MODUL 8: PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN
Isi Kandungan 8.0
Pengenalan
8.1
Konsep dan ciri-ciri takaful pendidikan
8.2
Konsep dan ciri-ciri unit amanah
8.3
Perbandingan unit amanah dan instrumen lain
89
JD127788 Modul 8.indd 89
8/12/10 9:06:24 AM
90
JD127788 Modul 8.indd 90
8/12/10 9:06:24 AM
8.0 Pengenalan •
Apakah cita-cita anda?
•
Adakah anda telah merancang masa depan anda? Apakah perancangan anda?
•
Bagaimana dengan kewangan anda? Berapa jumlah tabungan anda? Adakah mencukupi untuk membiayai pelajaran anda pada masa hadapan?
•
Di manakah anda menabung? Bank? Institusi lain? Unit amanah?
Anda pasti mempunyai cita-cita dan impian untuk melanjutkan pelajaran ke institusi yang lebih tinggi. Jadi, anda hendak menabung dan melabur dari sekarang untuk mencapai matlamat hidup anda dengan mendapat pendidikan ya n g s e m p u r n a . M a k a , a d a l a h b a i k sekiranya anda mula menyimpan di tempat yang betul seawal mungkin.
91
JD127788 Modul 8.indd 91
8/12/10 9:06:25 AM
8.1 Konsep dan ciri-ciri takaful pendidikan 8.1.1 Apa itu takaful? Takaful ialah konsep yang berasaskan muamalat Islam dengan mengikuti hukum-hukum syariah. Konsep ini telah dipraktikkan sejak 1,400 tahun dahulu. Dari segi prinsipnya, takaful adalah satu sistem yang berasaskan konsep saling bantu-membantu, bertanggungjawab, perlindungan dan bantuan di antara kumpulan peserta atau ahli. Dalam erti kata lain, takaful adalah peruntukan untuk berkongsi sumbangan kepada yang memerlukan di samping simpanan masing-masing. 8.1.2 Ciri-ciri takaful pendidikan Terdapat pelbagai produk takaful pendidikan di Malaysia. Berikut adalah contoh ciri-ciri produk takaful pendidikan yang terdapat di Malaysia: •
Pelan pendidikan khas untuk kanak-kanak berumur dari 30 hari hingga 12 tahun
•
Jumlah had perlindungan minimum RM10,000 dan maksimum RM150,000
•
Tempoh tamat umur penyertaan antara 18-23 tahun
•
Te m p o h p e r l i n d u n g a n 6 - 2 2 tahun
Maklumat tambahan: Anda boleh mencari maklumat lanjut di web seperti: 1) www.takaful-ikhlas. com.my 2) www.etiqa-takaful webs.com
92
JD127788 Modul 8.indd 92
8/12/10 9:06:25 AM
8.1.3 Kelebihan menyertai skim takaful pendidikan •
Dapat menyimpan untuk pendidikan.
•
Simpanan dapat dikeluarkan pada umur 18 tahun apabila ingin melanjutkan Pelajaran.
•
Selain simpanan, peserta takaful akan mendapat perlindungan seperti perlindungan kemalangan.
•
Jika ibu bapa peserta meninggal dunia, peserta tidak perlu membayar caruman sehingga skim matang pada umur 18 tahun.
8.2 Konsep dan ciri-ciri tabung unit amanah pendidikan Tabung unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional. Tabung unit amanah memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit.
Tahukah anda? Pendapatan dari pelaburan uran tabung-tabung unit amanah bergantung kepada risiko pelaburan. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangan yang pelabur akan kecapi. Risiko pelaburan bergantung kepada antaranya, faktor-faktor seperti berikut: •
Keadaan ekonomi negara secara am
•
Kadar inflasi
•
Kadar perkembangan ekonomi
•
Pencapaian syarikat-syarikat di dalam tabung unit amanah.
93
JD127788 Modul 8.indd 93
8/12/10 9:06:25 AM
8.2.1 Apa itu tabung unit amanah pendidikan? Tabung unit amanah pendidikan merupakan satu tempat pelaburan yang sesuai untuk kita menyimpan sekaligus ianya merupakan pelaburan yang bijak dan rendah risikonya berbanding melabur di dalam pasaran saham secara langsung serta memberi peluang pulangan yang konsisten. Tujuan pelaburan ini adalah untuk menjana keperluan kewangan kita di masa hadapan. 8.2.2 Contoh-contoh tabung unit amanah berkaitan pendidikan Contoh tabung-tabung unit amanah pendidikan yang boleh didapati masa kini adalah seperti berikut: •
Amanah Saham Didik (ASD)
•
Amanah Saham Gemilang - Pendidikan (ASG Pendidikan)
94
JD127788 Modul 8.indd 94
8/12/10 9:06:25 AM
8.2.3 Bagaimanakah tabung unit amanah berfungsi?
Pelabur (ANDA)
Pengurus dana (PNB) Menguruskan dana
Pemegang amanah Pemegang amanah Amanah (ARB) Raya Trustees Berhad Ber tindak (ARTB) seba gai penja ga dana
Bertindak sebagai penjaga dana
Amanah Saham Didik
RM
Sekuriti Kerajaan
Deposit Bank
Saham & Bond
Keuntungan/pendapatan
95
JD127788 Modul 8.indd 95
8/12/10 9:06:26 AM
8.2.4 Contoh pengiraan tabung unit amanah
Contoh Pengiraan pulangan (agihan pendapatan) simpanan di tabung Amanah Y
Tabungan sedia ada = RM2000 Tabungan tahunan = RM480 Kadar pulangan = 7% setahun Berapakah jumlah terkumpul selepas 5 tahun?
0
RM2,000
1
RM480
2
3
4
RM480
RM480
RM480
5
?
Andaikan anda telah mempunyai RM2,000 tabungan sedia ada hasil daripada simpanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa anda sejak kecil, berapakah nilai tabungan yang terkumpul selepas 5 tahun? Dalam contoh pengiraan ini, tabungan dimulakan pada umur 13 tahun dengan andaian anda menyimpan RM480 setahun.
Formula: Tabungan terkumpul = Jumlah tabungan terkini + (Jumlah tabungan terkini X kadar keuntungan) = Jumlah tabungan terkini + Pulangan
96
JD127788 Modul 8.indd 96
8/12/10 9:06:26 AM
Tahun pertama = RM2,000 + (RM2,000 x 0.07) = RM2,140 Tahukah anda?:
Tahun kedua = (RM2,140 + RM480) + (RM,2620 x 0.07) = RM2,803.40
Pengagihan Pendapatan/ dividen: Agihan pendapatan adalah jumlah yang dibayar oleh pengurus dana kepada pelabur.
Tahun ketiga = (RM2,803.40 + RM480) + (RM3,283.40 x 0.07) = RM3513.24
Contohnya, sekiranya anda melabur RM500 dalam tabung unit amanah pendidikan selama setahun, pada penghujung tahun, anda akan mendapat pendapatan yang diagihkan sebanyak 7% pada tahun 2008, iaitu sebanyak (7% x RM500= RM35 setahun.
Tahun keempat = (RM3,513.24 + RM480) + (RM3,993.24 x 0.07) = RM4,272.77
Dalam masa 10 tahun, jumlah pendapatan yang boleh didapati berjumlah:
Tahun kelima = (RM4,272.77 + RM480) + (RM4,752.77 x 0.07) = RM5,085.47
= RM500 (1 + 7%)10 = 500 (1.07)10 = 500 (1.97) = RM983.58
Jadi, jumlah yang terkumpul selama 5 tahun ialah RM5085.47
Ini tidak termasuk jumlah pelaburan anda yang berjumlah RM500 tadi.
Selepas anda mengira jumlah simpanan anda, anda akan dapati betapa banyaknya duit yang telah anda simpan dalam setahun. Pada akhir tahun, anda boleh melabur dalam tabung unit amanah pendidikan atau melabur dalam takaful. Oleh itu, menabunglah dari sekarang untuk jaminan pelajaran anda di masa hadapan. “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”
97
JD127788 Modul 8.indd 97
8/12/10 9:06:27 AM
8.2.5
Kelebihan menabung dalam tabung unit amanah dan takaful
•
Merupakan salah satu bentuk simpanan jangka panjang
•
Secara amnya memberi pulangan yang lebih kompetitif berbanding menyimpan di dalam simpanan biasa
•
Risiko penyimpanan yang lebih rendah kerana ianya dijamin oleh kerajaan
•
Mudah untuk melabur kerana terdapat banyak ejen-ejen tabung unit amanah dan takaful di seluruh negara
•
Sebagai simpanan luar jangka jika terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya
8.3 Perbandingan tabung unit amanah dengan instrumen pelaburan yang lain Semua instrumen pelaburan mempunyai tahap risiko dan pulangan berbeza. Secara amnya, perbandingan risiko dan pulangan bagi pelbagai pelaburan boleh diringkaskan seperti berikut:
Jenis Pelaburan
1
Pelaburan dalam pasaran saham
2
Hartanah
3
Tabung unit amanah
4
Deposit tetap
5
Tunai
Tahap Risiko
Tahap Jangkaan Pulangan
Rendah
Rendah
Ini bermakna semakin tinggi risiko sesuatu pelaburan, maka semakin tinggi tahap jangkaan pulangan yang akan anda perolehi. Dari gambarajah di atas, dapat disimpulkan bahawa tabung unit amanah mempunyai tahap risiko yang sederhana dan pulangan yang sederhana.
98
JD127788 Modul 8.indd 98
8/12/10 9:06:27 AM
Mari Berfikir 10 Latihan Individu Latihan Individu 1 Cuba anda catatkan berapakah jumlah simpanan yang boleh anda simpan dalam sehari? Latihan Individu 2 Kira jumlah yang dapat anda simpan pada setiap akhir bulan. Latihan Individu 3 Berapakah pula simpanan yang anda akan dapat pada hujung tahun 2009?
Latihan dalam Kumpulan 1) Simulasi pelaburan – melayari laman web, www.kelabpelaburan.com.my 2) Memaksima pulangan dan meminima risiko 3) Penerangan daripada wakil cawangan ASNB 4) Info kit
99
JD127788 Modul 8.indd 99
8/12/10 9:06:27 AM