SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM
Metodologi Ulama Fiqh Dalam Pengeluaran Hukum Ustaz Izal Mustafa
Objektif •
Memberi gambaran umum & pengenalan metodologi pengeluaran hukum di sisi ulama.
•
Menghargai proses pengeluaran hukum dalam Islam.
•
Mengetahui bahawa untuk menetapkan sesuatu hukum tidak boleh dilakukan dengan sewenangnya.
Isi Pembentangan
1
-
Pertama: Keperluan kepada metodologi bagi memahami nas syarak.
-
Kedua: Metodologi Istinbat Hukum serta kaedahnya - A. Dalil yang disepakati. - B. Dalil yang dipertikaikan - Metodologi pengeluaran hukum di sisi ulama.
-
Ketiga: Maqasid Syariah - Objektif disebalik nas syarak
Metodologi Istinbat Hukum
Kepentingan
Objektif Syarak (Maqasid)
Dalil-dalil
Disepakati
Khilaf
Maksud Lafaz
BAHAGIAN PERTAMA Kepentingan Memahami Metodologi
Kepentingan Metodologi
2
•
Al-Quran dan Hadith memberi gambaran umum sahaja.
•
Untuk memahami isi kandung ayat suci Al-Quran ataupun hadith Nabi s.a.w. memerlukan kepada kaedah dan ilmu yang berkaitan dengan keduaduanya. • Tidak cukup dengan melihat terjemahannya.
•
Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai asas ilmu, maka seharusnya beliau merujuk kepada ahli pakar.
Kepentingan Metodologi •
Teks agama terbuka kepada intepretasi.
•
Metodologi pemahaman teks memastikan bahawa pemahaman yang diperoleh itu tepat.
•
Sebahagian besar ajaran yang tersesat, disebabkan metodologi yang tidak betul
Kepentingan Metodologi •
Apakah maksud hadith:
أمرت أن أقاتل الناس حىت يـشـهــدوا أن ال إلــه إال هللا وأن حممد رسول هللا •
Yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk membunuh manusia, sehinggalah mereka mengucapkan Bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah utusan Allah…(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).
Apakah Maksud (?)الناس • Contoh ini dipanggil:
• العام الذي يريد به اخلصوص • Yang bermaksud: Kalimah umum yang dimaksudkan disebaliknya pengertian khusus. • Maksudnya: Bukan keseluruhan manusia, • Merujuk kepada konteks dan suasana yang menyelebungi tatkala Nabi s.a.w. menyampaikan hadith tersebut. • Yang dimaksudkan itu adalah mushrikin dari orang arab, seperti yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqalani.
3
BAHAGIAN KEDUA Metodologi Istinbat Hukum Serta Kaedahnya.
Latarbelakang Metodologi: Cara pengeluaran hukum
Dalil-dalil syarak
Hukumhakam
Apakah Dalil-Dalil Syarak? Dalil sekunder
Dalil Utama
• Al-Quran • Sunnah
4
Al-Ijma’ Qaul Sahabiy. Al-Qiyas ‘Amal Ahli Al-Maslahah. Madinah. Al-Istihsan. Al-Urf. Sad Al-Dzara’ie’. Al-Istishab. Syara’ man Qablana.
Perbezaan Antara Ulama • Tiada perbezaan ulama keempat-empat mazhab berkaitan dengan rujukan utama, Al-Quran dan Sunnah.
• Perbezaan yang berlaku terhadap beberapa kriteria bagi memahami teks Al-Quran dan Sunnah. • Perbezaan juga wujud pada dalil sekunder yang digunakan oleh para ulama
Hubungan Sunnah Dengan Al-Quran Lima situasi: • 1) Isikandung hadith selari dengan Al-Quran, • 2) Sunnah menjelaskan maksud umum Al-Quran, • 3) Sunnah mengkhususkan maksud umum Al-Quran, • 4) Sunnah menambah pensyaratan bagi hukum Al-Quran • 5) Sunnah menetapkan hukum baru yang tiada di dalam Al-Quran
Perbezaan Pendapat Ulama • Khilaf di sisi Ulama berkaitan hadith ahad, samada ia boleh mengkhususkan hukum AlQuran/ tambah hukum yang baru dll. • Hadith Ahad: Yang mana pada salah satu jalur periwayatannya terdapat satu perawi.
5
Contoh Hadith Ahad Sahabat Sahabat
Tabien Tabien Tabien Perawi
Nabi
Perawi
Perawi
Perawi Tabien
Sahabat
Tabi’ Tabien
Perawi
Perawi Perawi Perawi
Perawi
Perawi Perawi
Pendapat Ulama • Mazhab Al-Syafieyah & Al-Hanabilah: – Boleh digunapakai untuk mengkhususkan sebuah hukum yang bersifat umum yang dibawa teks AlQuran. • Adapun menurut mazhab Hanafi: – Ia tidak kuat untuk dijadikan hujjah lalu mengkhususkan hukum yang dibawa teks Al-Quran. • Mazhab Maliki: Hadis Ahad mestilah selari dengan amal ahli Madinah
Metodologi Istinbat Hukum
Kepentingan
Disepakati
Maksud Lafaz
6
Objektif Syarak (Maqasid)
Dalil-dalil
Khilaf
Alat Memahami Lafaz Syarak • Mengenali penunjuk lafaz. ()داللة األلفاظ
• Soalan berkaitan: – Apakah maksud di sebalik sesuatu lafaz? – Memahami apa yang dimaksudkan merupakan antara metodologi pengeluaran hukum.
القرآن والسنة Dalam bahasa arab Bahasa arab kaya dengan makna dan pengertian Kadangkala, disebabkan perbezaan pemahaman makna lafaz, berlaku khilaf
Penunjuk Lafaz
• Tahap jelas sesuatu Lafaz
• Maksudnya tersembunyi ataupun zahir • Maksudnya menyeluruh ataupun tidak
7
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam Abu Hanifah
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam Abu Hanifah • Pendekatan fiqh ahli kufah Ar-Ra’yu (logik) • Thaha Jabir Fayadl al-‘Ulwani membahagi cara ijtihad Imam Abu Hanifah kepada dua cara: cara ijtihad yang dasar dan cara ijtihad yang merupakan tambahan . • Cara ijtihadnya yang dasar dapat difahami dari ucapannya sendiri, iaitu:
Kenyataan Abu Hanifah • Sesungguhnya aku (Abu Hanifah) merujuk kepada AlQur’an apabila aku mendapatkannya; apabila tidak ada dalam Al-Qur’an, • aku merujuk kepada sunnah Rasulullah s.a.w. dan atsar yang shahih yang diriwayatkan oleh orang-orang tsiqah. • Apabila aku tidak mendapatkan dalam Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah, aku merujuk kepada qaul sahabat, (apabila sahabat ikhtilaf), aku mengambil pendapat sahabat yang mana saja yang ku kehendaki, aku tidak akan pindah dari pendapat yang satu ke pendapat sahabat yang lain. • Apabila didapatkan pendapat Ibrahim, Al-Sya’bi dan ibnu AlMusayyab, serta yang lainnya, aku berijtihad sebagai mana mereka berijtihad.”
8
Sumber Hukum Di sisi Abu Hanifah • Secara ringkas, dasar (sumber-sumber) hukum Abu Hanifah adalah seperti berikut: • a. Al-Qur’an • b. Sunnah Rasulullah SAW (hadits) dan atsar-atsar yang shahih yang telah masyhur di antara para ulama. • c. Fatwa-fatwa para sahabat • d. Qiyas. • e. Istihsan. • f. Adat dan ‘uruf masyarakat.
Apakah Itu Qiyas? • Qiyas: Secara bahasa ia berasal dari bahasa arab yaitu قياسyang artinya hal mengukur, membandingkan, aturan. • Dari segi istilah: Menyamakan sesuatu yang tidak ada nash hukumnya dengan sesuatu yang ada nash hukumnya karena adanya persamaan illat (sebab) hukum.
Contoh Qiyas
9
Hukum Arak
Hukum XXXX
Haram
Haram
Sebab diharamkan: Memabukan
Sebab diharamkan: Memabukan
Apakah itu Istihsan? • Istihsan: Menurut bahasa, istihsan berarti menganggap baik atau mencari yang baik. • Menurut ulama usul fiqh, ialah meninggalkan hukum yang telah ditetapkan kepada hukum yang lainnya, pada suatu peristiwa atau kejadian yang ditetapkan berdasar dalil syara`. • Oleh itu, istihsan adalah tindakan meninggalkan satu hukum kepada hukum lainnya disebabkan karena ada suatu dalil syara` yang mengharuskan untuk meninggalkannya.
Contoh Istihsan • Contoh yang sering dikemukakan adalah peristiwa ditinggalkannya hukum potong tangan bagi pencuri di zaman khalifah Umar bin Al-Khattab ra. • Padahal seharusnya pencuri harus dipotong tangannya. Itu adalah suatu hukum asal. • Namun kemudian hukum ini ditinggalkan kepada hukum lainnya, iaitu dengan tidak memotong tangan pencuri disebabkan keadaan pada waktu tersebut yang mana negara sedang mengalami kemarau yang berpanjangan.
Khilaf Tentang Dasar Hukum Istihsan • Berbeza dengan tiga dalil utama sebelum ini (Al-Quran, Sunnah dan Qiyas) terdapat ulama yang mempertikaikan dalil istihsan menjadi sebagai dalil serta dasar hujjah. • Antara mereka ialah Al-Imam As-Syafi`i dan mazhabnya. Menurut mereka, apabila seseorang mengambilkira dalil istihsan, beliau sebenarnya menetapkan hukum hanya berdasarkan keinginan hawa nafsu. • Menurut Madzhab Hanafi istihsan itu serupa seperti qiyas, dilakukan karena ada suatu kepentingan, bukan berdasarkan hawa nafsu.
10
Apakah Adat Boleh Menjadi Hukum? • Adat dari segi bahasa bererti: Cara (kelakuan dan sebagainya) yang sudah menjadi kebiasaan. • Adapun menurut istilah agama, diantara definisi yang dinyatakan ulama: "Perkara yang berulangan dan dapat diterima oleh akal dan fitrah yang sihat" Jadi, menurut istilah agama, tidak semua perkara yang berulang itu menjadi adat, tapi harus diterima fitrah dan akal sihat. • Oleh itu, adat dan 'urf boleh dijadikan hukum dalam hal-hal yang tidak ada ketentuannya dalam syariah Islam. Terdapat sebuah kaedah fiqh yang menyatakan: •
الع َادةُ ُحمَ َّك َمة َ •
Yang bermaksud: Adat itu boleh menjadi pertimbangan hukum.
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam Malik
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam Malik • Situasi ketika Malik hidup juga memberikan pengaruh besar terhadap pemikirannya dan pegangannya kepada hadith. • Maka lahirlah Madrasatul Hadith di Madinah yang memberi penumpuan kepada periwayatan hadith. • Bertentangan secara prinsipnya dengan cara pemikiran fiqh di Kufah, Iraq. • Imam Malik walaupun mengutamakan hadis mutawatir dan masyhur, beliau tetap juga menerima hadis ahad asalkan tidak bertentangan dengan amal (praktik) ahli Madinah.
11
Dalil-Dalil Di sisi Malikiyah a. Al-Qur’an. b. Sunnah c. Ijma’ Ahl al-Madinah d. Fatwa Sahabat e. Khabar Ahad dan Qiyas f. Al-Istihsan g. Al-Mashlahah Al-Mursalah h. Sadd Al-Zara’I i. Istishhab
Amal Ahl Madinah • Menurut Imam Malik, apa yang diamalkan penduduk kota Madinah ketika itu hasil dari apa yang mereka saksikan dari amalan Nabi s.a.w., ia bukan dari hasil ijtihad penduduk Madinah sendiri. Ijma’ yang seperti ini dijadikan hujjah oleh Imam Malik. • Sebagai contoh: Dalam isu azan. Ada orang yang datang dari Iraq kepada Imam Malik, menyatakan bahawa beliau meriwayatkan (dgn sanad) cara azan yang diriwayatkan dari Sahabat sampai ke Nabi. • Imam Malik menjawab: Azan yang kamu dengar sekarang ini di kota ini, tidak pernah berubah caranya dan tidak pernah terputus dari hari ini sehingga ke hari Nabi s.a.w.
Istishhab • Imam Malik menjadikan istishhab sebagai landasan dalam menetapkan hukum. • Istishab menurut istilah para ahli ushul adalah:
يغّيه • جعل احلكم كان اثبتا ىف املاضى ابقيا ىف احلال لعد م العلم بد ليل ر
• Yang bermaksud: Menetapkan hukum sesuatu perkara berdasarkan keadaan hukum, yang sebelumnya, sehingga ada hukum baru yang mengubahnya. • Contoh: Sekiranya sesuatu bangunan itu dikenali sebagai wakaf dari zaman dahulu, maka hukumnya sekarang ini berkekalan, ia tetap dianggap sebagai harta wakaf.
12
Kaedah Fiqhiyah Dari Istishab • Dari kaedah istishab ini para ulama telah mengeluarkan beberapa kaedah fiqh dan prinsip agama yang penting antaranya:
: ) األصل ىف األشياء اإلابحة1
•
Hukum bagi segala sesuatu itu, adalah ia dibolehkan (dibenarkan). • Jumhur Ulama sepakat dengan Malikiyah. • Hanafiyah berpendapat: Hukum asal bagi segala perkara itu adalah haram, selagi tiada dalil yang membenarkan
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam As-Syafi’i
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam As-Syafi’i • Secara ringkas, dalil-dalil hukum yang digunakan Imam Syafi’i dalam Istinbāţ hukum, antaranya: 1. Al-Quran. 2. Sunnah. 3.Ijmak.
4. Qiyas.
13
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam Ahmad Bin Hanbal
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam Ahmad Ibn Hanbal. • Imam Ahmad terkenal akan kekuatan dalam ilmu hadith, beliau ini merupakan imam di dalam Sunnah dan Hadis. • Kerana itu, pendekatan mementingkan hadith ini dapat kita perhatikan dalam pendekatan mazhab Hanbali. – Kitab Al-Musnad: 30 ribu hadis.
• Ibnu Qayyim al-Jauziyah menjelaskan bahwa pendapat-pendapat Ahmad bin Hanbal dibina atas beberapa dasar:
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam Ahmad Ibn Hanbal. 1) Nas dari al-Qur’an dan al-Sunnah. 2) Fatwa sahabat dan memilih pendapat sahabat yang disepakati oleh para sahabat yang lainnya. 3) Apabila fatwa sahabat berbeza dalam sesuatu isu, dia memilih salah satu pendapat yang lebih dekat kepada al-Qur’an dan Sunnah.
14
Metodologi Pengeluaran Hukum Di sisi Imam Ahmad Ibn Hanbal. 4) Menggunakan hadits mursal dan dha’if, apabila tidak ada atsar, qaul sahabat, atau ijma yang bercanggahan dengannya.
5) Apabila hadits mursal dan dha’if sebagaimana disyaratkan di atas tidak didapatkan, dia mengamalkan qiyas. Dalam pandangannya qiyas adalah dalil yang dipakai dalam keadaan terpaksa. 6) Langkah terakhir adalah menggunakan Sad aldzara’i
Bahagian Ketiga: Memahami Objektif Disebalik Nas Syarak (Maqasid Syarak)
Kepentingan Meneliti Maqasid • Allah s.w.t. berfirman pada surah As-Saad, ayat 29:
ِ ِ ك مبارك لِي َّدبـَّروا آَيتِِه ولِيـتَ َذ َّكر أُولُو ْاألَلْب ِ اب َ َ َ َ َ ُ َ َ َُ َ • ﴿كتَاب أَنْـَزلْنَاهُ إلَْي • Yang bermaksud: (Al-Quran ini) adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memperhatikan ayatayatNya dan supaya mendapat pelajaran orangorang yang mempunyai fikiran.
15
Kisah- Fatwa Saidina Umar • Seorang wanita yang ingin meminta penceraian dari suaminya, lalu dia berkata kepada suaminya untuk memberi gelaran kepadanya. • Suaminya menjawab: Nama apa yang kamu inginkan? • Isterinya berkata: Gelarkan aku
.)(خلية الطالق
• Maka suaminya melakukan seperti yang dimintanya.
Kisah- Fatwa Saidina Umar • Setelah itu, si isteri pergi ke Saidina Umar ibn AlKhattab r.a. dan mengadu bahawa suaminya telah menceraikan beliau. • Setelah saidina Umar r.a. mengetahui latarbelakang kejadian, Umar mengetuk kepada wanita dan menolak aduannya. • Ibn Qayyim lalu berkata :
)(هذا هو الفقه احلي الذي يدخل القولب بغّي استئذان
• Apakah dia kemaslahatan yang syarak berusaha untuk menjaga? • Apa pula maksud syarak disebalik hukum-hakam?
16
Apakah Objektif Utama Syarak? • Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitabnya AlMustasfa perincian objektif syarak, seperti berikut:
، وعقلهم، ونفسهم،• ومقصود الشرع من اخللق أن حيفظ عليهم دينهم فكل ما يتضمن حفظ هذه األصول اخلمسة فهو. وماهلم،ونسلهم . ودفعها مصلحة، وكل ما يفوت هذه األصول فهو مفسدة،مصلحة
Apakah Objektif Utama Syarak? • Yang bermaksud: Objektif yang Syarak ingin pelihara bagi makhluk, adalah untuk memelihara agama mereka, jiwa mereka, akal mereka, keturunan mereka dan hartanya. • Maka segala yang memelihara lima dasar tersebut dianggap sebagai kemaslahatan. Dan segala yang menyebabkan kebinasaan lima dasar tersebut dianggap sebagai mafsadah (kerosakan), dan kemaslahatan tercapai dengan mencegahnya (yakni kerosakan tersebut).
Maqasid: Membantu Mengenalpasti Hukum Isu Yang Baru • Pemahaman akan hikmah dan objektif disebalik hukum-hakam merupakan sebahagian dari syarak. • Apabila seseorang faqih berjaya mengenalpasti objektif dan hikmah disebalik sesuatu hukum dengan tepat, •
17
ia mampu membantunya untuk mengenalpasti hukumhakam bagi isu-isu baru dan yang terkini yang belum lagi dikenalpasti hukumnya.