2014 LITERASI DAN NUMERASI (LINUS 2.0)
SJK (C) KWANG HWA, SG. NIBONG JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 11900 SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG
Pihak sekolah telah mengadakan program-program Intervensi telah dijalankan untuk mengekalkan kecemerlangan dalam program LINUS. Program-program Intervensi yang dijalankan dibahagikan kepada tiga pihak iaitu ibu bapa atau waris murid, guru-guru Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris dan juga murid-murid sekolah. 1. MENYEBARKAN MAKLUMAT DARI VLE-FROG
Satu site khas telah disediakan dalam VLE-Frog. Tujuan site ini direka adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa atau waris murid supaya dapat memahami lebih mendalam bagi Program Literasi dan Numerasi. Ibu bapa atau waris murid juga boleh melayari site ini untuk mengetahui aktiviti-aktiviti LINUS yang dijalankan di sekolah. Ibu bapa, guru atau murid boleh memuat turun bahan-bahan seperti soalan diagnosis, power point dari site ini untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1
2. CERAMAH “MEMAHAMI MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS” oleh Puan Ivy
Pihak sekolah berasa bangga dapat menjemput salah seorang ibu murid yang berpengalaman lama di BOLD (For Special Needs Children) untuk memberi ceramah di sekolah. Ceramah ini sisertai oleh semua guru di sekolah sebagai satu sesi Latihan Dalam perkhidmatab. Dalam ceramah ini, guru-guru berpeluang mengetahui secara mendalam tentang teknik-teknik untuk mengajar murid-murid keperluan khas. Guru-guru juga diberi peluang merasai perasaan murid-murid disleksia.
2
3. HARI KELUARGA
Hari Keluarga bersama-sama murid-murid LINUS diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan bulan Oktober. Ibu bapa atau waris murid LINUS dikehendaki berjumpa dengan guru untuk berbincang tentang perkembangan murid.
4. BERKONGSI PENGALAMAN BAGI PROGRAM LINUS (BERSAMA-SAMA SEKOLAH LAIN)
Sesi berkongsi pintar bersama-sama sekolah-sekolah lain telah diadakan semasa lawatan benchmarking ke SJK (C) Kwang Hwa, Sg. Nibong. Penyelaras LINUS, Cik Chan Yee San telah berkongsi pengalaman aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Antara sekolah-sekolah yang pernah mengunjungi ke sekolah ialah SJK (C) Keat Hwa (H), Kedah, SJK (C) Keat Hwa (K), Kedah, IPG Persekutuan Pulau Pinang, IPG Tuanku Bainun dan sebagainya.
3
5. PROGRAM ANAK ANGKAT GURU (IBU ANGKAT)
CIK LEE SU SAN
PUAN LIM SWEE LEANG
CIK LIONG KHIM SIM
CIK CHAN YEE SAN
MURID (ANAK ANGKAT) I. H’NG YON SHENG (LELAKI) II. LEE MING JIE (LELAKI) III. MOHAMMAD DANIEL B. ABD (LELAKI) IV. NG GUO SHUN (LELAKI) V. OOI YEE SHENG (LELAKI) I. LEVINE LEE WEI WEN (LELAKI) II. NAOMI CHOONG ROU MEI (LELAKI) III. TAN WAN TING (PEREMPUAN) I. CHAN JOVEN (LELAKI) II. LEONARD OOI ZHAN ZHEN (LELAKI) III. QUEENIE TAN QIAN YINH (PEREMPUAN) IV. TAN YING HUI (PEREMPUAN) I. OOI POH HOCK (LELAKI)
Sasaran program ini adalah murid-murid yang tidak dapat menguasai saringan 1 LINUS. Guru-guru BM bagi setiap kelas dikehendaki membimbing murid-murid yang tidak dapat menguasai LINUS sama ada di dalam kelas atau di luar bilik darjah. Guru-guru yang berkenaan dikehendaki memastikan murid-murid dapat menguasai 12 konstruk pada saringan 2. 6. PROGRAM “MEMBACA BUDAYA KITA” (SUDUT BACAAN)
Sudut bacaan disediakan di tempat berkumpul sebelum sesi persekolahan. Murid-murid diberi peluang untuk membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang terdiri daripada Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sudut ini mendapat sambutan yang hangat daripada murid-murid di sekolah. Program ini juga dapat mewujudkan suasana yang kondusif kepada murid-murid untuk membaca.
7. KELAS TAMBAHAN Kelas Tambahan bagi murid-murid yang lemah dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris dijalankan mengikut jadual yang ditentukan. Seorang guru akan mengajar 10 orang murid dalam kelas tambahan. Kelas tambahan ini dijalankan sebelum sesi persekolahan. Murid-murid yang lemah diwajibkan menghadiri kelas tambahan ini.
4
8. KELAB LINUS
Kelab LINUS ini dijadikan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah. Kelab LINUS dijalankan pada hari Jumaat. Murid-murid LINUS dibimbing menguasai 12 konstruk LINUS secara tidak formal iaitu melalui nyanyian, lakonan, mainan dan sebagainya.
5
9. PAPAN KENYATAAN LINUS
Papan kenyataan LINUS disedikan disediakan di koridor sekolah. Papan kenyataan ini dapat menyebarkan maklumat tentang LINUS kepada ibu bapa atau waris. Selain itu, papan kenyataan ini juga mempamerkan hasil kerja murid LINUS untuk membina keyakinan murid.
6
10. BIMBINGAN RAKAN SEBAYA Program Bimbingan rakan sebaya dijalankan bagi setiap mata pelajaran. Murid-murid yang cemerlang ditugaskan membimbing murid-murid yang lemah semasa guru tidak ada di dalam kelas, pada waktu rehat atau sebelum sesi persekolahan bermula. Muridmurid yang dijadikan sebagai “guru” atau “doctor” bagi Klinik Matematik akan diberi tag sebagai penghargaan. 11. FLEKSILITI YANG LENGKAP DAN CANGGIH “Smart Board dipasang pada setiap kelas. Bahan ICT ini dapat meningkatkan keberkesanan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebuah Bilik darjah telah dijadikan sebagai Bilik LINUS. Guru-guru dan murid-murid boleh menjalankan aktiviti di dalam bilik LINUS. Bilik LINUS juga dilengkapi dengan papan multimedia.
DIsediakan oleh: CHAN YEE SAN (Penyelaras LINUS)
7