ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINI: ANALISIS DAM ASPEK FAKTA DAN CABARAN Oleh : Profesor Dr. Zakaria Stapa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
PENDAHULUAN Agama Islam kepada kalangan Muslim di Malaysia, yang majoritinya terdiri daripada kalangan orang Melayu, adalah berada dalam keadaan yang cukup rapat—malahan kelihatan bagaikan sebati—hubungannya, dan is merupakan sesuatu yang amat sensitif dalam kehidupan harian mereka. Adalah sesuatu yang cukup biasa didengar, ditemui dan kerap pula diungkapkan dalam kehidupan harian orang Melayu bahawa mereka akan marah-marah sekiranya mereka dikatakan sebagai kafir, sekalipun mereka tidak pernah—atau paling kurangnya bersikap acuh tak acuh dalam—menghayati amalan keislaman di tengah kehidupan harian mereka. Dengan itu, Islam kepada orang Melayu khususnya, adalah sentiasa berada dalam keadaan yang cukup releven; sesungguhnya Islam bagaikan sinonim dengan orang Melayu. Sebagai contoh, dalam kehidupan politik orang Melayu misalnya, adalah dapat diperhatikan dengan cukup jelas bahawa mana-mana parti politik yang mengenepikan agenda Islam dalam perjuangan dan misinya akan diketepikan dan menjadi tidak releven kepada orang Melayu; mereka ternyata tidak dapat menerima parti politik yang tidak memperjuangkan kepentingan dan masa depan agama yang mereka anuti ini. Demikianlah rapatnya hubungan Muslim, khususnya orang Melayu, dengan agama Islam. Malahan, dalam satu kajian yang penulis—bersama dengan satu kumpulan penyelidik—membuat penyelidikan mengenai nilai keagamaan kalangan Muslim dalam menghadapi arus globalisasi, kalangan Muslim-Melayu rata-rata memperakukan betapa mereka perlu kembali memperkukuhkan benteng pegangan akidah keagamaan dalam menghadapi arus deras globalisasi yang boleh membawa pelbagai kemungkinan. Mereka secara 69
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM cukup tegas mengungkapkan bahawa anak-anak sejak dari kecil lagi perlu didedah dan diperkukuhkan pegangan keagamaan agar mereka dapat mempertahankan jati diri keislaman mereka dalam landaan deras arus globalisasi (Zakaria et al 2003:82-112). Begitulah gambaran awal yang bersifat umum tentang komitmen kalangan Muslim Malaysia, terutamanya kalangan orang Melayu, terhadap agama Islam anutan mereka. Ia tentunya suatu gambaran positif yang kelihatan menjanjikan masa depan yang cerah kepada perkembangan agama Islam; suatu gambaran yang memperlihatkan seolah-olah Islam boleh menggantungkan harapan kepada negara Malaysia untuk menjadi tapak pengembangan tamadunnya yang berkualiti yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan hidup semua makhluk ciptaan Allah S.W.T di alam ini. Namun, apakah gambaran umum ini benar-benar suatu fakta atau realiti yang konkrit; atau is tidak lebih dari hanya suatu cita atau ideal yang selamanya akan menjadi suatu harapan semata-mata, yang sukar untuk muncul menjadi suatu kenyataan. Jawapan kepada persoalan ini akan terjawab dalam perbincangan detil tulisan ini. MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM Berdasarkan pernyataan yang terungkap dalam perkara 3 (1) Perlembangan Persekutuan adalah jelas dinyatakan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan (Ahmad Ibrahim 2000:133). Oleh kerana perlembagaan, sebagaimana terungkap dalam perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan (Faiza 2001:47), maka peruntukan dalam Perlembagaan yang mengiktiraf Islam ialah agama bagi Persekutuan itu merupakan suatu perkara yang cukup penting dan amat signifikan sekali, malahan agama Islam tentunya mempunyai kedudukan yang amat istimewa sekali dalam negara ini. Bagaimanapun, perihal peruntukan dalam Perlembagaan ini mempunyai tafsiran yang berbeza, khususnya mengenai istilah Islam itu sendiri. Tafsiran popular yang banyak digunapakai oleh para hakim dalam keputusan-keputusan yang dibuat di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Agong ialah bahawa istilah Islam yang terdapat dalam 70
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINI: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN perlembagaan itu adalah dirujukkan kepada perihal rituals and ceremonies yang implikasinya bermakna bahawa Negara Malaysia yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan tersebut bukanlah secara automatik bermakna ia sebuah Negara Islam yang mewajibkan pemakaian undangundang Islam, malahan ia adalah sebuah Negara sekular (Faiza 2001:47). Walaupun begitu, sebagaimana yang dihujahkan oleh Profesor Ahmad Ibrahim, seorang pakar undang-undang yang cukup tersohor di Malaysia, peruntukan Perlembagaan tersebut memberi ruang yang cukup, iaitu dalam pengertian umat Islam ada ruang, dan malah berhak mengikuti cara hidup mereka berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam. Dan jika orang Islam di Malaysia ini mahu mengikut undang-undang Islam, dan mereka misalnya tidak lagi mahu menggunakan undangundang Common Law Inggeris, maka mereka seharusnya dibenarkan berbuat demikian (Ahmad Ibrahim 2000:134). Malahan lebih jauh lagi, seorang hakim terkenal, Yang Arif Datuk Hashim Yeop A. Sani, berdasarkan pernyataan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut pernah menegaskan bahawa Malaysia secara sah boleh mengisytiharkan Negara ini sebagai sebuah Negara Islam (Wan Zahidi 2001:16). Dengan itu jelas sekali bahawa peruntukan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada agama Islam tersebut memberi ruang yang cukup untuk membuat tafsiran bahawa Negara Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Lebih-lebih lagi, sebagaimana yang dihujahkan oleh sebahagian cendekiawan Muslim, Perlembagaan Persekutuan tersebut tidak ada menyebut di mana-mana pun bahawa negara ini ialah Negara sekular seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan India misalnya (Manaf 2004:32). Dalam kata lain, penamaan Negara Malaysia ini sebagai sebuah Negara sekular adalah tidak lebih daripada satu tafsiran semata-mata; dan bilamana tafsiran sahaja yang menentukan sekularnya Negara ini, maka apalah salahnya untuk juga ditafsirkan bahawa Negara ini adalah sebuah Negara Islam. Malahan, tafsiran sebagai Negara Islam itu adalah jauh lebih munasabah kerana dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut ada sebutan tentang agama Islam sebagai agama Persekutuan, berbanding dengan perkataan sekular yang tidak pun terungkap di mana-mana bahagian pun dalam Perlembagaan tersebut. Selanjutnya, tafsiran terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada Malaysia sebuah Negara Islam 71
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM tersebut diperkukuhkan lagi dengan rumusan dan ketetapan yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 3-4 Februari 1986 yang secara tegas membuat pernyataan bahawa Negara Malaysia adalah sebuah Negara Islam (JAKIM 2004:3). Dan akhirnya, Malaysia sebuah Negara Islam ini menjadi termeterai secara kukuh dan konklusif apabila Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Perdana Menteri Malaysia membuat perisytiharan dalam Perhimpunan Agong Parti Gerakan—salah sebuah parti komponan Barisan Nasional—bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam (Manaf 2004:30). Persoalannya sekarang, apakah Malaysia menepati ciri-ciri sebuah Negara Islam? Sekalipun pengiktirafan diberikan oleh pelbagai pihak, sebahagiannya adalah daripada negara-negara luar, termasuk negara-negara yang bernaung dan menganggotai Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), namun terdengar juga suarasuara yang cuba mempertikaikan kesahihan taraf Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Terdapat pandangan-pandangan tertentu yang mengatakan bahawa isu negara Islam ini tidak lebih daripada suatu bentuk gimik politik semata-mata. Oleh itu, untuk berlaku adil dalam konteks ini, maka sejumlah fakta perlu dianalisis secara ilmiah bagi mendapatkan konklusi yang munasabah berkaitan persoalan ini. Pertama sekali perlu dicatatkan bahawa sejauh yang berkaitan dengan tradisi pemikiran Islam, perihal pengkategorian negara-negara yang wujud di dunia ini adalah terbahagi kepada tiga kategori, iaitu: Negara Islam (Dar al-Islam); negara kafir yang berperang dengan negara Islam (Dar al-Harb), dan negara kafir yang tidak memerangi negara Islam (Dar abAhd) (Zahidi 2001:15). Oleh itu, istilah yang kerap diungkapkan oleh banyak pihak masa kini sebagai negara sekulartentu sekali oppositenya ialah negara agama—adalah istilah-istilah yang tidak ada kaitan dengan pemikiran dan peradaban Islam. Ia tentunya istilah-istilah ciptaan tamadun Barat yang muncul di tengah-tengah perjalanan sejarah tamadun mereka hasil daripada pengalaman dan keperluan mereka sendiri dalam menangani persoalan berkaitan. Oleh itu, dalam pandangan tradisi pemikiran Islam, sesebuah negara itu kalau tidak Islam, maka is adalah negara kafir. Cuma yang berbeza hanyalah di antara negara kafir yang berdamai dengan negara Islam dan negara kafir yang berperang dengan negara Islam. Untuk menjadi lebih jelas dalam hal ini, kalangan para ulama' dan cendekiawan 72
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KIM: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN Muslim memberikan definisi terhadap istilah negara Islam tersebut. Berikut dipetik sejumlah definisi yang diberikan oleh kalangan para ulama' dalam hubungan ini (Zahidi 2001:13-14): • Dalam buku alfihadfi al-Islam, penulisnya Dr. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti merumuskan bahawa negara Islam itu ialah seperti yang disepakati oleh imam-imam mazhab yang empat, iaitu negeri atau bumi yang berada di bawah kekuasaan dan kedaulatan umat Islam, di mana di negeri atau bumi tersebut umat Islam dapat mengamalkan Islam secara terbuka dan mampu mempertahankan diri daripada serangan musuh, sama ada serangan tersebut berlaku melalui peperangan, dengan cara damai atau sebaliknya. Malahan, menurut Imam al-Shafi'i, mana-mana negeri yang pernah menjadi negara Islam, status ini tidak akan hilang menurut hukum Fiqh Islam, sekalipun umat Islam telah dikalahkan di negara berkenaan. • Syeikh Muhammad Abu Zuhrah menegaskan bahawa negara Islam (Dar al-Islam) ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintah Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam. Negara seperti ini wajib dipertahankan oleh setiap Muslim. • Muhammad b. Hasan al-Shaybani—seorang ulama' mazhab Hanafi yang tersohor—mentakrifkan negara Islam sebagai negara yang dikuasai oleh umat Islam, dalam mana orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya. Demikianlah sebahagian daripada takrif yang diberikan oleh kalangan ulama' Islam tentang istilah negara Islam. Dengan itu, kita sudah mendapat gambaran dan kefahaman bahawa sesebuah negara Islam itu mestilah suatu kawasan bumi atau negeri yang pemerintahannya dikuasai dan dijalankan oleh orang Islam, kedaulatannya dijaga dan dipertahankan oleh orang Islam, sehingga dengan itu umat Islam boleh hidup aman dan damai di dalamnya serta boleh secara bebas melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam dan mengembangkan syiarnya. Dan satu perkara yang cukup menarik untuk diberikan perhatian berdasarkan takrif-takrif di atas, ialah perihal 73
JURNAL PENYELIMAN ISLAM pelaksanaan hukum syarak di dalam sesebuah negara bukanlah merupakan syarat bagi menentukan sama ada sesebuah negara itu menjadi negara Islam ataupun tidak. Tetapi, sudah pasti bahawa pelaksanaan hukum syarak merupakan hak sesebuah negara Islam yang menjadi tanggungjawab umat Islam melaksanakannya. Jika umat Islam cuai melaksanakan hukum syarak dalam sesebuah negara Islam, maka kecuaian tersebut tidak sekali-kali boleh menyebabkan negara berkenaan kehilangan status atau kedudukannya sebagai sebuah negara Islam, namun mereka yang bertanggungjawab akan menanggung dosa di atas kecuaian berkenaan (Zahidi 2001:14). Dengan mengambil kira takrif negara Islam yang dibicarakan di atas, maka secara sepin . tas lalu pun sudah cukup jelas tertayang kepada kita bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara Islam. Ini ialah kerana negara ini diperintah oleh orang yang beragama Islam, kedaulatannya dijaga dan dipertahankan oleh orang Islam serta juga segala tuntutan keagamaan boleh, dan malah diberi galakan untuk, dilaksanakan dengan bebas oleh umat Islam, di samping syiar Islam tertonjol di mana-mana di seluruh pelusuk negara ini. Malahan, seandainya negara ini tidak diterima sebagai sebuah negara Islam, apakah is—kalau diguna pakai pengkategorian tradisi pemikiran Islam—merupakan sebuah negara kafir? Dan sekali lagi, sekiranya is tidak diterima sebagai sebuah negara Islam, implikasinya juga cukup besar sekali, kerana sebagaimana yang ditegaskan oleh Syeikh Abu Zuhrah, umat Islam tidak perlu menumpahkan rasa cinta dan seterusnya tidak perlu mempertahankan kedaulatan negara ini. Selanjutnya, kalau perincian dibuat terhadap pelbagai dasar dan projek negara yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia, maka kita akan lebih dapat melihat betapa negara Malaysia sememangnya memenuhi syarat dan memiliki ciri-ciri sebuah negara Islam. Beberapa dasar dan projek utama yang berkait langsung dengan persoalan yang dibicarakan di sini akan cuba diberikan penjelasan ringkas. Sesuai dengan pendekatan yang diketengahkan oleh pihak kerajaan, iaitu pendekatan evolusi dan berhemah, hikmah dan beransur, menggunakan kaedah maslahah yang mengutamakan kepentingan awam dan ketenteraman, yang bertujuan bagi menin . gkatkan kefahaman dan penghayatan (Abdul Ghani 2001:3-6; dan Khairul Azmi 2001:43), maka kerajaan Malaysia misalnya telah memperkenalkan dalam tahun 74
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINI: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN
1985 Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran. Rasional kepada dasar ini di mana is adalah sebahagian daripada usaha-usaha kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Nilai-nilai Islam diterap . a sahsiah, khususnya dalam sektor perkhidmatan awam. untuk membin Nilai-nilai tersebut ialah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, berkerjasama, berbudi mulia dan bersyukur (JAKIM 2004:4). Kemudian, fasa kedua daripada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, ialah usaha kerajaan dalam tempoh kebelakangan ini memperkenalkan Islam Hadhari, yang bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana Islam itu dapat diamalkan secara menyeluruh dalam segenap sektor kehidupan masyarakat yang bertindak sebagai pemangkin pembangunan tamadun manusia dan negara secara bersepadu dan maju. Sesungguhnya, gagasan Islam Hadari adalah suatu gagasan yang besar maknanya bagi pembangunan Islam dan Muslim di Malaysia. Gagasan ini bila nanti terlaksana secara sempurna tentunya akan dapat melahirkan sebuah tamadun yang berkualiti yang didukung oleh kalangan ummah yang berjiwa besar, berpandangan jauh serta mampu berdaya saing secara sihat, sehingga dengan itu tentunya akan boleh menabur jasa kepada kehidupan kemanusiaan dan alam seluruhnya. Kemudian, fakta-fakta yang sudah tersergam gagah di tengah masyarakat Malaysia, ialah seumpama usaha-usaha konkrit pihak kerajaan dalam menerajui dan membawa kehadapan bidang pendidikan negara. Pendidikan telah dijadikan sebagai asas kepada pembangunan dan pengembangan sahsiah ummah. Dengan itu pihak kerajaan telah merumuskan Falsafah Pendidikan Negara yang dijadikan sebagai garis panduan dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Negara tersebut mengungkapkan secara jelas bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Dan yang lebih menarik dalam hubungan 75
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM dengan sektor pendidikan ini ialah iltizam Y.A.B Perdana Menteri Malaysia yang baru, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebagaimana diungkapkan oleh beliau dalam pertemuan sulungnya dengan para mufti dan ulama' pada 24 Disember, 2003, di mana beliau mahu menekankan secara bersungguh-sungguh aspek pengajian agama dan al-Quran serta bahasa Arab kepada setiap kalangan murid Muslim (Manaf 2004:45-46), dan hal ini terjelma dalam program besar pendidikan negara yang diberi nama sebagai J-Qaf (Jawi-Quran-ArabFardhu Ain) yang projek perintisnya telah mula dilancarkan pelaksanaannya di sekolah-sekolah rendah mulai tahun 2004. Satu lagi aspek yang mahu dicatatkan dalam tulisan yang terhad ini ialah kejayaan negara dan umat Islam Malaysia dalam merealisasikan pelaksanaan sistem kewangan Islam. Bermula daripada penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad, membawa kepada penubuhan skim perlindungan insuran dan diikuti dengan sistem pelaburan di pasaran saham. Kejayaan-kejayaan tersebut meletakkan Malaysia di tangga teratas di dalam membela nasib umat Islam dalam perkara-perkara yang berhubung kait dengan ekonomi. Apa yang lebih menarik lagi, negaranegara luar turut berminat untuk mempelajari hal ini daripada pengalaman Malaysia (Khairul `Azmi 2001:39-41). Catatan-catatan ringkas yang kita sajikan di sini, yang tentunya mewakili sejumlah fakta-fakta lain yang tidak dapat dicatatkan dalam tulisan ringkas ini, adalah fakta-fakta nyata yang menyerlahkan bukti bahawa Malaysia sesungguhnya boleh dikategorikan sebagai sebuah negara Islam sama ada dari aspek konsep dan pelaksanaannya. Dari aspek konsepnya, Malaysia sudah menepati dan tidak bercanggah dengan konsep dan definisi sebuah negara Islam sebagaimana yang diungkapkan oleh kalangan para ulama' besar dan cendekiawan tersohor Muslim seperti yang telah tercatat sebelum ini. Dan daripada perspektif pelaksanaan pelbagai program dan projek negara pula ternyata bahawa Malaysia melaksanakan perkara-perkara yang pada asasnya menepati kehendak Islam. Dengan itu, secara yang cukup kukuh dan tanpa sebarang keraguan dapat diungkapkan bahawa Malaysia adalah sememangnya sebuah negara Islam moden yang muncul di persada dunia masa kini.
76
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINE ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN
PENGHAYATAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN HARIAN MASYARAKAT MUSLIM MALAYSIA Adalah tidak boleh dinafikan bahawa indeks petunjuk penghayatan Islam sememangnya boleh diperhatikan dengan baik dalam kehidupan harian masyarakat Muslim di Malaysia. Penuhnya masjid-masjid, khususnya di hari Jumaat dan di bulan Ramadan, meningkatnya bilangan golongan yang mengerjakan haji dan umrah, pakaian wanita Islam yang semakin sopan dan berbagai-bagai lagi indikasi lain adalah boleh diperhatikan dengan jelas di tengah kehidupan masyarakat. Namun, di sisi yang lain dengan indeks yang tidak kurang hebatnya adalah aspekaspek negatif yang menjadi lawan kepada aspek penghayatan yang positif tersebut. Di antara aspek negatif yang amat merisaukan pihakpihak yang prihatin . terhadap kesejahteraan penghayatan Islam kalangan ummah ialah yang berkaitan dengan perihal penghayatan akidah dan juga kehidupan sosial masyarakat. Maka itu, bentuk-bentuk kepercayaan khurafat yang boleh menggugat penghayatan akidah yang murni merupakan perkara yang dapat diperhatikan kewujudannya pada sebahagian amalan di kalangan umat Melayu-Muslim dewasa ini di Malaysia. Sebahagian daripada amalan berkenaan akan cuba kita catatkan dalam kesempatan terhad ini bagi dijadikan bahan bukti betapa persoalan akidah yang termanifestasi menerusi bentuk khurafat masih terus mencengkam dan memaksakan dominasinya ke atas kehidupan harian umat MelayuMuslim, di mana sebahagiannya terpantul dalam pelbagai media massa yang terdapat di tanah air kita. Hal ini juga sekali gus menggambarkan bahawa kerja pendakwahan setakat ini masih belum berjaya membendung gejala negatif yang amat merbahaya ini. Dalam hubungan ini, kalau cuba dicerakinkan punca dan sebab musabab terpegang kukuhnya unsur-unsur khurafat berkenaan, maka secara umumnya dapat kita perhatikan bahawa setelah agama Islam berkembang dan meluas sampai ke daerah-daerah bukan Arab, termasuk tentunya ke rantau kita ini, di mana masyarakatnya telah terlebih dahulu menganut pelbagai kepercayaan dan agama sebelum kedatangan Islam, maka penghayatan Islam ahli masyarakat berkenaan umumnya menghadapi masalah dari segi kemurniannya. Amalanamalan keislaman yang dihayati pada keseluruhannya menjadi bercampur aduk dengan amalan-amalan khurafat dan bidaah yang 77
JURNAL PENYELIDEKAN ISLAM diwarisi dari nenek moyang mereka. Amalan memuja jin dan mempraktiskan ilmu sihir sebagai contoh telah menjadi amalan kebiasaan mereka, di samping mengamalkan kewajipan sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain kewajipan fardhu dalam Islam. Campur aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, menjadi tercemar dan tidak murni (Kilani 1991:230-231). Merujuk kepada amalan pemujaan jin untuk maksud mendapatkan pertolongan makhluk berkenaan di dalam masyarakat Melayu-Muslim secara khusus, maka kita dapati perkara ini terhubung secara langsung dengan institusi perbomohan yang didapati sehingga kini masih terus popular, malahan kadang-kadang grafnya semakin meninggi hari demi hari. Dewasa ini misalnya praktis perbomohan untuk maksud memberi pertolongan kepada kalangan orang yang menghadapi masalah adalah diiklankan secara terbuka dalam akhbarakhbar sena majalah-majalah tempatan. Malahan dalam akhbar Berita Harian (6 Mei, 2004: 10) muncul sebuah tulisan yang ditulis oleh Mokhtar Alias atas tajuk "Masih Ramai Percaya Benda Karut-Marut". Dalam tulisan ini, penulisnya mencatatkan antara lain masih ramai orang Melayu-Muslim yang percaya kepada bomoh sehingga ke peringkat membenarkan kemaluannya diraba dan akhirnya dirogol oleh bomoh berkenaan. Adalah perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin. Dalam al-Qur'an terungkap jelas betapa Allah S.W.T mencela masyarakat Arab Jahiliah kerana sikap mereka yang merendah diri kepada jin dan memohon pertolongan daripada mereka. Dalam konteks ini Allah S.W.T berfirman: Maksudnya: "Dan bahawa sesungguhnya adalah [amat salah perbuatan] beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat (al-Jin, 72:6).
78
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINI: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN
Sesungguhnya dalam keghairahan untuk mendapatkan pertolongan daripada makhluk jin tersebutlah berlakunya proses pemujaan jin. Dan di sinilah bermulanya keperluan kalangan yang berhajat tersebut mematuhi pelbagai syarat tanpa mengira jin yang dikehendaki pertolongannya itu datang daripada golongan jin yang bagaimana. Sekalipun jin tersebut datangnya daripada golongan jin Islam yang soleh, tetap juga syarat keperluan yang diminta dilakukan tersebut dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang bilamana jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang kafir . Selain daripada sikap meminta-minta kepada jin yang jelas salah menurut pandangan Islam, satu lagi sikap yang juga salah ialah sikap terlalu percaya kepada bantuan khadam-khadam makhluk ghaib (Kilani 1991:211-214). Sebilangan dukun dan bomoh di Malaysia sebagai contoh mendakwa harus menggunakan khadam dan bersahabat dengan pelbagai jenis makhluk ghaib suci. Ini termasuk, menurut mereka, bersahabat dengan malaikat-malaikat tertentu dari jenis malaikat yang mereka namakan sebagai Muakal. Makhluk-makhluk ghaib ini pada anggapan mereka bertugas sebagai rakan-rakan pembantu dalam menjalankan sesuatu kerja, usaha, haj at dan keperluan. Mereka juga dianggap sebagai pengawal setia yang bertugas melindungi rakan mereka dari jenis makhluk manusia dari terkena perbuatan jahat yang dirancang oleh lawan dan musuh. Bagaimanapun, sebenarnya menurut penjelasan yang terdapat dalam al-Qur'an, anggapan-anggapan sebagaimana di atas adalah tidak tepat. Menurut al-Qur'an, apa yang disangkakan malaikat tersebut sebenarnya adalah makhluk ghaib yang tidak lain daripada jin yang pada keseluruhannya berniat jahat terhadap manusia. Perihal kekeliruan manusia sebagaimana di atas terungkap jelas dalam firman Allah S.W.T berikut: (Maksudnya): "Dan [ingatlah] masa Allah S.W.T menghimpunkan mereka semua [pada hari kiamat], kemudian Dia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang-orang ini, [kamu setujui] menyembah kamu dahulu?". Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau [dari adanya sebarang sekutu dengan-Mu]! Engkaulah [yang kami hubungi sebagai pemimpin dan] 79
JURNAL PENYELIDTKAN ISLAM Pelindung kami bukan mereka. [Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai sembahan mereka akan kami], bahkan mereka adalah menyembah jin syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada jin syaitan itu [sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi]" (Saba', 34:40-41). Di samping itu, kalangan bomoh dan dukun juga yakin bahawa khadam-khadam yang sentiasa berdampingan dengan mereka adalah terdiri daripada makhluk ghaib yang mereka namakan sebagai Malaikat Hafazah dan lain-lain makhluk ghaib suci. Semua anggapan yang disebutkan di sini adalah tidak benar sama sekali. Pada pandangan para ulama' Hadith dan Fiqh tidak ada langsung makhluk-makhluk ghaib suci dan malaikat yang ditugaskan untuk menjadi khadam dalam ertikata dikuasai dan dimiliki oleh manusia. Adapun makhluk yang boleh dikuasai melalui amalan-amalan tertentu adalah tidak lain daripada makhluk jin dan `ifrit yang dalam istilah biasa masyarakat Melayu dikenali sebagai hantu. Demikianlah senario yang terjadi dalam institusi perbomohan yang sebenarnya tidak pernah pudar pengamalan dan penggunaannya dalam masyarakat kita sejak dahulu sampai sekarang. Contoh terkini merebaknya isu akidah dalam bentuk amalan khurafat yang berunsur syirik dalam institusi perbomohan yang terjadi dalam masyarakat Melayu-Muslim ialah apa yang termuat dalam ruangan Soal Jawab Agama, kelolaan Dr. Amran Kasimin dalam Mingguan Malaysia, di mana beliau terpaksa melayan persoalan yang dibangkitkan oleh pembaca yang mahu mengetahui tentang upacara amalan semah yang berlaku di kampung pembaca berkenaan (Mingguan Malaysia 21 April, 2002:9). Amalan semah sebagaimana yang dicatatkan oleh Dr. Amran dalam jawapan beliau berkenaan ialah amalan menyediakan sajian untuk makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin untuk tujuan tertentu. Dalam upacara itu yang melibatkan jin-jin, upacara diadakan supaya jin-jin yang dipanggil, atau dipuja datang membantu sama ada untuk tujuan rawatan, permam • an atau hiburan. Dalam masa yang sama dipohon agar jin-jin itu melindungi gelanggang di mana persembahan itu diadakan, menjaga mereka yang terlibat dengan persembahan dan juga mengawal keselamatan para penonton. Semah juga diadakan tint uk mengelakkan berlakunya gangguan yang melibatkan jin-jin yang 80
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINI: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN
menghuni tempat berkenaan ataupun dari luar atau daripada gangguan angkara manusia dengan bantuan jin-jin yang diistilahkan sebagai sihir. Lumrahnya ada beberapa tujuan utama semah dilakukan apabila pesakit sembuh setelah diubati. Menurut kaedah tradisional antaranya ialah sebagai memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun ataupun menerusi persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun. Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan (semah) kalau is sudi keluar dan tidak menggangu pesakit. Tujuan lain ialah sebagai tanda berterima kasih kepada makhluk ini yang sudi datang membantu manusia melakukan rawatan sehingga membolehkan pesakit sembuh. Di negara kita masa kini, nampaknya dengan semakin kompleksnya kehidupan bermasyarakat, bersama pelbagai keperluan dan tuntutan, hasil dari kecanggihan hidup yang merupakan akibat langsung dari pelbagai sumbangan rains dan teknologi moden, maka kelihatan semakin bertambah pula keperluan ahli masyarakat kepada khidmat perbomohan. Dan segala sesuatu yang berlangsung dalam dunia perbomohan di tanah air kita itu ditandai kehebatan dan titik puncaknya dengan apa yang berlaku di antara mantan ADUN Batu Talam dengan institusi perbomohan yang dikepalai oleh Mona Fandy dan suaminya serta seorang pembantu beliau, di mana kesemua mereka terpaksa berakhir dengan mengalami kematian yang cukup tragis, sekalipun dalam bentuk dan cara yang berbeza. Kemudian, lanjutan yang kelihatannya berupa semacam part and parcel dengan institusi perbomohan ini ialah praktis sihir yang diamalkan di tengah-tengah masyarakat kita. Amalan ini juga kelihatan berlangsung dalam kadar yang agak baik di tengah masyarakat kita masa kini, sebagaimana kejadian-kejadian dan cerita-cerita aneh lagi misteri yang dipaparkan dalam pelbagai tabloid dan pelbagai majalah picisan tempatan yang cukup popular dan cukup ramai peminatnya dari kalangan ahli masyarakat kita masa kini. Sejumlah jenama majalah seperti Mastika, Pesona, Cermin, Misteri, Paparan Misteri, Buletin Misteri, Kisah Benar, Bicara—adalah dipenuhi dengan pelbagai cerita yang anehaneh, termasuk cerita yang berkaitan dengan perbuatan sihir yang dilakukan oleh sesetengah pihak kepada pihak yang lain. Istilah sihir sebenarnya merujuk kepada sesuatu perbuatan yang luar biasa, yang berj a 'ya dilakukan oleh para ahlinya melalui bantuan 81
JURNAL PENYEL1DIKAN ISLAM jin atau syaitan (Kilani 1991:220). Dalam praktis sihir mi, jin atau syaitan dijadikan perutusan supaya merasuk dan mengganggu individu-individu tertentu, dan hasilnya adalah kerap bahawa kalangan mangsa akan mengalami pelbagai kesusahan dan kesakitan. Namun, adalah amat perlu difahami bahawa kerja memberi bantuan untuk melaksanakan tugas dalam kerja sihir ini akan hanya benar-benar menarik minat jin atau syaitan, sekiranya kerja-kerja ini didorong oleh makhluk manusia itu sendiri. Dorongan tersebut boleh berlaku dalam pelbagai cara dan upacara, yang pada keseluruhannya boleh disimpulkan dalam satu ungkapan sahaja, iaitu cara dan upacara pemujaan jin. Dan di sinilah sekali lagi, secara yang tidak dapat dielakkan lagi, akan berlakunya amalan khurafat yang cukup berat implikasi kepada pegangan akidahnya. Satu lagi amalan lumrah yang tidak kurang juga pengamalnya masa kini ialah amalan penggunaan azimat-azimat serta tangkal tertentu. Hal ini terserlah jelas misalnya, dalam pembicaraan kes kematian isteri kedua Raja Di Hilir Perak yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Taiping, Perak (Mac, April, 2003), yang beritanya terpapar di muka hadapan sejumlah akhbar nasional negara kita. Di samping itu, perihal kelumrahan penggunaan azimat dan tangkal ini juga ditandai dengan tersebar secara meluas clan larisnya di pasaran buku-buku yang berkaitan dengan azimat dan mentera. Buku-buku berkaitan boleh didapati di kedai-kedai buku yang menjual buku-buku agama seolah-olah bukubuku berkenaan juga merupakan sebahagian daripada buku-buku agama—di seluruh tanah air kita. Di antara buku-buku yang berkaitan ialah seperti Kitab Mujarrobat Melayu, Kitab Taj al-Mulk, Kitab Senjata Suli t,Kitab SenjataDunia, Primbon Lengkap Kunci Keselamatan, 1000 Hikmat dan lain-lain (Kilani 1991:202-203). Azimat sebenarnya merupakan suatu benda yang dipercayai dapat menahan bahaya, malapetaka, serangan dari kuasa ghaib bagi orang yang memakainya. Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib. Khadam-khadam ini dipercayai dapat membantu pemakai azimat berkenaan untuk mencapai pelbagai keperluan diri. Di samping diyakini juga bahawa khadam-khadam ini dapat menyelamatkan tuan azimat berkenaan daripada pelbagai ancaman dan usaha jahat dari lawan dan musuh yang bermaksud jahat terhadap diri, keluarga dan harta benda pemilik azimat tersebut (Rahmat 1983:15; dan Kilani 1991: 204-205). 82
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINI: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN
Adalah ternyata bahawa semua keyakinan yang dimiliki oleh pemakai azimat seperti yang tercatat di atas adalah sesuatu yang boleh membawa kepada syirik terhadap Allah S.W.T, iaitu satu petaka besar dalam kaitan dengan pegangan akidah. Dan di sinilah duduknya unsur khurafat atau permasalahan akidah yang wujud dalam amalan pemakaian azimat berkenaan. Demikianlah sebahagian daripada amalan-amalan kontemporari yang sedang berlangsung dalam tempoh masa kini di dalam masyarakat kita di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti betapa isu akidah yang muncul dalam bentuk pelbagai amalan khurafat ini masih terus bertapak subur dalam kehidupan masyarakat Melayu-Muslim di tanah air kita, di mana sebahagian daripada isu berkenaan muncul dalam pelbagai bentuk media massa yang wujud di tanah air kita. Namun, satu perkara perlu difahami bahawa apa-apa pun juga yang telah dipilih untuk dicatatkan dalam kesempatan ini hanyalah merupakan sebahagian daripada pelbagai isu akidah sena amalan-amalan lain yang tidak sempat dicatatkan oleh kesempitan ruang dan waktu. Seterusnya, berkaitan dengan permasalahan sosial, maka sesungguhnya, kebelakangan ini—iaitu bermula dari dekad-dekad terakhir abad yang lalu misalnya—kita kerap dikejutkan oleh berbagai fakta dan peristiwa yang bersifat kebaikan dan merupakan rintangan besar kepada perihal mewujudkan warga masyarakat yang berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Wawasan negara. Fenomena pembuangan bayi di merata tempat bagaikan membuang sampah sarap sebagaimana yang luas dibicarakan kebelakangan ini tentunya merupakan salah satu pencabar utama kepada hasrat wawasan negara. Mengikut statistik yang dikumpulkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tahun 1988 hingga tahun 1992, sebagaimana yang dapat dilihat dalam Jadual 1 di bawah, ternyata bahawa fenomena pembuangan bayi ini merupakan satu gejala negatif yang kian meningkat dalam perlakuan masyarakat kita dari tahun ke tahun:
83
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM Jadual 1: Buang Bayi Tahun
Jumlah Kes
1988 1989 1990 1991 1992
19 36 44 48 55
Sumber: AI-Islam Disember, 1993: 67 Perbuatan membuang bayi ini ditambah pula dengan fenomena yang serangkai dengannya, iaitu penderaan kanak-kanak, di mana kedua-duanya kelihatan bagaikan pelengkap kepada gambaran jelik tabiat masyarakat kita dalam mengurus golongan yang lemah dan tidak tahu apa-apa ini. Fenomena penderaan kanak-kanak ini tidak kurang juga hebatnya dalam episod kehidupan harian masyarakat Malaysia. Dada-dada akhbar tempatan kebelakangan ini sering termuat dengan cerita-cerita dan gambar-gambar pilu kanak-kanak yang tidak berdosa terpaksa terlantar di hospital akibat dari penderaan yang dilakukan di luar rasa peri kemanusiaan. Keseriusan persoalan ini barangkali tergambar dari keterpaksaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, sedikit masa dahulu, mewujudkan talian khusus yang digelar "teledera" untuk memudahkan kanak-kanak atau pihak masyarakat umum membuat laporan terus tentang sesuatu kejadian penderaan. Berdasarkan statistik yang terkumpul, perbuatan mendera kanak-kanak ini juga merupakan satu tabiat jahat yang sedang melonjak naik dalam perlakuan masyarakat Malaysia. Dalam tempoh lima tahun dari 1985 hingga 1990, kes penderaan yang tercatat ialah sebanyak 555 kes (Dewan Masyarakat September, 1991: 57); tetapi sepanjang tahun 1992 sahaja sejumlah 862 kes penderaan telah direkodkan (Al - Islam Januari, 1994: 67). Ini menunjukkan satu penambahan yang amat drastik dan agak menggerunkan, di mana berdasarkan statistik tahun 1992 itu dalam tempoh sehari kira-kira dua orang kanak-kanak terpaksa menderita kesakitan akibat deraan.
84
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KIM: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN
Kajian-kajian yang dibuat oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung dengan hal ini menunjukkan bahawa ibu bapa kandung kepada mangsa deraan mendahului pihak-pihak lain dalam mempamerkan perlakuan ganas terhadap anak-anak mereka (Dewan Masyarakat Jun, 1992: 57). Hal ini tentunya boleh melatari dengan baik kesimpulan kita bahawa rangkaian fenomena "buang-dera" ini mestilah dilihat secara bersama sekaligus untuk menilai tabiat jahat sebahagian ahli masyarakat Malaysia dalam mengurus golongan lemah sebagai kanak-kanak. Dan seterusnya, keadaan ini tentunya tidak salah untuk kita mengungkapkan satu kesimpulan lain bahawa kalau pun seseorang kanak-kanak itu tidak dibuang dalam tempoh umur bayinya, dia masih lagi tidak selamat dalam pemeliharaan ibu bapanya sendiri; dia seolahnya masih terdedah kepada kemungkinan diperlakukan secara kejam oleh ibu bapa kandung sendiri dalam tempoh umur kanak-kanak. Tanpa mengambil kira sebab dan latar belakang kenapa berlakunya fenomena jelik sebagai di atas, namun sikap dan perlakuan "buang-dera "yang di luar rasa kemanusiaan itu sendiri sudah cukup memberikan laluan untuk kita ungkapkan golongan berkenaan sebagai golongan manusia yang pada hakikatnya telah meletak jawatan dari menjadi manusia. Ungkapan atau kesimpulan ini diambil berasaskan pengalaman dan kefahaman kita bahawa seekor ibu ayam-bukan dalam pengertian Simpulan Bahasa-pun kita dapati begitu sayang kepada anak-anaknya-malahan kepada anak itik sekalipun yang diletakkan di bawah jagaannya—di mana ibu ayam berkenaan akan menunjukkan sikap berang bila anak-anaknya diusik, maka di manakah duduknya taraf manusia yang tidak menyayangi anak mereka sendiri kalau tidak lebih rendah dari taraf seekor ibu ayam? Kalau sudah tarafnya lebih rendah dari seekor ibu ayam, maka jenis manusia apa orang tersebut? Oleh itu, amat layak sekali mereka digelarkan sebagai golongan orang yang sedang meletak jawatan daripada menjadi orang! Gejala negatif lain yang juga mempamirkan kegersangan unsur akhlak mulia dan terpuji dalam masyarakat kita terlambang secara jelas dalam kes gadis remaja yang melarikan diri dari rumah. Mengikut rekod Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Jabatan Polis, dalam tempoh hampir tujuh tahun bermula dari tahun 1986 hingga bulan Jun, 1992 terdapat sejumlah 17,806 kes gadis yang melarikan diri dari rumah, iaitu satu jumlah yang agak menggerunkan, di samping 85
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
terdapat lagi kes-kes lain—yang atas sebab-sebab tertentu— tidak dilaporkan kepada pihak polis. Di antara sebab-sebab yang dikenal pasti menjadi punca kepada tindakan negatif ini ialah kerana berselisih faham dengan ibu bapa atau penjaga, mempunyai latar belakang keluarga yang sering bergaduh dan tidak bahagia, ibu bapa menentang hubungan dengan teman lelaki, gangguan seksual atau didera oleh anggota keluarga serta salah pergaulan (Dewan Siswa Julai, 1994: 45). Di samping is juga dikatakan sebagai berpunca dari berlakunya kes-kes keganasan keluarga sebagaimana yang boleh dilihat perangkaannya dalam Jadual 2 di bawah: Jadual 2: Keganasan Keluarga Jumlah Kes
Tahun
135 142 108 148
1990 1991 1992 1993
Sumber: Dewan Siswa, Julai, 1994 : 45 Antara punca keganasan dalam rumah tangga yang dikenal pasti ialah cemburu, masalah komunikasi, psikologi, seksual, agama, campur tangan keluarga, curang/ingkar, masalah ekonomi dan kerjaya. Kesemua sebab yang tercatat di atas nyatanya terarah kepada ketandusan unsur akhlak " mulia" dan "terpuji" dalam lingkungan kehidupan seharian dalam masyarakat. Dan yang cukup menyedihkan lagi ialah hakikat fakta yang menunjukkan bahawa sebahagian besar golongan gadis yang lari ini dilaporkan sebagai mengakhiri destinasi pelarian mereka di lorong-lorong gelap lembah pelacuran. Kemudian, golongan remaja lelaki pula dilaporkan sebagai banyak terlibat dalam kes perlakuan jenayah yang agak berat seumpama bunuh, samun, rogol, pecah rumah dan sebagainya. Perangkaan dalam Jadual 3 di bawah dapat memberikan sedikit gambaran dalam hubungan
86
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINI: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN
Jadual 3: Kes jenayah Tahun Bunuh 1990 1992
6 17
Samun 51 60
Rogol
Pecah Rumah
27 36
317 477
Sumber: Dewan Masyarakat Oktober, 1994: 9 Dalam siri yang sama adalah juga dilaporkan bahawa hampir 4000 remaja dihadapkan ke Mahkamah Juvana setiap tahun. Pada tahun 1990 sahaja sebanyak 3876 orang remaja telah dihadapkan ke mahkamah berkenaan kerana kesalahan menyamun, merompak, peras ugut, merogol, mengunjungi rumah urut dan pelacuran (Dewan Masyarakat Oktober, 1994: 8). Apa yang agak menggerunkan kita dari fenomena negatif di atas ialah penglibatan remaja kita dalam bentuk-bentuk jenayah yang berat seumpama membunuh, merompak, merogol, dan yang seumpamanya. Angka-angka kejadian juga kelihatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dan golongan remaja ini merupakan golongan sasar yang perlu dilengkapkan diri mereka dengan pengisian yang bermakna, kerana kepada merekalah akan kita pertaruhkan kelangsungan nasib masa depan segala apa yang kita usahakan masa kini. Seterusnya, satu lagi gelagat lazim yang boleh kita temui dalam masyarakat kita dewasa ini, yang menggambarkan betapa warga masyarakat kita kelihatan semacam sudah bersikap semakin kasar, ganas, tidak bertimbang rasa sena lebih mementingkan diri sendiri adalah terpamir dengan baik dalam sikap mereka semasa menggunakan jalan raya. Sikap ketidak-sopanan mereka ini, tergambar dalam perlakuan suka melanggar peraturan jalan raya, memandu secara cuai, memandu terlalu laju, memotong secara bahaya dan sesuka hati, menghimpit kenderaan orang lain dan sebagainya (Dewan Budaya Oktober, 1993: 7,8). Hasil dari keadaan tersebut, maka angka kemalangan dan kematian akibat kemalangan di jalan raya semakin meningkat tahun demi tahun. Statistik dalam jadual 4 di bawah menjelaskan hal ini:
87
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM Jadual 4: Kemalangan Jalan Raya Tahun
1989
1990
1991
1992
Bil Penduduk
17376800 17812000 18178100 18630000
Bil. Kenderaan Berdaftar
50171786 5462792
5887176
6295508
Bil. Kenderaan terlibat Dalam Kemalangan
127279
146747
161823
185805
Jumlah Kemalangan
75626
87999
96513
110491
Jumlah Kematian
3773
4048
4331
4536
Sumber: Dewan Budaya Oktober, 1993: 7 Kebiadapan di jalan raya yang juga menafikan wujudnya unsur akhlak mulia dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita ini kelihatannya terpaksa dibayar dengan harga yang cukup mahal, iaitu kehilangan nyawa yang sentiasa meningkat saban tahun. Di samping semua catatan di atas, dapatan daripada kajiankajian yang dibuat di negara kita menunjukkan bahawa pergaulan bebas juga merupakan penyebab utama kepada pelbagai bentuk keruntuhan akhlak dan kegelisahan sosial yang terjadi dalam masyarakat. Hal ini jelas misalnya berdasarkan penemuan "Kajian Permasalahan Sosial Pekerja Kilang di Selangor" yang dibuat dalam tahun 1995. Hasil kajian ini mendapati 58% daripada pekerj a kilang terlibat dengan pelbagai jenis perbuatan maksiat, seumpama melakukan perbuatan sumbang serta sering melakukan hubungan seks bebas. Penyebab yang mendorong ke arah perlakuan maksiat itu ditunjukkan oleh kajian berkenaan sebagai: 39% pengaruh pergaulan bebas, 31% kurang didikan agama dan 30% kerana pengabaian ibu bapa (Mingguan Malaysia, 27 Ogos, 1995). 88
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINI: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN
Adalah jelas bahawa pergaulan bebas mendahului sebab-sebab lain dalam menyumbangkan pengaruh dan paksaan kepada terjadinya keruntuhan akhlak di kalangan warga masyarakat kita. Perlu juga dicatatkan, bilamana lokasi kajian di buat di Selangor atau Lembah Kelang, dalam konteks Malaysia masa kini, itu sudah bermakna bahawa bagaikan kajian itu dibuat di seluruh Malaysia, kerana orang yang bekerja mencari sara hidup di Lembah Kelang tersebut biasanya terdiri daripada orang-orang yang datang dari seluruh pelusuk tanah air. Fenomena lengangnya Lembah Kelang pada musim-musim perayaan tertentu merupakan gambaran yang jelas berhubung dengan perkara ini. Perbuatan maksiat berbentuk hubungan seks bebas seperti yang disebutkan di atas ditandai pula oleh kemunculan—beberapa tahun kebelakangan ini—beberapa istilah persundalan seumpama bohsia, balak bohsia atau bohjan yang rata-rata menggambarkan keterlibatan sebahagian tertentu daripada ahli masyarakat kita dalam kegiatan seks bebas ataupun persundalan. Apa yang lebih menakutkan lagi, dalam hubungan ini, bila terdapat paparan dan catatan dalam majalah dan akhbar tempatan menggambarkan di sektor tertentu dalam masyarakat kita, sama ada di bandar-bandar besar dan malahan di kawasan luar bandar juga, sudahpun menganggap bahawa seks bebas merupakan gaya hidup masa kini; perbuatan tersebut dianggap sebagai bukan perbuatan jahat, bukan perbuatan jenayah yang perlu dikutuk. Catatan perbualan Asiah Mion, wartawan majalah Wanita, seperti di bawah boleh menjadi bukti tentang hal ini: Mengjangkau 19, kali pertama Hasi (nama yang dipendekkan daripada tujuh abjad) melakukan seks ketika berumur 17 tahun . Walaupun mudah diajak tidur dia tetap memilih. "Citarasa saya clear cut. Walaupun saya bersetubuh dengan siapa saya suka tetapi saya bukan bohsia. Mereka itu pakai tangkap muat, talc ada taste, dengan siapa saja jadi. Apa pun saya tidak salahkan mereka. Tidak semua orang bijak dan tidak semua orang berduit. Tetapi supply mesti dapat". Ditanya mengenai ibu bapanya, "emak tahu saya pernah terlanjur tetapi dia tidak tahu saya dapat' lagi. Memang mereka bengang dan march tetapi saya katakan kepada mereka saya tidak jahat, saya bukan pelacur, bukan pencuri, tidak ponteng sekolah. tidak bebas, bilik saya kemas dan tidak pernah lupa tanggungjawab saya sebagai pelajar. Pelajaran saya bagus. Saya dapat pangkat satu dalam SPM. Antara belajar dan seks saya tidak campur. Untuk STPM nampak-nampaknya peluang saya cerah". "Tidak takut mengandung?" "Belum pernah dan saya tidak pernah ambil pil walaupun ada supply. Saya pastikan mereka
89
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM pakai kondom. Tetapi ada member kata kalau tidak pakai lagi best. Tetapi saya takut nanti dapat penyakit pulak". "Tidak takut dosa?" "Ala kakak ni macam emak saya. Dosa tanggung sendiri. Janganlah kakak hendak cap akhlak saya. Usah hipokrit. Masyarakat kita hipokrit. Sebenarnya orang dewasa pun ramai amalkan seks bebas. Kalau mahu tangkap orang berkesedudukan di Kuala Lumpur walaupun dikosongkan Penjara Pudu, tidak muat. Itu tidak termasuk yang bukan Islam. Saya kenal ramai wanita dan lelaki dewasa bersekedudukan. Cikgu saya pun bersekududukan. Walau pun mereka bukan Islam tetapi dalam Kristian pun berdosa. Buang masa Baja pejabat agama Islam buat operasi. Orang tidak takut. Malu mungkin, sebab muka masuk akhbar. Tetapi lama-lama tiada apa. Kita bukan penjenayah. Sebab is suatu cara hidup sekarang jadi kenapa malu. Bayar saja denda". "Ditanya tidakkah menyesal?". "Tidak, saya tidak takut kahwin hanya kerana tiada dara. Dara tidak menjanjikan kebahagiaan. Lelaki sekarang pun tidak titik beratkan hal ini, lagipun apakah dirinya teruna?" (Wanita Disember 1994: 121-122).
Di kawasan yang boleh dianggap sebagai luar bandar pula, kita dikejutkan oleh berita "pesta seks remaja Melayu luar bandar" yang berlaku di negeri Kedah Darul Aman pada bulan April, 1998. Menurut berita berkenaan, perlakuan sundal tidak bermaruah tersebut dilakukan dalam kumpulan ramai yang tidak hanya melakukan seks bebas, tetapi juga mengambil dadah dan pil khayal. Tiga remaja perempuan yang terlibat dalam pesta tersebut membuat pengakuan bahawa perbuatan mengadakan hubungan seks, menggunakan dadah dan pil khayal adalah perkara biasa. Mereka mengamalkan cara hidup bebas, tanpa batas, tanpa sempadan, berkucup setiap kali keluar rumah dan semua itu sudah dianggap sebagai perkara biasa (Berita Minggu 10hb. Mei, 1998: 11). Gambaran yang tergambar dalam dialog serta berita di atas cukup menggerunkan kita. Kelihatan bahawa seks bebas merupakan gaya hidup yang diterima oleh sesetengah ahli masyarakat kita masa kini, khususnya di kalangan para remaja, tidak kira di bandar atau di kawasan luar bandar. Demikianlah sejumlah perlakuan negatif yang dapat kita perhatikan berlaku di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat warga masyarakat Malaysia yang nyatanya menghakis dan mengenepikan kelangsungan sikap hidup yang boleh menggambarkan kewujudan unsur akhlak mulia dan terpuji, malahan semuanya merupakan penyakit sosial yang perlu ditangani dengan bijaksana. Namun, perkara-perkara yang kita kemukakan di atas itu pun cuma boleh dianggap sebagai wakil utama kepada gejala penyakit sosial yang sedang dideritai oleh masyarakat kita. Sesungguhnya masih ada sejumlah perlakuan dan 90
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KIM: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN gejala negatif lain—seumpama misalnya penagihan dadah, rasuah, sumbang mahram, jenayah rogol dan sebagainya—yang kita kira ruang tidak mengizinkan untuk dibincang dan dianalisis semua sekali dalam sebuah tulisan kecil seumpama ini. PENUTUP Ternyata bahawa di Malaysia masa kini, di samping fakta-fakta konkrit yang boleh dibanggakan tentang apa yang telah dicapai oleh Islam dalam sebuah negara Islam, dan sememangnya wajar Islam sebagai agama yang maha suci yang diberi taraf sebagai agama negara, berada pada status dan kedudukan sedemikian, yang sekaligus juga bermakna bahawa ia boleh memainkan peranan mewujudkan kesejahteraan hidup, namun di sisi lain pada waktu yang sama jelas pula bahawa sejumlah unsur negatif sedang membiak subur di tengah masyarakat yang memerlukan kerja keras para pendakwah dan kalangan yang bertanggungjawab untuk memperbaikinya, agar ia tidak terus kekal dalam keadaan negatif yang boleh memggambarkan wujudnya suatu cita dan harapan Islam yang masih belum tercapai. Demikianlah senario yang dialami dan dihadapi oleh Islam dalam negara Malaysia masa kini: Ia diiktiraf sebagai agama negara; lalu terdapat fakta yang membanggakan, di samping ada pula fakta yang memilukan. Hal ini sebenarnya secara sekali gus bermakna bahawa dalam kerjaya Islam dalam sebuah negara Malaysia masa kini masih terdapat sejumlah harapan dan cita yang belum terkabul secara sewajarnya sebagaimana yang dikehendaki dan dituntut oleh Islam itu sendiri. Bagaimanapun, pada hemat kita kerjaya Islam dalam negara Malaysia masa kini sedang berada pada landasan yang betul, kerana Malaysia sudah wajar diiktiraf sebagai sebuah negara Islam. Hal ini tentunya berupaya menjadi tapak yang kukuh bagi kerja-kerja penerapan dan pendakwahan serius bagi memastikan perkara-perkara yang tidak betul dalam masyarakat dapat diubah menjadi suatu fakta konkrit sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Dalam kata lain, masih banyak kerja yang mesti ditekuni pelaksanaannya oleh kalangan Muslim di Malaysia bagi memastikan segala sesuatu yang berlangsung di tengah denyut nadi masyarakat adalah selaras dengan kehendak dan tuntutan Islam, sesuai dengan Islam itu sebagai agama negara serta Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 91
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM BIBLIOGRAFI Abd. Manaf Haji Ahmad. 2004. Negara Islam: Satu Analisa Perbandingan. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Dato' Haji Abdul Ghani Othman. 2001. "Pelaksanaan Hukum Syarak di Malaysia". Dlm. Khirul `Azmi Mohamad dan Abdul Monir Yaacob (Pynt.). Pelaksanaan Hukum Syarak di Malaysia. Johor Bharu: Ketua Penerangan dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor. Ahmad b. Mohamad Ibrahim. 2000. "Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia". Dlm. Abdul Monir Yaacob, Sarina Othman dan Wan Roslili Abd Majid (Pynt.). Pemerintahan Islam Dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Ahmad Kilani Mohamed. 1991. "Jin dan Hubungannya dengan Manusia: Satu Analisis Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah". Tesis Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Berita Harian. 6 Mei, 2004. Faiza Tamby Chik. 2001. "Islam Dalam Perlembangaan Persekutuan dan Negeri: Kesannya Dalam Pembangunan Ummah". Dlm. Khirul `Azmi Mohamad dan Abdul Monir Yaacob (Pynt.). Pelaksanaan Hukum Islam di Malaysia. Johor Bharu: Ketua Penerangan dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor. H. O. K. Rahmat SH. 1983. Pencemaran Akidah di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2004. "Konsep Islam Hadhari dan Pelaksanaanya". Kertas Kerja Wacana Islam Hadhari, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pada 19-20 Mei, 2004, bertempat di First World Hotel, Genting Highland, Pahang. Khairul `Azmi Mohamad. 2001. "Dasar Pelaksanaan Islam di Malaysia". Dim. Khairul `Azmi Mohamad dan Abdul Monir 92
ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA MASA KINI: ANALISIS DARIASPEK FAKTA DAN CABARAN
Yaacob (Pynt.). Pelaksanaan Hukum Syarak Di Malaysia. Johor Bharu: Ketua Penerangan dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor. Mingguan Malaysia. 21hb. April, 2002. Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad. t. th., "Bomoh: Antara Haq dan Batil". Kuala Kangsar: Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad. Wan Zahidi Wan Teh. 2001. "Ciri-ciri Sebuah Negara Islam". Dlam. Khairul `Azmi Mohamad dan Abdul Monir Yaacob (Pynt.). Pelaksanaan Hukum Syarak di Malaysia. Johor Bharu: Ketua Penerangan dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Johor. Zakaria Stapa. 1997. "Kepercayaan kepada yang Ghaib: Tumpuan Khusus Kepada Peranan Makhluk Jin Dalam Kehidupan Makhluk Manusia". Jurnal Usuluddin . Bil. 7 (Disember, 1997):47-74. Zakaria Stapa et al. 2003. " Nilai Keagamaan Masyarakat Melayu dalam arus Globalisasi". Prosiding Seminar KebangsaanArus Perdana Pernbinaan Keupayaan Melayu DabmArus Globalisasi. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
93