KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1 Oleh: Dayang Hajah Noor Hira Binti Haji Noor Kaseh
1.
2
Pendahuluan
Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia dengan tujuan membawa manusia ke arah keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ia turun dengan ajaran yang lengkap, sempurna dan menyeluruh. Tidak ada satupun urusan hidup manusia yang ditinggalkan, termasuk urusan pembangunan. Dalam lslam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan akidah dan syariah. Bagi penganut agama lslam, nilai yang dipegang adalah ajaran dan panduan dari al-Quran dan al-Sunnah. Sesungguhnya hanya agama lslamlah yang diterima di sisi Allah s.w.t., sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah lslam”.3 Allah menciptakan manusia sebagai hamba dan sebagai khalifah di muka bumi ini. Semakin tinggi rasa atau perasaan kehambaan maka semakin layak seseorang hamba itu bergelar khalifah (penguasa, pentadbir dan pengatur) yang memakmurkan muka bumi ini dengan syariat Islam. Dengan syariat itu pula, pastinya akan menghasilkan kehidupan manusia bersifat harmoni, aman damai, bahagia dan sejahtera di dunia dan akhirat. Ini bererti, agama yang di dalamnya terdapat syariat daripada Tuhan adalah untuk keperluan mengharmonikan kehidupan manusia. Itulah agama Islam, yang membawa maksud selamat dan menyelamatkan. Ia juga membawa maksud hanya dengan lslam saja manusia akan hidup harmoni di dunia dan akhirat. Manakala bagi sesebuah negara yang mengamalkan syariat lslam, maka keadaan aman dan damai akan dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Disamping itu, negara yang mengamalkan perpaduan juga dapat
1
Kertas kerja ini dibentangkan pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) ke 38, pada 28 – 30 Oktober 2013, di Pulau Langkawi, Malaysia. 2
Dayang Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh, Ph.D adalah Dekan & Pensyarah, Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam 3
al-Qur’an, Ali Imran 2:19
1
mencapai kemajuan dengan mudah. Ini kerana perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian sesebuah negara. Dalam konteks, Negara Brunei Darussalam sebahagian besar penduduk dan rakyatnya adalah beragama lslam. Maka nilai agama lslam telah berperanan dalam membentuk masyarakat Brunei mencapai pembangunan umatnya hingga ke hari ini. Maka kertas ini akan menjelaskan keharmonian dan pembangunan ummah dalam lslam secara ringkas, dan selepas itu penjelasan difokuskan kepada realiti keharmonian yang membawa kepada pembangunan ummah di Negara Brunei Darussalam dan cabaran-cabarannya untuk dikongsi demi keunggulan dan ketinggian lslam di nusantara ini. 2.
Keharmonian Dalam Islam
Perkataan harmoni menurut Kamus Dewan mempunyai beberapa pengertian, antaranya bermaksud selaras, sesuai dan sepadan. Ia juga bermaksud menunjukkan persesuaian, persetujuan pendapat dan mesra, keselarasan dan kesesuaian (nada, rupa dan sebagainya) dan kemesraan dan kesesuaian (sikap, pendirian dan sebagainya). Manakala keharmonian pula bermaksud keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan dan mesra) keselarasan, kesesuaian dan kemesraan, sebagai contoh, keharmonian perhubungan antara kedua-dua negara, menikmati keharmonian hidup di desa, dan keharmonian rumah tangga. Menurut penulis, keharmonian yang dimaksudkan dalam penulisan ini ialah kemesraan, kasih sayang, belas kasihan, kesesuaian, bertoleransi dan menghormati antara satu sama lain. Mengimbau kembali detik peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w, jelas menunjukkan bahawa baginda meletakkan asas pertama untuk membina akal dan jiwa masyarakat Madinah ialah dengan pembinaan Masjid Quba’. Pembinaan masjid ini menjadi asas kepada perpaduan masyarakat di Madinah pada ketika itu yang dianggotai oleh orang lslam dan bukan lslam. Intipati dalam peristiwa ini juga, dapat dilihat sebagai penyelesaian utama kepada isu pembangunan masyarakat atau ummah. Menerusi peristiwa hijrah juga, dapat diambil beberapa noktah penting dan pengajaran untuk diaplikasikan oleh umat lslam dalam menghayati kehidupan bermasyarakat dan bernegara, antaranya; Pertama: Mengikis sifat mazmumah diperingkat individu seperti hasad dengki, tamak haloba dan bermusuh-musuhan, dan digantikan dengan sifat mahmudah yang dianjurkan oleh lslam. Kedua: Pembentukan keluarga muslim yang menghasilkan kebahagiaan, ketenangan dan kasih sayang seterusnya melahirkan generasi yang soleh dan solehah yang menjadi khalifah di muka bumi ini. Ketiga: Merealisasikan hubungan intim/utuh sesama masyarakat, jiran tetangga, rakan taulan, pemimpin dan rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika mengasaskan Negara lslam pertama di Madinah. Keempat: 2
Memastikan sistem ekonomi menepati piawaian syarak yang selamat daripada unsur riba, khianat, rasuah dan penipuan. Sejarah juga membuktikan kejayaan Rasulullah s.a.w. membina sebuah negara lslam sekalipun masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan kepercayaan. Agama lslam terbukti sebagai agama yang menitikberatkan soal perpaduan dan kesejahteraan. Di Madinah, masyarakat Islam, Yahudi dan Kristian hidup dengan aman damai di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.. Melalui piagam Madinah yang diperkenalkan, jelas terbukti dapat menyatupadukan dan seterusnya mengharmonikan masyarakat Madinah yang berbilang puak dan kaum itu. Perkara ini selaras dengan anjuran al-Qur’an supaya memberi perlindungan dan layanan baik kepada ahli Dzimmi. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8:
ُ ُ ْ ُ ْ ََ ُ ُ َ َ َ َْ ُ هُ َ ه َ وه ْم َو ُت ْقس ُط ۤو ْا إ َل ْيه ْم إ هن ه ُ وك ْم من د َيار ُك ْم َأن َت َب ُّر ٱَّلل ِ ال ين َهاك ُم ٱَّلل ع ِن ٱل ِذين ل ْم ُيقا ِتلوك ْم ِفي ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ٱلد ِين ولم يخ ِرج ُْ ُي ِح ُّب ٱْل ْق ِس ِط َين Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orangorang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”. Menurut ayat di atas, orang Islam dikehendaki mengadakan hubungan mesra dan baik dengan ahli Dzimmi serta bersikap adil selagi mereka tidak menentang dan menindas orang Islam atau menghalang penyebaran Islam. Secara ringkasnya, Piagam itu mencatatkan hak dan tanggungjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, tanggungjawab orang lslam dengan sesama lslam, orang lslam dengan orang bukan lslam, tanggungjawab terhadap Negara Madinah, dan hak-hak orang bukan lslam. Piagam Madinah juga telah menentukan kebebasan akidah, kebebasan berfikir, kesucian kota Madinah, keselamatan nyawa dan harta benda anggotaanggotanya serta pencegahan terhadap perkara-perkara mungkar seperti mencuri, melakukan kezaliman, membunuh dan seumpamanya. 3.
Pembangunan Ummah Dalam Islam
Pembangunan ialah perihal dan proses membangun untuk mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya. Ia juga bermaksud suatu usaha atau kegiatan untuk memajukan dan mengembangkan. Maka pembangunan ummah itu merujuk kepada perubahan daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih 3
baik di dalam kehidupan (peningkatan kualiti hidup dan pembaharuan dalam kemajuan hidup). Hal ini bertepatan dengan anjuran al-Qur’an supaya umat manusia berusaha mencari kelebihan akhirat, pada masa yang sama tidak melupakan kenikmatan yang ada di dunia. Islam menyeru umatnya berbuat baik kepada sekalian makhluk dan melarang berbuat kerosakan di muka bumi. Allah Ta’ala berfirman; 4
َ َ َ ْ ُّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َْ َُ َ َ ْ َ َ ه َْ َ َ َ هُ ه ْ ٱآلخرة وال تنس ن ِصيبك ِمن ٱلدنيا وأح ِسن كمآ أحسن ٱَّلل ِإليك وال ِ وٱبت ِغ ِف َيمآ آتاك ٱَّلل ٱلد َار َ َ ٱَّلل َال ُيح ُّب ْٱْلُ ْفسد َ ٱأل ْرض إ هن ه َ َت ْبغ ْٱل َف َس )٧٧( ين ي ف اد ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ Maksudnya: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan” Merujuk kepada ayat di atas, bererti, Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar pembangunan asalkan cara untuk mencapai, mengurus dan mentadbir tidak melampaui batas-batas syarak yang dibenarkan. lslam melihat pembangunan itu sebagai sesuatu yang meliputi aspek jasmani (fizikal) dan rohani (spiritual). Ini kerana manusia dijadikan daripada dua unsur iaitu jasad dan roh sebagaimana Allah berfirman: 5
ََ َ َ ُ ْ َ َْ ََ ََ ُ َََ ْ َ ه ۤ َ ْ َ َ ُ ه ) ث هم َج َع َل ن ْسل ُه ِمن ُسالل ٍة ِمن هم ٍآء٧( ٱإلن َس ِان ِمن ِط ٍين ِ ٱل ِذي أحسن كل ش ي ٍء خلقه وبدأ خلق ً َ َ َ ْ َ َ َ َ َْ َ َ ْ َ َ َ َ َ ُ ُ ه َ يال هما َت ْش ُك ُر َ َََ ُ َ ُ ون وح ِه وجعل لكم ٱلسمع وٱألبصار وٱألف ِئدة ق ِل ِ ) ث هم س هواه ونفخ ِف ِيه ِمن ُّر٨( هم ِه ٍين )٩( Maksudnya: “Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakan-Nya kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian la menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu air (benih), yang sedikit dipandang orang. Kemudian la menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaanNya. Dan la
4
al-Qur’an al-Qashash 28:77
5
al-Qur’an, al-Sajdah 32:7-9
4
mengurniakan kepada kamu pendengaraan dan penglihatan serta (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”. Aspek pembangunan jasmani adalah merujuk kepada fizikal yang diperlukan oleh jasad manusia seperti tempat tinggal, kesihatan, pengangkutan dan sebagainya. Manakala pembangunan aspek rohani pula merangkumi pembangunan mental, jiwa, emosi dan sikap dalaman manusia. Hakikatnya, manusia merupakan agen pembangunan yang utama di muka bumi ini. Berjayanya atau tidak sesuatu pembangunan itu adalah bergantung kepada manusia itu sendiri. Menurut Mufti Negeri Selangor,6 di antara faktor hirarki dalam pembangunan masyarakat adalah bertitik tolak dari pembangunan individu – keluarga. Keluarga lslam mestilah dibangunkan dengan nilai tauhid / akidah, model teladan (uswah hasanah) dan kekuatan ilmu supaya tunjangan tauhid mampu membina tasawwur yang sempurna, model teladan menjadi penyuluh kehidupan dan kekuatan ilmu mengaturkan kehidupan berasaskan syariat yang akhirnya membentuk tamadun yang berintegriti. Tidak dinafikan, institusi keluarga adalah satu unit sosial terkecil dalam masyarakat. Walaupun kecil, tetapi ia memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan sesebuah masyarakat. Jika baik institusi keluarganya, maka akan baiklah keseluruhan masyarakat tersebut dan sebaliknya. Ini bermaksud keharmonian hidup di dalam institusi keluarga merupakan pola masyarakat yang tidak boleh diabaikan. Ia merupakan akar umbi yang sangat penting dalam menunjangi hidup bermasyarakat. Goyah institusi keluarga bermakna goyahlah masyarakat. Bila masyarakat goyah sudah setentunya hidup berbangsa dan bernegara akan tergugat.7 Oleh itu, pembangunan yang dicipta sewajarnya mendatangkan kemakmuran, keselesaan dan kesejahteraan kepada manusia mahupun makhluk lain, bukan pembangunan yang menimbulkan kerosakan dan kebinasaan. Dengan kata lain, hendaklah pembangunan itu tidak membahayakan manusia dan makhluk yang lain sama ada di daratan, lautan dan udara. Perkara ini telah dinyatakan dalam al-Qur’an:8
6
S.S. Dato’ Setia Hj Mohd Tamyees bin Abd Wahid, Konsep Kekeluargaan Islam Sebagai Teras Pembangunan Masyarakat Hadhari, dalam Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah & Seminar Selangor Maju: Peneraju Pembangunan Sosial Berteraskan Islam, anjuran Kerajaan Negeri Selangor & IKIM dan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor, pada 2 & 3 Disember 2005, di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, hlm 61. 7
Keluarga Bahagia Asas Memperkasa Bangsa, Majalah al-Hadaf, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Keluaran Tahun 6 Bilangan 1, Januari-Mac 2002, hlm 1 8
al-Qur’an, al-Rum 30:41
5
ُ َُ ْ َْ َ ه ُ َْ ه َظ َه َر ْٱل َف َس ُاد في ْٱل َبر َو ْٱل َب ْحر ب َما َك َس َب ْت َأ ْيدي ه ض ٱل ِذي َع ِملوا ل َعل ُه ْم اس ِلي ِذيقهم بع ٱلن ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ )١٤( َي ْر ِج ُعون Maksudnya: “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada manusia sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. 4.
Keharmonian Dan Pembangunan Ummah Di Negara Brunei Darussalam
Islam adalah agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam. Perkara ini dinyatakan dalam Perlembagaan yang menyebutkan; Agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah agama lslam; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya.9 Pengisytiharaan ini selaras dengan firman Alllah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 19:
ً ْ ْ ْ ْ َُ َ َ ْ ََ َ ه َ ُ ُ ْ ْ َ َ ه َ َ ه اب ِإال ِمن َب ْع ِد َما َج َآء ُه ُم ٱل ِعل ُم َبغيا ٱإلسالم وما ٱختلف ٱل ِذين أوتوا ٱل ِكت ِ ِ ٱلدين ِعند ِ ٱَّلل ه ُْ َ ٱَّلل َفإ هن ه َ َ َ ٱَّلل َسر ُيع ْٱلح )٤٩( اب س ِ َب ْين ُه ْم و َمن َيكف ْر ِب َآي ِ ِ ِ ِ ات ِ Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Alllah ialah lslam” Sejak lslamnya raja Brunei pertama iaitu Awang Alak Betatar yang dikenali dengan nama Sultan Muhammad Shah, diikuti dengan usaha sultan-sultan selepasnya, lslam terus berkembang dengan pesat dan harmoni di Negara Brunei Darussalam. Perkembangan dan pengukuhan asas-asas dan dasar-dasar lslam diperluas dan diperkuat lagi di zaman al-marhum Sultan Omar Ali Saifuddien, Sultan Brunei ke 28. Prinsip dan ideologi ini diteruskan dan disebarluaskan serta dimantapkan lagi di bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke 29 yang memerintah hingga sekarang.
9
Perkara 3 (1) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, Bahagian ll Ugama dan Adat Istiadat, hlm 48
6
Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara kecil dan penduduknya juga bersaiz kecil. Namun, sejak zaman berzaman, Brunei tidak pernah berlepas tangan dalam perjuangan demi menegakkan, memartabatkan dan mendaulatkan lslam sepertimana yang diamanahkan oleh Allah s.w.t.. Berdasarkan banci penduduk tahun 2011, keramaian penduduk Negara Brunei Darussalam ialah 393,372 orang. Manakala keramaian penganut agama lslam sekitar 78.8%, penganut agama Kristian 8.7%, penganut agama Buddha 7.8% dan penganut-penganut lain termasuk tidak beragama 4.7%. Dalam hal amalan beragama di Negara Brunei Darussalam, orang bukan lslam tidak berasa terpinggir dan diketepikan. Peruntukan dalam Perlembagaan memberikan mereka kebebasan dan jaminan untuk mengamalkan agama masingmasing sekalipun agama lslam adalah agama rasmi negara. Kebebasan seumpama ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Brunei sejak sebelum merdeka lagi. Keharmonian ini seharusnya dipelihara dan dipupuk sepanjang masa serta dipertingkatkan dari masa ke semasa. Dalam pada itu Rasulullah s.a.w. mengajak umatnya supaya tidak berlaku zalim dan tidak mengurangi hak-hak ahli Dzimmi. Baginda bersabda;
َ َ َ ْ َ ْ َْ ً ْ َ ُ ْ َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ُ َ َ َ َ ْ ََ َ ُ َ ً َ ْ َ َ ُ َ ْ َه س فانا ٍ اال من ظلم مع ِاهدا ا ِو انتقصه او كلفه فوق طاق ِت ِه او اخذ ِمنُه شيئا ِبغير ِِطي ِب نف ُ َحج ْي ٤0ج ُه ِ Maksudnya: "Siapa yang menzalimi seorang mu'ahid (ahlu dzimmah), atau mengurangi haknya, atau membebaninya di atas kemampuannya, atau mengambil darinya sesuatu di luar haknya, maka akulah menjadi lawannya" Kebebasan beragama itu terbukti dengan adanya beberapa buah tempattempat ibadat orang bukan lslam yang sedia ada, masih dikekalkan. Namun pembesaran, penambahan dan pembinaan tempat-tempat ibadat yang baru tidak dibenarkan. Begitu juga Kerajaan memberikan kebebasan agama-agama lain meraikan hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari natal/krismas, tahun baru Masihi dan tahun baru cina. Bagi sama-sama menghormati antara orang lslam dan orang bukan lslam juga, mereka diberikan cuti khas dan cuti tersebut termasuk dalam hari-hari kelepasan awam negara.
10
Hadis riwayat Abu Daud, kitab al-kharraj, wa al-Fayy wa al-Imarat, bab fi Ta’syir ahl aldzimmah iza ikhtalafu bi al-Tijarat, hadis no 3052
7
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan juga telah menetapkan waktu-waktu bekerja bagi kementeriankementerian dan jabatan-jabatan kerajaan sepanjang bulan Ramadhan iaitu hari lsnin hingga Khamis dan Sabtu pada jam 8 pagi hingga 2 petang. Penetapan waktu ini termasuk bagi pegawai-pegawai yang bukan beragama lslam. Dari aspek pendidikan pula, kerajaan memberi kebenaran bagi pembinaan sekolah-sekolah Misi dan Cina. Pelajar-pelajar sekolah tersebut terdiri daripada orang-orang lslam dan bukan lslam sama ada penduduk tempatan atau luar negeri. Manakala kurikulum sekolah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan mata pelajaran Pengetahuan Agama lslam (IRK) dikehendaki diajarkan kepada semua pelajar sama ada pelajar lslam mahupun bukan lslam. Bagi sama-sama menikmati kemudahan-kemudahan biasiswa dan dermasiswa kerajaan pula, pelajar-pelajar tempatan yang bukan beragama Islam, juga diberikan kemudahan tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam mahupun luar negeri. Dari segi kemudahan memiliki rumah, rakyat Brunei yang tidak memiliki tanah diberi kemudahan untuk mendapatkan skim-skim perumahan bagi memiliki rumah tanpa mengira anutan agamanya. Kerajaan membina rumah-rumah berkenaan dan diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah serta dibayar pada setiap bulan dengan harga subsidi. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga memberikan status kerakyatan kepada puak-puak tempatan dan luar negeri tanpa mengira status agama masingmasing asalkan saja memenuhi kriteria dan persyaratan yang ditetapkan. Dari sudut perekonomian pula, masyarakat bukan lslam digalakkan untuk sama-sama memaju dan meningkatkan ekonomi negara dengan diberikan lesenlesen perniagaan. Kenyataannya, masyarakat bukan lslam lebih ramai berkecimpung dalam pelbagai perniagaan. Disamping itu, restoran-restoran yang dipunyai oleh orang bukan lslam juga dialu-alukan untuk mendapatkan label atau sijil halal. Hasilnya beberapa buah restoran berkenaan telah diberikan label atau sijil halal. Dalam menjaga keamanan negara, setiap warga negara dengan tidak mengira agama dan keturunan adalah mempunyai tanggungjawab dan berkewajipan menjaga dan memelihara keamanan dan keharmonian serta mempertahankan hidup bernegara dan bermasyarakat daripada anasir-anasir jahat yang ingin merosakkan keamanan dan memecahbelahkan kehidupan sejahtera di Negara Brunei Darussalam. Pada dasarnya, sumber kekuatan dan kemantapan agama lslam di Negara Brunei Darussalam serta kecemerlangannya itu adalah hasil pemerintahan berasaskan dan berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, memelihara 8
diri atau jiwa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta. Lima maslahat inilah yang menjadi asas dan dasar kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara melalui kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan bagi membentuk sebuah Negara Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir.11 Berdasarkan usaha dan kecenderungan ulil amri itu terbukti lslam bukan sahaja telah mendapat tempat dalam dasar pentadbiran negara malahan semua arah tuju dasar negara dan pembangunannya dipandu dengan nilai-nilai lslam. Maka pembangunan ummah di Negara Brunei Darussalam kini jelas terbukti jika dibandingkan perkembangannya sekarang dengan perkembangan lslam di awal pertumbuhannya hingga di awal kemerdekaan negara. Ini dapat dilihat dari beberapa aspek seperti berikut; 4.1
Aspek Agama
Perlembagaan Negara memperuntukkan lslam sebagai agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam. Manakala agama-agama lain diberikan kebebasan mengamalkan agama mereka dengan aman dan sempurna. Perkara 3 (1) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam memperuntukkan bahawa agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah agama lslam. Tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya. lslam sebagai agama rasmi negara yang dinyatakan itu adalah tidak boleh disangkal lagi, bahkan ia merupakan satu kenyataan yang diakui oleh perlembagaan dan undang-undang. Ini bererti, agama lslam di Negara Brunei Darussalam dalam perlaksanaannya tidak dicampuri oleh mana-mana kuasa luar bahkan ia merupakan satu perkara yang merdeka dan berdaulat. Begitulah, lslam mendapat tempat dan kedudukan yang tertinggi di Negara Brunei Darussalam dan akidah umat lslam dipelihara dan dilindungi di bawah perlembagaan dan undang-undang dari terjebak kepada dakyah agama-agama lain. 4.2
Aspek Undang-Undang Islam
“Hukum Kanun Brunei” adalah salah satu panduan bagi pemerintahan tradisi kesultanan melayu Brunei. Sejak Negara Brunei Darussalam dinaungi British tahun
11
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa pemasyhoran kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984.
9
1906 hingga wujudnya Perlembagaan Brunei 1959, ada empat buah undang-undang mengenai pentadbiran agama lslam diperkenalkan di Brunei iaitu;12 i.
Muhammadan Law Tahun 1912. Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1912 dan mengandungi 18 bab.
ii.
Muhammadan Marriage and Divorce 1913. Undang-undang ini memperuntukkan bagi pendaftaran perkahwinan dan perceraian orangorang lslam. Ia mengandungi 7 bab dan berkuatkuasa pada 1 Ogos 1913.
iii.
Court Enactment 1951. Ia berkuatkuasa mulai 1 Mei 1952. Undangundang ini bertujuan meminda undang-undang lama yang berhubung dengan penubuhan dan kuasa-kuasa mahkamah awam dan jenayah. Undang-undang ini mengandungi 6 bahagian, antaranya Bahagian III mengenai Mahkamah-Mahkamah Kadi (Bab 13-18).
iv.
Undang-Undang Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Tahun 1955 iaitu Undang-Undang No. 20 Tahun 1955. Ia berkuatkuasa pada 1 Februari 1956. Undang-undang ini diperkenalkan untuk menyatukan undang-undang mengenai Majlis Ugama Islam, Mahkamah-mahkamah Kadi, perlembagaan dan peraturan pihak-pihak berkuasa agama dan peraturan-peraturan hal ehwal agama yang sebelum ini diperkenalkan secara berasingan. Sekarang undang-undang ini dikenali sebagai “Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77 Pindaan 1984”.
Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkmah Kadi Penggal 77 sehingga kini masih berjalan dan berkuatkuasa hingga sekarang. 4.2.1 Mengislamisasikan Undang-Undang Salah satu langkah yang paling besar menuju ke arah perlaksanaan lslam sebagai falsafah negara ialah menjalankan usaha-usaha bagi mengislamkan undangundang (Law of Brunei). Bagi menangani usaha tersebut, Jawatankuasa Mensesuaikan UndangUndang Dengan Kehendak Ugama Islam telah ditubuhkan pada tahun 1979. Menurut Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Undang-undang Brunei yang terkumpul dalam 10 jilid dan mengandungi 150 penggal ketika itu, telah
12
Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, Perkembangan Islam Di Nusantara, dalam kertas kerja bertajuk: Islam Di Brunei: Impaknya Terhadap Adat Istiadat, Terbitan UPENA, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, 2006, hlm 32-33
10
diteliti dan disemak dan didapati hampir 100 penggal daripadanya tidak memerlukan pindaan kerana tidak bertentangan dengan kehendak lslam. 13 Sehingga kini Majlis Ugama Islam dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Jawatankuasa berkenaan masih dan sedang meneliti undang-undang yang ada dan meneliti terhadap rang undang-undang yang memerlukan pindaan supaya ianya bersesuaian dengan kehendak ajaran lslam. 4.2.2 Kanun Hukuman Jenayah Syariah Usaha-usaha ke arah melaksanakan undang-undang berpandukan ajaran lslam ini terus dilaksanakan dari masa ke semasa. Ini terbukti apabila “Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah” diperkenalkan, namun penguatkuasaan Perintah ini belum dilaksanakan. Perintah ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan sebagaimana titah baginda; “Bersukut dengan 66 tahun keputeraan beta ini, dengan segala kesyukuraan, yang akan melepaskan kita semua terutama Raja, dari dituntut oleh Allah Ta’ala pada Hari Kandila kelak, maka beta dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, setelah meneliti dan mendapat nasihat daripada badan yang berkenaan, sukacita memaklumkann bahawa beta telah memperkenankan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah untuk dilaksanakan di negara ini, namun dalam pada itu, peruntukan sivil atau ta’zir atau seakan-akan ta’zir akan terus juga diguna pakai mengikut keperluan”14 4.3
Aspek Pendidikan Agama
Bagi mendidik, memahami dan mengamalkan ajaran lslam dengan keimanan kepada Allah serta membentuk budi pekerti kanak-kanak supaya menjadi rakyat yang tinggi dan sempurna akhlaknya berdasarkan ajaran lslam yang suci, maka persekolahan agama diwujudkan dalam sekitar tahun 50an. Dalam tahun 60an pula, sekolah-sekolah menengah Arab didirikan. Lulusan sekolah-sekolah ini menerima Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB). Pemegang STPUB berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Tahun 1 Universiti al-Azhar atau universiti-universiti yang diiktiraf bagi mendapatkan ijazah pertama.
13
Awang Haji Md. Zain bin Haji Serudin (YB, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz), Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan, Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Negara Brunei Darussalam, 1998, hlm 235 14
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena hari keputeraan baginda ke 66 tahun pada 15 Julai 2012
11
Dalam tahun 70an, Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan didirikan bagi tujuan melatih dan mengadakan guru-guru agama yang berkelayakan dan terlatih bagi mengajar mata pelajaran agama di sekolah-sekolah. Pada zaman selepas kemerdekaan pula, tahun 1988 Institut Pengajian Islam (IPI) didirikan. IPI didirikan sebagai saluran utama pelajar-pelajar aliran agama/Arab meneruskan pengajian ke peringkat tinggi. Pengajian di IPI ini menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dan lulusannya (tiga tahun pengajian) diiktiraf mendapat Diploma Pengajian Islam yang layak memasuki tahun akhir di Universiti al-Azhar, Mesir. Usaha untuk mengadakan pusat pengajian tinggi lslam di Negara Brunei Darussalam telah bermula dengan penubuhan Institut Pengajian Islam (IPI) di bawah pengurusan / pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama pada tahun 1988, dan penubuhan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada tahun 1993. Kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut kemudian dicantumkan pada tahun 1999 dan dikenali dengan nama Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (IPISHOAS) di bawah tadbir selia UBD. Memandangkan adanya keperluan dan keinginan untuk melihat terdirinya sebuah universiti lslam di Negara Brunei Darussalam sepenuhnya, maka lPISHOAS telah dijadikan asas bagi penubuhan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Maka UNISSA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2007. Pada 20 Januari 2007 pula, Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan telah diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi penaikan taraf kepada Kolej Universiti dengan hasrat menjadi sebuah institusi agama yang unggul, menjadi kebanggaan Negara serta melambangkan mercu tanda keislaman yang unik dengan memartabatkan pengajian perguruan agama. Bagi menunaikan dan melaksanakan salah satu daripada tuntutan Fardhu Kifayah, dan menambah / melahirkan para hafiz al-Quran di Negara Brunei Darussalam, Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) ditubuhkan pada 08 Rejab 1413H bersamaan dengan 01 Januari 1993M dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan. Pada 28 Syawal 1432H bersamaan dengan 02 Januari 2003M, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan supaya ITQSHHB ditadbirkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Manakala pada 30 Zulkaedah 1426H bersamaan dengan 01 Januari 2006M sehingga sekarang, ITQSHHB dikendalikan dan diuruskan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan mencantumkan ke dalamnya semua program dan skim Pusat Pengajian dan Penyebaran al-Quran MABIMS, supaya berperanan lebih tepat dengan keperluan professional dari segi pengajian al-Quran disamping melahirkan rakyat yang hafaz al-Quran. 12
Keazaman kerajaan lebih menonjol dan terserlah lagi apabila Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 diperkenalkan. Ini bererti, di masa akan datang tidak ada lagi kanak-kanak lslam di Negara Brunei Darussalam ini yang akan tercicir dari memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan lslam. Tidak akan ada lagi orang yang tidak pandai sembahyang dan membaca al-Qur’an. Maka dengan kemahuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri, satu undang-undang khas telah digubal yang dikenali sebagai “Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012” sebagaimana di atas. Menurut Perintah berkenaan kanak-kanak lslam yang berumur 7 tahun atau yang belum lagi mencapai 15 tahun wajib didaftarkan untuk bersekolah agama. Perintah itu memperuntukkan; “5. (1) Tiap-tiap ibu bapa hendaklah, jika anaknya adalah seorang kanakkanak yang berumur wajib bersekolah agama pada satu haribulan Januari dalam tahun bersekolah semasa, memastikan bahawa anaknya itu didaftarkan sebagai seorang murid di sebuah sekolah agama pada tahun itu dan terus menjadi seorang murid bagi tempoh pendidikan agama wajib” (2) Ibu bapa yang melanggar ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan. Menurut Menteri Hal Ehwal Ugama, 15 Perintah itu merupakan satu kejayaan besar yang telah dicapai oleh negara ini dalam sejarah pendidikan agama sejak persekolahan agama secara bersistem ditubuhkan pada tahun 1956. Dengan penguatkuasaan Perintah ini sekolah-sekolah swasta turut mendukung dan mengambil inisiatif sendiri menyediakan kelas-kelas agama di sekolah masing-masing bagi memenuhi keperluan pelajar yang beragama lslam. Ternyata landasan ini telah dapat menyediakan semaian yang indah dan subur untuk umat lslam dan seluruh penduduk di negara ini di mana masyarakat lslam dan bukan lslam dapat hidup dalam aman, bersatu padu dan saling bertautan (harmoni) antara rakyat dengan pemimpin, dan pemimpin dengan rakyat. Begitu juga bagi persekolahan semasa, kanak-kanak yang berumur 6 tahun atau yang belum mencapai umur 15 tahun, wajib didaftarkan untuk bersekolah berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Wajib Sekolah Tahun 2007 (Compulsory Education Order 2007). Hasil daripada sistem persekolahan agama, bermula daripada peringkat rendah hingga ke peringkat universiti, sumbangannya kepada Negara Brunei Darussalam dalam bidang agama lslam amat terserlah sehingga bersemarak ajaran dan syiar lslam di Brunei dan bertambah teguhnya keimanan dan amalan beragama. 15
Yang Berhormat, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd Rahman, ketika mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Ugama Tanjong Maya, Daerah Tutong pada 12 Januari 2013
13
Ini bermaksud, sumbangan yang amat besar ialah mewujudkan suasana aman tenteram dan harmoni sehingga mantap kehidupan beragama. 4.4
Aspek Kemasyarakatan & Sosial
Masyarakat Brunei dikenali dengan masyarakat yang kuat dengan amalan beragama. Bersabit daripada itu, semua aspek kehidupan masyarakat akan melambangkan dan bercirikan keagamaan. Oleh itu, kerajaan dan masyarakat tidak akan membelakangkan agama dalam apa juga aktiviti yang menjurus kepada hal ehwal kemasyarakatan. Perkara-perkara yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut; 4.4.1 Penutupan Semua Premis Perniagaan Ketika Sembahyang Jumaat; Hasrat Raja untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan mengutamakan aspek-aspek keagamaan dan amalan beragama, maka Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, telah mengeluarkan arahan supaya semua premis perniagaan dan pejabat, pusat-pusat rekreasi dan sukan, termasuk pawagam dan padang permainan, gerai/tamu, pasar dan gedung-gedung perniagaan di bawah kawalan JabatanJabatan Daerah dan Lembaga Bandaran hendaklah ditutup pada setiap hari Jumaat mulai jam 12.00 tengah hari hingga jam 2 petang. Arahan penutupan ini berkuatkuasa mulai hari Jumaat 2 November 2012. 4.4.2 Permohonan Mendirikan Kelab Malam; Permohonan bagi mendirikan kelab malam telah dibuat dalam tahun 1967. Ketika itu, Jabatan Hal Ehwal Ugama telah dipohonkan pandangan daripada Lembaga Bandaran mengenai permohonan berkenaan. Berdasarkan Fatwa Mufti Kerajaan, permohonan tersebut tidak dipertimbangkan sebagaimana Fatwa Mufti Kerajaan menyebutkan; “Oleh kerana negeri ini lslam dan hampir-hampir semua penduduknya lslam dan dalam Undang-Undang Agama No. 20 1955 pun menegah pelacur dan merogol, arak dan seumpamanya dari umat lslam, dan tugas Jabatan Agama pun menahan maksiat dan keruntuhan akhlak dan menguat dan meninggikan lslam, maka wajiblah Jabatan Agama menahan dengan kuatnya apa jua yang melawan dan menentang dan memperolokan Jabatan Agama dan tugasnya (amr makruf dan nahy mungkar) ialah kewajipan raja dan wakil raja dan tiaptiap orang lslam mengikut kedudukannya masing-masing” Alhamdulillah, sehingga kini, kelab malam tidak pernah wujud di Negara Brunei Darussalam. Begitu juga dengan rumah-rumah atau kedai-kedai judi.
14
4.4.3 Pengharaman Arak Tindakan kerajaan dalam membenteras minuman yang memabukkan seperti arak, telah mengharmonikan masyarakat ke arah hidup yang lebih lslamik. Tindakan yang dimaksudkan ialah pengharaman arak di Negara Brunei Darussalam. Sebagai Negara yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja, kerajaan telah mengharamkan kemasukan dan penjualan arak di Negara Brunei. Langkah ini adalah langkah bijak dan wajib disyukuri di atas kebijaksanaan kerajaan yang telah mengambil langkah untuk mencegah kemasukan semua jenis minuman keras (arak) dan mengharamkan semua urusan niaga berkaitan arak sama ada menjual, mengedar, mempamerkan dan menghidangkan arak. Begitu juga pengharaman zon khas jual beli arak bagi pelancong bukan lslam di Negara Brunei. Walau bagaimanapun, pengharaman arak tersebut dibuat secara berperingkatperingkat;
4.5
i.
Pengharamannya dalam majlis-majlis jamuan rasmi;
ii.
Pengharaman menghidangkannya dalam pesawat Penerbangan Diraja Brunei bermula 30 November 1988;
iii.
Pengharaman di kelab-kelab Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Polis Diraja Brunei pada 31 Julai 1990;
iv.
Pengharaman arak secara total (menyeluruh) berkuatkuasa pada 1 Disember 1990.
Aspek Ekonomi
Bagi meningkat dan meninggikan imej umat lslam khasnya dalam penyertaan mereka dalam kegiatan perekonomian, maka usaha telah dibuat dalam mewujudkan dan membangun sistem ekonomi lslam. Sehubungan itu dengan izin dan berkat daulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, tertubuhlah perkara-perkara berikut; i.
Penubuhan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) padaa 21 Rabiulawal 1413 bersamaan 29 September 1991;
ii.
Penubuhan perbankan Islam yang pada awalnya dikenali sebagai Bank Islam Brunei Berhad (IBB) pada 20 Rejab 1413 bersamaan 13 Januari 1993 kemudian dikenali sebagai Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD);
15
5.
iii.
Beroperasinya insuran secara lslam “Takaful” yang dikendali oleh TAIB dan BIBD. Pada bulan November 2010, Takaful Brunei Darussalam ditubuhkan;
iv.
Kerajaan menghapuskan riba dalam skim pinjaman kewangan membina rumah bagi pegawai-pegawai kerajaan;16
Cabaran-Cabaran Semasa
Komitmen berterusan Kerajaan Negara Bruei Darussalaam dalam menegakkan dan memperkukuhkan ajaran lslam dijana oleh sikap Raja dan pemerintah yang ingin menerapkan sepenuhnya nilai-nilai lslam. Semua ini adalah berpaksikan pendekatan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” sejak sekian lama sehinggalah sekarang. Kedudukan ini diperkukuh lagi dengan prinsip “Melayu Islam Beraja” dan gagasaan “Negara Zikir” yang dicanang sejak tahun 2007 yang merupakan benteng yang kukuh dalam usaha kerajaan mempertahan dan menegakkan ajaran dan syi’ar lslam di negara ini. Namun demikian, Negara Brunei Darussalam juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah keruntuhan akhlak dan kelemahan pegangan akidah. Dunia teknologi canggih dan dunia tanpa sempadan menyebabkan maklumat terlalu banyak, akses yang mudah kepada bahan-bahan yang merosak akidah dan moral serta jati diri melalui internet dan alam siber telah menjadi tren masyarakat kini. Teknologi maklumat canggih masa kini memberikan maklumat yang cepat dan mudah. Maklumat-maklumat mengenai lslam yang dibuat melalui laman sesawang (website), internet, aplikasi whatsApp, instagrem, twittwer, facebook dan lain-lain didapati telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan dakwah fahaman yang boleh mencemarkan dan memesongkan akidah. Ancaman dan penyelewengan akidah yang dimaksudkan boleh mengganggu ketenteraman dan menghapuskan keharmonian beragama iaitulah ajaran sesat, amalan-amalan khurafat, ajaran dan kefahaman baru yang menyimpang. Senarai Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam Bil
Nama Ajaran
1
Agama Babiyyah Bahaiyyah
2
Tarekat Mufarridiyyah
16
atau
Tarikh Dikesan
Tarikh Fatwa
Tarikh Diwartakan
1961
19 Jamadilakhir 1390/22 Ogos 1970
9 Jamadiawal April 1979
1973
14 Jamadilakhir 1399/12 Mei 1979
1399/7
-
Awang Haji Md Zain bin Haji Serudin, Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan, hlm 241
16
3
Silat Lintau
1976
17 Zukhijjah 1400/27 Oktober 1980
-
4
Jemaah al-Arqam
1980
13 Sya’abn 1411/28 Februari 1991
Diharamkan di bawah Bab 9 (1) Akta PersekutuanPersekutuan Penggal 66 disiarkan dalam warta kerajaan bertarikh 11 Mac 1991
5
Tarekat Abdul Razak
1989
14 Jmadilakhir 1399/12 Mei 1979
25 Zulkaedah 1415/25 April 1995
10 Sya’ban 1414/22 Januari 1994 6
Ajaran Qadiani
1989
19 Jamadilakhir 1390/22 Ogos 1970
-
7
Ajaran Saihono bin Atasipan
1999
15 Sya’ban 1422/01 November 2001
15 Jamadilakhir 1423/24 Ogos 2002
8
Al-Maunah
2001
15 Sya’ban 1422/01 November 2001
15 Jamadilakhir 1423/24 Ogos 2002
Sumber: Bahagian Kawalan Akidah, Jabatan Hal Ehwal Syar’iah17 Selain ajaran-ajaran di atas, terdapat beberapa ajaran sebahagiannya telah dikenalpasti sebagai ajaran salah dan menyeleweng yang masih dalam proses penelitian pihak-pihak berkenaan dan sebahagiannya masih diperingkat penyiasatan. Ini termasuklah fahaman liberal dan ajaran salafiah-wahabiah yang mendakwa ajaran yang dibawa oleh Asya’irah dan Maturidiah terkeluar dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.18 Berikutan perkembangan aliran syi’ah dan salafi wahabi yang dilaporkan oleh Kerajaan Malaysia itu telah mendapat perhatian yang serius oleh pihak yang berwajib. Tinjauan awal mengenainya mendapati sudah ada bibit-bibit pengaruh khususnya aliran salafi wahabi di kalangan orang tempatan. Mereka aktif membincangkan isu-isu khilafiyah dan mempertikai amalan-amalan mustahab yang biasa diamalkan oleh masyarakat lslam tempatan seperti talqin, tahlil, maulid rasul dan sebagainya dalam media sosial seperti facebook dan twitter. Malah kumpulan ini telah menubuhkan satu 17
Dayang Hajah Zakiah binti Haji Taib, Penyelewengan Aqidah Di Negara Brunei Darussalam: Pengawalan Dan Pemulihan, kertas kerja Seminar Kebangsaan Kefahaman Ahi Sunnah Wal Jama’ah, anjuran Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, KUPU SB & Pusat Da’wah Islamiah dan Jabatan Hal Ehwal Syar’iah, 03-04 Zulkaedah 1434/09-10 September 2013, di Goldstone Ballroom, Centrepoint Gadong, Negara Brunei Darussalam. 18
Ibid
17
kumpulan perbincangan secara terbuka dalam facebook yang diberi nama “Mazhab Salafi Negara Zikir”. 19 Kemunculan gerakan seumpama ini jika tidak ditangani dengan bijaksana melalui perundangan yang sedia ada akan menjejaskan keharmonian yang telah dikecapi oleh rakyat dan penduduk negara ini sejak zaman berzaman. Oleh demikian, usaha dakwah terhadap anggota masyarakat hendaklah dipergiatkan supaya keharmonian dan kestabilan sosial yang menyeluruh tanpa mengira kaum dan latar belakang agama yang berbeza dapat dinikmati di negara ini. Disamping itu, segala permasalahan yang berkaitan keruntuhan akhlak perlulah di atasi secara berhemah dan bijaksana. Fenomena keruntuhan akhlak dan pencemaran budaya muda mudi masyarakat Brunei yang semakin menjadi-jadi dewasa ini juga tidak boleh diabaikan. Program-program hiburan dan realiti yang melampau melalui kaca televisyen dan alam siber telah menghantui dan mengheret belia-belia lslam kepada bencana moraliti yang kritikal.20 Perkara ini perlu diambil perhatian serius demi membenteras perbuatanperbuatan keruntuhan akhlak dan yang tidak bertanggungawab seperti kes-kes jenayah rogol, mencuri, penyeludupan minuman keras, tempat-tempat urut yang dijadikan sarang pelacuran dan sebagainya. 6.
Cadangan dan Langkah Penyelesaian
Antara langkah untuk mengukuhkan ajaran lslam dan keharmonian beragama, boleh diaplikasikan melalui perkara-perkara berikut; a. Pendidikan adalah aspek yang pertama dan utama dalam membentuk kefahaman calak bangsa dan ummah. Pengukuhan dan penerapan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah dilaksanakan melalui sistem pendidikan sama ada sistem pendidikan formal mahupun non formal. b. Peraturan, Akta, Undang-Undang & Penguatkuasaan i.
Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan disaran meningkatkan dan mempergiatkan usaha membenteras penularan ajaran sesat dan khurafat serta perbomohan dan persilatan yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah.
19
Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Cabaran Mutakhir Ahli Sunnah Waljamaah Dalam Era Globalisasi, kertas kerja Seminar Kebangsaan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, anjuran Pusaat Kefahaman Ahli Sunnnah Wal Jamaah, KUPU SB, kerjasama Pusat Da’wah Islaamiah & Jabatan Hal Ehwal Syariah, 9-10 September 2013, hlm 1. 20
Ibid
18
ii.
Pihak berkuasa juga perlu membendung pengaruh hiburan yang datang bersamanya gaya hidup yang bercanggah dengan lunas-lunas lslam seperti black metal, punk, skinhead dan sebagainya.
iii.
Lebih giat, tegas dan konsisten dalam menguatkuasakan undangundang sedia ada yang berkaitan dengan ajaran-ajaran sesat dan menyeleweng melalui Akta Majlis Ugama Islam dan MahkamahMahkamah Kadi Penggal 77.
iv.
Agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan hendaklah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ke atas bahan-bahan cetak dan elektronik yang berunsur penyelewengan akidah, tahyul dan sebagainya.
v.
Membendung penyebaran perbezaan fahaman yang boleh membawa kepada perpecahan ummah seperti fahaman syiah dan salafiyahwahabiah dan sebagainya.
c. Memperkasa & Memperhebatkan program dakwah; i.
Mewujudkan mekanisme penyelarasan dan pemantauan program dakwah atau aktiviti yang dilaksanakan supaya pelaksanaannya lebih bersepadu, cekap dan berkesan.
ii.
Memperkasa usaha memberi kefahaman mengenai lslam kepada semua lapisan masyarakat termasuk yang bukan lslam, untuk menghindar salah faham dan imej negatif terhadap lslam
iii.
Institusi agama, keluarga, masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) dan lain-lain perlu mempertingkatkan usaha penerapan nilai murni dan lslam kepada anggota masyarakat
d. Langkah-langkah dalam bidang teknologi maklumat; i.
Menubuhkan ad hock di peringkat negara bagi memantau dan membenteras penyebaran maklumat salah mengenai lslam dan ajarannya khususnya penyebaran melalui teknologi maklumat (ict).
ii.
Meningkatkan kerjasama agensi-agensi kerajaan mengenai penyebaran fahaman salah terhadap lslam termasuk mengenalpasti sumber penyebar dan saling bertukar maklumat kepada negara-negara anggota terhadap laman-laman sesawang dan yang seumpamanya khusus yang memberikan maklumat salah terhadap lslam dan ajarannya.
19
7.
Penutup
Sebuah masyarakat yang harmoni lagi unggul, sebenarnya memerlukan kerjasama daripada semua pihak baik kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan tidak kurang pentingnya adalah keluarga yang menjadi tulang belakang dalam masyarakat hari ini. Keunggulan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh manakah masalah semasa dapat diselesaikan dan sejauh manakah pula sikap ahli masyarakat dapat dididik ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang harmoni yang merupakan matlamat unggul dalam negara berdaulat. Negara Brunei Darussalam tidak syak lagi, sudah amat serasi dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengannya, Brunei telah beroleh keamanan dan ketenteraman. Rakyat juga dilihat sebagai sangat selesa dengannya, bersatu padu dalam kehidupan dan segaya dalam ibadat, serta tidak pernah bertelingkah mengenainya. Situasi kehidupan beginilah yang patut dipertahankan dan diwarisi kepada generasi sekarang.21 Hakikatnya, kebahagiaan, ketenteraman dan keharmonian serta perpaduan yang wujud di Brunei sejak zaman berzaman ialah berkat pegangan kuat Negara Brunei Darussalam kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab Syafie. Negara ini juga telah ditakdirkan sebagai sebuah negara Islam yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara dan mengasaskan amalan cara hidup lengkap negara di atas nilai-nilai Islam. Justeru, pegangan agama adalah kriteria penting ke arah masyarakat harmoni dan membangun. Ia juga memainkan peranan penting dalam memandu masyarakat ke arah kehidupan harmoni. Malangnya, pegangan agama kebanyakan anggota masyarakat agak longgar sehinggakan gagal menghayati suruhan agama. Ini suatu perkara yang amat menyedihkan kerana faktor pegangan agama yang longgar cenderung mewujudkan masyarakat yang jiwa mereka lebih mementingkan diri, mudah terpengaruh dengan budaya salah, mempunyai tingkah laku kurang sopan, pemugut, tidak patuh arahan kerajaan dan sebagainya. Natijahnya, prilaku inilah yang akan menimbulkan perpecahan dan keruntuhan dan bukannya pembangunan. Oleh itu, bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik, kesemua kelemahan yang berlaku dalam masyarakat yang berpunca daripada salah faham terhadap ajaran agama patut dirungkai kembali.
21
Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidil Adha Tahun 1434H/2013M
20
RUJUKAN al-Qur’an Abu Daud Sulaiman bin al-Sazastani, Sunan Abi Daud, 1416M/1996, Juz 2, Dar Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Abu Muaz, Keharmonian Hidup Bersyariat, 2011, Syeikh Publisher, Shah Alam, Selangor. Ahmad bin Ali bin Hajr al-Asqalany, Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari, 1419/1998, Dar al-Hadits, Kaherah. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, Islam Di Brunei: Impaknya Terhadap Adat Istiadat, 2006, dlm buku Perkembangan Islam Di Nusantara, Terbitan UPENA, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Che Bakar Che Mat & lain-lain, Pembangunan Dari Perspektif Islam, 2007, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Dato’ Setia Hj Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Konsep Kekeluargaan Islam Sebagai Teras Pembangunan Masyarakat Hadhari, dlm Buku Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Selangor Maju: Penaraju Pembangunan Sosial Berteraskan Islam, anjuran Kerajaan Negeri Selangor, IKIM & Jabatan Mufti Selangor, pada 2 & 3 Disember 2005, di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Dayang Hajah Zakiah binti Haji Taip, Penyelewengan Aqidah Di Negara Brunei Darussalam: Pengawalan Dan Pemulihan, kertas kerja Seminar Kebangsaan Kefahaman Ahi Sunnah Wal Jama’ah, anjuran Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, KUPU SB & Pusat Da’wah Islamiah dan Jabatan Hal Ehwal Syar’iah, 03-04 Zulkaedah 1434/09-10 September 2013, di Goldstone Ballroom, Centrepoint Gadong, Negara Brunei Darussalam. Haji Awang Mohd. Jamil al-Sufri (YB, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr.), Latar Belakang Sejarah Brunei, 2000, Pusat Sejarah Brunei, Negara Brunei Darussalam. Haji Awang Md Zain bin Haji Serudin (YB, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz), Melayu Isam Beraja Satu Pendekatan, 2006, Dewan Bahasa & Pustaka, Negara Brunei Darussalam. Haji Norarfan bin Haji Zainal (Dr), Cabaran Mutakhir Ahli Sunnah Waljamaah Dalam Era Globalisasi, kertas kerja Seminar Kebangsaan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, anjuran Pusaat Kefahaman Ahli Sunnnah Wal Jamaah, KUPU SB, 21
kerjasama Pusat Da’wah Islaamiah & Jabatan Hal Ehwal Syariah, Bertempat CentrePoint Hotel, Gadong, Negara Brunei Darussalam, 9-10 September 2013. Majalah al-Hadaf, Keluarga Bahagia Asas Memperkasa Bangsa, Terbitan Jabatan
Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Keluaran Tahun 6 Bilangan 1, Januari-Mac 2002. Aryentty Haji Ariffin, Perintah Pendidikan Ugama Wajib Mekanisme Jayakan Wawasan Negara, Pelita Brunei, Keluaran Tahun 58, Bilangan 5, 12 Januari 2013.
22