PANDUAN LENGKAP Bina Sendiri Rumah Anda KONTRAKTOR SIBER(fatahbidin)
Ebook Panduan Lengkap “ BINA SENDIRI RUMAH ANDA “ adalah sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin mengurus sendiri pembinaan rumah mereka. Banyak perkara yang terdapat dalam ebook yang dapat membantu anda dalam memahami bagaimana sesebuah rumah itu dibina.
Kontraktor Siber www.bina-rumah.com/wp fatahbidin 3/18/2011
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pernyataan Hakcipta: Hakcipta Terpelihara. 1. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian Ebook ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak www.binarumah.com/ 2. Pihak Kami boleh mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini. Penafian Penulisan: Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya memastikan buku (Ebook) yang diterbit ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Penerbit Ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
ISI KANDUNGAN
1.
Pengenalan
2.
Memahami pelan rumah
3.
Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan.
4.
Penyediaan pelan rumah
5.
Memohon kelulusan pelan
6.
Melantik tukang rumah
7.
Peringkat-peringkat pembinaan
-
Mengenal pasti sempadan tanah anda Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out) Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork. Kerja-kerja pengorekkan/penggalian Kerja-kerja membina tapak asas Membina grd. Beam Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit Tiang – tetulang, formwork dan konkrit Lantai konkrit Roof beam dan dinding bata
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
-
Dinding bata Plaster / melepa – Bumbung Kerja kemasan Kemasan lantai Cara memasang jubin lantai Jubin dinding Kerja mengecat
8.
Mengurus pembelian bahan binaan
9.
Mendapatkan bekalan air dan api.
10.
Kualiti binaan
11.
Mendapatkan sjil layak mendudukki ( CF )
Pengenalan Assalamualaikum…. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat menerbitkan ebook ini sebagaimana yang ada sekarang. Ebook ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya dalam bidang binaan selama lebih 20 tahun bersama dengan anda-anda semua. Ini adalah kerana saya dapati banyak sungutan pembeli-pembeli rumah tentang rumah yang beli dari pemaju atau mengupah kontraktor antaranya ialah:1. Rumah lambat siap
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
2. Kos meningkat 3. Harga rumah bertambah mahal 4. Rumah cepat rosak 5. Kemasan tidak cantik 6. Bahan binaan tidak berkualiti 7. Pemaju / kontraktor lepas tangan 8. Pembeli tidak puas hati dengan mutu binaan 9. Pembeli rasa tertipu. Saya sedaya upaya akan menjelaskan selengkap yang boleh tentang ilmu binaan sebagai panduan kepada anda apabila bercadang untuk membeli atau membina rumah sendiri bagi mengelakkan anda ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain seperti pamaju atau kontraktor kerana anda tidak mempunyai cukup pengetahuan dalam pembinaan rumah. Panduan lengkap ebook ini amat berguna kepada sesiapa saja apabila hendak:
Hendak membina sendiri rumah anda Membeli rumah dari pemaju Membesarkan rumah Mempelajari ilmu binaan Pelajar yang mengambil kursus binaan Mereka yang berminat menjadi kontraktor rumah / pemaju kecilkecilan
Dalam ebook ini akan terdapat sukukata-sukata bahasa inggeris tetapi saya sebolehbolehnya akan menjelaskan dalam bahasa melayu.
Memahami pelan rumah Ada 2 jenis pelan rumah
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pelan arkitek o Pelan rumah, pandangan sisi dan pandangan hadapan o Pelan susun atur siling/letrik, bekalan air o Pelan keratan rentas o Pelan septic tank o Pelan lokasi dan pelan tapak Pelan struktur Pelan struktur adalah pelan yang menunjukkan struktur sesebuah rumah. Ia mencatitkan segala saiz dan ukuran yang mesti dipatuhi seperti jarak, ukuran tapak asas, ground beam, tiang, roof beam dan lantai
Pelan Arkitek
Imej di atas adalah sebahagian kecil dari pelan arkitek yang mengadungi
Pandangan Hadapan (front elevation) Pandangan Belakang (rear elevation) Pandangan Sisi Kanan dan Kiri (side elevation)
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Keterangan pelan di atas:1. Pandangan Hadapan Skil 1 : 100 ( 1 nisbah 100 ) Skil 1 : 100 bermakna 1 adalah ukuran di atas pelan manakala 100 adalah ukuran sebenar di tapak. Kebiasaannya ukuran dalam pelan adalah dalam centimeter (cm). Contohnya 1cm di atas pelan adalah bersamaan 1cm x 100 = 100cm( 1 meter ) di tapak. Jika skil 1 : 50 maka ukuran di tapak adalah 1 cm x 50 = 50cm. 2. Ground Level Ground level adalah aras tanah bagi sesuatu tapak rumah. Biasanya aras tanah dijadikan sebagai aras rujukan bagi setiap ukuran yang menegak (vertical measurement). Semua ukuran yang menegak/menaik dikira dari paras tanah. Aras tanah/rujukan ditentukan sendiri oleh pemilik rumah setelah berbincang dengan tukang rumah. Tukang rumah akan menasihati pemilik rumah mengenai aras rujukan yang paling sesuai. Sebenarnya aras rujukan boleh ditentukan pada mana-mana kedudukan tetapi mestilah mengambil kira aras tanah di sekeliling tapak rumah seperti aras jalanraya di depan, aras tanah rumah bersebelahan dan di belakang.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
3. Ground Floor Level
Floor plan Ground Floor Level adalah aras lantai tingkat bawah dari aras tanah. Dalam pelan di atas tercatit :carporch/cem. Render/FFL. 0.100 – kemasan lantai pada carporch adalah simen plaster dan tingginya dari aras tanah adalah 0.1 meter atau 100mm (FFL = finish floor level) living/FL. Tiles fin./FFL. 0.700 - kemasan lantai pada living adalah jubin lantai. Tidak dinyatakan samada ceramic, mosaic, terrazzo,marble atau lain-lain. Biasanya ceramic . Tinggi dari aras tanah adalah 0.7 meter atau 700mm. .master bedroom/fl. Tiles fin./FFL.
4. Tingkap
0.700 – sama seperti living room.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Rekabentuk tingkap adalah seperti dalam imej di atas mengandungi 3 panel daun tetingkap casement daripada frame kayu. Dinyatakan frame tingkap adalah dari kayu keras (H.W Tim = hardwood timber) dengan tetingkap casement dan kepingan kaca dipasang pada di atas yang berbentuk separa bulat. Biasanya frame tingkap yang berbentuk separa bulat di atas diperbuat dari kayu keras seperti cengal dan harganya memang mahal lebih kurang RM 500 ~ RM 650/no. 5. Wall Plate Level
Imej di atas adalah pelan keratan rentas yang menunjukkan dengan jelas kedudukan aras tanah, aras lantai dan juga aras siling (wall plate level)
6. Lantai, hardcore dan tapak asas
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Garisan corak-corak di bawah lantai carporch dan living adalah hardcore. Hardcore adalah lapisan batu baur atau crusher run bersaiz 2” -3” dihampar dan dimampatkan dengan hand compactor terlebih dulu sebelum kerja konkrit lantai dimulakan. Bentuk empatsegi di bawah sekali adalah konkrit bertetulang tapak asas biasanya bersaiz 3ka x 3ka dan tebal 1ka. Kedudukan tapak asas biasa 3 ~ 4ka di dalam tanah tetapi yang lebih penting ia didirikan di atas tanah asal yang sudah stabil bukan tanah yang baru di tambun.
Tapak asas
7. Grid line
Imej di atas menunjukkan grid line yang ditandakan dalam bulatan iaitu A,B,C,D,E dan seterusnya pada floor plan juga terdapat pada front elevation plan. Manakala di sebelah
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
yang satu lagi ditandakan dengan 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya Grid line ini mewakili tapak asas, tiang, grd. Beam, dinding bata dan roof beam. Grid line ini sangat penting kerana di sinilah terdapat ukuran atau jarak mendatar antara tiang ke tiang, beam ke beam atau dinding ke dinding.
Di atas adalah pelan lantai dan pelan bumbung yang ditunjukkan dengan jelas kedudukan grid line beserta dengan jarak atau ukuran yang perlu dipatuhi antara satu sama lain. Pelan lantai:
Kedudukan bilik-bilik dan ukurannya Jenis kemasan yang dikehendakki pada setiap ruang dan bilik Ketinggian lantai dari aras tanah Grid line dan ukuran Kaki lima dan longkang( apron & perimeter drain) Layout paip air buang (sanitary & waste paip) Septic tank Jenis dan kedudukan pintu & tingkap
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pelan bumbung:
Reka bentuk bumbung yang terjadi mengikut bentuk roof beam termasuk saluran air hujan. Grid line mengikut sepertimana pelan lantai
Layout siling dan elektrik
Pemasangan siling di sebelah dalam adalah mengikut dinding/bilik dan di sebelah luar adalah sehingga garisan dalam perimeter drain. Layout elektrik digambarkan dalam bentuk simbul sebagaimana rajah di bawah.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pelan keratan rentas
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pelan septic tank Pelan septic tank dilukis mengikut sebagaimana yang di kehendakki oleh pihak pengeluar/kilang barangan tersebut. Septic tank yang dikeluarkan telah diuji dan diluluskan oleh Jabatan Pembentungan. Dalam contoh ini septic tank yang dicadangkan adalah dari jenis RESINTECH (model- RST 2) maka model ini jugalah yang mesti digunakan nanti. Jika anda menggunakan model jenis lain maka anda kena mengubah pelan septic tank sebagaimana yang sebenarnya digunakan dan terpaksa memohon kembali kelulusan pelan.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pelan lokasi Pelan lokasi, pelan tunjuk dan pelan tapak adalah bagi rujukan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah. Tujuannya adalah bagi menyemak perancangan akan datang samada tanah anda ini termasuk dalam perancangan pihak kerajaan masa depan bagi pembesaran jalanraya atau sebagainya. Jika lot tanah anda terlibat maka pihak Jabatan berkenaan akan meminta anda mengubah suai kedudukan rumah anda supaya menepati sebagaimana yang terdapat dalam undang-undang kecil bangunan seragam.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pelan tunjuk
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pelan Struktur
Pelan Struktur Di atas adalah pelan struktur bagi layout grd. Beam. Pelan struktur ini direkabentuk berdasarkan pelan arkitek iaitu pelan lantai( floor plan). Oleh itu grid line, ukuran dan bentuk layout grd. Beam adalah sama sebagaimana pelan lantai. Setiap dinding bata dalam pelan lantai mesti mempunyai beam/rasuk di bawahnya untuk menanggung beban dinding tersebut sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan di atas. Dalam keadaan tertentu grd.beam akan ditambah jika jarak antara beam itu terlalu jauh antara satu sama lain.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Di atas adalah imej yang dibesarkan dari pelan grd. Beam layout. Keterangannya adalah seperti berikut:
GB1 300 x 450 – GB 1 = ground beam no.1 300 x 450 = 300mm lebar beam x 450mm tinggi beam ( panjang beam ditujukkan pada grid lineb iaitu jarak antara grid line) Kalau diperhatikan ada lebih dari satu GB1, GB2, GB3 dan seterusnya. Ini bermaksud beam yang mempunyai saiz yang sama dan ikatan besi yang sama akan ditanda dengan kod yang sama.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pad footing (detail) Ini adalah pelan terperinci bagi pad footing (tapak asas). Dalam pelan ini ditujukkan secara terperinci Iaitu:
Saiz pad footing Saiz dan jenis besi yang digunakan Kedudukan besi dan susunannya Bilangan besi
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Ini adalah imej pelan tapak asas terperinci yang dibesarkan. Saiz tapak asas adalah seperti ditunjukkan dalam plan adalah 1200mm x 1200mm. Tingginya Hendaklah dirujuk pada plan section A-A iaitu 300mm Garisan putih tebal yang berbentuk seperti jaring adalah tetulang besi (reinforcement bar)bagi tapak asas. Ia ditanda dengan 6Y12 – 200 bothsides. Keterangan:- 6 = 6 batang besi - Y = jenis besi iaitu high tensile steel - 12 = saiz besi iaitu 12mm diameter - 200 = jarak antara besi iaitu 200mm - Bothsides = kedua-dua belah arah (kiri & kanan)
Bentuk sebenar tetulang besi dalam tapak asas adalah seperti - U – sebagaimana ditunjukkan dalam section A-A. Bentuk bulat warna biru adalah tetulang besi yang disusun dari arah yang satu lagi.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Ini adalah sambungan pelan struktur terpeinci tapak asas yang bersambung terus ke tiang . Dari tiang ke roof beam (tidak ditunjukkan). Besi tetulang pada tiang ditandakan dengan 4Y12 bermaksud 4 batang besi high tensile bersaiz 12mm diameter dan R6 – 200 link. Link adalah besi lembut(mild steel) yang bersaiz 6mm dia disusun dengan jarak 200mm setiap satu. Besi link digunakan untuk mengikat 4 batang Y12 supaya berbentuk 4 segi seperti tiang.
Ground Beam Detail
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
GB 1 adalah ground beam 1 yang dirujuk panjangnya mengikut grid line A ke grid line B dalam pelan layout ground beam. Seperti mana tiang beam besi tetulang beam Y12 juga diikat dengan besi link R6 dengan menggunakan dawai.
Di atas adalah pelan terperinci keratan rentas yang menggambarkan kedudukan lantai di sebelah dalam rumah dan lantai kakilima hingga ke longkang.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan. Mengira keluar bahan binaan dari pelan adalah dipanggil ‘taking off quantities’. Ini adalah kaedah pengiraan terperinci yang diguna pakai oleh firma-firma juruukur bahan dalam mendapatkan kuantiti sesuatu bahan binaan yang terdapat pada sesebuah bangunan. Di bawah adalah contoh borang taking off . Walaubagaimana pun ketepatannya bukanlah 100% tepat kerana bahan binaan yang digunakan akan menjadi lebih kerana faktor pembaziran. Pembaziran memang tidak boleh dielakkan dan mesti diambil kira semasa kita membeli atau memesan bahan binaan. Contohnya batu bata, ketika taking off kuantitinya adalah 6000 keping bata. Maka semasa membeli hendaklah ditambah lebih kurang 200-300 keping lagi bagi pembaziran atau rosak. Pembaziran berlaku bila ada kerosakkan atau disebabkan tertimbus oleh tanah dan mungkin bertambah bila sikap pekerja yang kurang bertanggungjawab dengan membiarkan saja bersepah-sepah . Begitu juga dengan barang lain kita tidak boleh membeli bahan binaan mengikut kuantiti sebagaimana yang anda kira. 5% - 10% daripada kuantiti ini mesti ditambah. Bagi kayu atau besi pembaziran berlaku kerana kayu/besi mempunyai saiz yang standard. Kayu biasanya bersaiz 8ka, 10ka, 12ka, 14, 16,18,20,22 dan 24ka panjang manakala besi pula bersaiz 40ka panjang. Pembaziran akan berlaku bila kayu/besi ini dipotong-potong untuk mendapatkan panjang yang dikehendakki. Baki dari potongan ini yang pendek-pendek sudah tidak boleh digunakan lagi.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
A
3000
B A
3000
C
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA keterangan Konkrit 1. Grd. Beam GL A/4 ~ 5 = 5.1m GL B/4 ~ 5 = 5.1m Lebar = 0.15m Tinggi = 0.45m
2
Formwork 1. Grd. Beam GL A/4 ~ 5 = 5.1m GL B/4 ~ 5 = 5.1m Lebar = 0.15m Tinggi = 0.45m 2
5.10 0.45 0.15
2 5.10 0.15 0.70m3 3.06m2
GL A/5 ~ 6 = 3.6m GL B/5 ~ 6 = 3.6m
2 2 5.10 0.45
Lebar = 0.15m Tinggi = 0.45m
2 3.60 0.45 0.15
9.18m2 GL A/5 ~ 6 = 3.6m GL B/5 ~ 6 = 3.6m 0.49m3 Lebar = 0.15m Tinggi = 0.45m
2 2 GL 4/A ~ B = 3.0m
3.60 0.45
Lebar = 0.15m Tinggi = 0.45m 3.00 0.45 0.15
6.48m2 2 3.00 0.45
0.41m3
GL 4/A ~ B = 3.0m
2.7m2 2 3.00 0.15 0.9m2
Lebar = 0.15m Tinggi = 0.45m
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA 1.61m3
total
22.32m2
Contoh borang pengiraan
Cara mengira dinding bata Dinding bata kira dalam unit meter persegi (ms)
Buka pelan lantai dan cari dinding bata Perhatikan grid line dan ukuran Tandakan dinding mana yang hendak dikira. Cari tinggi dinding dalam pelan keratan Contoh Panjang Tinggi
- GL’ A’ ke GL’ G’ = 12500mm = 12.50m - 3.60m – 0.3 (roofbeam) = 3.30m
total
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
W1 x 2nos. Arc x 2nos = x rx r 2
1.20 x 1.85 (2)
=4.44 m.s
= 3.14 x 0.725 x 0.725 (2) 2
=1.65 m.s
Sub total W2 Arc
_________ = 6.09 m.s
1.20 x 1.25
= 1.50 m.s
= 3.14 x 0.725 x 0.725 2
= 0.57 m.s
= x rx r 2
___________ D1
=
2.10 X 0.90
= 1.89
Penyediaan pelan rumah Menyediakan pelan rumah adalah tugas pelukis pelan atau arkitek. Setakat hendak buat rumah saja anda dinasihatkan berurusan dengan pelukis pelan bertauliah yang ada lesen pelukis pelan. Bayaran untuk pelukis pelan jauh lebih rendah dari arkitek. Kalau anda boleh melukis pelan atau ada pelan yang sudah siap anda boleh bayar pelukis pelan untuk mendapatkan tandatangan beliau dan chop pelukis pelan. Bayaran untuk mendapatkan tandatangan/chop pelukis pelan adalah berbeza-beza mengikut negeri di anggarkan sekitar RM300 – RM500. Kalau tak silap saya, lesen pelukis pelan tidak dikeluarkan lagi Persatuan Arkitek Malaysia(PAM). Jika mereka yang memegang lesen ini sudah tiada lagi, maka anda terpaksa mendapatkan khidmat arkitek untuk urusan penyediaan pelan atau mendapatkan tandatangan dan chop mereka. Jika anda menyerahkan sepenuhnya proses penyediaan pelan kepada pelukis pelan maka bayaran yang dikenakan adalah sekitar RM1500 – RM2000. Tinggi atau rendah bayaran ini sebenarnya bergantung kepada budi bicara pelukis pelan itu sendiri kadangkala dikira mengikut keluasan rumah . Cara yang yang paling mudah dan tidak mahu pening kepala ialah mencari pelukis pelan-pelukis pelan sambilan (tiada lessen) yang mengambil upah melukis pelan pelan rumah. Mereka akan mendapakan tandatangan dan chop pelukis
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
pelan berlesen dan mengangkat permohonan kelulusan dari Jabatan Perancang Bandar Jabatan pembentungan sebelum membuat permohonan ke Majlis Daerah kawasan anda. Anda tidak tahu hendak cari pelukis pelan di mana? Pergi saja ke Majlis Daerah kawasan anda dan tanya kakitangan di situ bahagian yang berkaitan kelulusan pelan rumah. Di sini anda boleh tanya siapa yang menawarkan khidmat buat pelan rumah. Kadangkadang kakitangan pejabat itu sendiri yang buat part time lukis pelan rumah. Dokumen penting yang diperlukan adalah geran tanah. Lain-lain dokumen tanya sendiri mereka yang melukis pelan kerana mereka lebih arif.
Memohon Kelulusan Pelan Sebelum dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan, pelan rumah mestilah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. Pelan rumah yang telah ditandatangani/chop oleh pelukis pelan serta surat-surat kelulusan dari Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Pembentungan hendaklah diserahkan ke Majlis Daerah Kawasan anda. Kelulusan pelan biasanya mengambil masa antara 1hingga 2 bulan selepas ahli majlis tempatan bermesyuarat. Untuk memudahkan kerja anda dinasihatkan menyerahkan tugas melukis dan mendapatkan kelulusan pelan ini kepada pelukis pelan sambilan. Mereka akan bertanggungjawab dari awal hingga pelan tersebut mendapat kelulusan.
Melantik Tukang Jika anda bercadang mengurus sendiri pembinaan rumah anda, maka anda mestilah berhati-hati mencari tukang yang bagus dan bertanggungjawab. Tukang dan pekerjapekerja di bawahnya adalah mereka yang memain peranan yang menyebabkan samada rumah anda cepat atau lambat siap. Kadang-kadang kontraktor menanggung rugi garagara tukang. Dalam pembinaan rumah anda hanya perlu berurusan dengan tukang atau kepala saja dan tidak dengan pekerjanya. Pekerja-pekerja ini adalah dibawah tanggungjawab tukang tersebut. Tukang akan mencari sendiri pekerja-pekerja yang dikira boleh bekerja dengannya. Soal gaji/upah,kebajikan atau makan minum pekerjapekerja ini adalah urusan tukang. Anda hanya perlu menyediakan bahan-bahan binaan dan wang upah mereka setiap minggu. Memang menjadi kebiasaan di mana-mana saja samada projek besar atau kecil gaji pekerja binaan ini dibayar dari minggu ke minggu. Anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk pekerja-pekerja yang bekerja membina rumah anda pada hari terakhir setiap minggu.Semua wang gaji ini diserahkan saja kepada tukang dan ia akan mengagih-agihkan kepada pekerja-pekerjanya.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Jenis-jenis tukang Tukang rumah Tukang rumah adalah tukang yang paling penting sekali. Kebiasannya tukang rumah melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa. 85% dari kerja-kerja binaan rumah dilakukan oleh tukang ini seperti kerja konkrit, kayu, besi, atap, ikat bata, plaster, siling (bukan siling kapor). Tukang jubin Tukang paip Tukang letrik Anda perlu berurusan sendiri dengan semua tukang-tukang ini dan mengawal selia kerja-kerja mereka supaya berjalan lancar. Ini kerana ada masanya semua tukang ini bekerja serentak dalam satu-satu masa dan perlukan perbincangan antara mereka supaya tidak berlaku pertindihan kerja. Anda tidak perlu risau jika tidak tahu untuk mencari tukang paip, jubin atau lain-lain kerana tukang rumah biasanya mengenali tukang-tukang lain ini.
Peringkat-peringkat pembinaan rumah Mengenal pasti sempadan tanah anda Lot-lot tanah biasanya ditanda dengan batu konkrit berbentuk selinder dengan saiz +- 2 ka panjang dan dia. 3” (gambar) yang ditanam di dalam tanah. Batu ini ditanam semasa kerja-kerja pecah lot tanah yang dilakukan oleh juruukur tanah bertauliah. Batu penanda ini diletakkan di setiap penjuru tanah anda dan jika tanah anda mempunyai bentuk segilima maka batu tanda mempunyai lima biji. Dalam pelan jurukur tanah atau dalam geran tanah, batu tanda ini diwakili oleh satu titk atau bentuk bulat seprti dalam rajah di bawah.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Batu juru ukur
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Jika batu tanda atau batu jurukur ini hilang satu atau dua, itu tiada masalah. Pergi jumpa S.O dari pejabat tanah daerah anda dan berpandukan kepada geran tanah, penjuru-penjuru tanah anda yang hilang dapat ditanda semula. Jika anda ingin manambun tanah kerana lot tapak rumah anda rendah berbanding dengan jalan di hadapan dan lot-lot bersebelahan maka batu penanda tadi perlu dipindahkan ke atas lapisan tanah yang ditambun tadi. Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out) Lokasi tapak rumah hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan tapak rumah anda. Seperti dalam gambar side rail dibina kira-kira 10 ka keluar dari dinding rumah. Setiap penjurunya perlu 90 darjah untuk mengelakkan ukuran yang diturunkan ke tapak rumah tidak banyak tersasar. Ukuran-ukuran grid line dari pelan diturunkan di atas kayu 1 x 2 yang melintang yang ditandakan dengan paku. Bila selesai kerja-kerja menurunkan ukuran, benang diikat dipaku dan dan ditarik ke paku yang sama grid line.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Side rail Dengan merujuk kepada pelan layout pad footing tukang rumah akan mengenalpasti atau menanda kedudukan sebenar di tapakbina setiap pad footing/tapak asas mengikut saiz yang tercatit dalam pelan. Biasanya 3 ka ~ 4 ka empat segisama.
Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork. Dalam masa yang sama tukang rumah juga menjalankan kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork. Kebiasaanya besi yang digunakan dalam pembinaan rumah bungalow setingkat adalah Y12 dan link R6.
Reinforcement bar (high tensile)
besi tetulang yang sudah siap diikat.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Formwork adalah kotak yang diperbuat dari plywood atau papan mengikut bentuk struktur yang hendak kita bina samada tapak asas, beam, tiang dan sebagainya. Konkrit akan terbentuk sebagaimana bentuk formwork yang dibuat. Formwork boleh digunakan beberapa kali bergantung kepada jenis dan saiz plywood yang kita gunakan. Lebih menjimatkan jika anda ada rumah lain yang hendak dibina dengan menggunakan formwork yang sama dan sudah siap. Untuk tujuan ini eloklah kita gunakan waterproofing plywood setebal 12mm. Atau anda ada sahabat atau sesiapa yang baru siap membina rumah, beli saja formwork terpakai dari mereka dengan harga yang jauh lebih murah dan menjimatkan masa. Perkara ini perlu dibincang dengan tukang rumah kerana mereka lebih tahu di mana nak dapatkan formwork terpakai.
Kerja-kerja pengorekkan/penggalian kawasan yang ditanda sebagai tapak asas tadi dikorek dengan jentera pengorekkan (backhoe) dengan kedalaman yang sesuai biasanya antara 3ka ~ 4ka dalam. Tetapi yang paling penting adalah memastikan tapak asas rumah anda berada di atas tanah asal bukan tanah yang ditambun kerana tanah yang baru ditambun tidak stabil dan akan mendap sedikit demi sedikit sehingga tanah itu betul-betul stabil. Masa yang diambil untuk tanah menjadi stabil adalah antara 18 ~ 24 bulan bergantung kepada jenis tanah. Oleh itu pastikan tapak asas rumah anda berada di atas tanah asal walaupun terpaksa digali lebih dalam dari 4 kaki. Ini untuk mengelakkan tapak asas akan turun mengikut tanah yang mendap di mana lama-kelamaan akan menyebabkan terjadi keretakan pada grd. Beam dan seterusnya pada dinding rumah.
Kerja-kerja membina tapak asas Selepas kerja-kerja penggalian selesai, side rail dan grid line mestilah dibetulkan kembali ke posisi asal setelah terganggu kerana kerja-kerja penggalian.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Formwork tapak asas diletakkan pada posisinya. Garisan benang di atas formwork adalah grid line dan ia merupakan garisan tengah Kepada tapak asas.
Forwork yang sudah siap dipasang dan disanggam dengan kemas lagi kuat supaya tidak beralih semasa kerja mencurah konkrit. Besi tetulang untuk tiang dipasang dan diikat sekali dengan besi tetulang bagi tapak asas.Di bawah sekali adalah lapisan lean conc. Setebal 50mm gunanya untuk mengelakkan besi tetulang terkena atau tersalut tanah dan untuk mengelakkan air simen konkrit serap ke dalam tanah menyebabkan konkrit cepat kering dari sepatutnya yang mana akan memberi kesan ke atas kekuatan konkrit itu sendiri. konkrit tapak asas yang sudah siap dan formwork sudah ditanggalkan.Perhatikan bongkah konkrit empat segi di atas tapak asas seperti tiang. Itu adalah col. Stump di mana grd beam akan dibina di atasnya. Selepas dibersih dari segala sampah seperti kayu, kertas, plastic dll maka ditimbus kembali dengan tanah sehingga ke paras atas col stump.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Membina grd. Beam Selepas tanah ditimbus dan diratakan sehingga paras col stump, kerja-kerja memasang formwork utk grd beam boleh dijalankan. Formwork grd beam dipasang mengikut grid line sebagaimana dalam pelan layout grd beam.
Formwork dan besi tetulang bagi grd beam sudah siap di pasang dan diperkuatkan dengan kayu 1 x 2 sebagai sanggam dan penahan untuk mengelakkan daripada beralih atau pecah semasa kerja-kerja mencurah konkrit dilakukan. Kelihatan besi tetulang yang menegak terdapat pada setiap penjuru dan pertemuan antara beam. Ia adalah besi tetulang untuk sambungan ke tiang. Pastikan jarak sambungan (lapping) antara besi tidak kurang dari 40 dia. Jika besi yang digunakan bersaiz 12mm maka lapping bagi besi tersebut adalah 40 x 12 = 480mm
Y12 Lapping 40 x 12 (diameter)
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Kerja-kerja konkrit grd beam biasanya dilakukan pada waktu pagi kerana ia mengambil masa yang lama sehingga satu hari suntuk atau lebih bergantung kepada kaedah yang digunakan. Kalau rumah tersebut besar dan banyak beam serta saiz yang besar maka menggunakan ready mix concrete dan kren lebih praktikal. Kalau rumah keci/sederhana boleh pakai site mixed
Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit:Konkrit adalah campuran simen + batu ¾(aggregate) + pasir . Nisbah bagi bahan ini adalah berbeza-beza mengikut jenis. Bagi membina rumah nisbah yang diguna pakai adalah 1 : 2 : 4 bagi konkrit bertetulang seperti tapak asas, beam, tiang dll. Konkrit yang tidak ada besi tetulang bernisbah 1 : 3 : 6. Konkrit yang mengikut nisbah ini boleh didapati dari ready mixed plant. Bagi pembinaan rumah yang dibina oleh tukang rumah biasa/tempatan mereka tidak kisahkan sangat tentang nisbah ini. Bagi membancuh konkrit ukuran nisbah bagi mereka adalah berpandukan kepada 1 beg simen + 2 kereta sorong batu + 4 kereta sorong pasir. Tetapi mereka lebih menggunakan pengalaman mereka untuk menilai konkrit yang mereka bancuh it u baik atau tidak. Simen, batu dan pasir -Simen boleh didapati dengan senang dari kedai hardware. Biasanya untuk menyiapkan sesebuah rumah memerlukan simen lebih kurang 300 ~ 500 beg simen bergantung kepada saiz rumah tersebut. -Batu aggregate ¾ adalah batu yang bersaiz ¾” dan boleh didapati dari kuari. Anda tidak perlu bersusah payah pergi ke kuari untuk membeli batu ini. Apa yang perlu pergi dapatkan seseorang yang ada mempunyai
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
lori kecil 1 ~ 3 ton. Mereka boleh pergi dapatkan untuk anda. Anda perlu mempunyai hubungan baik dengan 2, 3 orang pemilik lori kecil ini untuk memudahkan kerja anda akan datang untuk mendapatkan simen, batu, pasir atau apa saja bahan binaan. Anda hanya perlu telefon dan beritahu bahan binaan yang anda mahu. -Pasir yang digunakan untuk bancuh konkrit adalah pasir kasar. Jika rumah yang anda bina mempunyai aras lantai yang lebih tinggi dari kebiasaan maka banyak ruang perlu diisi dengan pasir. Untuk tujuan ini kita gunakan pasir kotor. Perkara yang perlu diketahui semasa kerja -kerja konkrit. -konkrit bertetulang dengan bancuhan 1 : 2 : 4 adalah konkrit yang digunakan untuk membina struktur rumah dan ianya penting kerana melibatkan kekuatan / keteguhan sesebuah rumah. Kalau anda membeli konkrit dari ready mixed plant ini tiada masaala h kerana bancuhannya betul dengan menggunakan computer. Jika anda bancuh sendiri konkrit (site mixed) dengan concrete mixer, pastikan tukang anda membancuh dengan nisbah yang betul. Jika tukang rumah yang berpengalaman, mereka dapat mengetahui konkrit yang dibancuh itu menepati ciri-ciri konkrit yang dikehendakki dengan cara melihat pada warna konkrit tersebut atau merasa dengan tangan. Konkrit tidak boleh terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Konkrit yang cair mudah dikerjakan tetapi dari segi kekuatan menjadi kurang dan lambat kering. -mencurah konkrit ke dalam acuan/formwork beam dan tiang perlu diambil berat kerana kerana ruang untuk curah konkrit adalah sempit di samping mempunyai tetulang yang menghalang konkrit mengalir dengan lancar ke ruang bawah formwork. Bagi projek-projek kerajaan atau swasta yang di kawal selia oleh juruteknik atau clerk -of-works bagi syarikat perunding, setiap kerja konkrit diwajibkan menggunakan alat gegar (vibrator machine) yang berfungsi menggegarkan formwork dan besi tetulang supaya konkrit dapat mengalir dengan lancar dan memenuhi semua ruang formwork. Tetapi bagi mereka yang melantik sendiri kontraktor membina rumah, tukang rumah amat jarang menggunakan alat ini kerana menyusahkan dan ianya sudah memadai dengan mengetuk-ngetuk formwork dengan tukul supaya konkrit mengalir memenuhi ruang. Jika konkrit tidak mengalir dengan lancar dan tidak memenuhi ruang maka apabila siap akan menyebabkan terjadi lubang lubang pada beam atau tiang sehingga menampakkan besi tetulang di dalam dan ini
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
memberi kesan kepada kekuatan beam atau tiang. Bentuk lubang -lubang ini dipanggil honey comb kerana ia seperti sarang lebah (lihat gambar). Honeycomb juga terjadi apabila konkrit terlalu cair atau terlalu pekat. Biasanya lubang honeycomb ini akan d itampal dengan segera dengan simen mortar supaya tidak terdedah kepada cuaca terutama air hujan bagi mengelakkan besi tetulang dari berkarat.
Grd beam yang sudah siap haruslah diperiksa jika ada lubang-lubang honeycomb. Jika ada hendaklah ditampal segera dengan simen mortar. Kemudian pasir atau tanah diisi ke dalam petakpetak grd beam sehingga ke aras bawah lantai konkrit iaitu 100mm(tebal lantai konkrit) diukur dari atas permukaan grd beam. Pasir lebih baik kerana bahan ini tidak akan mendap berbanding tanah.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Simen mortar adalah campuran simen + pasir disapu seperti plaster bagi menutup lubang-lubang honeycomb.
Tiang – tetulang, formwork dan konkrit kerja seterusnya adalah membina tiang. Sepertimana diketahui, besi tetulang tiang sudah dipasang sejak membina tapak asas lagi dan naik ke atas melepasi grd beam sepanjang 40 x diameter besi itu sendiri. Rangka besi tetulang tiang yang sudah siap diletakkan pada kedudukannya dan diikat pada tetulang yang sedia ada.
Formwork tiang dimasukkan dan disanggam dengan kayu 1 x 2. Di hujung satu lagi dipakukan pada grd beam dengan paku konkrit. Bagaimana nak pastikan formwork tiang yang ditegakkan itu betul-betul menegak (vertical 90 degree). Kaedahnya adalah menggantung plumbob
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Gambar di sebelah adalah pekerja binaan sedang melakukan checking verticality dengan menggantung plumbob sambil diperhatikan oleh juruteknik atau clerkof-works.
Kerja-kerja mencurah konkrit ke dalam tiang adalah lebih rumit dan memakan masa. Kebiasaanya konkrit dibancuh cair sedikit supaya senang dikerjakan dan konkrit dapat mengalir dengan mudah. Lubang-lubang pada formwork disumbat dengan span atau kertas untuk mengelakkan air konkrit mengalir keluar dan terjadi honeycomb. Anda tidak boleh memasukkan konkrit terus penuh Sebatang tiang kerana formwork tidak dapat menanggung beban konkrit dan terus merengkah atau pecah. Bagi mengelak kejadian ini berlaku, memasukkan konkrit pada tiang dilakukan sebaik-baik 3 peringkat iaitu peringkat 1 sehingga paras 1/3 tiang kemudian pergi ke tiang lain sehingga selesai semua tiang. Peringkat 2 tambah lagi 1/3 dan seterusnya diulang bagi semua tiang sehingga peringkat 3. Pastikan setiap permukaan tiang yang akan dibina dinding batubata hendaklah dicucuk dengan dowel bar( besi R6) sepanjang 11/2’ ~ 2’ panjang. Dowel bar adalah tetulang besi R6 yang akan memegang dinding kelak dan diletakan pada jarak 2 kaki sertiap satu sepanjang tiang. Lantai konkrit Kerja konkrit lantai boleh dilakukan bila-bila masa sahaja selepas siap grd beam. Ia juga boleh dilakukan selepas kerja-kerja bumbung siap. Sebelum kerja konkrit lantai bermula pastikan semua paip-paip air buang(waste pipe) terutama bahagian tandas dan dapur sudah siap dipasang. Sebelum terlupa elok difikirkan samada anda mahu menyembur racun anai-anai (anti-termite) atau tidak sebelum kerja-kerja konkrit lantai dimulakan. Paling baik dilakukan penyemburan ini ialah selepas siap grd beam. Ketebalan lantai konkrit biasanya 100mm dan disiapkan sama aras dengan permukaan atas grd beam. Jika anda sudah memasukkan 150mm thk lapisan batu baur dan dimampatkan maka tidak perlu lagi meletak kepingan BRC. BRC adalah kepingan besi yang berbentuk jaringan ada berbagai saiz dihampar sekeping-sekeping sebelum kerja konkrit lantai supaya lantai tidak retak kerana ada tetulang dipraktikkan jika tiada lapisan batu baur(hardcore). Semasa kerja konkrit lantai berjalan perlulah dikenalpasti bahagian-bahagian lantai yang rendah dan tinggi. Lantai bahagian dapur dan tandas
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
biasa lebih rendah 50mm berbanding lantai bilik. Dalam pelan lantai ditunjukkan dengan drop 50 atau dengan symbol 50. Semasa meratakan konkrit bahagian lantai yang tak sama tinggi ini disekat dengan kayu 2 x 2. BRC wire mesh – Mempunyai berbagai saiz dan jenis tetapi untuk lantai rumah memadai dengan saiz A6 ~A8
BRC akan diletakkan di atas bongkah konkrit saiz 2” x 2” x 2” yang dipanggil spacer block supaya apabila lantai siap BRC tersebut akan berada di tengah ketebalan lantai untuk mencapai kekuatan maksima. Lapisan berwarna putih di bawah BRC adalah lapisan plastic bagi mengelakkan air dari tanah naik ke atas lantai dengan menyerap masuk melalui lantai konkrit menyebabkan permukaan lantai lama-kelamaan menjadi lembab dan berair. Saya cadangkan guna pakai lapisan plastic ini untuk keselesaan anda kelak dan kosnya tak seberapa lagi pun mudah didapati. Roof beam dan dinding bata Samada hendak membina roofbeam terlebih dahulu atau nak membina dinding bata dulu tidak jadi masalah. -roof beam dahulu Jika bina roof beam dahulu anda perlu adakan staging atau kayu penahan tee untuk menyokong kedudukan roofbeam. Kayu penahan tee diletakkan pada jarak 2 kaki setiap satu pada sepanjang beam. Di atas kayu penahan tee ini diletakkan papan yang lebar lebih sedikit dari lebar roof beam (150mm). Jika anda menggunakan Hframe, caranya sedikit berbeza tapi tujuannya sama.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
-dinding batu-bata dahulu
Formwork roof beam sudah siap dipasang dan menunggu masa untuk dimasukkan besi tetulang. Besi tetulang roof beam hendaklah dilapik dengan spacer block tebalnya 1”. Tujuannya bagi memastikan besi tetulang berada pada kedudukan yang betul dan tidak menyentuh papan lantai di bawah.
Kayu penyokong tee ini biasa dibuat dari saiz 2 x 3.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Kayu penyokong tee yang sudah digunakan dan disimpan. Ianya boleh digunakan berkali-kali.
Dinding bata
Batu bata putih
batu bata merah
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Batu-bata merah atau putih, mana lebih baik? Tentulah merah dan lebih mahal dan kuat. Bata merah diperbuat dari tanah liat dan dibakar dalam relau manakala bata putih adalah campuran simen dan pasir dimasukkan ke dalam acuan besi lalu dimampatkan. Sebelum kerja ikat bata bermula, frame pintu dan tingkap mestilah sudah ada kerana kerja ikat bata frame pintu/tingkap berjalan sekali. Bahan yang digunakan bagi mengikat batu-bata adalah simen mortar (simen + pasir ). Pasir yang digunakan adalah pasir sedang/sederhana. Sebenarnya ada tiga jenis pasir yang digunakan dalam kerjakerja pembinaan iaitu: Pasir kasar untuk konkrit Pasir sedang untuk ikat batu-bata Pasir halus untuk plaster Frame pintu dipasang terlebih dahulu sebelum kerja ikat bata bermula. Memasang frame pintu perlu cermat dan hendaklah disokong dengan kuat menggunakan kayu penyokong 1 x 2 yang dipakukan pada lantai dan pada tiang di sebelah atas. Sebelum diletakkan pada kedudukannya frame pintu mestilah dipakukan dengan fishtail (tukang rumah panggil ekor udang). Fishtail dipakukan pada jarak tidak kurang dari 600mm setiap satu pada kedua-dua belah frame. Gunanya supaya apabila siap nanti, dinding bata dan frame pintu terikat sekali. Ini untuk mengelakkan rekahan antara frame pintu dan dinding bata lama-kelamaan. Pastikan tukang rumah anda memasang fishtail kerana perkara ini selalu terlepas pandang. Ada juga tukang rumah menggunakan paku 3” sebagai menggantikan fishtail tetapi pastikan bilangan lebih sedikit. Jika pada tiang konkrit mereka akan memasang dowel bar (R6) semasa kerja-kerja konkrit dahulu. Gunanya juga bagi mengikat batu-bata sekali dengan tiang. Kalau tidak ada bendabenda ini lama-kelamaan dinding rumah anda juga akan merekah sepanjang tiang. Tetapi dowel bar juga selalu terlepas pandang oleh tukang rumah. Pastikan anda periksa dahulu sebelum bermula kerja ikat bata kerana tukang rumah yang kurang bertanggung jawab akan membiarkan saja. Jika dowel bar tidak dipasang semasa kerja konkrit tiang dulu, arahkan tukang rumah anda meletakkan fishtail pada setiap tiang menggunakan paku konrit. Ada satu lagi perkara yang selalu terlepas padang atau tukang rumah malas melakukanya iatu memasang exmet wire mesh setiap satu kaki atau 2 kali tinggi dinding bata. Exmet ini berfungsi seperti tetulang kepada dinding bata menjadikannya lebih teguh. Ringkasan di bawah ini supaya anda mudah mengingati iaitu: Fishtail dipakukan pada frame pintu/tingkap Dowel bar pada tiang konkrit Exmet wire mesh semasa kerja ikat bata.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Jika dalam projek-projek kerajaan atau swasta kontraktor tidak memasang seperti perkara di atas maka mereka diarah meroboh dinding yang sudah siap dan buat sepertimana dalam kontrak kerana ini adalah construction law. Timbang air – Digunakan secara meluas dalam industry binaan. Gunanya untuk memeriksa / mempastikan sesuatu binaan itu yang dibina itu betul-betul menegak (vertical 90 degree) atau mendatar (horizontal 180 degree).
Binaan batu- bata – Perhatikan seutas benang diikat antara tiang ke tiang dan bata diikat/susun mengikut garis lurus garisan benang tersebut. Sebenarnya bukan diikat pada tiang tetapi memadai pada kedua-dua hujung benang diikat dengan paku lalu paku itu diselitkan antara hujung bata dan tiang konkrit. Tujuannya adalah untuk mendapatkan satu garisan lurus saja. Ada berbagai jenis trowel / sodep di pasaran.
Exmet Pastikan anda memasang exmet wire mesh dan kalau ikut construction law perlu dipasang setiap 4 lapis batu-bata.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Lintol akan diletakkan di atas frame pintu
fishtail
Frame pintu – Memasang frame pintu perlukan kemahiran yang tinggi. Bagi mendapatkan ketepatan dari segi horizontal dan verticality perlu gunakan timbang air bersama-sama batu plumbob yang digantung pada bahagian atas frame pintu. Bagi pintu bilik tandas seperti gambar di sebelah kaki frame di bawah perlu diangkat naik +- 3” dari paras lantai bagi mengelakkan kaki frame terkena air dari dari bilik mandi/ tandas supaya kayu frame lebih tahan lama. Biasanya tukang rumah akan memakukan paku saiz 3” ke bahagian tapak frame pintu dan apabila dipasang Nampak seperti tergantung. Bahagian bawah yang tergantung apabila siap nanti akan disumbatkan dengan simen mortar dan dikemaskan selari dengan frame pintu. Bata akan disusun dan diikat sehingga paras atas frame pintu. Kemudian diletakkan konkrit lintol di atas frame pintu yang panjangnya melebihi lebar frame kira-kira 1 kaki. Lintol lebih kurang sama dengan beam tetapi lebih pendek juga mempunyai besi tetulang dan fungsinya adalah bagi menanggung beban bata di bahagian atas Frame pintu. Jika bahagian frame pintu dipasang rapat dengan tiang maka konkrit tiang hendaklah digerudi untuk memasukkan besi tetulang lintol.
Sebelum terlupa ada lagi satu yang perlu dalam membina dinding bata ini iaitu
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
damp proof membrane iaitu satu lapisan untuk menahan kelembapan dari tanah mengalir masuk melalui grd beam ke dinding. Damp proof membrane dipotong mengikut lebar beam dan dihampar sepanjang beam.
Bentuk damp proof membrane adalah bergulung dan jika dibuka boleh dihampar seperti tikar.
damp proof membrane antara beam dan bata
yang
berada
Ini adalah fishtail iaitu kepingan besi yang saiznya 6 in panjang dan 1in lebar.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Pintu aluminium sliding dan tingkap aluminium Pintu ini dipasang apabila dinding bata sudah siap sepenuhnya. Dinding bata yang ada pintu atau tingkap aluminium disediakan bukaan(opening) lebih sedikit dari saiz sebenar frame pintu/tingkap. Pemasangan frame aluminium dilakukan oleh tukang aluminium sebelum kerja-kerja plaster/melepa dinding dilakukan. Plaster / melepa – Simen plaster adalah campuran simen + pasir + kapor + air yang digaul sekali mengikut sukatan tertentu. Sukatannya saya tak pasti tetapi tukang plaster biasanya membancuh berdasarkan pengalaman mereka. Ianya tak susah kalau dah biasa. Pasir yang digunakan adalah pasir halus. Sebelum kerja-kerja plaster dimulakan pastikan kabel letrik/kotak suis/pug 3 pin dan paip air yang melalui dalam dinding bata sudah dipasang sepenuhnya. Ini kerja tukang letrik dan tukang paip. Kerja plaster terbahagi kepada dua bahagian iaitu pada dinding luar dan dinding dalam. Plaster di dinding luar lebih mudah dan kemasan permukaanya kasar manakala dinding dalam disudahi dengan disapu dengan simen + kapor yang menjadikan permukaannya licin.
Dinding bata yang sudah sedia untuk diplaster. Pastikan dinding bata rumah anda rata dengan mengetuk buang lebihan simen mortar di celah kepingan batu-bata. Dinding bata yang tidak lurus akan menimbulkan masalah semasa kerja-kerja plaster dilakukan kerana tukang plaster terpaksa membaiki dinding yang tidak lurus ini dengan menambah ketebalan plaster manakala di bahagian lain terpaksa dikurangkan ketebalannya supaya kurang kelihatan. Standard ketebalan simen plaster adalah 15mm ~ 20mm. Steel trowel – Mula-mula digunakan untuk melekatkan simen plaster ke dinding bata dengan cara menyapu
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
dan menekan bahan plaster ke dinding. Kerja plaster dilakukan pada bahagian atas dinding turun ke bawah dengan dua lapisan. Lapisan pertama dibiarkan sehingga kering sedikit baru dikerjakan lapisan kedua. Tidak boleh dilakukan sekaligus kerana lapisan yang tebal/basah tidak akan melekat dan terus jatuh.
Trowel board – Selepas melekatkan simen plaster ke diniding dengan dua lapisan tadi, gunakan trowel board untuk meratakan plaster tadi dengan cara menggosok gosok papan gosok ini ke kiri/kanan dan atas/bawah. Selepas dibiarkan kering sedikit gunakan kayu panjang/kayu pemaras (tiada gambar) bagi memaras simen plaster untuk mendapatkan permukaan yang rata lagi sekata.
Span – Span digunakan untuk mendapatkan permukan yang lebih kemas dan cantik. Span dicelup ke dalam air kemudian diperah lalu disapukan ke dinding plaster tadi dan semua lubang-lubang kecil akan tertutup sekali gus memberikan permukan dinding yang cantik dan kemas. Bagi dinding luar ini adalah kerja kemasan yang terakhir. Bagi dinding sebelah dalam lapisan simen + kapor disapukan dan sebelum betul-betul kering disapukan dengan span yang basah.
Kapor plaster – Ini adalah kapor plaster yang boleh didapati di kedai hardware. Bentuk di dalamnya likat dan berair. Tidak rosak jika dibiarkan lama mana pun
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
tapi jangan dikoyakkan beg plastiknya. Simen + kapor dikacau-kacau sehingga sebati. Kapor menjadikan simen plaster liat dan senang dikerjakan serta mudah melekat ke dinding. Jangan gunakan kapor terlebih banyak kerana permukaan luar plaster akan kelihatan retakretak halus lama-kelamaan.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Bumbung
Secara asasnya binaan bumbung adalah seperti dalam lukisan di atas di mana struktur bumbung dibina di atas roof beam. Roof beam akan menanggung beban bumbung dan menyalurkanya ke tiang dan terus tapak asas di dalam tanah. Bumbung yang menggunakan atap genting hendaklah dibina dengan kecerunan tidak kurang dari 20 degree bagi mengelakkan kebocoran ketika hujan. Kayu 2in x 3in (wall plate) diletakkan sepanjang roof beam digunakan sebagai pelapik bagi menerima struktur bumbung yang lain. Wall plate ini sebenarnya diikat pada roof beam dengan membengkokkan besi R10 atau R6 yang sudah sediaada ditanam ke dalam roof beam semasa kerja-konkrit roof beam sebelum ini. Besi pengikat wall plate ini ditanam pada jarak 5 kaki setiap satu. Pastikan tukang rumah anda menanam besi ini kerana ianya berfungsi menetapkan kedudukan struktur bumbung dari beralih semasa rebut kencang. Kadang kadang tukang rumah terlupa kerana besi ini boleh ditanam bila konkrit hampir kering saja. Kayu penaga 2 x 5 atau dipanggil ceiling joist kerana pada kayu ini akan dipakukan kayu 2 x 2 bagi membina frame untuk siling diletakkan di atas kayu 2 x 3 (wall plate). Struktur kekuda atau rafters dibina dengan kayu 2 x 4 dan diletakkan pada jarak 2 kaki setiap satu. Tiap-tiap sambungan (joint) perlulah menggunakan bolt & nut dan paku. Kayu 1 x 2 digunakan untuk meletakkan dan menyusun atur atap genting. Kayu 1 x 2 ini diletakkan pada jarakn yang tertentu mengikut panjang atap dan dimulakan pemasangannya daripada puncak bumbung (rujuk gambar).
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA Perincian puncak bumbung
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Kerja kemasan Kerja kemasan yang selalu diperkatakan dan dianggap perlu bagi sesebuah rumah adalah kemasan bagi lantai dan dinding. Ada berbagai-bagai jenis kemasan bagi lantai seperti simen screed, ceramic, mosaic, terrazzo, marble, parquet dan lainlain. Kemasan yang paling biasa digunakan adalah simen screed dan ceramic tile. Bagi mereka yang kurang berkemampuan hanya cukup setakat simen screed saja. Simen screed adalah lapisan simen + pasir setebal 1in ~ 2 in yang dilapis di atas lantai konkrit. Kebiasaannya rumah-rumah kos sederhana yang dibina oleh pemaju disiapkan sekali kemasan jubin ceramic . Bagi rumah kos rendah hanya di bilik dapur dan bilik air saja dipasang jubin ceramic atau mosaic. Bagi bilik tidur dan ruang tamu hanyalah simen screed saja. Jubin lantai yang paling popular dan sesuai bagi rumah adalah jubin ceramic. Harganya ada yang murah dan mahal bergantung kepada jenis dan saiz. Kemasan lantai Simen screed Simen screed yang baru siap diratakan. Jika anda mahu memasang jubin lantai pada ruang bilik ini maka ia dibiarkan saja sehingga kering dan keras. Simen + pasir digaul dan dibancuh secara kering (sedikit air) supaya mudah diratakan. Jika tidak bercadang memasang jubin lantai maka ia perlu dilicinkan permukaan lantai ini dengan cara menaburnabur serbuk simen dan direnjis sedikit air sebelum lapisan simen screed mengeras. Kemudian digosok-gosok menggunakan trowel besi yang menjadikan permukaan yang licin dan rata terbentuk.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Antara pengeluar-pengeluar jubin lantai/dinding yang terdapat di Malaysia
Jubin lantai mempunyai berbagai-bagai saiz dan jenis serta pengeluar yang berbeza. Jubin digunakan mengikut tujuan sesebuah bilik/ruang itu dibina. Jubin untuk bilik tidur berbeza dengan jubin bagi ruang untuk dapur dan mengikut fungsi masing-masing.
Ruang / bilik
Jenis jubin ceramic
Ruang tamu Bilik tidur Ruang makan Ruang keluarga
Licin / polish
Dapur Bilik air
Tidak licin / kasar
Varendah
Kasar
Ceramic
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
carporch
Homogeneus / heavy duty / kasar
terazzo Cara memasang jubin lantai Terlebih dahulu tukang rumah/plaster akan menyiapkan lapisan simen screed yang permukaannya kasar (tidak dilicinkan) dan dibiarkan mengeras sepenuhnya iaitu lebih dari 3 hari sebaiknya. Memasang jubin lantai memerlukan kemahiran yang tinggi lebih-lebih lagi jubin yang berukuran 2ka x 2ka. Jangan mengupah tukang rumah anda memasang jubin kerana tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam bidang ini walaupun mereka tahu cara-cara memasang jubin. Tukang jubin hanya melakukan kerja memasang jubin sahaja, tidak seperti tukang rumah rumah yang melakukan berbagai-bagai kerja . Tanya kepada tukang rumah anda, dia pasti tahu siapa tukang jubin yang bagus dan berkemahiran.Selain itu jubin yang bermutu(mahal) mempunyai ukuran yang sama dan jitu bagi setiap keping berbanding jubin murah harganya dalam setiap kotak pasti ada beberapa keping yang ukuran yang kurang atau lebih sedikit. Ini menyebabkan terbentuk garisan yang tidak sekata / lurus antara jubin apabila siap sepenuhnya. Jubin yang hendak dipasang direndam air terlebih dahulu bagi mengelakkan simen yang digunakan bagi melekatkan jubin cepat kering kerana air simen telah diserap oleh jubin menjadikan jubin yang dipasang cepat tertanggal. Sebelum jubin dipasang tukang jubin akan membuat satu garisan tengah bilik / ruang dari kiri ke kanan dan dari depan ke belakang. Daripada garisan tengah ini tukang jubin akan menanda dengan setiap
marble
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
keping jubin membawa ke tepi dinding. Jubin yang terakhir sekali sebelum dinding ditanda hujungnya dan dibuat satu garisan benang yang lurus. Garisan benang ini ditarik samaada di bahagian depan atau belakang bilik dan satu lagi di sebelah kiri/kanan bilik bagi mendapatkan sudut 90 degree.Di sinilah kerja pemasangan jubin bermula dan garisan benang tadi adalah sebagai rujukan semasa memasang jubin. Simen yang digunakan adalah simen biasa (portlant cement) yang gaul dengan air sehingga likat. Bancuhan simen ini disapukan pada jubin dan terus dilekatkan ke lantai mengikut garisan benang tadi. Bagi mendapatkan kedudukan yang mendatar (horizontal) maka diletakkan timbang air di atas jubin. Jubin akan diketuk-ketuk dengan hulu tukul supaya simen padat dan untuk menetapkan kedudukan jubin. Tebal lapisan simen apabila jubin dilekapkan ke lantai lebih kurang 5 mm dan tebal jubin juga 5 mm.Pada peringkat kedua pemasangan jubin tidak lagi perlukan garisan benang kerana jubin yang seterusnya boleh dipasang terus mengikut tepi jubin yang pertama tadi. Apabila pemasangan jubin lantai siap sepenuhnya bagi bilik tersebut maka di celah-celah antara kepingan jubin tersebut dimasukkan simen berwarna mengikut warna jubin lantai yang digunakan. Caranya ialah dengan meletakkan saja serbuk simen warna di celah kepingan jubin kemudian digosok dan disapu dengan span. Setelah siap jubin lantai sepenuhnya barulah boleh dipasang skirting. Skirting adalah juga jubin lantai yang dipotong 3in atau 4in dan dipasang pada bahagian bawah dinding di sekeliling bilik tersebut. Jubin lantai yang telah siap dibersih dengan menggunakan sejenis cecair kimia (asid). Asid ini akan menanggalkan segala kotoran dan debu simen yang terlekat pada jubin. Cecair kalau
parquet
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
dicurahkan ke atas simen akan bertindak balas mengeluarkan asap yang memedihkan hidung jika tersedut. Biasanya cecair ini akan dicampur sedikit ke dalam satu baldi air dan dikacau sehingga larut. Kemudian dicurahkan ke jubin lantai dan disapukan dengan penyapu. Setelah berpuas hati barulah dibilas dengan air biasa. Cecair ini boleh didapati di kedai-kedai hardware. Di pasaran sekarang ini terdapat banyak jenis dan saiz jubin lantai. Antara saiz yang biasa di dapati ialah 1ka x 1ka, 2in x 4in, 2ka x 2ka dan lain-lain. Saiz yang popular ialah 1ka x 1ka. Kebelakangan ini saiz 2ka x 2ka juga popular terutama di kalangan mereka yang berkemampuan kerana harganya mahal iaitu antara RM16 ~ RM30 ke atas sekeping. Jenis yang terbaik adalah white horse. Kebanyakan jabatan kerajaan menggunakan jubin ceramic white horse bagi projek-projek mereka. terrazzo – kurang digunakan zaman sekarang berbandiing dahulu. Permukaannya perlu digilap dengan polish machine. Marble - selalu digunakan di bangunanbangunan besar untuk tarikan dan supaya kelihatan hebat seperti pada ruang lobby / menyambut tetamu bangunan hotel, pejabat kerajaan, pusat beli belah dan sebagainya. Juga terdapat di rumah orang-orang kaya. Parquet - kepingan kayu digunapakai di tingkat atas rumah. Tidak sesuai bagi tingkat bawah kerana lantai bawah lebih lembab menyebabkannya mudah tertanggal. Parquet dilekapkan pada lantai konkrit dengan menggunakan sejenis gam.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Jubin dinding Jubin dinding – lebih sukar dipasang berbanding jubin lantai lebih-lebih lagi jika permukaan dinding yang sedikit melengkung atau jika dinding tidak betul-betul menegak(vertical). Jika keadaan ini terdapat pada dinding maka simen yang digunakan menjadi lebih banyak dan sukar untuk dipasang selain kelihatan tidak cantik. Jubin dinding selalunya dipasang pada dinding dapur
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
dan bilik air/tandas sahaja. Memasang jubin dinding di bilik air/tandas sememangnya sukar dan perlukan kemahiran yang lebih tinggi berbanding lantai. Kebiasaanya tukang jubin akan meletakkan harga memasang jubin lantai/dinding secara pukal. Contohnya RM600 bagi sebuah bilik air/tandas termasuk dinding dan lantai. Lebih menyukarkan dalam bilik air/tandas terdapat paip-paip air dan alatan kebersihan. Peralatan kebersihan(mangkuk tandas dan tangki cistern) juga dipasang oleh tukang jubin. Kerja mengecat Cat – mengikut peraturan pengeluar cat, bagi mencapai kualilti yang baik lapisan cat yang disapukan pada permukaan dinding mengandungi 3 lapisan iaitu:-
lapisan pertama = undercoat (putih) lapisan kedua = finishing coat ( warna) lapisan ketiga = finishing coat (warna)
Cat yang digunakan pada dinding luar dan dalam adalah berbeza. Bagi dinding sebelah luar yang terdedah kepada cuaca, cat yang digunakan mestilah yang tahan cuaca (wheather bond)
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Mengurus pembelian bahan binaan Jika anda bekerja makan gaji dan dalam masa yang sama hendak menguruskan pembinaan rumah anda terutamanya pembelian bahan-bahan binaan. Tentu tidak ada banyak masa nak menguruskannya. Sebenarnya tidak begitu kerana membeli bahan binaan bukannya setiap hari. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuka akaun di kedai hardware di tempat anda yang mempunyai perkhimatan yang bagus dari segi penghantaran barang apabila dipesan. Berunding dengan tukang rumah anda dia lebih tahu tentang hal ini. Kedai hardware sememangnya mempunyai pengangkutan yang disediakan bagi menghantar barang-barang pelanggan yang dipesan/beli. Bukan kedai hardware saja yang mempunyai perkhidmatan ini tetapi juga tetapi juga kedai lain yang menjual bahan-bahan yang berkaitan dengan pembinaan seperti kedai jual batu-bata, tiang roman, jubin, kayu dan lain-lain. Tapi nak buka akaun cukup dengan kedai hardware saja kerana lebih 80% bahan binaan berada di kedai hardware. Buka akaun adalah berbincang dengan tauke kedai dan mendepositkan sejumlah wang ke kedai tersebut. Jumlahnya bergantung pada anda tapi tak perlulah banyak, hanya sekitar RM 5 ~ RM 10 ribu sudah memadai. Dengan itu anda boleh memesan barang-barang yang dikehendakki hanya melalui telefon saja atau anda boleh hantar senarai barang yang dikehendakki melalui fax saja. Mula-mula berurusan semasa membuka akaun tadi hendaklah membawa sekali tukang rumah anda untuk memudah kerja anda kerana kemungkinan mereka sudah mengenali dan kedua bagi memberitahu kedai tersebut bahawa selain daripada anda, tukang rumah anda juga perlu diberi kebenaran bagi mengambil barang dari kedai dan ditolak terus dari akaun anda. Bagi barang-barang kecil dan kuantitinya sedikit tetapi diperlukan dengan segera maka tukang rumah terus ke kedai dan mengambilnya tanpa perlu dihantar. Ini dapat menjimatkan masa dan tukang rumah juga suka dengan cara ini kerana kerja mereka tidak terganggu. Tetapi yang pentingnya menyimpan segala resit barang-barang yang dibeli bagi rujukan dan mengurus akaun anda. Anda perlu rekodkan setiap barang yang anda beli melalui akaun anda dan semak dengan resit belian. Pastikan barangan yang dihantar oleh kedai atau diambil sendiri oleh tukang rumah mempunyai resit belian. Selalulah berbincang dengan tukang rumah anda dan arahkan mereka memeriksa bilangan/jenis barangan yang dihantar adalah sebagaimana yang dipesan dan tercatit dalam resit belian. Resit belian disimpan oleh tukang rumah sementara menunggu anda mengambilnya. Sebenar mengambil dan menerima barangan dari kedai hardware bukannya tugas tukang rumah. Mereka tidak sepatutnya diarah untuk melakukankerja-kerja ini dan
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
mereka boleh pilih untuk tidak mematuhi arahan anda. Tugas mereka yang sebenar adalah kerja membina rumah dan urusan belian bahan binaan adalah tugas anda. Jika tidak ada bahan atau tidak cukup atau belum sampai maka kerja mereka juga terganggu dan rumah lambat siap. Jadi bagi berlaku adil dan mengelakkan masalah kemudian hari maka adalah lebih baik semasa mula-mula melantik tukang rumah hendaklah berbincang dan membuat kata putus terlebih dahulu tentang urusan pembelian bahan-bahan ini. Sebenarnya mudah saja iaitu dengan memberi gaji khusus kepada tukang rumah bagi membantu anda dalam urusan ini. Tentu tukang rumah akan gembira dan akan membantu anda dengan senang hati serta memudahkan kerja anda. Anda boleh gunakan pengalaman yang ada pada tukang rumah bagi memudahkan kerja anda. Tukang rumah yang berpengalaman selalu banyak kenalan di kalangan orangorang yang terlibat dalam bidang binaan ini tukang jubin, tukang paip, tukang letrik, tukang aluminium,pemilik lori kecil dan lain-lain. Selain dari itu mereka juga tahu di mana nak dapatkan bahan lain seperti kayu, pintu pagar besi, longkang, bendul konkrit pasang siap, tempahan frame pintu dan sebagainya. Dengan memberi saguhati kepada tukang rumah anda lebih kurang RM 500 sebulan adalah berbaloi dan tukang rumah juga dengan senang hati membantu dan menjaga hak-hak anda.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Memohon bekalan air dan letrik Anda tidak perlu susah payah kerana tukang paip dan letrik akan melakukannya untuk anda dan ini memang tugas mereka lagi pun mereka sudah biasa di samping sudah mengenali pegawai-pegawai yang terlibat di agensi berkenaan. Melantik tukang paip dan letrik sepatut dari awal lagi bagi mendapatkan bekalan air/letrik sementara untuk tujuan pembinaan rumah anda. Kerja-kerja paip bermula daripada mendapatkan meter dan membuat sambungan paip utama di tepi jalan terus ke tangki rumah, ke carporch( garden tap) dan lagi satu sinky di dapur. Ini adalah sambungan bekalan air terus dari paip utama Jabatan bekalan air. Tetapi jika anda hendak tambah bilangan tap (kepala paip) boleh bincang dengan tukang paip. Bekalan air ke tandas dan bilik air adalah dari tangki air rumah anda. Daripada meter ke tangki biasanya menggunakan pollypipe berwarna hitam ¾ in diameter. Daripada sini dibuat sambungan pollypipe ½ in ke garden tap dan dapur. Sistem paip air buang (waste pipe) dibuat selepas kerja konkrit grd. beam siap dipasang kira-kira 1 ka di bawah paras lantai. Oleh itu sebelum konkrit lantai dimulakan pasti semua sambungan paip air buang dalam bilik air/tandas sudah tersedia. Paip dari saluran najis mangkuk tandas adalah dari jenis upvc soil waste pipe 100mm dia. manakala dari sinky dan floor trap 50mm dia. Bahan buangan dari mangkuk tandas terus masuk ke manhole manakala dari floor trap dan sinky akan masuk ke gully trap dahulu sebelum masuk ke manhole.
Kerja-kerja letrik bermula dari meter rumah iaitu pendawaian dalam rumah dan memasang alat letrik seperti lampu, kipas, plug dan lain-lain jika ada. Bekalan letrik ke rumah anda akan disalur melalui kabel yang disambungkan oleh pihak TNB dari tiang letrik tepi jalan ke meter rumah selepas bayaran deposit dan lain-lain selesai.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Kualiti Binaan Jika anda mengurus sendiri pembinaan rumah anda, masaalah kualiti binaan tidak timbul kerana anda yang bertanggungjawab samada hendak menggunakan bahan yang berkualiti atau tidak. Perkara ini perlu berbincang dengan tukang rumah kerana ada item-item yang tidak perlukan barangan berkualiti contohnya pintu bilik. Pintu bilik berada dalam rumah dan tidak terdedah kepada cuaca. Ianya sudah memadai pintu kembong (solid panel door/standard size) yang senang di dapati di kedai hardware. Tidak perlu ditempah. Yang perlu ditempah jika saiz yang dikehendakki tidak ada di kedai dan pintu belakang yang terdedah kepada cuaca. Pintu belakang jangan beli pintu kembong (solid panel door/standard size) kerana tidak tahan cuaca. Kayu yang digunakan biasanya bukan dari kayu keras grade B atau A. Dalam bab lepas iaitu peringkat-peringkat pembinaan rumah sudah banyak dijelaskan tentang perkara-perkara yang perlu diambil berat semasa pembinaan kerana ianya berkait rapat dengan kualiti binaan sesebuah rumah. Selain mutu bahan binaan yang yang menentukan kualiti binaan, workmanship (cara kerja tukang) juga sangat penting dalam menentukan kualiti binaan sesuatu kerja. Workmanship ini berkaitrapat dengan kemahiran dan sikap pekerja-pekerja binaan yang terlibat. Sebab itulah selain kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap pekerja binaan, mereka juga sepatutnya mempunyai sikap bertanggung jawab terhadap kerja mereka dalam mematuhi segala apa yang tercatit dalam pelan dan dokumen kontrak. Kadang-kadang ada tukang atau pekerja bersikap sambil lewa terhapap kehendak / peraturan binaan yang telah ditetapkan kerana malas atau mahu cepat siap. Perkara ini boleh diatasi jika anda tahu membaca pelan rumah dan serba sedikit ilmu binaan bangunan. Kualiti binaan yang tidak memuaskan selalu berlaku dalam projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju perumahan. Ini disebabkan oleh sikap tamak pemaju / kontraktor yang mahu mengaut keuntungan yang lebih tanpa mempedulikan kesan yang menimpa pembeli yang selalu menjadi mangsa. Tambahan pula projek-projek pembinaan di Negara kita dikerjakan oleh pekerja asing yang tiada kemahiran. Tetapi rumah yang dibina oleh tukang lebih berkualiti kerana mereka selalunya lebih cermat dan perlu menjaga nama baiknya sebagai tukang rumah.
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Mendapatkan sijil layak mendudukki ( CF ) Sijil layak mendudukki adalah sijil yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah atau Perbandaran yang menyatakan sesebuah rumah atau bangunan itu selamat diduduki. Sebelum sijil ini dikeluarkan pihak berkuasa tempatan akan memeriksa rumah atau bangunan yang baru siap dibina bagi memastikan rumah tersebut dibina mengikut sebagaimana pelan yang diluluskan. Oleh itu sesiapa juga adalah dinasihati tidak membuat perubahan / pindaan semasa pembinaan rumah sedang berjalan. Jika didapati rumah yang dibina tidak mengikut sebagaimana pelan yang diluluskan maka Sijil layak menduduki tidak akan dikeluarkan. Perkara-perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah: jarak dinding rumah dengan sempadan tanah anda paling minima 3 meter bagi sebelah tepi dan belakang rumah. bagi sebelah hadapan paling minima adalah 6 meter. Septic yang digunakan mestilah dari jenis yang yang sama sebagaimana pelan yang diluluskan. Jika septic tank yang digunakan berlainan jenis, maka pemilik rumah akan dinasihati membuat perubahan pada pelan dan diarah mengangkat permohonan baru bagi kelulusan pelan tersebut sebelum dikeluarkan sijil layak menduduki. Tiada perubahan / pindaan pada keluasan lantai dan dinding sebelah luar. Dinding sebelah dalam boleh dipertimbangkan. Kenapa perlu sijil layak menduduki (CF) Ianya tiada masalah jika anda ingin mendiami rumah tersebut sampai bila-bila pun dan bekalan letrik, air dan lain-lain semuanya boleh didapati seperti biasa. Yang menjadi masalah ialah apabila anda hendak menjual rumah tersebut kepada orang lain dan melibatkan pinjaman dengan pihak bank serta syarikat insuran. Pada keadaan inilah perlunya CF. Pihak bank tidak akan mengeluarkan pinjaman bagi rumah-rumah yang tiada CF begitu juga pihak insuran. Rumah yang tiada CF bermakna rumah itu tidak selamat diduduki pada pandangan pihak bank dan insuran. Sebenarnya rumah yang tiada CF sama saja dengan rumah yang ada CF dari segi kekuatan dan keselamatan malah lebih berkualiti dari rumah yang dibina oleh pemaju walaupun ada CF. CF Cuma sijil yang dikeluarkan oleh pihak majlis daerah masing-masing setelah melakukan pemeriksaan samada rumah tersebut dibina mengikut pelan yang telah diluluskan atau ada pindaan semasa dalam pembinaan. Jika pembelian secara tunai ianya tiada masalah. Cara memohon sijil layak menduduki
March 18, 2011
PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA
Perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana pihak yang menandatangani pelan iaitu pelukis pelan atau arkitek akan melakukanya dan sememangnya tanggungjawab mereka.
Diharapkan ebook ini dapat memberi kefahaman yang jelas tentang pembinaan sesebuah rumah. Wassalam, Kontraktor Siber Fatahbidin www.bina-rumah.com/wp