Keharmonian, Toleransi Penduduk Berbilang Kaum Asas Terpenting Keutuhan Malaysia
K
UALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Keharmonian dan toleransi penduduk berbilang kaum adalah asas terpenting yang perlu dipupuk untuk menjadi tunjang dan tonggak negara Malaysia yang utuh, berwibawa dan dihormati, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata tanpa keharmonian dan toleransi, setiap usaha pembangunan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana rakyat sentiasa bercakaran sesama sendiri sekali gus kelak melumpuhkan kesejahteraan yang diusahakan sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi. "Kita harus akui dan memberi pengiktirafan kepada setiap usaha kerajaan untuk membangunkan negara dan pada masa sama mengisi keperluan rakyat secara keseluruhannya. "Tugas itu tidak mudah dan menuntut komitmen serta pengorbanan yang bukan sedikit," katanya dalam
perutusan sempena Jubli Emas Hari Malaysia ke-50 yang akan disambut Isnin. Tegas Muhyiddin, kerajaan sejak zaman kepimpinan Almarhum Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sehingga sekarang, tidak pernah mengetepikan hak rakyat di negara ini biar apa pun kaum atau agama anutan mereka. Katanya, Perlembagaan Persekutuan menjadi asas dan panduan bagi memastikan hak asasi rakyat tidak disisihkan, dan kerajaan, dari semasa ke semasa, melaksanakan pelbagai usaha dan program untuk mengisi keperluan rakyat baik dalam bentuk pembangunan fizikal mahupun pengisian rohani. Justeru, Muhyiddin menggesa semua rakyat Malaysia agar mensyukuri setiap nikmat yang telah dan akan diperoleh.
"Hakikatnya, tanpa sumbangan dan penglibatan setiap golongan masyarakat di Malaysia, kita tidak akan dapat berdiri seperti sekarang ini," katanya. Juga penting, kata Muhyiddin, adalah memastikan gandingan rakyat dan pemerintah yang mantap diteruskan supaya Malaysia dapat terus membangun dan gemilang. Katanya, rakyat yang kuat dan pandai membuat penilaian tidak akan terjerumus ke dalam apa juga kancah yang cuba ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Muhyiddin berkata kerajaan menerusi dasar dan program yang diperkenalkan termasuk yang terbaharu, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, sentiasa memberi ruang yang amat luas kepada rakyat Malaysia tanpa ada sempadan atau batasan baik di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak, (di mana) rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Menekankan signifikannya sambutan Jubli Emas Malaysia, Muhyiddin berkata penyatuan negeri-negeri di Semenanjung tanah air dengan Sabah dan Sarawak berjaya melahirkan negara Malaysia yang unik, harmoni dan pesat membangun. "Sejarah membuktikan bahawa usaha menyatukan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bersandarkan hasrat murni barisan kepimpinan terdahulu yang mahu melihat Malaysia secara keseluruhannya bergerak seiring dalam mengisi denyut nadi pembangunan," katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata penyatuan jiwa bangsa di bawah nama Malaysia dapat menyerlahkan lagi keunikan dan kepelbagaian penduduk di negara ini sekali gus menjadikannya destinasi menarik sehingga menimbulkan rasa kagum masyarakat luar.
55 Bayi Merdeka Dilahirkan Di Sekitar Ibu Negara
Hari Malaysia Ke-50 Disambut Meriah Penuh Warna-Warni KUCHING, 16 Sept (Bernama) -- Sambutan ulang tahun ke-50 Hari Malaysia berlangsung penuh meriah dan berwarna-warni dengan ribuan rakyat tempatan serta warga asing hadir membanjiri Padang Merdeka di sini hari ini seawal 7 pagi untuk menyaksikan perarakan sambutan. Sambutan dimulakan sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 8 pagi. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Lagu Negaraku kemudiannya dimainkan dan dua helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) melakukan lintas hormat sambil membawa Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak serta 'smoke grenade', serentak dengan tembakan meriam 21 das oleh Rejimen Artileri Diraja dari Kem Penrissen. Seri Paduka kemudian memeriksa Kawalan Kehormat Utama oleh Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Penrissen terdiri daripada empat pegawai dan 106 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Al Juharjie Muhamud. Acara diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh Zakaria Manan di depan Pentas Diraja diiringi 50 belia pelbagai suku kaum. Tayangan Video Khas '50 Tahun Jubli Emas Sarawak Harmoni Kemakmuran Dinikmati' dipersembahkan di tengah padang sebelum Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berucap. Perdana menteri kemudian menyampaikan amanat
Najib Yakin Sabah Capai Kemajuan Lebih Pesat 50 Tahun Akan Datang KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin negeri Sabah akan mencapai tahap pembangunan dan kemajuan lebih pesat di bawah Malaysia bagi tempoh 50 tahun akan datang. Najib yang menyifatkan Sabah sentiasa 'dekat di hati beliau' berkata kejayaan seperti itu boleh dicapai sekiranya rakyat negeri itu terus memilih kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan di peringkat persekutuan. "Kalau kita dah berjaya 50 tahun untuk membawa Sabah ke hari ini, kita berazam 50 tahun akan datang (Sabah) lebih hebat...ini janji kita pada sambutan yang bersejarah malam ini yang mendapat sambutan hangat dari rakyat jelata. "Kita berikrar kepada rakyat Sabah yang merupakan sebahagian Malaysia untuk terus mempertahankan kemerdekaan Sabah agar setiap inci bumi bertuah ini akan mencapai kemajuan itu. "Kita berikrar bahawa kita akan bersama-sama 50 tahun lagi. Sabah bertukar wajah dan tujuh tahun lagi Malaysia mencapai status negara maju dan berharap Sabah juga mencapai status negeri maju," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Malaysia dan perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia di Taman Prince Philip, Tanjung Aru di sini Isnin malam. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyid-
din Yassin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin yang juga Pengerusi Induk Sambutan. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun setiap tahap pembangunan akan memakan masa kerana saiz negeri Sabah yang luas, namun kerajaan Barsian Nasional (BN) akan berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terbela. Beliau menegaskan bahawa kerajaan BN akan bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan merealisasikan janji dan hala tuju terbaik kepada rakyat Sabah yang menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13 yang lepas. Terdahulu, perdana menteri merasmikan Ekopembangunan Tanjung Aru dan pelancaran wang syiling emas 50 tahun sempena sambutan Hari Malaysia ke-50 tahun. Sempena sambutan yang dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung itu, turut diadakan persembahan khas 50 tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia yang menampilkan tujuh segmen dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Hari Malaysia sebelum perarakan kontinjen bermula. Perarakan dan persembahan sambutan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Perarakan Kontinjen Berjalan Lalu, Perarakan Kontinjen Kenderaan dan Fly-Pass serta Persembahan Kebudayaan. Perarakan Kontinjen Berjalan Lalu dibahagikan kepada enam segmen -- Segmen Pembawa Bendera, Segmen Belia Cergas Beruniform dan Berpendidikan, Segmen Sektor Perkhidmatan Awam, Segmen Sektor Swasta, Segmen Masyarakat Harmoni 1Malaysia dan Segmen Pertahanan Negara. Perarakan Kontinjen Kenderaan dan Fly-Pass pula menampilkan segmen pelbagai jenis pengangkutan dan kenderaan, melibatkan sebuah lanca, beca roda tiga (empat), komuniti 'bikers' (50), skuter vespa (20), 'big bikers' (20), JPAM (dua), Bomba 'bike' (empat), PDRM 'bike' (empat), ATM 'bike' (empat), VW (10), Pos (satu), TM (satu), 'supercar' (10), Bomba (empat) dan ATM (dua). Perarakan Kontinjen Kenderaan dan Fly-Pass turut melibatkan persembahan udara melibatkan dua helikopter Nuri No 7 Skuadron, Helikopter Hornbill Skyways EC135 (tiga), TUDM CN235 (dua), pesawat pejuang Sukhoi SU30MKM (empat), dan Hawk No 6 Skuadron (empat). Kemuncak perarakan hampir tiga jam itu adalah persembahan kebudayaan, tarian dan nyanyian bertemakan 'Sarawak Harmoni Kemakmuran Dinikmati' melibatkan 1,500 peserta.