KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
PANDUAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2
Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2011
Cetakan Pertama 2011 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN
Muka Surat
Rukun Negara
v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
vi
Pendahuluan
vii
Modul 1: Kesihatan Fizikal Kesihatan Diri dan Reproduktif
1
Pemakanan
26
Penyalahgunaan Bahan
40
Modul 2: Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Pengurusan Mental dan Emosi
47
Kekeluargaan
55
Perhubungan
70
Modul 3: Kesihatan Persekitaran Penyakit
75
Keselamatan
94
Pertolongan cemas
110
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisitradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagaibagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:
• • • • •
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
vi
vi
PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
Justeru, Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun Satu ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan dokumen standard Pendidikan Kesihatan Tahun Dua serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Panduan ini adalah usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pelbagai pihak. Panduan ini mengandungi 35 contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan bersama oleh guru dan murid. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovatif dalam mengubah suai serta menambah baik aktiviti yang disediakan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan panduan ini.
vii
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL Tajuk
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Standard Kandungan
1.1
Standard Pembelajaran
1.1.1 Menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbangkan kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.2 Mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat. Bahan Bantuan Pengajaran
Langkah Pengajaran
video (You tube) / gambar berkaitan permainan i- Galah Panjang ii- Ketingting (Permainan lain yang difikirkan sesuai) 1. 1. 2. 2. 3.
Tayangkan video / gambar berkaitan permainan Galah Panjang dan Ketingting. Bersoal jawab dan membincangkan aktiviti fizikal yang dapat menyumbang dan mencapai perkembangan fizikal yang sihat. Menjalankan aktiviti fizikal di tempat yang sesuai.
1
2
3
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL FIZIKAL Tajuk
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Standard Kandungan
1.1
Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
Standard Pembelajaran
1.1.3
Mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
Bahan Bantuan Gambar pelbagai jenis makanan dan lembaran kerja Pengajaran Langkah Pengajaran
1. Mempamerkan pelbagai gambar makanan yang seimbang. 2. Memilih dan menampal gambar makanan secara berkumpulan mengikut amalan pemakanan seimbang. (Lampiran 1). 3. Perbincangan tentang pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
4
5
6
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL Tajuk
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Standard Kandungan
1.1
Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan Perkembangan fizikal yang sihat.
Standard Pembelajaran
1.1.4
Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal.
Bahan Bantuan Pengajaran
Gambar postur yang betul dan salah, lembaran kerja. Kerusi dan radio.
Langkah Pengajaran
1. 2. 3.
Pamerkan Lampiran 1 Bersoal jawab berkaitan postur yang betul. Menerangkan maksud postur yang betul dengan murid dijadikan „role model‟ Gambar dipamerkan sebagai rujukan murid. (Lampiran 1) - Bersoaljawab tentang pertumbuhan fizikal yang betul dan faktor yang mempengaruhi postur yang baik. 4. Penilaian - Penilaian dijalankan dengan permainan „musical chairs‟. - Murid dinasihatkan untuk duduk , berdiri dan berjalan dengan postur yang betul. - Murid yang tidak duduk dengan postur yang betul akan dikeluarkan daripada permainan sehingga murid yang terakhir dikira sebagai pemenang 5. Edarkan lembaran kerja. (Lembaran Kerja 1)
7
8
9
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL FIZIKAL Tajuk
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Standard Kandungan
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
Standard Pembelajaran
1.1.5 Menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi Untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
Bahan Bantuan Pengajaran
Gambar Lembaran kerja.
Langkah Pengajaran
1. 2. 3. 4.
Bincangkan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.(Lampiran 1) Menunjukkan gambar pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat berkaitan dengan tidur dan rehat yang cukup. (Lampiran 2) Murid memadankan penyataan yang sesuai dengan gambar yang menunjukkan murid yang ceria dan murid letih. Edarkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
10
11
12
13
14
15
16
17
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
Tajuk
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Standard Kandungan
1.2
Standard Pembelajaran
1.2.1
Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat.
1.2.2
Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
Bahan Bantuan Pengajaran Langkah Pengajaran
Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
Slaid / gambar iklan\YouTube - iklan animasi ajar jerit lescopaque.avi 1. Tayangkan video ”Sentuhan OK atau Tak OK” (WCC) / gambar pelbagai situasi sentuhan yang selamat dan tidak selamat dengan iringan lagu “Kalau Berpacaran” dari Anna Raffali dan Suhaimi Meor Hassan. Contoh : - Ibu memeluk anak. - Dua kanak-kanak bermain di padang. - Jurulatih lelaki menyentuh atlet perempuan. - Kanak-kanak lelaki menyentuh badan murid perempuan. - Guru lelaki menyentuh murid perempuan. 2. Bersoal jawab berdasarkan slaid / gambar pelbagai situasi sentuhan yang selamat dan tidak selamat . Contoh soalan: - Apakah tanggapan anda setiap perlakuan yang dilihat itu selamat atau tidak selamat? - Bagaimanakah cara sentuhan yang anda rasa selamat dalam keluarga ? - Bahagian anggota badan manakah yang anda rasa tidak selamat apabila disentuh oleh orang lain?
18
3. Bincangkan situasi sentuhan Tidak selamat dan cara menyatakan ”TIDAK ”. Lampiran guru Contoh : - Seorang murid menepuk punggung / bahagian belakang - Seorang murid menerpa dan cuba memeluk dari belakang seorang murid lain. - Seorang murid lelaki menerpa dan mengacah untuk menyentuh bahagian dada murid perempuan 4. Menyatakan maksud sentuhan tidak selamat. 5. Edarkan lembaran kerja 1 dan 2.
19
Lembaran Kerja 1
20
21
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL Tajuk
Kesihatan Diri dan Reproduktif
Standard Kandungan
1.2
Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk Menangani pengaruh dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
Standard Pembelajaran
1.2.3
Mengenal pasti individu yang mungkin melakukan sentuhan tidak selamat.
1.2.4
Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku Sentuhan tidak selamat.
Bahan Bantuan Pengajaran
Gambar, lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. Mempamerkan beberapa gambar individu (Lampiran 1) 2. Murid menyenaraikan individu yang berada di sekeliling mereka ( di sekolah, di rumah, di taman permainan dan sebagainya ). 3. Menjalankan aktiviti main peranan antara murid dengan orang yang tidak dikenali. 4. Murid menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan yang tidak selamat. ( menjerit, melarikan diri dan sebagainya ) 5. Tayangkan video ” Mengajar anak anda menjerit”
22
23
24
25
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
Tajuk
Pemakanan
Standard Kandungan
1.3
Standard Pembelajaran
1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan.
Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat
1.3.2 Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat. Bahan Bantuan Pengajaran Langkah Pengajaran
Lampiran 1
3. 1. Aktiviti berkumpulan- Main Peranan (rujuk lampiran 1) 4. 2. Kumpulan pemerhati memilih makanan seimbang dalam aktiviti main peranan dan catat di papan tulis. 3. Perbincangan mengenai makanan yang dipilih. 4. Edarkan lembaran kerja 5.
NOTA TAMBAHAN GURU: Murid diagihkan kepada 6 kumpulan(satu kumpulan akan menjadi kumpulan pemerhati), 5 kumpulan yang lain akan melakukan aktiviti main peranan dengan menggunakan kad perkataan (Lampiran 1)
26
27
28
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL Tajuk
Pemakanan
Standard Kandungan
1.3
Standard Pembelajaran
1.3.3 Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesiti.
Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan Selamat
1.3.4 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman Mengikut keperluan. Bahan Bantuan Pengajaran
Slaid, lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. 2. 3. 4.
Menayangkan slaid. ( Lampiran 1 ) Bersoal jawab berkaitan slaid. Menerangkan punca obesiti . Mempamerkan gambar jenis-jenis makanan dan minuman yang ( Lampiran 2 ) 5. Mengasingkan makanan dan minuman yang menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesiti. Menerangkan tentang amalan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan. - Murid menyiapkan lembaran kerja 1.
29
30
31
32
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL Tajuk
Pemakanan
Standard Kandungan
1.3
Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.
Standard Pembeajaran
1.3.5
Mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat.
Bahan Bantuan Pengajaran
Gambar pelbagai jenis makanan dan lembaran kerja. Lembaran tugasan
Langkah Pengajaran
1. Lakonkan edaran yang diberikan. 2. Bersoal jawab tentang makanan dan minuman yang berkhasiat. 3. Mengedarkan lembaran kerja lanjutan (Lampiran 2 akan digunakan pada P&P 1.3.6)
33
34
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL Tajuk
Pemakanan
Standard Kandungan
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.
Standard Pembelajaran
1.3.6 Menceritakan tabiat pengambilan makanan dan minuman dalam kalangan ahli keluarga.
Bahan Bantuan Pengajaran
Lembaran kerja.
Langkah Pengajaran
1. Membincangkan hasil tugasan (rekod amalan permakanan harian) 2. Bersoal jawab tentang pengambilan makanan dan minuman murid pada hari semalam. 3. Edarkan Lembaran Kerja 1
35
36
37
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Pemakanan 1.3
Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.
1.3.7
Menyatakan pengaruh rakan dalam pengambilan makanan dan minuman.
1.3.8
Menyatakan pengaruh media dalam pengambilan makanan dan minuman.
Bahan Bantuan Pengajaran
Klip video , lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. Tayangan klip video / keratan akhbar / risalah Contoh : (youtube-Iklan KFC-1985) 2. Bersoal jawab tentang klip video yang ditonton. - situasi apa yang dilihat - pengaruh rakan dalam membuat suatu keputusan - menyatakan pengaruh media masa dalam pengambilan makanan dan minuman 3. Murid menyatakan kesan daripada pengaruh rakan dan media dalam pengambilan makanan dan minuman. 4. Murid menyiapkan lembaran kerja 1.
38
39
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL Tajuk
Penyalahgunaan Bahan
Standard Kandungan
1.4
Standard Pembelajaran
1.4.1 Mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok, dadah dan alkohol. 1.4.2 Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil dadah dan alkohol terhadap kesihatan diri serta orang lain.
Bahan Bantuan Pengajaran
Lembaran kerja 1.
Langkah Pengajaran
1.
2.
3. 4.
Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga, dan masyarakat.
Bermain permainan ”musical chair”. Murid yang terkeluar dikehendaki mengambil kertas yang mengandungi perkataan berkaitan penyalahgunaan bahan. Murid menyebut dan menampal perkataan yang diambil. Setelah selesai permainan, murid mengenal pasti bahanbahan yang boleh menyebabkan ketagihan. Contohnya, dadah, rokok dan alkohol. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan membincangkan kesan rokok, dadah dan alkohol serta melengkapkan lembaran kerja. Membentangkan hasil perbincangan.
40
41
42
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL Tajuk
Penyalahgunaan Bahan
Standard Kandungan
1.4
Standard Pembejaran
1.4.3 Melaporkan kepada orang dewasa berkaitan penyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan.
Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat
Bahan Bantuan Pengajaran Langkah Pengajaran
1. Bincang dan kenalpasti orang dewasa yang boleh menerima laporan 2. Mengenalpasti cara melapor kepada orang dewasa berkenaan rakan yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan seperti rokok, dadah dan alkohol. (Lampiran guru) Contoh laporan; - Membuat laporan lisan kepada guru atau ibu bapa - Membuat laporan secara bertulis kepada guru.
43
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
Tajuk
Penyalahgunaan Bahan
Standard Kandungan
1.4
Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Standard Pembejaran
1.4.4
Berkata TIDAK kepada pelawaan penyalahgunaan bahan.
1.4.5
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak menyalahguna bahan.
Bahan Bantuan Pengajaran
Lampiran 1
Langkah Pengajaran
1. Nyanyikan lagu dalam lampiran 1 2. Membuat simulasi mengenai penyalahgunaan bahan.Lampiran guru Contoh; - Aksi pemabuk - Aksi penagih dadah - Aksi perokok 2. Apakah yang dilihat daripada simulasi di atas ? Contoh; - Apakah yang murid akan lakukan untuk mengelakkan penyalahgunaan bahan ?
44
45
46
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL Tajuk
Pengurusan Mental dan Emosi
Standard Kandungan
2.1
Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.
Standard Pembelajaran
2.1.1
Mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dan tidak selamat.
Bahan Bantuan Pengajaran
CD video Tsunami, kad gambar .
Langkah Pengajaran
1. 2. 3. 4. 5.
Tayangan klip video Tsunami. (YouTube Raw_Tsunami_Video_Patong_Beach_2004_[www.keepvid.com] Bersoal jawab mengenai tayangan. Guru mempamerkan kad gambar . (Lampiran 1) Melengkapkan lembaran kerja – memadan gambar dengan situasi. (Lembaran kerja 1) Membincangkan jawapan.
47
48
49
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
Tajuk
Pengurusan Mental dan Emosi
Standard Kandungan
2.1
Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.
Standard Pembelajaran
2.1.2
Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkan Perasaan kepada orang yang boleh dipercayai. Mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat.
2.1.3
Bahan Bantuan Pengajaran
Langkah Pengajaran
kad situasi
1. 2. 3.
Melakonkan situasi bimbang, cemas dan tidak selamat berdasarkan kad situasi satu persatu. Guru bersoal jawab tentang orang yang boleh dipercayai. Guru menerangkan cara yang sihat untuk meluahkan perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat.
50
51
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL Tajuk
Pengurusan Mental dan Emosi
Standard Kandungan
2.1
Standard Pembejaran
2.1.4 Mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahan yang berlaku dalam keluarga dan persekitaran seperti pertambahan dan kehilangan ahli dalam keluarga.
Bahan Bantuan Pengajaran
Gambar keluarga, lembaran kerja.
Langkah Pengajaran
1. Memaparkan gambar keluarga yang mendapat ahli baru dan kematian ahli keluarga. 2. Bersoal jawab berdasarkan kedua-dua gambar tersebut. 3. Murid menyenaraikan perasaan yang wujud daripada perubahan yang berlaku dalam keluarga tersebut. (Lembaran Kerja 1). 4. Berbincang jawapan lembaran kerja 1.
Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.
52
53
54
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL Tajuk
Kekeluargaan
Standard Kandungan
2.2
Standard Pembelajaran
2.2.1
Bahan Bantuan Pengajaran
Carta gambar murid lelaki dan perempuan.
Langkah Pengajaran
1. 2. 3. 4.
Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. Menyatakan perbezaan fizikal perempuan dan lelaki
Memaparkan gambar budak lelaki dan budak perempuan. Bersoal jawab tentang gambar yang dipaparkan. Menerangkan dengan lebih terperinci tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Murid menyenaraikan perbezaan fizikal antara lelaki dan perempuan di dalam lembaran kerja 1.
55
Gambar 1:(Budak Lelaki)
56
Gambar 2: (Budak Perempuan)
57
58
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL Tajuk
Kekeluargaan
Standard Kandungan
2.2
Standard Pembelajaran
2.2.2
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad cantuman gambar, lembaran kerja.
Langkah Pengajaran
1. Aktiviti berkumpulan – Permainan “Cantum Gambar”. 2. Bersoal jawab tentang perbezaan antara perawakan murid lelaki dan perempuan. 3. Melengkapkan lembaran kerja.
Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. Menceritakan perbezaan antara perawakan perempuan dan lelaki.
59
Kad aktiviti: Mencantumkan gambar (perempuan)
60
Guru perlu memotong gambar mengikut kesesuaian.
Kad aktiviti : Mencantumkan gambar (lelaki)
61
Guru perlu memotong gambar mengikut kesesuaian.
LEMBARAN KERJA Nama
:
_______________________
Hari
: _______________
Tahun
:
_______________________
Tarikh : _______________
Padankan gambar dengan perawakan yang sesuai.
sopan ak ak lemah-lembut
kacak
berani
aktif
lasak
cantik
kuat
62
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL Tajuk
Kekeluargaan
Standard Kandungan
2.2
Standard Pembelajaran
2.2.3 Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan. 2.2.4 Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina
Bahan Bantuan Pengajaran
Lembaran Kerja
Langkah Pengajaran
1. Membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan jantina. 2. Murid perempuan melakonkan aksi ibu di rumah seperti memasak dan menyidai baju. 3. Murid lelaki melakonkan aksi bapa di rumah seperti memotong rumput. 4. Aktiviti berkumpulan - menyenaraikan kelebihan sebagai lelaki atau perempuan. 5. Setiap kumpulan mempamerkan hasil dapatan. 6. Penerangan mengenai sikap menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina. 7. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1.
Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga.
63
64
65
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
Tajuk
Kekeluargaan
Standard Kandungan
2.3
Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.
Standard Pembelajaran
2.3.1 Mematuhi ajaran agama. 2.3.2 Menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada Tuhan, diri, ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan.
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad imbasan.
Langkah Pengajaran
1. Bersoal jawab tentang tempat-tempat ibadat berdasarkan gambar yang diberi. (Lampiran 1) 2. Penerangan mengenai kepentingan beragama dan kasih sayang (Tuhan,ibu bapa, diri sendiri, ahli keluarga, guru dan rakan). 3. Murid menyenaraikan keutamaan kasih sayang (ibu bapa, diri sendiri, ahli keluarga, guru dan rakan) - lembaran kerja 1.
66
67
68
69
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
Tajuk
Perhubungan
Standard Kandungan
2.3
Standard Pembelajaran
2.3.3
Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.
Menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu atau kumpulan seperti tidak membuli dan menyakiti orang lain.
Bahan Bantuan Pengajaran
Video 1Malaysia (Upin Ipin), lembaran kerja.
Langkah Pengajaran
1. Tayangan video 1 Malaysia. (uPIN___Ipin_3__Kami_1_Malaysia_(Bahagian_2)_(Episode_19)_[www.keepvid.com])
2. Bersoal jawab berdasarkan video. 3. Murid mendengar penerangan tentang cara-cara menunjukkan kasih sayang tanpa perbezaan individu atau kumpulan . 4. Murid melengkapkan Lembaran Kerja 1
70
71
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL Tajuk Standard Kandungan
Perhubungan 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian.
Standard Pembelajaran
2.3.4
Mengamalkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih sesama manusia.
Bahan Bantuan Pengajaran
Lembaran kerja.
Langkah Pengajaran
1. Tayangan video. 2. Bersoal jawab berdasarkan video. 3. Murid menyatakan cara mengamalkan rasa syukur kepada Tuhan dan berterima kasih sesama manusia. 4. Murid melengkapkan lembaran kerja.
72
73
74
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Penyakit
Standard Kandungan
3.1
Standard Pembelajaran
3.1.1 Mengenal pasti tanda-tanda konjunktivitis
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad gambar dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. 2. 3. 4.
Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian
Mempamerkan kad gambar tanda-tanda konjuntivitis (Lampiran 1) Bersoal jawab berkaitan konjuntivitis Memberi penerangan dengan mempamerkan kad maklumat (Lampiran 2) Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)
75
76
77
78
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Penyakit
Standard Kandungan
3.1
Standard Pembelajaran
3.1.2 Menyatakan cara mengelak daripada jangkitan konjunktivitis 3.1.3 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami konjunktivitis
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad gambar dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. 2. 3.
Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian
Perbincangan berdasarkan kad gambar yang menunjukkan jangkitan konjuntivitis (Lampiran 1) Berbincang dalam kumpulan tentang cara mengelak dan langkah-langkah mengatasi jangkitan konjunktivitis Edarkan lembaran kerja (Lembaran kerja 1)
79
80
81
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Penyakit
Standard Kandungan
3.1
Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian
Standard Pembelajaran
3.1.4
Mengenali penyakit tidak berjangkit seperti ketumbit mata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan alahan
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad gambar dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. 2. 3. 4.
Pamerkan gambar penyakit tidak berjangkit (Lampiran 1) Bersoal jawab tentang penyakit tidak berjangkit Murid melabelkan nama penyakit menggunakan kad perkataan di papar di papan tulis. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)
82
83
84
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN Tajuk
Penyakit
Standard Kandungan
3.1
Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian
Standard Pembelajaran
3.1.5
Mengenal pasti tanda-tanda penyakit tidak berjangkit
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad gambar dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1.
2. 3. 4. 5. 6.
Murid memilih sampul surat yang berisi kad gambar penyakit tidak berjangkit dan berbincang tentang kad gambar tersebut. (Lampiran 1) Murid menyiapkan tugasan menggunakan MS Office Word. Murid membentangkan hasil tugasan. Bersoal jawab berkaitan tanda-tanda penyakit tidak berjangkit. Edarkan kad maklumat bergambar dan bincang dalam Kumpulan tentang tanda-tanda penyakit tidak berjangkit (Lampiran 2) Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1)
85
Lampiran 1 Contoh-contoh penyakit tidak berjangkit
Ketumbit mata
Sakit telinga
Hidung berdarah
Ekzema
Alahan 86
87
88
89
90
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Penyakit
Standard Kandungan
3.1
Standard Pembelajaran
3.1.6 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad gambar dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian
1. Mempamerkan kad gambar penyakit tidak berjangkit (Lampiran 1) 2. Bersoal jawab berkaitan langkah-langkah yang perlu diambil jika mengalami penyakit tidak berjangkit 3. Edarkan kad maklumat bergambar (Lampiran 2) 4. Berbincang di dalam kumpulan tentang langkahlangkah yang perlu diambil jika mengalami penyakit tidak berjangkit (Lembaran kerja) 5. Edarkan lembaran kerja (Lembaran 1)
91
92
93
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Keselamatan
Standard Kandungan
3.2
Standard Pembelajaran
3.2.1 Mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad gambar dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan seharian.
1.Permainan Kotak Beracun.( Apabila muzik diberhentikan, murid dikehendaki mengambil kad gambar dalam kotak dan menjelaskan apa yang terdapat dalam kad gambar (Lampiran 1) 2. Bersoal jawab berkaitan kad gambar yang dipamerkan 3. Mempamerkan gambar situasi di dapur (Lampiran 2) 4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran kerja 1)
94
Lampiran 1 Kad gambar.
1. Rumah
2. Taman Permainan
3.
Sekolah
4.
Jalanraya
95
96
97
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Keselamatan
Standard Kandungan
3.2
Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan seharian.
Standard Pembelajaran
3.2.2
Menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dan bahan seperti racun dengan selamat
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad gambar dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. Edarkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 1) 2. Murid mencari jawapan berdasarkan „maze’ 3. Berbincang cara penyimpanan peralatan dengan selamat. 4. Murid menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dengan selamat (Lembaran Kerja 2).
98
Lembaran Kerja 1 Nama
: _______________________
Hari : _______________
Tahun
: _______________________
Tarikh : _______________
Cari jalan pulang bagi setiap peralatan di bawah.
99
Lembaran Kerja 2 Nama
: _______________________
Hari : _______________
Tahun
: _______________________
Tarikh : _______________
Nyatakan cara penyimpanan peralatan dengan selamat.
Pisau
Bahan kimia dan racun
Jarum jahitan
Ubat-ubatan
100
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Keselamatan
Standard Kandungan
4.2
Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan seharian.
Standard Pembelajaran
3.2.3
Mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad gambar dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. Paparkan beberapa situasi bergambar (Lampiran 1). 2. Berpandukan gambar, murid mengenal pasti situasi tidak selamat. 3. Bersoal jawab tentang situasi tidak selamat. 4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran 1).
101
102
103
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Keselamatan
Standard Kandungan
3.2
Standard Pembelajaran
3.2.4 Menyatakan kesan kemalangan dan kecederaan seperti kecacatan kekal tubuh badan
Bahan Bantuan Pengajaran
Klip video kemalangan dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan seharian.
1. Tayangan klip video kemalangan – sumber Youtube http://www.youtube.com/watch?v=e4ReOiIjbeM&NR=1 2. Bersoal jawab berkaitan kesan kemalangan 3. Murid membincangkan kesan kemalangan dan kecederaan (Lampiran 1) 4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran 1)
104
105
106
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Keselamatan
Standard Kandungan
3.2
Standard Pembelajaran
3.2.5 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kemalangan, kecederaan dan situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam pada setiap masa
Bahan Bantuan Pengajaran
Klip video, lembaran kerja dan kertas mahjong
Langkah Pengajaran
Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan seharian.
1. Tayangan klip video amalan keselamatan – sumber Youtube http://www.youtube.com/watch?v=B6VCnNgInkw&featu re=related 2. Bersoal jawab tentang langkah-langkah untuk mengelak kemalangan dan kecederaan (Lampiran 1) 3. Murid menyatakan langkah-langkah keselamatan berpandukan gambar situasi dalam kumpulan kecil (Lampiran 2) 4. Murid menulis langkah-langkah keselamatan untuk mengelak daripada berlaku kemalangan berpandukan gambar situasi di atas kertas mahjong 5. Murid bentang hasil kerja mereka.
107
Lampiran 2
108
109
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Pertolongan cemas
Standard Kandungan
3.3
Standard Pembelajaran
3.3.1 Mengetahui situasi kecemasan
Bahan Bantuan Pengajaran
Klip video dan lembaran kerja
Langkah Pengajaran
1. Tayangan klip video kecemasan yang mengandungi situasi kecemasan (kebakaran),sumber Youtube http://www.youtube.com/watch?v=tXiEO5ZyPqc 2. Bersoal jawab tentang klip video tersebut 3. Murid menyatakan situasi kecemasan yang pernah dilihat, dibaca atau dialami 4. Edarkan lembaran kerja (Lembaran kerja 1)
Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi
110
111
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
Tajuk
Pertolongan cemas
Standard Kandungan
3.3
Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi
Standard Pembelajaran
3.3.2
Meminta bantuan apabila berlaku kecemasan
Bahan Bantuan Pengajaran
Kad gambar, lembaran kerja dan keratan akhbar
Langkah Pengajaran
1. Murid menerangkan situasi kecemasan berdasarkan keratan akhbar 2. Murid menyatakan orang yang perlu diberitahu sekiranya mengalami situasi kecemasan (Lampiran 2) 3. Murid melakonkan cara meminta bantuan semasa kecemasan 4. Edarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah (Lembaran kerja 1)
Catatan: Guru menggunakan Lampiran 1 sekiranya murid tidak membawa keratan akhbar
112
113
114
115