PROSPEK UTAMA
Bina Rumah Sendiri
Murah & Lebih Baik?
Oleh: Zulhilmi Ghouse & Syarafina Rossli
Betulkah kata orang, untuk membina rumah sendiri lebih murah daripada untuk membelinya? Daripada rumah kontena hinggalah kepada rumah banglo, ikuti kisah dua pasangan yang sudah melakukannya. WWW.PROSPEKHARTANAH.COM I MEI 2015
13
PROSPEK UTAMA
S
alah satu keperluan asas manusia ialah tempat berteduh: Rumah yang selesa dan terlindung daripada hawa matahari, dingin bayu, hujan, dan ancaman haiwan buas. Mungkin anda mengimpikan sebuah mahligai yang mewah seperti resort, atau mungkin anda sekadar menginginkan sebuah bumbung di atas kepala yang 100% milik anda. Realitinya, semuanya bergantung pada kedalaman saku anda. Kenaikan harga rumah yang mendadak sejak 2009 membuatkan rakyat menjadi resah. Bilangan anak muda yang memerlukan rumah meningkat, namun bilangan rumah baharu yang dibina pada harga mampu milik sedikit sahaja. Di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, jangankan rumah teres setingkat, pangsapuri terpakai pun belum tentu mampu dibeli. Kerajaan sudah mengambil inisiatif yang besar untuk memainkan peranan dalam hal ini. Jika tidak, masakan adanya badan-badan yang membina
14
MEI 2015 I WWW.PROSPEKHARTANAH.COM
PROSPEK UTAMA
pelbagai rumah mampu milik, seperti Perbadanan PR1MA Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB)? Tidak dilupakan, skim seperti Rumah Selangorku bawah Kerajaan Negeri Selangor. Malangnya, bagi sesetengah segmen masyarakat, harga yang ditetapkan oleh kerajaan untuk rumah mampu miliknya masih mahal, ataupun mereka tidak layak membeli kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mengikut statistik kajian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kira-kira satu pertiga atau dua juta isi rumah di Malaysia masih memperoleh pendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan. Kalau pun harga rumah yang disediakan oleh pihak kerajaan mampu dibeli golongan itu, adakah kesemua dua juta individu itu dapat memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah? Jawapannya tetap tidak, kerana jumlah rumah yang sedang dibina masih tidak dapat menyaingi jumlah permintaan.
Untuk mencari penyelesaian alternatif bagi permasalahan ini, cuba anda fikirkan kembali: Mestikah anda membeli rumah? Ya, jika tidak mampu, logik akal mengatakan anda perlu ‘menyewa sampai mati’, seperti mana tajuk sebuah berita dalam akhbar tidak lama dahulu. Ataupun, anda boleh membina rumah sendiri. Pada zaman datuk dan nenek kita dahulu, perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malah, mereka bergotongroyong membina rumah. Memang benar, bagi orang biasa pada zaman ini, untuk membina rumah sendiri sukar lagi leceh disebabkan komponen-komponen rumah moden yang lebih rumit seperti sistem pendawaian dan perpaipan, serta birokrasi yang sudah bertukar sempit. Akan tetapi, itulah sebab wujudnya kontraktor. Pembinaan rumah sendiri bukanlah alternatif untuk semua orang. Ia untuk mereka yang
sanggup: 1) mengorbankan masa dan tenaga untuk menjimatkan wang; 2) mengorbankan keselesaan untuk tinggal dalam rumah yang murah; dan/atau 3) mengeluarkan sejumlah wang yang sama dengan atau lebih daripada harga rumah konvensional semata-mata untuk mempunyai rumah yang menepati cita rasa mereka. Bulan ini, PHM bertemu dengan dua orang pasangan yang telah berjaya membina rumah sendiri dengan dua konsep yang berbeza. Satu daripadanya ialah pembinaan yang praktikal dan sederhana, manakala satu lagi ialah sebuah pengejaran rumah impian. Kedua-duanya terletak pada penghujung spektrum kos yang berbeza, namun yang pastinya, pengorbanan masa dan tenaga kedua-dua pasangan ini telah membuahkan syurga dunia yang tiada tolok bandingnya dalam katalog pemaju perumahan—sebuah rumah yang sempurna bagi mereka.
WWW.PROSPEKHARTANAH.COM I MEI 2015
15
PROSPEK UTAMA
PROSPEK UTAMA
Tanah Tumpahnya Rumahku Tiadalah sebuah rumah itu tanpa tanah. Langkah pertama sebelum pembinaan rumah ialah pencarian tapaknya. Di bandar, anda perlu membeli tanah yang terletak jauh dari pusatnya, kerana semestinya sudah tiada tanah kosong di tengah-tengah bandar. Jika ada sekali pun, sudah tentu harganya di luar kemampuan anda. Kedua-dua pasangan yang kami temui mendirikan rumah mereka di luar Kuala Lumpur. Bagi Kapten Ikhwan Azilah, 40, dan isterinya, Orkid Jamilah Awang, 50, penemuan tapak untuk rumah mereka berlaku ketika sedang mencari tempat untuk mendirikan sebuah rumah kelab. Pasangan yang pernah menetap di Bukit Keramat, Kuala Lumpur, itu menggemari dan juga mengendalikan sukan paragliding. Oleh kerana sukan penerbangan itu diadakan dari sebuah rumah api di atas Bukit Jugra, Selangor, mereka seboleh-bolehnya mahukan tanah yang terletak berdekatan dengan bukit tersebut sebagai pusat operasi mereka. “Semasa kami sedang melalui kawasan [rumah] ini, ia kosong. Kebetulan, tuan tanah ini sedang membersihkan tanahnya. Kami bertanya sekiranya kami boleh membeli atau menyewa tanah
ini, tetapi malangnya, beliau tidak mahu menjualnya. Jadi, kami meminta beliau menyewakannya kepada kami untuk dijadikan rumah kelab bagi aktiviti paragliding,” cerita Orkid. Setelah berunding, tanah tersebut disewakan kepada mereka pada harga RM 1,000 sebulan. Lama-kelamaan, rumah kelab yang dibina mereka bertambah besar. Daripada selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jugra, akhirnya pasangan itu berkeputusan lebih baik untuk menetap sahaja di Jugra atas dasar praktikal. Bagi pasangan itu, pemilihan tanah di luar bandar yang dekat dengan tempat kerja mereka berbaloi walaupun ia bukan milik mereka. Pada zaman ini, untuk mencari tanah bukanlah sesuatu yang sukar. Jika anda seorang yang tradisional, anda boleh memilih untuk memandu ke lokasi-lokasi yang anda inginkan untuk melihat sendiri jika ada tanah kosong untuk dijual. Jika anda dikekang oleh faktor masa dan jarak pula, anda boleh menggelintar sahaja tanah untuk dijual di internet. Buat pasangan kedua yang tinggal di seberang benua Eropah ini, itulah yang dilakukan mereka. Badrul Rahman dan Rashidah Ali yang berumur 40-an sedang bertugas di London, United Kingdom, ketika mencari tempat di Malaysia untuk dipanggil rumah. Tempoh tugasan mereka di London sudah hampir tamat ketika itu, dan mereka harus pulang. Dengan kemudahan internet, mereka menjumpai tanah yang sesuai dengan senangnya.
2
untuk membina sebuah rumah banglo setingkat yang luasnya 146.5 × 32 kaki (4,094 kps).
“Walaupun kami aktif mencari rumah yang siap dibina, keinginan untuk membina sendiri rumah masih tersimpan dalam hati. Semasa di London, kami menjumpai tanah di Sungai Buloh, lantas kami meminta abang ipar saya untuk meninjau tanah tersebut,” kata Rashidah, yang pernah menyewa beberapa kali sebelum itu dan sudah biasa dengan kawasan Kepong–Sungai Buloh–Kota Damansara.
Pasangan tersebut bernasib baik dalam hal ini, kerana pembelian tanah lebih awal— sebelum kenaikan harga yang mendadak setahun selepas itu—telah banyak membantu mereka mengurangkan kos pembinaan. Walaupun begitu, mereka mengetahui, dengan memilih jalan membina rumah, mereka boleh menjimatkan wang, tetapi mereka harus mengorbankan usaha dan tenaga untuk hal-hal lain. Menurut Badrul, setelah pulang dan berkerja di Petaling Jaya, beliau kerap membuat lawatan ke Pejabat Tanah dan Galian serta pejabat pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kelulusan daripada mereka untuk membina rumah di atas tanah tersebut.
Ketika itu, pada tahun 2008, mereka cuma membeli tanah itu pada harga RM 25 per kps. Oleh kerana daya tarikannya yang kuat, mereka memilih untuk membeli dua lot! Dua lot itu yang bersaiz 5,360 kps dan 6,867 kps kemudiannya digabungkan
“Memang kami boleh mengupah pengurus projek untuk melakukan segala kertas kerja untuk kami, tetapi kami memilih untuk membuatnya sendiri kerana ingin mengurangkan kos sampingan,” terang Badrul.
(Ching, 2013)
16
MEI 2015 I WWW.PROSPEKHARTANAH.COM
WWW.PROSPEKHARTANAH.COM I MEI 2015
17
PROSPEK UTAMA
PROSPEK UTAMA
Teratak Modular Antara isu yang sering melanda pembeli tanah ialah rancangan yang tidak menjadi. Hasrat asalnya memang untuk membina rumah di atas tanah yang dibeli itu, tetapi impian hanya tinggal angan-angan. Mungkin mereka menunggu komitmen bulanan berkurangan, ataupun mungkin mereka tiba-tiba mendapat cahaya mata.
“Pada suatu hari, kami sedang memandu di Pulau Carey dan terlihat pusat jualan dan simpanan kontena. Kami terus bertemu dengan pekerja di pusat itu dan memberitahu idea kami untuk membina rumah kontena kepadanya, tetapi dia bingung apabila kami mengeluarkan komputer riba dan menunjukkan reka bentuk yang kami inginkan,” terang Orkid.
Bagi Ikhwan dan Orkid, ketiadaan cahaya mata dalam hidup mereka ada hikmahnya. Ia membolehkan mereka memilih gaya hidup yang sederhana. Pasangan paraglider itu mendapat inspirasi untuk membina rumah mereka setelah melawat New Zealand pada November 2004.
Menurut pekerja itu, mereka pelanggan pertama yang datang membeli kontena dengan hasrat untuk membuat rumah. Setelah berbincang dan memujuk, akhirnya pihak penjual kontena itu memakan pujukan mereka dan bersetuju untuk cuba membina rumah kontena bagi mereka. Walaupun rumah kontena biasa digunakan di tapak pembinaan bangunan sebagai pejabat sementara di lapangan atau sebagai perumahan murah bagi pekerja buruh, keperluan untuk rumah kontena yang kekal berlainan daripada keperluan untuk rumah kontena sementara. Ia memerlukan pengubahsuaian yang berbeza—suatu kepakaran yang tidak dimiliki banyak pihak.
“Gempa bumi sering melanda New Zealand. Semasa kami berada di sana, bandar Christchurch baru sahaja dilanda gempa bumi. Kami lihat, rata-
rata, rumah dan kedai yang telah roboh digantikan dengan kontena. “Selepas bencana itu, masyarakat di sana hidup dengan mudah dan bersederhana. Itulah yang kami mahukan. Kami ternampak kontenakontena yang dijadikan rumah, dan penghuninya terbaring di atas buaian yang mereka gantung, lalu kami fikir, alangkah indahnya hidup begini!” kata Orkid, mengenangkan inspirasi dalam tragedi. Oleh kerana konsep rumah kontena tidak pernah diguna pakai oleh rakyat Malaysia, maka pasangan itu memilih untuk menjadi antara yang pertama untuk melakukannya. Sesuai dengan jiwa mereka yang menggemarkan cabaran, rumah kontena serba sedikit menggambarkan personaliti mereka yang minimalis dan lasak. Pengalaman mereka untuk mendapatkan kontena juga tidak kurangnya satu cabaran.
18
MEI 2015 I WWW.PROSPEKHARTANAH.COM
WWW.PROSPEKHARTANAH.COM I MEI 2015
19
PROSPEK UTAMA
PROSPEK UTAMA
Kehangatan Kontena Kampung Sebulan selepas mendirikan rumah kontena yang dinamakan Malaysia Paragliding Flight Park itu, mereka mendapat surat saman yang dilekatkan di pintu rumah besi mereka. Menurut surat tersebut, mereka disaman kerana mendirikan struktur bangunan yang tidak tetap. Namun begitu, mereka tidak mengendahkan saman tersebut. Selepas kali ketiga mereka diberi amaran, suatu hari, Ikhwan dan Orkid disambut oleh pita perekat yang mengelilingi kediaman mereka, seperti sebuah kawasan jenayah yang sudah disita. Ikhwan kemudiannya pergi bertemu dengan Majlis Daerah Kuala Langat untuk mendapatkan kepastian tentang undang-undang sebenar yang telah mereka langgar. “Pihak majlis daerah cuba mencari di internet dan dalam buku undang-undang, tetapi masih tidak menjumpai akta yang berkaitan dengan saman tersebut. Akhirnya, mereka melepaskan kami tanpa
sebarang pampasan,” ujar pesara Rejimen Askar Melayu DiRaja itu tentang halangan yang datang tanpa diduga. Walaupun disaman tanpa sebarang asas, bagi pasangan yang berasal dari Johor itu, peristiwa tersebut langsung tidak mereka kategorikan sebagai satu cabaran. Bagi mereka, cabaran yang sebenar datang dalam bentuk haiwan berkaki empat yang gemar menceroboh kawasan rumah dan meninggalkan hadiah. Memandangkan di sebelah tanah sewaan mereka terletaknya sebuah lagi tanah kosong, lembu peliharaan orang kampung sering datang ke situ untuk memakan rumput dan mengamati rumah yang unik bentuknya itu. “Susah untuk berjiran dengan lembu. Kami mahu menanam pokok, tetapi belum sempat ia tumbuh besar, lembu sudah memakannya,” kata Orkid tentang kehidupan di kampung, sambil tersengih.
Walaupun kawasan tanah yang disewa mereka berpagar dawai, lembu-lembu bijak membuat lubang menggunakan tanduk mereka yang tajam untuk meragut rumput yang kelihatan lebih hijau di seberang pagar. Habis pagar pasangan itu berlubang dari satu hujung ke satu hujung yang lain, hinggakan lembu boleh menyelinap keluar dan masuk sesuka hati, namun itulah antara asam dan garam kehidupan kampung. Persoalan utama penulis apabila memikirkan tentang rumah kontena ialah: Tidak panaskah untuk tinggal di dalam rumah kontena di Malaysia? Ia diperbuat daripada besi yang menyerap haba. Memandangkan iklim Malaysia bukan seperti di New Zealand, kebarangkalian untuk rumah kontena menjadi sauna adalah amat tinggi, terutama sekali semasa musim kering pada pertengahan tahun. Apatah lagi jika ia diletakkan di kawasan tanah rumput yang lapang dan tak tidak diteduhi pokok. Belum sempat mengajukan soalan tersebut kepada Ikhwan dan Orkid, ia terjawab dengan sendirinya apabila penulis melangkah masuk ke dalam rumah mereka. Walaupun ada pendingin hawa di dalam rumah, ia tidak dibuka. Rumah
18
MEI 2015 I WWW.PROSPEKHARTANAH.COM
WWW.PROSPEKHARTANAH.COM I MEI 2015
19
PROSPEK UTAMA
PROSPEK UTAMA
itu hanya menggunakan kipas pada petang yang terik itu. , dan ia tidak sedikit pun terasa panas! Suhu di dalamnya sama seperti sebuah rumah biasa. Untuk mengekalkan suhu rumah kontena tersebut , sebuah lapisan polistirena dan fiber digunakan sebagai penebat di antara dinding luaran kontena (besi) dengan dinding dalaman kontena, sebuah lapisan papan lapis. Selain itu, terang Orkid, lantainya turut mempunyai penebat bagi mengelakkan haba meresap ke dalam tanah pada waktu malam, supaya rumah tidak terasa sejuk. Rumah kontena Ikhwan dan Orkid terdiri daripada dua buah kontena yang diletakkan di atas sebuah platform papan yang disokong tong besi sebagai cerucuk di penjurupenjurunya. Kontena utama mengandungi ruang tidur, ruang tamu, dan tempat berkerja, manakala kontena kedua digunakan sebagai tempat menyimpan barangan untuk sukan paragliding dan lain-lain. Di luar, antara kedua-dua kontena, sebuah kanopi dibentangkan untuk mencipta ruang teduh bagi menyambut tetamu, di mana kerusi dan meja diletakkan, sesuai untuk minum petang sambil menikmati angin laut yang meletakkan Jugra di dalam peta sukan ekstrim. Pada sebuah penjuru di sebelah luar kontena utama, sebuah struktur konkrit berbumbung dibina sebagai tempat memasak, bilik mandi, dan tandas. Bekalan elektrik dan air pula disambungkan daripada jalan utama. Penulis boleh berbicara panjang tentang keseronokan memiliki rumah kontena di kawasan kampung, tetapi sudah tentu anda tidak sabar untuk mengetahui berapakah kos yang dikeluarkan pasangan itu untuk membinanya. Bunyinya seperti mahal, kerana anda perlu menyewa atau membeli tanah, membeli kontena, membuat saluran paip, membuat sistem pendawaian, dan lain-lain. Ah! Banyak kerjalah untuk membina rumah kontena! Lebih baik beli rumah biasa sahaja; kurang sedikit pening kepalanya! 20
MEI 2015 I WWW.PROSPEKHARTANAH.COM
Sebelum anda membuat andaian, cuba teka dahulu jumlah kos mereka. Sudah ada angka di dalam kepala anda? Baik, menurut Ikhwan, kos untuk membeli kontena yang bersaiz 40 × 10 kaki, kos pemasangan pintu dan tingkap, serta kos pendawaian memakan jumlah sebanyak RM 21,000 sahaja. Kos untuk memasang lantai di dalam kontena itu ialah RM 2,000, manakala kos untuk meratakan tanah paya Jugra yang mendap itu pula ialah RM 5,000 (Tanah perlu ditambah supaya ia menjadi lebih keras dan mampu menampung berat rumah). Akan tetapi, adakah mereka perlu menyewa tanah sehingga tua? Mungkin tidak, kerana rancangan membeli tanah masih ada, tetapi sekurang-kurangnya mereka sudah mempunyai rumah, dan ia boleh dibawa ke mana sahaja mereka pergi. Modul baharu boleh ditambah jika perlu, mengikut keperluan keluarga kecil itu.
4
(Harian, 2015)
Jika anda mengira kembali jumlah wang yang Ikhwan dan Orkid keluarkan untuk rumah mereka, setujukah anda jika dikatakan pembinaan rumah kontena lebih murah daripada pembelian sebuah Perodua Myvi? Persoalannya, bolehkah anda tidur dengan selesa di dalam Perodua Myvi tersebut? Bagi Ikhwan dan Orkid yang biasa tidur dalam katil dua tingkat (dan biasa terbang), tiada masalah. WWW.PROSPEKHARTANAH.COM I MEI 2015
21
PROSPEK UTAMA
PROSPEK UTAMA
Rumah Perindustrian Jika anda seorang yang lebih konservatif dan mahukan rumah yang lebih luas untuk membesarkan anak anda dan bukannya sebuah kontena, anda mungkin akan lebih tertarik dengan kisah Badrul dan Rashidah. Kali pertama kami melawat rumah mereka di Sungai Buloh, kami sesat kerana memikirkan rumah mereka sebuah kilang atau pusat perniagaan, disebabkan warnanya kelabu. Jika diamati konsep rumah mereka, reka bentuknya kelihatan seakanakan reka bentuk Pusat Seni Pentas Damansara (DPAC), dengan corak batu-bata merahnya yang kelihatan seperti sebuah bangunan perindustrian dan pintu-pintu kacanya yang membuatkan ia tampak komersial, seperti sebuah kedai. Ketika pasangan itu memutuskan untuk membina rumah sendiri, mereka berusaha untuk mencari arkitek yang mampu menzahirkan impian dan cita rasa mereka. Dalam carian mereka secara dalam talian, mereka menjumpai arkitek yang bersesuaian dengan apa yang mereka ingini. Melihat portfolionya yang bercirikan perindustrian dan kehijauan, mereka jatuh cinta, tetapi beranggapan bahawa arkitek yang berkaliber tinggi itu sudah tentu tidak akan mengendahkan permintaan sebuah pasangan di Sungai Buloh.
Untuk mendapatkan perhatian arkitek idaman mereka, pasangan yang amat meminati reka bentuk dan seni bina itu menghantarkan beberapa kad misteri untuk menarik minat arkitek itu dan memberitahu secara tersirat bahawa beliau mempunyai peminat tegar yang arif dengan hasil kerjanya. Selepas kad ketiga mereka diterima, arkitek tersebut akhirnya menghantarkan e-mel kepada mereka, tanda umpan sudah dimakan. Berkat usaha dan kesabaran mereka serta taktik yang kreatif untuk mengambil perhatian arkitek tersebut, akhirnya beliau bersetuju untuk mereka bentuk rumah mereka. Sekembalinya mereka di Malaysia, mereka menetapkan janji temu dengan Kevin Low, arkitek idaman mereka itu, untuk berbincang tentang reka bentuk rumah yang bakal dinamakan Plantation House. Konsep rumah Shahidah dan Shahrol ialah rumah yang terbuka, memanjang, dan dikelilingi kehijauan. Ia dikelilingi pintu kaca yang tidak bertirai pada segenap penjuru bagi mendapatkan cahaya pada setiap waktu. Ia tiada tirai dan tiada gril yang merimaskan. Di bilik tidur utama, untuk mendapatkan sedikit privasi, sebuah dinding konkrit yang berlubanglubang didirikan di luar tingkap sebuah penjuru.
Dindingnya tidak dicat dan lantainya cuma konkrit yang digilap. Sistem pendawaiannya juga terdedah, jadi ciri-cirinya yang mirip sebuah bangunan perindustrian sangat menyerlah. Reka bentuknya tidak asing di negaranegara Barat, namun kebanyakan orang di Malaysia dan Asia mungkin tidak akan dapat menerima keterbukaannya kerana ketiadaan privasi dan kekurangan ciri keselamatan. Budaya kita lebih konservatif dan berjaga-jaga. Kita tidak mahu orang mengetahui apa yang kita lakukan di dalam rumah, dan kita hidup dalam kebimbangan akan dirompak. Akan tetapi pasangan yang juga berasal dari Johor ini bukan seperti orang lain. “Saya tidak kisah jika orang ramai dapat melihat perkara yang kami lakukan, kerana kami tidak melakukan apa-apa yang salah. Kami tidak menggunakan langsir dan gril kerana kami tidak mahu nilai estetika pada rumah ini disia-siakan. Kami mahu tinggal di dalam sebuah rumah, dan bukan di dalam sebuah penjara,” hurai Rashidah mengenai pilihan gaya hidup yang kelihatan tidak konvensional itu. Jika anda pernah menonton filem The Lake House, lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock, ataupun filem When A Stranger Calls, lakonan Camilla Belle, konsep rumah dalam filem-filem itu banyak persamaan dengan The Plantantation House. Untuk merakamkan perjalanan mengejar rumah impian mereka, pasangan itu telah mengabadikan
22
MEI 2015 I WWW.PROSPEKHARTANAH.COM
proses pembinaan Plantation House di Instagram dengan nama profil @anythingplantationhouse. Melalui medium itu, mereka mengongsikan cinta dan inspirasi mereka serta tip pembinaan rumah dengan orang ramai. Oleh kerana Plantation House sebuah rumah yang besar dan mempunyai pelbagai perincian kecil, ia mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. “Dari detik kami menghubungi arkitek, empat tahun diambil untuk rumah ini siap sepenuhnya,” kata Rashidah. Menurutnya lagi, pembinaan rumah tersebut mengambil masa dua tahun sahaja. Jadi apakah yang menyebabkan pembinaan rumah tersebut dilanjutkan dua tahun lagi? Pada kebiasaannya, kediaman yang tertangguh pembinaannya disebabkan oleh kos yang tidak mencukupi. “Pembinaan rumah kami mendapat tentangan daripada salah seorang jiran. Menurutnya, rumah kami rumah haram, tetapi jika betul ia haram, bagaimanakah proses pinjaman rumah daripada pihak bank diluluskan?” jelasnya dengan nada kesal. Pembinaan rumah mereka tertangguh kerana kenderaan pembinaan tidak dapat memasuki kawasan pembinaan, disebabkan ada pihak yang membina bebendul di jalan aksesnya. Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), ia tidak dibina pihak berkuasa itu. Pilihan yang mereka ada hanyalah untuk memecahkan bebendul tersebut, namun mereka tidak mahu memilih jalan itu. Bagi
WWW.PROSPEKHARTANAH.COM I MEI 2015
23
PROSPEK UTAMA
PROSPEK UTAMA
mereka, kawasan itu akan menjadi sebahagian daripada kejiranan mereka, jadi mereka tidak mahu memulakan hidup di situ dengan membuat sesiapa berasa marah atau tidak senang. “Kami berjumpa dengan persatuan penduduk untuk menyelesaikan hal itu, namun, jiran tersebut bertegas menentang pembinaan rumah kami. Saya menangis apabila diberitahu oleh individu tersebut yang dia tidak mahu menerima orang seperti kami di kawasan itu. Saya hairan mengapa beliau berfikiran sebegitu sedangkan kami tidak membuat apa-apa kesalahan. Akhirnya, dengan sokongan pihak Majlis Perbandaran Selayang, bebendul itu dipecahkan,” kata Rashidah. Kos untuk membina Plantation House sudah tentu lebih tinggi daripada kos untuk membina Malaysia Paragliding Flight Park. Menurut Shahrol, tanah yang
seluas dua lot itu sahaja sudah berharga RM 305,675, atau lebih kurang RM 150,000 untuk satu lot. Jika ditambah dengan kos pembinaan, kosnya mencecah hampir RM 1 juta. Mungkin anda sedang menggeleng kepala memikirkan ketidakmampuan untuk mengumpul modal sebanyak itu. Akan tetapi, mari kita berhenti sejenak dan berfikir dengan teliti: Jika mereka memilih untuk membeli rumah sekembalinya dari United Kingdom, dengan harga tersebut, pasangan itu bernasib baik jika boleh memiliki sebuah rumah berkembar dua tingkat yang sempit di kawasan bandar. Banglo dua tingkat di Bangi sahaja sudah bernilai hampir RM 2 juta. Itu pun, dibina di atas tanah seluas 9,000 kps, bukan 12,227 kps. Walaupun terpaksa menunggu lama dan berusaha keras demi sebuah rumah, apabila dapat melihat hasilnya tersergam indah di hadapan mata, ketahuilah, segala penantian dan usaha tersebut berbaloi sekali.
24
MEI 2015 I WWW.PROSPEKHARTANAH.COM
WWW.PROSPEKHARTANAH.COM I MEI 2015
23
PROSPEK UTAMA
PROSPEK UTAMA
Kami ternampak kontenakontena yang dijadikan rumah, dan penghuninya terbaring di atas buaian yang mereka gantung, lalu kami fikir, alangkah indahnya hidup begini! – Orkid Jamilah Awang
Kami tidak menggunakan langsir dan gril kerana kami tidak mahu nilai estetika pada rumah ini disia-siakan. Kami mahu tinggal di dalam sebuah rumah, dan bukan di dalam sebuah penjara. – Rashidah Ali
Pilihan Baharu Setelah membaca pengalaman kedua-dua pasangan yang membina rumah sendiri ini, tertarikkah anda untuk membina rumah sendiri juga? Sejujurnya, penulis tidak sabar untuk mencari tanah supaya boleh cepat-cepat membina rumah sendiri. Sama ada anda mahu membeli atau membina rumah, ingatlah: Semurah-murah atau semahalmahal rumah, yang terbaik tetap rumah yang memenuhi keperluan anda, kerana hidup bukan 100% berpaksikan rumah. Tiada rumah yang sempurna untuk semua orang, tetapi rumah yang sempurna untuk anda wujud. Dalam kes Ikhwan dan Orkid, mereka menghabiskan RM 28,000 untuk membina sebuah rumah kontena dan RM 1,000 sebulan untuk menyewa tanah demi mendekatkan diri dengan sukan dan pekerjaan yang mereka suka. Ia kecil, sempit, boleh dikatakan tidak sesuai untuk membesarkan anak-anak, dan jauh daripada
24
MEI 2015 I WWW.PROSPEKHARTANAH.COM
kemudahan yang ada di Kuala Lumpur. Akan tetapi, ia jauh lebih murah daripada rumah biasa, dan ia lebih dekat dengan tempat kerja mereka. Dalam kes Badrul dan Rashidah pula, mereka melaburkan sejumlah wang untuk membina sebuah rumah banglo demi mendapatkan rumah yang mereka impikan. Ia lebih mahal daripada sesetengah rumah kondo, teres, atau rumah berkembar yang sudah siap dibina, dan ia mengambil masa yang lama untuk dibina. Akan tetapi, ia lebih besar, lebih selesa, mengikut keperluan mereka, dan lebih murah daripada banglo lain. Pada penghujung hari, keputusan yang anda buat akan bergantung pada tahap kemampuan dan perkara yang anda inginkan dalam hidup. Yang penting, dengan membina rumah sendiri, anda akan mendapat rumah yang sempurna untuk keperluan anda sekeluarga. PHM
WWW.PROSPEKHARTANAH.COM I MEI 2015
23