Menggunakan Office 365 pada telefon Android anda Panduan Mula Ringkas Menyemak e-mel Sediakan telefon Android anda untuk menghantar dan menerima mel daripada akaun Office 365 anda.
Mencapai buku nota OneNote pasukan anda Capai dengan mudah sebarang buku nota OneNote yang disimpan pada laman pasukan SharePoint atau laman OneDrive for Business anda menggunakan aplikasi OneNote untuk Android.
Melihat dan mengedit dokumen anda semasa dalam perjalanan Gunakan Office Mobile untuk aplikasi Pelanggan Office 365 untuk melihat dan mengedit dokumen terus dari telefon Android anda.
Menyemak kalendar anda walau di mana jua anda berada Anda akan sentiasa tahu jadual anda dengan menyegerakkan item kalendar Office 365 pada telefon Android anda.
Menyegerakkan kenalan anda Simpan kenalan Office 365 anda pada telefon untuk memudahkan anda berkongsi dokumen, menghantar e-mel atau menjadualkan mesyuarat.
Bekerjasama dengan pasukan anda Capai tapak pasukan anda dan kongsi atau edit fail yang disimpan di sana.
Bekerja pada dokumen anda Capai laman OneDrive for Business anda dan kongsi atau edit sebarang dokumen yang disimpan di sana. Menyertai mesyuarat secara bersemuka Gunakan aplikasi Lync 2013 untuk menyertai mesyuarat, menggunakan pemesejan segera atau membuat panggilan video kepada rakan sekerja dan kekal berhubung walaupun anda tiada di pejabat.
Menggunakan e-mel
Menguruskan kalendar anda
Selepas anda menyediakan akaun e-mel Office 365 pada telefon Android anda, e-mel anda
Kalendar anda membolehkan anda mencipta dan menjejak janji temu dan mesyuarat.
akan berfungsi seperti akaun e-mel lain pada peranti anda. Beginilah cara anda boleh melakukannya: •
Untuk menyemak e-mel − Hanya buka aplikasi E-mel pada telefon dan semak e-mel anda. Ketik Segar semula untuk menyemak mesej baru.
•
Untuk menghantar e-mel − Ketik ikon E-mel baru , taipkan e-mel, tambahkan penerima dan ketik ikon Hantar.
•
Untuk membalas e-mel− Ketik Balas Balas Semua atau Majukan .
•
Untuk menambah lampiran pada e-mel − Ketik Lampirkan dan tambahkan lampiran anda.
•
Untuk menyemak folder lain − Untuk menyemak folder e-mel yang lain seperti Item hantar, Draf atau folder lain yang anda cipta, dari atas, ketik menu juntai bawah di sebelah ikon E-mel, kemudian pilih folder yang anda ingin lihat.
,
• Untuk melihat item kalendar − Buka aplikasi S Planner pada telefon mudah alih anda dan buka item kalendar. • Untuk mencipta mesyuarat atau peristiwa baru − Daripada aplikasi S Planner, ketik > Kalendar dan pilih akaun Office 365 anda untuk menambah item kepada kalendar tersebut. Apabila selesai, ketik Hantar atau Simpan.
Menguruskan kenalan anda Tambah, edit atau padam kenalan daripada akaun Office 365 anda. 1. Untuk menambah kenalan, ketik Aplikasi > Kenalan > Kenalan. 2. Ketik
. Pada skrin Simpan kenalan
kepada, ketik akaun yang anda ingin simpankan kenalan itu. Taipkan maklumat kenalan. Apabila selesai, ketik Simpan. 3. Untuk mengedit atau memadamkan kenalan, ketik dan tahan nama kenalan dan ketik Sunting atau Padam.
Bekerjasama dan menguruskan dokumen dalam laman pasukan OneDrive for Business atau SharePoint
Pandangan mudah alih
Laman pasukan SharePoint ialah tempat pasukan anda berkomunikasi, berkongsi dokumen dan bekerja bersama-sama pada projek. OneDrive for Business ialah laman peribadi anda yang anda gunakan untuk menyimpan fail yang anda sahaja boleh lihat tetapi masih boleh berkongsi dengan rakan sekerja secara mudah. Anda boleh mencapai dokumen dari salah satu laman dalam hab Office Mobile tetapi jika anda ingin menavigasi ke laman, buat
Pandangan komputer
demikian dari pelayar Internet Explorer pada telefon Android anda. Untuk membuka OneDrive for Business atau laman pasukan SharePoint: 1. Buka pelayar pada telefon anda. 2. Taipkan URL laman anda dalam bar alamat pelayar. Contohnya, https://contosomy.sharepoint.com/personal/
_contoso_ onmicrosoft_com ialah bentuk URL untuk laman peribadi seperti OneDrive for Business. Untuk laman pasukan, URL anda mungkin kelihatan seperti https://contoso.sharepoint.com/sites/contoso. (Gantikan “contoso” dalam URL dengan nama domain organisasi anda.) Nota Jika anda tidak pasti URL laman, navigasi kepadanya dari pelayar komputer anda dan catatkan URL dalam tetingkap alamat atau e-melkannya kepada diri anda agar anda boleh menyalin dan menampalkannya. 3. Apabila skrin log masuk Microsoft Office 365 muncul, taipkan nama pengguna dan kata laluan anda, kemudian ketik Daftar Masuk. Jika laman membuka dalam pandangan mudah alih dan anda inginkan pandangan PC, ketik Seting > Beralih ke Pandangan PC. Untuk menukar kembali kepada pandangan mudah alih, ketik Seting > Pandangan Mudah Alih. 4. Jika anda berada dalam pandangan mudah alih, ketik Seting > Kandungan laman untuk melihat senarai semua kandungan seperti dokumen atau pustaka senarai pada laman.
Petua Anda boleh menavigasi dengan mudah antara laman OneDrive for Business anda atau mana-mana laman pasukan yang anda ikuti dengan mengetik OneDrive atau Tapak dari pengepala navigasi dalam pandangan PC.
Menggunakan aplikasi Android
Menghantar mesej segera
Pasangkan aplikasi telefon Android yang direka bentuk untuk berfungsi dengan Office 365,
1. Apabila anda menemui individu yang dicari, ketik nama mereka, ketik ikon IM untuk
jadi anda boleh terus bekerjasama dengan rakan sekerja dan bekerja walau di mana-mana anda berada. Untuk maklumat mengenai cara memasang dan mendaftar masuk ke aplikasi ini pada kali pertama, lihat panduan Mula Ringkas untuk Menyediakan Office 365 pada Android Anda: • Lync 2013 • OneNote • Office Mobile untuk pelanggan Office 365
menghantar mesej segera. 2. Taipkan mesej, kemudian ketik Hantar.
Menambah audio atau video pada IM 1. Apabila anda berada dalam IM dan anda ingin memanggil kenalan, ketik ikon Telefon , kemudian ketik salah satu butang panggilan. 2. Untuk menambah video ke IM atau perbualan audio, ketik ikon Video .
Menggunakan aplikasi Lync 2013
Hantar IM, tambah audio
Jika organisasi anda menggunakan Lync, anda boleh menggunakan aplikasi Microsoft Lync 2013 untuk telefon Android anda agar kekal berhubung walau di mana jua.
Mengesetkan status anda atau mendaftar keluar Untuk mengubah status anda, ketik ikon Status dan ubah status anda atau ketik Daftar Keluar.
Mencari kenalan Ketik ikon Kenalan , ketik Cari dan mula taipkan nama individu dalam kotak carian. Hasil carian anda akan muncul di bawah kotak. Anda boleh juga skrol melalui kumpulan Kenalan Lync untuk mencari individu yang anda sedang cari.
atau tambah video.
Menyertai Mesyuarat Lync Untuk menyertai Mesyuarat Lync, ketik ikon Mesyuarat
, pilih mesyuarat yang anda ingin sertai, kemudian ketik Sertai.
Memulakan video anda dalam mesyuarat Ketik ikon Video untuk memulakan video anda dalam mesyuarat.
Menggunakan aplikasi OneNote
Menyegerakkan nota anda menggunakan Wi-Fi
Menyegerakkan buku nota Office 365
Jika anda tidak ingin menggunakan pelan data anda untuk menyegerakkan nota, anda boleh memilih untuk menyegerak apabila rangkaian Wi-Fi tersedia sahaja.
Jika anda mempunyai buku nota yang anda kerap gunakan pada laman SharePoint Office 365, anda boleh menyegerakkannya dengan telefon Android anda dengan menambahkan akaun Office 365 selepas anda mendaftar masuk dengan akaun Microsoft. Pastikan buku nota yang anda ingin buka ialah buku nota yang anda lihat baru-baru ini dari komputer anda atau peranti lain. Buku nota yang anda lama tidak capai tidak akan disegerakkan apabila anda daftar masuk.
1. Jika terdapat buku nota yang terbuka, ketik Buku Nota. 2. Ketik
, kemudian ketik Seting.
3. Ketik Akaun > Tambah akaun Office 365 untuk buku nota kerja/sekolah. 4. Taipkan alamat e-mel dan kata laluan anda dan ketik Daftar Masuk untuk menambahkan akaun Office 365 anda. Sebarang buku nota yang anda buka baru-baru ini kini muncul di bawah Buku Nota Lain.
Bekerja di luar talian Penyegerakan berlaku secara automatik apabila anda beralih antara nota dan seksyen. Contohnya, jika anda menaip nota baru kemudian mengetik ke belakang ke pandangan seksyen, nota yang baru akan bersegerak dengan buku nota Office 365. •
Untuk menyegerakkan semua nota dan seksyen dan sebarang buku nota baru pada Office 365, pada halaman Buku Nota, ketik dan ketik Segerakkan Semua.
• Ketik Seting, kemudian pilih kotak semak Segerak pada Wi-Fi Sahaja.
Menggunakan aplikasi Office Mobile Mendapatkan dokumen pada telefon Android anda Cara terbaik untuk mendapatkan dokumen Office 365 pada telefon Android anda adalah dengan menyimpannya dalam talian, di tempat seperti laman pasukan OneDrive for Business atau SharePoint. Anda kemudiannya boleh melihat dokumen tersebut pada telefon Android anda menggunakan aplikasi Office Mobile. 1. Jika anda belum lagi bersambung dengan dokumen Office 365 anda dan ingin bersambung dengan pustaka OneDrive for Business atau SharePoint, ketik folder Buka.
Perkara yang anda boleh lakukan dalam Word Membuka jenis fail ini - .doc, .docx, .dot, .dotx, .dotm, .docm
Berkongsi fail melalui e-mel
Mengedit jenis fail ini - .docx, .dotx
Mencari teks
Menambah, memadam dan memaparkan komen
Memformatkan teks
Perkara yang anda boleh lakukan dalam Excel Membuka jenis fail ini - .xls, .xlsx, .xlt, .xltx, .xlsm, .xltm
Mencari teks dalam buku kerja
2. Ketik Tambah Tempat dan ketik Office 365.
Mengedit jenis fail ini - .xlsx, .xltx
Mengisih data terpilih
3. Taipkan nama pengguna dan kata laluan Office 365 anda dan ketik Daftar masuk.
Menavigasi melalui helaian dalam Pandangan Rangka
Memformatkan sel
Menggunakan penapis
Mengosongkan sel
Melihat jumlah, purata dll. bagi sesuatu julat dengan AutoJumlah
Membuat Asal/Membuat Semula
Menambah, memadam dan memaparkan komen
Berkongsi fail melalui e-mel
Berkongsi dokumen Anda boleh berkongsi dokumen dengan menghantarnya sebagai lampiran e-mel. 1. Dari senarai dokumen, ketik dan tahan dokumen yang anda ingin kongsi. 2. Ketik ikon Kongsi
.
3. Ketik E-mel. 4. Dalam tetingkap Mesej Baru , taipkan mesej anda dan ketik Hantar.
Bekerja di luar talian Anda boleh terus menguruskan dokumen Office anda apabila anda di luar talian. Apabila anda bersedia untuk menyimpan perubahan anda kembali ke pelayan, pastikan anda bersambung ke Internet.
Perkara yang anda boleh lakukan dalam PowerPoint Membuka jenis fail ini - .ppt, .pptx, .pps, .ppsx, .pptm, .ppsm
Menavigasi melalui slaid dalam pandangan
Mengedit jenis fail ini - .pptx, .pptm
Berkongsi persembahan melalui e-mel
Menambah dan mengedit nota slaid
imej kecil