Program Latihan Untuk Guru 2015 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2.0 MENGGUNAKAN ALGORITMA MELALUI
TAJUK
PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Mengenal pasti algoritma pseudokod, carta alir dan makna simbol dalam carta alir. 2. Menyediakan pseudokod dan carta alir secara urutan dan pilihan tunggal daripada algoritma yang diberi. 3. Membina algoritma penyelesaian masalah bagi situasi yang diberi. 4. Menterjemahkan pseudokod dan carta alir kepada algoritma. 5. Memberi cadangan dan justifikasi tentang aliran urutan dan pilihan pseudokod dan carta alir yang dibincangkan. 6. Mencipta algoritma penyelesaian masalah, pseudokod dan carta alir yang menggabungkan urutan dan pilihan tunggal bagi situasi baharu yang dicadangkan oleh murid. 7. Mencipta carta alir daripada permasalahan yang diberi 8. Menerangkan fungsi-fungsi simbol dalam carta alir
B. Kandungan Pengajaran 2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan carta alir. 2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan tamat, proses, pilihan, aliran) dalam carta alir. 2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam aktiviti harian. 2.4 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod dan carta alir. 2.4.1
Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.
2.4.2
Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod
2.4.3
Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir.
2.5 Menulis algoritma berdasarakan situasi secara urutan dan pilihan tunggal. 2.6 Memisahkan pseudokod kompleks kepada
pseudokod secara urutan dan
pseudokod secara pilihan tunggal. 2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan carta alir pilihan tunggal secara logik. 2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan carta alir dalam menyelesaikan satu masalah yang diberi.
1
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 2.1 MENGENAL ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan ini bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam sains komputer pula, algoritma ialah langkah-langkah dalam proses melaksanakan kod komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program komputer. Situasi 1: Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan. Nyatakan proses yang perlu anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut. Contoh algoritma bagi situasi 1: Masuk ke dalam perpustakaan Cari buku yang dikehendaki Jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam Keluar dari perpustakaan Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa pertuturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Set aturan ini menunjukkan langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat. Pseudokod juga merupakan penggunaan ayat pertuturan dan beberapa kod asas dalam menunjukkan langkahlangkah dan tugas. Situasi 2: Katakan anda hendak menghantar bahan bercetak, nilai bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan berat bahan yang hendak dihantar itu. Jika bahan yang dihantar itu beratnya 50 gram, berapakah nilai yang perlu dibayar? Contoh pseudokod bagi situasi 2: Mula Timbang berat bahan bercetak ( input ) Set nilai bayaran dikenakan (proses) Papar nilai bayaran (output) Tamat
2
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 Carta Alir ialah kaedah grafik yang menunjukkan langkah-langkah bagi penyelesaian masalah dan hubung kait antara satu sama lain. Carta alir mengandungi simbol geometrik yang dihubungkan menggunakan anak panah. Setiap simbol mewakili aktiviti bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program. Aktiviti ini akan dilaksanakan mengikut turutan dari atas ke bawah. Contoh:
Mula
Mengisi Borang Aduan Kerosakan
Serah Borang Aduan Kepada Ketua Jabatan
Kenal pasti Kerosakan Selenggaraan
TIDAK
Panggil Kontraktor
YA
Baik Pulih Oleh Pihak Luar
Rekodkan Kerja-Kerja Penyelenggaraan
Tamat Rajah 2.1.1 Carta Alir Proses Penyelenggaraan
3
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 2.2 MENERANGKAN MAKNA SIMBOL (MULA DAN TAMAT, PROSES, PILIHAN, ALIRAN) DALAM CARTA ALIR
Simbol
Makna / Fungsi
Penerangan
MULA / TAMAT
Mula dan tamat sesuatu aktiviti
PROSES
Aktiviti atau proses
PILIHAN
Menguji sama ada benar atau salah
ALIRAN
Aliran aktiviti
PENYAMBUNG
Menggabungkan aliran yang berlainan
INPUT / OUTPUT
Operasi input Operasi output
Jadual 2.2.1: Makna Simbol dalam Carta Alir
4
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 2.3 MEMBUAT PERKAITAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR DALAM AKTIVITI HARIAN Situasi: Membancuh kopi Contoh Algoritma Masak air Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan gula Masukkan air panas ke dalam cawan
Contoh Pseudokod Mula Masak air Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan gula Masukkan air panas ke dalam cawan Tamat
5
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 Contoh Carta Alir Proses Membancuh Kopi
Mula
Masak Air
Masukkan kopi ke dalam
cawan
Masukkan gula
Tuangkan air panas ke dalam cawan
Kacau air
Tamat
Rajah 2.3.1: Carta Alir proses membancuh kopi
6
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 2.4 MEMBEZAKAN ALIRAN SECARA URUTAN DAN PILIHAN TUNGGAL BAGI ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR 2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma. a) algoritma aliran secara urutan b) algoritma pilihan tunggal
a) Algoritma aliran secara urutan
b) Algoritma aliran pilihan tunggal
Masak air
Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan gula
Masukkan gula
Tuangkan air panas ke dalam cawan
Jika perlu krim Tambah krim Tuangkan air ke dalam cawan
Jadual 2.4.1.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi algoritma
2.4.2
Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod. a) Pseudokod aliran secara urutan b) Pseudokod pilihan tunggal
a) Pseudokod aliran secara urutan
b) Pseudokod pilihan tunggal
Mula
Mula
Masak air
Masak air
Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan gula
Masukkan gula
Tuangkan air panas ke dalam cawan
Jika perlu krim
Tamat
Tambah krim Masukkan air panas ke dalam cawan Tamat
Jadual 2.4.2.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi pseudokod
7
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
2.4.3
Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir a) Aliran secara urutan (carta alir) Pilihan tunggal (carta alir)
a) Carta alir secara urutan
b) Carta alir pilihan Tunggal
Mula
Mula
Masak Air
Masak Air Masukkan kopi ke dalam cawan Masukkan kopi ke dalam cawan
Masukkan gula Masukkan gula
Perlu Krim? Tuangkan air panas ke dalam
Tidak
Ya
Masukkan krim
cawan
Kacau air
Tuangkan air panas ke dalam cawan
Kacau air
Tamat Tamat Jadual 2.4.3.1 Perbezaan antara aliran secara urutan dengan pilihan tunggal bagi carta alir
8
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 2.5 MENULIS ALGORITMA BERDASARKAN SITUASI SECARA URUTAN DAN PILIHAN TUNGGAL Algoritma secara urutan ialah set arahan yang mengandungi langkah demi langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah, manakala algoritma pilihan tunggal ialah set arahan yang mengandungi kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai satu pilihan. Situasi 1: a) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11. b) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11. Jika lif rosak Azmi perlu naik tangga.
Arahan : Sila bina algoritma berdasarkan situasi di atas.
Algoritma a) Secara urutan
b) Secara pilihan tunggal
Sila berada di hadapan pintu lif
Sila berada di hadapan pintu lif
Tekan butang naik
Tekan butang naik
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka
Tekan butang nombor 11
Jika lif rosak, gunakan tangga ke tingkat 11
Tunggu sehingga sampai ke tingkat 11
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka
Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka
Tekan butang nombor 11
Berjalan ke tempat temu duga
Tunggu sehingga sampai ke tingkat 11 Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka Berjalan ke tempat temu duga
Jadual 2.5.1: Contoh algoritma secara urutan dan pilihan tunggal.
9
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 Situasi 2 Agar-agar santan merupakan pencuci mulut yang sangat popular. Bagaimanakah anda menyediakannya? Arahan : Sila bina algoritma secara urutan dan pilihan tunggal berdasarkan situasi di atas.
Algoritma Algoritma secara urutan
Algoritma secara pilihan tunggal
Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk berisi air.
Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk berisi air.
Panaskan air sehingga mendidih supaya agar-agar larut.
Panaskan air sehingga mendidih supaya agar-agar larut.
Masukkan gula, perisa pandan dan garam.
Masukkan gula, perisa pandan dan garam Jika perisa pandan habis, gunakan perisa strawberi.
Kacau sehingga sebati. Pukul telur bersama santan.
Kacau sehingga sebati. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar tadi.
Pukul telur bersama santan.
Kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar tadi.
Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Kacau sehingga mendidih selama beberapa minit. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Jadual 2.5.2: Contoh algoritma secara urutan dan pilihan tunggal.
10
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Latihan 1 Raja Amri tinggal di Sabak Bernam. Dia hendak bercuti ke Kuala Lumpur. Perjalanannya melalui pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kapar, Sungai Buloh dan Petaling Jaya. Raja Amri juga boleh menggunakan lebuh raya terus ke Kuala Lumpur selepas pekan Kuala Selangor.
Bina algoritma perjalanan Raja Amri dari Sabak Bernam ke Kuala
Lumpur. Latihan 2 Bina algoritma berdasarkan carta alir di bawah ini. Mula
Masukkan markah
Tentukan gred markah
Papar markah dan gred
Tamat
Rajah 2.5.1: Carta Alir .
11
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 2.6 MEMISAHKAN PSEUDOKOD KOMPLEKS KEPADA PSEUDOKOD URUTAN DAN PSEUDOKOD SECARA PILIHAN TUNGGAL
SECARA
Pseudokod kompleks ialah satu pseudokod panjang yang mengandungi gabungan pseudokod secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal. Pseudokod kompleks boleh dipisahkan kepada beberapa pseudokod yang lebih ringkas. Pseudokod secara urutan ialah set arahan penyelesaian masalah langkah demi langkah untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat, manakala pseudokod secara pilihan tunggal pula ialah set arahan penyelesaian masalah yang mempunyai satu pilihan. Contoh: Azmi akan menghadiri temu duga di tingkat 11 sebuah bangunan. Azmi menggunakan lif dan jika lif rosak dia perlu menggunakan tangga. Semasa keluar dari lif di tingkat 11, Azmi menyedari bahawa kad pengenalannya tertinggal di dalam kereta. Dia terpaksa turun untuk mendapatkan kad pengenalannya. Semasa Azmi ingin naik semula ke tingkat 11 didapati lif rosak. Pseudokod kompleks Mula Berjalan ke pintu lif Tekan butang naik Jika lif rosak Guna tangga Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka Tekan butang nombor 11 Tunggu sehingga sampai di tingkat 11 Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka Masuk ke dalam lif semula untuk mengambil kad pengenalan Tekan butang turun untuk ke tingkat bawah Jika lif rosak Guna tangga Berjalan ke kereta Ambil kad pengenalan Berjalan ke pintu lif Tekan butang naik Naik tangga ke tingkat 11 kerana lif rosak Berjalan ke tempat temu duga Tamat
12
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Pseudokod Pseudokod secara urutan
Pseudokod pilihan tunggal
a) Pseudokod (naik lif)
Mula
Mula
Jika lif rosak
Berjalan ke pintu lif
Guna tangga
Tekan butang naik
Tamat
Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka Tekan butang nombor 11 Tunggu sehingga sampai di tingkat 11 Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka Berjalan ke tempat temu duga Tamat b) Pseudokod (turun lif) Mula Masuk ke dalam lif semula untuk mengambil kad pengenalan Tekan butang turun untuk ke tingkat bawah Berjalan ke kereta Ambil kad pengenalan Tamat c) Pseudokod (naik tangga) Mula Tekan butang naik Naik tangga ke tingkat 11 kerana lif rosak Berjalan ke tempat temu duga Tamat
Jadual 2.6.1: Contoh pseudokod secara urutan dan pilihan tunggal.
13
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Aktiviti 1 Anda ialah seorang penyelaras TMK sekolah. Anda diberi tugas untuk membina satu atur cara bagi menentukan lulus atau gagal markah peperiksaan bersama gred markah A, B, C, D dan E. Lengkapkan pseudokod di bawah ini
Mula Masukkan markah ... ... ... Tamat
Aktiviti 2 Tuliskan pseudokod bagi carta alir di bawah. Mula
Masukkan kopi
Masukkan gula
Perlu krim?
Tidak
Ya
Masukkan air panas dan kacau
Tamat
14
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Aktiviti 3 Tuliskan pseudokod bagi situasi di bawah. Situasi: Sofia hendak menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada sahabatnya.
2.7 MENGGABUNGKAN CARTA ALIR URUTAN DAN CARTA ALIR PILIHAN TUNGGAL SECARA LOGIK Contoh 1: Aturcara Untuk Menentukan BMI CARTA ALIR URUTAN Mula
Baca nilai berat
Baca nilai tinggi
Kira BMI BMI=berat/(tinggi*tinggi)
Cetak BMI
Tamat
Rajah 2.7.1: Contoh carta alir secara urutan
15
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 CARTA ALIR YANG MENGANDUNGI PILIHAN TUNGGAL
Mula
Masukkan nilai BMI
Tidak
BMI menepati?
Papar: Anda perlu jaga pemakanan Ya
Papar: Teruskan beriadah
Tamat
Rajah 2.7.2: Contoh carta alir pilihan tunggal
16
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 2.8 MENYEDIAKAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN MENYELESAIKAN SATU MASALAH YANG DIBERIKAN
CARTA
ALIR
DALAM
Cadangan aktiviti: Arahan:
Ahmad
suka
makan
dadih
manis.
Tuliskan
algoritma,
pseudokod
dan carta alir yang sesuai bagi penyediaan dadih manis tersebut.
RESEPI 300ml air 2 gram agar-agar 100 gram gula putih 700ml susu cair Perisa strawberi Jawapan: A. ALGORITMA Sediakan sebuah periuk Masukkan air dan didihkan Masukkan agar-agar dan gula Masukkan susu cair Titiskan perisa strawberi Setelah susu mula mendidih Padamkan api Sejukkan dadih selama 15 minit Masukkan ke dalam bekas Sejukkan di dalam peti sejuk Hidangkan dadih
17
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 B. PSEUDOKOD Mula Masukkan air ke dalam periuk Panaskan air Masukkan agar-agar dan gula Kacau sehingga larut Masukkan susu cair Titiskan perisa strawberi Padamkan api apabila campuran mendidih Sejukkan selama 15 minit Tuang ke dalam bekas Sejukkan di dalam peti sejuk Hidangkan dadih Tamat
18
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015 C. CARTA ALIR URUTAN Aktiviti bina carta alir urutan berpandukan pseudokod di atas. Mula
u
Masukkan air
Didihkan air
Tuang ke dalam bekas
Sejukkan di dalam peti sejuk Hidangkan dadih
Masukkan agar-agar dan gula
Tamat
Kacau
Masukkan susu cair
Titiskan perisa
Campuran mendidih, padamkan api
Biarkan sejuk
Rajah 2.8.1: Carta alir secara urutan
19
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir
Program Latihan Untuk Guru 2015
Aktiviti 1: Tugasan : Menyediakan minuman teh. Arahan : Anda diminta untuk membina algoritma, pseudokod dan carta alir yang bersesuaian.
20
2.0 Menggunakan Algoritma melalui Pseudokod dan Carta Alir