PANDUAN LENGKAP SOLAT CARA BERWUDHU AZAN & IQAMAH CARA BERSOLAT
[MSCLUK@2016]
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
Cara Berwudhu A. ADAB BERWUDHU 1. Wuduk ertinya membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air. Wuduk merupakan syarat sahnya solat. Oleh itu, wuduk mesti dilaksanakan dengan baik dan betul. 2. Rukun wuduk ada enam perkara: a. Niat sewaktu membasuh muka Lafaz niat wuduk adalah:
b.
c. d. e. f.
“Aku berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala.” Membasuh muka dimulakan dari tumbuhnya rambut kepala sampai di bawah dagu dan dari telinga kanan sampai ke telinga kiri. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku. Menyapu air pada sebahagian kepala. Membasuh kedua belah kaki. Tertib (berturut-turut). Dengan erti kata lain, mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.
B. SYARAT-SYARAT WUDHU Syarat-syarat wuduk ialah: a. Orang Islam b. Mumayyiz (orang yang dapat membezakan baik dan buruk sesuatu pekerjaan). c. Tidak berhadas besar. d. Menggunakan air yang suci lagi menyucikan. e. Tidak ada sesuatu yang menghalang air sampai ke kulit pada anggota wuduk.
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 1
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
C. SUNAT-SUNAT WUDHU Sunat-sunat wuduk ialah: a. Membaca Bismillah. b. Membasuh telapak tangan. c. Berkumur-kumur. d. Membersihkan lubang hidung. e. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri. f. Menyapu seluruh kepala. g. Mengusap kedua telinga luar dan dalam. h. Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali. i. Sela-menyela antara jari tangan dan kaki. j. Membaca kalimah syahadah setelah selesai wuduk.
D. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU a. Sesuatu yang keluar dari qubul dan dubur. b. Hilang akal sebab mabuk, gila, pitam dan sebagainya. c. Terjadi persentuhan antara kulit tubuh lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya dan tanpa tutup pemisah. d. Menyentuh qubul dan dubur dengan telapak tangan yang tidak dipakai tutup pemisah baik kemaluan sendiri mahupun orang lain. e. Tidur yang tidak tetap tempat dan kedudukannya. f. Murtad
E. MENGANGKAT WUDHU/HADAS KECIL 1. Mulakan dengan bismillah..
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha penyayang.” Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 2
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
1. Membersihkan Kedua Belah Telapak Tangan
2. Berkumur-kumur dan Membersihkan Hidung.
3. Membasuh muka.
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 3
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
“Aku berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala.”
4. Membasuh tangan kanan dan kiri.
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 4
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
5. Menyapu sebahagian kepala.
6. Membasuh kedua belah telinga.
7. Membasuh kaki kanan dan kiri.
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 5
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
8. Doa selepas wuduk.
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada yang menyekutukanNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat dan jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan, jadikanlah aku daripada hambaMu yang soleh, Maha Suci Engkau ya Allah dengan sifat kepujianMu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan taubat kepadaMu dan Allah rahmati serta sejahterakan junjungan kami Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 6
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
Azan & Iqamah A. BACAAN AZAN
1. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
2. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. 3. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. 4. Marilah mendirikan solat. 5. Marilah menuju kemenangan. 6. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. 7. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan itu dilaungkan pada setiap waktu sembahyang Fardu dan bacaannya sama, melainkan azan subuh, ditambah dengan seruan:
8. Solat itu lebih baik daripada tidur.
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 7
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
B. DOA SESUDAH AZAN
“Wahai Tuhan yang empunya seruan yang telah sempurna dan solat yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi kepada junjungan kami Muhammad kehormatan dan pangkat yang menjulang tinggi. Bangkitkan untuknya kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan, sesungguhnya Engkau tidak mungkir janji.
C. BACAAN IQAMAT 1. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. 2. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. 3. Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. 4. Marilah mendirikan solat. 5. Marilah menuju kemenangan. 6. Sesungguhnya solat itu hampir didirikan. 7. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. 8. Tiada Tuhan melainkan Allah. Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 8
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
Cara Bersolat A. PENGERTIAN Solat adalah perintah Allah (s.w.t) yang paling utama. Oleh itu, perintah solat disampaikan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) adalah secara langsung dan tidak melalui perantaraan. Iaitu ketika Nabi Muhammad (s.a.w) sedang melaksanakan israk dan mikraj. Perintah solat berbeza dengan perintah yang lain. Solat bererti doa atau permohonan kepada Allah. Solat menurut istilah adalah perbuatan ibadah yang merupakan ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. 1. Solat Subuh ( 2 rakaat ) 2. Solat Zuhur ( 4 rakaat ) 3. Solat Asar ( 4 rakaat) 4. Solat Maghrib ( 3 rakaat ) 5. Solat Isya’ ( 4 rakaat )
B. SYARAT-SYARAT MELAKUKAN SOLAT I. Syarat Wajib Solat: 1. Islam 2. Baligh dan berakal. 3. Suci daripada hadas kecil dan besar. 4. Selamat salah satu anggota deria pendengaran atau penglihatan 5. Sampai seruan Islam. II. Syarat sah solat: 1. Suci daripada hadas kecil dan besar. 2. Suci tempat, pakaian dan tubuh daripada najis. 3. Mengetahui tentang masuknya waktu solat. 4. Menutup aurat. 5. Menghadap kiblat. Keterangan - Aurat bagi lelaki adalah dari pusat sampai ke lutut manakala aurat perempuan adalah seluruh badannya kecuali muka dan kedua telapak tangan. Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 9
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
C. RUKUN SOLAT 1. Berniat. 2. Berdiri bagi yang mampu. 3. Takbiratul ihram (membaca Allahu Akbar). 4. Membaca surah al-Fatihah. 5. Rukuk dengan tuma’ninah. 6. Iktidal dengan tuma’ninah. 7. Sujud dengan tuma’ninah. 8. Duduk antara dua sujud dengan tuma’ninah. 9. Duduk tasyahud akhir dengan tuma’ninah 10. Duduk tasyahud akhir. 11. Membaca selawat Nabi ketika tasyahud akhir. 12. Membaca salam yang pertama. 13. Tertib (berturut-turut).
D. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT Apabila salah satu rukun dan syarat tidak dikerjakan atau ditinggalkan dengan sengaja, maka batallah solatnya (tidak sah). Di antara yang membatalkan solat adalah sebagai berikut: 1. Berhadas. 2. Bercakap-cakap dengan sengaja. 3. Terbuka aurat. 4. Bergerak berturut-turut tiga kali (3 x). 5. Makan dan minum walaupun sedikit. 6. Terkena najis. 7. Membelakangi kiblat. 8. Tertawa tergelak-gelak. 9. Menambah rukun. 10. Mendahului imam dua rukun bila menjadi makmum. 11. Berubah niat. 12. Melangkah atau memukul dengan kuat. 13. Murtad (keluar daripada agama Islam)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 10
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
E. Niat Solat Fardhu 1. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat kerana Allah Ta’ala.” 2. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.” 3. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala.” 4. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat kerana Allah Ta’ala.” 5. Solat Subuh:
“Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” Lafaz niat solat Jumaat:
“Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Ta’ala.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 11
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
F.
PANDUAN SOLAT BERGAMBAR (SOLAT ZUHUR)
Sebelum mengangkat takbir (takbiratul ihram) hendaklah kita membaca lafaz niat berikut ini:
“Sahaja aku mengerjakan solat fardu zuhur empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”
1. Takbiratul Ihram: (Allah Maha Besar)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 12
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
2. Berdiri pada Rakaat Pertama:
3. Doa Iftitah:
“Allah Maha Besar lagi Agung dan puji-pujian bagi Allah sebanyakbanyaknya. Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderungkan lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku daripada golongan orang yang menyekutukan-Nya.
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 13
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku termasuk dikalangan orang muslim (berserah diri).” 4. Bacaan Ta’awwuz: “Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang direjam.” 5. Bacaan Surah al-Fatihah:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat). Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7) 5. Bacaan Surah:
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 14
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi orang yang solat, (iaitu) orang yang lalai daripada solatnya, orang yang berbuat riyak dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” (Surah al-Ma’un: 1-7) 6. Takbir Kerana Rukuk:
(Allah Maha Besar)
7. Rukuk:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 15
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
8. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk): “Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 16
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
9. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
(Ya Tuhan kami! BagiMu segala pujian)
(Allah Maha Besar)
10. Sujud yang Pertama:
“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 17
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
11. Duduk di antara Dua Sujud:
“Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 18
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
12. Sujud yang Kedua:
(Allah Maha Besar)
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
13. Bangun ke Rakaat Kedua Tanpa Mengangkat Tangan:
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 19
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
14. Surah al-Fatihah:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat). Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7) 15. Membaca Surah:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melemparkan mereka dengan batu berasal daripada tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat). (Surah al-Fil: 1-5) Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 20
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
16. Takbir Kerana Rukuk:
(Allah Maha Besar)
17. Rukuk:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya“.
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 21
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
18. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
19. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
(Ya Tuhan kami! BagiMu segala pujian)
(Allah Maha Besar)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 22
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
20. Sujud yang Pertama: “Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
21. Duduk di antara Dua Sujud:
“Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 23
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
22. Sujud yang Kedua:
(Allah Maha Besar)
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya”.
(Allah Maha Besar)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 24
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
23. Duduk Tahiyat Awal:
24. Bacaan Tahiyat Awal:
“Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya milik Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Selamat sejahtera atas kita dan juga hambahamba Allah yang baik-baik. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah. Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas Muhammad.” 25. Berdiri dan Mengangkat Takbir Selepas Tahiyat Awal:
(Allah Maha Besar)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 25
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
26. Berdiri pada Rakaat yang Ketiga:
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 26
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
27. Surah al-Fatihah:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat). Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7) 28. Takbir Kerana Rukuk:
(Allah Maha Besar)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 27
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
29. Rukuk:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya.”
30. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 28
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
31. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk)
(Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala pujian)
(Allah Maha Besar)
32. Sujud yang Pertama):
“Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 29
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
33. Duduk di antara Dua Sujud:
“Tuhanku ampunkanlah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 30
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
34. Sujud yang Kedua:
(Allah Maha Besar)
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
35. Bangun ke Rakaat Keempat tanpa Mengangkat Tangan:
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 31
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
36. Surah al-Fatihah:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan(hari Akhirat). Engkaulahsahaja(Ya Allah) Yang Kamisembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang yang sesat.” (Surah al-Fatihah: 1-7) 37. Takbir Kerana Rukuk:
(Allah Maha Besar)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 32
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
38. Rukuk:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung Dengan sifat kepujian-Nya.“
39. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 33
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
40. Iktidal (Kembali Berdiri dari Rukuk):
(Ya Tuhan kami! BagiMu segala pujian)
(Allah Maha Besar)
41. Sujud yang Pertama: “Maha Suci TuhanKu yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 34
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
42. Duduk di antara Dua Sujud:
“Tuhanku ampunkanlah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 35
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
43. Sujud yang Kedua:
(Allah Maha Besar)
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.”
(Allah Maha Besar)
44. Duduk Tahiyat Akhir:
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 36
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
45. Bacaan Tahiyat Akhir:
”Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya milik Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Selamat sejahtera atas kita dan juga hambahamba Allah yang baik-baik. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad sebagai utusan Allah. Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah anugerahkan kesejahteraan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.” 46. Salam ke Kanan:
“Sejahtera ke atas kamu dan semoga dicucuri rahmat Allah.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 37
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
47. Salam ke Kiri:
“Sejahtera ke atas kamu dan semoga dicucuri rahmat Allah.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 38
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
48. Doa Qunut dan Solat Subuh:
49. Bacaan Doa Qunut:
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 39
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
“Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku bersama orang yang telah Engkau tunjukkan. Afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin dan berkatilah bagiku pada apaapa yang telah Engkau berikan. Peliharalah aku daripada kejahatan perkaraperkara yang telah Engkau qadha’kan (hukumkan). Maka Engkau yang menghukum bukannya Engkau yang dihukum. Tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau, maka bagi-Mu jua segala kepujian atas apa yang Engkau tetapkan. Aku meminta ampun kepada Engkau dan taubat kepada Engkau dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummi (tidak tahu membaca) dan sejahtera atas keluarganya dan para sahabatnya.”
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 40
KEM SOLAT ANAK CEMERLANG
Rumusan Posisi Solat
Malaysian Students & Community of Leeds @ 2016
Page 41