KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) 2015
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Diterbitkan oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya, Malaysia Tel.: 03-88841144 Faks.: 03-88893057 Web: www.moe.gov.my Hak Cipta © Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN 978-983-9264-19-7
9 789839 2 64197
Sebarang kandungan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada pihak penerbit. Cetakan Pertama 2015
Penasihat
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
SIDANG EDITOR
Rosnarizah binti Abdul Halim (Bahagian Pendidikan Guru)
Abdul Mutalib bin Osman (Bahagian Pendidikan Guru)
Dr. Rosli bin Yacob (Bahagian Pendidikan Guru)
Dr. Noor Zaila binti Wahab (Bahagian Pendidikan Guru)
Dr. Razianna binti Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru)
Halida binti Yunus (Bahagian Pendidikan Guru)
Ali bin Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru)
Mohammad Nuri bin Hussin (Bahagian Pendidikan Guru)
Mohd Sukri bin Zainol (Bahagian Pendidikan Guru)
Aney Marinda binti Muhammad Amin (Bahagian Pendidikan Guru)
Siti Fatimah binti Hj. Sahar (Bahagian Pendidikan Guru)
Mohd Amin bin Said (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik)
Hjh. Hajar binti Hj. Nordin (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam)
Juairiah binti Marjonet (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu)
Azeran bin Osman (Jabatan Pendidikan Negeri Melaka)
Abdullah bin Abdull Manaf (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah)
Nordan bin Abu Bakar (Jabatan Pendidikan Negeri Pahang)
Hj. Madaile bin Hj. Basri (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah)
Dayangku Hasnah binti Hj. Awang Bolhan (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak)
Zaimah binti Zakaria (SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj)
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
K ata AL U - a l u a n
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia
T
ransformasi pendidikan akan lebih efektif jika fokus khusus diberikan kepada usaha meningkatkan pencapaian murid dan pada masa yang sama penekanan diberikan terhadap inisiatif membangunkan kapasiti guru secara berterusan sepanjang kerjaya mereka. Selaras dengan itu, Makmal NKRA Kualiti Guru pada April 2010 memutuskan bahawa Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kecemerlangan profesion keguruan. Perkara ini turut diberikan penekanan di bawah Anjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan antaranya dengan berfokus kepada peningkatan kualiti guru melalui pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). PPGB yang bermula pada tahun 2011 hingga kini adalah sebahagian daripada PPB untuk memberikan sokongan kepada Guru Baharu mencapai potensi mereka melalui bimbingan berstruktur di peringkat sekolah. Pada fasa permulaan pembangunan profesional berterusan
Guru Baharu, penekanan akan diberikan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran, terjemahan dasar berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan hubung kait teori dan amalan PdP dengan mengambil kira perkembangan terkini pendidikan di Malaysia serta keperluan pendidikan abad ke-21. Seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia pada masa ini, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai bahagian yang bertanggungjawab untuk pelaksanaan PPGB mengambil inisiatif untuk mengemas kini dan menambah baik pengisian program ini dengan menghasilkan Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015. Penghasilan panduan ini adalah secara bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan pihak sekolah berdasarkan pengalaman melaksanakan PPGB selama tiga tahun. Harapan saya agar panduan ini dapat digunakan secara berkesan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam membangunkan kompetensi dan profesionalisme Guru Baharu secara holistik.
DATUK DR. AMIN BIN SENIN
5
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
K ata AL U - a l u a n
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia
P
rogram Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bermula pada tahun 2011 di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sehingga kini lebih daripada 19,000 Guru Baharu di seluruh negara telah mengikuti program ini. Melalui program bimbingan berstruktur berasaskan sekolah, program ini dibangunkan untuk profesionalisme Guru Baharu yang pertama kali menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah. Guru Baharu yang mengikuti program ini, antara satu hingga tiga tahun dan dalam tempoh masa tersebut, mereka dibimbing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta amalan nilai profesional sebagai guru yang berkualiti dan profesional. Dapatan kajian impak yang dilaksanakan pada tahun 2014 terhadap Guru Baharu yang mengikuti PPGB dari tahun 2011 hingga 2013 menunjukkan program ini memberi perubahan yang positif terhadap pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai profesionalisme mereka. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014, pengisian program ini ditambah baik bagi memastikan Guru Baharu
6
dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan dasar pendidikan terkini untuk diterjemahkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran serta tugas harian mereka mendidik murid di sekolah. Maka Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 dihasilkan sebagai asas untuk memastikan Guru Baharu dapat menguasai dan memantapkan kompetensi profesionalisme mereka selaras dengan hasrat KPM agar guru di Malaysia kekal berkualiti ke arah mentransformasi pendidikan negara. Panduan ini digunakan sebagai rujukan bukan hanya oleh Guru Baharu, tetapi juga bahan rujukan Guru Mentor, Pentadbir Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak berkepentingan yang terlibat secara bersama untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini. Diharapkan Panduan PPGB ini dapat membantu Guru Baharu mengamalkan budaya kerja cemerlang di sekolah untuk melahirkan murid yang boleh berhadapan dan bersaing dalam dunia global masa hadapan.
DATUK EE HONG
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
n a ng
K
u d an
Bab 1
Latar Belakang
9
Pendahuluan Objektif PPGB Panduan Pelaksanaan PPGB 2015
11 12 13
Bab 2
Pelaksanaan Fasa PPGB
15
Pengenalan Fasa Orientasi Fasa Pementoran Fasa Pembangunan Profesionalisme Contoh Pelaksanaan PPGB
17 19 29 37 43
Bab 3
Dokumen PPGB
47
Pengenalan i. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah ii Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu iii. Log Pementoran iv. Borang Penilaian Guru Baharu v. Laporan Status Pelaksanaan PPGB vi. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan PPGB
49 49 51 53 55 59 62
Bahan Rujukan
65
Pengenalan Panduan Pementoran Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM Kompetensi Profesional Guru
67 69 77
Bab 4
Bibliografi Penghargaan
95 101 105
7
Bab
1
Latar Belakang
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
PENDAHULUAN Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ialah salah satu daripada program yang menyokong pembangunan profesionalisme berterusan Guru Baharu iaitu guru yang pertama kali memasuki perkhidmatan pendidikan dan ditempatkan di sekolah. Program ini dilaksanakan berasaskan sekolah (work-based programme) melalui bimbingan berstruktur dan meliputi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Tempoh pelaksanaan PPGB ini adalah antara satu (1) hingga tiga (3) tahun. Guru Baharu diletakkan di bawah bimbingan seorang Guru Mentor yang berpengalaman untuk mempelajari tentang persekitaran dan budaya kerja sekolah serta mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan sistem dan aspirasi pendidikan negara. Guru Baharu juga berpeluang mendalami bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan ilmu dan kemahiran sedia ada, mempelajari pengurusan mata pelajaran serta pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui interaksi, tunjuk ajar dan bekerja secara bersama dengan guru lain seperti Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Kaunselor serta guru penasihat kokurikulum, sukan dan persatuan/kelab di sekolah. Guru Baharu juga digalakkan menggunakan inisiatif kendiri untuk mempelopori tugas, tanggungjawab dan peranan mereka di sekolah selaras dengan aspirasi pembangunan profesionalisme berterusan bagi setiap guru. Secara keseluruhannya, PPGB dilaksanakan untuk mengupaya Guru Baharu melahirkan murid yang berpengetahuan, berfikiran tinggi, berkemahiran memimpin, berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika dan beridentiti nasional.
Rajah 1: Pengenalan Program Pembangunan Guru Baharu
program pembangunan guru baharu Program sokongan terhadap pembangunan profesionalisme dan kompetensi Guru Baharu
Program pembelajaran melalui bimbingan berstruktur berasaskan sekolah
Program penyesuaian antara ilmu dan kemahiran sedia ada Guru Baharu dengan situasi semasa sekolah
11
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
OBJEKTIF PPGB Secara khususnya, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bertujuan untuk membantu Guru Baharu: •
mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar,
•
memperkembangkan potensi mereka melalui:
•
•
amalan sikap positif;
•
peningkatan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
•
peningkatan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
•
kemahiran menyepadukan teori dengan amali PdP; dan
•
penguasaan dan pemantapan strategi pengajaran serta kemahiran mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP.
membangun kompetensi profesionalisme secara berterusan iaitu melalui peningkatan pengetahuan, pemantapan kemahiran dan pengamalan nilai profesional yang lebih kukuh bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.
Rajah 2: Dimensi Kompetensi Profesional Guru Baharu
kemahiran
pengetahuan
Nilai Profesional
Sumber Rujukan: Dipetik daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014 (m.s. 17-19).
12
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
PANDUAN PELAKSANAAN PPGB 2015 Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) pada asasnya adalah berpandukan Modul Program Pembangunan Guru Baharu yang telah dibangunkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru pada tahun 2010 dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM. Kini dengan berlakunya perubahan dalam dasar pendidikan antaranya dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014, maka Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 dihasilkan dengan isi kandungannya dikemaskinikan dan disusun semula dengan maklumat dan bahan terkini bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Selaras dengan itu, Panduan Pelaksanaan PPGB ini perlu dibaca bersama-sama dengan dokumen berikut: •
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM.
•
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).
•
Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014.
Isi kandungan panduan ini disusun dengan cadangan fokus atau kandungan berserta cadangan tempoh masa pelaksanaan bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme untuk rujukan Guru Baharu, Guru Mentor, Pentadbir Sekolah serta guru lain di sekolah bertujuan: •
sebagai asas untuk PPGB dilaksanakan di sekolah; dan
•
untuk mewujudkan keselarasan dalam isi kandungan dan pengoperasian program di sekolah-sekolah seluruh negara.
13
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Panduan ini mengandungi empat (4) bab seperti berikut: •
Bab 1 Latar belakang menerangkan secara ringkas Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) serta memperkenalkan kandungan Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu 2015.
•
Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB mengandungi maklumat berkaitan Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme berserta cadangan susunan fokus atau isi kandungan dan cadangan tempoh pelaksanaan bagi setiap fasa.
•
Bab 3 Dokumen PPGB menggariskan dokumen yang digunakan dalam pelaksanaan PPGB bersama tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen iaitu:
•
14
•
Surat Lantikan Mentor oleh Pentadbir Sekolah
•
Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu
•
Log Pementoran
•
Borang Penilaian Guru Baharu
•
Laporan Status Pelaksanaan PPGB
•
Sijil Penyertaan PPGB dan Sijil Penghargaan PPGB
Bab 4 Bahan Rujukan memaparkan bahan bacaan dan dokumen rujukan bagi pelaksanaan PPGB seperti berikut: •
Panduan Pementoran
•
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM
•
Kompetensi Profesional Guru, petikan daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014, m.s. 17-19
Bab
2
Pelaksanaan Fasa PPGB
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
PENGENALAN Pada dasarnya, pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) distrukturkan secara tiga (3) fasa iaitu Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme seperti dalam Rajah 3.
Rajah 3: Fasa Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
PPGB bermula dengan Fasa Orientasi selama tiga bulan pertama. Dalam tempoh fasa ini, Guru Baharu juga melalui Fasa Pementoran bersama-sama Guru Mentor yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membimbing dan sebagai focal point Guru Mentor. Sepanjang tempoh ini juga; Guru Baharu berpeluang melalui program pembelajaran untuk membangunkan kompetensi profesional mereka. Oleh itu, ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku secara serentak. Pusingan ini berlaku pada tahun pertama dan dijangka majoriti Guru Baharu akan melengkapkan PPGB dengan jayanya dalam tempoh ini. Sekiranya Guru Baharu memerlukan bimbingan lanjut, PPGB disambung ke tahun kedua dan tahun ketiga.
17
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Cadangan isi kandungan bagi ketiga-tiga fasa ini disusun secara berasingan bagi tujuan persembahan dalam Panduan Pelaksanaan PPGB ini. Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan isi kandungan bagi setiap fasa:
Fasa Orientasi
Fasa Pementoran
Fasa Pembangunan Profesionalisme
Tempoh Fasa
•
•
•
Objektif
•
•
•
Cadangan Kaedah Pelaksanaan
•
•
•
Dokumentasi Guru Baharu
•
•
•
Rekod Guru Mentor
•
•
•
Cadangan Minggu Pelaksanaan
•
Fokus
•
•
•
Perincian Kandungan
•
•
•
Keberhasilan (Outcomes)
•
Maklumat
•
Dimensi Kompetensi Profesional
•
Penilaian dan Pentaksiran Guru Baharu
•
Cadangan Tempoh Masa
•
Aspek
•
Dimensi Pengetahuan
•
Dimensi Kemahiran
•
Dimensi Nilai Profesional
•
Cadangan Bulan Pelaksanaan Catatan
• •
•
•
Bagi tujuan pelaksanaan, Guru Mentor boleh mengubah suai dan menggabungkan aspek atau fokus kandungan daripada mana-mana fasa yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan semasa Guru Baharu sepanjang tempoh pelaksanaan PPGB.
18
Fasa Orientasi
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Tempoh Fasa
:
3 bulan pertama selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah (dilaksanakan seiring dengan Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme).
Objektif
:
Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar.
Cadangan Kaedah Pelaksanaan
:
Sesi formal & tidak formal 1. Penerangan 2. Perbincangan 3. Pemerhatian & catatan 4. Pengumpulan maklumat 5. Bimbingan 6. Ceramah & bengkel 7. Ziarah/ lawatan sosial
Dokumentasi Guru Baharu
:
Rekod Guru Mentor
:
Log Coaching and Mentoring
Catatan
:
1. Guru Mentor membimbing Guru Baharu menyediakan portfolio (Rujuk Format Penyediaan Portfolio, m.s. 25).
Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB
2. Guru Mentor memastikan Guru Baharu menyiapkan perkara 1, 2, 4 dan 5 pada akhir 3 bulan pertama (Rujuk Senarai Semak Portfolio, m.s. 26). 3. Pentadbir Sekolah, Guru Mentor, Staf dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberikan taklimat, penerangan secara formal dan tidak formal kepada Guru Baharu. Memasyarakatkan Guru Baharu dengan budaya masyarakat setempat dengan menghadiri dan melibatkan diri secara berterusan dalam majlis perkahwinan, perayaan agama/ kaum dan sebagainya.
21
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Cadangan Minggu
Cadangan dan Fokus
1
Profesionalisme Keguruan
• Merealisasi Fokus KPM § Strong Implementation, Rapid Execution – Excellence: Ultimate Reach of an Organization (SIRE-EURO) § Menimba Ilmu, Menyempurnakan Akhlak (‘sapaan’, ‘beri laluan’, ‘kebersihan’) • Kod Etika Keguruan • Standard Guru Malaysia (SGM) • Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
2
Budaya, Organisasi dan Persekitaran Sekolah
•
Perincian Kandungan
• • • • • •
22
Visi, Misi dan Aspirasi/Hala tuju sekolah Latar belakang dan pencapaian murid Organisasi sekolah Taraf sekolah Persekitaran sekolah Guru dan budaya kerja sekolah Budaya komuniti tempatan: § Majlis keagamaan dan kebudayaan § Adat resam § Kepercayaan § Pantang larang § Bahasa/loghat/dialek § Nilai § Makanan dan pakaian § Adat istiadat hal ehwal anak negeri
Keberhasilan (Outcomes) Menerap dan mengamal nilai-nilai profesionalisme keguruan dalam tugas harian
Memahami dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan amalan kerja serta menghormati budaya dan adat resam komuniti setempat
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Cadangan Minggu
Cadangan dan Fokus
kementerian pendidikan malaysia
Perincian Kandungan
Keberhasilan (Outcomes)
3
Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah
• Pentadbiran Sekolah § Pengurusan dan tugas-tugas jawatankuasa sekolah § Polisi dan peraturan sekolah § Kemudahan prasarana § Pengurusan prosedur dan kewangan sekolah § Pengurusan Headcount § Pengurusan data dan maklumat murid § Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) § Aspek lain yang berkaitan • Organisasi PIBG • Peranan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengetahui dan memahami tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sekolah
4
Pekeliling Perkhidmatan Awam, Pekeliling KPM, Dasar dan Program KPM serta haluan kerjaya dalam profesion keguruan
• Pekeliling Perkhidmatan Awam
Mengetahui dan mendalami peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam
§ Perintah-perintah Am Bab ‘A’ hingga Bab ‘G’ § Pekeliling Perbendaharaan • Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) • Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran KPM • Dasar-dasar KPM; § Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) § Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) § Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) § Misi dan Visi KPM § MBMMBI
23
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Cadangan Minggu
Cadangan dan Fokus
5
Pengurusan Hal Ehwal Murid
6 – 7
8 – 9
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan Kokurikulum
Perincian Kandungan •
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
•
Pengurusan kebajikan murid
•
Pendaftaran dan pertukaran murid
• Dokumen standard/kurikulum •
Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran Tahunan
•
Pengurusan Buku Rekod Mengajar
•
Pengurusan jadual waktu
•
Pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan
•
Buku teks
•
Aspek lain yang berkaitan
Keberhasilan (Outcomes) Memahami dan bersedia untuk melaksana tugas-tugas pengurusan sekolah.
• Pengurusan dan pengendalian aktiviti kokurikulum • Aspek lain yang berkaitan
10
11 – 12
24
Pengurusan Sukan Pengurusan Sahsiah Murid
•
Pematuhan kepada Dasar 1Murid 1Sukan
•
Aspek lain yang berkaitan
• Disiplin murid • Rekod salah laku murid
Memahami dan bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas pengurusan sekolah.
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
FORMAT PENYEDIAAN PORTFOLIO 1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1.1 Kurikulum Vitae 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan 2. PROFIL SEKOLAH 2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran : i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv) Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan 3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL 3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB 4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION 4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan 5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN 5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik 5.2 Contoh Hasil Kerja 6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN 6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain 7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN 7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan
25
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
SENARAI SEMAK PORTFOLIO A. Diisi oleh Guru Baharu [Sila tanda ( √ ) bagi perkara yang telah lengkap]
26
Bulan ke-3
1.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1.1 Kurikulum Vitae 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan
2.
PROFIL SEKOLAH 2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran: i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv) Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan
3.
PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL 3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB
4.
SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION 4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan
5.
BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN 5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik 5.2 Contoh Hasil Kerja
6.
ANUGERAH/ PENCAPAIAN 6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain
7.
PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN 7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan
Bulan ke-12
Tandatangan Guru Baharu : …………........ .……........
Tarikh
: …………........ .……........
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
B. Semakan oleh Guru Mentor Bulan ke-3
Bulan ke-12 Setiap perincian dalam perkara 3, 6 (jika berkaitan) dan 7 telah dilengkapkan.
Perkara 1 hingga 7 telah disediakan. Setiap perician dalam perkara 1, 2, 4 dan 5 telah dilengkapkan. Ulasan :
Ulasan :
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
Tandatangan
Tandatangan
................................
................................
(Guru Mentor)
(Guru Mentor)
Tarikh :
Tarikh :
C. Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar Ulasan : ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... .....................................................................................................................................
Tandatangan
................................................. (Pengetua/Guru Besar) Tarikh :
27
FASA PEMENTORAN
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Tempoh Fasa
:
kementerian pendidikan malaysia
• Satu tahun bermula dari hari pertama Guru Baharu melaporkan diri di sekolah. (Rujuk catatan di m.s. 32) • Tempoh boleh dilanjutkan sekiranya Guru Baharu tidak menunjukkan peningkatan kemahiran dan kompetensi yang ditetapkan (rujuk Dimensi Kompetensi Profesional di bawah).
Objektif
:
Dimensi Kompetensi Profesional
Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dan berstruktur kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014): •
Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai profesional keguruan;
•
Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
•
Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
•
Menyepadukan teori dengan amali PdP;
•
Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan
•
Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan potensi guru.
1. Pengetahuan 2. Kemahiran 3. Nilai Profesional
Cadangan Kaedah Pelaksanaan
:
Sesi formal & tidak formal 1. Penerangan 2. Perbincangan 3. Pemerhatian & catatan 4. Pengumpulan maklumat 5. Bimbingan 6. Ceramah & bengkel
Dokumentasi Guru Baharu
:
Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB
31
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Rekod Guru Mentor
:
Log Coaching and Mentoring (Rujuk Panduan Pementoran, m.s. 69)
Penilaian & Pentaksiran Terhadap Pembangunan Guru Baharu:
:
1. Berasaskan Portfolio Guru Baharu
Cadangan Tempoh Masa
:
2. Penilaian Guru Baharu
Sepanjang tahun
Catatan: 1. Fasa Pementoran merangkumi Fasa Orientasi. 2. Kandungan yang tercatat dalam Fasa Orientasi dikembangkan dengan lebih terperinci melalui mod yang lebih praktikal:
32
a.
Guru Baharu diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan hands-on dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah.
b.
Guru Baharu juga diberi pengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid dan program sekolah yang juga meliputi aspek pentadbiran dan sebagainya.
c.
Guru Baharu juga dipimpin melaksanakan kajian tindakan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran.
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Cadangan dan Fokus Kandungan Dimensi Pengetahuan
Aspek Proses Pengajaran dan Pembelajaran (menjurus kepada mata pelajaran/ bidang pengkhususan)
Dimensi Kemahiran
•
Kandungan mata pelajaran
•
Kurikulum (KSSR/ KBSM/ KSSM)
•
Pentaksiran Berasaskan • Sekolah (PBS) dan Penilaian
• •
Ilmu Pendidikan, pedagogi Pelbagai pendekatan PdP dan psikologi (contoh: pengurusan kelas (classroom management) dan pengurusan murid)
•
Menterjemah kurikulum
•
Merancang Rancangan Pelajaran Tahunan & Rancangan Pelajaran Harian Pelaksanaan PdP (mengaplikasi teori kepada amalan) § Set induksi § Sumber pendidikan § Kemahiran komunikasi § Teknik penyoalan
Dimensi Nilai Profesional • Ketuhanan § Bersyukur • Penyayang § Ikhlas § Bertimbang rasa § Berbudi bahasa § Empati • Integriti § Amanah § Berakauntabiliti
§ Adil § Kemahiran Berfikir Aras • Efisien Tinggi (KBAT) § Tugasan murid
§ Berilmu § Kreatif, kritis dan inovatif § Ketepatan § Interpersonal dan intrapersonal § Berdaya tahan § Berdaya usaha • Kecintaan terhadap profesion § Imej keguruan § Kualiti keguruan • Patriotisme dan tanggungjawab sosial § Pengorbanan untuk negara § Toleransi sosial
33
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Cadangan dan Fokus Kandungan Dimensi Pengetahuan
Aspek Penilaian dan Pentaksiran Pencapaian Murid
•
Dimensi Kemahiran
PBS yang • merangkumi komponen seperti: • Ø Pedagogi
Penilaian pembelajaran murid
Dimensi Nilai Profesional • Adil • Integriti
Refleksi pengajaran guru
Ø Pentaksiran Sekolah (PS) Ø PAJSK Ø Pentaksiran Psikometrik •
UPSR
•
PT3
•
SPM
Pengurusan Bilik • Kepentingan Darjah bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran
•
Pengurusan kelas
•
Menguruskan bilik darjah kondusif
• Efisien
• Susun atur kelas abad ke-21 Pengurusan Disiplin Murid
Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Kokurikulum (Aktiviti Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform)
34
• • Pekeliling ikhtisas mengenai disiplin pelajar yang sedang berkuat kuasa
Mengenal pasti kesalahan disiplin pelajar dan merujuk kepada prosedur pengurusan disiplin
• Ketuhanan
• Sistem Fail
Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah
• Integriti
•
• Pekeliling/dasar berkaitan •
Merekodkan dan menguruskan pensijilan
• Penyayang • Integriti
• Efisien
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Cadangan dan Fokus Kandungan Dimensi Pengetahuan
Aspek Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Sukan 1Murid 1Sukan
Pengurusan Kebajikan Murid
Pengurusan Kaunseling
Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Sekolah
Dimensi Kemahiran
• Pentaksiran Aktiviti • Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah
•
Merekodkan dan menguruskan pensijilan
•
Merekodkan dan menguruskan kebajikan
• Sistem Fail • Pekeliling/dasar berkaitan • Fungsi Perkhidmatan Kaunseling
• Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa
Dimensi Nilai Profesional • Perpaduan • Toleransi • Tolak ansur • Efisien • Ketuhanan • Penyayang • Integriti
•
Fasilitasi
• Penyayang
•
Memotivasi murid
• Efisien
•
Mengurus kebajikan murid
•
Mengenal pasti dan membantu memperkembangkan potensi murid
• Asas Perakaunan
• Integriti
• Pengurusan Kewangan
• Efisien • Akauntabiliti
• Outcome-based budgeting (OBB) Pengurusan • Programprogram Sekolah
Pelan tindakan, • pengoperasian, etiket dan protokol
Menyediakan kertas konsep
• Integriti • Efisien
(Contoh: Hari Graduasi Sekolah, Hari Anugerah Cemerlang)
35
FASA PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Tempoh Fasa
:
Hari pertama Guru Baharu melapor diri di sekolah dan berterusan sepanjang kerjaya sebagai guru.
Objektif
:
Membimbing dan membangunkan kompetensi profesionalisme Guru Baharu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional yang berkaitan bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.
Cadangan Kaedah Pelaksanaan
:
Dilaksanakan secara formal dan tidak formal: 1.
Inisiatif kendiri (individu dan berasaskan sekolah)
2.
Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia
Cadangan aktiviti PPB:
Dokumentasi Guru Baharu
:
Rekod Guru Mentor
:
•
Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community - PLC)
•
Portal e-Guru
•
Wacana Ilmu
•
Penyelidikan
•
Penulisan dan Pengkaryaan
•
Lawatan Penanda Aras
•
Ulasan Buku
•
Inovasi
•
Coaching and Mentoring
•
Bengkel
•
Peningkatan Akademik
•
Kursus
•
Aktiviti PPB (Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014)
Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB Log Coaching and Mentoring Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB
39
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Cadangan Pelaksanaan Cadangan Bulan
Fokus
1
Dasar-dasar KPM
Rujuk Panduan Orientasi
• Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) • Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)
Kandungan • Amalan dan pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan • Strategi pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan
Keberhasilan (Outcomes) Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan dasar utama KPM
• Misi dan Visi KPM
Rujuk Panduan Orientasi
3 Rujuk Panduan Orientasi
Etika Keguruan dan • Penjawat Awam
Peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam
•
Adab ‘Bina Ilmu, Menyempurna Akhlak’
Pengurusan • Kewangan Sekolah
•
40
Prosedur kewangan sekolah – pembelian, petty cash dan sebagainya Integriti dalam menguruskan kewangan
• Dilaksanakan semasa Fasa Orientasi • Bahan-bahan berkaitan boleh dimasukkan dalam Portfolio PPB • Pendedahan kepada sistem-sistem pengurusan KPM. Contoh: SPL KPM, HRMIS, SPS dan lain-lain (sila layari www.moe.gov. my untuk rujukan lebih lanjut)
• Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
2
Catatan
Akauntabiliti sebagai pendidik
Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi
Mengamalkan pengurusan kewangan peribadi dan sekolah yang positif
Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Cadangan Pelaksanaan Cadangan Bulan 4-5
6
Fokus
Kandungan
Keberhasilan (Outcomes)
Catatan
Pedagogi Bilik Darjah
•
Menghadapi murid pelbagai keupayaan dan kebolehan dalam kelas yang sama
Mempelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran
Boleh dilaksanakan semasa sesi LADAP, PLC, pementoran
KBAT
•
Menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP
Mahir menggunakan aplikasi KBAT dalam PdP
Contoh aspek KBAT – program i-THINK dilakukan dalam PdP guru
Penilaian dan pentaksiran dalam mata pelajaran
•
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Memahami dan melaksanakan penilaian dan pentaksiran dengan penuh integriti
i)
UPSR
ii) PT3 iii) SPM iv) STPM/STAM • Rekod perkembangan pembelajaran murid 7
Kajian Tindakan
•
Pendedahan kepada kajian tindakan
•
Mengenal pasti masalah dan fokus kajian, mengumpul data dan menulis laporan kajian tindakan
•
Perkongsian hasil kajian tindakan kepada pihak sekolah
Menghasilkan kajian tindakan untuk penambahbaikan proses PdP
Rujuk Buku Manual Kajian Tindakan terbitan BPPDP di laman web www.moe.gov.my
41
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Cadangan Pelaksanaan Cadangan Bulan
8 dan Pendidikan abad seterusnya ke-21
42
Kandungan
Keberhasilan (Outcomes)
•
Pembacaan dan ulasan buku berkaitan perkembangan terkini dalam pendidikan
Guru Baharu dapat mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran di abad ke-21
•
Pembelajaran sepanjang hayat
•
Lawatan penanda aras
Fokus
Catatan Book review dikira sebagai latihan yang boleh dimasukkan dalam SPL KPM
CONTOH PELAKSANAAN PPGB
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
45
Bab
3
Dokumen PPGB
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
PENGENALAN Dokumen Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah dokumen yang diperlukan bagi memulakan dan melaksanakan PPGB. Perincian setiap dokumen serta tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen adalah seperti di bawah.
I. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah
Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional mereka. Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor dan opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan personaliti Guru Mentor.
Tatacara 1.
Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya satu (1) minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah.
2.
Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
3.
Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.
4.
Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.
49
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
CONTOH SURAT LANTIKAN GURU MENTOR OLEH PENTADBIR SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 1MALAYSIA JALAN PINANG SEBATANG LOGO SEKOLAH 90000 MIRI No. Telefon : 085-4312030 SARAWAK No. Fax : 085-4313000
Ruj. Kami : SMK1M/PP.3977
Tarikh :
NAMA NO. KAD PENGENALAN Tuan/Puan, PELANTIKAN SEBAGAI GURU MENTOR BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu, maka dengan ini tuan/puan dilantik sebagai Guru Mentor kepada Encik/Puan/Cik ____________________________________________________________ bermula pada __________________ sehingga __________________. 3. Pihak sekolah percaya komitmen tuan/puan dalam pelaksanaan program ini berdasarkan pematuhan kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012 dapat membangunkan kompetensi profesional Guru Baharu seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah,
............................................... (Pengetua / Guru besar)
50
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
II. Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen persetujuan antara Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan bai’ah. Guru Mentor merekodkan persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan Guru Baharu merekodkan persetujuan serta komitmen untuk menerima bimbingan dan bekerjasama membangunkan kompetensi profesional mereka berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.
Tatacara 1.
Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu dicatat.
2.
Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.
3.
Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.
51
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU AKUAN TERIMA GURU MENTOR DAN GURU BAHARU
Guru Mentor
:
_____________________________________________________________
Guru Baharu
:
_____________________________________________________________
Nama Sekolah :
_____________________________________________________________
Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________ yang dilantik sebagai Guru Mentor bersetuju untuk menerima tanggungjawab dan memberi bimbingan profesional sepanjang tempoh Program Pembangunan Guru Baharu dilaksanakan berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________, Guru Baharu bersedia menerima bimbingan dan akan bekerjasama sepenuhnya dalam program ini untuk pembangunan kompetensi profesional saya sebagai seorang guru berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Guru Baharu: Guru Mentor:
…………………………….....……..… ………………………………………...... ( ) ( ) Tarikh: Tarikh:
52
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
III. Log Pementoran Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru Baharu. Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk memantau status, mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan PPGB.
Tatacara 1.
Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan tidak formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan sekurang-kurangnya dua (2) waktu seminggu).
2.
Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor.
3.
Perkara yang perlu diisi: a.
Aktiviti utama (Contohnya, berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan HEM dan sebagainya)
b.
Isu atau perbincangan
c.
Ulasan
4.
Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.
5.
Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.
53
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LOG PEMENTORAN Bulan/Tahun :_________/______ Bil. Pertemuan :________
AKTIVITI
ISU/PERBINCANGAN
ULASAN
*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.
Disediakan oleh, Disahkan oleh, …………………………….. ………………………….......…. (Nama Guru Baharu) (Nama Guru Mentor) Tarikh: Tarikh:
54
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
IV.
kementerian pendidikan malaysia
Borang Penilaian Guru Baharu Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat tahap pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu.
Tatacara 1.
Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan keenam (ke-6) dan bulan ke-12. (Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain dan Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidences dan pemerhatian).
2.
Penilaian dilaksanakan untuk setiap Guru Baharu dengan menggunakan borang yang sama.
3.
Dimensi kompetensi yang dinilai dan wajaran adalah seperti yang berikut: a. b. c.
4.
Pengetahuan - wajaran 30% Kemahiran - wajaran 30% Nilai Profesional - wajaran 40%
Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta keseluruhan skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi setiap Aspek Kompetensi adalah seperti yang berikut:
SKOR
TARAF
9 – 10
Cemerlang
7–8
Berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan HEM dan sebagainya.
Baik
DESKRIPTOR •
Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.
•
Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas.
•
Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional pada tahap yang baik.
• Mengetahui, memahami dan menghayati semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. • Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi memerlukan bimbingan. • Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional pada tahap sederhana.
55
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
SKOR
TARAF
DESKRIPTOR
5–6
Sederhana
• Mengetahui dan memahami semua aspek pengetahuan tetapi tidak menghayati aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. • Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi masih memerlukan bimbingan. • Mengetahui dan memahami semua nilai profesional pada tahap sederhana.
3–4
1–2
Kurang Memuaskan
Lemah
•
Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas tetapi tidak memahami dan tidak menghayati aspek pengetahuan tersebut dalam melaksanakan tugas.
•
Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi sentiasa memerlukan bimbingan.
•
Kurang mengetahui, kurang mempamerkan nilai profesional.
memahami
dan
kurang
• Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. • Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas. • Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak mempamerkan nilai profesional.
56
5.
Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar.
6.
Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua, penilaian semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan selepas tempoh masa pelanjutan PPGB berakhir.
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU BORANG PENILAIAN GURU BAHARU Nama Guru Baharu :
Bil. 1.
Dimensi Kompetensi Pengetahuan (30%)
Aspek
Skor
Kandungan mata pelajaran
10
Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi
10
Kurikulum dan kokurikulum
10
Pentaksiran dan penilaian
10
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk pendidikan
10
Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan
10
Pekeliling dan peraturan pendidikan
10
Skor Bulan Ke-6
Skor Bulan Ke-12
JUMLAH SKOR PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 % Jumlah Skor (70) 2.
Kemahiran (30%)
Menterjemahkan dasar/ pekeliling atau peraturan dalam amalan PdP
10
Merancang dan menyampai PdP mengikut mata pelajaran
10
Mentaksir dan menilai
10
Mengurus kelas dan murid
10
Menggunakan TMK untuk PdP
10
Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran
10
Melaksanakan kajian tindakan
10
Hubungan sesama manusia
10
JUMLAH SKOR PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 % Jumlah Skor (80)
57
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Bil. 3.
Dimensi Kompetensi Nilai Profesional (40 %)
Aspek
Skor
Keutuhan
10
Penyayang
10
Integriti
10
Efisien
10
Kecintaan terhadap profesion
10
Patriotisme dan tanggungjawab sosial
10
Skor Bulan Ke-6
Skor Bulan Ke-12
JUMLAH SKOR PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 40 % Jumlah Skor (60) JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR (%)
Disediakan oleh, ……………………… (Nama Guru Mentor)
Tarikh : …………………...
Disahkan oleh, ………………………. (Pengetua/Guru Besar) Nama dan Cap Rasmi Sekolah
Tarikh : …………………...
SKALA JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR DIPEROLEHI PADA BULAN KE-12 :
58
90% - 100%
-
Tahap Kompetensi yang Cemerlang
80% - 89.99%
-
Tahap Kompetensi yang Baik
60% - 79.99%
-
Tahap Kompetensi yang Sederhana
50% - 59.99%
-
Tahap Kompetensi yang Kurang Memuaskan
49.99% ke bawah
-
Tahap Kompetensi yang Lemah
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
V. Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru. Tatacara 1.
Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/ pemantauan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3) bulan pertama dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB).
2.
Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan.
3.
Perkara yang dilaporkan adalah seperti yang berikut:
a. b. c.
Amalan Terbaik Isu Pelaksanaan Cadangan Penambahbaikan
- Merujuk kepada objektif program - Maklumat diperoleh melalui semakan Portfolio dan perbincangan dengan Guru Mentor, Guru Baharu, guru lain dan Pengetua/ Guru Besar
4.
Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/ Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.
5.
Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu (1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.
59
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (Diisi oleh Pegawai BPG/JPN/PPD) Nama dan Alamat Sekolah :
Bil. Guru Baharu :
Nama Pegawai : 1. 2. 3.
ULASAN Amalan terbaik :
Isu pelaksanaan :
60
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Cadangan penambahbaikan :
*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi
Tandatangan Pegawai
Tandatangan Pengetua/Guru Besar
……………………………………………..
……………………………………………
(Nama dan Cap Rasmi Pegawai)
(Nama dan Cap Rasmi Sekolah)
Tarikh :
Tarikh :
61
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
VI. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Sijil Penyertaan PPGB adalah sijil yang mengesahkan bahawa Guru Baharu telah menyempurnakan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di sekolah sehingga bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya. Sijil Penghargaan PPGB adalah sijil yang diberikan kepada Guru Mentor untuk memperaku dan menghargai sumbangan dan kerjasama Guru Mentor terhadap pelaksanaan PPGB.
Tatacara
62
1.
Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan masing-masing dikeluarkan kepada Guru Baharu dan Guru Mentor selepas tamat PPGB.
2.
Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan Guru Mentor serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
3.
Sijil ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.
4.
Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
CONTOH SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)
SIJIL PENYERTAAN Dengan sukacitanya mengesahkan bahawa
(NAMA GURU BAHARU) (NO. KAD PENGENALAN)
telah mengikuti dengan jayanya
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
bermula pada (Tarikh Mula) sehingga (Tarikh Tamat)
Tandatangan Nama Pengetua/Guru Besar Cap Rasmi Sekolah
63
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
CONTOH SIJIL PENGHARGAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)
SIJIL PENGHARGAAN
Dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
(NAMA GURU MENTOR) GURU MENTOR (NO. KAD PENGENALAN) atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) bermula pada (Tarikh Mula) sehingga (Tarikh Tamat)
Tandatangan Nama Pengetua/Guru Besar Cap Rasmi Sekolah
64
Bab
4
Bahan Rujukan
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
PENGENALAN Dalam membantu pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB), beberapa bahan rujukan disediakan untuk pembacaan Guru Mentor, Guru Baharu dan pihak lain yang terlibat dalam program ini. Bahan ini dipilih khas bagi membolehkan Guru Baharu dan Guru Mentor khasnya, meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan PPGB. Selain daripada bahan yang disediakan ini, Guru Mentor dan Guru Baharu boleh merujuk sumber lain yang sesuai untuk membantu mereka dalam pelaksanaan program ini.
67
PANDUAN PEMENTORAN
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Pengenalan Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang pengalaman, pengetahuan serta kurang berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba pengalaman atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara profesional ke arah perkembangan dan pembangunan diri mereka. Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai keguruan serta pengurusan sekolah.
Rasional Keperluan Mentor Menurut Salhah Abdullah (2005), Wildman, Magliaro, Niles dan Jerome A. Niles (1992) dari Virginia Polytechnic Institute dan State University dalam jurnal yang bertajuk Teacher Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions merumuskan bahawa terdapat lapan kategori aktiviti pementoran dalam membantu Menti, iaitu: a.
menggalakkan membuat refleksi;
b.
mengarah dan menyokong pelan tindakan;
c.
memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP;
d.
menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan pengubahsuaian;
e.
memberi idea yang membolehkan Menti menyelesaikan masalah;
f.
memberi dorongan dan sokongan emosi;
g.
sumbangan Menti kepada Mentor; dan
h.
meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah.
Definisi Mentor, Menti, Pementoran Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja. Menti bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran. Beliau merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan. Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Menti terhadap tugas profesionalnya. Proses Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa yang ditetapkan.
71
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Pemilihan Mentor Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman dan berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti yang berikut: a. guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Menti; b. boleh membangunkan potensi individu; c. dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengkhususannya; d. berinisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh tanggungjawab; e. mempunyai pemikiran reflektif; f.
memiliki kemahiran membimbing dan melatih;
g. boleh mengurus masa dengan baik; h. memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP; i.
komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan pendidikan negara; dan
j.
menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka.
Kaedah Pelaksanaan Pementoran a.
Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Menti tentang PPGB.
b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran. c.
Mentor membimbing Menti bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
d. Mentor membimbing Menti bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang berkaitan dengan aktiviti atau program sekolah. e.
Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Menti tentang semua aspek berkaitan pendidikan.
Objektif Pementoran Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat: a.
memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai profesional keguruan;
b. meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; c.
meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
d. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; e.
menyepadukan teori dengan amali PdP;
f.
menguasai dan memantapkan strategi pengajaran;
g. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan potensi diri guru; dan h.
72
membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Jenis dan Ciri Pementoran
jadual 1: Jenis Pementoran dan Ciri Pementoran
Jenis Pementoran Situasi
Tidak Formal
Formal
Ciri Pementoran • Ringkas
• Sukarela
• Segera
• Sangat peribadi
• Spontan
• Sangat peka kepada keperluan Menti
• Rawak • Kasual • Kreatif & Inovatif • Respon kepada keperluan semasa • Mentor berinisiatif secara intervensi • Menti bertanggungjawab mengenal pasti dan menggunakan pembelajaran • Membantu Menti dalam proses membuat keputusan
• Tidak berstruktur • Fleksibel • Mentor mendorong Menti dengan perkongsian, bantuan dan keprihatinan • Peranan sama rata (pemberi-penerima) • Laluan membina persahabatan dan rasa hormat • Kebergantungan kepada kecekapan, ilmu, kemahiran dan kebolehan Mentor
• Jangka masa panjang contoh produktif • Sumber untuk membina perhubungan persahabatan • Bersifat sistematik dan berstruktur, tersusun dan berterusan • Dilaksanakan berdasarkan keperluan organisasi • Fokus kepada visi organisasi atau matlamat setiap bahagian/unit • Mempunyai kaedah dalam pemadanan Mentor dengan Menti • Penetapan jangka masa dalam penetapan matlamat • Program di bawah peruntukan organisasi
73
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Proses Pementoran Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu: a. Memerhati (Observe) Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku Menti bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku. Menti juga perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu mengemukakan soalan bagi mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat sepanjang proses Pementoran. b. Melibatkan Diri (Participate) Menti perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam. Dalam masa yang sama, Menti dapat mempelajari sesuatu secara praktikal. Bagi tujuan ini, perbincangan perlu kerap dilakukan secara bersama. c. Melaksanakan (Conduct) Menti boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam proses pementoran, apabila Menti boleh berdikari bermakna satu perubahan positif telah berlaku kepada Menti.
74
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
Kemahiran Pementoran Kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut: a.
Kemahiran Mendengar Semasa bersama Menti, Mentor perlu memberikan fokus dan mengenepikan segala pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses Pementoran. Kesediaan mendengar dengan baik bukan bermakna Mentor hanya menerima secara pasif perkara yang disampaikan oleh Menti tetapi Mentor juga perlulah memberi maklum balas secara lisan atau bukan lisan.
b.
Kemahiran Bertanya Kemahiran bertanya penting digunakan dalam proses Pementoran kerana dapat memberi peluang kepada Menti menyatakan rasa hati, keinginan, harapan, idea serta pendapat kepada Mentor.
c.
Kemahiran Memerhati Dalam usaha memahami dan membantu Menti, Mentor perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada Menti terutamanya semasa pertemuan diadakan. Melalui pemerhatian, Mentor perlu bijak mentafsir tingkah laku Menti dengan tepat. Mereka perlu sedar dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara Menti.
d.
Memberi Maklum Balas Menti sememangnya memerlukan maklum balas daripada pihak lain sebagai maklumat dan panduan kepada pembangunan diri mereka. Mentor perlu memberi maklum balas kepada Menti yang meyakinkan. Maklum balas bukan sahaja dapat digambarkan melalui kata-kata tetapi juga melalui perlakuan dan tindakan. Maklum balas positif yang diberikan oleh Mentor mempunyai pengaruh yang kuat terhadap motivasi Menti untuk meneruskan proses pementoran. Ciri-ciri maklum balas: •
tepat, berfokus dan mudah difahami;
•
bersifat segera dan mesra;
•
berterus-terang;
•
khusus kepada seseorang;
•
tidak bersifat menghukum; dan
•
tidak membuat penilaian secara stereotaip.
75
kementerian pendidikan malaysia
e.
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Kemahiran Menentukan Fokus/Matlamat Pementoran Dalam proses pementoran, kemungkinan Menti akan mengadu permasalahan yang dihadapi. Mentor perlu meluaskan perspektif Menti untuk melihat masalah bukan sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya sebagai satu peluang untuk membuat perubahan atau penambahbaikan. Dalam proses melihat permasalahan Menti, Mentor juga perlu mahir menentukan fokus agar selari dengan matlamat pementoran.
f.
Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis merupakan prasyarat kemahiran membuat keputusan. Apabila Mentor mampu berfikir secara kritis dan kreatif, Mentor boleh memberi cadangan-cadangan yang membina kepada permasalahan yang dikemukakan oleh Menti. Secara tidak langsung Mentor akan dapat mempermudah, mendorong dan membimbing Menti mencari alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka.
g.
Membuat Penilaian Mentor perlu bijak membuat penilaian atas maklumat sama ada daripada Menti atau individu lain. Kemahiran menilai membantu Mentor memberi respons dan membuat penilaian yang berkesan.
76
SURAT SIARAN KPM BILANGAN 21 TAHUN 2012 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (Ppgb) di Sekolah-sekolah di bawah Kpm
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
79
kementerian pendidikan malaysia
80
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
81
kementerian pendidikan malaysia
82
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
83
kementerian pendidikan malaysia
84
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
85
kementerian pendidikan malaysia
86
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
87
kementerian pendidikan malaysia
88
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
89
kementerian pendidikan malaysia
90
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
91
kementerian pendidikan malaysia
92
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
93
KOMPETENSI PROFESIONAL GURU Petikan daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014, m.s. 17-19
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
KOMPETENSI PROFESIONAL GURU Kompetensi profesional guru ialah kompetensi yang perlu dibangunkan secara berterusan oleh semua guru di Malaysia termasuk Guru Baharu. Setiap guru perlu memperoleh dan menguasai pengetahuan, kemahiran baharu serta meningkatkan amalan nilai profesional agar mereka sentiasa menjunjung etika keguruan dan mempunyai integriti profesional yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab untuk meningkatkan keberhasilan murid. Pembangunan kompetensi profesional melibatkan dimensi nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran seperti dalam Rajah 4 dan Perincian Dimensi Kompetensi Profesional adalah seperti dalam Jadual 2.
Rajah 4: Dimensi Kompetensi Profesional
kemahiran
pengetahuan
Nilai Profesional
97
kementerian pendidikan malaysia
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
Jadual 2: Perincian Dimensi Kompetensi
PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL DIMENSI
GURU (PdP) 1. Keutuhan • Bersyukur 2. Penyayang • Ikhlas • Bertimbang rasa • Berbudi bahasa • Empati 3. Integriti • Amanah • Berakauntabiliti • Adil
NILAI PROFESIONAL
4. Efisien • Berilmu • Kreatif, kritis dan inovatif • Ketepatan • Interpersonal dan intrapersonal • Berdaya tahan • Berdaya usaha 5.
Kecintaan terhadap profesion • Imej keguruan • Kualiti keguruan
6. Patriotisme dan tanggungjawab sosial • Pengorbanan untuk negara • Toleransi sosial
98
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL DIMENSI PENGETAHUAN
GURU (PdP) 1. Kandungan mata pelajaran 2. Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi 3. Kurikulum dan kokurikulum 4. Pentaksiran dan penilaian 5. TMK untuk pendidikan 6. Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 7. Pekeliling dan peraturan pendidikan
KEMAHIRAN
1. Menterjemahkan dasar/pekeliling atau peraturan dengan amalan PdP 2. Merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut mata pelajaran 3. Menyampai pengajaran dan pembelajaran mengikut mata pelajaran 4. Mentaksir dan menilai 5. Mengurus kelas dan murid 6. Menggunakan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran 7. Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran 8. Melaksanakan kajian tindakan 9. Hubungan sesama manusia
99
Bibliografi
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
BIBLIOGRAFI Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) di Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Bertarikh 21 Jun 2012. Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (Tidak bertarikh). Modul Program Pembangunan Guru Baharu. Dokumen tidak diterbitkan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2008). Pementoran dalam Perkhidmatan Awam: Panduan untuk Mentor dan Menti. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Salhah Abdullah, Ainon Mohd. (2005). Guru Sebagai Mentor. Selangor: PTS Publications.
103
Penghargaan
Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015
kementerian pendidikan malaysia
PENGHARGAAN Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada: Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Timbalan Pengarah Dasar dan Standard Keguruan Bahagian Pendidikan Guru Timbalan Pengarah Pembangunan Profesionalisme Keguruan Bahagian Pendidikan Guru Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Penyelaras Program Pembangunan Guru Baharu Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Jurulatih Program Pembangunan Guru Baharu Panel Penulisan dan Penyemakan, Penilai Kualiti Bahasa Melayu, Penyuntingan dan Grafik Modul Program Pembangunan Guru Baharu Juga Panel Kawalan Mutu Penerbitan Bahagian Pendidikan Guru, Penggubal Modul Program Pembangunan Guru Baharu, Pegawai Meja Program Pembangunan Guru Baharu, urus setia dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga serta buah fikiran sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu 2015.
107
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2015 www.printnasional.com.my email:
[email protected] Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773 WJD005942