusuk dari tatang.
9.
Untuk diperiksa periksa senjata.
10.
Lepas spring.
11.
Julang dari turun, turun dari julang.
12.
Julang dari rusuk, rusuk dari julang.
13.
Bimbit dari turun/rusuk, rusuk/turun dari julang.
14.
Kalih dari bimbit, bimbit dari kalih.
15.
Sedia dari rusuk/ turun,turun rusuk dari sedia senjata.
16.
Sedia senjata dari julang, julang dari sedia senjata.
17.
Hormat dari senjata.
18.
Mengulang semua pelajaran.
UNDANG-UNDANG PERATURAN POLIS KANUN KESEKSAAN (PENAL CODE) Bil
Perkara
1.
Darihal hak Pertahanan Persendirian. Sek. 96-106.
23
TERHAD
TERHAD 2.
Darihal subahat dan pakat jahat jenayah. Sek. 107-109,110-16 dan 120A.
3.
Darihal kesalahan-kesalahan mengenai Badan Manusia. Sek. 319,324,340,359,360 dan 368.
4.
Darihal kesalahan terhadap harta. Sek. 279,382,390,392,410 dan 415.
5.
Darihal Pencerobohan Jenayah / pecah rumah. Sek. 441,442,445,454,503 dan 511.
KANUN ACARA JENAYAH (C.P.C) 1.
Darihal memberi bantuan dan maklumat. Sek. 11-14.
2.
Darihal menangkap Sek. 15-23.
3.
Darihal saman dan waran tangkap. Sek. 34,38,47,54,57-65.
4.
Tindakan polis Mencegah Kesalahan, Sek. 103-106.
5.
Maklumat dan Kuasa menyiasat. Sek. 107-109.
UNDANG-UNDANG AM (GENERAL LAWS) 1.
Akta Senjatapi No. 206/60. Sek. 2,3,4,5-9 dan 32.
2.
Ordinan kesalahan-kesalahan kecil 3/55 Sek. 4-9, 10-15,20A,21,22,24,27-29,30,31.
3.
Akta Bahan Letupan No. 207/52 (semakan 1978). Sek. 12,19,20,23 dan 25.
4.
Ordinan Mencegah Jenayah (PCO) No. 13/59. Sek. 2,18,&19.
5.
Akta Mencegah Rasuah No. 57/61 (semakan 1971). Sek. 3,6,9,10-12 dan 29.
6.
Akta Keselamatn Dalam Negeri No. 82/60 (semakan 1972). Sek. 1,57-62,64-65,72 dan 73.
24
TERHAD
TERHAD
PERINTAH TETAP KPN DAN AKTA POLIS Bil
Perkara
1.
Tabik Hormat A. 109
2.
Buku Peringatan Polis A.114
3.
Eskot Polis A. 120.
4.
Maklumat Pertama D...
5.
Senjata-senjata dirampas C... dan C... keselamatan Senjata.
6.
Peraturan-Peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970.
7.
Akta polis No.4/67(Tugas-tugas Am Polis).
LATIHAN SENJATA Revolver.38 1.
Mengenal, Keselamatan, membawa dan mencuci.
2.
Isi, separuh cekah, peluru terlepas dari pusingan.
3.
Cekah, separuh cekah, peluru terlepas dari pusingan.
4.
Kedudukan-kedudukan dan menenang.
5.
Latihan menembak.
6.
Tembak akhir.
Revolver/ Auto-Pistol.32 1.
Mengenal, Keselamatan, Buka pasang dan cara membawa.
2.
Isi dan keluarkan peluru.
3.
Cara-cara menenang dan kedudukan.
4.
Latihan Menembak.
5.
Mengulangi pelajaran.
6.
Tembak Akhir.
Shot Gun/ Senapang Patah
25
TERHAD
TERHAD 1.
Mengenal, Keselamatan, cara-cara membawa dan cuci mencuci.
2.
Isi dan keluarkan peluru.
3.
Latihan cara menembak dalam kedudukan menenang dan kepit.
4.
Tembak akhir
MEMPERTAHANKAN DIRI/ SSP Bil
Perkara
1.
Kilas tangan dari hadapan/ belakang dan tangan melintang.
2.
Kilas pergelangan tangan.
3.
Pistol/ Revolver dari hadapan/ belakang.
4.
Pisau dari hadapan dan dari belakang.
5.
Pisau dari atas/ rusuk.
6.
Melepaskan pelukan.
7.
Melepaskan tendangan dan pegangan.
8.
Mengelakkan tangan keluar dan menetak.
26
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN ‘9’ PTKPN BHG. A 501
PENEMPATAN POLIS BANTUAN (PEGAWAI KANAN) Para 16.1 PTKPN A 501
1.
Pangkat/ Nombor/ Nama
:
2.
Nombor Kad Pengenalan
:
3.
Agensi Polis Bantuan
:
4.
4.1 Kontinjen Asal
:
4.2 Kontinjen Baru
:
5.1 Alamat Tempat Tugas Asal
:
5.2 Alamat Tempat Tugas Baru
:
6.
Alasan Pertukaran
:
7.
Tarikh Berkuatkuasa
:
8.
Sokongan/ Ulasan Majikan
:
5.
Disokong/ Tidak Disokong
Diluluskan/ Tidak Diluluskan
…………………………………… (Tandatangan/ Cop Majikan) (KETUA POLIS NEGARA)
…………………………………… Tandatangan/ Cop Jabatan
27
TERHAD
TERHAD LAMPIRAN ‘9’A PTKPN BHG. A 501
PENEMPATAN POLIS BANTUAN (ANGGOTA PANGKAT RENDAH) Para 16.1 PTKPN A 501
1.
Pangkat / Nombor / Nama
:
2.
Nombor Kad Pengenalan
:
3.
Agensi Polis Bantuan
:
4.
4.1 Kontinjen Asal
:
4.2 Kontinjen Baru
:
5.1 Alamat Tempat Tugas Asal
:
5.2 Alamat Tempat Tugas Baru
:
6.
Alasan Pertukaran
:
7.
Tarikh Berkuatkuasa
:
8.
Sokongan/ Ulasan Majikan
:
5.
Disokong/ Tidak Disokong
Diluluskan/ Tidak Diluluskan
…………………………………… (Tandatangan/ Cop Majikan)
…………………………………… Tandatangan/ Cop Jabatan (PJP/ KP Berkaitan)
TERJEMAHAN DAN SEMAKAN PTKPN INI BERKUATKUASA MULAI 2hb JULAI 2003.
28
TERHAD