sec1-mimie_Layout 1 4/9/2015 11:29 PM Page 2
Z
SOLAT MELAKA
20 JAMADILAKHIR 1436H
Subuh Syuruk Zohor ASAr MAghrib iSyAk JuMaaT 10 aprIl 2015 / 20 JaMaDIlaKHIr 1436H pp11922/03/2013(031989)
Beri peluang kepada Najib - Muhyidin 2
5.51 7.07 1.14 4.23 7.18 8.27 rM1.50
Idris hargai peranan Menteri MITI
Melaka destinasi pelaburan dunia
KETUA Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron berkata, kerajaan negeri yakin untuk menjadikan Melaka sebagai salah satu daripada destinasi pelaburan menarik di dunia menerusi kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi lain di bawah 3 kementerian berkenaan.
IDRIS dan Mustapa selepas mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Menteri, di Seri Negeri, Ayer Keroh, kelmarin.
Entrepreneurial Journey cabar jati diri pelajar 14 TNB prihatin
9&12
EKSKLUSIF MAIM
4
jot-10ap_Layout 1 4/9/2015 11:33 PM Page 3
18 2
Jumaat 10 April 2015
Beri peluang kepada Najib - Muhyiddin JAKARTA 9 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya memberi peluang kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak untuk membuat kerja dengan caranya tersendiri demi kepentingan rakyat. Timbalan Perdana Menteri berkata, mungkin tidak semestinya setiap perkara yang dibuat oleh kerajaan hari ini dipersetujui oleh Dr. Mahathir yang juga bekas perdana menteri dan begitu juga semasa kepimpinannya, ada juga keputusan yang dibuatnya tidak dipersetujui semua orang. “Ada pandangan berbeza, tetapi biarlah pimpinan kerajaan hari ini cuba laksanakan perkara yang kita fikir beri impak kepada pembangunan sosioekonomi rakyat menerusi program transformasi, rasionalisasi subsidi, bantuan rakyat dalam bentuk BR1M dan sebagainya, ada
impaknya walaupun Tun tidak begitu bersetuju dengan perkara begitu,” katanya kepada pemberita di sini. Timbalan Perdana Menteri berada di Jakarta sempena lawatan kerja tiga hari yang berakhir hari ini. Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah bekas perdana menteri itu diketahui umum sebagai seorang tokoh dan pemimpin sebelum ini dan beliau masih mempunyai pandangan, berpengaruh dan ada pengikutnya. “Sebab itu, apabila beliau mencetuskan beberapa perkara dalam penulisan beliau, saya sendiri secara peribadi tidak memandang ringan. Ia ada impak dan kesannya. Kalau dia (Dr. Mahathir) menyentuh mengenai urusan kerajaan, yang mana patut kita jelaskan, kita patut jelaskan,” kata Muhyiddin. Muhyiddin berkata, dalam isu tertentu yang menyentuh soal seperti
1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan hal yang ada kaitan dengan perdana menteri sendiri, Najib juga boleh bertemu dengan Dr. Mahathir untuk menjawab bagi menjelaskan perkara sebenar. “Saya setuju supaya bukan sahaja Perdana Menteri menjelaskan (isuisu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir) untuk pengetahuan umum supaya tidak ada salah anggapan dan salah fahaman tentang perkara tertentu, penting juga penjelasan untuk pengetahuan rakyat. Tetapi saya fikir yang agak baik ialah pertemuan, kalau Datuk Seri
MUHYIDDIN
NAJIB
Najib sebagai anak dan Tun sebagai bapa, maka saya pun begitu. “Jumpalah Tun, kalau dah jumpa dahulu, mungkin perlu jumpa lagi, elok jumpa lagi sebagai bapa dan anak, saya percaya Tun Mahathir pasti akan menerima dan Datuk Seri Najib tidak akan berasa janggal. Janggal makna anda tahu, anda berasa seperti anda tahu bukan (sesuatu yang) luar biasa,” kata beliau. Katanya, jika bersemuka dan saling memahami, maka Najib boleh bertanya dan berbincang secara ikhlas dan mungkin isu yang dibangkitkan
itu tidak berterusan serta tidak menjadikan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan serba salah. Muhyiddin berkata, beliau menghormati kedua-dua pemimpin dan tidak mahu membuat kenyataan yang berat sebelah kerana apa yang lebih penting ialah rakyat mahukan kebenaran dan parti akan menghadapi pilihan raya. “Kita kena berlaku adil kepada rakyat, untuk berlaku adil kepada rakyat ialah dengan memberitahu perkara sebenar. Apa yang rakyat mahu ialah kebenaran, apa yang rakyat mahu ialah cerita yang benar. Kalau mereka mendengar daripada pihak lain, (akan timbul) pelbagai cerita, tetapi tidak dapat disahkan (sama ada) benar (atau) tak benar, jadi (akan) timbul banyak tanda soal dalam kepala dan benak rakyat dan pasti itu tidak baik untuk kita,” katanya. Beliau berkata, kabinet pernah berbincang
mengenai perkara itu dan berpendapat bahawa dalam hal seperti itu terutama yang menyentuh peribadi perdana menteri atau keluarganya dan 1MDB, Perdana Menteri lebih tahu daripada orang lain. “Saya tidak fikir Tun (Dr. Mahathir) berniat tidak baik sebab dia kata dia ahli UMNO dan sebagai ahli UMNO dia berhak untuk bersuara dan kita tidak menyekat beliau bersuara, menulis sesuatu. “Kita hadapi masa mencabar, kita nak UM NO dan BN (Barisan Nasional) kuat, tak apalah pembangkang kuat tak kuat itu soal dia tetapi yang penting di peringkat UMNO kita mesti bersatu sebab kita akan hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang,” katanya. Katanya, isu-isu itu harus diselesaikan cepat, jangan berlarutan sampai hampir pilihan raya dan sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau risau dengan apa yang berlaku. - BERNAMA
Lahir tenaga kerja berkemahiran
IPT, industri jalin perkongsian pintar Oleh SHAZZUAN SHAH MOHD. SALEH
BUKIT KATIL 10 April - Pendidikan kemahiran telah berkembang dengan pesat sekali gus melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Chin Phaik Yoong berkata, oleh itu pelbagai program telah diadakan seperti program Smart partnership atau kerjasama pintar sebagai platform kerjasama dengan or-ganisasi awam. “Perkongsian pintar di institusi boleh diwujudkan apabila mempunyai kerjasama dengan industri dalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, ia bertujuan melahirkan trend baharu seperti globalisasi, mobiliti, evo-
lusi, kreativiti, inovasi dan kolaborasi dalam pembelajaran dan pengajaran serta penggunaan teknologi. “Usaha ini selaras dengan inisiatif kerajaan untuk melaksanakan agenda transformasi negara bagi melahirkan 33 peratus pekerja mahir bagi tahun 2015 dan 50peratus menjelang tahun 2020,” katanya. Phaik Yoong berkata demikian semasa berucap di Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Perkongsian Pintar antara Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil dengan 10 buah syarikat serta institusi di sini, hari ini. Antara 10 buah syarikat dan institusi itu ialah Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Vishay
PHAIK Yoong (kiri) dan Mohd. Khalid bertukar Nota Kerjasama Perkongsian Pintar selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Perkongsian Pintar di ILP Bukit Katil, semalam.
Semiconductor (M) Sdn. Bhd., ISI Control Sdn. Bhd., dan Masray Plastik Sdn. Bhd.
Turut sama menandatangani MoU, Persatuan Kontraktor Elektrik Melayu
Melaka, Nusantara Management Enterprise, Titian Hidup Sdn. Bhd., Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC) serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil. Turut hadir, Pengarah ILP Bukit Katil, A. Rahmad Ngah dan Pengurus Besar SAMB, Datuk Ir. Mohd Khalid Nasir. Sementara itu A. Rahmad berkata, perkongsian ini akan memberikan suatu anjakan dalam sistem latihan berasaskan kemahiran sekali gus diterapkan dalam pembelajaran masa kini. “Selain itu, kepakaran dan kemudahan yang ada dapat dikongsi bersama dalam membantu objektif JTN untuk membantu pihak industri mempunyai pekerja yang mahir,” katanya.
jot-10ap_Layout 1 4/9/2015 11:47 PM Page 4
Jumaat 10 April 2015
19 3
Beri Najib peluang merencana pelan pembangunan negara MELAKA 9 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi ruang secukupnya untuk merencana dan melaksanakan pelbagai pelan pembangunan bagi membawa negara ke tahap yang lebih tinggi, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ir. Idris Haron. Katanya, tekanan yang tidak sepatutnya ti-dak akan membantu Perdana Menteri untuk mentadbir seterusnya
membawa negara ke tahap yang lebih baik. Ketika negara berdepan pelbagai cabaran terutama keadaan ekonomi tidak menentu, Idris berkata, rakyat perlu bersatu serta merapatkan barisan bersama Najib untuk menempuh cabaran yang kini dihadapi negara bagi memastikan Malaysia terus kekal membangun terutamanya untuk kebaikan generasi akan datang.
“Jangan sekali-kali kita jadi orang yang hanya tahu menuding jari sahaja, sebaliknya kita perlu melihat dan mendalami situasi yang dihadapi sekarang seterusnya mengkaji kelemahan untuk mengembalikan kekuatan secara bersama,”katanya kepada Bernama hari ini. Beliau berpendapat kritikan seperti itu tidak akan sama sekali melemahkan semangat Perdana Menteri untuk te-
rus mentadbir negara dan membela rakyat. Idris berkata, kerajaan di bawah pentadbiran Najib telah melakukan pelbagai perkara yang memberi banyak kebaikan dan oleh itu rakyat harus menghargai usaha yang dilakukan Perdana Menteri. “Sekiranya beliau (Najib) ada membuat kesilapan kemukakan teguran yang membina supaya kesilapan sama tidak diulangi, malah
IDRIS
saya lihat teguran membina amat dihargai beliau.
“Setiap teguran membina dilontarkan akan menjadikan beliau lebih baik dan dengan ruang dan kepercayaan diberi rakyat, saya yakin beliau mampu mentadbir negara ini dengan lebih baik,” katanya. Beliau berkata, sepanjang Najib memimpin negara, pelbagai cabaran telah dihadapinya dan Perdana Menteri bijak menanganinya dengan sokongan padu rakyat. - BERNAMA
Idris hargai peranan Menteri MITI
Melaka destinasi pelaburan menarik dunia Oleh MISROM MATLEHAM
AYER KEROH 9 April- Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron berkata, kerajaan negeri yakin untuk menjadikan Melaka sebagai salah satu daripada destinasi pelaburan menarik di dunia menerusi kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi lain di bawah kementerian berkenaan. “Saya kira Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau dikenali sebagai Tok Pa memang terkenal dengan cara kerja beliau dan ini bukan kali pertama beliau ke Melaka, kalau termasuk dengan pameran SDSI dan MUSTAPA sebagainya, saya ingat beliau telah datang lebih enam kali datang ke Melaka. “Hari ini Tok Pa datang,
saya percaya lepas ini beliau akan mengumumkan beberapa perkara penting untuk Melaka termasuk angka yang terakam,” ujarnya. Idris berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri sempena Program Turun Padang Bersama Menteri MITI di peabatnya di Seri Negeri, se-
malam. Ketua Menteri memberitahu, Melaka secara signifika n telah menyumbang kepada jumlah pelaburan negara, sekali gus meletakkan negeri ini di antara tangga yang terbaik. “Saya ucap terima kasih kepada Tok Pa kerana kerja kuat MITI telah membawa angka-angka yang baik itu ke Melaka. “Pada masa hadapan, kerajaan negeri mengharapkan lebih lagi daripada itu. Tok Pa di peringkat awal kerajaan kali ini, selepas menang pilihan
raya, melamar saya beberapa kali pergi ke Jepun, Korea dan beberapa lagi destinasi pelabur-pelabur dunia. Saya ucap terima kasih kerana dua tiga trip awal itulah yang telah membuka mata saya betapa pentingnya kita untuk menarik pelabur-pelabur supaya datang ke Negeri Melaka. “Terima kasih Tok Pa, dengan ilmu itu, saya dapat memanfaatkan untuk jadikan Melaka sebagai salah satu daripada destinasi pelaburan menarik di dunia,” ujar Idris.
KETUA Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron memberikan kata-kata semangat kepada GB4B Merlimau Pasir Jasin menjelang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2015 (Kategori Pertubuhan Belia) di Seri Bendahara, kelmarin.
10 APRIL 15- AM_Layout 1 4/9/2015 10:12 PM Page 3
4
Jumaat 10 April 2015
4.2 juta OKU tidak berdaftar dengan JKM KUALA LUMPUR 9 April - Kira-kira 4.2 juta Orang Kurang Upaya (OKU) dikesan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdasarkan statistik penduduk seramai 30.1 juta orang pada tahun lepas. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata dianggarkan 4.5 juta orang terdiri daripada golongan itu, namun
sehingga 31 Jan tahun ini, hanya 341,011 OKU berdaftar dengan JKM melalui Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU). Katanya, kegagalan berdaftar dengan jabatan itu sekali gus menutup peluang mereka untuk menikmati 25 keistimewaan yang diberikan kerajaan terhadap golongan tersebut. “Ada tiga kemungkinan, satu, dia memang tak
tahu dan dia tak buat apaapa (daftar). Kedua, dia OKU tapi dia tak daftar... dan satu lagi adalah dia memang tak tahu bahawa dia adalah OKU. “Kami di kementerian sentiasa turun padang menjejaki golongan sasar termasuk OKU ini dengan mengadakan roadshow (jerayawara) antaranya melalui program ‘Suara Anda Tanggungjawab Utama’ (SATU),” katanya pada sidang media sele-
pas melancarkan Kasoot Wheelchair di sini, hari ini yang turut dihadiri Presiden Pertubuhan Prihatin OKU 1Malaysia, Noorulhuda Mohamed Asli. Rohani berkata antara 25 keistimewaan yang dinikmati golongan OKU adalah bantuan alat tiruan atau alat sokongan yang bertujuan membantu OKU yang tidak mampu untuk membeli kaki palsu dan tangan palsu, bantuan elaun
pekerja cacat, OKU tidak bekerja dan bantuan penjagaan OKU terlantar atau pesakit kronik terlantar. Bayaran separuh harga menaiki kereta api dan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam negara juga dinikmati OKU, katanya. Dalam pada itu, “Kasoot Wheelchair” ialah sarung kerusi roda bagi membolehkan OKU berkerusi roda bersembahyang jemaah bersama
ROHANI
makmum yang lain di ruang utama masjid. Ia bertujuan melindungi dan mengalas kedua-dua roda supaya kekal bersih serta boleh digunakan di ruang utama dan rumah kediaman serta rumah ibadat kaum lain. Sebanyak 46 masjid di Wilayah Persekutuan menerima Kasoot Wheelchair hari ini iaitu lima pasang masing-masing. - BERNAMA
Festival Hari Kanak-kanak di Turki
SK Datuk Palembang mohon sumbangan
Oleh AZHAR YUSOF BUKIT BARU 9 April - Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru memohon mana-mana pihak untuk menyumbang dana bagi membolehkan pelajar-pelajar mengadakan persembahan sempena Festival Hari Kanak-kanak di Turki, penghujung April nanti. Guru Besarnya, Datin Norishah Harun berkata, sekolah itu terpilih bagi mengadakan persembahan tarian di negara berkenaan sekali gus mengangkat imej Melaka dan mempromosikan negara khususnya. Menurutnya, hampir RM70,000 dana diperlukan sekolah bagi menanggung kos perjalanan dan penginapan sepanjang enam hari bermula 18 April ini. “Kami merayu jika ada pihak-pihak yang prihatin untuk membantu di atas faktor sekolah milik masyarakat bagi membolehkan pelajar mengadakan persembahan di peringkat antarabangsa. “Pelajar yang dapat melihat negara luar bakal mengaplikasikan maklumat dalam akademik mereka,” katanya. Norishah berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan RM10,000 bagi program berkenaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Melaka di dewan sekolah terbabit, semalam. Sumbangan telah disampaikan Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Baderul Sham
Saad. Norishah memberitahu, setakat ini kos perjalanan ditanggung oleh guru-guru dan ibu bapa pelajar terlibat yang membabitkan RM4,660 setiap seorang. “Bagaimanapun, jumlah itu masih tidak mencukupi dan sebanyak 20 kertas kerja permohonan pembiayaan sudah diberikan kepada beberapa agensi dan syarikat, tetapi keputusannya mengecewakan,” jelasnya. Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan dana ke akaun Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) sekolah berkenaan di akaun Affin Bank 100090012995.
BADERUl Sham menyerahkan replika cek sumbangan TNB kepada Norishah.
KONTINJEN tarian SK Datuk Palembang yang akan menggalas tanggungjawab membawa nama negara dan Melaka ke Turki penghujung April nanti.
10 APRIL 15- AM_Layout 1 4/9/2015 10:57 PM Page 4
5
S
Jumaat 10 April 2015
5
Rakyat mula terima GST SEKIRANYA pada awal April lalu ramai peniaga dan rakyat kecuh mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kini keadaan tersebut semakin baik dari hari ke hari. Ini mungkin semua pihak sudah mula faham mengenai pelaksanaannya. Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, negara lain memerlukan masa untuk stabil seperti Australia memerlukan
setahun dan Singapura lebih lapan bulan. Negara Asia dan Latin memerlukan masa antara setahun hingga 18 bulan untuk pelaksanaan GST stabil di negara masing-masing. Di Malaysia pada hari kelapan, didapati GST bertambah baik, walaupun terdapat sedikit masalah pada peringkat permulaan, pihak Kastam dan KPDNKK sentiasa bekerjasama dengan agensi lain untuk mengambil tindakan susulan. Ini tidak bermakna KPDNKK
selesa dengan keadaan itu. Tugas dan tanggungjawab kementerian adalah memastikan pelaksanaan GST memberi impak yang positif bukan sahaja kepada pengguna tetapi kepada peniaga itu sendiri. Ini adalah hasrat dan tujuan kerajaan. Antara punca masalah GST ialah pengguna yang tidak berpuas hati dengan perniagaan yang mengenakan caj perkhidmatan dan pengguna sebenarnya boleh membuat aduan di Tribunal Tuntutan
Pengguna Malaysia di bawah KPDNKK. Pengguna yang sudah bayar caj perkhidmatan pun boleh mengadu. Bagi premis perniagaan yang mengenakan caj perkhidmatan perlu menjelaskan asas mereka mengenakan caj perkhidmatan. Sehingga kini, jumlah kumulatif aduan berkaitan antipencatutan GST yang diterima KPDNKK bermula 1 sehingga 8 April adalah sebanyak 3,641 aduan.
Sejumlah 132,543 kes kebankrapan direkod KUALA LUMPUR 9 April - Sejumlah 132,543 kes kebankrapan direkodkan dari 2008 hingga 31 Jan tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, daripada jumlah itu, 93,036 orang terdiri daripada lelaki mewakili 70.2 peratus manakala 39,507 orang wanita (29.8 peratus). “Seramai 63,011 orang adalah bangsa Melayu (48 peratus); 41,732 Cina (31 peratus); 17,271 India (13 peratus); dan 10,529 lain-lain bangsa (8 peratus) diisytihar bankrap,” katanya menjawab soalan Lim Lip
Eng (DAP-Segambut). Lim bertanya mengenai cadangan kerajaan dalam mengatasi kelemahan Akta Kebankrapan 1967 dan statistik kes kebankrapan. Katanya berdasarkan statistik, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi individu diisytiharkan bankrap dengan 19,973 individu, diikuti Selangor (34,826 individu) dan Johor (24,085 individu). Nancy berkata berdasarkan umur, individu dalam lingkungan umur 25 hingga 34 tahun paling ramai terbabit kes kebangkrapan dengan 27,701 orang. Berhubung Akta Kebank-
rapan 1967, katanya, kerajaan sedang menggubal undangundang kebankrapan yang baharu dan Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) kini dalam proses memuktamadkan beberapa cadangan pembaharuan untuk dimasukkan dalam undangundang baharu itu. “Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] tidak pernah dipinda secara menyeluruh sejak dikuatkuasakan. Pindaan hanya melibatkan peruntukan-peruntukan kecil yang tidak memberi perubahan besar kepada landskap pentadbiran kes kebankrapan di Malaysia,” katanya. Menurutnya, antara perkara yang dipertimbangkan untuk
dikaji semula ialah penyampaian Notis Kebankrapan dan Petisyen Kebankrapan secara penyampaian ganti dan memperkenalkan Perintah Tunggal bagi menggantikan Perintah Dua Tahap. “Perintah Tunggal ini akan menggambarkan bahawa seseorang penghutang itu tidak dapat lagi diselamatkan daripada kebankrapan. Mekanisme penyelamat akan diperkenalkan bersekali dengan Perintah Tunggal ini,” katanya. Pada masa ini, menurut Nancy, mereka yang bankrap hanya boleh memiliki harta termasuk peralatan, pakaian, tempat tidur dan lain-lain keperluan
NANCY
bagi dirinya dan pasangan yang nilai keseluruhan tidak melebihi RM5,000 seperti yang diperuntukkan dalam Akta 360. “Dalam senario ekonomi masa kini, nilai tersebut adalah tidak munasabah untuk manamana (individu yang diisytiharkan) bankrap meneruskan kehidupan dan mewajarkan kerajaan untuk menilai semula penetapan ini kepada satu kadar yang lebih munasabah,” katanya. Nancy berkata undangundang kebankrapan yang baharu itu juga akan mempertimbangkan kepentingan penjamin. - BERNAMA
Smart Shoes ungguli inovasi PMM
MUHAMMAD Farhan Azman,Putera Muaz Aizzuddin Sazali, Muhammad Aizat Jufri dan Mohamad Faiz berjaya mencipta Smart Shoes.
MERLIMAU 9 April - Berdasarkan permasalahan pelajar yang melalui pelbagai aktiviti harian seperti menghadiri kelas, bersukan dan menjalani aktiviti badan beruniform yang perlu memiliki pelbagai jenis kasut memberi idea kepada sekumpulan pelajar Politeknik Merlimau (PMM) menghasilkan kasut pelbagai fungsi yang dinamakan Smart Shoes. Pelajar terbabit, Muhammad Farhan Azman,Putera Muaz Aizzuddin Sazali, Muhammad Aizat Jufri dan Mohamad Faiz kesemuanya pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal juga turut menitik beratkan faktor mesra alam yang ditekankan oleh pihak pengurusan PMM dengan mengurangkan penggunaan bahan getah kerana pembuatan kasut inovasi mereka ini hanya menggunakan satu badan kasut sahaja tetapi dapat
menjalankan lima aktiviti yang berbeza berbanding kasut sedia ada. Produk inovasi di bawah seliaan pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Ruslan Abd. Jalil dan Mazreen Othman ini telah dinobatkan sebagai Anugerah Pengarah dalam Majlis Perkaya Inovasi Kali-10 PMM bagi Sesi Disember 2014. Sebelum itu, Smart Shoes turut berjaya memperoleh Anugerah Emas sekaligus mendapat tempat ke-2 bagi Kategori Perkhidmatan & Pemasaran Produk dalam pertandingan peringkat kebangsaan Innovation and Invention Competition Through Exhibition atau ringkasnya iCompex 2015 yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) baru-baru ini.
Ol
F
RAIN_10 april 15_Layout 1 4/9/2015 10:40 PM Page 7
6
Jumaat 10 April 2015
Rahsia Masjid An-Nur, Banda Hilir
Fokus Masjid Anda
Oleh LIANA SAHABUDIN KEUNIKAN seni bina dan nilai warisan tersendiri yang dimiliki beberapa masjid di negeri ini menjadi antara tarikan bagi pelancong Islam dari seluruh dunia datang ke negeri ini. Antaranya, Masjid An-Nur Banda Hilir yang dibina kali pertamanya pada tahun 1820 membuatkan pelancong terpesona dengan keindahannya. Masjid ini sering mendapat perhatian orang ramai untuk merakamkan imej-imej rumah ibadat itu yang disifatkan sebagai 'permata' di negeri ini. Pada tahun 1960, masjid ini telah diperbaharui dengan hasil peruntukkan dari orang ramai demi keselesaan penduduk. Ia telah diasaskan oleh Tuan Haji Sharif di mana pada asalnya tapak masjid ini adalah sebuah rumah dan kemudiannya dijadikan surau oleh generasi terdahulu. Mereka bersepakat membentuk jawatankuasa untuk menjaga serta mengendalikan urusan surau dan akhirnya menjadi sebuah masjid yang dikenali dengan Masjid Bandar Hilir Melaka. Setiap tahun banyak urusan dan aktiviti yang dijalankan oleh generasi terdahulu di masjid ini. Pada hari ini masjid ini telah berusia hampir 200 tahun dan dikenali sebagai Masjid An-Nur Banda Hilir Melaka. Masjid ini sebenarnya telah diamanahkan oleh Allahyarham Tuan Haji Sharif kepada anaknya Encik Nordin dan kemudiannya di amanahkan pula kepada Tuan Haji Rashid iaitu cucu kepada Haji Sharif. Berkat amanah yang di tinggalkan oleh datuk beliau, kini hampir keseluruhan tanah masjid seluas satu ekar itu telah diwakafkan kepada Masjid. Kini Masjid An-Nur ini sekali lagi berubah wajah dibawa program pembangunan Masjid An-Nur yang diwu-
judkan bagi meningkatkan keselesaan semasa beribadah di masjid ini. Kos perbelanjaan bagi pengubahsuaian dan menaik taraf masjid menelan belanja hampir RM1.4 juta. Menurut sumber, masjid ini juga adalah rumah sebuah keluarga di Banda Hilir dan kemudiannya menjadi sebuah masjid.
RUANGAN solat bagi para jemaah menunaikan ibadat.
Istilah masjid
MASJID adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa, 'masjid' bermaksud tempat bersujud. Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah S.A.W.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid, ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima adalah bahawa masjid merupakan tempat khas
untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Kemuliaan masjid Segala struktur dan reka bentuk binaan masjid mestilah akhirnya dikiblatkan kepada Kaabah di Makah. Masjid menurut perspektif Islam jelas objektifnya adalah tempat untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Namun dalam memastikan objektif masjid tercapai dengan sempurna dan saksama perkara terpenting adalah menjaga adat dan tatasusila serta peraturan masjid tersebut agar kesucian dan keberkatan dapat terus dipertahankan. Keperluan untuk mendapatkan Imam (ketua dalam solat) diklasifikasikan sebagai suatu kepentingan yang diperlukan, namun tidak semestinya merupakan suatu kewajipan. Imam tetap mestilah seorang yang bebas (tidak terkongkong dengan pekerjaan lain), adil, jujur dan mempunyai pengetahuan dalam agama Islam yang baik. Bagi masjid yang dibina oleh kerajaan dan dikawal selia olehnya, biasanya p i h a k badan
PANDANGAN bahagian tepi Masjid An-Nur Banda Hilir.
agama yang diiktiraf oleh kerajaan seperti jabatan agama Islam negeri atau negara bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang layak menjadi Imam. Bagi sesetengah negara orang yang layak menyandang jawatan dan tugasan sebagai Imam adalah dipilih oleh Raja atau Sultan mahupun menteri yang bertanggungjawab. Manakala bagi masjid yang dikawal selia atau dibina oleh pihak swasta, pemilihan Imam walau adalah berdasarkan kepada undian atau pemilihan rasmi jawatankuasa qariah yang dilantik, atau merujuk kepada pemilihan umum khususnya dari kalangan para jemaah.
MENARA azan Masjid An-Nur Banda Hilir.
RAIN_10 april 15_Layout 1 4/9/2015 10:40 PM Page 8
Jumaat 10 April 2015
7
Hukum menghisap rokok, shisha SOALAN: Saya masih keliru mengenai hukum menghisap rokok dan shisha kerana ada yang mengatakan hukumnya sekadar makruh dan ada pula mengatakannya haram. Mohon pencerahan. JAWAPAN: Hukum merokok dan menghisap shisha adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara dan pembentukan generasi pada masa akan datang. Hukum ini telah dikeluarkan berdasarkan kepada pandangan syarak dan juga kajian dan perbincangan yang mendalam dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia melibatkan para ulama dengan mengambil kira pandangan pakar dalam bidang berkaitan perubatan dan kesihatan. Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun manakala shisha adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengeluarkan asap menggunakan penuras air dan haba secara tidak langsung. Shisha boleh digunakan bagi menghisap berbagai bahan seperti herba buah, tembakau dan ganja. Shisha turut dikenali dengan nama yang berbagai seperti paip panjang, nargeela, nargile dan sebagainya. Pengharaman menghisap rokok dan
shisha adalah berdasarkan petunjuk atau dalil-dalil yang terdapat di dalam alQuran dan Al-Hadith antaranya : (i) Larangan Membinasakan Diri: Islam melarang umatnya membiarkan diri sendiri terdedah dengan berbagai-bagai bahaya dan kemudaratan. Ini sebagaimana firman Allah S.W.T. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. Menghisap rokok, shisha dan seumpamanya adalah termasuk dalam kategori membinasakan diri dengan melakukan kemudaratan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Perkara ini amat ditegah dalam Islam, kerana agama Islam amat mementingkan penjagaan lima perkara asas bagi manusia, iaitu: menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. (ii) Larangan Melakukan Pembaziran : Membelanjakan wang terhadap perkaraperkara yang tidak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan sebagainya amatlah ditegah dalam Islam. Perbuatan demikian boleh mendatangkan keburukan dan membawa kepada pembaziran harta, masa, tenaga dan sebagainya. Islam melarang setiap pembaziran seperti firman Allah S.W.T. Dalam Surah Al-Isra’, ayat 26 yang bermaksud : “…dan jangan-
lah kamu berbelanja dengan sangat boros”. (iii) Larangan menghisap rokok dan shisha ini bertepatan dengan hadith Nabi S.A.W yang bermaksud : “Tidak boleh mudaratkan (diri sendiri) dan memberi kemudaratan (kepada orang lain)” [Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni] Kemudaratan yang disebabkan oleh merokok dan menghisap shisha antaranya adalah : (a) Ia mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok dan shisha. Kandungan asapnya akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang dalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut. Manakala penggunaan shisha dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries). Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit yang menular melalui air liur akibat daripada perkongsian paip seperti tuberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan
DATUK Dr. Mohd. Mohadis Yasin Mufti Negeri Melaka
dan juga HIV. (b) Asap rokok dan shisha akan menyebabkan pencemaran udara. Kesan buruk bukan hanya kepada mereka yang merokok dan menghisap shisha malahan juga kepada orang sudara yang bersih dan segar (c) Merokok dan menghisap shisha membawa kepada ketagihan dan secara tidak langsung boleh menyebabkan seseorang itu terjebak dengan najis dadah. Hal ini disebabkan amalan tersebut merupakan permulaan kepada seseorang itu terlibat dengan dadah dan sekali gus akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. (d) Merokok dan menghisap shisha merupakan perbuatan pembaziran dan pemborosan. Perbelanjaan merokok dan menghisap shisha bukanlah merupakan satu keperluan dalam kehidupan sebaliknya adalah satu perbuatan yang tidak berfaedah, malah membawa kepada kemudaratan dan kebinasaan. (e) Kesan dan mudarat merokok dan menghisap shisha boleh meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara iaitu agama, jiwa, keturunan, akal dan harta.
Program Suai Kenal Siswa-siswi
528 orang pelajar baharu MiCoST BANDAR RAYA MELAKA 9 April - Seramai 528 orang pelajar baharu Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) memulakan penghidupan sebagai mahasiswa dengan menyertai Program Minggu Suai Kenal Siswa-siswi yang bermula semalam. Ketua Eksekutif MiCoST, Dr. Mohd Aluwi Sari berkata, program tersebut dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) MiCoST itu berlangsung di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ayer Keroh dekat sini dan akan berakhir esok. Katanya, pelajar-pelajar tersebut telah mendaftar untuk menyertai Program Kemasukan Awal (EEP) MiCoST yang dijadualkan berlangsung sela-
ma sebulan. Selain dari menjalani latihan luar kampus di kem berkenaan, mereka akan turut mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris, Matematik dan kemahiran komputer. MiCoST mula memperkenalkan program EEP sejak tahun lalu berikutan terdapat sambutan menggalakkan daripada pelajar-pelajar bagi mengikuti pelbagai kursus peringkat Diploma yang ditawarkannya. Semester baharu dijadualkan bermula Jun nanti, katanya. Mohd Aluwi memberitahu, MiCoST akan menjalankan sesi pengambilan pelajar baharu pada 30 dan 31 Mei ini nanti di Kampus Bandar, Graha Maju, Jalan Hang Tuah di sini.
KUMPULAN pelajar wanita MiCoST yang menyertai Program Minggu Suai Kenal Siswa-siswi MiCoST di Kem PLKN Ayer Keroh.
RAIN_10 april 15_Layout 1 4/9/2015 10:39 PM Page 5
8
Jumaat 10 April 2015
Abai kualiti produk disediakan
Pengusaha makanan berdepan tindakan Oleh AFLIEZA ARSHAD
AYER KEROH 9 April Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau, Datuk Ghazale Muhamad meminta Jabatan Kesihatan negeri memantau pusatpusat menjual makanan dengan lebih kerap sebagai langkah berjaga-jaga mengelakkan pengendali makanan mengabaikan
kualiti produk yang diusahakan. Arah beliau lagi, ini adalah bagi membolehkan agensi terbabit turut meletakkan syarat lebih ketat supaya kesemua pengusaha makanan di negeri ini dapat mencapai standard yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kesihatan atau berdepan tindakan yang lebih tegas. "Saya juga meng-
harapkan semua pengusaha supaya mematuhi kualiti makanan yang ditetapkan agar mereka dapat mempersembahkan makanan yang bersih dan apa yang dihasilkan itu juga bersih. "Jangan ada amalan yang tidak elok dalam penyediaan makanan kerana ia memberi kesan tidak baik kepada pelanggan dan juga pelan-
cong, apalagi sebagai sebuah negeri yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara," katanya. Ghazale berkata demikian kepada media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Post Exco Pelancongan di bilik mesyuarat Rumah Media Melaka, dekat sini, hari ini. Ghazale turut mene-
GHAZALE...Jangan abai kebersihan dan kualiti makanan.
gaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pengusaha makanan sekiranya didapati mereka ingkar arahan yang ditetapkan dengan mengarahkan mereka menutup perniagaan atau lesen perniagaan digantung. Terdahulu sebelum ini, beberapa laporan viral mengenai reputasi Medan ikan Bakar Te-
rapung di Umbai mula diperkatakan apabila mendakwa 30 pegawai kanan pelancongan ASEAN yang hadir mesyuarat kali ke-18 Majlis Sosiobudaya dari 23 Mac sehingga 27 Mac di Bandaraya Melaka dikatakan mengalami masalah muntah, ciritbirit, demam dan loya selepas menikmati hidangan makanan laut di premis terbabit.
Ancaman jenayah siber perlu diberi perhatian serius DURIAN TUNGGAL 9 April Ancaman jenayah siber di negara ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak dan langkah-langkah pencegahan perlu dipertingkat bagi melindungi sistem teknologi maklumat komunikasi (ICT) negara dan pengguna daripada menjadi mangsa ancaman keselamatan siber. Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, kemunculan internet sebagai wadah penyebaran maklumat telah menyaksikan kepesatan penggunaan teknologi dan maklumat yang
mengubah corak pemikiran, gaya hidup dan budaya penduduk dunia masa kini dalam pelbagai aspek meliputi bidang ekonomi, pendidikan, komunikasi, perniagaan dan kewangan. ”Kemunculan istilah dunia tanpa sempadan ini juga menyaksikan kemunculan alat dan peranti komunikasi dan digital seperti telefon bimbit, gajet, komputer dan permainan video yang telah meningkat dengan kadar yang menakjubkan sehinggakan mewujudkan ruang dan peluang kepada penjenayah siber termasuk penggodam untuk mengambil kesempatan
diatas kelemahan sistem keselamatan yang terdapat di dalam alat dan peranti tersebut” ujar beliau yang Beliau berkata, juga merupakan Timbalan Ketua Kluster Teknologi dan Maklumat, Majlis Profesor Negara (MPN) berkata demikian selepas menyampaikan syarahan umum pelantikan profesor bertajuk Kolaborasi Mekanisma Keselamatan Menjamin Keselamatan Persekitaran di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal, Jumaat lalu. Shahrin menegaskan, ancaman jenayah siber ketika ini bukan sahaja dalam bentuk penipuan, pemalsuan, peras
TNB kesan 50 kecurian bekalan elektrik BUKIT BARU 9 April- Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Baderul Sham Saad memberitahu, TNB negeri merekodkan sekurang-kurangnya 50 kes kecurian bekalan tenaga elektrik sepanjang tahun lalu di Melaka. "Kecurian yang dilakukan individu dan premis perniagaan itu turut merekodkan hampir 30 kes sejak Januari sehingga Mac tahun ini. Menurutnya, kesemua kes dalam siasatan dan beberapa kes daripadanya sudah dibawa ke peringkat pendakwaan di mahkamah. "Kesalahan mencuri bekalan elektrik boleh disabit di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 yang boleh membawa hukuman RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. "Menerusi pasukan terlatih, pemantauan dan proses siasatan akan dilakukan khususnya selepas menerima maklumat orang awam berkaitan kecurian bekalan tenaga," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas menyer-
ahkan sumbangan RM10,000 bagi program Festival Hari Kanak-kanak di Turki kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, hari ini. Sementara itu, pihaknya sedang memperluaskan kempen kesedaran keselamatan tenaga elektrik di seluruh sekolah di Melaka dalam usaha memberi pendedahan kepada muridmurid. "TNB mahu mendedahkan kepada pelajarpelajar termasuk guru-guru mengenai cara penggunaan elektrik yang betul khususnya dari segi keselamatan pengguna. "Pada masa yang sama, kita juga turut memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk mengapai kerjaya yang dicita-citakan mereka dengan mempromosikan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran yang disediakan TNB di Universiti Tenaga Nasional (UniTen)," ujarnya.
SHAHRIN (kanan) menerima cenderahati yang disampaikan oleh bapa beliau Sahib@Sahibuddin Muhammad. ugut, hasutan dan fitnah bahkan merangkumi penggodaman dan penyebaran virus seperti worm, botnet dan serangan siber seperti Advanced Persistent Threat (APT) bagi tujuan menceroboh dan mengawal sistem atau pangkalan data sesebuah organisasi seperti institusi perbankan, organisasi perniagaan, jabatanjabatan kerajaan dan keselamatan yang boleh mengganggugugat sistem pentadbiran dan keselamatan negara. “Satu mekanisme keselamatan yang bersepadu dan menyeluruh perlu diwujudkan oleh setiap organisasi di negara ini dengan membangunkan dasar keselamatan maklumat bagi memelihara dan melindungi segala maklumat yang terdapat dalam pangkalan data mereka dan seterusnya menjamin keselamatan persekitaran digital” ujar beliau. Jelas beliau lagi, mekanisme keselamatan yang dikenali sebagai Digital Environment Collaborative Security
(DECS) itu akan mengintegrasikan semua elemen keselamatan yang sedia ada seperti firewall, peranti rangkaian dan sistem pengesanan pencerobohan (IDS) bagi mengesan dan seterusnya menghalang berlakunya aktiviti pencerobohan dalam sistem komputer. Dalam perkembangan yang sama, beliau turut memaklumkan UTeM melalui Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) bersedia berkongsi kepakaran bidang teknologi dan maklumat dengan semua pihak di negara ini melalui kerjasama dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D), rangkaian sistem komputer, sekuriti dan pengurusan rangkaian dalam menghadapi penularan jenayah siber ini. Selain itu, beliau berkata UTeM sentiasa menggalakkan penyelidikan dan penghasilan produk berkaitan ICT bagi mempertingkatkan kecekapan sistem tersebut di negara ini.
Sec3_iz_CENTRESPREAD(MAIM)_10April_Layout 1 9/4/2015 9:51 PM Page 2
Mimbar MAIM - Perpaduan Nadi Transformasi Negara
Jumaat 10 April 2015
9
Jasa mantan pegawai syarak dihargai Bukit Palah - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melalui Bahagian Pengurusan Masjid telah mengadakan majlis meraikan pegawai masjid yang telah tamat perkhidmatan seluruh negeri Melaka di perkarangan auditorium Al-Azim baru-baru ini. Menurut Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Yaakub Md. Amin, majlis ini diadakan bertujuan meraikan serta menghargai jasa yang telah diberikan oleh pegawai masjid ini sepanjang mereka berkhidmat. Beliau berkata, dengan adanya majlis penghargaan seperti ini dapat memberi semangat kepada mantan pegawai masjid untuk terus berkhidmat mengimarahkan
YAAkub menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang mantan pegawai masjid.
masjid walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam lembaga jawatankuasa masjid di kariah mereka tinggal. "Jasa dan pengorbanan mereka ini tidak akan dilupakan begitu sahaja malah khidmat
nasihat dan pandangan mereka masih tetap diperlukan untuk memantapkan lagi organisasi masjid dalam melaksanakan pelbagai program ibadah." ujarnya. "Malah terdapat daripada kalangan pegawai
masjid ini yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun dan ini merupakan satu pengorbanan yang tiada nilainya dalam membantu pembangunan ummah dan kemaslahatan umat Islam." katanya ketika merasmikan
PEGAWAI masjid sedang mendengar ucapan dari Yaakub.
majlis tersebut. Katanya, pelbagai idea dan buah fikiran telah berjaya direalisasikan yang mana ianya dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada jemaah masjid dan penduduk kariah mereka melalui perkhid-
matan yang diberikan oleh mantan pegawai masjid ini. Hadir sama di majlis tersebut Pengarah JAIM, Ismail Hamad dan Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Damanhuri Husin.
Skuad Jejak Asnaf bantu golongan susah Melaka Tengah - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengadakan program Jejak Asnaf di Daerah Melaka Tengah di rumah Mohamed Brohim dalam usaha menjaga kebajikan dan memantau perkembangan terkini kehidupan golongan yang memerlukan mahupun miskin di negeri ini. Program seumpama ini merupakan program lanjutan bagi program yang terdahulu yang mana sebelum ini program ini bermula di daerah ini dan akan di susuli ke daerah seterusnya iaitu Daerah Jasin dan Alor Gajah.
Menurut Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Mohd. Hairulamin Mohd. Sis, program ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan miskin yang berada di bawah MAIM di samping memberi kesedaran kepada mereka tentang penjagaan kesihatan serta kaedah kelangsungan hidup seharian. “ MAIM akan pastikan golongan ini tidak terbiar begitu sahaja malah kita membantu mereka dari segi kewangan, tempat tinggal, kesihatan mahupun pelajaran anakanak bagi menjamin masa
HAIRuLAMIN (dua, kanan) bergambar bersama Mohamed (berkerusi roda)
depan mereka untuk mengharungi dunia yang semakin mencabar ini.” katanya.
“Kita juga akan memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa bagi memastikan
mereka mendapat bantuan yang sesuai serta kita memberi kata-kata semangat supaya mereka
dapat meneruskan kehidupan dengan lebih terjamin dan selesa.” katanya ketika ditemui di program Jejak Asnaf di Lorong Pandan baru-baru ini. Maim juga menyerahkan bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian seperti barangan makanan dan pakaian seharian kepada penerima pada setiap bulan. Turut serta di program berkenaan Ketua Unit Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT), Mohd. Dino Md. Delan dan Ketua Unit Pembangunan Insan, Shakinah Said.
Laporkan kepada MAIM mereka yang dalam kesusahan. Tel
06-2837416/06-2849809/ 06-2868109/012-7403057
Website www.maim.gov.my E-mail
facebook/maimmelaka
[email protected]
Kami Sedia Membantu, Kami Prihatin
Sec3_iz_CENTRESPREAD(MAIM)_10April_Layout 1 9/4/2015 9:46 PM Page 3
10
Jumaat 10 April 2015
Mimbar MAIM - Perpaduan Nadi Transformasi Negara
Hibah Menurut Hukum Syarak 1. PENDAHULUAN
Manakala pelupusan harta melalui waqaf,hibah dan sedekah tatawwu, akan berkuatkuasa serta merta semasa hidup seseorang dan ianya juga tertakluk kepada hukum dan syarat-syarat tertentu menurut hukum syarak. Amalan tersebut amat digalakkan oleh Islam dengan tujuan untuk mendekatkan diri seseorang kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran yang besar dan berkekalan di akhirat kelak. Di antara galakan tersebut ialah firman allah s.w.t yang bermaksud:-
Hibah adalah satu cara untuk melupuskan harta menurut hukum Syarak, namun masih terdapat ramai orang masih tidak faham bagaimana harta hibah hendak diuruskan setelah mendapati harta hibah Hibah dari segi 1. Surah ali Imran ayat tersebut terdapat namanya sebagai penerima hibah bahasa bermaksud 92: “Kamu sekali-kali tidak kepada kebaktian tersebut. Jika harta hibah pemberian sama sampai (yang sempurna) sebelum tersebut tidak diuruskan ada berkaitan kamu menafaqahkan sebadengan betul menurut hagian harta yang kamu Hukum Syarak dan dengan ain atau cintai. Dan apa sahaja yang Undang-Undang besar selainnya. Ianya kamu nafaqahkan, maka kemungkinan cara mendajuga merangkumi sesungguhnya Allah mepatkan harta itu adalah ngetahui.” tidak sah dan berkemungkhadiah dan inan juga menyebabkan sedekah. 2. Surah al-Baqarah ayat ianya tergolong daripada 267: “Wahai orang-orang jenis memakan harta yang beriman, nafqahkanlah (dijalan secara tidak betul atau sah. Allah) sebahagian dari hasil usahamu Hal ini telah dijelaskan oleh Allah yang baik-baik dan sebahagian dari S.W.T di dalam Al-Quran Surah Al Baqarah apa yang Kami keluarkan dari bumi ayat 180 yang bermaksud:" Janganlah untuk kamu.” sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain dikalangan kamu dengan 3. Surah al-Baqarah ayat 177: cara yang batil dan (jangan lah) kamu “Bukanlah menghadapkan wajahmu membawa (urusan) harta itu kepada ke arah timur dan barat itu sesuatu hakim, supaya kamu dapat makan sebakebaktian, akan tetapi sesungguhnya hagian daripada harta benda orang lain itu kebaktian itu ialah beriman kepada dengan (jalan dosa),pada hal kamu Allah, hari kemudian, malaikatmengetahui.” malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan Berdasarkan Firman Allah Taala di memberikan harta yang dicintainya atas jelas menunjukkan bahawa Allah kepada kerabat, anak-anak yatim, S.W.T amat melarang umatnya memakan orang-orang miskin, musafir (orang harta daripada kalangan kita dengan cara yang memerlukan pertolongan) dan yang salah dan tidak betul. Islam adalah orang-orang yang meminta-minta dan agama suci yang menjamin umatnya dari(memerdekakan) hamba sahaya.” pada sebarang perkara yang tidak baik apatah lagi hal-hal berkaitan dengan harta 4. Surah al-Baqarah ayat 180: benda yang menjadi sebahagian daripada “Diwajibkan atas kamu, apabila seoperkara penting di dalam urusan kehidurang diantara kamu kedatangan pan di dunia ini. (tanda-tanda) maut, jika ia meningIslam adalah agama fitrah yang telah galkan harta yang banyak, berwasiat menggariskan semua perkara wajib diuuntuk ibu bapa dan kerabat karibnya ruskan dengan baik dan sempurna berpansecara makruf. (ini adalah) kewajipan dukan Agama supaya dapat ganjaran yang atas orang-orang yang bertaqwa.” setimpal daripada Allah kelak. Salah satu cara yang terbaik di dalam pengurusan 5. Sebuah hadith riwayat Tabrani harta adalah berkaitan dengan hibah daridari Muaz bin Jabal, Nabi S.A.W ada pada seseorang kepada seorang warisnya bersabda. Maksudnya: ”Pada hari itu supaya ianya tidak berbangkit masalah di manusia akan ditanya tentang empat kemudian hari. perkara:tentang umurnya untuk apa dihabiskan; tentang usia mudanya 2. GALAKAN PELUPUSAN untuk kegiatan apa dihabiskan; tenHARTA DALAM ISLAM tang hartanya dari mana ia mendapatkannya dan ke mana dibelanjakanDi dalam agama Islam pelupusan nya; dan tentang ilmunya iaitu harta atau pemberian milik harta seseobagaimana ia mengamalkannya.” rang Islam boleh berlaku selepas kematian dengan cara pewarisan atau pembahagian secara faraid atau pada masa hidup sese- 3. TAKRIF HIBAH MENURUT HUKUM SYARAK orang sama ada melalui waqaf, wasiat, hibah atau sedekah tatawwu, atau cara Hibah dari segi bahasa bermaksud yang lain. Pelupusan harta melalui wasiat akan berlaku atau berkuat kuasa selepas pemberian sama ada berkaitan dengan Ain kematian seseorang dan ianya tertakluk atau selainnya. Ianya juga merangkumi kepada syarat-syarat tertentu berkaitan hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga pengertian istilah ini mempunyai pengertian yang dengan wasiat tersebut.
,
hampir sama. Perbezaannya ialah sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapatkan pahala di akhirat dan hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah. (Muhammad Al Khudrawi. 1966 hal. (113-114.) Manakala menurut istilah syarak hibah bermaksud suatu akad pemberi milikan ain harta kepada seseorang tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela - (Mustafa Al Khin et.al 1989 hal,98.) atau secara lebih khusus lagi suatu akad pemberian milikan ain harta kepada seseorang tanpa balasan semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala diakhirat dan memuliakan seseorang dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.
Pemberi hibah hendaklah seseorang yang berkeahlian (ahliyah al tabarru) seperti sempurna akal, sampai umur dan rusyd. Pemberi hibah juga merupakan pemilik sah terhadap harta yang hendak dihibahkan itu. (b)
(a) (b) (c) (d) (e) (f)
Suatu akad pemberian milikan harta kepada seseorang. Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukan hutang atau manfaat. Akad itu dibuat tanpa apa-apa balasan. Akad itu akan berkuat kuasa semasa hidup. Ia dibuat secara sukarela. Akad itu dibuat bukan bertu juan untuk mendapatkan pahala atau memuliakan seseo rang tertentu.
Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan sunat dan digalakkan dalam agama Islam terutama sekali kepada kaum keluarga yang terdekat. Amalan ini bersandarkan al-Quran, hadith dan ijmak .Di antara ayat-ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah;-
Penerima hibah. (al- Mauhublahi)
Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia boleh memiliki harta sama ada mukallaf ataupun bukan mukallaf. Bagi orang bukan mukallaf, walinya boleh menerima harta hibah tersebut. (c)
Berdasarkan takrifan di atas, dapat dirumuskan ciri-ciri hibah seperti berikut:-
Barang yang dihibah (al Mauhub) Barang yang hendak dihibahkan ter takluk kepada syaratsyarat berikut:(i). Harta itu wujud pada masa hibah itu dilakukan; (ii) Harta itu hendaklah harta yang bernilai dari segi syarak. (iii) Harta itu mestilah pemilik pemberi hibah ;dan (iv) Harta itu boleh diserahkan.
(d)
Sighah iaitu ijab dan qabul.
Sighah hibah tertakluk kepada syaratsyarat berikut:(i) Ada persambungan dan per samaan di antara qabul dan ijab. (ii) Tidak dikenakan syaratsyarat tertentu. (iii) Tidak disyaratkan dengan tempoh tertentu.
Bagi pandangan Abu Hanifah rukun hibah hanya ijab dan qabul dan akan menjadi sempurna dengan penerimaan barang 1.Surah An Nisa’ ayat 4 yang bermak- (al-qabd). sud : ”Kemudian jika mereka menyerDalam hal ini kitab al Ahkam al Adiyah ahkan kepada kamu sebahagian dari m.s 273 ada menyatakan ; Perkara 837 mas kahwin itu dengan senang hati, “Kontrak hibah berlaku dan sah apabila termakanlah (ambillah) pemberian itu dapat penawaran dan penerimaan. Ianya (sebagai makanan) yang menjadi sempurna apabila sedap lagi baik akibatnya. terdapat penerimaan.” Apabila telah sempurKontrak hibah 2.Surah al Baqarah ayat na sesuatu aqad hibah deberlaku 177 yang bermaksud : ngan memenuhi semua syadan sah ”dan memberikan harta rat dan rukun-rukunnya serta yang dicintai kepada kerberlakunya penyerahan dan apabila abat-nya, anak-anak yatim, penerimaan (alqabd) ,maka terdapat orang-orang miskin, muharta tersebut akan menjadi penawaran safir (yang memerlukan milik penerima hibah sekapertolongan) dan oranglipun tanpa balasan. Pemberi dan orang yang meminta-minta hibah tidak boleh menarik penerimaan dan memerdekakan hambalik atau membatalkan ba sahaya.” hibah tersebut kecuali hibah yang dibuat oleh bapa kepada anaknya. Sungguhpun demikian bapa tidak boleh 4. PEMBENTUKAN AKAD menarik balik hibah tersebut sekiranya HIBAH. harta itu terkeluar dari kekuasaan dan Sesuatu akad hibah tidak akan ter- pemilikan anaknya sama ada telah dijual, bentuk melainkan setelah memenuhi waqaf atau hibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima rukun-rukun dan syarat-syarat berikut :hibah. (a) Pemberi hibah (al Wahib) Sambungan Bahagian 2 diminggu hadapan
,
Disediakan oleh: Tuan Haji OTHman Bin iBraHim Ketua Unit Pembangunan UndangUndang Keluarga Islam Dan Sistem Kehakiman Syariah, Jabatan Peguam Negara.
,
,
Sec3_iz_CENTRESPREAD(MAIM)_10April_Layout 1 9/4/2015 9:47 PM Page 4
Mimbar MAIM - Perpaduan Nadi Transformasi Negara
TerBaik…Pasukan Qasidah jabatan agama islam melaka (jaim) yang lebih dikenali dengan nama Pasukan Qasidah mahabbah rasulillah telah ditubuhkan sejak dua tahun yang lalu dan mempunyai 26 orang ahli yang terdiri daripada pegawai jaim. Pelbagai kejayaan telah di capai di peringkat negeri mahupun kebangsaan antaranya ialah naib johan Pertandingan grand maulid Peringkat kebangsaan yang diadakan pada 24 & 25 januari tahun ini di masjid sultan salahudin abdul aziz shah dan tempat ke – 4 di pertandingan selawat di atas Bot sempena Pesta sungai 2013 yang lalu. Pasukan qasidah ini juga sering mendapat tempahan mengadakan persembahan di sekitar negeri ini yang melibatkan hari kebesaran islam dan program ilmiah.
Jumaat 10 April 2015
11
lawaTan mesra...delegasi majlis kerjasama kepimpinan Yayasan (mkkY) telah mengdakan lawatan mesra ke Taman rimbunan kaseh, serkam baru-baru ini. delegasi yang diketuai oleh Yayasan melaka itu disertai seramai 50 orang bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan program rimbunan kaseh yang mana sesi taklimat telah disampaikan oleh setiausaha majlis agama islam melaka (maim), mohd. Yusof abu Bakar dan delegasi juga telah dibawa melawat ke tapak ladang bagi melihat sendiri projek perladangan yang dilaksanakan.
OKU perlu perhatian keluarga Melaka Tengah - Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dengan kerjasama HRN Group telah menganjurkan program Anugerah Dari Syurga barubaru ini. Program selama 2 hari itu disertai seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada kanakkanak istimewa atau orang kelainan upaya (OKU) bersama keluarga mereka yang juga merupakan peserta Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitar Daerah Melaka tengah. Ketua Unit BSAT,
Mohd. Dino Mohd. Delan berkata, program ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap tahun dan tujuan utama program ini diadakan membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera. Menurut beliau lagi, masih ramai di kalangan ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak OKU sukar menerima kenyataan berkaitan fizikal anak mereka dan dengan adanya dengan program seperti ini akan memberi mereka semangat dan galakkan serta bimbingan emosi untuk menerima kenyataan de-
seBahagian peserta yang hadir di program berkenaan.
ngan seikhlasnya. "Anak-anak istimewa atau OKU ini memerlukan sokongan keluarga dan ibu bapa dalam meneruskan kehidupan serta mendidik mereka menjadi insan yang sempurna walaupun pada dasarnya mereka kurang upaya." ujarnya. Beliau menambah lagi, dengan program ini juga ibu bapa akan lebih yakin dengan peranan mereka dan menyedari bahawa adanya rakanrakan yang sedia memberi sokongan sama ada dari segi fizikal, sosial mahupun emosi dan lebih besar kemungkinan dapat
memberi jagaan dan bimbingan yang positif kepada anak-anak istimewa mereka. "Kita tidak mahu
anak-anak istimewa ini terabai tanpa kasih sayang dan perhatian keluarga supaya mereka ini dapat meneruskan ke-
hidupan seperti insan lain malah dapat menikmati pembelajaran dan pendidikan dengan lebih terurus.
Bahagian PemBangunan dan PelaBuran majlis agama islam melaka
Sec3_iz_CENTRESPREAD(MAIM)_10April_Layout 1 9/4/2015 9:45 PM Page 1
12
Jumaat 10 April 2015
Mimbar MAIM - Perpaduan Nadi Transformasi Negara
ANAK saudara muslim bersama pegawai Unit Balai Islam
SMART solat eratkan saudara muslim Hulu Langat - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Unit Balai Islam telah mengadakan program Kem Smart Solat baru-baru ini. Program selama tiga hari itu mendapat kerjasama daripada Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah disertai oleh anak-anak saudara baru seluruh negeri Melaka. Menurut Ketua Unit Balai Islam, Mohd. Leow Abdullah, program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Balai Islam dalam usaha untuk memberi ilmu dan kefahaman
tentang ibadah khusus seharian kepada anak saudara muslim. Beliau berkata, program ini juga bertujuan memberi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta kefahaman Islam yang betul kepada anak-anak saudara muslim bagi memberi peluang kepada mereka menjadi insan yang berguna dan berilmu kepada keluarga mereka. "Kita akan memastikan mereka ini mendapat panduan dan tunjuk ajar tentang ajaran Islam dan akan memastikan mereka tidak akan terleka dengan budaya dan ajaran yang terdahulu"
ujarnya. "Kita juga akan memberi mereka ruang dan peluang kepada anakanak saudara baru ini belajar dan memahami Islam dengan hati yang ikhlas serta memupuk rasa cinta terhadap Islam melalui ibadah yang dilaksanakan." katanya lagi. Beliau juga menjelaskan, penekanan program ini adalah tentang asas solat yang betul serta pembacaan ayat suci alQuran yang tertib serta memahami maksud dan terjemahannya supaya dapat direalisasikan dan dipraktikkan dalam kehidupan sebenar
USTAZ Fauzi sedang menerangkan cara-cara bersolat.
Wang simpanan di bawah ‘bantal’ juga dikenakan zakat Wang simpanan oleh pendeposit-pendeposit di bank-bank samada bank yang dikategori syariah atau pun konvensional, simpananya tertakluk kepada zakat sekiranya telah genap setahun dan cukup nisab. Pengiraan Wang Simpanan ialah, kita perlu mencampur semua wang simpanan yang dimiliki walaupun di berlainan bank dan memastikan amaun yang terendah untuk dizakatkan pada kadar 2.5% sahaja. Sekiranya terdapat faedah/bunga atau interest hendaklah dibuat tolakan terlebihdahulu, kerana zakat hanya dikira kepada sumbersumber halal semata-mata. Contoh Pengiraan bagi Akaun Simpanan Biasa ialah seperti Jadual 1: Akaun Simpanan Tetap juga dikenakan zakat, sekiranya ia disimpan untuk tempoh satutahun serta cukup nisabnya. Contoh Pengiraan Akaun
JADUAL 1
Simpanan Tetap ialah seperti di bawah: = RM200,000.00 x 2.5% (kadar zakat) = RM5,000.00. “Ustaz, macam mana pula, duit mak saya simpan di bawah bantal? rasa dah kat dua puloh tahun dia simpan, saya tengok duit dia pun dah besau bantal ni. Ni kalau saya amik dah boleh beli Proton Iriz secara tunai nih…..kena zakat ke?” Bagi menjawab persoalan di atas, wang tersebut adalah wajib dizakatkan sekiranya telah cukup haul dan
nisab, walaupun tidak disimpan di mana-mana institusi perbankan, kerana telah menjadi budaya terutamanya masya-rakat Melayu Islam terdahulu menyimpanwang mereka di bawah bantal, di tabung buloh, tabung ayamdan sebagainya. Kita dapat simpulkan bahawa konsep zakat itu sebenarnya adalah menyeluruh di mana zakat hanya dikenakan kepada mereka yang cukupsyaratnya serta berkemampuan sahaja. Ianya menangkis dari salah faham masyarakat yang mengatakan bahawa
zakat itu menindas kepada keseluruhan sistem di dalam kehidupan masyarakat Islam. Yang kaya bantu yang susah, iaitu konsep yang boleh merapatkan jurang kehidupan dalam masyarakat itu sendiri yang akan melahirkan satu ikatan kasihsayang di antara mereka yang dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat Islam Gambar hiasan.
HJ.AZMI BIN HJ. HUSSAIN PengurusBesar Pusat Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka. secara amnya. Perlu diingat juga bahawa pelunasan Zakat Wang Simpanan termasuk di dalam kategori Zakat Harta di mana pembayar-pembayar yang melunaskannya layak mendapat rebat 100% dari Cukai Pendapatan Individu daripada pihak LHDN. Sekian. Wassalam.
Sec2_iz_ms13_10April_Layout 1 4/9/2015 11:07 PM Page 2
Jumaat 10 April 2015
13
KETUA Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron bersama Lian Chye hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PGRM Melaka.
LIAN Chye bersama Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Melaka.
Utamakan perpaduan, wujud senario politik stabil
Lian Chye pengerusi Gerakan negeri Oleh LIANA SAHABUDIN AYER KEROH 9 April - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Melaka dan komponen Barisan Nasional (BN) di negeri ini diminta mengukuhkan perpaduan dan mewujudkan senario politik stabil serta matang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang. Pengerusi PGRM Melaka, Chua Lian Chye berkata, pihaknya akan terus memperkukuh parti gerakan bersama komponen-komponen lain termasuk BN untuk mempertahankan kerusi sedia ada. Menurutnya, parti gerakan terus bekerjasama dengan mengadakan pelbagai aktiviti turun padang bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap kawasan supaya lebih kukuh
LIAN Chye (tiga, kanan) hadir di Rumah Terbuka Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Chiw Tiang Chai Melaka.
sekali gus mengekalkan perpaduan untuk memastikan kemenangan BN. "Sehingga kini lebih 8,000 ahli-ahli parti Gerakan kita peroleh, kita sasarkan tahun ini lebih 500 ahli-ahli baharu akan berdaftar di bawah parti gerakan khususnya golongan muda. "Pengerusi setiap bahagian
juga diarahkan turun padang untuk mencari sekurang-kurangnya 10 ahli baharu di setiap kawasan mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Lian Chye berkata, pemimpin dan ahli komponen BN tidak mempunyai sebarang masalah dan terus bekerja kuat tanpa mengira masa serta mencurah tenaga di semua tempat supaya
segala aspirasi dapat dilaksanakan kepada semua rakyat. "Bukan hanya mencari ahli baharu, tetapi kita akan pastikan mereka yang menjadi ahli kita itu berpihak kepada BN dan bukannya memihak kepada parti pembangkang. "Kemenangan akan berpihak kepada kita jika kekuatan menerusi perpaduan serta
UTeM tuan rumah Persidangan Antarabangsa PERPUN
DURIAN TUNGGAL 9 April - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Persidangan Perpustakaan Universiti dan Perpustakaan Negara (PERPUN) serta Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bakal menganjurkan Persidangan Antarabangsa PERPUN Kali Ke-4 pada 11 hingga 12 Ogos akan datang. Persidangan bertemakan “Revolusi Informasi” itu dijangka menghimpunkan para pus-
takawan, tokoh akademik, pengurus maklumat serta para pelajar dari pelbagai negara bagi membincang dan mengupas peranan perpustakaan dalam era global yang memberi impak besar dalam dunia perkhidmatan pengurusan serta maklumat. Ketua Pustakawan UTeM Faridah Md Amin berkata, persidangan tersebut dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron dan merupakan platform kepada para
peserta untuk berbincang dan berkongsi idea mengenai isu-isu dan trend semasa, penyelidikan dan cabaran ke perpustakaan dalam menguruskan maklumat Beliau berkata, persidangan itu juga akan membicarakan isu-isu yang berkaitan dengan kajian sumber maklumat, pengetahuan, kemajuan teknologi dan kemahiran dalam kecekapan strategik untuk mengukuhkan peranan Perpustakaan dan maklumat kepada
masyarakat “Selain itu ianya turut membuka ruang dan peluang untuk kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan melalui pembentangan kertas kerja meliputi bidang teknologi, perkhidmatan, komuniti, pengurusan kualiti serta perkongsian pintar dalam bidang kepustakawanan dan pengurusan maklumat” ujar beliau. “Kami menjemput mempelawa para pustakawan, pensyarah, pen-
pelaksanaan jentera pilihan raya secara bersistematik menerusi bantuan penduduk dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya. Katanya, parti gerakan juga akan mengadakan pelbagai aktiviti turun padang melibatkan golongan muda terutama yang memfokuskan kepada aktiviti sukan bola keranjang dan badminton. "Ini salah satu usaha kita untuk menarik golongan muda mendekatkan diri dengan kita selain mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. "Selain itu, program kebajikan turut dilaksanakan dari masa ke semasa bagi membantu masyarakat Cina khususnya golongan fakir miskin, golongan kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal di negeri ini," katanya.
gurus maklumat dan pelajar-pelajar yang berminat untuk menghadiri persidangan antarabangsa ini yang merupakan forum rasmi kerjasama antara semua Ketua Pustakawan Universiti dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia atas dasar persefahaman kerjasama dalam pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan di peringkat nasional” ujar beliau lagi. Persidangan tersebut juga akan menampilkan Ketua Pengarah Jabatan
FARIDAH
Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Prof. Dr. Asma Ismail dan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pihak sekretariat di talian 06-3316802/6803/6804 atau layari laman sesawang http://picon2015. utem.edu.my
10 APRIL 15- AM_Layout 1 4/9/2015 11:13 PM Page 1
14
Jumaat 10 April 2015
Entrepreneurial Journey
Segalanya bermula di sini
Oleh PROF. DR. SALLEH YAHYA DAN MAZLIZA RAHMAN Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). KEUSHAWANAN merupakan antara bidang yang sedang melonjak naik di dalam industri pekerjaan di negara kita. Di Malaysia, usaha-usaha dalam menyokong masyarakat terutamanya golongan muda belia dalam berkecimpung di dalam dunia keusahawanan telah sekian lama dilakukan melalui penubuhan badan-badan seperti TEKUN, PUNB, SME dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bak kata pepatah Melayu: melentur buluh biarlah dari rebungnya, yang membawa maksud, demi meraih minat golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan yang mengandungi pelbagai manfaat ini, ia harus disemai sejak di peringkat awal lagi, khususnya pada peringkat institusi pengajian tinggi. Namun, bagaimanakah cara untuk menarik minat golongan belia yang bergenerasi Z ini untuk berada di dalam bidang keusahawanan dan mengekalkan imej serta legasi Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa suatu ketika dahulu. Bahkan, Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron, juga pernah berkata bahawa beliau amat percaya dan yakin bahawa bidang keusahawanan merupakan satu tonggak utama dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara demi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Beliau juga menambah pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri dalam memastikan usaha dalam bidang keusahawanan bukanlah perancangan di atas kertas sahaja, namun mampu dimanifestasikan sebagai kejayaan yang nyata. Justeru, bagi meralisasikan hasrat Ketua Menteri, pihak institusi pengajian tinggi seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan program keusahawanan yang menarik, agresif, energetik, dan tidak menghambarkan. Dalam pada itu, Pusat Pembangunan Keusahawanan (PPK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), telah mengadakan satu program keusahawanan yang dikenali sebagai Entrepreneurial Journey (EJ) yang diadakan di Mahkota Hotel Melaka selama dua hari bermula pada 28 hingga 29 Mac yang lepas. Program yang disertai seramai 128 orang pelajar itu telah menyusun pelbagai aktiviti keusahawanan yang kompak yang mampu memberi pencerahan di atas
PESERTA Entrepreneurial Journey ketika melakukan aktiviti trick of the trade di beberapa lokasi sekitar Bandar Raya Melaka.
sebarang kekeliruan para pelajar terhadap bidang keusahawanan. Menerusi program ini, seramai 12 orang pensyarah yang berkaliber ditugaskan sebagai mentor dalam memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada para pelajar berkaitan dunia keusahawanan. Timbalan Pengarah PPK, Dr. Juhaini Jabar memberitahu, objektif utama program ini diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa dan graduan berminda kelas pertama yang mempunyai nilai-nilai keusahawanan yang jitu. Katanya, demi mencapai objektif sedemikian, para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti keusahawanan secara teori dan juga praktikal dalam usaha untuk meletakkan diri pelajar tersebut ke dalam dunia sebenar seorang usahawan. “Sebagai seorang usahawan, mereka bukan hanya perlu mahir di dalam memahami sesuatu teori, namun mereka juga harus handal mengaplikasikan teori tersebut secara praktikal,” ujarnya. Katanya, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti problem based learning (PBL), brainstorming, trick of the trade and entrepreneur engagement, business idea enrichment serta group presentation yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Sebagai contoh, menerusi aktiviti group presentation, para pelajar ditugaskan untuk melakukan pembentangan secara berkumpulan di hadapan khalayak ramai dan lebih mengemuruhkan lagi apabila mereka dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Jailani Mohd. Nor. “Output daripada aktiviti ini adalah, para pelajar berjaya meningkatkan daya keyakinan diri, semangat berkumpulan, serta keupayaan berkomunikasi yang cemerlang,” tambah Junaini. Beliau menjelaskan, pelajar yang menyertai program EJ ini sangat seronok dan begitu tekun dalam menjalankan
aktiviti trick of the trade dan entrepreneur engagement. Menurut beliau, kedua-dua aktiviti ini dilakukan secara serentak dalam durasi 2 jam di sekitar Bandar Hilir. Menerusi aktiviti ini para pelajar dikehendaki menjual pelbagai jenis barangan seperti cadar, minyak wangi, buku-buku agama, makanan, minuman dan sebagainya yang mempunyai kumpulan sasaran pelanggan yang berbeza. Beliau berkata, antara sebab mengapa mereka dikehendaki untuk menjual barangan tersebut adalah untuk menguji tahap kreativiti, kesabaran dan kecekapan mereka ketika menghadapi tekanan dalam menjual barangan sedemikian. Sambil menyelam, terminum air. Dalam masa menjual barangan yang diberikan, para pelajar juga dikehendaki untuk mencari dan menemu ramah usahawan-usahawan yang terdapat di sekitar Bandar Hilir. “Di sini, mereka dikehendaki menggunakan segala kepakaran mereka dalam berkomunikasi serta adab tutur bicara yang sopan dalam mengajukan soalan yang perlu dijawab oleh golongan usahawan tersebut,” ujarnya. Juhaini menambah, terdapat beberapa alasan mengapa Bandar Hilir menjadi lokasi pilihan dalam menjalankan aktiviti keusahawanan tersebut. “Ini kerana, Bandar Hilir merupakan antara destinasi tumpuan ramai khususnya para pelancong. Maka dari sini, orang ramai dapat melihat budaya keusahawanan ini telah berjaya disemai ke dalam diri para pelajar yang menetap dan menimba ilmu di bumi Melaka ini,” katanya. Seorang pelajar antarabangsa yang mengikuti program ini, Mahamat Adam yang berasal dari Republic of Chad, berkata program ini sangat unik dan berbeza dengan program-program keusahawanan yang lain kerana program ini terbuka kepada semua pelajar termasuk pelajar
antarabangsa seperti dirinya. Katanya, program ini berjaya memupuk nilai-nilai keusahawanan dan sikap bekerjasama antara pasukan yang baik serta berkesan dalam memperkenalkan imej keusahawanan negeri Melaka kepada para pelancong. Juhaini berharap PPK menerusi program EJ ini mampu menambah jumlah pelajar yang berminat berniaga dan memastikan mereka berdaftar bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu, bagi para pelajar yang berkompentasi tinggi dalam menghasilkan idea perniagaan yang bagus dan mempunyai nilai komersial yang tinggi, mereka akan dibantu dalam merealisasikan idea perniagaan mereka tersebut. Tambah beliau lagi, mereka yang mempunyai idea perniagaan yang berpotensi juga akan berkesempatan dalam mengambil bahagian di dalam Program Francais Siswa 2015 anjuran KPDNKK, KPM,MFA serta MEA 2015. Juhaini memaklumkan bahawa rancangan PPK yang seterusnya adalah untuk melatih para pelajar menjadi seorang teknousahawan berjaya berdasarkan bidang kepakaran masing-masing seperti bidang Teknologi Tinggi (pelajar bidang Kejuruteraan), Industri Kreatif (pelajar bidang Teknologi Maklumat) dan Industri Pelancongan (pelajar bidang Pengurusan). Selain itu, PPK juga sudah mula menghasilkan database usahawan dalam kalangan mahasiswa yang sudah berdaftar dengan SSM untuk memastikan bilangan usahawan dalam kalangan pelajar meningkat dari semasa ke semasa. “PPK sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pelajar yang berminat untuk berniaga mahupun para pelajar yang mempunyai idea perniagaan yang bernas. Pendek kata, PPK merupakan platform berniaga mahasiswa di Negeri Melaka,” ujarnya.
Suspek lontar bom petrol ditahan ALOR SETAR 9 April - Seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kejadian serangan molotov cocktail ke atas sebuah bank di sini semalam telah ditahan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd
Nashir Ya berkata, suspek ditahan pada pukul 11 malam tadi dirumahnya di Taman Bersatu, Batas Paip, Kuala Kedah. “Lelaki itu akan direman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut polis dijalankan,”
katanya dalam satu kenyataan. Dalam kejadian pukul 4.05 petang itu, pelanggan di sebuah bank menjadi gempar apabila seorang lelaki yang bermotosikal bertindak melontar bom petrol pada baha-
gian depan bank itu yang menyebabkan berlaku kerosakan kecil. Saksi berkata, suspek yang berusia dalam linkungan 30-an kemudiannya melarikan diri. Suspek sebelum itu dilapor marah dengan pihak bank
tersebut apabila diberitahu akaunnya telah ditutup. Tindakannya melampar bom dirakam kamera litar tertutup di bank itu. Kes disiasat kerana mendatangkan bencana dengan api.- BERNAMA
10 APRIL 15- AM_Layout 1 4/9/2015 10:11 PM Page 2
Jumaat 10 April 2015
15
Perpustam jadi rujukan Perpustakaan Kuala Lumpur Oleh MuhaMMad Zaidee daut
BUKIT BARU 9 April Seramai 25 Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam), semalam. Lawatan yang diketuai Pengerusi Lembaga Penasihat PKL, Datuk Seri Mat Shah Safuan itu turut disertai beberapa pegawai dari Perpustakaan Kuala Lumpur yang turut melawat Perpustakaan Komuniti 1Malaysia UTC Melaka di Jalan Hang Tuah. Pengerusi Perpustam, Datuk Amirudin Yusof berkata, Perpustam amat mengalu-alukan kehadiran lawatan kerja yang diadakan oleh Ahli Lembaga Penasihat PKL itu kerana ia dapat berkongsi idea dan pengalaman untuk memajukan perpustakaan. Menurut Amirudin, ia juga secara tidak langsung akan dapat mencambah idea kepada kedua pihak dalam usaha menjadikan perpustaka-
aMirudin bersama delegasi ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan Kuala Lumpur yang mengadakan lawatan ke Perpustam, Bukit Baru, kelmarin.
an sebagai pusat ilmu dan maklumat kepada masyarakat. “Lawatan kerja yang diadakan oleh Ahli Lembaga Penasihat KL ini amat baik kerana Perpustam juga mendapat manfaat hasil dari pertukaran idea bagaimana untuk
meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan menggalakkan amalan budaya membaca di kalangan masyarakat,” katanya. Dalam lawatan kerja itu semua peserta lawatan diberikan taklimat mengenai sejarah awal Perpustam serta taklimat
mengenai pengurusan perpustakaan dan dibawa melawat ke beberapa bahagian perkhidmatan perpustakaan. Selain itu, semua peserta lawatan turut dibawa melawat ke Perpustakaan UTC dan berpeluang untuk melihat per-
khidmatan yang disediakan oleh Perpustam. Sementara itu, Mat Shah, berkata melalui lawatan kerja yang diadakan itu, ia akan dapat memberi peluang kepada semua Ahli Lembaga PKL untuk melihat perkhidmatan perpustakaan yang di-
sediakan oleh Perpustam. “Melalui lawatan ini, kami dapat melihat banyak perkhidmatan yang boleh tambah baik oleh kami di PKL seperti perkhidmatan pinjaman dan rujukan serta koleksi khas yang disediakan oleh Perpustam,”katanya.
POTA: Takkan sudah terantuk baru tengadah? KUALA LUMPUR 9 April - Pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dilihat tepat pada masan berikutan peningkatan penularan elemen keganasan dalam negara kebelakangan ini. Rang undang-undang tersebut dibahaskan di Dewan Rakyat pada Selasa selama lebih 12 jam sebelum diluluskan tanpa sebarang pindaan, disifatkan langkah bijak kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat dan negara. POTA juga bukanlah sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dengan kuasa eksekutif menteri akan diambil alih oleh sebuah lembaga yang dilantik Yang di-Pertuan Agong. Secara ringkasnya, POTA bertujuan membanteras kegiatan keganasan di negara ini berikutan keseriusan ancaman keganasan yang dicetuskan kumpulan militan, termasuk IS. Hakikatnya ancaman keganasan kini tidak boleh disangkal lagi. Pada Ahad misalnya, polis menahan sekumpulan 17 orang disyaki pengganas yang dikaitkan dengan IS, yang merancang menculik orang kenamaan, serang lokasi strategik dan seterusnya tubuhkan
rejim IS di Malaysia. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mendedahkan perkara itu berkata 17 suspek berkenaan ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah ketika mereka sedang melakukan pertemuan sulit bagi merancang untuk melancarkan serangan di sekitar Lembah Klang. Selain itu, PDRM juga menahan 92 rakyat Malaysia yang disyaki terbabit kumpulan militan sejak Februari 2013. Bak kata Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin ketika menyokong rang undang-undang itu; ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. “Dah terantuk baru tengadah, dah terkena, baru nak berbicara, jika dah tahu kesannya tapi tidak mahu mencegah maka itu bukan pemimpin yang bijaksana”. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mencadangkan akta berkenaan kerana mendapati keperluan satu undang-undang khas bagi membanteras kegiatan keganasan di negara ini malah sejak kebelakangan ini terdapat rakyat
Malaysia yang terbabit dengan kegiatan itu di luar negara. “POTA tidak memberi kuasa kepada menteri untuk melaksanakannya dan kerajaan memberi jaminan tidak ada campur tangan dengan kuasa politik,” katanya mengenai rang undang-undang itu yang baharu diluluskan Dewan Rakyat, dalam sesi soal jawab pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat Malaysia di Jakarta, Indonesia Selasa malam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, rang undang-undang tersebut tidak menafikan pelbagai hak mereka yang ditahan di bawah undang-undang itu termasuk untuk memaklumkan alasan tangkapan dan hak untuk menemui waris serta mendapatkan khidmat peguam pilihan masing-masing. “Saya memberi jaminan rang undang-undang ini telah mengambil kira hak asasi manusia yang perlu diberikan keutamaan sepenuhnya,” katanya ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan. Katanya, POTA tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
(ISA) dengan kuasa eksekutif menteri akan diambil alih oleh sebuah lembaga yang dilantik Yang di-Pertuan Agong. Lembaga berkenaan perlu mempunyai kelayakan undang-undang serta mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang perundangan. “Tahanan 60 hari di bawah ISA dibuat oleh polis sedangkan di bawah POTA, tahanan 60 hari dibuat melalui proses mahkamah,” kata Wan Junaidi. Oleh itu hujah yang mengatakan ISA merupakan kembar POTA adalah hujah tidak berasas. Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’mar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, undang-undang bagi menangani ancaman keganasan ini perlu disokong oleh semua pihak kerana ia berlandaskan prinsip pencegahan daripada berlakunya sesuatu kerosakan. Ancaman IS bukan ilusi dan pengaruhnya tidak tertumpu kepada negaranegara Timur Tengah sahaja, kerana bukti kewujudannya telah pun muncul di Asia Tenggara termasuk rakyat Malaysia sendiri!. -BERNAMA
Ole
Kete
PuSt
jot-10ap_Layout 1 4/9/2015 11:16 PM Page 1
16
Jumaat 10 April 2015
Penganggur curi minyak wangi dipenjara 3 bulan Oleh NURFATEHA OTHMAN BANDAR RAYA MELAKA 9 April- Seorang penganggur dihukum penjara tiga bulan selepas didapati bersalah mencuri minyak wangi pelbagai jenama dari sebuah butik barangan kecantikan di Plaza Hang Tuah, di sini awal bulan ini. Penganggur berkenaan, Mohd Iskandar Abdullah, 34, berasal dari Felda Bukit Waha Kota Tinggi, Johor dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan itu dalam prosiding yang didengar di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Salleh, pagi tadi. Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendak-
wa, Inspektor Mohd Saliman Mohd Salleh dan tertuduh tidak diwakili peguam bela. Ketika prosiding tersebut, tertuduh yang berdiri di kandang tuduhan mengangguk faham tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah sebelum membuat pengakuan bersalah terhadap tuduhan terbabit. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat curang melakukan kesalahan mencuri minyak wangi berharga RM100 dalam butik Rina Cosmetic, Plaza Hang Tuah pada jam 7.20 minit malam pada 2 April lalu. Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen
380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, dan boleh juga dikenakan denda atau boleh disebat jika melakukan kesalahan berulang. Fakta kes menyebut, pengawal keselamatan Plaza Hang Tuah mengesyaki tertuduh cuba melakukan jenayah dalam butik kecantikan berkenaan apabila melihat tertuduh dalam keadaan mencurigakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik kawalan. Selepas menyedari kehadiran tertuduh, pengawal keselamatan berkenaan bergegas ke butik kecantikan berkenaan untuk melakukan pemeriksaan sekitar jam 7.20 ma-
Dua jiran didenda RM300 kerana bergaduh PETALING JAYA 9 April - Akibat bergaduh sehingga mencederakan sesama sendiri, dua jiran masing-masing didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap perunding audit wanita S.Kalbana, 36, dan peniaga Mohd Zuraimi Mazleh, 44, serta memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga hari jika gagal membayar denda itu. Kedua-dua tertuduh membayar denda itu. Sebelum menjatuhkan hukuman, Salmiah mengingatkan kedua-dua tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan itu dan berbaik semula. “Jangan bergaduh lagi, hanya kerana kesalahan kecil ini kamu berdua didakwa di mahkamah dan sudah ada rekod kesalahan,” katanya. Mengikut pertuduhan, Kalbana dan Mohd Zuraimi, didakwa bergaduh dan mengganggu ketenteraman awam di hadapan rumah mereka di Per-
siaran Wangsa Baiduri 4 SS 12/1, Petaling Jaya di sini pada 10.50 pagi 17 Mac lepas. Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya. Berdasarkan fakta kes, Mohd Zuraimi meletakkan keretanya di hadapan rumah jirannya yang menghalang laluan keluar sebelum Kalbana meminta Mohd Zuraimi mengalihkan kenderaan itu. Namun, berlaku pergaduhan antara mereka apabila Mohd Zuraimi mendakwa Kalbana membuang najis binatang di tingkap keretanya. Terdahulu, ketika rayuan meringankan hukuman Kalbana memaklumkan bahawa Mohd Zuraimi telah melakukan provokasi terhadapnya sebelum berlaku pergaduhan antara mereka dan memohon hukuman ringan manakala Mohd Zuraimi hanya memohon denda terhadapnya dikurangkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Di mahkamah sama, seorang peguam mengaku tidak bersalah mengugut seorang peguam lain dengan mengeluarkan kata-kata ugutan hendak menyebabkan cedera parah dan kematian. A. Suayri, 53, didakwa mengugut Datuk Suraj Singh Jaswant Singh, 43, di Lake View Club SS12, Subang Jaya, Jalan SS 12/1 Subang Jaya di sini pada 11.35 malam 24 Mei tahun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Majistret Salamiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan. Suayri diwakili peguam Esther Tan Siew Choo.- BERNAMA
lam pada tarikh yang sama seperti pertuduhan. Pengawal keselamatan yang mendapati tertuduh berada di dalam butik berkenaan memanggil penjaga butik kecantikan itu yang dikenali dengan nama Rina berikutan tertuduh mendakwa dia ‘diupah’ oleh Rina agar ‘mengemas barang’ dalam butik kecantikan berkenaan. Selepas Rina mengesahkan tidak mengenali tertuduh, tertuduh melarikan diri mengelak ditahan. Namun, tertuduh yang dikejar pengawal keselamatan berkenaan kemudian berjaya ditahan di hadapan pusat beli belah itu. Pemeriksaan dalam beg galas milik tertuduh mendapati pelbagai minyak wangi dengan berbagai jenama dicuri tertuduh. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat terhadap tertuduh sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Dalam pada itu, Mohd Saliman yang mewakili pihak pendakwaan memberitahu mahkamah
MOHD Iskandar yang dikawal anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dihukum penjara tiga bulan atas kesalahan mencuri, awal bulan ini.
tertuduh sebelum ini pernah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sebanyak dua kali atas jenayah di bawah seksyen yang sama. Tegasnya, tertuduh juga turut menjalani hukuman untuk kedua-dua jenayah berkenaan. Bagaimanapun semasa diberikan peluang mengemukakan rayuan, tertuduh merayu agar dikenakan hukuman ringan atas alasan terdesak untuk meneruskan hidup selain buntu bagaimana mahu mencari wang untuk menyara ibu di kampung. “Saya dah sebulan menganggur, sebelum ini
hanya kerja kedai mamak dan pendapatan tak menentu, nak tanggung ibu umur 62 tahun lagi di Sarawak, saya sudah hilang arah macam mana mahu mencari wang untuk teruskan hidup dan tanggung keluarga,” rayu tertuduh. Dalam penghakimannya, Mohd Firdaus yang mensabitkan tertuduh dengan kesalahan berkenaan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan terhadap tertuduh. Kata Mohd. Firdaus lagi hukuman penjara berkenaan diambil kira bermula tertuduh ditangkap iaitu pada 2 April lepas.
Remaja dihukum penjara 18 tahun sebabkan kematian ALOR SETAR 9 April - Seorang remaja lelaki yang dituduh menyebabkan kematian seorang remaja perempuan di kawasan bendang terbiar dua tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini. Pesuruhjaya Kehakiman Dr Choo Ka Sing menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Firdaus Mohd Faridul, 20, setelah dia mengaku bersalah (pada 26 Mac 2015) atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian mengikut seksyen 304 (a) yang membawa hukuman penjara 30 tahun dan denda. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, iaitu 15 Jan 2014. Tertuduh sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mohd Firdaus, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di kawasan bendang terbiar di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar, Alor Setar antara 9.30 malam dan 11.30 malam, 29 Nov 2013. Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin men-
yebabkan kematian. Dalam penghakimannya, Choo berkata, mangsa mati dalam keadaan terseksa, apabila kepalanya direndam di dalam air berlumpur. Malahan, terdapat 300 mililiter air lumpur di dalam perut, dan juga di bahagian paru-paru mangsa. Terdapat kecenderungan keganasan dalam perlakuan tertuduh, katanya. “Mangsa tidak mati secara segera, mangsa berusaha mencari kekuatan untuk bernafas di dalam air yang berlumpur,” katanya. Choo turut menasihatkan tertuduh agar bertaubat dan tidak melakukan kesalahan itu selain memulakan kehidupan baharu setelah selesai menjalani hukuman. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib manakala tertuduh diwakili Burhanudeen Abd Wahid. Pada 30 Nov 2013, mayat Noor Syafikah Nadia ditemui di kawasan bendang terbiar dalam keadaan tertiarap manakala mayat dua adiknya iaitu Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui dalam terusan MADA di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela pada 1 Dis 2013.
jot-10ap_Layout 1 4/9/2015 11:48 PM Page 2
Jumaat 10 April 2015
17
Membina jati diri muslim “Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil,” surah al-Ahzab ayat 72.
Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dengan bersungguhsungguh melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita memperoleh keberkatan dan keredaan serta perlindungan Allah S.W.T di dunia dan di akhirat
Muslimin yang dirahmati Allah,
Ibu bapa adalah asas kepada menentukan dasar pembinaan jati diri anak-anak. Bila tumpuan ibu bapa terhadap anak-anak berkurangan, maka kadar keciciran anak-anak semakin meningkat. Anak pada peringkat awal pembesaran dan pendewasaan memerlukan ibu bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi yang mesra sebenarnya bermula dari awal kehidupan anak-anak sehinggalah mereka mencapai usia baligh. Mengikut kajian, anak-anak dalam usia sebegini sangat mudah terpengaruh untuk meniru dan mengikut apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar. Secara psikologinya, pengaruh visual akan mendominasi watak dan karakter mereka. Dengan demikian mimbar menasihatkan para jemaah sekalian bahawa dalam tempoh kritikal ini, awasilah dan pantaulah apa yang mereka lihat serta tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa jua sekalipun dan jadilah role model yang terbaik untuk anak-anak kita. Jika kita tidak mengambil berat, maka anak-anak akan terdedah dengan pelbagai gejala seperti rosak akidah, hilang kemuliaan akhlak dan maruah juga ketinggalan dalam pendidikan. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru, tidak tahu memilih yang baik atau yang buruk dalam kehidupan mereka.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dalam membina jati diri muslim anak-anak, mimbar menasihatkan ibu bapa sekalian menetapkan beberapa petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju dan tindakan yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut: Pertama: Memastikan anak-anak menunaikan solat fardu 5 kali sehari secara konsisten sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: Latihlah dan didiklah anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ketika mereka berumur sepuluh tahun jika mereka enggan menunaikan sembahyang dan pisahkan tempat tidur mereka. Sebagai bapa, berusahalah untuk berjemaah bersama anak-anak dan jadilah imam ketika bersolat agar terserlah kepimpinan kita sebagai ketua keluarga seterusnya dapat memantau kualiti solat anak-anak dan mengukuhkan ikatan kasih sayang dengan mereka. Kedua: Memastikan anak-anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari. Ketiga: Memastikan anak-anak mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan vitamin. Waktu makan juga boleh dimanfaatkan untuk mendidik anak-anak agar berdisiplin, beradab sopan dan berakhlak mulia seperti membaca doa sebelum makan, memberi sebahagian lauk kepada adik beradik yang makan bersama, mengambil makanan sedikit demi sedikit, mengelakkan sifat tamak dan menunggu ibu bapa sebelum makan. Keempat: Menyemak buku-buku lati-
han dan kerja setiap mata pelajaran. Kelima: Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak -anak dan mendapat maklum balas dari guru setiap masa. Sebagai ibu-bapa kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila anak-anak telah dihantar ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang. Tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jati diri yang kuat. Sebagai ibu-bapa kita digalakkan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, kerana doa ibu-bapa boleh menyebabkan kehidupan anak dirahmati, diberkati dan dilindungi dari segala bencana. Dalam satu riwayat diceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah membaca doa kepada kedua cucunya Hasan dan Husin yang berbunyi: Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna untuk kamu berdua daripada gangguan syaitan, daripada binatang dan daripada mata yang berniat jahat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak seharusnya kita sudah mempunyai beberapa perancangan dan aktiviti yang berpaksikan atas dasar untuk meningkatkan iman, jati diri dan kecemerlangan dunia dan akhirat bukannya hanya untuk berseronok dan menghabiskan masa semata-mata. Ingatlah anak-anak adalah aset yang paling penting dan berharga kepada kedua-dua ibu bapa. Mereka
merupakan penyeri atau perhiasan dalam sesebuah rumah tangga. Bayangkanlah jika anak-anak berkenaan menjadi orang yang soleh dan berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sudah tentu kedua ibu bapanya akan mendapat nikmat di dunia dan di akhirat nanti. Sebaliknya, jika anakanak yang bergelumang dengan akhlak liar dan melakukan maksiat kepada Allah S.W.T sudah pasti ianya akan menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara. Anak-anak yang diterapkan dengan didikan agama yang sempurna sejak dari kecil hinggalah mereka dewasa akan dapat menyelamatkan mereka dari terus lalai dan alpa dengan kehidupan di dunia ini. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru marilah samasama kita menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam. Budayakanlah kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka. Manfaatkanlah musim cuti persekolahan ini dengan perkara-perkara yang berfaedah demi masa depan anak- anak. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 72: Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunungganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil”. Dipetik dari laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
sec1-mimie_Layout 1 4/9/2015 11:21 PM Page 1
18
Jumaat 10 April 2015
Nad Zainal idam pengarah
NAD Zainal idam watak pengarah selepas berjaya sebagai pelakon.
PERHATIKAN warna rambut Hafiz yang ‘pelik’ dan tidak kena gaya.
SELEPAS menang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014), Nad Zainal memasang cita-cita untuk bergelar pengarah pula. Kata Nad seperti dilapor portal hiburan Rotikaya, cita-cita bergelar pengarah sudah lama diimpikannya demi melebarkan sayap dalam bidang seni melalui pengarahan. Buat permulaan kata Nad lagi, dia bercita-cita mahu mengarah sebuah filem pendek sebelum beralih ke drama dan filem pelbagai genre.
Akui Nad juga, peminat adalah nadi dan semangatnya untuk melebarkan sayap sebagai pengarah dalam dunia seni tempatan dan amat berterima kasih kerana terus mendapat sokongan peminat sejak hari pertama bergelar anak seni hingga sekarang. “Dalam entertainment business ini, peminat memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan artis. “Nad lihat perlu untuk setiap artis menjaga peminat masingma-sing. Bagi Nad, sokongan peminat yang kuat barulah boleh bertahan dalam industri ini, diharap andai cita-cita bergelar pengarah termakbul, peminat tetap sokong Nad,” kata pelakon hebat ini. Dalam waktu sama Nad turut menjawab dakwaan beliau kelihatan amat ‘masam’ sepanjang majlis ABPBH 2014. Terang Nad, dia sebenarnya amat penat dan letih kerana sebelum hadir ke majlis berkenaan dia terpaksa menyelesaikan dua tugasan apabila terlibat dengan latihan lakonan dan tarian malah terus datang ke Genting Highlands bagi menghadiri majlis itu.
Aura Hafiz tak menjadi MUNGKIN penyanyi ini rasa selepas mewarnakan rambutnya ke warna coklat keemas-emasan, dia akan dipuji atau memberi sedikit aura baharu dalam kemunculan semula selepas berehat akibat sakit tulang belakang. Bagaimanapun, sebaik fotonya dengan gaya warna rambut baharu tersebar dan dilihat peminat, dia dicemuh kerana tidak menyangka menerima kritikan buruk peminat terhadap warna rambutnya. Dan disebabkan terlalu banyak dicemuh dan dikritik Hafiz Suip akhirnya ‘mengalah’ dan akur
kesilapannya mewarnakan rambut yang tidak kena dengan gaya, penampilan dan imejnya sebagai penyanyi terkenal. Mudah kata, warna rambut terbaharu Hafiz ‘mencacatkan’ penampilannya. Menerusi portal hiburan Rotikaya, Hafiz berkata dia mengakui tersilap mewarnakan rambut hingga dikritik banyak pihak. “Saya terima banyak tohmahan gara-gara mewarnakan rambut. Saya pun tidaklah peduli sangat mengenai kritikan warna rambut saya dan saya juga tidaklah melenting, diam sahaja kerana telahpun berlaku,” kata penyanyi yang telah menjadi tunangan orang ini. Kata Hafiz lagi, hanya kerana mewarnakan rambut dia turut disoal peminatnya mengenai dosa mewarna rambut. “Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri, soal itu (dosa dan pahala) biar antara saya dengan Tuhan,” akui Hafiz juga.
sec1-mimie_Layout 1 4/9/2015 11:24 PM Page 4
Jumaat 10 April 2015
19
RG Sports tarik masyarakat amal aktiviti sihat
Oleh MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA
BUKIT SERINDIT 9 April - Menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang sihat, Persatuan RG Sports & Activities rancak melaksanakan pelbagai aktiviti sihat seperti senamrobik, sukan lasak serta bola jaring di mana ia melibatkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat. Ditubuhkan pada April 2014, RG Sports & Activities mempunyai ahli lebih 120 orang dan dijangka jumlah tersebut akan meningkat dengan pelaksanaan pelbagai lagi jenis aktiviti pada masa akan datang. Pengasasnya Abdul Rahman Hassan berkata, setakat ini, pihaknya mengadakan aktiviti tetap iaitu senamrobik yang diadakan di dataran Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit. Aktiviti Senamrobik diadakan pada dua berbeza, iaitu setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat pada jam 6 sehingga 7 petang dan hari Sabtu serta Ahad pada jam 7.30 sehingga 9 pagi. “Untuk aktiviti senamrobik, saya sendiri akan bertindak menjadi jurulatih dan kebiasaannya pada hari bekerja, lebih 100 peserta terdiri daripada mereka yang bekerja akan sertai senamrobik tersebut. “Bagi kami, melalui aktiviti sebegini, ia menepati objektif kami untuk mengajak orang ramai untuk bersama-sama dengan kami bagi menyahut
seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat sihat. “Selain daripada aktiviti senamrobik, kami turut terlibat dengan aktiviti mendaki gunung, meneroka gua serta sukan bola jaring dan dalam masa terdekat ini, kami akan menambah lagi beberapa lagi jenis sukan lasak,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, petang tadi. Katanya, pada 15 April ini, persatuan RG Sports & Activities akan mengadakan program meneroka Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan di mana mereka akan bertolak pada seawal jam 7 pagi dari Melaka dan dijangka akan sampai ke Gua Maloi pada jam 8.30 pagi. “Tibanya kami di sana, kami akan terus me ngadakan ekspedisi penerokaan gua tersebut yang dijangka mengambil masa selama 5 jam. “Seramai 55 peserta akan terlibat di mana termasuk tiga daripadanya peserta dari Perancis, dan seorang dari Indonesia,” katanya. Ujarnya, selain daripada itu, persatuan tersebut turut aktif dengan aktiviti berbasikal dan terbaru, mereka menyertai Fun Ride Hari Wilayah pada Februari 2015 lepas. Sementara itu, persatuan RG Sports & Activities juga mempunyai pasukan bola jaringnya sendiri dan turut aktif mengadakan perlawanan
AHLI-ahli Persatuan RG Sports & Activities ketika bergambar di puncak Gunung Datok, Negeri Sembilan.
persahabatan dengan jabatan kerajaan negeri. Persatuan tersebut yang turut diasaskan oleh Norazlin Abu Bakar serta krew sokongan iaitu Rosenita Mohd Hanapiah,Suzila Ahmad Baderi dan Intan Saip, kini sedang dalam proses menambahkan lagi jumlah ahli bagi mengajak orang ramai agar aktif dalam aktiviti sihat. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai aktiviti anjuran persatuan RG Sports & Activities, bolehlah melayari laman sosial F a c e b o o k https://www.facebook.co m/pages/Rg-SportsActivities/101844640816 9074 bagi mengikuti perkembangan terbaharu persatuan tersebut.
AKTIVITI senamrobik antara pengisian utama yang diadakan oleh Persatuan RG Sports & Activities.
RAIN_10 april 15_Layout 1 4/9/2015 10:39 PM Page 1
Sukan
19
www.facebook.com/melakahariini
Kesuma MBMB daki Gunung Bromo, Surabaya KELAB Sukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (Kesuma MBMB), akan menganjurkan XPDC Mendaki Gunung Bromo, Surabaya, Indonesia dari 15 - 18 Mei depan. Pengerusi program, Mazlan Said berkata, ianya untuk merealisasikan slogan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut iaitu Bandaraya makmur cabaran kita. Menurutnya, program terbabit pernah diadakan sejak lebih 10 tahun yang lalu, bagaimana pada tahun yang lalu, ia tidak
MOhd irwan.
diadakan bagi menghormati mangsa tragedi pesawat Mas yang terhempas. "MBMB pernah melakar sejarah sekitar tiga tahun berturut-turut iaitu 2012, 2013 dan 2014 dengan mendaki Gunung Kinabalu dengan catatan masa terpantas dan diharapkan pada tahun ini MBMB bakal ulangi kejayaan seperti itu dengan pencapaian terhebat serta memberangsangkan," katanya. Setiausaha Kesuma MBMB, Mohd Irwan Samad berkata, anggota termasuk
yang bertugas di Bengkel MBMB, di Taman Merdeka, Batu Berendam, boleh membuat pendaftaran segera bermula dari sekarang. "Peserta dikenakan bayaran pendaftaran RM1,300 setiap seorang bagi menampung kos penerbangan, penginapan dan makan serta minum dan terhad kepada 25 peserta terawal sahaja," katanya. Mazlan dan Mohd Irwan berkata demikian, ketika mempromosikan XPDC mendaki Gunung Bromo, Suraya, Indonesia, di Graha Makmur, di sini semalam.
Boling Keluarga erat silaturahim Oleh JURaidah OThMaN
SERAMAI 30 ahli keluarga Mat Kahar Daud menyertai Pertandingan Boling Keluarga di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), Ayer Keroh, baru-baru ini. Pertandingan yang diadakan julung kali itu bagi memberi peluang kepada anggota keluarga beramah mesra antara satu sama lain di samping mengukuhkan silaturahim kalangan ahli keluarga. Perasmian pertandingan itu telah disempurnakan oleh Mat Kahar sendiri dan berbangga kerana pertandingan berkenaan berjaya dilaksanakan. Menurutnya, pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak. Dalam pertandingan itu, Junaidi Mat Kahar muncul juara dengan jatuhan pin tertinggi bagi Kategori lelaki, Kategori Wanita disandang oleh Norrizan Amat manakala Kategori Kanak-Kanak dirangkul Saib Haikal Saufi. "Lebih menyeronokkan, turut diada-
kan acara cabutan bertuah dan sambutan hari Ulang tahun kelahiran isteri tercinta, Jalelah Md. Ali," katanya. Sementara itu, Anisah Mat Kahar yang merupakan anak kelapan dari sembilan beradik berkata, sambutan hari lahir ibunya diadakan tanpa pengetahuan ibunya. "Selain itu, acara mewarna turut dipertandingkan dalam kalangan cucucucu Mat Kahar di bawah Kategori 7 tahun dan ke bawah," katanya selepas tamat pertandingan itu. Bagi johan pertandingan mewarna disandang Farah Humairah Zawawi, naib johan digondol Muhammad Jamsyir Darwish Junaidi dan tempat ketiga dimiliki Muhammad Danish Subky. Salah seorang menantu Mat Kahar, Nordiana Ab. Kadil berkata, pertandingan boling dan mewarna ini bukan sahaja dapat beriadah serta berhibur bersama keluarga, malah aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan lagi jalinan ukhuwah sesama adik-beradik, ipar duai, biras dan cucucucu keturunan Mat Kahar.
ahli keluarga Mat Kahar bergambar bersama sebelum Pertandingan Boling Keluarga di MiBC, ayer Keroh, baru-baru ini.
PeRlawaNaN persahabatan bola sepak antara RBlTaa STaF FC bersama MPhTJ eratkan hubungan silaturahim.
Perlawanan persahabatan tingkat persefahaman Oleh Nawawi Md Salleh PASUKAN STAF Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz (RBLTAA STAF FC) yakin beberapa perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan mampu meningkatkan kemahiran pemain berpasukan selain merapatkan silaturahim. Terbaharu, mereka diuji bertemu dengan pasukan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam perlawanan di Padang Bola Sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa, Durian Tunggal, Melaka, kelmarin. Meskipun menang dengan jaringan 2-0 pada perlawanan tersebut, namun yang penting ia memberi pengalaman berharga dalam mematangkan pemain beraksi dalam perlawanan yang kompetitif. Ketua Pasukan RBLTAA Staf FC, Zaihairi Zailani berkata, perlawanan dapat menilai tahap sebenar pasukan dan mengenal pasti segala kelemahan pemain. Menurutnya, walaupun pasukan ini baru ditubuhkan tiga bulan lalu, namun kerjasama sepasukan dilihat penting bagi memastikan kekuatan bersaing dengan daya tahan yang tinggi sepanjang permainan. "Saya berharap agar perlawanan ini dapat memberi perkembangan positif dalam persediaan pasukan menghadapi kejohanan yang akan datang," katanya selepas perlawanan itu, Sabtu lalu.
Diterbitkan oleh MHI Sdn. Bhd., Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel : 06 - 251 9314, 251 9315 Faks : 06 - 251 9316 URL : www.mhi.com.my Dicetak oleh Percetakan Kembara Sdn. Bhd., Suite G05, Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh Melaka Tel: +606-2313585