Metodologi Pengeluaran hukum di sisi Ulama
Izal Mustafa
0
إن الحمد هلل نحمده ونصلي على رسول هللا وعلى آله وصحبه ومن تبعهم باحسان . وبعد،إلى يوم الدين
Pendahuluan Islam adalah agama mudah sentiasa berusaha untuk mendatangkan dengan hukum yang tidak memberi bebanan yang berlebihan sehingga tidak mampu dipikul oleh insan. Islam juga adalah sebuah agama yanag amat bersesuaian dengan kehendak fitrah kehidupan insan. Melalui beberapa dalil dari Al-Quran dan sunnah nabi s.a.w. kita mendapati bahawa segala yang ditetapkan Islam sebenarnya berada di bawah kemampuan insan. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. tiada lagi pensyariatan yang baru, samada yang menetapkan hukum syariat yang baru ataupun yang membatalkan hukum. Disebabkan penurunan wahyu telahpun berakhir. Namun ketika berhadapan dengan isu-isu terkini yang memerlukan untuk dikenalpasti hukumnya, para alim ulama tetap berjaya mengenalpasti hukum disebalik sesuatu isu. Dengan berdasarkan metodologi pengeluaran hukum yang telah dikenalpasti serta disusunrapi oleh generasi ulama terdahulu. Kerana kepentingan metodologi dalam memahami teks agama itu tidak dapat dinafikan sama sekali, pembentangan kali ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Yang pertama memberi penjelasan berkaitan kepentingan memahami cara/metodologi dalam mengeluarkan hukum. Yang kedua: Memberi penjelasan umum berkaitan metodologi yang digunakan oleh para ulama dalam mengeluarkan hukum. Bahagian yang ketiga pula menjelaskan kepentingan seseorang itu memahami objektif yang ingin dicapai syarak disebalik sesuatu hukum. 1
Bahagian Pertama: Kepentingan memahami metodologi hukum. Al-Quran dan Hadith sebahagian besarnya hanya memberi gambaran umum sahaja. Untuk menafsirkannya dan memahami isikandung sesuatu ayat suci AlQuran ataupun hadith Nabi s.a.w. memerlukan kepada kaedah dan ilmu yang berkaitan dengan kedua-duanya. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai asas ilmu, maka sukar baginya untuk memahami teks al-Quran dan Hadith dengan cara yang sempurna. Kita tidak mampu untuk mengetahui makna disebalik kedua-dua teks ini dari sudut zahir maknanya sahaja, apatah lagi kalau sekiranya hanya melihat terjemahannya lalu memahami teks al-Quran dan Hadith berdasarkan zahir terjemahan itu. Cara ini amat jauh sekali daripada kaedah yang dibenarkan di dalam disiplin ilmu. Oleh yang demikian, dalam coretan yang ringkas ini akan dibahaskan sedikit sebanyak cara dan pendekatan para ulama empat mazhab dalam mengeluarkan hukum dari teks-teks agama. Contoh yang membuktikan kepentingan memahami metodologi hukum. Apabila seorang individu itu tidak mengetahui cara untuk memahami teks-teks agama, serta metodologi yang digunakan para ulama dalam mengeluarkan hukum, maka seharusnya dia membuat rujukan kepada penulisan para alim ulama yang memberi penjelasan akan cara memahami teks agama tersebut. Kadangkala satu ayat dari Al-Quran yang menggunakan lafaz umum tapi yang dimaksudkan itu adalah khusus. Kadangkala pula sebahagian dari ayat-ayatnya sudah tidak lagi dipakai (mansukh) kerana ada ayat yang datangnya selepas ayat yang pertama tadi, lalu membatalkan ataupun mengkhususkan hukum pada ayat berikut. Memangnya penting untuk seseorang itu kembali kepada Al-Quran dan Sunnah, akan tetapi termasuk juga antara cara kita kembali kepada Quran dan Sunnah adalah pengetahuan bagaimana cara untuk memahami kedua-dua sumber hukum tersebut. Sekiranya tidak kita akan tersalah langkah serta tersalah tafsir akan teks-teks tersebut.1 Sebagai contoh, kita menyaksikan hari ini, apa yang berlaku di sebahagian negara yang memiliki jumlah majoriti muslimin padanya, keadaan huru-hara yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa beribu rakyatnya, serta berjuta lain yang kehilangan tempat berteduh dan sumber rezeki. Bagaimana sebahagian pihak yang bertindak ganas serta melampaui batas itu, mendakwa bahawa apa yang mereka laksanakan itu berdasarkan AlQuran dan Sunnah? Bagaimana pembunuhan yang dilakukan dengan berleluasa dikatakan sebagai perkara yang hak serta dibenarkan Islam? Pembakaran, Sejarah ajaran sesat sepanjang zaman membuktikan bahawa ajaran-ajaran tersebut menggunakan dalil-dalil syarak dengan pemahaman dan penafsiran yang menyeleweng. Teksteks Al-Quran pernah disalah tafsirkan, begitu juga sunnah Nabi s.a.w., pernah juga dalil-dalil syarak yang lain yang disalah guna seperti dalil Qiyas, Maqasid (Objektif syarak) dan sebagainya. Kerana itu, teks agama tanpa penafsiran dan pemahaman yang tepat, hanya merupakan sebuah teks yang terbuka kepada interpritasi yang pelbagai. 1
2
penyembelihan, pemerkosaan yang berselindung di sebalik tabir “penghambaan”? Mungkin ada yang bertanya, apakah agaknya punca sedemikian? Adakah kerana Al-Quran yang mereka baca itu berbeza dengan AlQuran yang saya baca, kerana hasil serta natijahnya berbeza? Ternyata yang berbeza antara kedua-dua kefahaman ini adalah cara dan metodologi yang digunakan dalam memahami dan menafsirkan teks agama. Saya membawa dua contoh yang berkaitan dengan kesilapan yang berlalu dalam cara memahami Al-Quran dan Sunnah. Contoh: Bunuhlah semua yang tidak mengucap??? Dalil yang sering digunapakai golongan ekstrimis untuk membenarkan keganasan serta pembunuhan mereka yang tidak sependapat dengan aliran dan pemikirannya, adalah beberapa hadith yang diambil secara literal/secara zahir. Tanpa melihat kepada apa yang dimaksudkan disebalik lafaz yang digunakan (kepada teks) juga tanpa mengambilkira suasana dan latarbelakang yang menyelebungi hadith tersebut (konteks). Seperti hadith Nabi s.a.w. yang berbunyi: ، أمرت أن أقاتل الناس حتى يـشـهــدوا أن ال إلــه إال هللا وأن محمد رسول هللا Yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk membunuh manusia, sehinggalah mereka mengucapkan Bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah utusan Allah…(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim). Sekiranya hadith tersebut difahami secara literal tanpa mengambilkira penjelasan ulama berkaitannya, maka akan menghasilkan seorang individu ekstrim dalam pemikirannya, serta mungkin dirinya akan lebih cenderung kepada keganasan dan sebagainya. Pertama: Maksud di sebalik lafaz “An-Nas”- manusia? Apakah yang dimaksudkan Nabi s.a.w. dengan “An-Nas” disebalik hadith tersebut? Adakah yang dimaksudkan dengan kalimat “An-Nas” itu keseluruhan manusia? Oleh itu seakan-akan Nabi diperintah Tuhan untuk membunuh keseluruhan manusia sehinggalah mereka mengucap dan memeluki agama Islam? Adakah kalimah “An-Nas” itu kalimat yang membawa pengertian umum ataupun yang dimaksudkan itu adalah maksud yang lebih khusus? Yang memberi penumpuan kepada golongan yang tertentu dan bukannya keseluruhan insan? Ternyata kadangkala istilah yang digunakan syarak (Quran dan Sunnah) itu biasanya digunakan untuk lafaz yang umum, akan tetapi kemungkinan besar syarak menggunakan kalimah itu untuk menjelaskan satu perkara yang khusus. Sebagai contoh firman Allah s.w.t.: 3
)173( اللُ و ِنعم الو ِكي ُل ّ اس ِإ َّن النَّاس قد جمعُوا ل ُكم فاخشوهُم فزادهُم ِإيمانا وقالُوا حسبُنا ُ َّالَّذِين قال ل ُه ُم الن Yang bermaksud: Mereka yang mana ketika manusia mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka". Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung". (Surah Ali Imran: 173). Kalimat “An-Nas” pada ayat tersebut digunakan dua kali. Kali yang pertama yang dimaksudkan disebaliknya bukanlah keseluruhan manusia, akan tetapi seorang insan bernama: Nu’aim ibn Mas’ud. Adapun maksudnya pada kali yang kedua adalah: Abu Sufyan dan kaum Quraish. Menurut para ulama, contoh ini dipanggil ()العام الذي يريد به الخصوص Yang bermaksud: Kalimat umum yang dimaksudkan disebaliknya pengertian khusus. Kerana itu, seperti ayat yang diatas, maksud disebalik kalimat “An-Nas” pada hadith: Aku diperintahkan untuk membunuh manusia, bukanlah keseluruhan manusia. Akan tetapi ia merujuk kepada konteks dan suasana yang menyelebungi tatkala Nabi s.a.w. menyampaikan hadith tersebut. Yang dimaksudkan itu adalah mushrikin dari orang arab, seperti yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani.1 Kedua: Melihat kepada konteks sesuatu dalil. Bagi mereka yang mengkaji serta meneliti sesuatu dalil ataupun teks agama, beliau perlu sentiasa memerhatikan konteks saat wahyu itu diturunkan ataupun hadith tersebut disabdakan. Allah s.w.t. tatkala menurunkan wahyu kepada golongan para sahabat, sesungguhnya Allah s.w.t. ingin agar wahyuNya difahami oleh generasi yang mana padanya diturunkan wahyu tersebut. Maka oleh itu, seorang yang berusaha untuk memahami Al-Quran dan Sunnah tidak dapat mengabaikan untuk mempertimbangkan konteks serta suassana pada saat wahyu itu diturunkan. Sekiranya kita mengkaji dan menetliti konteks di waktu nabi s.a.w. menyampaikan hadithnya, kita akan mendapati bahawa Islam pada ketika itu berhadapan dengan cabaran dan permusuhan dari pelbagai penjuru. Samada dari kota Mekkah dengan serangan mushrikin Quraish, kemudian dari perkampungan yang bersebelahan dengan kota madinah yang memusuhi Islam serta sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam. Pada saat itu Nabi s.a.w. menyampaikan hadithnya berikut.
1
Ibn Hajar, Fathul Bari, juz 1, hlmn 145-146.
4
Bahagian Kedua: Metodologi Istinbat Hukum Serta Kaedahnya. Tujuan bahagian ini adalah untuk memberi gambaran secara umum dan bukanlah yang terperinci, berkaitan cara dan metodologi yang digunakan ulama empat mazhab1 dalam mengeluarkan hukum. Setentunya tiada perbezaan diantara keempat-empat mazhab berkaitan dengan rujukan utama dalam mengeluarkan hukum, seperti Al-Quran dan Sunnah. Perbezaan yang berlaku mungkin terhadap beberapa kriteria bagi memahami teks Al-Quran dan Sunnah. Tambahan dari ini perbezaan juga wujud antara mereka berkaitan dengan beberapa lagi dalil sekunder (secondary) yang hanya meyokong dalil-dalil yang utama tersebut seperti, Qiyas, Ijmak, pendapat para sahabat r.a., ataupun amalan ahli kota Madinah dan sebagainya. Para ulama Imam mazhab tidak sependapat dalam aplikasinya sebagai sumber hukum Islam. Oleh kerana ruang yang terhad, pembentangan kali ini tidak dapat menyatakan dengan terperinci segala jenis dalil yang digunakan ulama silam kita untuk mengeluarkan dalil. Kerana jumlahnya yang terlalu banyak, bahkan menurut sebahagian pengkaji dalil syara’ yang pernah digunakan oleh para ulama ushul jumlahnya mencapai 46 (empat puluh enam) macam dalil2. Pembentangan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian: Bahagian A, memberi penumpuan kepada dalil-dalil syarak yang disepakati dan cara pemahamannya. Adapun Bahagian B, menjelaskan metodologi pengeluaran hukum di sisi ulama & dalil-dalil syarak yang dipertikaikan. Bahagian A: Dalil-dalil syarak yang disepakati serta cara pemahamannya. Dalil merupakan sumber dan dasar utama bagi mazhab-mazhab fiqh bagi pengeluaran hukum-hakam syarak. Terdapat dua dalil utama (primary) yang disepakati –secara dasar- penghujahannya di sisi keseluruhan mazhab fiqh, iaitu dalil dari Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Boleh disimpulkan dalil-dalil yang Nama-nama mazhab yang sering kedengaran: Mazhab As-Syafie, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali. Kita juga mengetahui bahawa nama-nama sesuatu mazhab diambil sempena nama-nama imam yang dianggap sebagai pengasas sesuatu mazhab. Maka kadangkala berlaku kecelaruan bagi sebahagian individu yang menyangka bahawa mazhab As-Syafie ini hanya merupakan pendapat dan perkataan imam As-Syafiee sahaja. Begitu juga bagi mazhab Hanafi, Maliki dan mazhab Hanbali. Mazhab bukanlah pendapat seorang individu. Para imamimam mazhab, telah mengasaskan mazhab mereka lalu mereka menetapkan beberapa prinsip serta kaedah yang dijadikan sebagai sandaran utama mazhab mereka. Tidak pernah mereka itu bertanggapan bahawa pendapat mereka sahaja yang betul serta yang perlu diterima pakai, serta tiada yang boleh membahas ataupun mengkaji terhadap isu-isu yang telah mereka putuskan. Dari ini kita memahami bahawa sebuah mazhab adalah pendapat beratus bahkan ribuan ulamak, Sebuah mazhab adalah pendapat sekumpulan ulama. Ia adalah suatu institusi, sebuah madrasah yang saling kuat menguatkan antara satu dengan yang lain. 2 Hasbi Ash Shiddieqy, Pengantar Hukum Islam I, Jakarta: Bulan Bintang, 1980, hal. 185 1
5
utama yang disepakati, serta dalil-dalil yang sekunder yang masih lagi terdapat khilaf ulama berkaitannya seperti berikut: Dalil disepakati:
Al-Quran. Sunnah.
Dalil yang terdapat khilaf:
Al-Ijma’ Al-Qiyas Al-Maslahah. Al-Istihsan. Sad Al-Dzara’ie’.
Syara’ man Qablana. Qaul Sahabiy. ‘Amal Ahli Madinah. Al-Urf. Al-Istishab.
Al-Quran dan Sunnah sebagai Hujjah. Al-Quran yang sekarang ini berada di sisi kita merupakan Al-Quran yang sama di zaman Nabi s.a.w. dan kurun-kurun selepasnya. Ulama fiqh menjadikan AlQuran ini sebagai sumber asal dan asasi dalam pengeluaran hukum. Mushaf yang mereka jadikan sandaran adalah mushaf rasm Uthmani pada kebanyakkan situasi dan permasaalahan. Kadangkala mereka menjadikan mushaf yang lain, selain dari Rasm Uthmani sebagai sandaran dalam beberapa masalah yang tertentu. Sebagai contoh Mazhab Hanafi kadangkala merujuk kepada mushaf Ibn Mas’ud dalam sebahagian bab Fiqh. Secara dasarnya, status Al-Quran sebagai sandaran utama bagi penetapan hukum merupakan perkara yang disepakati ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang terdiri dari empat mazhab. Adapun khilaf di sisi ulama, sebenarnya berkaitan dengan cara memahami teks Al-Quran tersebut, ia akan dibahaskan setelah penjelasan berkaitan sunnah. As-Sunnah merupakan apa yang diriwayatkan dari perbualan Nabi s.a.w., dan perbuatannya, dan persetujuan Nabi s.a.w. dalam sesuatu isu (Taqriratihi). Secara dasarnya keseluruhan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah menjadikan sunnah nabi s.a.w. sebagai sandaran yang kedua setelah Al-Quran. Perkara ini jelas terbukti bagi setiap individu yang mengkaji penulisan-penulisan ulama fiqh yang pelbagai. Termasuk juga mazhab Hanafi, merupakan antara mazhab yang menitikberatkan penghayatan sunnah. Oleh itu dakwaan sebahagian individu bahawa Imam Abu Hanifah tidak mengetahui melainkan 17 hadith yang sahih, merupakan satu dakwaan –menurut Sheikh Al-Qardawi- yang palsu.1
Al-Qardawi, Kaifa Nata’amal Ma’a Al-Sunnah, Virginia, Al-Ma’had Al-‘Alami li Al-Fikr Al-Islami, cetakan kedua, hlmn 52. 1
6
Penghujahan sunnah dan hubungannya dengan Al-Quran. Secara dasarnya, hukum yang dikeluarkan dari sunnah yang sahih tidak akan sekali-kali bercanggahan dengan nas Al-Quran. Sekiranya berlaku percanggahan hukum antara keduanya, maka itu merupakan satu petanda bahawa kemungkinan sunnah yang diriwayatkan tidak sahih.1 Adapun berkaitan hubungan sunnah (hadith) dengan nas Al-Quran boleh disimpulkan pada lima situasi yang berikut: 1) Apabila isikandung hadith selari dengan apa yang ditetapkan Al-Quran, 2) Sunnah menjelaskan maksud umum ayat suci Al-Quran, 3) Sunnah mengkhususkan maksud umum yang dibawa AlQuran, 4) Sunnah menambah pensyaratan bagi hukum yang dibawa Al-Quran dan yang ke 5) Sunnah menetapkan hukum baru yang tiada di dalam Al-Quran.2 Ulama bersepakat atas status sunnah sebagai hujjah dalam tiga situasi yang pertama, adapaun dua situasi yang terakhir, terdapat khilaf di sisi ulama berkaitannya. Sebagai contoh sekiranya terdapat sebuah hadith ahad3, maka di sisi mazhab AlSyafieyah dan Al-Hanabilah, hadith ini boleh digunapakai untuk mengkhususkan sebuah hukum yang bersifat umum yang dibawa teks Al-Quran. Maka hadith tersebut seakan-akan mengikat hukum umum yang dibawa AlQuran. Adapun menurut mazhab Hanafi hadith ini tidak kuat untuk dijadikan hujjah lalu mengkhususkan hukum yang dibawa teks Al-Quran. Mazhab Maliki pula akan berusaha untuk mencari huraian dan dalil tambahan bagi isu ini, sehingga menyokong pengkhususan hukum Al-Quran yang umum dengan teks hadith yang mengkhususkannya. Samada dalil tambahan ini merupakan dalil “amalan ahli Madinah” ataupun “Qiyas”. Adapun bagi situasi yang terakhir, iaitu apabila sunnah mendatangkan dengan hukum yang baru serta tiada di dalam Al-Quran. Maka ulama bersepakat bahawa ia adalah hujjah. Perbezaan pendapat mereka adalah berkaitan dengan sunnah yang mana yang dianggap sebagai sebahagian dari hukum syarak. Kerana itu, amalan Nabi s.a.w. yang dianggap sebagai sebahagian dari Syariah adalah apa yang dilaksanakannya sebagai seorang Nabi s.a.w.. Adapun amalan-amalan biasa yang dilakukan Baginda s.a.w. yang dikenali di sisi ulama sebagai Al-Af’al AlJIbilliyah, yang maksud perbuatan biasa yang dilaksanakannya sebagai seorang Nabi; maka ia tidak dianggap sebagai sebahagian dari syariah.
Al-Qardawi, Kaifa Nata’amal Ma’a Al-Sunnah, hlmn 93. Jasser Auda, Maqasid Al-Syariah, Beirut, Maktab Al-Tauzi’, cetakan pertama, 2012, hlmn 146. Sila lihat, Mustafa Al-Bugha, Usul Al-Fiqh Al-Islami, Beirut, Dar Al-Mustafa, cetakan ketiga, 2007, hlmn 67. 3 Hadith Ahad: yang mana pada salah satu jalur periwayatannya terdapat satu perawi. 1 2
7
Begitu juga perbuatan-perbuatan yang dikhususkan untuk nabi s.a.w., dan bukanlah merupakan satu penetapan hukum buat keseluruhan umat Nabi s.a.w. Alat-alat pengeluaran hukum syarak- Mengenali penunjuk lafaz. Pembahasan tentang cara pengeluaran hukum merupakan bidang ilmu Usul Fiqh. Di antara pembahasan utama ilmu Usul Fiqh berkaitan dengan Dilalatu AlAlfaz, iaitu petunjuk lafaz-lafaz syarak. Adakah hukumnya yang dinyatakan sesuatu teks Al-Quran ataupun hadith dinyatakan dengan jelas ataupun hukumnya tersembunyi? Adakah hukumnya bersifat umum ataupun khusus? Persoalan-persoalan ini merupakan antara cara yang dituruti para ulama bagi mengenalpasti hukum bagi sesuatu hukum. Pembentangan kali ini hanya akan memberi dua contoh berhubungan dengan penunjuk lafaz. Yang pertama, ia berkaitan dengan dalil yang jelas dan tidak jelas. Adapun yang kedua, berkaitan hukum yang terzahir dengan hukum yang tersirat (mafhum dan mantuq). Contoh pertama: Penunjuk Lafaz: Dari segi jelas ataupun tidak sesuatu lafaz.
Suatu lafaz yang tidak mempunyai kemungkinan makna lain selain dari apa yang nyatakan digelarkan sebagai lafaz mubayyan atau nas. Sebagai contoh: Nabi s.a.w. tatkala ditanya berkenaan dengan berwudhu’ dengan menggunakan air laut, maka Nabi s.a.w. menjawab: Dia suci airnya, dan halal bangkainya.1 Maka hadith ini dengan jelas menetapkan hukum menggunakan air laut dalam berwudhu’. Teks hadith ini merupakan “nas” dalam isu ini, lafaz yang digunakan tidak mengandungi makna dan maksud yang selainnya. Bila sesuatu lafaz tersembunyi maknanya dan seorang mujtahid memerlukan kepada dalil yang lain untuk mengenalpasti maksudnya, ia dipanggil sebagai lafaz Mushkil. Antara contoh lafaz mushkil adalah apabila sesuatu lafaz mengandungi dua makna atau lebih tanpa diketahui mana satu makna yang lebih kuat (Lafaz Mushtarak). Sebagai contoh: Lafaz “Quru’” dalam firman Allah s.w.t.: Dan seorang wanita yang diceraikan beriddah selama tiga Quru’. [Surah : Al-Baqarah 228]. Kalimat “Quru’” ini bermaksud keadaan suci seorang wanita di waktu yang sama ia juga bererti keadaan haid.2
Hadith riwayat Imam At-Tirmizi. Maka seorang faqih perlu mencari dalil yang lain bagi mengenalpasti hukum dan maksud disebalik lafaz itu. Sekiranya maksud Quru’ itu adalah keadaan suci seorang wanita, ini bermaksud iddahnya selesai di awal waktu haid yang ketiga. Adapun sekiranya maksud Quru’ itu adalah keadaan haid, maka iddah seorang wanita itu tamat apabila beliau suci dari haid yang ketiga. 1 2
8
Namun apabila kita mampu mengenalpasti makna yang lebih jelas untuk dijadikan sebagai maksudnya, maka lafaz tersebut dikenali sebagai lafaz zhahir.
Contoh kedua: Hukum yang terzahir mahupun yang tersembunyi. Para ulama –selain Hanafi- membahaskan status sesuatu dalil dari segi apa yang dinyatakan dengan jelas dan apa yang tersirat, kepada Al-Mantuq dan AlMafhum. Al-Mantuq bererti maksud di sebalik sesuatu nas itu difahami dengan jelas melalui apa yang terzahir dari ayat tersebut. Sebagai contoh firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan Allah s.w.t. menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Al-Baqarah: 275). Maksud disebalik ayat ini jelas, tiada hukum yang tersirat ataupun maksud lain disebalik teks tersebut. Al-Mafhum pula bererti maksud dan makna disebalik sesuatu teks agama difahami bukan melalui zahir teks tersebut, akan tetapi melalui maksud disebaliknya. Sebagai contoh firman Allah s.w.t. berkaitan penghormatan yang wajib diberikan kepada kedua orang tua: Dan janganlah kamu berbicara (dengan kedua orang tua) walaupun dengan perkataan “Uf” sekalipun. (Surah Al-Isra’: 23). Ayat tersebut bukan bermaksud bahawa hanya kalimat “uf” sahaja yang tidak dibenarkan bagi seorang anak untuk melontarkannya kepada kedua orang tuanya. Maksud disebalik ayat tersebut ternyata lebih umum. Ia bermaksud: Sekiranya perkataan “Uf” sahaja sudah tidak dibenarkan, apatah lagi perkataanperkataan lain yang lebih keras maksudnya. Termasuk juga hukum membentak, memarahi, menipu dan memfitnah kedua orang tua. Jumhur Ulama (Syafie, Maliki dan Hanabilah) menggunakan dalil mafhum dalam menetapkan sebahagian hukum-hakam. Adapun mazhab Hanafi, mereka tidak menganggap mafhum hukum sebagai hujah yang boleh diterimapakai. Bahagian B: Metodologi pengeluaran hukum di sisi ulama & dalil-dalil syarak yang dipertikaikan. Metodologi pengeluaran hukum di sisi Imam Abu Hanifah Kita mengetahui bahawa fiqh yang dipelopori Imam Abu Hanifah mengikuti pendekatan ulama di Kufah pada waktu tersebut. Mereka lebih cenderung menggunakan pendekatan Ar-Ra’yu (logik) dalam pembahasan fiqh. Disebabkan dalil-dalil dan hadith yang terhad yang sampai ke negara tersebut, juga disebabkan perubahan suasana sosial dan keadaan masyarakat dan rancak dengan perkembangan dan perubahan. Perubahan terbaru tersebut, mendorong para ulama Kufah untuk lebih banyak mempraktikkan ijtihad bersandarkan beberapa hujjah yang ada di sisi mereka. 9
Kita mampu mengenalpasti metodologi yang digunapakai imam Abu Hanifah berdasarkan penelitian terhadap beberapa hukum yang diselesaikannya. Kerana natijah/hasil yang dicapai mazhab Hanafi, mencerminkan metodologi pengeluaran hukum yang dituruti. Thaha Jabir Fayadl al-‘Ulwani membahagi cara ijtihad Imam Abu Hanifah kepada dua cara: cara ijtihad yang dasar dan cara ijtihad yang merupakan tambahan1. Cara ijtihadnya yang dasar dapat difahami dari ucapannya sendiri, iaitu: فما لم اجده فيه اخذت بسنة رسول هللا واآلثار الصحاح عنه التى فشت في ايدى،انى آخذ بكتاب هللا اذا وجدته فاذا لم اجد في كتاب هللا و سنة رسول هللا صلى هللا عليه و سلم اخذت بقول اصحابه اخذت بقول ما. الثقات ) فاذا انتهى االمر الى ابراهيم والشعبي وابن المسيب (عدد رجاال،شئت ثم ال اخرج عن قولهم الى قول غيرهم …فاجتهد كما اجتهدوا “Sesungguhnya aku (Abu Hanifah) merujuk kepada Al-Qur’an apabila aku mendapatkannya; apabila tidak ada dalam Al-Qur’an, aku merujuk kepada sunnah Rasulullah s.a.w. dan atsar yang shahih yang diriwayatkan oleh orangorang tsiqah. Apabila aku tidak mendapatkan dalam Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah, aku merujuk kepada qaul sahabat, (apabila sahabat ikhtilaf), aku mengambil pendapat sahabat yang mana saja yang ku kehendaki, aku tidak akan pindah dari pendapat yang satu ke pendapat sahabat yang lain. Apabila didapatkan pendapat Ibrahim, Al-Sya’bi dan ibnu Al-Musayyab, serta yang lainnya, aku berijtihad sebagai mana mereka berijtihad.”2 Secara ringkas, dasar (sumber-sumber) hukum Abu Hanifah adalah seperti berikut: a. Al-Qur’an b. Sunnah Rasulullah SAW (hadits) dan atsar-atsar yang shahih yang telah masyhur di antara para ulama. c. Fatwa-fatwa para sahabat d. Qiyas. e. Istihsan. f. Adat dan ‘uruf masyarakat. Apakah itu Qiyas? Qiyas: Secara bahasa ia berasal dari bahasa arab yaitu قياسyang artinya hal mengukur, membandingkan, aturan. Dari segi istilah: Menyamakan sesuatu yang tidak ada nas yang menjelaskan hukumnya dengan sesuatu yang ada nas, disebabkan terdapat persamaan illat (sebab) hukum. 3 Sebagai contoh: Berkaitan dengan pengharaman arak yang telah terbukti melalui Al-Quran dan Sunnah. Di waktu yang sama Nabi s.a.w. menjelaskan dalam hadith: Ijtihad tambahan ataupun sekunder yang digunapakai Imam Abu Hanifah tidak akan diperincikan dalam pembentangan kali ini. 2 Al-Soimariy, Akhbar Abi Hanifah, hlmn 10. 3 Mustafa Al-Bugha, Usul Al-Fiqh Al-Islami, hlmn 97 1
10
Setiap yang memabukkan itu haram.1 Hadith tersebut menjelaskan antara sebab pengharaman arak, adalah kerana ia memabukkan. Kerana itu, segala yang memabukkan adalah haram. Apabila kita dapat mengenalpasti sebab sesuatu hukum, hukum tersebut mampu diterapkan bagi beberapa isu dan situasi yang lain yang baru yang belum terdapat hukum berkaitannya. Seperti pengharaman dadah –sebagai contohhukumnya diambil melalui qiyas kepada hukum arak. Kerana kedua-duanya mengakibatkan seseorang itu kehilangan akal pemikirannya. Apakah itu Istihsan? Istihsan: Menurut bahasa, istihsan berarti menganggap baik atau mencari yang baik. Menurut ulama ushul fiqh, Al-Istihsan adalah meninggalkan hukum yang telah ditetapkan kepada hukum yang lainnya, pada suatu peristiwa atau kejadian yang ditetapkan berdasar dalil syara`. Oleh itu, istihsan adalah tindakan meninggalkan satu hukum kepada hukum lainnya disebabkan karena ada suatu dalil syara` yang mengharuskan untuk meninggalkannya. Contoh yang sering dikemukakan adalah peristiwa ditinggalkannya hukum potong tangan bagi pencuri di zaman khalifah Umar bin Al-Khattab ra. Padahal seharusnya pencuri harus dipotong tangannya. Itu adalah suatu hukum asal. Namun kemudian hukum ini ditinggalkan kepada hukum lainnya, iaitu dengan tidak memotong tangan pencuri disebabkan keadaan pada waktu tersebut yang mana negara sedang mengalami kemarau yang berpanjangan. Oleh itu, walaupun hukumnya telah ditetapkan pada awalnya berdasar nas syarak, iaitu pencuri harus dipotong tangannya. Kemudian ditemukan nas yang lain yang mengharuskan untuk meninggalkan hukum yang telah ditetapkan itu, kepada hukum lain. Dalam hal ini, sekalipun dalil pertama dianggap kuat, tetapi kepentingan menghendaki perpindahan hukum itu. Khilaf Tentang Dasar Hukum Istihsan Berbeza dengan tiga dalil utama sebelum ini (Al-Quran, Sunnah dan Qiyas) terdapat ulama yang mempertikaikan dalil istihsan menjadi sebagai dalil serta dasar hujjah. Antara mereka ialah Al-Imam As-Syafi`i dan mazhabnya. Menurut mereka, apabila seseorang mengambilkira dalil istihsan, beliau sebenarnya menetapkan hukum hanya berdasarkan keinginan hawa nafsu. Karena itu asy-Syathibi dalam kitabnya Al-Muwafaqat menyatakan, "mereka yang menetapkan hukum berdasarkan istihsan tidak boleh berdasarkan rasa dan keinginanya semata-mata, akan tetapi haruslah berdasarkan perkara yang
1
Hadith riwayat Imam Muslim.
11
diketahui bahwa hukum itu sesuai dengan tujuan Allah SWT menciptakan syara` dan sesuai pula dengan kaidah-kaidah syara` yang umum." Apakah adat boleh menjadi hukum? Adat dari segi bahasa bererti: Cara (kelakuan dan sebagainya) yang sudah menjadi kebiasaan. Sedangkan adat istiadat adalah: Tata kelakuan yang kekal dan turun-temurun dari generasi satu ke generasi lain sebagai warisan, sehingga ia bersatu dengan perilaku masyarakat. Kata ini berasal dari kata العادةdalam bahasa Arab.1 Adapun menurut istilah, diantara definisi yang dinyatakan ulama: Suatu kebiasaan masyarakat awam yang merupakan perbualan mahupun perbuatan. 2 Akan tetapi yang dimaksudkan kaedah ini adalah perkara yang dianggap sebagai adat yang boleh dipertimbangkan adalah perkara yang berulangan dan dapat diterima oleh akal dan fitrah yang sihat. Jadi, menurut istilah agama, tidak semua perkara yang berulang itu menjadi adat, tapi harus diterima fitrah dan akal sihat. Oleh itu, adat dan 'urf boleh dijadikan hukum dalam hal-hal yang tidak ada ketentuannya dalam syariah Islam. Seperti yang ditetapkan kaedah fiqh yang menyatakan: العادة ُ ُمح َّكمة Yang bermaksud: Adat itu boleh menjadi pertimbangan hukum. Kaedah ini membawa pengertian bahawa dalam menetapkan hukum kadangkala syarak mengambilkira adat dan kebiasaan sesuatu masyarakat. Asalkan kebiasaan tersebut tidak bercanggahan dengan dalil-dalil yang jelas dari AlQuran dan Sunnah. Beberapa syarat yang ditetapkan para ulama, untuk suatu kebiasaan (adat) itu dijadikan pertimbangan, antaranya seperti berikut: 1. Adat dan 'urf tersebut perlulah konsistan, tidak berubah-ubah, dan tersebar luas di masyarakat. Adat tersebut perlu juga sering digunakan masyarakat serta tidak ditinggalkan. 2. 'Urf tidak boleh menyalahi dalil-dalil syarak. Jika dalil menetapkan suatu hukum syar'i, kemudian adat 'urf yang berlaku di masyarakat menyalahi hukum tersebut maka 'urf tersebut tidak diterima pakai.
1 2
Mu'jam Maqayisil al-Lughah 4/182 , al-Mu'jamul Wasîth hlm. 635 Mustafa Al-Bugha, Usul Al-Fiqh Al-Islami, hlmn 125.
12
Metodologi pengeluaran hukum di sisi Imam Malik Situasi ketika Malik hidup juga memberikan pengaruh besar terhadap pemikirannya dan pegangannya kepada hadith. Selama 40 tahun beliau hidup dalam era pemerintahan Bani Umayyah dan 46 tahun dalam zaman pemerintahan Abbasiyah. Masa-masa ini merupakan zaman yang dipenuhi dengan fitnah dan politik. Dalam arena politik sedemikian, munculnya beberapa pemikiran yang menyeleweng, seperti pemikiran Khawarij. Adapun berkaitan dengan akidah, munculnya pemikiran Qadariyah, Jahmiyah dan Murji’ah. Akibatnya timbul hadis-hadis palsu dan pertentangan di kalangan masyarakat. Akibat dari pemalsuan terhadap hadis-hadis Nabi itu, Imam Malik merasa perlu untuk meneliti riwayat-riwayat hadis. Maka lahirlah Madrasatul Hadith di Madinah yang memberi penumpuan kepada periwayatan hadith. Bertentangan secara prinsipnya dengan cara pemikiran fiqh di Kufah, Iraq. Sebagai contoh: Hadith merupakan antara sandaran mazhab Maliki, seperti mazhab Hanafi, walaupun sedemikian terdapat perbezaan antara kedua-dua mazhab berkaitan dengan cara mereka berpegang dengan Sunnah. Sekiranya Abu Hanifah telah menetapkan beberapa syarat yang ketat untuk menerima hadith, Imam Malik walaupun mengutamakan hadis mutawatir dan masyhur, beliau tetap juga menerima hadis ahad asalkan tidak bertentangan dengan amal (praktik) ahli Madinah. Adapun sumber hukum Imam Malik dan mazhab Al-Malikiyah dalam menetapkan hukum adalah berpegang kepada beberapa sumber utama: a. Al-Qur’an. Dalam memegang Al-Qur’an ini meliputi pengambilan hukum berdasarkan atas zahir nash Al-Qur’an atau keumumannya, meliputi mafhum al-Mukhalafah1 dan mafhum muwafaqah2 dengan memperhatikan ‘illatnya. b. Sunnah Dalam berpegang kepada sunnah sebagai dasar hukum, Imam Malik mengikuti cara yang dilakukannya dalam berpegang kepada Al-Qur’an. Apabila dalil syar’iy Mafhum Mukhalafah: Bermaksud makna yang tersirat bertentangan dengan makna daripada lafaz yang tersurat. Sebagai contoh, firman Allah swt yang bermaksud: Kamu dihalalkan bersetubuh dengan isteri kamu pada malam puasa. Mereka sebagai pakaian kamu dan kamu pakaian bagi mereka. ( al-Baqarah 2 : 187 ) 2 Mafhum Muwafaqah: Pemahaman disebalik sesuatu ayat yang sama taraf dengan hukum yang tersurat ataupun lebih utama darinya. Sebagai contoh firman Allah: Jangan kamu (meninggikan suara dengan) berbicara dengan kedua orang tua mu dengan perkataan “uf” sekalipun. Sekiranya kalimat uf sahaja sudah tidak diperbolehkan, apakan lagi mengherdik, memaki dan memarahi kedua orang tua. 1
13
menghendaki adanya pentakwilan, maka mazhab ini akan berpegang kepada takwil tersebut. Apabila terdapat pertentangan antara makna zahir Al-Qur’an dengan makna yang tersirat dalam sunnah, maka yang dipegang adalah makna zahir Al-Qur’an. Tetapi apabila makna yang dikandung oleh sunnah tersebut dikuatkan oleh ijma’ ahl Al-Madinah, maka ia lebih mengutamakan makna yang terkandung dalam sunnah daripada zahir Al-Qur’an. c. Ijma’ Ahl al-Madinah Terdapat dua jenis Ijma’ ahl al-Madinah, iaitu ijma’ ahl al-Madinah yang asalnya hasil dari apa yang mereka saksikan dari amalan Nabi s.a.w., ia bukan dari hasil ijtihad penduduk Madinah sendiri. Ijma’ yang seperti ini dijadikan hujjah oleh Imam Malik. Dikalangan mazhab Maliki, ijma’ penduduk kota Madinah lebih diutamakan dari pada khabar ahad1, kerana ijma’ ahl al-Madinah merupakan periwatan oleh sekumpulan insan (jama’ah), sedangkan khabar ahad hanya merupakan periwayatan perseorangan. d. Fatwa Sahabat Menurut Imam Malik, para sahabat tidak akan memberi fatwa, melainkan pendapat tersebut didasari dengan apa yang mereka fahami dari Rasulullah s.a.w.. Namun demikian, beliau mensyaratkan bahwa fatwa-fatwa tersebut tidak boleh bertentangan dengan hadits marfu’2 yang dapat diamalkan. Menurut mazhab ini fatwa sahabat lebih didahulukan daripada Qiyas. e. Khabar Ahad dan Qiyas f. Al-Istihsan g. Al-Mashlahah Al-Mursalah Maslahah Mursalah adalah maslahah yang tidak dinyatakan oleh syarak. Samada kemaslahatan tersebut tersurat diantara nas-nas syarak, atau sama sekali tidak pernah disentuh oleh nas. Mashlahah al-Mursalah adalah satu kemaslahatan yang tidak dinyatakan oleh syarak dan tidak pula syarak membatalkannya melalui dalil-dalilnya. Sebagai contoh kemaslahatan yang ingin dijaga melalui pembukuan al-Qur’an. Belum ada dalil yang jelas yang membenarkan pembukuan Al-Quran. Di waktu yang sama tiada juga dalil yang melarang pembukuan tersebut. Perbuatan itu dibenarkan
Khabar Ahad: Adalah hadith yang mana pada salah satu dari urutan periwayatannya hanya seorang perawi. 2 Hadith marfu’: Yakni hadith yang bersambung periwayatannya kepada Nabi s.a.w. 1
14
mengambilkira kemaslahatan untuk menjaga Al-Quran dari terhapus dan dipertikaikan ayat-ayatnya.1 h. Sadd Al-Zara’i Imam Malik menggunakan sadd al-Zara’i sebagai landasan dalam menetapkan hukum. Sadd Al-Zara’I bererti: Mencegah atau menyekat jalan yang membawa kepada kerosakan. Contohnya menjual senjata ketika berlaku persengketaan dan fitnah dalam kalangan umat Islam. Hal ini boleh diumpamakan sebagai orang mengantuk disorongkan bantal. i. Istishhab Imam Malik menjadikan istishhab sebagai landasan dalam menetapkan hukum. Istishab menurut istilah para ahli ushul adalah: جعل الحكم كان ثابتا فى الماضى باقيافى الحال لعد م العلم بد ليل يغيّره Yang bermaksud: Menetapkan hukum sesuatu perkara berdasarkan keadaan hukum, yang sebelumnya, sehingga ada hukum baru yang mengubahnya. Menurut Imam As-Syaukany maksud istishab adalah segala yang telah ada pada masa lampau, tetap berlaku pada masa yang akan datang. Sebagai contoh: Sekiranya sesuatu bangunan itu dikenali sebagai wakaf pada zaman dahulu, maka hukumnya tetap berkekalan, ia tetap dianggap sebagai harta wakaf. Dari kaedah istishab ini para ulama telah mengeluarkan beberapa kaedah fiqh dan prinsip agama yang penting. Prinsip dan kaedah tersebut menjadi ukuran dan penentu bagi sebahagian dari hukum fiqh. Semuanya boleh disimpulkan dalam satu kenyataan, iaitu: Hukum sesuatu perkara dibiarkan sebagaimana hukumnya pada asal. Sebagai contoh: Istishab yang menetapkan bahawa hukum bagi segala perkara itu adalah halal selagimana tiada dalil yang mengharamkannya. Berdasarkan keumuman firman Allah: )٢٩( ض ج ِميعا ِ هُو الَّذِي خلق ل ُكم ما فِي األر Yang bermaksud: Dialah (Allah) yang telah menjadikan segala sesuatu yang ada di muka bumi untuk kamu” (al-Baqarah 29). Dari ayat ini lahirlah tiga kaedah fiqh yang terkenal:
Para ulama yang berpegang kepada maslahah mursalah sebagai dasar hukum, menetapkan beberapa syarat untuk dipenuhi sebagai berikut: 1) Maslahah itu harus benar-benar merupakan satu maslahah. 2) Maslahah itu merupakan maslahah yang bersifat umum. 3) Ia tidak bertentangan dengan ketentuan nas atau ijma’. 1
15
1)
االصل فى االشياء االباحة: Hukum bagi segala sesuatu itu, adalah boleh”
2)
االصل فى االنسان البراة: Pada asalnya manusia itu bebas dari tanggung jawab”
3)
االصل براة الذّ ّمة: Pada asalnya seseorang itu bebas dari tanggung jawab”
Antara contoh lain penerapan kaedah istishab adalah hukum syara yang menetapkan segala yang telah berlaku dan tetap berterusan hukumnya sehinggalah ada hukum yang merubahnya. Di sini lahirlah beberapa kaedah dan prinsip yang lain, antaranya: ّ اليقين اليزال باشّك: Sesuatu yang sudah yakini (wujud), tidak dihilangkan 1) dengan adanya sesuatu yang meragukan. 2) االصل بقاء ماكان على ماكان حتّى يقوم الدّليل على خالفه: Hukum asal adalah apa yang telah ada, tidak berubah statusnya sehingga ada dalil yang menetapkan yang sebaliknya. Metodologi pengeluaran hukum di sisi mazhab As-Syafi’i Latarbelakang kelilmuan Imam As-Syafie memainkan peranan dalam pembentukan pemikirannya serta pendekatan yang digunapakai untuk mengeluarkan hukum. Kehidupan ilmiahnya bersama Imam Malik selama 3 tahun di Hijaz, juga pengembaraannya ke Baghdad, Iraq, dan menetap di sana untuk beberapa tahun lamanya serta mempelajari fiqh Abu Hanifah, telah melahirkan suatu pemikiran fiqh yang sederhana antara Ahlul Hadis dan fiqh Ahlur Ra’yi. Secara ringkas, dalil-dalil hukum yang digunakan Imam Syafi’i dalam Istinbat hukum, antaranya: 1. Alquran. 2. Sunnah. 3.Ijmak. Ijmak merupakan salah satu dasar yang dijadikan hujjah oleh imam Syafi’i setelah Alquran dan sunnah. Beliau mendefinisikannya sebagai kesepakatan ulama suatu zaman tertentu terhadap satu masalah hukum syar’i dengan bersandar kepada dalil. Adapun ijmak pertama yang digunakan oleh imam Syafi’i adalah ijmaknya para sahabat. Apabila masalah yang sudah disepakati bertentangan dengan Alquran dan sunnah maka tidak ada keperluan kepada Ijmak. 4. Qiyas. Metodologi Pengeluaran hukum di sisi Imam Ahmad ibn Hanbal.
16
Imam Ahmad terkenal akan kekuatan dalam ilmu hadith, beliau ini merupakan imam di dalam Sunnah dan Hadis. Bahkan beliau menghafal beribu-ribu hadis. Kitabnya al-Musnad merupakan pengumpulan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya terdapat 30 ribu hadis. Bahkan Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim juga meriwayatkan hadis darinya. Kerana itu, pendekatan mementingkan hadith ini dapat kita perhatikan dalam pendekatan mazhab Hanbali. Ibnu Qayyim al-Jauziyah menjelaskan bahwa pendapat-pendapat Ahmad bin Hanbal dibina atas beberapa dasar: 1) Nas dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Apabila telah ada ketentuan dari keduanya, Imam Ahmad berpendapat bahawa yang diikuti itu makna tersurat, yakni makna yang terzahir (manthuq), sementara makna tersiratnya (mafhum) diabaikan. 2) Apabila tidak ditemukan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, dia menggunakan fatwa sahabat dan memilih pendapat sahabat yang disepakati oleh para sahabat yang lainnya. 3) Apabila fatwa sahabat berbeza dalam sesuatu isu, dia memilih salah satu pendapat yang lebih dekat kepada al-Qur’an dan Sunnah. 4) Menggunakan hadits mursal dan dha’if, apabila tidak ada atsar, qaul sahabat, atau ijma yang bercanggahan dengannya. 5) Apabila hadits mursal dan dha’if sebagaimana disyaratkan di atas tidak didapatkan, dia mengamalkan qiyas. Dalam pandangannya qiyas adalah dalil yang dipakai dalam keadaan terpaksa. 6)
Langkah terakhir adalah menggunakan Sad al-dzara’i.
Bahagian Ketiga: Memahami objektif disebalik nas syarak (Maqasid Syarak) Ilmu Maqasid merupakan antara ilmu Islam mulia, melaluinya seorang muslim mampu untuk menyingkap rahsia dan hikmah disebalik hukum-hakam syarak. Melaluinya kita berusaha untuk meneliti objektif dan tujuan yang ingin dicapai syarak disebalik sesuatu hukum dan nas. Apakah kemaslahatan yang ingin dipelihara dan dijaga, apakah mafsadah (kerosakan) yang ingin syarak elak dan cegahi, apakah hikmah dan rahsia yang terkandung di sebalik sesuatu hukum? Sebagai contoh: Setelah kita mengetahui apa yang diertikan dari larangan “memakan riba”. Persoalan yang seterusnya ialah apakah hikmah disebalik pengharaman tersebut, apakah maslahat dan mafsadahnya? Bahkan apakah kesan-kesan kemasyarakatan, sosial dan ekonomi sekiranya amalan riba ini berleluasa. Soalan-soalan ini dan yang serupa dengannya sentiasa berlegar di 17
minda seorang faqih yang berusaha untuk mengenalpasti objektif yang ingin dicapai syarak disebalik pengharaman tersebut. Kepentingan Meneliti Maqasid Hukum. Allah s.w.t. berfirman pada surah As-Saad, ayat 29: ﴾ب ِ ﴿ ِكتاب أنزلناهُ إِليك ُمبارك ِليدَّب َُّروا آياتِ ِه و ِليتذ َّكر أُولُو األلبا Yang bermaksud: (Al-Quran ini) adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memperhatikan ayatayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang Allah s.w.t. inginkan kebaikkan buat dirinya, Allah s.w.t. akan memberikan kepadanya kefahaman terhadap agama.1 Nabi bersabda lagi: Dan kemungkinan sahaja seseorang itu menyampaikan ilmu fiqh kepada dia yang lebih memahami (afqah) darinya, dan kemungkinan sahaja seorang yang membawa ilmu fiqh itu bukanlah seorang faqih.2 Kesemua dalil-dalil tersebut –dan banyak lagi- menegaskan kepentingan berfikir, meneliti dan tafaqquh (pemahaman) dalam Syariah. Kedua-dua hadith tersebut menggunakan istilah “fiqh” yang bererti “kefahaman”. Sekiranya hukum-hakam Syariah mampu dicerna melalui pengertian zahir lafaz yang diriwayatkan saja, maka kita tidak memerlukan kepada elemen “tadabbur” dan “tafaqquh” dalam agama. Dengan ini jelas bahawa pembahasan berkaitan hikmah/objektif/maksud disebalik pensyariatan merupakan suatu lagi tahap ilmu fiqh yang kadangkala tidak diperhatikan. Bahkan Imam Al-Zarkashi3 menyifatkan pembahasan berkaitan hikmah pensyariatan sebagai “Fiqhul Fiqh”, yang bermaksud: Fiqh segala fiqh. Ibn Qayyim pula menyifatkannya fatwa Saidina Umar ibn Al-Khattab r.a. dalam sesuatu isu yang dihadapinya sebagai “Fiqhul Hayy”, yang bererti: Fiqh yang hidup.4
Hadith riwayat Al-Bukhari. Hadith riwayat Abu Dawud [3660], Al-Tirmizi [2656], Ibn Maajah [230] dan Ahmad [5/183]. 3 Imam Al-Zarkashi, Al-Bahr Al-Muhit fi Usul Al-Fiqh, Beirut, Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyah, cetakan pertama, 1421H/2000, juz 4, hlmn 337. 4 Ibn Qayyim Al-Jauzi, I’laam Al-Muwaqqi’en, Beirut, Daar Al-Jeil, 1973, juz 3, hlmn 63. Kisahnya berkenaan dengan seorang wanita yang ingin meminta penceraian dari suaminya, lalu dia berkata kepada suaminya untuk memberi gelaran kepadanya. Suaminya menjawab: Nama apa yang kamu inginkan? Isterinya berkata: Gelarkan aku ()خلية الطالق. Maka suaminya melakukan seperti yang dimintanya. Setelah itu, si isteri pergi ke Saidina Umar ibn Al-Khattab r.a. dan mengadu bahawa suaminya telah menceraikan beliau. Setelah saidina Umar r.a. mengetahui latarbelakang kejadian, Umar mengetuk kepada wanita dan menolak aduannya. Ibn Qayyim lalu berkata : ()هذا هو الفقه الحي الذي يدخل القولب بغير استئذان 1 2
18
Kerana kepentingan peranan ilmu maqasid syariah, Imam Al-Shatibi menetapkan bahawa antara syarat kelayakan seseorang untuk berijtihad, adalah kemampuannya untuk memahami Maqasid Syariah (keinginan syarak)1. Sheikh Ibn ‘Ashur menyatakan bahawa antara sebab kemunduran ilmu di sisi umat yang kita saksikan, adalah kerana hilangnya penelitian terhadap maqasid syariah. Beliau menyatakan dalam kitabnya “Alaisa As-Subhu bi Qarib”: Antara sebab kemunduran umat Islam, adalah apabila ilmu fiqh diajar tanpa menjelaskan aspek maqasid syariah di sebalik hukum-hakam tersebut”.2 Apakah dia objektif utama Syarak? Secara ringkas, Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitabnya Al-Mustasfa perincian objektif syarak, seperti berikut: فكل ما يتضمن حفظ هذه. ومالهم، ونسلهم، وعقلهم، ونفسهم،ومقصود الشرع من الخلق أن يحفظ عليهم دينهم 3. ودفعها مصلحة، وكل ما يفوت هذه األصول فهو مفسدة،األصول الخمسة فهو مصلحة Yang bermaksud: Objektif yang Syarak ingin pelihara bagi makhluk, adalah untuk memelihara agama mereka, jiwa mereka, akal mereka, keturunan mereka dan hartanya. Maka segala yang memelihara lima dasar tersebut dianggap sebagai kemaslahatan. Dan segala yang menyebabkan kebinasaan lima dasar tersebut dianggap sebagai mafsadah (kerosakan), dan kemaslahatan tercapai dengan mencegahnya (yakni kerosakan tersebut). Penulisan-penulisan selepas Imam Al-Ghazali secara amnya mengikuti tertib dan penyusunan Imam Al-Ghazali. Melainkan terdapat beberapa ulama yang mendahulukan pemeliharaan akal dari jiwa dan sebagainya. Penulis berpendapat bahawa tidak banyak kemanfaatan yang boleh diraih disebalik penetapan tertib yang tertentu bagi lima perkara Daruriyat, seperti yang dinyatakan. Ini memandangkan dari segi praktikal, kita memerlukan kepada kelima-lima perkara Daruriyat tersebut bagi kelancaran hidup masyarakat mahupun individu. Sebagai contoh: Sekiranya harta itu tidak terpelihara, lalu terhapus dan lenyap dari umat, ia mengancam kehidupan insan, nyawa, akal serta keturunannya. Antara dalil yang membuktikan bahawa Syarak memerhatikan penjagaan lima Daruriyat ini adalah firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Mumtahanah, ayat 12: ِ َّ ِي ِإذا جاءك ال ُمؤ ِمناتُ يُبا ِيعنك عل ٰى أن َّال يُش ِركن ب الل شيئا وال يس ِرقن وال يزنِين وال يقتُلن أوالده َُّن ُّ ِ﴿ يا أيُّها النَّب الل غفُور َّ الل ۖ إِ َّن َّ صينك فِي مع ُروفٍ ۙ فبايِع ُه َّن واستغ ِفر ل ُه َّن ِ ان يفت ِرينهُ بين أيدِي ِه َّن وأر ُج ِل ِه َّن وال يع ٍ وال يأتِين ِببُهت ﴾َّر ِحيم
Al-Shatibi, Al-Muawaafaqaat. Ibn ‘Ashur, Alaisa As-Subhu bi Qarib, Darussalam, Kaherah, cetakkan pertama, 2006, hlmn 9. 3 Al-Ghazali, Al-Mustasfa, hlmn 174. 1 2
19
Yang bermaksud: Wahai Nabi, apabila datang kepadamu wanita-wanita yang beriman untuk berbai’ah, bahwa mereka tidak akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka, dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang ma’ruf. Maka terimalah janji setia mereka, dan pohonkanlah keampunan kepada Allah bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maqasid Syarak dan hukum-hakam. Pemahaman akan hikmah dan objektif disebalik hukum-hakam merupakan sebahagian dari syarak. Syarak tatkala menetapkan hukum-hakam pensyariatan, syarak ingin agar segala hukum tersebut difahami dan diteliti insan. Allah s.w.t. apabila berfirman, Dia berfirman bagi orang-orang yang memiliki akal pemikiran yang waras dan sihat. Penetapan hukum tidak pernah tertakluk pada pengertian secara zahir lafaz-lafaz ayat suci Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. sahaja. Sekiranya pemahaman Syariah mampu diperolehi melalui pengertian apa yang dimaksudkan secara zahir lafaz-lafaz Al-Quran dan Sunnah, ternyata anak kecil yang telah menghafal ayat-ayat Al-Quran mampu diberi gelaran faqih, memandangkan beliau telah menghafal keseluruhan Al-Quran. Apabila seseorang faqih berjaya mengenalpasti objektif dan hikmah disebalik sesuatu hukum dengan tepat, ia mampu membantunya untuk mengenalpasti hukum-hakam bagi isu-isu baru dan yang terkini yang belum lagi dikenalpasti hukumnya. Kesimpulan Pembentangan ini tidak bertujuan untuk membentangkan dengan terperinci metodologi pengeluaran hukum di sisi ulama. Ia hanya memberi suatu gambaran umum bagi metodologi tersebut. Dengan tujuan agar setiap penuntut ilmu dan setiap individu muslim bukan sahaja mampu untuk menghargai proses tersebut, akan tetapi mengetahui bahawa untuk menetapkan sesuatu hukum, ia bukanlah dengan sewenang-wenangnya. Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat insyallah.
Wallhu A’lam
20