Minggu 2 Hari 1 Baca: Mat.3:1-7; Luk. 3:1-14; Yoh. 1:19-23 Permulaan pelayanan Yohanes Pembaptis: Luk. 3:1-2 1. Pada fikiran anda, mengapa agaknya Lukas menyebut tentang keduadua kuasa awam dan kuasa agama pada zaman pelayanan Yohanes?
Pelayanan Yohanes: Mat. 3:1-7 dan Luk. 3:1-14 2. Yohanes berkhutbah dan membaptis di mana?
3. Dia berkhutbah kepada siapa?
(Lihat kajian tambahan, topic #8)
4. Apakah berita yang dikhutbahkan oleh Yohanes? Senaraikan tiga hal khusus yang harus dilakukan bagi menunjukkan pertaubatan.
Nubuat-nubuat digenapi: Mat. 3: 3-6 5. Huraikan amalan dan kehidupan peribadi Yohanes.
6. Cara hidup Yohanes sudah pun diberitahu terlebih dahulu oleh Gabriel kepada bapanya dalam Lukas 1:16. Bagaimana Mat. 3: 5-6 menggenapi nubuat ini?
7. Mat. 3:3 merupakan sebahagian daripada nubuat Yesaya tentang orang yang datang mendahului Mesias. Ayat ini mengakui Yohanes adalah pengenapan nubuat dalam Yes. 40:3-5. Yesaya bernubuat lebih 800 tahun sebelum Yohanes dilahirkan. Bagaimana pelayanan Yohanes memenuhi nubuat ini?
Adakah Yohanes itu Kristus?: Yoh. 1:19-23 8. Orang-orang Yahudi mahu tahu sama ada Yohanes adalah Kristus, Mesias – Penyelamat yang dijanjikan. Apa yang Yohanes kata tentang pelayanannya berkaitan dengan pelayanan Yesus? Renungan Hari Ini Lukas. 3:8 “Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa!” Adakah cara hidup saya menampakkan saya sudah bertaubat?
Minggu 2 Hari 2 Baca: Yoh. 1:24-34; Mat. 3:11-17 Tujuan baptisan Yohanes: Yoh. 1:31 1. Mengapa Yohanes mengatakan bahawa dia datang untuk membaptis?
Yohanes membandingkan dirinya dengan Kristus: Mat. 3:11 dan Yoh. 1:24-27 2. Menurut Yohanes, apakah perbezaan cara mereka membaptis?
3. Adakah Yohanes menganggap dirinya selayak Yesus?
Baptisan Yesus: Mat. 3:13-17 4. Apakah tindak balas Yohanes bila disuruh oleh Yesus untuk membaptiskanNya?
5. Apakah sebab Yesus mahu dibaptiskan?
6. Bagaimana Yohanes tahu bahawa Roh Kudus berserta Yesus?
7. Siapa yang berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku."
(Lihat kajian tambahan, tajuk #9)
Kesaksian Yohanes tentang Yesus: Yoh. 1:29-34 8. Menurut Yohanes, siapakah Yesus?
9. Bagaimana Yohanes tahu bahawa Yesus adalah Anak TUHAN?
Renungan Hari Ini Mat. 3:15- “…dengan jalan ini kita akan melaksanakan segala yang dikehendaki oleh TUHAN." Adakah saya berusaha seboleh-bolehnya supaya segala yang saya lakukan berkenan kepada Tuhan?
Minggu 2 Hari 3 Nota: Secara urutan waktu, peristiwa seterusnya ialah pencubaan Yesus. Namun kita akan meninggalkan peristiwa itu dan sebaliknya mengikuti akhir hidup Yohanes Pembaptis.
(Lihat kajian tambahan, tajuk #10)
Baca: Yoh. 3:22-36; Luk. 3:19-20 & 7:18-23; Mrk. 6:17-29 Sikap Yohanes Pembaptis terhadap Yesus: Yoh. 3:22-36 1. Semasa tahun pertama pelayanan Yesus, kedua-dua Yesus dan Yohanes membaptis di kawasan luar bandar Yudea. Dalam ayat 26, apakah kebimbangan murid-murid Yohanes tentang pembaptisan yang dijalankan oleh Yesus berdekatan mereka?
2. Apakah sikap Yohanes terhadap Yesus? Mengapa dia berperasaan demikian?
3. Dalam ayat 36, apakah amaran Yohanes tentang mempercayai Yesus sebagai Anak TUHAN?
Tindak balas Yesus kepada Yohanes Pembaptis: Luk. 3:19-20 dan 7:18-23 4. Semasa tahun kedua pelayanan Yesus, Yohanes Pembaptis dipenjarakan oleh Herodes. Apakah sebabnya?
5. Yohanes merasa kecewa dan mula ragu sama ada Yesus benar-benar Anak TUHAN. Dia menghantar dua orang muridnya untuk bertanya kepada Yesus. Apakah pesan Yesus kepada Yohanes?
Yohanes mati syahid: Mrk. 6:17-29 6. Herodes telah memenjarakan Yohanes, tetapi siapa yang mahu membunuhnya kerana apa yang telah dikatakannya?
7. Bagaimana Herodes bertindak balas kepada Yohanes Pembaptis?
8. Apakah yang akhirnya menyebabkan Herodes membunuh Yohanes Pembaptis? Renungan Hari Ini Yoh. 3:30- “Dia mesti menjadi semakin penting dan aku semakin kurang penting.” Adakah Yesus semakin penting dalam hidup saya dan saya semakin kurang penting?
Minggu 2 Hari 4 Baca: Mrk. 1:13; Luk. 4:1-13; Ul. 6:13, 16 & 8:3 Pencubaan Yesus: Luk. 4:1-2 1. Bilakah Yesus dipimpin ke padang gurun?
2. Mengapa Dia ke sana?
3. Apakah Yesus lakukan di padang gurun selama 40 hari? (Lihat kajian tambahan, tajuk #11)
4. Siapa yang mencuba Yesus?
Pencubaan-pencubaan: Luk. 4:3-12, Ul. 6:13, 16 & 8:3 5. Apakah yang Iblis mahu Yesus puaskan melalui pencubaan pertama? ay. 3
6. Apakah yang Iblis mahu Yesus lakukan melalui pencubaan kedua? Ay. 5-8
7. Apakah yang Iblis mahu Yesus lakukan melalui pencubaan ketiga? Ay. 9
8. Bagaimana Yesus melawan pencubaan-pencubaan tersebut?
Selepas pencubaan: Luk. 4:13; Mrk. 1:13 9. Apakah tiga perkara yang dapat kita perhatikan dalam kedua-dua ayat ini? Renungan Hari Ini Saya mahu Firman Tuhan menjadi sebati dalam hidup saya sehingga Alkitab menjadi jawapan kepada segala pencubaan yang saya hadapi.
Minggu 2 Hari 5 Baca: Yoh. 1:35-51 & 2:1-11 Pengikut-pengikut yang mula-mula bertemu Yesus: Yoh. 1:35-51 1. Apakah yang menyebabkan dua orang pengikut Yohanes Pembaptis mengikuti Yesus pada hari itu?
2. Injil Yohanes bukan ditulis oleh Yohanes Pembaptis, tetapi oleh Yohanes, anak Zebedeus, dan adik Yakobus. Dia mempunyai satu kebiasaan yang menarik sepanjang Injil ini. Walaupun dia menyebut nama pengikut-pengikut lain yang hadir pada beberapa peristiwa tertentu, dia tidak akan mengenalkan dirinya sendiri. Dia selalu merujuk kepada dirinya dengan cara yang tidak langsung seperti “pengikut yang lain”, “pengikut yang dikasihi Yesus”, atau “dia yang bersandar dekat kepadaNya, di sebelah kananNya” Dengan latar belakang ini, siapakah lima pengikut Yesus yang mula-mula menemuiNya?
3. Apakah perkara pertama yang Andreas dan Filipus lakukan setelah meluangkan masa dengan Yesus?
4. Apa yang meyakinkan Natanael bahawa Yesus adalah Anak TUHAN?
Yesus mengubah air menjadi wain: Yoh. 2:1-11 5. Siapakah di antara para tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinan di Kana?
6. Apakah yang Maria lakukan tentang masalah tuan rumah?
Renungan Hari Ini Yesus menukarkan nama Simon kepada Petrus atau Kefas. Simon bererti lalang. Petrus (dalam bahasa Yunani) atau Kefas (dalam bahasa Aramik) bererti “Batu.” Hubungan Petrus dengan Yesus mengubahkan dia daripada “rumput yang tidak mantap” menjadi batu yang kukuh. Adakah hubungan anda dengan Yesus mengubah sikap anda?
7. Apakah yang Yesus suruh orang gaji itu lakukan?
8. Bagaimana kita tahu bahawa Yesus telah mengubah air menjadi wain?
9. Mengapa Yesus melakukan mukjizat ini?
jawapan: minggu 2 Hari 1 1. Lukas menyenaraikan kedua-dua kuasa awam dan kuasa agama supaya peristiwa-peristiwa itu dapat berlatarbelakangkan sejarah. Jika ia merupakan cerita rekaan, semua maklumat ini tidak akan disertakan. 2. Yohanes berkhutbah dan membaptis di sekitar Sungai Yordan. 3. Yohanes berkhutbah kepada orang ramai yang datang dari Yerusalem, Yudea dan Yordan. Antara mereka ialah ketua-ketua agama (Farisi dan Saduki), pengumpul-pengumpul cukai dan askar-askar. 4. Berita Yohanes ialah “"Bertaubatlah daripada dosa kamu kerana tidak lama lagi TUHAN akan memerintah!" Beberapa perkara khusus yang harus dibuat untuk menunjukkan pertaubatan ialah: berkongsi apa yang berlebihan dengan mereka yang miskin, jangan mengumpul melebihi yang patut, dan jangan peras wang atau menuduh orang secara palsu. 5. Yohanes memakai jubah bulu unta dan memakai tali pinggang kulit serta memakan belalang dan madu hutan. 6. Yohanes memimpin banyak orang kembali kepada Tuhan, TUHAN mereka seperti yang dikatakan oleh Gabriel dalam Lukas 1:16. 7. Melalui khutbahnya, Yohanes menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka berdosa dan perlu bertaubat. Ramai yang datang dan mengakui dosa-dosa mereka dan dibaptiskan oleh Yohanes. Dia sentiasa menunjukkan kepada mereka bahawa mereka perlu mengubah seluruh cara hidup mereka. Dengan cara ini, dia mempersiapkan mereka untuk melihat Mesias, keselamatan daripada TUHAN. 8. Yohanes mengatakan bahawa dia bukan Kristus, tetapi dia diutus untuk mempersiapkan jalan bagi Tuhan Yesus.
Hari 2 1. Menurut Yohanes, sebab dia datang membaptis ialah supaya Yesus dinyatakan sebagai Mesias kepada Israel. 2. Yohanes berkata dia membaptis dengan air tetapi Kristus akan membaptis dengan Roh TUHAN dan api. (Nota: api di sini merujuk kepada kerja penyucian yang dilakukan oleh Roh Kudus. Lihat Maleakhi 3:2-4) 3. Tidak, Yohanes mengatakan menjinjing kasut-Nya pun dia tidak layak. 4. Pada mulanya Yohanes enggan. Dia berkata seharusnya dia dibaptis oleh Yesus. 5. Yesus mengatakan inilah caranya mereka menunjukkan kebenaran. 6. Yohanes melihat Roh turun seperti burung merpati dan menghinggapi Yesus. 7. Tuhan Bapa berucap dari syurga. 8. Yohanes memanggil Yesus Anak Domba TUHAN yang menghapus dosa dunia. 9. TUHAN yang telah mengutus Yohanes untuk membaptis, telah menyatakan kepada Yohanes bahawa dia akan melihat Roh Kudus turun dan menetap pada Dia yang merupakan Anak TUHAN.
Hari 3 1. Mereka takut Yohanes kehilangan kuasanya. Mereka tidak mahu melihat orang ramai berkurangan dan sebaliknya mula mengikuti Yesus. 2. Yohanes merasa gembira pelayanan Yesus semakin bertumbuh. Kerana Yohanes sedar dia hanya pendahuluan kepada Kristus dan bukannya Kristus sendiri, dia merasa puas dan gembira. 3. Yohanes memberi amaran bahawa kehidupan kekal bergantung kepada kepercayaan dan penerimaan Anak TUHAN. 4. Yohanes menegur Herodes akan tingkah lakunya yang jahat, termasuk perzinaannya dengan isteri adiknya, Herodias. 5. Dia suruh mereka melaporkan apa yang mereka lihat dan dengar: yang buta melihat, yang lumpuh berjalan, pesakit kusta disembuhkan, yang pekak mendengar, yang mati hidup semula dan yang miskin mendengar Berita Baik. Kesaksian mukjizat-mukjizat ini akan membina imannya. 6. Herodias, isteri Herodes, menyimpan dendam terhadap Yohanes kerana mengatakan dia berdosa. Dia mahu membunuh Yohanes. 7. Herodes melindungi Yohanes kerana dia tahu bahawa Yohanes orang yang benar dan suci. Dia suka mendengar Yohanes, tetapi bingung dengan apa yang dikatakan oleh Yohanes. 8. Dia berjanji terburu-buru di hadapan para tetamu anak perempuan Herodias. Oleh kerana dia tidak mahu dipandang lemah di depan mata tetamu, dia memerintahkan Yohanes dipancung.
Hari 4 1. Sebaik sahaja Yesus dibaptis oleh Yohanes, Dia dipimpin ke padang gurun. 2. Yesus dipimpin Roh Kudus untuk digodai setan. 3. Yesus berpuasa (dia tidak makan apa-apa) selama empat puluh hari. 4. Setan menggoda Yesus. Yak. 1:13 mengatakan “TUHAN tidak dapat digoda oleh kejahatan, dan TUHAN sendiri tidak menggoda orang.” Bukan TUHAN yang menggoda Yesus, tetapi Dia mengizinkan setan untuk berbuat demikian. 5. Setan mahu Yesus memuaskan kelaparannya dengan cara yang luar biasa. Setan menumpu kepada nafsu yang menginginkan keselesaan fizikal. Untuk memenuhi kehendak TUHAN Dia harus hidup tanpa berdosa dalam batasan-batasan yang lumrah bagi manusia. Yesus mematuhi TUHAN. 6. Setan menggoda Yesus supaya mengambil jalan yang senang untuk memenuhi rancangan TUHAN bagiNya. Yesus mesti menentang kepercayaan bahawa asal berhasil, tidak kisah apa sekalipun cara untuk mencapainya. (Nota: Yesus akan memiliki kuasa dan keagungan semua kerajaan dunia, tetapi cara TUHAN bagiNya ialah melalui kematian di atas salib. Setan menawarkan jalan pintas.) 7. Setan mahu Yesus membuktikan hubunganNya dengan TUHAN, dengan cara “memaksa” TUHAN menyelamatkan Dia. Hubungan Yesus dengan TUHAN harus bergantung kepada kepercayaan, bukan bukti. 8. Yesus tahu kehendak TUHAN dan mempercayai bahawa TUHAN akan memenuhi segala tujuaanNya. Dia memetik firman yang menyatakan ketergantunganNya yang sepenuh pada TUHAN dan keinginanNya untuk menggenapi kehendak TUHAN bagiNya. 9. Semasa pencubaan, TUHAN telah melindungiNya dari binatang buas di padang gurun. Malaikat-malaikat datang dan melayaniNya setelah Dia lulus ujianNya. Ini bukanlah satu-satu kalinya Yesus digoda. Setan akan menggodaNya lagi.
Hari 5 1. Mereka mengikuti Yesus kerana Yohanes mengakui Yesus sebagai domba TUHAN. Oleh kerana ini merujuk kepada Mesias, mereka mahu mengenali Yesus. 2. Pengikut-pengikut Yesus yang mula-mula ialah Yohanes, Andreas, Simon Petrus, Filipus dan Natanael. (Nota: Nampaknya pada ketika ini, Yohanes, Andreas dan Simon Petrus belum lagi meninggalkan segalagalanya untuk mengikuti Yesus. Hal itu berlaku selepas peristiwa dalam Lukas 4:14-44, semasa Yesus memanggil Andreas, Simon, Yakobus dan Yohanes dalam Lukas 5.) 3. Kedua-dua Andreas dan Filipus pergi serta merta untuk memberitahu orang lain tentang Yesus. 4. Bila Yesus memberitahu dia di mana dan apa yang sedang dilakukannya sebelum Filipus memanggilnya, dia mula mempercayai Yesus sebagai Anak TUHAN, Raja Israel. 5. Yesus, pengikut-pengikutNya dan Maria, ibu Yesus, adalah tetamu di majlis perkahwinan di Kana. 6. Bila Maria mengetahui bahawa mereka kehabisan anggur, dia memberitahu Yesus. Dia percaya bahawa Yesus dapat melakukan sesuatu. Kemudian dia menyuruh pelayan-pelayan untuk melakukan apa sahaja yang disuruh oleh Yesus. 7. Yesus menyuruh pelayan-pelayan memenuhi 6 tempayan dengan air. Firman mengatakan setiap tempayan itu boleh diisi dengan dua hingga tiga buyung air (kira-kira 100 liter). Yesus menyuruh pelayanpelayan itu menghidangkan kandungan tempayan itu kepada ketua majlis. 8. Kita tahu Yesus telah mengubah air menjadi wain kerana ketua majlis tertanya-tanya mengapa pengantin laki-laki menghidangkan wain terbaik di akhir majlis. Ketua majlis mengatakan bahawa inilah wain yang terbaik. 9. Yesus melakukan mukjizat ini untuk menyatakan kemuliaanNya kepada pengikut-pengikutNya. Ini seterusnya menyebabkan mereka mempercayaiNya.
kajian tambahan: minggu 2 Hari 1 8. Pertaubatan: Berpaling daripada dosa- Yeh. 18:30 Kebaikan hati TUHAN membawa kepada pertaubatan- Rom. 2:4 Kembali kepada Tuhan- Kis. 3:19 Dukacita menurut kehendak TUHAN mendatangkan keselamatan- II Kor. 7: 10 Kegembiraan besar di syurga- Luk.15:7
Hari 2 9. Domba korban: Domba Paska- Kel. 12:1-13 Korban penghapus dosa- Im. 4:32-5:5 Nubuat tentang Yesus mati sebagai domba- Yes. 53:7
Hari 3 10. Kerendahan Hati: Tuhan membimbing mereka yang rendah hati- Maz. 25:9 Menganggap orang lain lebih baik- Fil. 2:3 Tuhan merahmati orang yang rendah hati- I Pet. 5:5-6
Hari 4 11. Puasa-puasa lain yang penting dalam Alkitab: Dua kali Musa berpuasa 40 hari dan malam- Ul. 9:9, 18 Samuel dan seluruh Israel berpuasa sepanjang hari- I Sam. 7:6 Daud berpuasa seminggu- II Sam. 12:15-18 Elia makan makanan malaikat dan kemudian berpuasa selama 40 hari- I Raj. 19:8 Nehemia berpuasa untuk Yerusalem- Neh. 1:4 Daniel berpuasa sekurang-kurangnya dua kali- Dan. 9:3, 10:3 Kota Niniwe- Yun. 3:5, 8-10 Umat percaya di Antiokhia- Kis. 13:2-3