ISU ISU SEMASA DALAM PELAKSANAAN IBADAH KORBAN SECARA WAKALAH Prof Madya Dr Azman Mohd Noor1 Drazman.net
PENDAHULUAN Pada dasarnya, orang yang berkorban digalakkan untuk menyembelih sendiri binatang korbannya jika berkemampuan kerana ianya adalah satu ibadah sperti ibadah-ibadah yang lain yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah.2 Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah menyembelih beberapa ekor binatang korban dengan tangannya sendiri.3 Namun, tidak menjadi kesalahan jika orang yang berkorban mewakilkan kepada orang lain untuk menjalankan ibadah korban bagi pihaknya.4 Para Fuqaha berpendapat bahawa sah dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.5
Sekarang, ibadah korban dijalankan oleh beberapa syarikat atau organisasi yang bertanggungjawab menguruskan ibadah korban dan aqiqah. Pada kebiasaannya organisasi ini akan menjadi wakil kepada orang yang hendak menunaikan ibadah korban. Mereka bertanggungjawab untuk membeli, menyembelih dan mengedarkan daging-daging korban tersebut. Manakala orang yang berkorban hanya perlu menyediakan wang untuk membeli bahagiannya sahaja tanpa perlu menguruskan segala urusan penyembelihan, perlaksanaan yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah.
KONSEP WAKALAH
1
. Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Email:
[email protected], drazman.net. 2. . Abu Ishaq Al-Syairazi, Al-Muhadzdzab fi Fiqhil Imam Al-Syafai‟i, (Darul Kutub Al-„Ilmiah, tanpa tahun cetak), vol. 1, p. 435. 3 . Abu Daud Sulaiman bin Al-Asy‟ats, Sunan Abi Duad, (Bairut: Al-Maktabah Al-Ashriah, tanpa tahun cetak), vol. 3, p. 95. Lihat pula di Ahmad bin Syu‟aib An-Nasa`i, Sunan Al-Nasa`i, (Halb: Maktab Al-Mathbu‟at AlIslamiyyah, 1406 H/1986 M), vol. VII, p. 231. 4 . Ahmad ibn Al-Naquib Al-Rumi, „Umdatus Salik wa „Iddatun Nasik, (Qatar: Asy-Syu`un Ad-Diniyyah, 1982), p. 145. 5 . Abdullah bin Bayyah, Sina‟atul Fatwa wa Fiqh al Aqalliyyat, (Jeddah: Dar Al-Minhaj, 1428 H/2007 M), p. 343. Abu Bakr bin Ahmad Al-Hishni, Kifayatul Akhyar, (Damaskus: Dar Al-Khair, 1994), p. 534.
1
Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan.6 Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan kuasa bertindak untuk melakukan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain dalam hal-hal yang boleh diwakilkan.7 Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur‟an, sunnah dan ijma„ ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu: 1. Muwakkil (orang yang berwakil) 2. Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil) 3. Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan) 4. Shighah (ijab dan qabul)8
Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban: 1. Hendaklah seorang Muslim dan bukannya ahli kitab kerana sembelihan ahli kitab adalah makruh.9 Tambahan pula tujuan sembelihan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Adapun Majusi dan orang kafir, adalah diharamkan sembelihannya.10 2. Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban.11 3. Memenuhi syarat-syarat mukallaf.12
Wakalah Dalam Ibadat Tidak semua amalan ibadat boleh diwakilkan. Sembahyang dan puasa sebagai contoh tak boleh diwakilkan.13 Ibadat umrah, haji dan sesetengah kerja haji boleh diwakilkan bagi
6
. Ahmad bin Muhammad Al-Fayyumi, Al-Mishbahul Munir, (Bairut: Al-Maktabah Al-„Ilmiah, tanpa tahun cetak), jil. 2, p. 670. Lihat pula: Abu Hafsh Umar Al-Nasafi, Thalabuth Thalabah fil Ishthilahatil Fiqhiyyah, (Baghdad: Al-Bathba‟ah Al-„Amirah, 1311 H), p. 138. 7 . Ahmad ibn Hajar Al-Haitami, Tuhfatul Muhtaj fi Syarhil Minhaj, (Mesir: Al-Maktabah At-Tijariah Al-Kubra, 1357 H/1983 M), vol. 5, p. 294. 8 . Muhammad bin Ahmad Al-Khathib Al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj ila Ma‟rifati Alfadhil Minjah, (Darul Kutub Al-„Imiah, 1415 H/1994 M), vol. 3, p.232. 9 . Hukumnya makruh dalam Madzhab Syafi‟i, sedangkan menurut Madzhab Maliki hukum korbannya tidaklah sah. Lihat; Abu Bakar Al-Qaffal Al-Syasyi, Hilyatul Ulama‟ fi Ma‟rifati Madzahibil Fuqaha`, (Bairut: Mu`assasah Al-Risalah, 1980), vol. 3, p. 324. 10 . Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, (Damaskus: Dar Al-Fikr, tanpa tahun cetak), jil. 3, p. 603. 11 . Abul Husain Yahya Al-„Imrani, Al-Bayan fi Madzhabil Imam al-Syafi‟i, (Jiddah: Dar Al-Minhaj, 1421 H/2000 M), vol. 4, p. 449. 12 . Abu Yahya Zakariyya Al-Anshari, Al-Ghurarul Bahiyyah fi Syarh Bahjatil Wirdiyyah, (Al-Mathba‟ah AlMaimaniyyah, tanpa tahun cetak), vol. 3, p. 179. 13 . Badruddin Az-Zarkasyi, Al-Mantsur fil Qawa‟idil Fiqhiyyah, (Kuwait: Wizaratul Awqaf Al-Kuwaitiyyah, 1405 H/1985 M), vol. 3, p. 312.
2
mereka yang keuzuran.14 Wakalah juga dibenarkan untuk membayar zakat, menunaikan nazar dan melakukan ibadat korban.15
Syeikh Wahbah al-Zuhaily membuat kesimpulan berkenaan ibadat yang boleh dan yang tidak boleh diwakilkan sebagai berikut: Ibadat yang tidak boleh diwakilkan: Ia adalah ibadat badaniyah seperti iman kepada Allah, salat (fardu dan sunat) dan puasa (fardu dan sunat).
Ibadat yang boleh diwakilkan: Setiap pelaksanaan ibadat Maliyah seperti pembayaran zakat.
Ibadat yang boleh diwakilkan kerana disebabkan adanya udzur: Ia adalah ibadat yang memiliki dua aspek, aspek badaniyah dan aspek maliyah seperti haji. Ibadah ini boleh diwakilkan apabila tak ada upaya/kekuatan untuk melaksanakannya16.
Adakah Aqad Wakalah Satu Aqad Yang Lazim (Mengikat)? Di dalam fiqh muamalat, ada aqad yang mengikat dan ada yang tidak mengikat (ghair lazim).17 Kebiasaannya aqad yang mengikat (lazim) adalah aqad yang melibatkan pertukaran (mu„awadhah). Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad yang tidak mengikat pula adalah pinjaman (barang atau duit), wakalah dan wadiah. Secara umumnya signifikan pembahagian aqad ini boleh dilihat pada kesan aqad yang berbeza. Pada aqad lazim, tidak boleh dibatalkan aqad kecuali dengan persetujuan pihak berkontrak yang lain. Contohnya dalam kes jual beli atau sewaan, apabila salah seorang daripada pihak berkontrak contohnya penyewa ingin batalkan kontrak sewaan, maka dia perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak yang berkontrak dengannya (pemilik asset sewaan). Adapun pada aqad tidak mengikat (ghair lazim), maka ia boleh dibatalkan tanpa persetujuan kedua dua belah pihak. Contohya jika A pinjam buku dari B (akad I„arah/‟Ariyah), pada bila bila masa sahaja B boleh ambil balik bukunya dan membatalkan akad pinjaman tersebut. Contoh lain Sekiranya A mewakilkan B melaksanakan ibadah korban, tanpa sebarang upah, A atau B 14
. Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuthi, Al-Asybah wan Nadha`ir, (Darul Kutub Al-„Ilmiah, 1411 H/1990 M), p. 463. 15 . Hasan bin Ahmad Al-Kaff, Al-Taqrirat al-Sadidah qism al-Buyuu‟ wal Fara`id, (Yaman: Darul Mirats AnNabawi, 1434 H/2013 M), p. 91. 16 Wahbah al-zuhaily, Usul al-fiqh al-Islami, volume 1, p. 68-69. 17 . Muhammad bin Ahmad Al-Syathiri, Syarh al-Yaqut al-Nafis, (Yaman: Dar Al-Hawi, 1418 H/1997), vol. 2, p. 20.
3
boleh sahaja membatalkan aqad wakalah tersebut tanpa persetujuan kedua dua belah pihak. Tetapi, sekiranya ada upah, ia hanya boleh dibatalkan sekiranya ada perstujuan daripada kedua dua belah pihak.
Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr) Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada ijarah „ala al-„amal, iaitu upah kepada sesuatu pekerjaan.18 Ini dianggap sebagai aqad mu„awadah seperti jual beli. Di antara kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang tidak mengikat (non binding/ghair lazim) kepada kontrak yang mengikat (binding/lazim), dengan erti kata pembatalannya mestilah dengan persetujuan kedua-dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah upah dan skop pekerjaan perlu dilakukan juga mestilah diketahui dan dipersetujui kerana gharar (ketidaktentuan) di dalam aqad mu„awadah membatalkan kontrak.19
Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu dijelaskan berapa upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan pengurusan ibadah korban.
Bentuk Wakalah di dalam Ibadah Korban: 1. Wakalah Berbentuk Penyerahan Binatang Korban: Wakalah terbatas kepada kerja penyembelihan sahaja. Penyerahan binatang korban kepada wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas berkenaan dengan jenis korban yang diniatkannya samada sunat atau wajib dan urusan kerja yang diwakilkan samada menyembelih saja atau memotong daging korban dan membahagikan dagingnya kepada pihak ketiga. Dengan itu, perlu ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban dengan wakilnya. Wakalah tersebut mestilah memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu Muwakkil (orang yang berwakil), wakil (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi sesuatu yang diwakilkan) dan shighah (ijab dan qabul).20 Sighah boleh dilakukan dengan lafaz lisan seperti “Saya mewakilkan kamu untuk meyembelih kambing korban saya”, atau dalam bentuk bertulis. Melalui perkembangan teknologi sekarang, wakalah boleh dilakukan melalui telefon bimbit, sms, wassap, dan lain lain cara dan bentuk komunikasi.
18
. Muhammad ibn Qasim Asy-Syafi‟i, Fathul Qarib Al-Mujib, (Bairut: Dar Ibn Hazm, 1425 H/2005 M), p. 197. . Syamsuddin Muhammad bin Ahmad Ar-Ramli, Niyatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj, (Bairut: Dar Al-Fikr, 1404 H/1984 M)vol. 5, p. 266. 20 . Ibrahim Al-Bajuri, Hasyiat al-Bajuri, vol. 1, p. 296. 19
4
أركاهنا اربعة موكل ووكيل وموكل فيو وصيغة ويكفى فيها اللفظ من أحدمها وعدم الرد من األخر .كقول املوكل وكلتك بكذا او فوضتو إليك ولو مبكاتبة او مراسلة ) 292 : ص1 (الباجورى جزء Wakalah bagi melakukan sembelihan korban, pelaku ibadat korban dan wakilnya mestilah sama sama setuju bagi wakalah tersebut dan skop kerja yang diwakilkan. Binatang yang hendak disembelih mestilah diketahui dan ditentukan (ta‟yin).
2. Wakalah Melaksanakan Ibadah Korban Berbentuk Penyerahan Wang: Cara ini adalah lebih umum tanpa menentukan (ta‟yin) binatang tertentu untuk dikorbankan. Urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara ini orang yang ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang yang sama nilai dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil tersebut akan menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Kebanyakan ulama mengharuskan wakalah sedemikian apabila ia memenuhi syarat syaratnya.
Penjelasan tentang keharusan wakalah melalui penyerahan wang dijelaskan di dalam kitab kitab Fiqh, di antaranya kitab I‟anah al-Talibin:21
يف فتاوي العالمة الشيخ حممد بن سليمان الكردي حمشي شرح ابن حجر على املختصر:الصواب جرت عادة أىل بلد جاوى على توكيل من يشرتي هلم النعم يف: (سئل) رمحو اهلل تعاىل:ما نصو واحلال أن من يعق أو يضحي عنو يف بلد جاوى فهل،مكة للعقيقة أو األضحية ويذحبو يف مكة وجيوز التوكيل يف شراء األضحية والعقيقة، يصح ذلك، (اجلواب) نعم.يصح ذلك أو ال؟ أفتونا ولو ببلد غري بلد املضحي والعاق كما أطلقوه فقد صرح أئمتنا جبواز توكيل من حتل،ويف ذحبها وأنو يستحب، وصرحوا جبواز التوكيل أو الوصية يف شراء النعم وذحبها،ذبيحتو يف ذبح األضحية وليس، إال ما استثين، وأحلقوا العقيقة يف االحكام باألضحية. وال جيب.حضور املضحي أضحيتو وبينوا تفاريع ىذه املسألة يف كل من. فيكون حكمو حكم األضحية يف ذلك،ىذا مما استثنوه .باب الوكالة واإلجارة فراجعو Dalam kitab Fatawa Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi Muhsyyi Syarah Ibn Hajar „ala al-Mukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau telah ditanya: 21
. Al-Bakri al-Dimyati, I‟anat al-Tholibin, (Dar Al-Fikr, 1997), vol. 2, p. 381.
5
“Telah berlaku kebiasaan penduduk Jawa mewakilkan kepada seseorang agar membelikan haiwan ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban dan agar menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat tersebut berada di Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan fatwa. Jawabannya “Ya, demikian itu sah. Diperbolehkan mewakilkan dalam pembelian binatang korban dan aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan di negara orang yang berqorban atau beraqiqah itu.”.. Dalam kontek sekarang, lafaz wakalah dengan serahan wang boleh dilakukan dengan membuat bayaran atau memindahkan wang melalui cara perkhidmatan perbankan online, wakalah boleh disahkan melalui email, sms, wassup, facebook dan lain-lain bentuk komunikasi. Sebaik baiknya dinyatakan aqad wakalah secara bertulis dengan menyatakan dengan jelas harga binatang korban, berapa upah dan skop kerja yang dilakukan dan dipersetujui atau ditandatangai oleh kedua-dua pihak.
Hukum Mengambil Upah Bagi Wakil Yang Melaksanakan Ibadat Korban: A: Upah Diambil Daripada Binatang Korban 1. Ulama‟ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah22 kerana terdapat larangan yang keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali: ، أمرني رسول هللا صلى هللا عليه وسلم أن أقوم على بدنه:عن علي بن أبي طالب رضي هللا عنه قال . نحن نعطيه من عندنا: وقال. وأن ال أعطي الجزار منها شيئا، وأ ن أتصدق بلحمها وجلودها وأجلتها
“Rasulullah telah memerintahkanku supaya menguruskan ibadah korban untanya (pada ketika hari Nahar/raya), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih/pemotong daging sesuatu daripadanya”. (Muttafaq „Alaih)23 Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan anggota badan atau daging daripada binatang korban itu sebagai upahnya.
2. Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selain dari daging korban. Sayyidina Ali r.a berkata: “Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan korban seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada 22
Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf An-Nawawi, Raudhatuth Thalibin wa „Umdatul Muftien, (Bairut: AlMaktab Al-Islami, 1412 H/1991 M), vol. 3, p. 222. 23 . Muhammad bin Isma‟il Al-Bukhari, Shahih Al-Bukhari, (Dar Thauqin Najah, 1422), no. 1716, vol. 2, p. 172.
6
tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberikannya dari harta kami sendiri (secara berasingan)”. (Riwayat Muslim24) Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging korban adalah kerana daging daripada penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan.25 Dengan itu ia tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan). Ini kerana upah bagi sesuatu pekerjaan adalah aqad mu‟awadhah yang melibatkan pertukaran dan timbal balas dua gantian (bilateral compensation). Kedua-dua pihak yang memeterai akad akan mendapat manfaat dengan persetujuan dan suka sama suka. Membuat bayaran atau penyerahan barang yang dibeli dalam aqad mua„wadah adalah satu obligasi. Dengan kata lain penyerahan itu sekiranya tertangguh, dianggap sebagai hutang.
Ia berbeza dengan aqad tabarru yang bersifat unilateral dan tidak perlu kepada balasan. Larangan ini juga ada kaitan dengan salah satu gambaran larangan gabungan dua kontrak di dalam satu kerana tujuan dan spesifikasi yang berbeza. Contoh yang hampir sama ialah jika membayar upah kepada tukang gunting RM10 pada masa yang sama dia niat bayar zakat atau sedekah. Dalam contoh ini, zakat atau sedekah tidak sah.26
Begitulah juga dalam konteks sembelihan korban yang merupakan satu aqad taqarrub dan tabarru„, tidak boleh disalahgunakan daging korban yang pada asasya bertujuan melakukan kebajikan untuk membayar upah pekerja. Upah tersebut mestilah diberikan berasingan. Larangan ini di sokong juga oleh hadith Abu Hurairah Seperti berikut:
)جلد أُضحيتِو فال أُضحيةَ لو َ (من باع .1011 حديث رقم،رواه احلاكم يف املستدرك وحسنو األلباين يف صحيح الرتغيب Maksud: “Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tidak ada korban baginya”. Hadith ini dengan jelas menunjukkan tujuan sebenar korban adalah untuk taqarrub dan bersedekah, maka ia tidak boleh digunakan bagi tujuan “mu„awadah” pertukaran yang mendatangkan keuntungan kepada pelaku korban. Ia bercanggah dengan tujuan korban.
24
. Muslim bin Al-Hajjaj An-Naisaburi, Shahih Muslim, (Bairut: Dar Ihya`ut Turats Al-„Arabi, tanpa tahun cetak), no. 1317, jil. 2, ms. 954. 25 . Abu Ishaq Asy-Syairazi, Al-Muhadzdzab fi Fiqhil Imam Asy-Syafi‟i, vol. 1, p. 437. 26 . Muhammad Mushtafa Az-Zuhaili, Al-Qawa‟id Al-Fiqhiyyah wa Tathbiqatuha fil Madzahib Al-Arba‟ah, (Damaskus: Dar Al-Fikr, 1427 H/2006 M), vol. 1, p. 79.
7
Kulit tersebut boleh disedekahkan atau dipakai untuk kegunaan sendiri dan tidak sepatutnya dibazirkan.
Alasan („illah) lain kepada larangan tersebut adalah kerana unsur gharar pada daging korban dan kualitinya. Contohnya sekiranya dikatakan kepada tukang sembelih dan pelapah, “upah bagi kamu adalah paha lembu”, belum pasti lagi upah itu setimpal dan sudah pasti terdedah kepada gharar.
Penulis berpandangan alasan larangan gabungan dua kontrak dalam satu atau salah guna aqad tabarru„ dan taqarrub adalah lebih kuat.
B. Upah Diberi Secara Berasingan Ini adalah harus berdasarkan kepada athar Sayyidina Ali di atas: “Kami memberikannya dari harta kami sendiri (secara berasingan).”
C. Mengambil Upah ke atas wakalah Korban Oleh kerana kerja pelaksanaan korban boleh diwakilkan kepada orang lain untuk melaksanakannya, wakalah tersebut boleh berlaku samada dengan upah atau tanpa upah. Sekiranya ada upah, upah tersebut mestilah diketahui dan dipersetujui oleh wakil dan muwakkil.
Cara Cara Pelaksanaan Program Ibadah Korban Semasa Secara Wakalah 1. Program Ibadah Korban Secara Komersial Yang Dianjurkan oleh Organisasi Yang Terlibat Secara Langsung. Disebut dengan jelas harga penyelenggaraan (pakej) satu bahagian lembu atau seekor kambing untuk ibadah korban contohnya RM500 tanpa dinyatakan upah dan kos pengurusan dan keuntungan (walaupun ia sudah diambil kira dalam menentukan harga). Ini harus bagi penganjur korban yang melakukan sendiri kerja kerja penyembelihan, melapah dan mengagihkan daging korban, yang pada kebiasaanya mempunyai petugas petugas sendiri. Jadi harga RM500 sudah merangkumi semua perkara dalam pakej tersebut. Ini berbeza dengan mewakilkan kerja tersebut kepada pihak ke tiga dengan harga yang lebih murah untuk mengambil untung di atas angin. Sekiranya diletakkan harga RM500, tetapi diwakilkan pula pihak ketiga dengan harga RM400, tanpa pengetahuan pewakil yang melakukan ibadah korban, maka akan menimbulkan 8
masalah hukum. Ini kerana wakalah ke atas wakalah adalah tidak sah kecuali dengan keizinan pewakil asal (principal).
Di Mekah sebagai contoh, Syarikat Al-Rajhi ada menawarkan khidmat sembelihan korban dan melakasanakan dam haji di mana pelanggan hanya membeli kupon korban. Segala kerja penyelenggaraan dan agihan dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Boleh dianggap jualan kupon tersebut sudah merangkumi wakalah.
Bagi penngajur ibadah korban yang memiliki ladang, rumah sembelih dan prasarana sendiri, sebaik baiknya dinyatakan di dalam kupon atau resit wakalah melaksanakan ibadah korban tersebut wakalah daripada pelanggan kepada pengurus untuk melakukan kerja korban dan mengagihkan dagingnya kepada fakir miskin. Mengambil upah ke atas khidmat menawarkan pelaksanaan ibadah korban yang terjamin dan dilakukan dengan penuh amanah adalah harus dan tidak menimbulkan isu Syariah sekiranya ada lebihan daripada kos, bahkan ia boleh dianggap sebagai keuntungan kepada penganjur.
Adapun pengajuran wakalah ibadah korban secara individu atau berukumpulan tanpa memilik
prasarana
seperti
di
atas,
perlu
dinyatakan
sekiranya
kerja
kerja
penyelenggaraan dilakukan oleh pihak lain, maka ia termasuk di dalam hukum wakalah ke atas wakalah, di mana ia perlu kepada kebenaran muwakkil/principal.
Samada dilakukan sendiri oleh wakil, atau wakil lapis kedua, perlu dinyatakan juga apa yang dilakukan kepada lebihan baki penyelenggaraan ibadah korban. Ia boleh dianggap hibah kepada wakil atau disalurkan kepada aktiviti kebajikan. Sekiranya tidak dinyatakan, maka perlu dikembalikan kepada peserta.
2. Pengajuran Program Ibadah Korban Bukan Secara Komersial yang Dilakukan oleh Surau, Masjid atau Organisasi. Disebut bahawa RM500 adalah harga sebahagian lembu atau seekor kambing korban. Perlu disebut kos adalah termasuk kos pengurusan, dan sekiranya ada lebihan duit, maka ia disedekah kepada badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim, surau atau untuk aktiviti agama dan kebijakan. Sudah tentu kos ini merangkumi upah kepada petugas. Upah kepada petugas adalah aqad yang berasingan di antara penganjur dan petugas. Contohnya aqad di antara Masjid (AJK surau) dengan petugas, di mana upah dan skop 9
kerja mestilah diketahui dan dipersetujui awal awal lagi. Ia akan diambil daripada kos pengurusan tersebut.
Sekiranya tidak dinyatakan ke mana atau apa yang akan dilakukan kepada duit lebihan kos korban, penganjur perlu memulangkannya semula kepada peserta.
3. Individu atau Organisasi yang mengambil upah daripada kutipan penyertaan. Dalam keadaan bertindak sebagai wakil kepada penganjur, dengan upah atau komisyen yang sudah dipersetujui dengan penganjur. Sesetengah bank Islam di Timur Tengah seperti Saudi dan Mesir menawarkan produk “sak al-adhahi” iaitu pakej ibadat korban yang merangkumi wakalah untuk sembelihan pengurusan dan agihan daging korban. Ini dibenarkan oleh kebanyakan ulama semasa. Sekiranya mereka mengabil komisyen daripada jualan tersebut, perlulah dinyatakan berapada jumlah komisyen kerana ia melibatkan upah, dan upah di dalam aqad mu‟awadah mestilah diketahui.
4. Hibah bersyarat ke atas lebihan kos korban. Hibah bersyarat tidak sepatutnya dianggap sebagai upah. Ini kerana upah mestilah diketahui dan di persetujui. Hibah bersyarat bagi lebihan kos penyelenggaraan ibadah korban boleh dibahagikan kepada tiga keadaan: (a) Hibah bersyarat disebut di samping upah yang ditentukan pada permulaan (upfront), sekiranya ada baki, diberikan juga kepada wakil. Dalam hal ini ia boleh diambil oleh wakil. Sama seperti no 3 di atas. (b) Hibah bersyarat tidak bersama upah, (wakalah tanpa upah), tetapi lebihan diberikan kepada penganjur. Sekiranya ada lebihan, maka ia boleh diambil oleh wakil. (c) Tidak dinyatakan upah dan tidak dinyatakan juga apa yang akan dibuat dengan lebihan. Ini dikira wakalah tanpa upah. Dalam keadaan ini, haram bagi wakil mengambil lebihan kos.
10
Dalam keadaan (b) seperti di atas, iaitu hibah bersyarat tanpa disebut atau diberikan upah lain, ia boleh dilakukan dengan menganggarkan/menentukan nilai seekor kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada wakil/penganjur. Contoh: “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban yang dianggarkan lebih kurang RM460-RM480 atau ditetapkan seperti carilah kambing dengan harga RM475, yang selebihnya/baki adalah untuk diberikan kepada kamu/penganjur.” Konsep ini disebut oleh fuqaha sebagai:
فما زاد فهو لك، بع العني بكذا:إذا قال املوكل للوكيل “Apabila berkata pewakil kepada wakil: “Juallah barang ini dengan sekian-sekian, apa yang lebih adalah untukmu” Di antara ulama yang yang mengharuskan konsep ini (upah bersyarat) ialah Ibn Abbas, Al-Zuhri, Qotadah, Ayub al-Sakhtiyani, Ibn Sirin, Al-Sya‟bi, Hassan al-Basri, Ishaq Ibn Rahawaih, Ahmad bin Hanbal, dan juga ulama mazhab Hanbali.27 Ulama yang bersandarkan kepada pandangan ini juga mengharuskan membeli dengan harga sekian, sekian, sekiranya harga yang diperolehi lebih rendah, maka perbezaan harga itu deberikan kepada wakil. Contoh, “Belikan saya sebahagian lembu korban dengan saiznya sekian sekian berat dalam kilo sekian sekian dengan harga RM500, sekiranya kamu boleh dapatkan harga yang lebih rendah, perbezaan harga saya berikan kepada kamu.”
Walaupun begitu, perlu diingatkan supaya tidak berlaku ghubn iaitu kerugian disebabkan penipuan bagi muwakkil iaitu pelaku ibadah korban di mana, kadang kadang lembu yang disembelih adalah yang kurus atau tidak cukup sharat sah sembelih, kerana dibeli dengan harga yang begitu rendah disebabkan pengambilan upah yang tinggi.
Kaedah ini boleh dipakai sekiranya sesuatu yang dibeli (subject matter) diketahui kualiti, spesifikasi dan harga di pasaran, terkawal dalam bagi transaksi biasa. Lebihan kos itu 27
Abdur Razzaq Al-Himyari Al-Yamani, Musannaf Abd Al-Razzaq, (15018), Ibn Qudamah, al-Kafi, (Darul Kutub Al-„Ilmiah, 1414 H/1994 M) vol. 2, p. 252.
11
pula tidak sepatutnya dianggap sebagai keuntungan yang dicari dalam menunaikan ibadah korban. Tidak salah memperolehi keuntungan, dan tidak salah mengambil upah secara komersial dalam penawaran khidmat ibadah korban secara wakalah, tetapi I amestilah melalui upah yang diketahui dan dipersetujui.
Walau bagaimanapun penulis tidak berapa menggalakkan kaedah ini dalam pelaksanaan ibadah korban secara komersial kerana sebab sebab berikut: a. Jumhur ulama tidak membenarkan kaedah ini kerana ada unsur gharar (ketidak pastian) pada upah. Penetapan upah adalah penting untuk kebaikan dan keadilan kedua dua pihak yang berkontrak, muwakkil dan wakil. b. Ia boleh terdedah kepada penipuan (moral hazard). Munkin penganjur akan mencari lembu yang jauh lebih murah atau tidak memenuhi syarat sah korban untuk memaksimakan keuntungan.
Pandangan bekas Mufti Jordan Dr Noh Ali Salman berkenaan lebihan kos korban.
والصالة والسالم على سيدنا رسول اهلل جيوز للتكية أن تكون وكيلة عن،احلمد هلل كما جيوز للمضحي أن،املضحني يف شراء وذبح األضاحي مقابل مبلغ حمدد من املال وما زاد عن الثمن." "ىذا مبلغ اشرت بو أضحية واذحبها ووزعها عين:يقول ملدير التكية وعندئذ ينفق مدير التكية من ىذه املبالغ اليت قبضت (أجر شراء وذبح،فهو للتكية واليت زادت عن مثن األضحية ينفقها يف إدارة مشاريع التكية وتغطية،)األضحية وينوي عند ذبح ما زاد من األضاحي أهنا عن فقراء،املصاريف وزيادة عدد األضاحي فقد ذبح رسول اهلل صلى اهلل عليو،معينني أو عن جمموعة من شارك يف ىذه األضاحي واهلل أعلم. وذبح اآلخر عن نفسو وعن أمتو، أحدمها عن نفسو وأىل بيتو،وسلم كبشني 2010/7/10 : التاريخ، 527 :رقم الفتوى28 28
. http://www.aliftaa.jo/index.php/fatwa/show/id/725. 27/9/13
12
Fatwa di atas, jelas menunjukkan keharusan memberikan (hibah) lebihan kos kepada penganjur ibadah korban secara kebajikan, sekiranya ada lebihan, boleh dibeli lagi binatang ternakan lain untuk dikorbankan dan boleh diniatkan bagi pihak peserta atau kumpulan fakir miskin tertentu.
Boleh juga dirumuskan berdasarkan prinsip yang sama, adalah harus untuk dihibahkan surplus bagi kerja kerja kebajikan seperti membina masjid, sekolah, kerjakerja kebajikan yang lain dan kos pengurusannya. Ini adalah kerana gharar di dalam aqad tabarru‘ dimaafkan dengan syarat ia disebut dengan jelas di dalam aqad wakalah/borang penyertaan. Perlu juga diambil kira bahawa tujuan asal (subject matter) aqad wakalah adalah untuk melakukan kerja korban, bukannya tujuan kerja kebajikan yang lain.
Di Antara Kesilapan Yang Kerap Berlaku Dalam Wakalah Korban adalah seperti berikut:
1. Tidak ada aqad langsung. Bayaran bagi 1/7 seekor lembu dilakukan tanpa aqad yang jelas.
2. Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad perwakilan (wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara wakalah secara mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusus berlaku apabila mereka yang melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang sembelih yang dikenalpasti untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan haiwan sembelihan. Bagi wakil yang akan melakukan ibadat korban di tempat lain atau tanpa kehadiran peserta, ia boleh dianggap sebagai wakalah secara mutlak.
13
3. Tidak disebut berapa upah wakalah. Ini menyebabkan gharar dalam wakalah bi al-ajr. Sekiranya wakil mengambil upah daripada kos korban tanpa pengetahuan muwakkil dan keizinannya, maka pendapatan itu adalah haram.
4. Tidak dinyatakan apa akan dibuat dengan lebihan kos korban. Sekiranya tidak dinyatakan, maka wakil perlu pulangkan balik duit lebihan tersebut kepada muwakkil.
5. Tidak dinyatakan wakalah ke atas wakalah di dalam aqad. Sesetengah pengendali/pengajur yang melakukan ibadat korban luar Negara tidak menyatakan dengan jelas yang mereka akan mewakilkan pihak ke tiga dalam melaksanakan ibadah korban. Tanpa persetujuan Muwakkil, ia boleh menjejaskan kesahihan aqad.
6. Penipuan. Lembu atau kambing tidak disembelih langsung atau disembelih hanya sebahagian sahaja daripada binatang korban. Kadang kedang binatang yang disembelih tidak sampai umur atau terlalu kurus dan dibeli dengan harga yang murah untuk memaksimakan keuntungan.
KESIMPULAN Ibadah korban merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah SWT dan ganjaran amatlah besar. Di dalamnya terkandung seribu satu hikmah. Oleh kerana ianya adalah sunat muakkad29, umat Islam amat digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban, tambahan pula pada masa kini terdapat banyak kemudahan yang dapat membantu memudahkan lagi ibadah ini dijalankan.
Namun, dalam kesibukan kita mengejar ibadah ini jangan sampai terlepas pandang akan syarat-syarat dan sunnah-sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Supaya ibadat korban dilaksanakan dengan sempurna, kefahaman tentang hukum hakam yang berkaitan dengan ibadah korban sangatlah penting. Perhatian juga perlu diberikan dalam memenuhi tuntutan29
. Ibn Rusyd Al-Hafied, Bidayatul Mujtahid, (Kairo: Dar Al-Hadits, 1425 H/2004 M), jil. 2, p. 191.
14
tuntutan lain yang berkaitan seperti berwakil membeli dan menyembelih sebagaimana yang dijelaskan di atas supaya amalan berkorban itu benar-benar menepati kehendak Syara‟.
Aqad wakalah, harga, upah dan lebihan kos mestilah disebut dengan jelas dan dipersetujui oleh wakil dan muwakkil.
Dicadangkan bagi mereka yang menganjurkan ibadat korban secara komersial, agar mengabil upah secara berpatutan menurut uruf, sebagaimana Al-Quran membenarkan penjaga anak yatim mangambil upah di atas kerjanya sekiranya tidak ada kemampuan dengan syarat ianya berpatutan menurut uruf semasa dan tempat pengurusan korban “bi al-makruf”.
Aktiviti penganjuran ibadat korban secara komersial perlu kepada pematauan pihak berkuasa untuk memastikan pelaksanaan dilakukan dengan sempurna termasuklah aqad wakalah, penentuan harga dan upah dan pengagihan supaya patuh kepada Shariah dan tidak berlaku penyelewangan dan penipuan. Pengajur juga mestilah berwaspada dan melaksanakannya dengan cara yang penuh perihatin dan tekun kerana ia adalah amanah daripada orang ramai dan dipersoalkan pada hari Qiyamat. Wallahu a„lam.
SENARAI RUJUKAN
Al-Syairazi, Abu Ishaq. Al-Muhadzdzab fi Fiqhil Imam Asy-Syafai‟i. Darul Kutub Al-„Ilmiah. tanpa tahun cetak. Al-Asy‟ats, Abu Daud Sulaiman. Sunan Abi Duad. Bairut: Al-Maktabah Al-Ashriah. tanpa tahun cetak. Al-Nasa`i, Ahmad bin Syu‟aib. Sunan An-Nasa`i. Halb: Maktab Al-Mathbu‟at AlIslamiyyah. 1406 H/1986 M. Al-Rumi, Ahmad ibn An-Naquib. „Umdatus Salik wa „Iddatun Nasik. Qatar: Asy-Syu`un AdDiniyyah. 1982. Ibn Bayyah, Abdullah bin Mahfudz. Shina‟atul Fatwa wa Fiqhil Aqalliyyat. Jeddah: Dar AlMinhaj. 1428 H/2007 M. 15
Al-Hishni, Abu Bakr bin Ahmad. Kifayatul Akhyar fi Halli Ghayatil Ikhtishar. Damsyik: Dar Al-Khair. 1994. Al-Fayyumi, Ahmad bin Muhammad. Al-Mishbahul Munir fi Gharib Asy-Syarh Al-Kabir. Bairut: Al-Maktabah Al-„Ilmiah. tanpa tahun cetak. Al-Nasafi, Abu Hafsh Umar. Thalabuth Thalabah fil Ishthilahatil Fiqhiyyah. Baghdad: AlBathba‟ah Al-„Amirah, 1311 H. Al-Haitami, Ahmad ibn Hajar. Tuhfatul Muhtaj fi Syarhil Minhaj. Mesir: Al-Maktabah AtTijariah Al-Kubra. 1357 H/1983 M. Asy-Syirbini, Muhammad bin Ahmad Al-Khathib. Mughni al-Muhtaj ila Ma‟rifati Alfadhil Minjah. Darul Kutub Al-„Imiah, 1415 H/1994 M. Asy-Syasyi, Abu Bakar Al-Qaffal. Hilyatul Ulama‟ fi Ma‟rifati Madzahibil Fuqaha`. Bairut: Mu`assasah Ar-Risalah, 1980. Al-Zuhayli, Wahbah. Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu. Damsyiq: Dar al-Fikr, Edisi ke-6. 2008 ________, Usul al-fiqh al-Islami. Al-„Imrani, Abul Husain Yahya. Al-Bayan fi Madzhabil Imam Asy-Syafi‟i. Jeddah: Dar AlMinhaj, 1421 H/2000 M. Al-Anshari, Abu Yahya Zakariyya. Al-Ghurarul Bahiyyah fi Syarh Bahjatil Wirdiyyah. AlMathba‟ah Al-Maimaniyyah. tanpa tahun cetak. Al-Zarkasyi, Badruddin. Al-Mantsur fil Qawa‟idil Fiqhiyyah. Kuwait: Wizaratul Awqaf AlKuwaitiyyah. 1405 H/1985 M. As-Suyuthi, Jalaluddin Abdurrahman. Al-Asybah wan Nadha`ir. Darul Kutub Al-„Ilmiah. 1411 H/1990 M. Al-Kaff, Hasan bin Ahmad. At-Taqrirat As-Sadidah qism Al-Buyuu‟ wal Fara`idl. Yaman: Darul Mirats An-Nabawi. 1434 H/2013 M. Asy-Syathiri, Muhammad bin Ahmad. Syarh Al-Yaqut An-Nafis. Yaman: Dar Al-Hawi. 1418 H/1997 M. Asy-Syafi‟i, Muhammad ibn Qasim. Fathul Qarib Al-Mujib fi Syarh Alfadhit Taqrib. Bairut: Dar Ibn Hazm/ 1425 H/2005 M. Ar-Ramli, Syamsuddin Muhammad bin Ahmad. Niyatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj. Bairut: Dar Al-Fikr, 1404 H/1984 M. Al-Bajuri, Ibrahim. Hasyiat al-Bajuri Ad-Dimyati, Abu Bakr bin Muhammad Syaththa. I‟anat al-Tholibin. Dar Al-Fikr, 1997. 16
An-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf. Raudhatuth Thalibin wa „Umdatul Muftien. Bairut: Al-Maktab Al-Islami. 1412 H/1991 M. Al-Bukhari, Muhammad bin Isma‟il. Shahih Al-Bukhari. Dar Thauqin Najah, 1422 H. An-Naisaburi, Muslim bin Al-Hajjaj. Shahih Muslim. Bairut: Dar Ihya`ut Turats Al-„Arabi, tanpa tahun cetak. Az-Zuhayli, Muhammad Mushtafa. Al-Qawa‟id Al-Fiqhiyyah wa Tathbiqatuha fil Madzahib Al-Arba‟ah. Damaskus: Dar Al-Fikr, 1427 H/2006 M. Al-Yamani, Abdur Razzaq Al-Himyari. Musannaf Abd Al-Razzaq. Hind: Al-Majlis Al-„Ilmi. 1403 H. Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad, Al-Kafi. Darul Kutub Al-„Ilmiah, 1414 H/1994 M. Ibn Rusyd, Muhammad bin Ahmad, Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid. Kairo: Dar Al-Hadits. 1425 H/2004 M.
http://www.aliftaa.jo/index.php/fatwa/show/id/725. 27/9/13
17