9 APRIL 15- AM_Layout 1 4/8/2015 11:00 PM Page 2
Z
SOLAT SMK Durian Tunggal MELAKA sertai Toyota Eco Youth 17
19 JAMADILAWAL 1436h
Subuh Syuruk Zohor ASAr MAghrib iSyAk KhaMis 9 april 2015 / 19 JaMaDilaWal 1436h pp11922/03/2013(031989)
5.52 7.09 1.15 4.24 7.19 8.28
Ole
BLUR
BLUR
rM1.50
Mustapa kagum pelaburan Melaka
Cipta rekod pelaburan tertinggi
MUSTAPA tertarik melihat cenderamata yang disampaikan oleh Idris sejurus selepas mengadakan pertemuan di pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri, semalam. Turut hadir, Naim dan Timbalan Exco Perancang Ekonomi, Pelaburan dan Perindustrian, Sulaiman Md. Ali.
MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed kagum dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Melaka serta pencapaiannya dalam konteks pelaburan yang mencipta rekod tertinggi iaitu RM4.5 bilion tahun lepas. 2&3
MEGS bantu usahawan 19
4
Kementerian nafi laporan keracunan
3
Idris bantu Melaka, bantu negara
CAPT
FOTO - LIH
FOTO - LIH
FOTO - LIH
RAIN_9 april 15_Layout 1 4/8/2015 11:25 PM Page 3
2
Khamis 9 April 2015
Mustapa kagum pelaburan Melaka
Cipta rekod pelaburan tertinggi Oleh MISROM MATLEHAM Foto AZHAR YUSOF
AYER KEROH 8 April Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed kagum dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Melaka serta pencapaiannya dalam konteks pelaburan yang mencipta rekod tertinggi iaitu RM4.5 bilion tahun lepas. "Saya kagumlah dengan kejayaan dan pencapaian Melaka dalam konteks saya selaku Menteri yang bertanggungjawab kepada pelaburan. Tahun lepas, pencapaian Melaka adalah RM4.5 bilion yang diluluskan dalam bidang pembuatan, ini satu rekod tertinggi, kita simpan rekod ini," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Melaka sempena Program Turun Padang Bersama Menteri MITI di pejabat Ketua Menteri, di Seri Negeri, hari ini. Terdahulu, taklimat berkenaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir turut dihadiri Ketua Menteri, Setia-
usaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; barisan Exco dan Timbalan Exco, beberapa pegawai kanan kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan agensi di bawah kementerian tersebut. Hadir sama, Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria "Hari ini saya datang ke Melaka untuk memberi semangat dan dorongan kepada syarikatsyarikat yang sedang beroperasi di Melaka dan antara tempat yang akan dilawati adalah CTRM yang merupakan suatu bahagian yang terpenting dalam ekosistem industri areospace, sekarang ini MITI diberi tanggungjawab di Langkawi untuk memantau atau menyelaraskan kemajuan industri eroangkasa di Malaysia," ujarnya. Sempena Program Turun Padang Bersama Menteri MITI Ke Melaka, Mustapa juga turut meluangkan masa meninjau kemajuan Melaka Gateway, suatu projek yang ikonik untuk Me-
laka dan Malaysia, selain melawat Kilang Infineon selaku pelabur terbesar di negeri ini sejak 42 tahun dengan pelaburan lebih RM6 bilion serta kilang Minolta. "Tujuan adalah untuk memberikan dorongan kepada mereka (kerajaan negeri dan pelabur), kerana Melaka bukan sahaja sebuah negeri yang terkenal dalam bidang pelancongan tetapi Melaka berjaya untuk mempelbagaikan ekonominya termasuklah dalam bidang pembuatan," kata Mustapa.
IDRIS dan Mustapa serta pegawai-pegawai kanan MITI pada Taklimat Pembangunan Negeri Melaka di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri.
MUSTAPA dan Idris pada sidang media. Turut hadir Naim dan Rebecca (tiga, kanan).
Kerajaan Melaka terus beri sokongan padu untuk PM Oleh SHAZZUAN SHAH MOHD SALEH & MOHD HAMZATUL AKMAR MD. ZAKARIA
IDRIS berkata sesuatu bersama Mustapa sejurus tiba di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.
AYER KEROH 8 April - Kerajaan Melaka akan terus memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk mentadbir negara sehingga mencapai status negara maju. Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron berkata, sokongan Melaka terhadap kepimpinan Najib tidak akan berubah kerana beliau berpotensi besar dalam menerajui negara ini walaupun terpaksa berhadapan dengan pel-
bagai tekanan. "UMNO, MCA dan MIC serta semua lapisan masyarakat Melaka bersatu menyokong beliau walaupun tekanan yang diterima dari pelbagai pihak antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jelasnya, Melaka akan terus bersama-sama Najib dalam melakukan pelbagai transformasi untuk rakyat dan negara. “Kita akan terus bersamasama Perdana Menteri untuk fokus dalam pembangunan khususnya ekonomi. Kita tidak mahu terganggu dengan semua serangan daripada mana-mana pihak. Ma-
lah beliau sanggup meletak kepentingan diri ke tepi bagi meletakkan kepentingan negara dahulu semi rakyat. Beliau berjaya membawa pelbagai pendekatan lebih agresif dan berdaya saing yang telus dan lebih terbuka sekali gus membuatkan negara-negara luar serta lawan segan dengan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi MIC negeri, Datuk M.S. Mahadevan dan Naib Pengerusi MCA negeri, Datuk Lim Ban Hong.
RAIN_9 april 15_Layout 1 4/8/2015 11:18 PM Page 4
Khamis 9 April 2015
SEBAHAGIAN daripada Timbalan Exco dan pegawai kanan yang hadir pada taklimat berkenaan.
3
IDRIS memperkenalkan Mustapa kepada barisan Exco sejurus tiba di Seri Negeri bagi menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri, semalam.
Misi promosi ke luar negeri tonjolkan jenama Malaysia
Idris bantu Melaka, bantu negara - Mustapa Oleh MISROM MATLEHAM Foto AZHAR YUSOF
AYER KEROH 8 April Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan inisiatif Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron mengadakan beberapa program promosi ke luar negara sebagai suatu yang tepat, bukan sahaja dapat membantu Melaka tetapi turut membantu negara menonjolkan jenama Malaysia. "Jadi dengan beberapa siri lawatan keluar negara yang dilakukan oleh Ketua Menteri (Datuk Seri Ir. Idris), bukan sahaja membantu Melaka tetapi membantu negara menonjolkan jenama Malaysia. "Umpamanya, Ketua Menteri mempunyai hubungan yang rapat dengan Guandong, ini juga akan membantu kita kerana China adalah sebuah negara penting untuk negara kita," ujarnya. Mustapa berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Melaka sempena Program Turun Padang Bersama Menteri MITI di pejabat Ketua Menteri, di Seri Negeri, hari ini.
Terdahulu, taklimat berkenaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir turut dihadiri Ketua Menteri, barisan Exco dan Timbalan Exco, beberapa pegawai kanan kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan agensi di bawah kementerian tersebut. Beliau memberitahu, Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan luar dan pelaburan asing perlu menonjolkan jenama Malaysia yang sebenarnya hebat. "Tapi kalau kita hebat setakat di kampung dan tidak keluar dari kampung kita, maka tidak ramai yang mengenai Melaka. Namun saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri kerana telah mengadakan beberapa program promosi ke luar negara," ujarnya. Mustapa memberitahu, MITI akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memperomosikan Melaka kerana kejayaan Melaka adalah kejayaan Malaysia yang boleh kita tumpang. Mengenai prospek pelaburan luar negara tahun ini, beliau menjelaskan, tahun ini meru-
pakan tahun yang mencabar sedikit kerana tahun lepas kita mendapat RM72 billion dalam bidang pembuatan, tertinggi setakat ini. "Dan Melaka menyumbang perkapita basis, Melaka adalah tinggi. Tahun ini kalau mengikut apa yang kami ada di MIDA, kita rasa mungkin Melaka sudah ada dalam perundingan RM2.5 billion yang akan melabur di Melaka, ini bulan empat, ini bermakna suatu yang baik dan percaya Melaka akan mengekalkan prestasi," kata Mustapa.
IDRIS menerangkan kepada Mustapa beberapa foto bekas pemimpin Melaka yang dipamerkan di ruang legar Bilik Mesyuarat Tun Mutahir.
MITI iktiraf Melaka negeri terbaik pelaburan Oleh SHAZZUAN SHAH MOHD SALEH & MOHD HAMZATUL AKMAR MD. ZAKARIA
AYER KEROH 8 April - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi pengiktirafan bahawa Melaka merupakan negeri terbaik yang menerima pelaburan sejumlah RM4.5 bilion tahun 2014. Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron berkata, jika diukur dari segi perkapita, Melaka merupakan negeri tertinggi pelaburan Kadar kemasukan pelaburan asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI). Katanya, pengiktirafan MITI membuatkan pelabur lebih yakin untuk memilih Melaka sebagai tempat pelaburan sekali gus membantu melonjakkan ekonomi negeri menjadi lebih baik.
"Pengiktirafan itu adalah hasil usaha semua pihak khususnya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang tidak putus membantu Melaka dalam bidang pelaburan," ujarnya. Idris berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam kenyataannya berkata, Melaka merekodkan pelaburan sebanyak RM35.7 bilion bagi sektor pembuatannya selain mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan bagi 791 projek sektor berkenaan sejak 1980. "Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM23.5 bilion atau 66 peratus disumbangkan pelaburan luar negara manakala baki 34 peratus menerusi pelaburan domestik," katanya.
Sec1_iz_ms4_9April_Layout 1 4/8/2015 11:06 PM Page 1
4
Khamis 9 April 2015
YANG di-Pertua Negeri Tun Mohd. Khalil Yaakob, Idris dan Mohamed Nazri bersama wakil-wakil negara ASEAN berganding tangan sejurus selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Kali Ke-13 ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) di Hotel Holiday Inn, 26 Mac lepas.
Menteri, delegasi ASCC keracunan makanan
Kementerian nafi laporan akhbar Oleh MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA & SHAZZUAN SHAH SALEH AYER KEROH 8 April Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengeluarkan kenyataan menafikan laporan berita akhbar nasional berbahasa Inggeris tempatan yang menulis Nazri, delegates eat stale food (Nazri, delegasi makan makanan basi), malah menjelaskan menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersama delegasi Persidangan Komuniti Sosio Budaya ASEAN
(ASCC) Kali Ke-13 yang menghadiri Majlis Makan Malam sempena Persidangan Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC) Kali Ke-13 di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, 25 Mac lepas. Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron berkata, laporan berita yang dikeluarkan tersebut adalah tidak benar dan menjejaskan imej negeri ini sendiri. "Ternyata laporan itu adalah tidak benar sama sekali kerana saya telah menerima surat daripada
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang ditulis oleh menterinya sendiri (Nazri) mengatakan bahawa kesemua delegasi ASCC serta beliau sendiri tidak mengalami sebarang keracunan makanan. "Lebih mendukacitakan, laporan akhbar tersebut turut memetik keracunan makanan tersebut adalah hasil jangkitan virus E-Coli, dan lebih teruk lagi, mereka turut menulis bahawa sekumpulan pasukan perubatan telah mengadakan serbuan di hotel penginapan
delegasi tersebut yang didakwa jatuh sakit akibat keracunan makanan. "Ia tidak benar sama sekali dan sebagai bukti anda boleh melihat laporan serta gambar di akhbar Melaka Hari Ini (MHI) yang menunjukkan kesemua delegasi dalam keadaan sihat dan majlis berjalan seperti biasa," katanya. Idris berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Melaka (EXCO), di Seri Negeri, petang tadi. Katanya, laporan se-
Semua jabatan harus laksana elemen hijau AYER KEROH 8 April - Setiap jabatan dan portfolio diwajibkan melaksanakan konsep elemen hijau dalam gerak kerja dan perlaksanaan semua program yang akan diadakan bagi meningkatkan lagi kesedaran teknologi hijau. Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron berkata, ia selaras dengan usaha memperkasa pembangunan amalan hijau di negeri ini. "Selain itu, Melaka juga merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai Blueprintnya sendiri iaitu Pelan Tindakan Bandaraya Hijau atau Green City Action Plan (GCAP) Negeri Melaka. Jelasnya, pelaksanaan pelan tindakan itu lebih bersifat mesra alam ke arah memperkenal negeri ini sebagai model
contoh untuk didiami di rantau ini. "Pelan tindakan itu memberi kita laluan jelas ke arah menjadi komuniti mampu bertahan, ia mencerminkan pendekatan menyeluruh membawa bersama tindakan individu yang kita telah laksanakan, dan memberi Melaka hala tuju jelas apa perlu kita lalui pada tahun-tahun mendatang," katanya. Idris berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri di sini, hari ini. "Justeru itu, Melaka tidak akan menoleh ke belakang, gerakan program amalan hijau tepat dan mulia malah ia mencerminkan iltizam jangka masa panjang negeri ini dalam
meningkat kualiti persekitaran dan memperkukuh saingan ekonomi. Idris berkata lagi, dulu Y2K adalah igauan ngergi menjelang tahun 2000 kerana ramai yang memperkatakan ia pada masa itu tetapi ia tidak memberi kesan besar. "Berbanding teknologi hijau, ia lebih kepada membentuk budaya seluruh dunia ke arah berhemah dan membuatkan masyarakat berfikir kesan yang akan dihadapi jika tidak menerapkan amalan hijau dalam kehidupan bermula hari ini. "Pada masa sama kerajaan negeri menganjurkan semua jabatan dan agensi untuk mengadakan program di Rumah Citra Kasih terletak di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya Melaka," ujarnya.
IDRIS semasa sidang media, semalam.
demikian telah menjejaskan serba sedikit imej Negeri Melaka, dan mahu pihak media cetak dan elektronik agar dapat mengutarakan laporan berita sahih bagi menyanggah laporan akhbar tersebut.
"Kerajaan negeri memandang serius akan perkara ini kerana ia melibatkan imej serta kredibiliti kerajaan negeri dan kita tidak mahu sebarang berita yang tidak benar ini disebarkan secara berleluasa," katanya.
PAC cadang peranan JKPTG diperkukuh KUALA LUMPUR 8 April Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan agar peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) diperkukuh bagi menjaga aset tanah kerajaan persekutuan dan menjana pulangan daripada aset berkenaan. Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana pada masa ini, JKPTG hanya berperanan sebagai pentadbir dan tidak mempunyai bidang kuasa menyewakan tanah berkenaan pada harga pasaran. "JKPTG kini hanya berperanan sebagai pentadbir tanah-tanah ini. Maknanya tanah kerajaan persekutuan yang ditadbir hanya boleh dipajak atau disewakan pada kadar nominal mengikut
perbincangan dengan agensi pelaksana. "Kita cadangkan agar mereka dijadikan sebagai agensi yang menjaga atau 'penjaga' tanah-tanah ini bagi memastikan aset (tanah) kerajaan persekutuan digunakan sebaiknya dan mendapat pulangan daripada sewaan dengan kadar harga pasaran," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAC bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Nur Jazlan berkata, cadangan itu juga selaras dengan pelaksanaan Perakaunan Akruan, iaitu tanah-tanah yang didaftarkan di bawah kerajaan persekutuan direkodkan dan jika ada hasil daripada tanah tersebut, ia perlu direkodkan berdasarkan harga pasaran. - BERNAMA
Sec2_iz_ms5_9April_Layout 1 4/8/2015 10:45 PM Page 2
Khamis 9 April 2015
5
Hentikan pemerdagangan hidupan liar INISIATIF Malaysia untuk mendorong kepada satu usaha bersepadu dalam kalangan negara ASEAN untuk membanteras pemerdagangan hidupan liar di rantau ini, disambut baik oleh kumpulan pencinta alam. Mereka berpendapat langkah yang lebih tegas dan diselaraskan antara agensi kerajaan dalam ASEAN adalah penting untuk menghentikan pemerdagangan hidupan liar yang lumayan di rantau ini. Pemerdagangan hidupan liar
adalah isu kritikal global yang perlu ditangani secara besar-besaran. Perdagangan haram adalah ancaman kronik kepada negara kerana ia mengosongkan hutan-hutan yang dihuni harimau, mangsanya dan hidupan liar yang lain. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan mengusulkan satu kerjasama serantau yang lebih kukuh bagi membanteras jenayah ini. Jaringan Penguatkuasaan Hidupan Liar ASEAN (ASEAN WEN) yang
ditubuhkan pada 2005 sebagai sebuah inisiatif antara kerajaan untuk membanteras perdagangan haram tumbuhan dan haiwan, perlu ditingkatkan peranan anggotanya untuk membanteras pemerdagangan hidupan liar. Traffic South East Asia, sebuah jaringan pemantauan perdagangan hidupan liar antarabangsa melihat ASEAN WEN bertindak dengan lebih berkesan, anggotanya perlu berusaha menerima pakai perundangan hidupan liar dan denda kepada pesalah.
Mereka juga perlu bekerjasama untuk menguatkuasakan undang-undang negara dan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES). Di samping kerjasama dan penguatkuasaan bersama rentas sempadan, ASEAN WEN juga boleh bekerjasama untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai perdagangan haram hidupan liar dan seterusnya keperluan untuk memulihara.
POTA tidak sama seperti ISA JAKARTA 8 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mencadangkan Akta Pence-gahan Keganasan (POTA) kerana mendapati keperluan satu undang-undang khas bagi membanteras kegiatan keganasan di negara ini malah sejak kebelakangan ini terdapat rakyat Malaysia yang terbabit dengan kegiatan itu di luar negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, akta baharu itu memberi kuasa eksekutif kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang anggotanya dilantik Yang di-Pertuan Agong. POTA tidak memberi kuasa kepada menteri untuk melaksanakannya dan kerajaan memberi jaminan tidak ada campur tangan dengan kuasa politik, katanya mengenai rang undang-undang itu yang baru diluluskan Dewan Rakyat, dalam sesi soal jawab pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat Malaysia di sini, malam tadi. Beliau menegaskan POTA tidak sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan. "Ada orang membuat dakwaan kononnya POTA adalah 'ISA 2' dan dakwaan ini tidak benar kerana ia khusus untuk menangani masalah berkaitan keganasan," katanya sambil menjelaskan bahawa orang yang ditahan boleh menemui waris serta mendapat khidmat peguam pilihan masingmasing. Rang Undang-undang POTA diluluskan di Dewan Rakyat awal pagi semalam setelah perbahasan mengenainya me-
ngambil masa sehingga 12 jam apabila pihak pembangkang terus menekankan tanggapan ia sama seperti ISA. Muhyiddin turut kesal dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan mengenai usaha melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) termasuk kononnya ia bertujuan untuk membayar hutang kerajaan. GST bukanlah untuk membayar hutang sebaliknya bertujuan untuk menambah baik sistem pencukaian negara malah Malaysia adalah negara ke-161 di dunia yang melaksanakan cukai itu. Beliau berkata, GST
MUHYIDDIN
bertujuan memperbaiki kelemahan sistem percukaian sebelum ini dan mengatasi ketirisan kerana terdapat pihak yang mengenakan cukai terhadap pengguna tetapi
tidak membayarnya kepada kerajaan. "Kita berilah sedikit masa untuk stabilkan harga selepas GST ini dilaksanakan dan kerajaan bersedia menerima sebarang aduan daripada rakyat menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan serta Jabatan Kastam," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri berkata, terdapat banyak lagi ruang dan peluang yang harus ditingkatkan dalam usaha mempererat hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Katanya, walaupun lawatannya di Jakarta
adalah singkat namun beliau akan membincangkan banyak perkara mencakupi bidang ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya. Muhyiddin berkata, nilai dagangan antara Malaysia dan Indonesia adalah sebanyak USD 20.61 bilion pada tahun 2014 dan ia menurun berbanding tahun 2013, sebanyak USD23.98 bilion. "Malaysia adalah negara ketiga pelabur terbesar di Indonesia dan kita akan berusaha meningkatnya lagi," kata beliau. Beliau berkata, dalam bidang pendidikan pula, Malaysia sememangnya berhasrat menjadi hab
pendidikan bagi Asia dan akan membuka ruang kepada pelajar asing untuk memasuki institusi pengajian dengan sasaran sebanyak 200,000 orang. Selain itu terdapat cadangan menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai lingua franca di peringkat antarabangsa dan ia akan diusahakan oleh sebuah jawatankuasa bersama antara kedua-dua buah negara. Muhyiddin berada di Jakarta sejak semalam dalam rangka lawatan kerja tiga hari dan beliau dijadual bertemu dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla hari ini. - BERNAMA
IDRIS dan Fadilah (dua, kanan) melawat Nazri di Hospital Besar Melaka.
Idris lawat anak Penyunting MHI
BANDAR RAYA MELAKA 8 April - Ketua Menteri, Datuk Seri Ir, Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah meluangkan masa kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi melawat Ahmad
Nazri Mohd Yusof, 23, di Hospital Besar Melaka, baru-baru ini. Ahmad Nazri, 23 yang bekerja sebagai juruteknik di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) masih dalam koma se-
lepas terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Beliau merupakan anak kepada Penyunting Akhbar Melaka Hari Ini (MHI), Mohd
Yusof Mohamad mengalami kecederaan seperti patah tulang dan kecederaan hati tahap tiga. Idris turut meneliti laporan kesihatan Ahmad Nazari untuk tindakkan selanjutnya.
9 APRIL 15- AM_Layout 1 4/8/2015 10:46 PM Page 3
6
Khamis 9 April 2015
Oleh SHAZZUAN SHAH MOHD SALEH
FOKUS TEMPAT MENARIK
Terkenal dengan jolokan Venice Of The East
PELANCONG juga dapat meminati keindahan lukisan mural di sepanjang Sungai Melaka.
Sungai Melaka terus tarik pelancong
KEPELBAGAIAN destinasi harus dilawati di Melaka yang diisytiharkan sebagai bandar Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008 pada persidangan Jawatan-kuasa Warisan Dunia ke-32 yang berlangsung di Quebec City, Kanada. Pengiktirafan bukan saja memberi peluang kepada pengunjung melihat tinggalan sejarah juga memberi pengetahuan cukup bermakna. Selain Kota A Famosa, Menara Taming Sari, Taman Mini Malaysia dan Muzium Samudera, pelbagai tarikan pelancongan lain yang boleh dilawati dan salah satunya menyusuri Sungai Melaka menaiki River Cruise.
Melaka RiveR CRuise
MENYUSURI Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise sememangnya mempunyai pelbagai cerita yang pasti mengujakan. Melaka River Cruise adalah perkhidmatan bot yang membawa pengunjung menyusuri Sungai Melaka dari Taman
Rempah hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah yang mengambil masa kira-kira 45 minit. Selain di Taman Rempah, pengunjung juga boleh menaikinya di Jeti Muara Sungai Melaka iaitu di muara sungai Melaka terus ke Taman Rempah dan kembali ke Jeti Muara Sungai Melaka. Ramai pengunjung menaiki bot menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam kerana pemandangan di sepanjang Sungai Melaka sangat menarik dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Di samping melihat bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah yang merentasi sungai. Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia sekali gus menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Sepanjang sembilan kilometer di kedua-dua belah tebing sungai pula adalah siar kaki yang dibina kerajaan negeri
bermula dari jeti Taman Rempah hingga ke jeti Muara Sungai Melaka. Ruang siar kaki ini adalah tarikan utama bagi orang awam sebagai tempat beriadah.
yang semakin terserlah setelah diambil alih oleh syarikat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).
TRansfoRMasi sungai Melaka
PENGEMBARAAN menaiki bot yang pastinya menyeronokkan dengan penerangan di setiap tempat yang dilalui, 200 meter di sebelah kanan dari Jeti Taman Rempah, pengunjung dapat melihat kampung Melayu yang sudah lama wujud sejak awal 1920-an iaitu Kampung Morten. Masih mengekalkan reka bentuk tradisional, Kampung Morten yang dinamakan sempena nama Pesuruhjaya Tanah yang bertanggungjawab serta dihormati masyarakat dulu iaitu J F Morten pasti mengujakan. Menurut sejarah tempatan, lelaki di kampung itu bekerja sebagai ‘Menadirs’ iaitu pengusaha perahu kecil yang dipanggil ‘Nadirs’ bagi tujuan mengangkut barang dari kapal dan tongkang sementara wanita pula meraut pucuk nipah untuk dijadikan rokok. Kini, Kampung Morten dikenali Muzium Hidup apabila kerajaan negeri dan penduduk kampung berpakat untuk memelihara tradisi, cara hidup serta seni binanya yang memukau. Selepas melepasi Kampung Morten, pengunjung bakal merentasi Jambatan Kampung Morten yang berfungsi sebagai penghubung antara kampung Morten dan Jalan Bunga Raya. Seterusnya, di sebelah kanan Jambatan Kampung Morten adalah Villa Sentosa. Rumah itu dibina pada suku pertama pada abad ke-20 dan ditukar menjadi muzium oleh pemiliknya. Tidak jauh dari Villa Sentosa kelihatan contoh rumah Melayu Asal yang dibina mengikut reka bentuk rumah Limas pada 1922. Salah satu ciri unik rumah itu adalah pembinaannya yang tidak menggunakan paku, sebaliknya struktur rumah itu hanya menggunakan pemasangan pasak. Lihat muka 7
DAHULU Sungai Melaka dilihat muram dan malap sehingga menyebabkan gelaran sleepy hollow diberi memandangkan persekitarannya yang kotor dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Apa yang mencacatkan lagi apabila ada sesetengah pelancong terpaksa menutup hidung semasa menyusuri Sungai Melaka kerana tidak tahan bau busuk dari sungai tersebut. Namun begitu, hasrat yang disuarakan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam berjaya mengubah istilah sleepy hollow kepada Venice Of The East hari ini sedikit demi sedikit berubah menjadi kenyataan. Perubahan berperingkat itu mula menampakkan keindahan Sungai Melaka PARA pelancong dibawa melewati kincir air di Banda Hilir.
TaRikan sepanjang sungai Melaka
9 APRIL 15- AM_Layout 1 4/8/2015 10:20 PM Page 4
7
S
Khamis 9 April 2015
7
TRANSFOMARSI Sungai Melaka menarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Tumbuhan Paya bakau
PUAS melihat seni bina dan reka bentuk tradisional rumah lama, pengunjung boleh merentasi laluan yang dipenuhi rimbunan pokok bakau. Pengunjung juga berpeluang melihat pertumbuhan pokok bakau yang meliar secara semula jadi di mana persekitarannya dijaga dengan baik dan dipenuhi dengan lampu berwarna biru pada pokokpokok tersebut. Ia habitat yang sesuai untuk spesies bakau dan kerajaan negeri mengambil inisiatif mengekalkan pokok berkenaan untuk menghalang hakisan di tebing sungai. Melihat biawak juga membawa kepada keseronokan bagi mereka yang cintakan hidupan liar. Hidupan dua alam itu kelihatan berenang-renang sepanjang muara Sungai Melaka. Di khabarkan sebelum Sungai Melaka mengalami transformasi hidupan yang hidup dan bertahan di sungai itu hanya biawak kerana kualiti air yang sangat teruk. Tetapi kini semua itu sudah berubah sepenuhnya di mana kita boleh melihat ikan bermain di permukaan air dan juga boleh mandi di sungai yang airnya kina sudah neutral.
Tarikan Taman Tema
DI satu selekoh, pengunjung terutama kanak-kanak pasti teruja melihat Ferris Wheel dan Pirate Ship di Pirate Park Sungai Melaka iaitu taman tema yang dibina dengan anggaran kos pembiayaan sebanyak RM3.3 juta. Dulunya, tempat itu adalah hentian bas ekspres sebelum terminal itu dipindahkan ke Melaka Sentral. Antara tarikan di situ adalah Ferris Wheel, Pirate Ship dan Trampoline Bungee. Selepas Taman Tema, di sebelah kiri pengunjung boleh melihat panggung wayang Cathay lama yang beroperasi dari 1960 hingga 1990. Di depan pawagam lama itu pula ter
PEMANDANGAN sepanjang Sungai Melaka yang tidak dapat di sungai-sungai lain di Malaysia.
dapat Dewan Hang Tuah. Dewan itu pernah digunakan sebagai dewan persidangan dan tempat mesyuarat kerajaan negeri. Kini, kawasan di sekitar Dewan Hang Tuah dibangunkan dan dikenali Hang Tuah Mall. Jambatan yang terletak berdekatan Dewan Hang Tuah adalah Jambatan Hang Tuah dan sebaik melepasinya, di sebelah kiri adalah tapak rekreasi baru dibangunkan dengan air pancuran berirama. Untuk makluman pembaca, di sepanjang perjalanan yang menelan masa hampir 45 minit itu, pelancong akan melalui tujuh jambatan iaitu Jambatan Kampung Morten, Jambatan stesen bas ekspres lama, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng. Lebih memberi keterujaan kepada para pelancong, pemandu bot akan memperlahankan kelajuan bagi menyaksikan pertunjukan air pancut ‘menari’ di tepi tebing sungai itu mengikut irama lagu tradisional.
PercuTian di Venice Of The easT
BAGI mereka yang menginginkan percutian ala Venice dengan menikmati pengalaman romantik menyusuri sungai, Melaka River Cruise sudah pasti cukup untuk memenuhi impian. Di sebelahnya pula terdapat tapak pasar terawal di Melaka dikenali sebagai Kampung Jawa. Ia beroperasi sejak 1940 hingga 1950. Ketika itu, sebanyak 50 bot nelayan berlabuh di sini setiap hari untuk membekalkan ikan untuk dijual di pasar ini. Deretan kedai yang ditukar menjadi kafe, kedai kraf dan cenderamata serta kafe berinternet untuk kemudahan pelancong dapat dilihat selepas Padang Nyiru. Bagi mereka yang menginginkan percutian ala Venice dengan menikmati pengalaman romantik menyusuri sungai, Melaka River Cruise sudah pasti cukup untuk memenuhi impian. Sepanjang menyusuri Jambatan Tan Kim Seng, pengunjung berpeluang melihat bahagian belakang bangunan rumah kedai yang sudah dibangunkan semula dengan begitu cantik. Di situ telah dijadikan tempat
Ol
pejalan kaki dan kafe-kafe seperti yang terdapat di Venice. Berdekatan Jambatan Pasar, di belakang deretan rumah kedai, pengunjung dapat melihat Masjid Kampung Hulu yang dibina pada 1728. Ia adalah masjid terawal di Melaka dan tertua di negara ini Selepas deretan kedai adalah kawasan menara jam. Ini adalah tarikan utama pelancong kerana Dutch Stadthuys ataupun bangunan merah terletak di situ. Kawasan Middleburg Bastion iaitu sebahagian daripada dinding Kubu Melaka yang dibina pada abad ke-16 dapat dilihat selepas melepasi kawasan menara jam. Di sebelah Bastion adalah kincir air yang dibina mengikut reka bentuk asal sebuah kincir air yang terkenal di Belanda. Peluang 45 minit menyusuri muara Sungai Melaka menaiki bot merupakan satu pengalaman yang menarik bagi menyaksikan daya saing kerajaan negeri menjadikan Sungai Melaka setanding Sungai Antonio di Texas, Amerika Syarikat tidak mustahil lebih-lebih lagi dengan projek Fasa 2 Sungai Melaka.
KEINDAHAN panorama waktu malam di Sungai Melaka.
F
RAIN_9 april 15_Layout 1 4/8/2015 10:26 PM Page 5
8
Khamis 9 April 2015
BNBBC Melaka sokong kepimpinan Najib Oleh LIANA SAHABUDIN
AYER KEROH 8 April Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Negeri Melaka terus berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak supaya terus mentadbir Malaysia. Pengerusi BNBBC Negeri Melaka, Datuk Ghazale Muhamad berkata, sokongan berkenaan bertujuan memastikan Perdana Menteri kukuh mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin nombor satu negara walaupun menerima kritikan tajam dilemparkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menurutnya, teguran terhadap Perdana
GHAZALE (tengah) pada sidang media BNBBC Negeri Melaka Menyokong Kepimpinan Perdana Menteri di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.
Menteri itu tidak mematahkan semangat penyokong BNBBC Negeri Melaka, malah percaya beliau berupaya mengurus dan mentadbir negara bersama pasukan pentadbiran
yang ada. "Meskipun, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dengan kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit serta dikritik oleh pelbagai pi-
hak, namun Perdana Menteri lebih berpengalaman dan berilmu dalam bidang politik ini. "Ini dilihat mampu membina hubungan antarabangsa dengan pelba-
gai kuasa besar dunia dalam stail yang tersendiri dan pastinya beliau tahu apa yang terbaik yang boleh dilakukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara, " katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Negeri Melaka Menyokong Kepimpinan Perdana Menteri di Seri Negeri di sini, hari ini. Ghazale turut menegaskan bahawa BNBBC Negeri Melaka terus menyangkal pihak yang berniat menjatuhkan Perdana Menteri dan percaya hanya Najib mampu memacu Malaysia melintasi Wawasan 2020 hingga ke menara gading. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad; ADUN Rembia, Datuk Norpipah Abdol; ADUN Merlimau, Datuk Zaidi Attan dan ADUN Paya Rumput, Datuk Sazali Muhd. Din.
Enam guru silat terima Selendang Pendekar Oleh MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA
ASAHAN 8 April - Seramai enam guru silat dari persatuan yang berlainan menerima Selendang Pendekar dalam satu majlis Malam Pendekar peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, di Dewan Terbuka Asahan, barubaru ini. Majlis yang disertai 500 pesilat dari sekitar DUN Asahan, Selendang Pendekar tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Wira Ghafaar Atan. Kesemua penerima Selendang Pendekar tersebut terdiri daripada guru silat Persatuan Seni Silat Kota Sendeng Tuan Guru Utama Rahman Hamid, Persatuan Seni Silat Chemandi Gerak Sendi Tuan Guru Juak Ismail Abu dan Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Tuan Guru Profesor Haji Mohd Arif bin Mat Hanafiah. Penerima lain adalah dari Persatuan Seni Penchak Silat Qi Digdayaan Seri Pathi Mustika Gemalasari Pelangi Shegu Newah Malaysia Tuan Guru Utama Nur Iezzudin Abd Rahman, Pukulan Mat Kelang / Persatuan Seni Silat Gerak Tuah Tuan Guru Utama Abbas Dagang, dan Seni Silat Kota Tuan Guru Haji Noh Darmo. Berlangsung selama sehari, majlis tersebut turut dihiasi dengan persembahan pembukaan gelanggang oleh Guru Seni Silat Chemande Gerak Sendi, Abdullah Ismail diikuti Persembahan Silat dari persatuan Seni Silat Kota
Sendeng dan persembahan silat dari Qidigdayaan Sri Phati Mustika Gemalasari Pelangi Shegu Nhewah Malaysia. Turut mengambil bahagian ialah persembahan silat dari Persatuan Seni Silat Chemande Gerak Sendi, Persembahan Silat dari Persatuan Seni Silat Gerak Tuah, Persembahan Silat dari Persatuan Seni Silat Gayung Fatani dan penutupan gelanggang oleh guru silat dari Qidigdayaan Sri Phati Mustika Gemalasari Pelangi Shegu Nhewah Malaysia Rahman Md Jan. Tujuan utama penganjuran majlis tersebut adalah bagi meraikan pesilatpesilat sekitar kawasan DUN Asahan bagi menghargai jasa mereka yang terus memartabatkan seni silat di peringkat DUN tersebut serta negeri ini secara amnya.
GHAFAAR menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi Program Malam Pendekar Dun Asahan 2015, Suhaizan Noh pada majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Asahan, baru-baru ini.
GHAFAAR (duduk tengah) bergambar bersama guru-guru silat yang turut serta dalam majlis tersebut.
9 APRIL 15- AM_Layout 1 4/8/2015 10:16 PM Page 6
Khamis 9 April 2015
9
PENGURUSAN kilang CTRM bergambar beramai-ramai bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Muhamad yang mengadakan lawatan ke kilang berkenaan, semalam. Mengiringi Mustapa, Timbalan Exco Pembangunan Industri dan Pelaburan, Sulaiman Md. Ali.
KETUA Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Muhamad yang mengadakan lawatan ke Melaka, semalam.
ADUN Taboh Naning, Datuk Latipah Omar menziarahi Mihat Mamat di Kampung Sri Tanjung, Isnin lalu.
ADUN Merlimau, Datuk Roslan Ahmad menyampaikan sumbangan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) kepada wakil Madrasah Ulum Abu Bakar, Kampung Ayer Merbau, semalam.
9 APRIL 15- AM_Layout 1 4/8/2015 10:17 PM Page 7
10
Khamis 9 April 2015
PESERTA Program Satu Rumah Satu Profesional bergambar beramai-ramai bersama Timbalan Naib Canselor, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang hadir menutup program berkenaan di KU
ADUN Tanjung Bidara, Md. Rawi Mahmud bergambar bersama ahli-ahli Wanita UMNO cawangan Ujung Padang semasa hadir menyaksikan pertandingan boling cawangan berkenaan di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), Selasa lalu.
ADUN Durian Tunggal, Datuk Ab. Wahab Ab. Latip menghadiri majlis p Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Datin semalam.
PELAJAR-pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah bergambar beramai-ramai selepas mengadakan lawatan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah baru-baru ini.
9 APRIL 15- AM_Layout 1 4/8/2015 10:17 PM Page 8
Khamis 9 April 2015
11
TIMBALAN Exco Warisan dan Belia, Datuk Norpipah Abdol mempengerusikan mesyuarat post Exco portfolio beliau di bilik mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan di Ayer Keroh, semalam.
berkenaan di KUIM, baru-baru ini.
nghadiri majlis persaraan Guru Penolong Kanan (GPK) an (SMK), Datin Noriyah Bidon di sekolah berkenaan,
egahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Alai,
KETUA UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Wira Abdul Ghafaar Atan merasmikan Persidangan tahunan UMNO cawangan Durian Tunggal Setia, Selasa lalu. hadir sama Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Norpipah Abdol dan ADUN Durian Tunggal, Datuk Ab. Wahab Ab. Latip.
ANTARA yang hadir pada mesyuarat Japerun DUN Telok Mas di Kompleks Japerun berkenaan, Khamis lalu.
O Z
9 APRIL 15- AM_Layout 1 4/8/2015 10:14 PM Page 5
12
Khamis 9 April 2015
SEBAHAGIAN ADUN serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan yang hadir sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan di Pasar Raya Aeon Bandaraya Melaka, Selasa lalu.
ADUN Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim bersantai bersama masyarakat di Kampung Bukit Gedung, Selasa lalu.
ADUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong menziarahi warga emas di Kampung Pulau Gadong sempena Program Ziarah Kasih, Sabtu lalu.
SEBAHAGIAN ibu bapa serta guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah yang hadir pada Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Sabtu lalu.
sec1-mimie_Layout 1 4/8/2015 10:29 PM Page 6
Khamis 9 April 2015
13
Adat melenggang perut tidak lagi dipeduli
Fokus Sastera & Budaya
Oleh AFLIEZA ARSHAD DALAM masyarakat Melayu lama, amalan melenggang perut yang difahami masyarakat Melayu di Selatan Semenanjung atau kirim perut oleh masyarakat di sebelah Utara Semenanjung akan diamalkan bagi wanita hamil terutamanya bagi ke-hamilan sulung. Adat ini ialah satu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap 7 bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya iaitu di bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Bagi melancarkan hal-hal kelahiran, masyarakat dahulu kala percaya amalan melenggang perut mesti dilakukan oleh bidan terlatih ketika usia kandungan mencecah genap 7 bulan hamil atau belum melepasi 7 bulan. Pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah bersedia untuk melalui kelahiran dalam tempoh masa dua bulan
lagi dan bidan tersebut akan diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut adalah se-perti berikut: 7 helai kain yang berlainan warna 1 gantang beras 1 biji buah kelapa Beberapa urat benang Sedikit minyak kelapa atau minyak urut Beberapa batang lilin 1 tepak sirih, yang lengkap dengan isinya Pengeras wang sebanyak lima suku yang diletakkan di dalam tepak. Setelah semua barang tersebut disediakan, mak bidan akan menjalankan adat melenggang perut dengan beberapa prosedur seperti berikut: Kebiasaannya mak bidan akan membentangkan kesemua tujuh helai kain pelbagai warna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu tersebut akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan. Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan digulinggulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu hamil terbabit di atas dan ke bawah sebanyak 7 kali dan pada kali yang ke-7 itu, kelapa itu akan dilepaskan serta dibiarkan bergolek sambil diperhatikan oleh bidan terbabit. Kemudiannya mak bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, kepercayaan mereka ialah ibu hamil terbabit akan beroleh
WANITA moden yang sedang mengandung ketika ini tidak lagi mempraktikkan amalan melenggang perut.
(Gambar hiasana) ADAT melenggang perut menjadi kepercayaan tradisi bagi masyarakat dahulu kala dan tidak lagi begitu diamalkan oleh masyarakat moden hari ini.
anak lelak, dan jika ia menghala ke bawah, ibu terbabit akan melahirkan anak perempuan. Setelah itu, bidan akan meneruskan upacara berikutnya dengan sebelah tangan memegang 1 hujung kain lapisan atas sekali dan sebelah tangan lagi akan memegang hujung kain yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan ke badan ibu hamil tadi dan dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis kesemua tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu ter-sebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pe-
ngeras lima suku di dalam tepak sirih yang disediakan. Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang menjalani adat melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.
ANTARA peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan ketika adat melanggang perut diadakan.
Sec2_iz_ms14_9April_Layout 1 8/4/2015 9:25 PM Page 1
14
Khamis 9 April 2015
Tiada cadangan ganti BR1M dengan baucar barangan KUALA LUMPUR 8 April- Kerajaan tidak bercadang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada bayaran tunai kepada kupon atau baucar barang seperti Program Bantuan Khasiat Makanan (SNAP) di Amerika Syarikat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Ahmad berkata, ini kerana kerajaan telah berjanji bantuan berkenaan diberi dalam bentuk
tunai dan akan dinaikkan sehingga RM1,200 dalam masa lima tahun sejak pelaksanaannya pada 2012. "Sebab kedua kita mahu penerima dapat nilai yang tepat kerana apabila ditukar kepada baucar barang, mereka tidak akan dapat nilai sepenuhnya kerana peniaga akan ambil untung," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BNKuala Selangor) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menukarkan baucar BR1M kepada bentuk kupon atau baucar barang seperti program SNAP bagi memastikan penerima menggunakan wang itu untuk tujuan sepatutnya. Menjawab soalan tambahan Irmohizam, Ahmad mengulangi pendirian kerajaan yang
akan menyenaraihitamkan penerima BR1M yang menipu dengan menuntut bantuan itu sebanyak dua kali. Katanya sehingga kini hanya 1,806 penerima daripada 6,776 orang yang menuntut dua kali telah membayar balik dan bakinya akan disenarai hitam untuk bantuan akan datang. Ahmad menjelaskan bahawa bagi mengelak perkara tersebut berulang kemungkinan
tiada lagi baucar akan dikeluarkan dengan mengkreditkan terus bayaran ke dalam akaun. "Atau kita akan keluarkan baucar yang mempunyai ciri keselamatan tinggi bagi mengelak penipuan oleh penerima," katanya. Ahmad berkata pada tahun ini jumlah penerima BR1M ialah berjumlah 7,286,268 orang dengan nilai peruntukan RM5.2 bilion. - BERNAMA
Wanita perlu jadi penggerak masyarakat aktif dalam semua aktiviti, ALOR GAJAH 7 April selain terus berusaha memartaGolongan wanita yang sedia ada batkan kedudukan mereka perlu memiliki komitmen untuk dalam segenap bidang. bertindak sebagai penggerak "Sejajar dengan kehenutama supaya dapat memdak dan keperluan semasa, perkasa aktiviti kemasyarakatan maka wajar bagi wanita bergbagi menjayakan agenda Melaka erak lebih proaktif dalam Maju Fasa II. memperkasakan aktiviti keKetua Puteri UMNO masyarakatan setempat meMalaysia, Datuk Mas Ermieyati nerusi pelbagai program yang Samsudin berkata, golongan mampu memberi impak kepatersebut mempunyai keistimeda peringkat akar umbi," waan dan kebolehan tersendiri MAS Ermieyati ujarnya. bagi menyumbang sesuatu yang Beliau berkata demikian ketika berubermanfaat ke arah kecemerlangan masa cap merasmikan Majlis Hi-Tea Sambutan depan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Jubli Emas Pertubuhan Perkumpulan PeTanah berkata, sudah sampai masanya rempuan (PPP) Daerah Alor Gajah, di A golongan wanita turut berkecimpung secara Famosa Resort, Selasa lalu.
UMNO Cawangan Taman Muzaffar Shah diketuai ketuanya, Ismail Othman bersama ahli-ahli pergerakan wanita cawangan tersebut mengadakan Lawatan Ziarah Kasih ke atas Hashim Hassan yang juga mantan ketua UMNO cawangan berkenaan, barubaru ini. Hashim yang menderita angin ahmar sejak hampir setahun lalu kini menetap di rumah anaknya di Anjung Batu, Serkam.
RAMLEE (depan, empat kanan) bersama sukarelawan JPKK di SMK Kuala Krai pada Program Pasca Banjir, baru-baru ini.
JPKK teruskan program pasca banjir AYER KEROH 8 April - Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai (SMK Kuala Krai), Kelantan sebagai sekolah angkat Program Pasca Banjir, barubaru ini. Pengarah Kolej Komuniti Kota Melaka, Cr.Ramlee Yahya memberitahu, Kolej Komuniti Bukit Beruang telah dilantik untuk menyelaras program bantuan pasca banjir ke sekolah berkenaan. Katanya, pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk Program Pembaikan dan Psikososial di bawah Unit Psikologi dan Kerjaya di
mana melibatkan Pegawai Psikologi di Kolej Komuniti Kota Melaka; Kolej Komuniti Bukit Beruang; Kolej Komuniti Tampin, Kolej Komuniti Jelebu dan Kolej Komuniti Jempol; Kolej Komuniti Ledang dan Kolej Komuniti Segamat serta Kolej Komuniti Kok Lanas. "Misi berkenaan turut disertai pelajar dan pensyarah yang memiliki kepakaran bagi membaiki landskap dan lukisan mural, selain menjahit dan memasang langsir," ujar Ramlee yang juga Ketua Jawatankuasa Teknikal PegawaiPegawai Psikologi JPKK.
SUKARELAWAN JKPP bersama kakitangan dan pelajar SMK Kuala Krai, Kelantan.
Sec2_iz_ms15_9April_Layout 1 4/8/2015 10:51 PM Page 2
Khamis 9 April 2015
15
Benjy dan rakan didakwa edar dadah MUAR 8 April - Seorang pelakon dan rakannya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine pada 27 Mac lepas. Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau lebih dikenali sebagai Benjy bersama rakannya Raja Shariff Hidayatullah Raja Sharifudin, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh itu. Mengikut pertuduhan, pada tarikh berkenaan, kedua-dua mereka dengan niat bersama telah mengedar dadah berbahaya disyaki methamphetamine seberat 1.32 kilogram. Kedua-dua tertuduh ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak, Jalan Pagoh-Muar kira-kira pukul 1.40 pagi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. Mohd Syafiq kemudiannya menetapkan 28 Mei ini bagi sebutan semula kes berkenaan untuk mendapatkan laporan kimia. Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain manakala kedua-dua tertuduh diwakili Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read. - BERNAMA
Warga emas maut ketika cuba halang penyamun KUALA LUMPUR 8 April - Seorang warga emas maut dipercayai dipukul ketika cuba menghalang seorang lelaki yang cuba menyamunnya di halaman rumahnya di Jalan 17/48, Petaling Jaya, kira-kira pukul 6.07 petang tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata, Ang Hun Mung, 66, seorang pesara, dipercayai telah dipukul sehingga maut selepas cuba menghalang suspek daripada melarikan beg miliknya. Menurutnya, mangsa dipercayai sedang menyiasat halaman rumah bersebelahan yang juga miliknya yang disyaki dipecah masuk oleh lelaki berkenaan berusia 20an. Suspek cuba merampas beg mangsa ketika menyedari kedatangannya di rumah tersebut hingga berlaku pergelutan. Dalam pergelutan itu, suspek dipercayai telah memukul mangsa, bagaimanapun telah gagal merampas beg berkenaan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal. Mangsa ditinggalkan bersendirian sehingga tidak sedarkan diri. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA
RAIN_9 april 15_Layout 1 4/8/2015 10:26 PM Page 7
16
Khamis 9 April 2015
Sistem pembaharuan PLKS elak kaunter sesak KUALA LUMPUR 8 April - Sistem penyeragaman pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing melalui dalam talian dapat mengurangkan 50 peratus kesesakan di kaunter imigresen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Wan Junaidi berkata, langkah itu nyata mencapai objektif kerajaan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di pe-
jabat imigresen. "Bermula 1 Disember 2014 pihak kementerian telah setuju melaksanakan eksperimen atau proof of concept (POC) bagi penyeragaman pembaharuan PLKS menerusi 'dalam talian' oleh MyEG adalah didapati bahawa kesesakan, masalah berbaris panjang di kaunter dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus sepanjang tempoh eksperimen tersebut". Selain itu sistem ini juga adalah untuk menangani isu penyelewengan dan persepsi negatif ter-
WAN Junaidi
hadap imigresen Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Beliau menjawab
soalan Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) yang bertanya kenapa kerajaan masih memberi kontrak kepada MyEG untuk menguruskan permit pekerja asing walaupun telah terdapat Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) dan adakah kerajaan akan meneruskan perkhidmatan MyEG walaupun menerima banyak kritikan. Wan Junaidi menjelaskan NERS dan MyEG merupakan dua sistem yang berbeza kerana NERS bertujuan mere-
kodkan data biometrik warga asing yang terdiri daripada kategori pelawat, pemegang pas warga asing dan pemegang pas jangka panjang di semua pintu masuk darat, laut dan udara. "Melalui NERS cap jari serta biodata setiap warga asing yang keluar dan masuk akan disimpan secara elektronik. Hasilnya kerajaan mempunyai profil setiap warga asing yang memasuki dan berada di dalam negara ini. Profil tersebut akan dimuatkan ke dalam pangkalan data yang
boleh diguna pakai secara holistik oleh agensi-agensi dan imigresen Malaysia di mana rujukan silam sentiasa dapat dilakukan dengan pangkalan data agensi masing-masing bagi tujuan pelbagai," katanya. Manakala MyEG merupakan penyeragaman pembaharuan PLKS untuk semua pekerja asing melalui dalam talian bagi membolehkan permit pembaharuan pekerja asing bagi semua sektor dibuat secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter, katanya. - BERNAMA
Suri rumah didakwa tipu urusan permit warga asing Oleh NURFATEHA OTHMAN
BANDAR RAYA MELAKA 8 April- Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas dua tuduhan menipu berhubung urusan permohonan permit warga asing dan memperbaharui permit, tiga tahun lepas. Suri rumah berkenaan, Norizan Hashim, 40, berasal dari Pasir Putih Bachang, dekat sini membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret, Norina Maludin sejurus selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya. Semasa prosiding, tengah
hari tadi tertuduh yang mengenakan pakaian awam kelihatan sugul sebelum mengangguk faham tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Prosiding berkenaan berlangsung dengan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Foo Young Luk dan tertuduh tidak diwakili peguam bela. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya seorang wanita Indonesia bernama Eti Rohayati, 28, apabila menawarkan permohonan permit pekerja warga asing yang sebenarnya tidak wujud hingga mendorong wanita Indonesia itu menyerahkan wang tunai RM2,000 dan pasport miliknya kepada tertuduh pada
20 Disember 2012. Manakala pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memperdaya Eti Rohayati juga menawarkan permohonan permit pekerja warga asing yang tidak wujud hingga mendorong wanita terbabit menyerahkan wang tunai RM2,000 dan pasport seorang lagi wanita Indonesia bernama Satini, 32, pada tarikh yang sama seperti pertuduhan pertama. Untuk kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan jenayah berkenaan di kawasan Bachang, Melaka Tengah Ekoran itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan
Suami isteri ditahan bantu kes tembak penarik kereta GEORGE TOWN 8 April - Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penarik kereta cedera ditembak berhampiran pasar Jalan Patani, Sungai Pinang, di sini awal pagi Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, lelaki dan wanita berusia 40-an yang juga pengusaha sebuah pusat hiburan di George Town itu ditahan di Jalan Ranggon, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi. "Susulan penahanan mereka, polis turut merampas sebuah kereta dan satu paket plastik berisi ketulan lutsinar disyaki dadah. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya kepada pem-
berita selepas pelancaran Program Remaja Berwawasan Sempena Strategi Lautan Biru di Sekolah Menengan Kebangsaan Jelutong, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, lelaki berkenaan cedera ditembak oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil. Sementara itu, dalam perkembangan lain Mior Faridalatrash berkata, seorang juruteknik kilang cedera di kepala dan luka di kedua-dua belah lutut selepas terjatuh dan diseret dua lelaki yang meragutnya di Jelutong, di sini semalam.
NORIZAN yang dikawal ketat anggota polis semasa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, tengah hari semalam.
mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan juga denda. Young Luk yang mewakili pihak pendakwaan kemudian mencadangkan jaminan RM8,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sementara menantikan tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam bela terhadap tertuduh. Namun, semasa diberikan peluang mengemukakan rayuan tertuduh merayu agar jaminan berkenaan dikurangkan atas alasan beliau seorang suri rumah dan baharu sahaja melahirkan seorang anak. "Tolong saya, puan. Saya baharu sahaja lepas bersalin
dan anak saya menyusu badan. Anak saya sekarang dijaga oleh jiran saya. "Lagipun saya sudah tiada duit, puan," rayunya. Dalam penghakimannya, Norina membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan dan syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap bu-lan. Norina juga menetapkan 20 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam bela terhadap tertuduh. Dalam pada itu, sumber polis mengesahkan tertuduh ditangkap pada petang 7 April di bandar raya ini dan sebelum ini pernah dituduh di mahkamah atas kesalahan di bawah seksyen yang sama.
RAIN_9 april 15_Layout 1 4/8/2015 10:26 PM Page 8
Khamis 9 April 2015
17
49,403 premis diperiksa dari 1 hingga 7 April AHMAD Bashah
KUALA LUMPUR 8 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa 49,403 premis perniagaan dari 1 hingga 7 April lepas bagi memantau pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan awal bulan ini. Timbalan Menteri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata dalam 81 operasi bersepadu itu yang dijalankan
bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebanyak 320 notis dikeluarkan dan 119 kes dicatat. "Kita menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan", katanya menjawab soalan Anyi Ngau (BN-Baram) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Anyi bertanya mengenai tindakan yang diambil kementerian bagi memantau premis perniagaan supaya tidak menaikkan harga barangan selepas pelaksanaan GST. Ahmad Bashah berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 2,893 aduan diterima melalui laman web kementerian, 4,343 di laman Facebook dan Twitter serta 2,631 aduan daripada talian 'hotline' 24 jam. Dalam perkembangan ber-
kaitan, beliau berkata, sebanyak 335,647 premis diperiksa dalam Ops Catut dari 15 Januari hingga 4 Mac lepas. Dalam pemeriksaan itu, sebanyak 1,185 kes direkodkan membabitkan rampasan bernilai RM384,834.62 dan kompaun sebanyak RM235,986.70. "Ia melibatkan kesalahan tidak meletak tanda harga, kekeliruan harga serta penggunaan alat timbang yang tidak sah," katanya.- BERNAMA
Program Toyota Eco Youth 2015
SMK Durian Tunggal wakili Melaka Oleh FUAD RAMDAN
DURIAN TUNGGAL 8 April Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal telah dipilih oleh Syarikat UMW Toyota Motor untuk menyertai pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) kali ke-15 bagi mewakili negeri ini ke peringkat kebangsaan di mana mereka akan dinilai pihak penganjur pada 1 Ogos depan. Ketua projek TEY 2015 , Nurul Aqila Zulkipli, 16, berkata, pihak penganjur telah memberi kebebasan kepada kumpulannya untuk memilih lokasi bagi tujuan meningkatkan kualiti alam sekitar. "Kami telah memilih Kolam Tadahan Banjir Taman Murai Jaya, Durian Tunggal sebagai lokasi projek kami, dan 11 April
ini (Sabtu), kami akan menggerakkan pelan awal dengan membersihkan kolam tadahan tersebut yang merangkumi kualiti air, mengurangkan 90 peratus bahan sisa pepejal organik dan bukan organik. "Dengan bermula projek ini, kami berharap ianya dapat mendidik komuniti taman berdekatan untuk bersama menjaga alam sekitar. "Mungkin ia satu tugas yang sukar, tetapi ia bukan mustahil buat kami, apatah lagi kami dipilih oleh pihak penganjur untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Ia adalah satu pengalaman yang amat mengujakan," katanya. Nurul Aqila berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Program Pendidikan Tapak Rekreasi dan Pembangunan
NURUL Aqila kiri, (barisan tengah) bergambar bersama ahli Projek Program Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Tapak Rekriasi sempena Pertandingan TEY 2015 selepas mesyuarat program berkenaan di SMK Durian Tunggal, semalam.
AB. Wahab (tiga, kanan) bersama beberapa pegawai UMW Toyota Motor dan wakil pengurusan SMK Durian Tunggal.
Tapak Rekreasi sempena Pertandingan TEY 2015 di SMK Durian Tunggal, semalam. Sementara itu, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Durian Tunggal, Radziah Hashim berkata, pihaknya berbangga dengan pemilihan sekolah tersebut untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan, dan akan terus memberikan sokongan padu kepada kumpulan pelajar yang terlibat untuk menjayakannya. "Pemilihan SMK Durian Tunggal sememangnya adalah satu kejutan, dan apa yang kami harapkan kumpulan yang diterajui oleh Nurul Aqila akan terus memacu kejayaan program tersebut. "Program TEY 2015 merupakan salah satu program yang sesuai untuk generasi masa hadapan untuk memupuk cintakan alam sekitar," katanya semasa ditemui. Radziah berharap mereka yang terlibat akan mengecapi kejayaan positif sekali gus mengharumkan nama Melaka. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Abd. Wahab Abd. Latif dan wakil agensi kerajaan.
Pusat Permata Negara diperluas KUALA LUMPUR 8 April - Pusat Anak Permata Negara (PAPM) akan diperluaskan ke seluruh negara bagi membolehkan setiap kanak-kanak mendapat manfaatnya, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, sehingga kini, terdapat 88 buah PAPM dengan 2,317 pelajar dan 468 tenaga pendidik yang terlatih dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak. "PAPM akan diadakan di setiap kawasan Parlimen dengan pembinaan pusat itu dianggarkan bernilai RM800,000 hingga RM1 juta melibatkan alat bantuan mengajar dan peralatan lain yang sesuai dengan program yang akan diadakan", katanya. Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAPKulai) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah Pusat Anak Permata dan peruntukan yang dibelanjakan untuk projek itu. Shahidan berkata, sebanyak RM51.24 juta diperuntukkan bagi tujuan pengurusan dan pengoperasian 88 buah PAPM kini melibatkan pembayaran emolumen tenaga pendidik, Program Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia. Jelasnya, PAPM yang baharu akan dibina di beberapa kawasan termasuk Kuala Krai dan Gopeng. - BERNAMA
sec1-mimie_Layout 1 4/8/2015 10:29 PM Page 1
18
Khamis 9 April 2015
Peraga fesyen
ciplak!
MASIH lagi mengenai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) walau majlis berkenaan sudah selesai tiga hari lalu. Kali ini mengenai insiden baju sama yang diperagakan oleh seorang selebriti wanita semasa majlis tersebut. Rasanya ramai yang perasan baju digayakan Emma Maembong pada malam anugerah berkenaan seakan-akan baju yang sama pernah dipakai oleh pelakon Brunei, Nina Iskandar pada majlis yang sama PERHATIKAN pakaian Emma Maembong dan Nina Iskandar yang memiliki persamaan.
tahun lepas. Sekali imbas, baju Emma dan Nina memang tidak sama 100 peratus, namun pemilihan warna yang serupa, gaya tudung termasuk aksesori yang digunakan mereka berdua seakan-akan sama dan boleh dikatakan diulang tayang pada majlis tahun ini. Rasanya bukan hanya orang ramai dan penonton televisyen yang menonton rancangan berkenaan juga perasaan tetapi pereka fesyen dan penggemar fesyen juga pasti maklum dan alert mengenai persamaan busana Emma dengan Nina. Menerusi portal hiburan Murai juga, melaporkan mengenai insiden pakaian sama di antara Emma dan Nina. Kalau boleh, insiden pakaian sama seperti ini tidak berlaku lagi di mana-mana majlis hiburan akan datang kerana ia akan mengukuhkan pendapat yang selebriti sebenarnya mengenakan pakaian pinjam jika mahu ke mana-mana majlis hiburan...! EMMA Maembong semasa hadir di majlis ABPBH 2014 mengenakan rekaan pakaian yang sama seperti Nina Iskandar, tahun lepas.
Kontroversi selempang merah
Sharnaaz
ANGGOTA dan pegawai tentera pertikaian pakaian, pingat dan selempang merah dipakai Sharnaaz semasa ABPBH2014.
HANYA kerana berpakaian ala-ala pegawai tentera lengkap berpingat dan selempang merah semasa hadir di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) Ahad lepas, Sharnaaz Ahmad hebat dikritik. Yang mengkritik pula bukan orang biasa sebaliknya anggota dan pegawai tentera juga. Kritikan anggota dan pegawai tentera itu adalah disebabkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan memperlekeh pingat kebesaran, selempang merah melalui pakaian yang dipakainya. Majoriti anggota dan pegawai tentera meluahkan kekecewaan terhadap pemakaian Sharnaaz kerana kata mereka, bukan senang seseorang anggota atau pegawai tentera mahu mendapat pingat atau memakai selempang merah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menerusi portal hiburan Oh Bulan, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Mohamad Nurihan Iqman
mengakui mempertikaikan pingat tersemat di dada Sharnaaz kerana hanya yang Di-Pertuan Agong sahaja yang layak sematkan pingat di dada seseorang anggota atau pegawai tentera. Lebih memilukan perasaan anggota dan pegawai tentera apabila Sharnaaz tergamak memakai pingat berkenaan di satu majlis hiburan yang bertentangan dengan ‘kuasa dan darjat’ pingat itu sendiri yang sememangnya gah hanya layak di pakai pada majlis-majlis rasmi sahaja. Sebenarnya, memang benar apa yang diungkapkan anggota dan pegawai tentera berkenaan kerana baju uniform dan lambang kebesaran ATM bukan untuk diperlekehkan atau dipersendakan lebih-lebih dibawa ataupun dipakai dalam majlis hiburan sedemikian. Perasaan dan tugasan anggota ATM bahkan lain-lain anggota dan pegawai pasukan beruniform tidak boleh diguris kerana mereka adalah benteng pertahanan negara. Jika mereka tiada menjaga keamanan kita, kita tidak dapat hidup selesa pada hari ini. Dan permohonan maaf dibuat Sharnaaz di laman sosialnya berhubung pakaian dan pingat dipakainya cukup mendukacitakan dan umpama mengambil mudah kesalahan dan permohonan maaf berkenaan. Sepatutnya buatlah permohonan maaf dengan lebih formal kerana ia melibatkan pasukan beruniform negara.
sec1-mimie_Layout 1 4/8/2015 11:16 PM Page 4
Khamis 9 April 2015
19
MEGS bantu usahawan Oleh FUAD RAMDAN
BANDAR RAYA MELAKA 8 April - Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus membela nasib usahawan Bumiputera menerusi Skim Jaminan Usahawan MARA (MEGS) dengan kerjasama Bank Rakyat bagi membantu memperkasakan lagi usahawan Bumiputera. Penolong Pengarah MARA Bahagian Pembiayaan Perniagaan Kuala Lumpur, Sazlina Satahir berkata, inisiatif ini merupakan peluang usahawan yang berdaya maju tetapi kekurangan cagaran untuk mendapatkan pembiayaan meluaskan empayar perniagaan mereka. Menurutnya, pihak MARA akan menjadi penjamin kepada usahawan yang telah melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh bank.
RIZAL (tengah) bergambar bersama usahawan yang hadir pada majlis Penerangan Inisiatif Baharu Skim Pembiayaan MARA dan Pengurusan Kewangan Islam di Hotel Sentral, semalam.
Katanya, pihaknya akan menyediakan jaminan sehingga 80 peratus daripada jumlah pembiayaan yang diberikan oleh Bank Rakyat kepada Syarikat Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS). “Permohonan terbuka kepada 100 peratus Bumiputera Pemilikan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) yang telah
beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun dengan keuntungan minima RM500,000 setahun. “Bagi usahawan yang berminat mereka boleh melakukan permohonan
di mana-mana cawangan Bank Rakyat di seluruh negara ,” katanya, pada majlis Penerangan Inisiatif Baharu Skim Pembiayaan MARA dan Pengurusan Kewangan Is-
lam di Hotel Sentral, hari ini. Sementara itu, usahawan Tapai Pulut, Sarimah Kesip @ Rashid, 43, berkata, pengusaha Bumiputera perlu merebut peluang yang diberikan oleh pihak MARA ini bagi membangunkan perniagaan mereka. Ujarnya, beliau sangat terharu kerana pihak MARA sentiasa peka tentang masalah usahawan Bumiputera. Katanya, pulangan bayaran semula yang rendah serta sikap tolak ansur pegawai MARA juga menjadi salah satu faktor mengapa saya memohon pinjam MARA sebagai modal perniagaan pada tahun 2000,” katanya ketika ditemui. Seramai 80 usahawan hadir pada majlis tersebut. Hadir sama, Pengarah MARA negeri, Fazli Rizal Ismail.
Sec1_iz_ms20_9April_Layout 1 8/4/2015 10:05 PM Page 1
Sukan
19
www.facebook.com/melakahariini
Melaka sekat Australia
OLEH MISROM MATLEHAM BARISAN pemain hoki lelaki dan wanita Melaka berjaya menyekat keampuhan Australia pada Perlawanan Persahabatan Hoki Antarabangsa di Stadium Hoki MBMB, pada 3 dan 4 April lalu. Melaka menggabungkan pasukan mantap pemain hoki lelaki bimbingan jurulatih Mihardy Nawawi dan pasukan wanita di bawah kendalian jurulatih Sewak Singh ternyata mempamerkan aski bertenaga serta mempamerkan semangat juang tinggi ketika berdepan pemain profesional dari Australia. Naib Presiden Persatuan Hoki Melaka, Rogayah Mohammad berkata, pasukan wanita Melaka kalah pada hari pertama (1-3) dan seri pada hari kedua
(3-3), manakala pasukan lelaki seri pada hari pertama (2-3) dan menang bergaya pada hari kedua (3-0). "Ternyata barisan pemain keduadua pasukan lelaki dan wanita telah mempamerkan semangat juang yang cukup tinggi," ujarnya yang juga Pengurus Pasukan Hoki Melaka. Katanya, perlawanan persahabatan berkenaan adalah sebagai persiapan untuk SUKMA 2016 di Sarawak bagi kedua-dua pasukan, selain persiapan bagi menghadapi RNA Cup (pasukan wanita) dan Razak Cup 2015 (lelaki). "Melaka dipilih sebagai lokasi kerana mempunyai ramai pemain berbakat dan bertaraf antarabangsa sehingga mendorong Australia turun sebagai persiapan untuk Liga Hoki Australia," ujar Rogayah.
PASUKAN Hoki Wanita Melaka dan Australia.
MGBD Jasin anjur Futsal Santai SEBANYAK 15 pasukan berentap pada Program Futsal Santai anjuran Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin yang berlangsung di Gelanggang Futsal Ayer Panas, Bemban, Ahad lalu. Pengerusi MGBD Jasin, Mohd. Nizam Omar berkata, aktiviti berkenaan adalah sebahagian dari program jelajah futsal di semua kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Jasin ke arah mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan ahli peringkat akar umbi, terutama generasi muda. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Ng Choon Koon, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Mohd. Syahmi Md. Lasa serta pemimpin setempat.
MOHD. Nizam menyampaikan cenderamata kepada Choon Koon pada Program Futsal Santai di Gelanggang Futsal Ayer Panas, Bemban, Ahad lalu.
Diterbitkan oleh MHI Sdn. Bhd., Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel : 06 - 251 9314, 251 9315 Faks : 06 - 251 9316 URL : www.mhi.com.my Dicetak oleh Percetakan Kembara Sdn. Bhd., Suite G05, Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh Melaka Tel: +606-2313585