TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: 10.00 PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.
Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata’ala. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta kepada para Tabiin dan para ulama. Semoga beroleh ihsan sehingga ke hari kebangkitan.
2.
Mesyuarat Dewan Negara ke 159, merafakkan sembah ucap
takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun, di atas kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada hari Rabu, 28 Rejab 1435 Hijrah, bersamaan 28 Mei 2014.
1
3.
Kesultanan Melayu Perak diasaskan oleh Sultan Muzaffar
Shah I pada tahun 1528. Kini telah tiga puluh lima Sultan diangkat untuk bersemayam di takhta pemerintahan. Dalam tempoh empat ratus lapan puluh enam (486) tahun sejarah Kesultanan Melayu Perak,
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang ketiga puluh empat (34), ditentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata’ala bersemayam ditakhta pemerintahan selama 30 tahun, 3 bulan, 25 hari, mencatatkan tempoh bersemayam di takhta pemerintahan, kedua paling lama selepas Sultan Perak kesebelas, Sultan Mahmud Iskandar Shah yang bersemayam di takhta Kerajaan selama 67 tahun, di antara tahun 1653 sehingga 1720. Mesyuarat Dewan Negara ke 150 bertarikh 6 Mac 2012, adalah mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Dalam titah yang dizahirkan,
Almarhum memperingatkan bahawa Institusi Raja akan kekal relevan jika ia terus mendapat penghormatan rakyat.
4.
Almarhum telah memenuhi peranan sebagai seorang Raja
Pemerintah
yang
Berperlembagaan.
berpegang
teguh
kepada
konsep
Raja
Pengalaman berkhidmat sebagai seorang
hakim, telah mencanai minda serta membentuk pemikiran 2
Almarhum.
Ketika menimbangkan sesuatu perkara, Almarhum
senantiasa memeriksa semua fakta dan menghalusi setiap data sebelum merumuskan sebaik-baik keputusan untuk kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat.
5.
Almarhum dikenali dan diiktiraf sebagai seorang Raja
Pemerintah yang amat berpegang kepada prinsip meluhurkan Perlembagaan
serta
mendaulatkan
undang-undang
negara.
Almarhum telah meninggalkan legasi pemerintahan yang wajib dijadikan rujukan.
Almarhum telah melakarkan imej Raja
Pemerintah yang disegani dan menyuntik kedaulatan takhta yang dihormati.
Semoga roh Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin
Shah Al-Maghfur-Lah, demikian juga roh-roh tiga puluh tiga Sultan terdahulu,
yang
setiap
seorang
dari
Marhum
itu
telah
menyempurnakan amanah sebagai Amirulmukminin, dilimpahkan segala ihsan daripada ALLAH Subhanahu Wata’ala, ditempatkan bersama roh para Solihin. Sama-samalah kita membaca surah AlFatihah, memohon rahmat daripada ALLAH Subhanahu Wata’ala, semoga apa jua ganjaran daripada bacaan tersebut disampaikan kepada roh Almarhum-almarhum yang telah berada di alam barzakh. Al-Fatihah.
6.
Beta bersyukur ke hadrat ALLAH Subhanahu Wata’ala,
kerana dengan petunjuk dan hidayat dari Nya juga, ahli-ahli 3
Dewan Negara Perak yang bersidang pada 28 Rejab 1435 Hijrah bersamaan 28 Mei 2014 Masihi telah mencapai kata sepakat mengamanahkan ke atas diri Beta untuk diserahkan tanggung jawab mewarisi takhta pemerintahan.
7.
Mesyuarat Dewan Negara ke 159, pada pagi Jumaat yang
dipohon agar dilimpahi berkat dan rahmat ILAHI, adalah mesyuarat pertama yang Beta mempengerusikannya atas nama Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. Beta bersyukur ke hadrat ALLAH Subhanahu Wata’ala atas anugerah ini. Beta menzahirkan penghargaan atas ketetapan sebulat suara ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 158, memberikan kepercayaan dan menyerahkan amanah kepada Beta, dilantik sebagai Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang ketiga puluh lima.
8.
Akan Beta jadikan pedoman kata-kata yang terkandung
dalam Ucapan Wakil Siswazah Kehormat yang dizahirkan oleh Paduka Ayahanda Beta, ketika masih seorang Hakim, dikenali sebagai Yang Amat Mulia Raja Tan Sri Azlan Shah semasa dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Sains Malaysia pada 28 Jun 1980. Yang Amat Mulia Raja Tan Sri Azlan Shah antara lain memberikan peringatan; 4
Petikan: “...sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil dari salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggung jawab kepada rakyat. Sebenarnya, penasihat-penasihat istana ini adalah terdiri dari mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara.
Apabila keadaan ini
berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat.
Walau seberapa banyak
sekalipun askar, polis rahsia atau pegawai istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.
Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan
Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.”
9.
Beta amat insaf akan kata-kata yang terkandung dalam
sumpah jawatan yang Beta telah zahirkan; ia adalah ikrar perjanjian Beta dengan ALLAH Subhanahu Wata’ala. Ia adalah amanah dan tanggung jawab amat berat; meletakkan Beta dengan akauntabiliti baik di dunia, lebih-lebih lagi ketika berhadapan 5
dengan Tuhan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di Mahsyar nanti. Beta mohon mendapat sebaik-baik nasihat dan panduan daripada ahli-ahli Dewan Negara untuk membolehkan Beta menyempurnakan amanah dan tanggung jawab ini sebaik mungkin.
Sembah maklumkan kepada Beta perkara yang
benar, betapa pahit sekalipun, dan betapa berat untuk lidah mengucapkannya. Setiap kebenaran wajib disembahkan dan jangan sama sekali dirahsiakan daripada pengetahuan Beta. Jauhkan Beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong Beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah; sedangkan realiti yang berlaku di kalangan rakyat dan di
dalam
diceritakan.
negeri
sangat
berlainan
dengan
apa
yang
Semoga ahli-ahli Dewan Negara akan membantu
Beta dengan segala keikhlasan dan kejujuran agar Beta dapat menyempurnakan amanah dan tanggung jawab dengan adil lagi saksama.
10.
Beta amat insaf bahawa daulat seseorang Raja Pemerintah
itu akan ditentukan oleh kebijaksanaan dan kearifan serta keadilan dan kesaksamaan pemerintahan Baginda. Pemerintah yang bijak dan arif, adil dan saksama, akan dilimpahkan rahmat ILAHI, negerinya makmur dengan pelbagai rezeki, dan Raja berupaya memberi payung naungan membolehkan rakyat hidup dalam
6
rukun, damai, harmoni lagi sejahtera. Akan Beta jadikan pedoman kata peringatan orang tua-tua: “ Bapa kepada Raja adalah syariat ajaran Rasul Ibu kepada Raja adalah adat dan undang-undang Saudara kepada Raja adalah segala Menteri Besar dan Kecil Anak kepada Raja adalah segala rakyat jelata Bahawa Raja itu bagaikan tiada bapa, ibu dan anak Tidak diutamakan oleh Raja kepentingan lain melainkan rakyat jelata Malah ungka siamang di hutan jua adalah di bawah jagaan Raja Menjalankan pemerintahan dengan adil Memelihara agama – Menjamin keamanan Menunaikan kewajipan dengan penuh iltizam Jika Raja gagal menjunjung kebenaran ini Maka hancur musnahlah negara”
11.
Yang lebih utama adalah doa yang Beta pohonkan untuk
senantiasa dikurniakan panduan daripada ILAHI.
Maha suci
ALLAH yang di tangan Nya segala Kerajaan 1; hamba-Mu yang daif lagi lemah ini, memohon segala petunjuk dan bimbingan, 1
Al-Quran: Al-Mulk (67:1)
7
pimpinlah hamba-Mu ini ke jalan yang lurus 2; (ia itu) jalan orangorang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat3. Amin Ya Rabul Alamin.
2 3
Al-Quran: Al-Fatihah (1:6) Al-Quran: Al-Fatihah (1:7)
8