Kesediaan Berkongsi Kekayaan dan Kebahagiaan: Kajian Kes Bayaran Zakat Bagi Harta yang Diikhtilaf1 Sanep Ahmad Hairunnizam Wahid Kumpulan Kajian Ekonomi & Kewangan Islam Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Tel: 603-8921 5577 / 603-8921 3453 Fax: 603-8921 5789 e-mel:
[email protected];
[email protected] ABSTRAK Zakat diwajibkan ke atas harta tertentu supaya harta dan kekayaan tidak berlegar hanya di kalangan orang kaya sahaja serta dapat memberi keharmonian hidup kepada semua. Harta kekayaan perlu dikongsi oleh semua ahli masyarakat kerana kegiatannya melibatkan alam dan persekitaran yang dimiliki bersama oleh masyarakat. Perlaksanaan zakat telah dapat memenuhi maksud tersebut. Namun demikian, zakat hanya dikenakan ke atas harta tertentu yang dikhususkan dan disepakati (diikhtifak) oleh ulama. Ini bermakna bahawa perkongsian kekayaan hanya berlaku bagi harta tertentu sahaja. Bentuk kegiataan ekonomi masa kini telah berubah, menjadi lebih kompleks dan bersifat komersial. Kegiatannya lebih menjejaskan alam dan persekitaran yang menjadi milik semua. Oleh itu harta yang tidak disepakati wajib zakat (diikhtilaf) seperti perladangan kelapa sawit dan ternakan ayam yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan perlu juga dikenakan zakat supaya hasilnya juga dikongsi oleh ahli masyarakat. Perlaksanaannya akan memastikan bahawa semua perolehan akan dikongsi bersama kerana kegiatannya juga telah menggunakan alam dan persekitaran yang menjadi milik semua. Persoalannya ialah adakah masyarakat bersedia untuk membayar zakat bagi harta yang diikhtilaf tersebut. Sehubungan itu kajian ini bertujuan menyelidiki sejauh mana kesediaan masyarakat untuk berkongsi harta bagi harta yang diikhtilaf wajib zakat tersebut. Kajian dilakukan ke atas seluruh Malaysia meliputi sektor pertanian, ternakan, galian dan pendapatan bebas menggunakan kaedah diskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia umumnya menunjukkan kesediaan untuk membayar zakat harta yang diikhtilaf. Ini bermakna bahawa masyarakat bersedia untuk berkogsi kekayaan dan kebahagiaan yang diperolehi dan menyedari bahawa kegiatan ekonomi mereka telah mengguna dan menjejaskan alam dan persekitaran yang menjadi milik bersama.
1
Dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Ke-2 PPSPP 5-6 September 2005 1
PENGENALAN Salah satu tujuan pensyariatan zakat adalah untuk berkongsi harta, supaya harta tidak berlegar hanya di kalangan orang kaya sahaja. Jika dinilai daripada sudut persekitaran pembayaran, ia adalah wajar memandangkan segala usaha dan aktiviti ekonomi sebenarnya adalah saling berkait rapat dengan manusia, alam dan persekitaran. Pada asalnya alam dan persekitaran adalah milik semua dan apabila ia digunakan, kesannya juga melibatkan semua pihak. Ini dinamakan kesan luaran (eksternaliti) iaitu kesan yang timbul samada berbentuk positif atau negatif kepada pihak ketiga akibat berlakunya kegiatan ekonomi. Oleh kerana setiap aktiviti ekonomi mengguna sumber alam milik bersama dan juga bakal menjejaskan persekitaran milik bersama maka manfaat juga seharusnya dinikmati bersama. Adalah tidak wajar jika pengusaha sahaja yang mendapat manfaat ekonomi sedangkan masyarakat lain tidak menikmati manfaatnya. Ia seolah-olah satu pampasan oleh pihak tertentu kepada pihak ketiga yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi. Oleh itu dalam Islam melalui pensyariatan zakat sebenarnya akan memastikan kesemua manusia, masyarakat dan alam persekitarannya mendapat manfaat daripadanya samada secara langsung dan tidak langsung. Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Walaupun zakat berperanan penting dalam kehidupan manusia tetapi sumber zakat hanya dihadkan kepada harta yang bersifat tradisional yang disepakati oleh ulama iaitu beberapa jenis harta sahaja seperti emas, perak, lembu, kambing, gandum, kurma dan sebagainya. Pelbagai usaha lain tidak dikenakan zakat sedangkan usaha ekonomi tersebut juga akan membawa kesan eksternaliti. Sehubungan itu sumber zakat patut diperluaskan skopnya memandangkan semua kegiatan ekonomi tidak terlepas memberi kesan eksternaliti kepada pihak lain. Ini bermakna bahawa zakat sepatutnya dikenakan kepada harta lain selain yang disepakati ulama. Mungkin rasional daripada sudut alam sekitar adalah usaha ke atas harta lain turut menjejaskan alam dan persekitaran (kesan eksternaliti) sebagaimana usaha ke atas harta yang lain yang disepakati wajib zakat. Oleh itu sewajarnya hasil semua aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada persekitaran perlu juga dikongsi bersama oleh orang lain. Pengusaha dan pemilik sepatutnya bersedia untuk berkongsi harta memandangkan ia telah mengguna sumber alam dan persekitaran yang menjadi milik bersama. Sekiranya langkah ini dilakukan maka ia merupakan satu langkah baru yang tentunya akan menimbulkan beberapa reaksi masyarakat. Sehubungan dengan itu objektif kajian ini adalah untuk meneliti bagaimanakah reaksi masyarakat daripada segi kesediaan membayar yang menunjukkan kesediaan untuk berkongsi harta melalui pembayaran zakat bagi harta yang diikhtilaf. Beberapa cadangan serta implikasi dasar akan dijelaskan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam berkongsi alam dan persekitaran, berkongsi milik, berkongsi mengguna dan berkongsi manafaat. KAJIAN LEPAS Zakat secara umum bermakna penambahan. Ia juga mambawa makna bersih, subur, berkat dan jernih. (Ibn Manzur. 1990) Daripada sudut hukum fiqh ia bermaksud
2
mengeluarkan kadar tertentu daripada harta tertentu bagi faedah golongan tertentu sebagaimana ditentukan oleh Allah. (Ibn Qudamah. 1968). Kadang-kadang ia disama ertikan dengan sedeqah (Al-Mawardi. 1978) Ia mempunyai beberapa tujuan utama iaitu mempertingkatkan nilai hidup pemberi, membersih dan menyuburkan harta, membantu mereka yang memerlukan dan memperkukuhkan jaminan sosial (Yusuf al-Qardawi. 1973). Ia juga bertujuan supaya harta tidak berkumpul hanya pada segilintir orang kaya sahaja (Sayid Sabiq. 1982) serta supaya harta tidak jatuh ketangan orang yang jahat (Wahbah al-Zuhaili. 1996). Jika dilihat daripada aspek perkongsian maka tujuan zakat adalah jelas menghendaki supaya harta yang diperolehi oleh segelintir masyarakat itu di kongsi bersama oleh anggota masyarakat yang lain. Perkongsian ini adalah wajar kerana usaha ekonomi biasanya menggunakan sumber milik bersama. Tanaman menghapuskan hutan yang dimiliki bersama, ternakan menggunakan padang rumput yang dimiliki bersama dan perlombongan juga menggali galian daripada yang pada dasarnya menjadi milik bersama. Apabila ia membawa kesan eksternaliti maka kesan eksternaliti tersebut akan juga dirasai oleh kesemua ahli masyarakat. oleh itu sangat wajarlah jika penghasilan yang mempunyai kesan eksternaliti itu dikongsi bersama di kalangan anggota masyarakat. Sistem cukai juga mempunyai tujuan bayaran eksternaliti. Pihak yang menyebabkan kerosakan dikehendaki supaya membayar pampasan atau ganti rugi kepada pihak ketiga yang menanggung kesan negatif tersebut. Cuma cukai dibayar kepada pemerintah kerana ia digunakan untuk menampung kos pemulihan yang dilaksanakan oleh pemerintah. Walaupun zakat dan cukai mempunyai yang mesej berbeza namun daripada segi dasar pemerintah ia mempunyai beberapa persamaan (Zulkarnain Yusuf. 1994). Kesedaran untuk menanggung kesan eksternaliti boleh dilihat melalui kesedaran membayar cukai dan zakat. Umumnya jika individu bersedia secara sukarela membayar cukai atau zakat maka ini bermakna bahawa ia bersedia menanggung kesan kerosakan tersebut. Namun demikian dalam kes bayaran zakat ia hanya terhad kepada beberapa jenis harta sahaja. Memandangkan usaha ke atas harta lain juga mempunyai kesan eksternaliti maka zakat wajar diluaskan skopnya. Sekiranya cukai boleh dikenakan ke atas semua hasil maka mengapa tidak dengan zakat. Banyak sumber hasil masa kini wajar untuk dipertimbangkan zakat walaupun berdasarkan kepada illah zakat sebagaimana dikehendaki oleh fiqh (Hailani Muji Tahir. 2003). Usaha juga telah dilakukan untuk mengenalpasti beberapa aktiviti semasa yang sesuai dizakat (Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2003). Kajian juga menunjukkan bahawa masyarakat memberi respon yang positif terhadap lagkah mengenakan zakat ke atas harta selain daripada yang disepakati oleh ulama (Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2004). Respon positif tersebut jika dilihat daripada sudut perkongsian alam dan persekitaran menggambarkan bahawa masyarakat khususnya golongan pengusaha (orang kaya) menyedari bahawa mereka telah mengguna sumber milik bersama maka perlu untuk mereka berkongsi hasil dengan masyarakat. Ini merupakan satu signal bahawa masyarakat kini mempunyai kesediaan untuk berkongsi keharmonian negara. Kajian ini
3
akan meneliti lebih lanjut lagi kesediaan individu masyarakat untuk berkongsi hasil dengan individu yang lain dipandang daripada skop zakat. Kajian dilakukan dengan menggunakan data primer yang disampel daripada responden setiap negeri seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak seramai 2500 orang. Responden dipilih secara rawak seboleh-bolehnya mewakili setiap lapisan masyarakat daripada segi kawasan, jantina, lapisan umur dan latar belakang pendidikan. Data akan dianalisis menggunakan analisis diskriptif seperti jadual kekerapan, peratusan dan jadual silang. Bagi memudahkan analisis, aktiviti ekonomi akan diketegorikan secara umumnya kepada empat kategori perusahaan iaitu pendapatan, hasil tanaman, hasil ternakan dan hasil galian sebagaimana diperincikan seperti di dalam Jadual 1 dibawah. Jadual 1: Kategori Harta diikhtilaf Harta
Jenis
Pendapatan gaji / Gaji, Pendapatan bebas, Bon, Saham, Hibah, Royalti, professional Honorarium, Perundingan & al-mustaghallat Hasil Tanaman kelapa sawit, Dusun, Getah, Koko, Sayuran & Madu Hasil Ternakan Ayam, Itik, Ikan, Burung, Burang unta & Arnab Hasil Galian Biji timah, Biji besi, Permata & Petroleum Sumber: Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2003. HASIL KAJIAN Hasil kajian akan dilihat daripada beberapa aspek iaitu kesediaan keseluruhan, kesediaan mengikut negeri dan kesediaan mengikut kategori individu. Daripada segi aktiviti pula penilaian akan dilihat mengikut jenis aktiviti secara umum dan juga secara khusus. Huraian mengikut aspek tersebut adalah seperti berikut: Kesediaan Keseluruhan
Kesediaan masyarakat untuk membayar zakat mengikut empat kategori umum harta yang dinyatakan ditunjukkan di dalam jadual 2. Keputusan menunjukkan bahawa secara umumnya sebanyak 52.9 % penduduk Malaysia bersetuju jika zakat dikenakan ke atas harta yang diikhtilaf wajib zakat. Hanya 14.9 % mengatakan tidak bersetuju dan 32.2% lagi berkecuali. Perincian mengikut jenis harta juga menunjukkan bahawa lebih ramai yang bersetuju daripada yang tidak bersetuju. Bagi zakat pendapatan hasil pertanian dan hasil galian peratus persetujuan ialah 53.8% dan 73.2 % masing-masing. Walaupun bagi hasil pendapatan wang dan hasil ternakan peratusan persetujuan kurang daripada 50% namun ia tetap lebih tinggi daripada peratusan yang tidak bersetuju iaitu 42.7 % berbanding 15.5% bagi pendapatan wang dan 41.9% berbanding 24.2% bagi hasil ternakan. Keputusan ini menunjukkan satu reaksi yang positif ke atas langkah mengenakan zakat ke atas harta yang diikhtilaf. Ini adalah petanda bahawa masyarakat bersedia untuk berkongsi harta mereka dengan orang lain. Kesediaan ini melambangkan masyarakat telah sedar tentang perlunya berkongsi harta kerana untuk mendapatkan
4
harta tersebut mereka telah mengguna sumber alam dan menjejaskan persekitaran yang menjadi milik bersama. Oleh kerana sumber yang digunakan adalah milik bersama, dan menjejaskan persekitaran yang dirasai bersama maka hasilnya perlu dikongsi bersama. Jadual 2: Kesediaan Membayar Zakat Harta Diikhtilaf Purata % Tanggapan Jenis Harta Setuju Tak Setuju Berkecuali Pendapatan Wang / terimaan 42.7 15.5 41.8 Hasil Pertanian 53.8 15.2 31.0 Hasil Ternakan 41.9 24.2 33.9 Hasil Galian 73.2 4.55 22.3 Purata keseluruhan 52.9 14.9 32.2
Jumlah 100 100 100 100 100
Kesediaan Membayar Mengikut Jenis Aktiviti
Perincian persetujuan mengikut jenis aktiviti ekonomi menunjukkan bahawa indivdu yang bersetuju jauh lebih besar berbanding yang tidak bersetuju bagi setiap jenis aktiviti ekonomi dan setiap jenis harta . Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat memberi sambutan positif terhadap usaha untuk mengenakan zakat ke atas berbagai jenis harta yang diikhtilaf. Signal ini sepatutnya menjadi pendorong yang kuat kepada berbagai pihak berwajib untuk melaksanakan usaha memperluaskan lagi asas zakat bagi zakat harta. Peratusan persetujuan dan tidak setuju mengikut jenis aktiviti ekonomi secara terperinci diterangkan seperti berikut. i) Pendapatan Wang
Secara umumnya peratus bersetuju adalah 42.7 % berbanding 15.5 % tidak bersetuju. Golongan tidak pasti pula agak besar iaitu 41.8 %. Bagi setiap ketegori aktiviti ekonomi walaupun peratus bersetuju agak rendah tetapi tetap melebihi peratus tidak bersetuju kecuali bagi pendapatan surat jaminan dan hibah. Bagi pendapatan daripada bon, saham dan pendapatan bebas, peratus persetujuan adalah melebihi 50%. Oleh itu boleh dikatakan bahawa individu memberi reaksi positif dan bersetuju membayar zakat ke atas pendapatan. Persetujuan ini menandakan individu bersedia berkongsi pendapatan mereka dengan orang lain sebanyak kadaran mengikut kadar zakat. Masyarakat secara umum pula mahukan supaya pendapatan individu dikongsi bersama di antara individu di dalam masyarakat. Jadual 3: Kesediaan Mengikut Aktiviti Pendapatan (%) Pendapatan Setuju Tak setuju Berkecuali Jumlah 100 12.7 Gaji 73.6 13.7 100 29.3 Pendapatan bebas 54.9 15.7 100 39.2 Bon 53.0 7.8 100 28.7 Saham 64.7 6.6 100 54.8 Surat jaminan 22.3 22.9 100 49.5 Hibah 21.3 29.2 100 40.8 Royalti 45.5 13.7 100 62.2 Honorarium 23.1 14.7 100 58.9 Perundingan 25.9 15.2 100 41.8 42.7 15.5 Purata
5
ii) Hasil Pertanian
Peratus bersetuju terhadap pengenaan zakat bagi hasil pertanian yang diikhtilaf adalah melebihi peratus yang tidak bersetuju., iaitu 53.8% berbanding 15.2%. Bagi setiap pecahan aktiviti pertanian pula peratus persetujuan melebihi 50% kecuali bagi hasil sayuran dan madu. Keputusan ini memberi bukti yang menarik kerana individu menunjukkan persetujuan yang tinggi untuk mengenakan zakat bagi usaha ladang kelapa sawit, dusun dan getah iaitu masing-masing adalah 67.6%, 60.3% dan 61.6%. Ini juga menandakan para petani bersedia berkongsi hasil pertanian mereka dengan orang lain. Anggota masyarakat juga mahukan supaya hasil pertanian tersebut dikongsi di antara anggota masyarakat. Jadual 4: Kesediaan Mengikut Hasil Tanaman (%) Hasil Tanaman Setuju Tak setuju Berkecuali Jumlah Kelapa sawit Dusun Getah Koko Sayuran Madu Purata
67.6 60.3 61.6 57.8 41.9 33.8 53.8
8.9 13.1 11.2 12.0 22.1 23.9 15.2
23.5 26.6 27.3 30.2 36.0 42.3 31.0
100 100 100 100 100 100 100
iii) Hasil Ternakan
Purata peratus persetujuan bagi hasil ternakan agak rendah iaitu 41.9%, namun ia tetap melebihi peratus tidak setuju dimana nilainya adalah 24.2 %. Perincian mengikut jenis aktiviti ternakan juga menunjukkan nilai yang agak rendah iaitu kesemuanya kurang daripada 50%. Peratus yang agak tinggi adalah zakat bagi hasil ternakan ayam iaitu 48.9%. Walau bagaimanapun keputusan menyimpulkan bahawa individu penternak umumnya memberi persetujuan untuk membayar zakat. Implikasi daripada persetujuan ini ialah penternak kini bersedia untuk berkongsi hasil ternakan mereka dan masyarakat pula mahukan supaya ia dikongsi di antara anggota masyarakat. Jadual 5: Kesediaan Mengikut Hasil Ternakan (%) Hasil ternakan Setuju Tak setuju Berkecuali Jumlah 100 29.1 22.0 48.9 Ayam 100 31.6 23.3 45.1 Itik 100 32.8 25.0 42.2 Ikan 100 36.8 27.8 35.4 Burung 100 34.9 21.0 44.1 Burung unta 100 38.2 26.2 35.6 Arnab Purata 41.9 24.2 33.9 100 iv) Hasil Galian
Bagi hasil galian individu nampaknya sepakat terhadap penerimaan mengenakan zakat ke atasnya. Purata peratus keseluruhan serta peratus mengikut aktiviti perlombongan
6
kesemuanya melebihi 70%. Ini beerti bahawa langkah mengenakan zakat bagi hasil perlombongan yang diikhtilaf tidak menghadapai sebarang masalah. Rumusan keputusan ini ialah masyarakat bersedia membayar zakat dan seterusnya berkongsi hasil galian mereka dengan individu lain. Masyarakat juga berpandangan supaya hasil galian dikongsi sesama anggota masyarakat. Jadual 6: Kesediaan Mengikut Hasil Galian (%) Hasil galian Setuju Tak setuju Berkecuali Jumlah 100 21.8 4.1 74.1 Timah 100 23.2 4.7 72.1 Besi 100 22.5 5.1 72.4 Permata 100 21.7 4.3 74.0 Petroleum Purata 73.2 4.55 22.3 100 Kesediaan Membayar Mengikut Negeri
Jadual 7 menunjukkan daripada 11 negeri yang dikaji, kesemua negeri menggambarkan peratus persetujuan melebihi 50% kecuali Negeri Sembilan yang mencatatkan persetujuan sebanyak 44.06%. Empat negeri tertinggi menunjukkan persetujuan ialah Kedah, Kelantan, Melaka dan Terengganu dimana masing-masing menunjukkan 57.98%, 56.61%, 56.01% dan 55.82%. Ini bermakna bahawa empat negeri tersebut akan memberi respon yang lebih positif ke atas langkah mengenakan zakat ke atas harta yang diikhtilaf. Jadual 7: Kesediaan Membayar Mengikut Negeri Negeri Persepsi / penerimaan (% purata ) Setuju Tak setuju Berkecuali Keseluruhan Selangor 50.32 13.32 36.36 100 P Pinang 50.62 15.97 33.40 100 Kedah 57.98 12.60 29.44 100 Perlis 54.51 17.90 27.60 100 Perak 53.37 13.55 33.07 100 Johor 51.05 19.80 32.52 100 Melaka 56.01 14.25 29.72 100 N Sembilan 44.06 17.86 38.09 100 Pahang 50.22 9.64 40.14 100 Terengganu 55.82 19.99 24.19 100 Kelantan 56.61 15.46 27.94 100 Purata keseluruhan 52.90 14.90 32.20 100 Peratusan masyarakat yang menyatakan setuju secara keseluruhan ialah 52.90% berbanding dengan tidak setuju sebanyak 14.90 %. Ini bermakna bahawa usaha memperluaskan skop zakat harta mendapat persetujuan seluruh negeri. Ini menandakan bahawa individu di kesemua negeri umumnya bersedia dan menerima langkah untuk berkongsi harta yang dimiliki dengan orang lain. Oleh itu jelaslah bahawa individu dan
7
masyarakat memahami tentang tuntutan untuk berkongsi mengguna sumber, berkongsi menerima kesan persekitaran dan berkongsi menikmati hasil. Kesediaan Membayar Mengikut Ketegori Individu
Persepsi mengikut kategori responden akan melihat golongan manakah yang bersetuju dan tidak bersetuju tentang perlaksanaan zakat bagi harta diikhtilaf. Jadual silang beberapa kategori responden seperti jantina, umur, aliran pendidikan, tahap pendidikan dan pekerjaan dianalisis. i) Jantina
Keputusan menunjukkan bahawa peratus lelaki yang bersetuju melebihi peratus perempuan. Ini menandakan bahawa lelaki lebih memahami tentang tanggungjawab untuk berkongsi perolehan dengan orang lain. Ini berlaku mungkin kerana lelaki berfikiran lebih terbuka, lebih terdedah dengan pembaharuan dan lebih mudah menerima perubahan serta lebih penglibatan dengan soal agama dan persekitaran. Jadual 8: Persetujuan Mengikut Jantina (% purata) Jantina Harta Lelaki Perempuan 57.6 62.9 Pendapatan 62.6 63.5 Tanaman 44.5 45.9 Ternakan 73.9 73.0 Galian 59.6 61.3 Purata ii) Umur
Persetujuan mengikut kategori umur seperti ditunjukkan di dalam jadual 9 menunjukkan bahawa secara umumnya peratusan persetujuan membayar zakat meningkat apabila umur responden meningkat. Peningkatan ketara berlaku apabila responden beralih daripada kategori umur kurang 25 tahun kepada kategori 25 – 35 tahun. Peratusan yang lebih tinggi berlaku apabila responden berumur 55 tahun ke atas. Keadaan ini membuktikan bahawa peringkat umur memberi kesan kepada kefahaman dan kesediaan membayar zakat. Ini juga menandakan bahawa kesedaran untuk menanggung bersama kesan persekitaran dan keperluan untuk berkongsi hasil daripada penggunaan sumber akan meningkat mengikut peningkatan umur. Perkara ini berlaku kerana semakin tua menjadi lebih matang, lebih pergaulan, lebih memahami dan lebih bertanggung jawab.
8
Harta
Jadual 9: Persetujuan Mengikut Umur (% Purata) Kategori umur (tahun) < 25 25 – 35 35 – 45 45 – 55
Pendapatan Tanaman Ternakan Galian Purata
53.9 58.5 40.3 70.8 55.8
61.2 64.1 48.5 74.5 62.0
65.0 66.0 46.6 73.3 62.7
59.0 60.8 40.8 70.9 57.8
> 55 63.7 67.6 54.9 80.3 66.6
iii) Aliran Pelajaran
Individu daripada aliran agama secara umumnya mempunyai peratusan persetujuan yang lebih tinggi berbanding dengan individu aliran lain. Ini menandakan bahawa mereka lebih terbuka sikapnya untuk menerima sesuatu pembaharuan. Fakta yang agak ketara disini ialah individu aliran pondok mempunyai peratusan yang rendah untuk mempersetujui langkah mengenakan zakat pada harta diikhtilaf kecuali dalam kes harta pertanian dan galian. Ini sebenarnya tidaklah memeranjatkan kerana individu aliran pondok biasanya lebih bersikap rigid dalam menerima sesuatu perubahan. Persepsi mereka secara terperinci ditunjukkan dalam jadual 10. Jadual 10: Persetujuan Mengikut Aliran Pelajaran (% Purata) Aliran pelajaran Agama Kebangsaan Pondok Lain-lain 61.9 50.3 59.9 62.9 Pendapatan 65.0 55.1 61.7 69.5 Tanaman 49.6 25.8 44.4 47.9 Ternakan 73.0 77.1 72.9 76.0 Galian 62.3 52.0 59.7 64.0 Purata Harta
Kefahaman tentang tanggung jawab sosial dan perkongsian persekitaran nampaknya lebih difahami oleh golongan berpendidikan agama dan kebangsaan berbanding aliran pondok. Ini mungkin kerana ia lebih terbuka, lebih memahami keadaan persekitaran dan lebih pendedahan tetangnya. Aliran pondok ternyata lebih rigid, sukar menerima perubahan dan kurang memahami tanggungjawab persekitaran mungkin kerana kurang pendedahan tentang tanggung jawab tersebut. iv) Tahap Pendidikan
Nilai peratusan menunjukkan semakin tinggi tahap pelajaran maka semakin tinggi peratus persetujuan. Keadaan sedemikian berlaku kepada hampir semua jenis harta. Dalam kes pendapatan gaji mislanya individu lepasan ijazah yang bersetuju ialah 79.1 % berbanding individu lepasan SPM dan STPM iaitu 69.7% dan 73.7% masing-masing (Jadual 11). Fakta ini membuktikan bahawa individu yang lebih berpelajaran akan lebih memahami tentang zakat dan akan lebih mudah menerima sesuatu perubahan baru. Ini menendakan 9
mereka juga lebih memahami tentang tanggung jawab persekitaran dan perlunya berkongsi sumber dan penghasilan. Penemuan ini memberi isyarat bahawa dalam melaksanakan langkah memperkenalkan zakat pada harta diikhtilaf, penerangan perlu diberikan lebih kepada golongan yang kurang berpelajaran. Ini bermakna bahawa sebagi satu strategi pasaran, sasaran penerangan perlu ditumpukan kepada golongan yang kurang berpelajaran. Jadual 11: Persetujuan Mengikut Tahap Pendidikan (% Purata) Tahap Pendidikan Harta SPM STPM Diploma Ijazah 67.8 61.2 62.6 53.7 Pendapatan 65.7 64.4 66.8 59.4 Tanaman 52.4 44.2 45.4 40.3 Ternakan 75.6 73.8 74.0 71.6 Galian 65.3 60.9 62.2 56.2 Purata v) Pekerjaan
Responden pegawai kerajaan secara umumnya mempunai peratusan persetujuan yang lebih tinggi berbanding dengan responden yang bekerja swasta dan kerja sendiri dengan purata 63%, 59% dan 60% masing-masing. Ini menunjukkan bahawa individu pegawai kerajaan lebih bersedia untuk membayar zakat bagi harta yang diikhtilaf (Jadual 12). Ini menunjukkan kesedaran tanggungjawab untuk berkongsi sumber, berkongsi kesan persekitaran dan berkongsi hasil lebih difahami oleh pegawai kerajaan. Keputusan ini memang wajar memandangkan pegawai kerajaan umumnya mempunyai lebih pendedahan tentang isu semasa dan persekitaran. Jadual 12: Persetujuan Mengikut Kategori Pekerjaan (% Purata) Kategori Pekerjaan Harta Pegawai Kerajaan Swasta Sendiri 57.6 58.8 65.2 Pendapatan 65.0 60.4 65.7 Tanaman 45.2 46.4 45.6 Ternakan 73.4 71.8 75.8 Galian 60.3 59.3 63.0 Purata KESIMPULAN DAN IMPLIKASI DASAR Kajian ini bertujuan menyelidiki bagaimana respon individu terhadap langkah mengenakan zakat harta yang diikhtilaf. Persetujuan ini dapat memberi gambaran bagaimana kesedaran masyarakat tentang perkongsian sumber alam, perkongsian menanggong kesan eksternaliti dan perkongsian hasil pendapatan sumber. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa masyarakat memberi respon yang positif iaitu umumnya bersetuju terhadap langkah mengenakan zakat terhadap harta yang diikhtilaf.
10
Ini menandakan bahawa masyarakat umumnya memahami konsep perkongsian sumber, perkongsian kesan eksternaliti dan perkongsian hasil. Penerimaan masyarakat agak berbeza mengikut kategori seperti jantina, aliran pendidikan, taraf pendidikan dan jenis pekerjaan. Kefahaman boleh dipertingkatkan oleh institusi zakat melalui kempen, ceramah dan sebagainya dan tumpuan perlukah dikhususkan kepada perempuan, individu tahap pendidikan rendah, golongan muda, dan individu bekerja sendiri kerana golongan tersebut mempunyai kesedaran yang agak rendah. Jika strategi ini berjaya, maka perlaksanaan pengenaan zakat atas harta yang diikhtilaf akan berjaya dan kesedaran berkongsi sumber, persekitaran dan kebahagiaan dapat dilakukan kepada harta dengan skop yang lebih luas. Keyakinan masyarakat terhadap kecekapan dan ketelusan pengurusan pusat zakat perlu ditingkatkan supaya individu akan membayar zakat kepada pusat formal pungutan zakat. Pembayar zakat membayar terus kepada asnaf perlu dielakkan kerana jika pembayar zakat membayar terus kepada asnaf maka koleksi zakat tidak dapat diurus dengan baik oleh pusat zakat, dan menyebabkan sistem agihan kurang berkesan. Maksud perkongsian sumber dan persekitaran serta perkongsian kekayaan tidak dapat dicapai dengan sempurna. Untuk menjayakan langkah ini beberapa perkara perlu diberi perhatian di antaranya ialah mewartakan kewajian zakat harta tersebut melalui perundangan, memperincikan kaedah pengiran zakat bagi setiap jenis harta, menambahkan keyakinan masyarakat terhadap keupayaan institusi formal pungutan zakat untuk mengelakkan bocoran kutipan hasil zakat dan memperkemas proses agihan zakat. Dengan ini fungsi dan peranan zakat sebagai institusi jaminan sosial dapat dirasai oleh kesemua ahli masyarakat dan dapat memuaskan hati pembayar zakat. RUJUKAN Abdul Hamid Mohd Hassan. 1998. Antara Zakat dan Cukai Pendapatan: Satu Analisis Penyelarasan. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Zakat Dan Cukai Pendapatan di Pusat Matrikulasi USM, 5-6 Nov. 1998. Abdullah Ibrahim. 1999. Agihan Zakat Mengikut Prinsip Siasah Shariyyah. Kertas kerja dibentangkan dalam Kolokium Keberkesanan Agihan Zakat Negeri Selangor. Shah Alam, 17 Mei 1999. Abdul Rashid Dail. 1979. Zakat Gaji dan Pendapatan Bebas. Islamiyyat. Vol. 2. Hailani Muji Tahir.2004. Kedudukan Illah, Nisab Kadar dan Haul dalam Menjana Sumber Zakat Korporat. Dalam Prosiding Seminar Halatuju Zakat Korporat Di Alaf Baru. Kumpulan Kajian Zakat, Universiti Kebangsaan Malaysia Kamil Md Idris, Chek Derashid dan Engku Ismail. 1997. Zakat Penggajian: Satu Tinjauan Terhadap Pengetahuan dan Amalan Muslimin Negeri Perlis. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Universiti, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
11
Kamil Md Idris. 2002. Kesan Persepsi Undang-Undang Dan Penguatkuasan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Kertas kerja dibentangkan di Muzakarah Pakar Zakat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.1992. Syarat Haul: Satu Penilaian Terhadap Pandangan Al-Qardawi Dalam masalah Zakat Gaji dan Pendapatan Professional. Medium. Vol. 2, Universiti Malaya. Muhammad Kamal ‘Atiyah. 1995. Perakaunan Zakat: Teori dan Praktis. (terj.) Mohd Nor Ngah. Kuala Lumpur: DBP. Muhammad Syukri Salleh. 2002. Lokalisasi Zakat: Satu Kajian Teoritis. Kertas kerja dibentangkan di Muzakarah Pakar Zakat, Universiti Kebangsaan Malaysia Qardawi, Yusof. 1973. Fiqh al-Zakat. Edesi ke-2, Jilid 1. Beirut:Muassasah al-Risalah. Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2003. Persepsi Terhadap Perluasan Sumber Zakat Harta Yang Diikhtilaf. Dalam Prosiding Seminar Halatuju Zakat Korporat Di Alaf Baru. Kumpulan Kajian Zakat, Universiti Kebangsaan Malaysia Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2004. Kesan Prestasi Agihan oleh Institusi Formal Ke atas Kepatuhan Membayar Zakat. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Daya Saing Ekonomi Dan Sosial Ke Arah Pemantapan Pembangunan Ekonomi. Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Zulkarnain Yusof. 1994. Percukaian Negara Islam: Perbandingan Percukaian Moden Dengan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
12