SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM
Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin
Objektif • Mengenali ilmu-ilmu yang diperlukan untuk
mengeluarkan hukum dalam Islam. • Menyatakan kepentingan mempelajari metodologi pengeluaran hukum dalam Islam. • Membuktikan keindahan agama Islam melalui ciri-cirinya.
Topik yang akan dipelajari Keperluan memahami metodologi pengeluaran hukum dalam Islam. Mengenali secara ringkas ilmu-ilmu asas yang diperlukan dalam metodologi pengeluaran hukum dalam Islam. Mengenali keindahan Islam melalui ciricirinya. Rumusan
1
Keperluan memahami metodologi pengeluaran hukum dalam Islam 1. Mengetahui cara ulamak mengeluarkan hukum. 2. Mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan.
3. Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah mengikut perkembangan zaman dan maslahat. 4. Untuk mengetahui asas-asas hukum syarak dan hikmahnya.
Keperluan memahami metodologi pengeluaran hukum dalam Islam 5. Untuk mengetahui punca perbezaan pandangan ulamak serta mencari pendapat yang lebih kukuh untuk diamalkan. 6. Dengan ilmu usul fiqh, ia telah memudahkan majlis fatwa mengeluarkan fatwa.
Kesan tidak memahami • Mengikuti fatwa atau pandangan seseorang yang tidak sesuai pada konteks kehidupan di Singapura. • Contoh: Fatwa mengenai larangan bagi wanita memandu kenderaan.
2
Ringkasan ilmu asas metodologi pengeluaran hukum dalam Islam FIQH
QAWAID FIQH
MAQASID SYARIAH
USUL FIQH
Ringkasan ilmu asas metodologi pengeluaran hukum dalam Islam 1. USUL FIQH: kaedah yang digunakan sebagai alat
untuk mengeluarkan hukum praktikal yang bersumberkan dail Qat’i dan Zanni. 2. QAWAID FIQH: Prinsip-prinsip umum fiqh dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagiannya.
Ringkasan ilmu asas metodologi pengeluaran hukum dalam Islam 1. FIQH: Ilmu berkaitan dengan hukum yang diperoleh menerusi ijtihad dan pendapat mujtahid serta ketetapan Allah. 2. MAQASID SYARIAH: Mewujudkan kebaikan dan menolak keburukan serta menghilangkan kemudharatan.
3
Keindahan Islam melalui ciri-cirinya Rabbaniyyah
Syumuliyyah
‘Aalamiyyah
Waqi’iyyah
Al-Wasatiyyah Memberi kemudahan, menghilangkan kepayahan
Islam: Aqidah yang sama, Syari’ah berbeza
Membawa kebaikan, menolak keburukan
a) Rabbaniyyah • Islam adalah agama yang datang daripada Rab, iaitu Allah s.w.t. Yang Maha Sempurna dan suci dari segala kekurangan. • Jika agama direka oleh manusia? • Jika manusia tidak memerlukan agama?
a) Rabbaniyyah • Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu peringatan (nasihat) daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus:57)
4
a) Rabbaniyyah • Beberapa noktah penting daripada ayat tersebut: 1. Peringatan 2. Daripada Tuhan kamu (suka atau tidak Allah tetap
Tuhan kamu) 3. Penyembuh penyakit hati 4. Petunjuk 5. Rahmat bagi orang yang beriman
b) Syumuliyyah • Agama Islam bersifat lengkap. Syari’atnya merangkumi segala aspek kehidupan manusia. • Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu,…”
Keluasan Syari’at Islam • Meliputi semua hajat dan keperluan manusia • Paraturan bagi meleraikan pelbagai jenis masalah • Ditetapkan peraturan hubungannya dengan Tuhan • Menghimpunkan antara dunia dan agama • Menghimpunkan antara zahir dan batin
5
c) Waqi’iyyah • Islam berpandukan al-Quran. • Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia. • Al-Quran akan sentiasa relevan dengan kehidupan manusia.
c) Waqi’iyyah
• Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah turunkan al-Quran dan sesungguhnya
Kamilah yang akan menjaganya.”
d) Aalamiyyah • Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” Saba’:28
6
e) Islam: Aqidah yang sama, Syari’ah berbeza • Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Allah
ADAM a.s.
telah mensyariatkan kepada kamu tentang agama seperti yang diwasiatkanNya kepada
MUSA a.s.
Nuh dan apa-apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan
MUHAMMAD s.a.w.
kepada Ibrahim, Musa, dan Isa iaitu; Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya.” Asy-Syura:13
e) Islam: Aqidah yang sama, Syari’ah berbeza ADAM a.s.
• Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Untuk tiap-tiap umat antara kamu, Kami
MUSA a.s.
berikan aturan dan jalan yang terang.” • Syariah Islam tidak hanya terikat dengan
MUHAMMAD s.a.w.
waktu tertentu, ia sentiasa relevan untuk kebaikan hidup manusia.
e) Islam: Aqidah yang sama, Syari’ah berbeza ADAM a.s.
• Al-Quran membenarkan ajaran-ajaran yang dibawa oleh para nabi terdahulu.
MUSA a.s.
• Al-Quran menyempurkan, dan menambahkan lagi hujah kebenaran yang terkandung pada kitab-kitab terdahulu.
7
MUHAMMAD s.a.w.
f) Membawa kebaikan, menolak keburukan • Ibnu Taimiyah rhm berkata: “Syariah Islam datang untuk membawa dan menyempurnakan kebaikan, serta menyekat dan membuang keburukan.”
g) Al-Wasatiyyah • Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan demikian
(pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan.” al-Baqarah:143 • Al-Wasath: (sederhana/pertengahan) = Terpilih. • Ditafsirkan al-Wasath: Adil, kerana manusia yang terpilih adalah yang adil dari kalangan mereka.
g) Al-Wasatiyyah Apa itu adil?
8
g) Al-Wasatiyyah • Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Demi Allah sesungguhnya aku paling takut dan paling bertakwa kepada Allah daripada kamu semua; tetapi aku berpuasa dan berbuka puasa, aku bersolat dan aku juga tidur serta mengahwini wanita. Maka sesiapa yang bencikan sunnahku, maka ia bukan daripada (pengikut) aku.” HR Bukhari dan Muslim.
h) Memberi kemudahan, menghilangkan kepayahan • Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Allah
menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” al-Baqarah:185 • Sabda Rasulullah s.a.w.: “Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, berikanlah khabar gembira (ganjaran) dan jangan jadikan mereka lari.” HR Bukhari
Rumusan KESEMPURNAAN ISLAM MENGENALI ILMUILMU
MEMAHAMI HUKUM ISLAM
9