Tajuk:
HUDUD: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN DAN ISU-ISU SEMASA
Pembentang: Dr. Mushaddad bin Hasbullah 29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435 Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Anjuran:
1
HUDUD: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN DAN ISU-ISU SEMASA Oleh: Dr. Mushaddad bin Hasbullah Timbalan Pengarah 1 Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri
PENDAHULUAN Hukum Hudud adalah Hukum Allah yang paling sempurna dan paling adil, tidak ada undangundang yang lebih mulia dan sempurna selain daripada Syariat Allah ini. Ia merupakan kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap pemerintah negara Islam
yang
1
berkemampuan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Syarak. Usaha melaksanakannya merupakan usaha terpuji yang perlu disokong oleh setiap individu Islam. Perbincangan ilmiah tentang pelaksanaan hukum Hudud ini juga merupakan salah satu usaha bagi memastikan pelaksanaannya nanti bertepatan dengan kehendak Islam dan prinsip Syarak. Pendekatan memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia berkenaan Hudud dan isu-isu berkaitan mesti terus disemarakkan dan berpaksikan kepada ilmu dan kajian. Memang tidak dapat dinafikan akan ada sesetengah pihak yang akan sentiasa mengambil pendekatan sentiasa menentang jika penjelasan tersebut bertentangan dengan apa yang dipegang walaupun penerangan itu berpaksikan kepada ilmu dan kajian akademik. Walau bagaimanapun, apa yang perlu ditekankan oleh setiap individu rakyat Malaysia ialah kesediaan untuk membuka minda bagi menerima pendekatan ilmu walaupun ia dilihat bertentangan dengan prinsip perjuangan pihak-pihak tertentu. Ini kerana prinsip ilmu adalah asas kepada pelaksanaan Syariat Allah bukannya semangat semata-mata. Perbincangan secara ilmiah tentang Hudud bukan bererti mencari alasan untuk melambatkan pelaksanaan ataupun untuk tidak melaksanakannya langsung, bahkan perbincangan sebegini lah yang akan memastikan setiap apa yang dirancang seiring dengan kehendak Qur‟aniy dan bertepatan dengan masalih ummah seperti mana yang dinaskan oleh majoriti ulama Islam. Artikel ini akan cuba mengupas secara ringkas beberapa isu penting berkaitan dengan Hudud dan pelaksanaannya berteraskan kepada prinsip Syarak dan pandangan ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunah Waljamaah. In-sya Allah kertas kerja ini akan cuba menjawab
1
IbnTaimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 34/175
2
beberapa persoalan penting berkaitan dengan pelaksanaan Hudud di Malaysia, terutamanya isu yang berkaitan dengan keadilan dan pelaksanaannya ke atas golongan Zimmi2 ataupun non-Muslim di Negara ini.
KEWAJIPAN MELAKSANAKAN HUDUD Kewajipan melaksanakan hukum Allah SWT ini amat jelas seperti mana yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat berikut:
)2 :(النور “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat..”
)4
:(النور
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”.
2
Golongan bukan Islam (Ahli Kitab dan bukan Ahli Kitab) yang hidup bersama golongan Islam dan memberikan taat setia kepada Pemerintah Negara Islam, serta menerima perjalanan undang-undang Islam ke atas mereka. Lihat Al-Qaradhawiy, http://www.qaradawi.net/new/library2/285-2014-01-26-18-53-28/3584-
3
)83
:(ادلائدة
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
)88
:(ادلائدة
“Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar”.
)09 :(ادلائدة "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
4
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". 3
."َُّل ِدينَوُ فَاقْ تُلُوه َ " َم ْن بَد:صلَّى هللاُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم ُّ ِقَ َال الن َ َِّب
“Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang menukar agama (murtad) maka bunuhlah orang itu”. Sesungguhnya para ulama bersepakat bahawa kewajipan ini adalah terletak ke atas bahu pemerintah
Islam
yang
berkemampuan4,
kumpulan
atau
individu
tertentu
tidak
dipertanggungjawabkan dengan perintah ini. Manakala yang menjadi perselisihan mereka ialah dari sudut pelaksanaan hukuman tersebut, adakah hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja atau pun ia meliputi semua termasuk yang bukan Islam (Zimmi) selagi mana mereka berada dalam pemerintahan kerajaan Islam tersebut. Sebelum kita teruskan dengan perbahasan ini seeloknya kita ketahui dahulu jenis-jenis jenayah yang dikenakan hudud. Syeikh Abdul Qodir „Audah menyatakan bahawa ada 6 jenayah yang disepakati ulama dikenakan hukuman hudud:5. iaitu: 1- Zina. 2- Qazaf (menuduh Zina tanpa 4 saksi). 3- Syurb (Minum arak). 4- Sariqah (Mencuri) 5- Hirabah (Merompak) 6- Riddah (Keluar daripada agama Islam) Perbincangan ulama bagi jenayah-jenayah di atas adalah seperti berikut:1- Dalam bab zina berlaku perselisihan para Ulama kepada 2 pendapat, pendapat majoriti ulama yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali menyatakan bahawa hukuman had terhadap penzina mestilah dikenakan ke atas semua rakyat 3
Al-Bukhari, Sohih al-Bukhari, kitab al-Jihad wa al-sair: Bab La yu’azzab bi ‘azabi Allah, 3017, 4/61. Lihat al-Mausuu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/280 5 Abdul Qadir ‘Audah, Al-Tasyri’ Al-Jina’iy Al-Islamiy, 2/345. 4
5
sama ada Muslim atau bukan Muslim (Zimmi). Mazhab Hambali menambah, jika zimmi itu berzina dengan orang Islam maka ia akan dihukum bunuh kerana telah mengkhianati janji sebagai ahli zimmah.6 Manakala pendapat kedua yang dipelopori oleh Mazhab Maliki menyatakan dalam bab zina golongan zimmi tidak dikenakan hudud, mereka hanya perlu didisiplinkan, melainkan apabila mereka merogol perempuan Muslim, di mana kesalahan merogol tersebut hukumannya adalah bunuh kerana dia telah melanggar janji sebagai ahli Zimmah.7
2- Dalam jenayah minum Arak (Syurb al-khamr), Tidak ada sebarang khilaf dalam 4 mazhab bahawa hanya orang Islam sahaja yang dikenakan hudud, ini kerana dalam agama selain Islam hukum meminum arak adalah halal.8 3- Manakala jenayah Sariqah (mencuri), Hirabah (merompak) dan Qazaf (menuduh zina tanpa 4 saksi) pula, semua 4 mazhab bersepakat bahawa wajib dilaksanakan hukuman hudud bagi jenayah-jenayah tersebut ke atas golongan bukan Islam (Zimmi) sebagaimana dikenakan ke atas orang Islam9. Bahkan Al-Imam Az-Zabidiy al-Hanafiy menyebut: “Ijmak Ulama dalam jenayah mencuri”.10 Ibn Qudamah pula menyebut: “Kami tidak mengetahui ada ulama yang berbeza pendapat dalam perkara ini”11. AlAllamah Muhammad Tahir ibn „Aasyur pula menyatakan “Apa yang dilakukan mereka (zimmi) yang berbentuk pencabulan ke atas hak orang lain yang membawa kerosakan seperti mencuri dan keganasan ke atas jiwa dan harta, maka dalam bab ini IJMAK12 (kesepakatan) para ulama umat ini bahawa hukuman ke atas Zimmi adalah 6
Al- Sarakhsi, Muhammad bin Ahmad, Al-Mabsut, 9/57. Al-Kasaniy, Badai’ al-Sonai’ fi tartib al-syarai’, 7/71. Al-Marghinaniy, Al-hidayah fi Syarh Hidayah al-Mubtadiy, 2/347.Ibn Nujaim, Al-Bahr ar-Ra’iq, 5/11.AlGhazali, Al-Wasit fi al-mazhab, 6/479. Al-Ansoriy, Al-Ghurur al-Bahiyyah, 5/83. Al-Bujairamiy, Tuhfah alHabib ‘ala syarh al-khatib, 4/172. Al-Bahutiy, Kassyaf al-Qina’, 6/142. IbnQudamah, Al-Mughniy, 9/128. 7 Ibn Abd al-Barr, Al-Kafiy fi FiqhAhl al-Madinah, 2/1073. Al-‘Adawiy, Hasyiah al-‘Adawiy ‘ala Syarh Kifayah Al-Talib al-Rabbaniy, 2/325. 8 Al-Mausuu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, 17/142,143. 9 Al- Sarakhsi, Muhammad bin Ahmad, Al-Mabsut, 9/56.Ibn ‘Aabidin, Radd al-Muhtar ‘ala durr al-mukhtar, 4/45,56,83. Al-Kasaaniy, Bada’I Al-Sona’i, 7/91, 6/271.IbnNujaim, Al-Bahr ar-Ra’iq, 5/42. Al-Imam Malik bin Anas, Al-Mudawwanah, 4/493.Al-Qarafiy, Al-Zakhirah, 12/141,104, 3/462. Al-Khatib Al-Syarbiniy, Mughniy alMuhtaj, 5/490,461. Al-Juwainiy, Nihayah al-Matlab fi Dirayah al-Mazhab, 17/267. Al-Qalyubiy wa Umairah, Hasyiata Qalyubiy Wa Umairah, 4/197. Al-Ramliy, Nihayah al-Muhtaj ila syarh al-Minhaj, 8/4. Ibn Qudamah, Al-Mughniy, 9/93,128, 144. Al-Zarkasyi, Syarh Al-Zarkasyi, 6/346. 10 Az-Zabidiy, Al-Jauharah Al-Nirah, 2/161. 11 Ibn Qudamah, Al-Mughniy, 9/128. 12 Ijmak merupakan sumber Hukum yang disepakati oleh para ulama, kedudukannya adalah selepas Al-Quran dan Sunnah, Lihat Al-Imam Al-Syafi’ie, Al-Risalah, 471. Para ulama bersepakat bahawa Ijmak berperanan
6
hukuman Islam, ini kerana Islam tidak sekali-kali boleh bersetuju dengan kerosakan yang mereka lakukan sebagaimana firman Allah:
}{وهللا ال حيب الفساد "dan Allah tidak suka kepada kerosakan" Oleh itu kita mencegah mereka daripada menjual arak terang-terangan kepada orang Islam dan juga menghalang mereka daripada mempamerkan perkara yang haram”13.
Dalam bab ini Syeikh Yusof Al-Qaradhawiy menyebut:
اليت تُطبق على ادلسلمني ألهنم، أن يلتزموا أحكام اإلسالم:والواجب على أىل الذمة فعليهم أن يتقيدوا بقوانينها اليت ال،مبقتضى الذمة أصبحوا حيملون جنسية الدولة اإلسالمية .14متس عقائدىم وحريتهم الدينية “Wajib dilaksanakan ke atas golongan Zimmi hukum-hukum Islam seperti yang dilaksanakan ke atas orang Islam kerana mereka dengan alasan sebagai Zimmi telah menjadikan mereka sebagai golongan yang membawa kewarganegaraan kerajaan Islam. Mereka wajib bergantung dengan undang-undang ini pada perkara yang tidak menyentuh urusan aqidah dan kebebasan mereka dalam beragama” Daripada penjelasan itu tadi dapatlah kita simpulkan bahawa dalam pelaksanaan hukuman hudud ke atas golongan bukan Islam (Zimmi) adalah seperti berikut: 1- Apa yang khusus untuk golongan Zimmi sahaja iaitu yang berkaitan dengan ibadat mereka seperti sembahyang, sembelihan dan sebagainya yang merujuk kepada halal dan haram dalam agama mereka. Dalam bab ini tidak ada sebarang perselisihan di kalangan ulama bahawa pemerintah Islam tidak boleh mencampuri urusan mereka ini kecuali perkara tersebut boleh membawa kepada kerosakan umum seperti membunuh diri.
mentakhsiskan (mengkhususkan) nas-nas umum Al-Quran dan Sunnah. Al-Namlah, al-Jami’ li Masa’il Usul alFiqh wa Tatbiiqatuha ‘ala al-Mazhab al-Rajih, 268. 13 Ibn ‘Aasyur, At-Tahrir wa At-tanwir, 6/205 14 Al-Qaradhawiy, Iltizam ahkam al-Qanun al-Islamiy, http://www.qaradawi.net/new/index.php?option=com_content&view=article&id=2585&catid=269&Itemid=5 45
7
2- Apa yang berlaku dalam kumpulan mereka yang berkaitan dengan urusan muamalat yang halal dan haram di dalam Islam seperti nikah cerai, meminum arak, dan perbuatan-perbuatan yang halal dalam agama mereka tetapi diharamkan dalam Islam. Perkara-perkara ini juga diperakui untuk mereka sahaja. 3- Apa yang dilakukan mereka dengan mencabuli hak orang lain yang membawa kerosakan seperti mencuri dan pencabulan ke atas jiwa dan harta, maka dalam bab ini Ijmak para ulama Islam (bersepakat) bahawa hukumannya adalah hukuman Islam, ini kerana Islam tidak sekali-kali boleh bersetuju dengan kerosakan yang mereka lakukan sebagaimana firman Allah yang bermaksud
“dan Allah tidak suka kepada
kerosakan”, oleh itu kita mencegah mereka daripada menjual arak terang-terangan kepada orang Islam dan juga mempamerkan perkara yang haram. 4- Apa yang berlaku dalam kalangan mereka yang berkaitan dengan pencabulan di antara satu sama lain seperti jenayah, hutang piutang, dan perbalahan suami isteri. Pada bahagian ini pemerintah Islam tidak perlu mencampuri urusan mereka jika mereka saling meredai antara satu sama lain. Namun, jika mereka mengadu kepada pemerintah Islam maka Imam Malik berpendapat bahawa wajib ke atas pemerintah Islam menyelesaikan urusan mereka ini, kerana pencabulan tersebut merupakan kezaliman dan kerosakan. Pendapat ini disokong oleh Imam-iman yang lain seperti Syafie, Abu Yusof, Muhammad dan Zufar.15
KEADILAN DALAM PELAKSANAAN HUDUD Setiap Muslim mesti yakin dan beriman bahawa Hudud adalah hukum Allah, iaitu hukuman yang paling adil dan sempurna. Ini adalah keyakinan yang wajib dipegang oleh setiap Muslim. Tindakan mengkritik hukum Allah adalah tindakan yang salah dan boleh membawa kepada kekufuran. Berbeza dengan mengkritik kandungan cadangan pelaksanaan hukum tersebut, tidak salah jika kita menegur sesuatu cadangan bagi kaedah pelaksanaan yang dilihat tidak bertepatan dengan prinsip Islam dan pandangan para ulama muktabar Islam. Sama seperti ibadat Haji yang merupakan salah satu rukun dalam Islam, amat salah mengkritiknya sebagai Syariat Allah,
bahkan tindakan tersebut boleh mengeluarkan
seseorang daripada ikatan akidah Islam. Namun, tidak salah bahkan amat wajar jika kita menegur dan menasihati seseorang yang merancang melaksanakan haji tapi tidak mahu 15
Ibn ‘Aasyur, At-Tahrir wa At-tanwir, 6/205,206
8
memenuhi keperluan asas fardu haji seperti berhasrat meninggalkan anak isteri tanpa sebarang nafkah semasa mengerjakan haji. Amat tepat rasanya menegur seseorang yang hendak menunaikan sembahyang tetapi tidak mahu menutup aurat semasa menunaikan ibadat tersebut. Teguran itu bukan bertujuan melemahkan semangatnya untuk terus menegakkan Syariat Allah tetapi sebaliknya adalah supaya Syariat itu tertegak dengan elok dan sempurna seperti mana yang digariskan oleh ulama Islam. Apa yang perlu dilihat dalam pelaksanaan Hukum Hudud adalah ia sebagai Syariah Allah yang amat adil dan sempurna yang mampu menghindarkan kemusnahan dan memberi kebaikan kepada semua manusia. Justeru, memang tidak dapat dinafikan bahawa Syariat itu adalah bertujuan untuk mencapai kebahagian manusia. Sesungguhnya nas-nas Syara‟ jelas memperlihatkan bahawa Allah SWT tidak melakukan sesuatu dengan sia-sia, sebab itulah seorang ulama Islam yang amat terkenal iaitu al-„Izz bin Abdul Salam menyatakan:
{يا أيها الذين: فإذا مسعت هللا يقول، إما تدرأ مفاسد أو جتلب مصاحل،"الشريعة كلها مصاحل أو مجعا بني احلث، أو شرا يزجرك عنو، فال جتد إال خري حيثك عليو،آمنوا} فتأمل وصيتو بعد ندائو 16 "والزجر “Syariat itu semuanya kebaikan, sama ada dapat menjauhkan kerosakan atau mendatangkan kebaikan. Apabila anda mendengar Allah berfirman “Wahai orang-orang yang beriman” maka perhatikan lah pesananNya selepas seruan, tidak akan anda dapati melainkan ia adalah kebaikan yang digalakkan ataupun keburukan yang dikecam ataupun himpunan antara galakan dan kecaman” Ibn Al-Qayyim pula menyebut:
ورمحة، وىي عدل كلها،"فإن الشريعة مبناىا وأساسها على احلكم ومصاحل العباد يف ادلعاش وادلعاد وعن، وعن الرمحة إىل ضدىا، فكل مسألة خرجت عن العدل إىل اجلور، وحكمة كلها،كلها 17 " وعن احلكمة إىل العبث فليست من الشريعة،ادلصلحة إىل ادلفسدة “Sesungguhnya paksi dan asas Syariah dalam menghukum adalah untuk kebaikan hamba di dunia dan akhirat iaitu keadilan yang menyeluruh, rahmat yang menyeluruh dan hikmah yang menyeluruh. Setiap sesuatu permasalahan (dalam Syariat) yang terkeluar daripada 16
Izz Al-Din Abd Al-Aziz bin Abd Al Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masolih al-Anam, 1/11. Ibn Al-Qayyim, Syams Al-Din Muhammad bin Abi Bakr, I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Aalamin, 3/3.
17
9
keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada sebaliknya, daripada kebaikan kepada kerosakan, dan daripada hikmah kepada sia-sia adalah bukan daripada Syariat”. Memang jelas apa yang dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim di atas adalah menerangkan bahawa Syariat itu sendiri amat adil, sempurna dan sesuai pada setiap masa dan ketika. Namun, tangan-tangan
manusia
boleh
mencacatkan
keadilan
Syariah
tersebut
sehingga
menjadikannya terkeluar daripada objektif asal pensyariatannya. Asas keadilan inilah yang merupakan antara objektif asal dan utama dalam pelaksanaan Hukum Hudud ini, Syeikh Abdul Karim Zaidan menyebut:
وما ابتين عليها من أحكام،"أن الشريعة اإلسالمية وما جاءت بو من أحكام صرحية يف نصوصها وال،ابدا أن تضيق حباجات الناس ادلشروعة ً ال ميكن،اجتهادية يف ضوء موازين االجتهاد الصحيح 18 ."تعجز عن حتقيق مصاحلهم احلقيقية يف أي زمان ومكان “Sesungguhnya Syariat Islam dan apa sahaja yang datang dengannya daripada hukumhukum yang dijelaskan oleh nas dan apa sahaja yang disandarkan kepadanya daripada hukum-hukum ijtihad yang seiring dengan neraca timbang ijtihad yang sebenar adalah selama-lamanya tidak akan mungkin menyempitkan keperluan manusia yang dibenarkan syarak, dan sekali-kali tidak akan melemahkan usaha dalam mencapai kebaikan hakiki pada setiap masa dan tempat”. Justeru itu, asas keadilan dalam hudud yang dibincangkan di sini adalah dari sudut cara pelaksanaannya bukan pada zat Hukum Allah itu sendiri, ini kerana kita sebagai orang Islam mesti dan wajib beriman dengan keadilan dan kesempurnaan perintah Allah ini, kita juga mesti faham bahawa Hudud adalah syariat Allah dan yang melaksanakan Syariat itu adalah manusia yang tidak terlepas daripada kesalahan dan kesilapan. Maka dapat disimpulkan di sini bahawa keadilan dalam pelaksanaan hudud adalah seperti berikut: 1- Keadilan dalam mengenakan hukuman tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Semua orang tidak boleh terlepas daripada hukuman Hudud ini apabila telah sabit kesalahan walau setinggi mana kedudukan dan pangkatnya dalam masyarakat. Dalam satu hadis meriwayatkan:
18
Abdul Karim Zaidan, Usul al-Da’wah, 61.
10
ِ ِِ َّ أ،اَّللُ َعْن َها َوَم ْن يُ َكلِّ ُم: فَ َقالُوا،ت َّ " َع ْن َعائِ َشةَ َر ِض َي ْ ََن قَُريْ ًشا أ َََهَّ ُه ْم َشأْ ُن ادل ْرأَة ادل ْخ ُزوميَّة الَِّيت َسَرق َ َ ٍ ِاَّلل َِّ فِيها رسوَل ِ ِ ِ ِ َّ َّ ب َر ُسول ُّ ح،ُس َامةُ بْ ُن َزيْد ُ َوَم ْن ََْي ََِت:صلَّى هللاُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم؟ فَ َقالُوا َ اَّلل َ ئ َعلَْيو إال أ َُ َ َِّ ول ِ " أَتَ ْش َف ُع ِيف َح ٍّد ِم ْن:صلَّى هللاُ َعلَْي ِو َو َسلَّ َم ُ فَ َق َال َر ُس،ُُس َامة َ اَّلل َ َ صلَّى هللاُ َعلَْيو َو َسلَّ َم فَ َكلَّ َموُ أ ِ َّ َ إََِّّنَا أَىل: ُُثَّ قَ َال، ُُثَّ قَام فَاختطَب،ِاَّلل ِ ح ُد يف َّ َّه ْم َكانُوا إِ َذا َسَر َق فِي ِه ُم َّ ود َ ْ ُ الش ِر ُ أَن،ين قَ ْب لَ ُك ْم ُ َ ك الذ َ َْ َ ٍ ِ ِ َّ اَّللِ لَو أ ِ ِ ت ْ َت ُُمَ َّمد َسَرق ُ َوإِ َذا َسَر َق في ِه ُم الضَّع،ُتَ َرُكوه ُ ت لََقطَ ْع َ َن فَاط َمةَ بِْن ْ َّ ُ َو ْاْي،َّيف أَقَ ُاموا َعلَْيو احلَد 19 ."يَ َد َىا
“Dari Aisyah RA bahawa orang-orang Quraisy dibuat susah oleh urusan seorang wanita Makhzumiyah yang mencuri. Mereka berkata:”Siapa yang boleh berbicara dengan
Rasulullah Saw untuk meminta keringanan hukuman baginya?, Mereka berkata, siapa lagi yang berani melakukannya selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah? Maka Usamah berbicara dengan Baginda, lalu Baginda bersabda, Adakah engkau meminta syafa‟at dalam salah satu hukum-hukum Allah? kemudian Baginda berdiri dan menyampaikan pidato, seraya bersabda: “Sesungguhnya telah binasalah orang-orang sebelum kalian,kerana jika orang yang mulia di antara mereka mencuri, mereka membiarkannya, dan sekiranya yang mencuri itu orang lemah di antara mereka, maka mereka menegakkan hukuman atas orang tersebut. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan kupotong tangannya.”
2- Keadilan dalam pelaksanaan Hudud ke atas golongan tertentu seperti mana yang telah ditetapkan Syarak, berdasarkan kepada penjelasan di atas tadi maka kita dapat kategorikan kepada berikut:a. Hudud yang perlu dikenakan ke atas orang Islam sahaja iaitu i. Jenayah Syurb al-Khamr (Minum arak) ii. Jenayah Zina. Walaupun ada perselisihan yang hebat dalam bab ini, namun tidak mengapa untuk kita menggunapakai pendapat minoriti ulama (Mazhab Maliki) selagi mana ia adalah masalah ijtihad. iii. Jenayah Riddah (keluar Islam). Ini kerana seseorang yang melakukan jenayah ini mestilah bermula dengan Islam. b. Hudud yang wajib dikenakan ke atas semua rakyat yang mendiami sesebuah negara Islam (Muslim atau Non-Muslim Zimmi). 19
Al-Imam Al-Bukhariy, Sohih al-Bukhariy, 9/175
11
i. Jenayah Sariqah ii. Jenayah Hirabah iii. Jenayah Qazaf Dalam ketiga-tiga jenayah di atas tidak ada sedikit pun khilaf di kalangan para ulama muktabar Islam (4 Mazhab) bahawa ia wajib dikenakan ke atas semua, bahkan ada di kalangan ulama menyebutnya sebagai IJMAK seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Amat jelas sekali bahawa keadilan merupakan asas utama yang wajib ditegakkan dalam pelaksanaan Hudud, Rasulullah SAW sendiri memberi amaran tentang kemusnahan dan kehancuran sesuatu kaum yang tidak melakukan keadilan dalam menegakkan hukum Allah ini. Justeru keadilan perlu ditekankan dan dipastikan sebelum hudud ini dapat ditaqninkan sebagai nas undang-undang di Malaysia. Nas undang-undang itulah yang akan menjadi asas dan rujukan utama dalam pelaksanaan Syariat Allah ini di Negara kita. Penulisan undangundang ini jika dilakukan dengan mengabaikan aspek keadilan akan menyebabkan pelaksanaannya nanti tidak bertepatan dengan kehendak asal Islam. Persoalannya, adakah pemerintah Islam yang berhasrat melaksanakan Hudud ini tetapi tidak mampu memenuhi kedua-dua tuntutan keadilan di atas, masih diberati oleh Allah untuk segera melaksanakannya? Adakah apabila kita tidak melaksanakan Hudud kerana tidak mampu menegakkan keadilan tersebut kerana halangan-halangan tertentu maka kita dikira sebagai golongan yang tidak mampu atau golongan yang menolak hukum Allah? Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyebut:
}... {والسارق والسارقة فاقطعوا:"خاطب هللا ادلؤمنني باحلدود واحلقوق خطابا مطلقا كقولو {والذين يرمون احملصنات مث مل يأتوا بأربعة شهداء:} وقولو... {الزانية والزاين فاجلدوا:وقولو } لكن قد علم أن ادلخاطب بالفعل ال.. {وال تقبلوا هلم شهادة أبدا:} وكذلك قولو..فاجلدوهم بد أن يكون قادرا عليو والعاجزون ال َيب عليهم وقد علم أن ىذا فرض على الكفاية وىو مثل }.. {وقاتلوا يف سبيل هللا:} وقولو.. {كتب عليكم القتال: فقولو.اجلهاد؛ بل ىو نوع من اجلهاد 20
"..} وحنو ذلك ىو فرض على الكفاية من القادرين.. {إال تنفروا يعذبكم:وقولو
20
Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 34/175
12
“Allah memerintahkan orang Mukmin melaksanakan Hudud dan Huquq (hak-hak Allah) dengan perintah yang mutlaq, seperti firmanNya: “Dan pencuri lelaki dan pencuri wanita maka potonglah..”, dan firmanNya: “Penzina wanita dan penzina lelaki maka sebatlah..”, dan firmanNya: “Dan mereka yang melemparkan tuduhan zina terhadap perempuan yang suci kemudian tidak membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka…”, dan begitu juga firman Allah: “Dan janganlah kamu terima penyaksian mereka buat selama-lamanya..”. Memang sedia maklum bahawa pihak yang diperintahkan itu mesti berkemampuan dan mampu, manakala pihak yang lemah terlepas daripada kewajipan ini. Sebagaimana diketahui bahawa ini semua adalah Fardu Kifayah iaitu seperti kewajipan jihad, bahkan ia adalah sebahagian daripada jihad sebagaimana firman Allah: “Diwajibkan ke atas kamu jihad..” “dan berperanglah pada jalan Allah…” dan firmanNya lagi: “Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu..”, dan seumpamanya iaitu Fardu Kifayah ke atas mereka yang mampu…..”. Sesungguhnya Allah berfirman:
242
ِ :سع َها} البقرة َّ ف ُ ّ{َال يُ َكل َ ٱَّللُ نَف ًساإَِّال ُو
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”. Namun harus diingat, ketidakmampuan ini tidak bersifat statik dan hanya berserah dengan berdiam diri tanpa sebarang usaha. Bahkan kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan kita mampu dan boleh melaksanakannya sebaik mungkin seiring dengan kehendak Islam. Persoalan kedua, jika ada pihak yang tidak mahu menerima pakai IJMAK Ulama yang menyatakan bahawa hukuman Hudud bagi jenayah-jenayah Sariqah, Hirabah dan Qazaf wajib dikenakan ke atas orang Islam dan Zimmi sebagai hujah dalam pelaksanaan Hudud bagi 3 jenayah di atas dan bertegas bahawa ia adalah masalah khilaf, maka saya katakan bahawa pandangan sebegini boleh diterima jika disokong dengan sandaran yang kuat. Namun, salahkah? jika ada pihak tertentu yang mahu berpegang dengan hujah IJMAK ini dan melihat bahawa ia lebih sesuai dengan kepentingan dan Masalih rakyat. Lebih-lebih lagilah yang berpegang dengan IJMAK ini adalah pemerintah yang melihat bahawa kemaslahatan semua rakyat adalah lebih utama. Kaedah Fikah ada menyebut:
13
21 ِ
ِْ ف صلَ َحة ٌ الر ِعيَّ ِة َمنُو َّ اإل َم ِام َعلَى ُ صُّر ْ ط بِالْ َم َ َت
"Tindakan ketua negara ke atas rakyat terikat dengan maslahah" 22
َّ أ ف ْ احلَاكِ ِم يَ ْرفَ ُع ْ ْم َ اخلَِال َ َن ُحك
“Sesungguhnya keputusan pemerintah akan menamatkan perselisihan”
PELAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA Usaha untuk melaksanakan hukum Hudud di Malaysia telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah (11) Kelantan 1993 dan Negeri Terengganu melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423/2002. Seperti yang difahami berdasarkan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Syariah Negeri hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang-orang Islam sahaja. Senarai 11 jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa kesalahan jenayah Syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang-orang Islam sahaja di bawah bidang kuasa negeri dan Mahkamah Syariah. Oleh sebab itulah, pelaksanaan hukuman Hudud seperti yang terkandung dalam Enakmen Kelantan dan Terengganu hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam sahaja. Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan telah mengikat pelaksanaan Hudud ini hanya ke atas orang Islam sahaja, sedangkan fakta hukum yang mengenai hudud adalah sebaliknya sebagaimana diterangkan sebelum ini. Untuk itu, ke arah penyelesaian isu yang berlaku sekarang ini, maka usaha perlu dilakukan bagi menjamin pelaksanaan Hukuman Hudud nanti adalah tidak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Kerana seperti yang sedia maklum mana-mana undang-undang yang digubal jika bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan maka ia tidak sah dan terbatal. Justeru itu, terdapat dua perkara asas yang saya rasakan perlu diselesaikan bagi memberi jaminan pelaksanaan Hudud di Malaysia dalam suasana yang bertepatan dengan prinsip Islam dan Maqasid al-Syariah:
21
Al-Suyutiy, Abd Al-Rahman bi Abi Bakr, Al-Asybah wa Al-Nazo’ir, 1990, 121. Al-Hamawi, Syihabuddin Al-husayni Al-Hanafiy, Ghamz ‘Uyun Al-Absor Fi Syarh Al-Asybah wa Al-Nazo’ir, 1985, 3/113. 22
14
1- Bagi melaksanakan beberapa hukuman Hudud yang dikenakan ke atas orang Islam sahaja iaitu minum arak, zina dan murtad, boleh mengguna pakai peruntukan yang sedia ada dalam perlembagaan Persekutuan, iaitu di bawah bidang kuasa negeri. Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 perlu dipinda bagi membolehkan Badan Perundangan Negeri mengenakan hukuman Hudud bagi kesalahan-kesalahan yang disebutkan tadi. Di samping itu juga, hukuman maksimum sedia ada bagi jenayah-jenayah Syariah di bawah bidang kuasa Negeri juga perlu dipinda iaitu 3 tahun penjara, denda 5 ribu ringgit dan 6 kali sebatan kepada hukuman-hukuman yang sama dengan hukuman jenayah Hudud bagi ketiga-tiga jenayah yang dinyatakan tadi.
2- Manakala hukuman Hudud bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang wajib di kenakan ke atas semua sama ada Muslim atau non-Muslim (Zimmi) iaitu mencuri, merompak dan Qazaf perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada kesalahan-kesalahan jenayah Persekutuan. Atau dengan kata lain mengislamisasikan Penal Code sedia ada. Jika perkara ini dapat dilakukan, maka akan wujud suasana di mana kesalahan jenayah Hudud menjadi undang-undang jenayah Persekutuan yang terpakai ke atas semua rakyat Malaysia sama ada Islam atau bukan Islam. Namun, persoalannya mampu kah kita merealisasikan ini semua? Pada pendapat saya, ini semua boleh dicapai dengan kesefahaman dan kesatuan umat Islam. Sekiranya kita dalam masa terdekat tidak mampu melaksanakannya sekali gus bagi kesemua jenayah Hudud, alangkah elok jika dapat dilakukan secara berperingkat, dimulakan dengan pelaksanaan ke atas orang-orang Islam sahaja dahulu bagi jenayah Meminum arak, Zina dan Riddah. Seterusnya, usaha yang telah dilakukan sejak sekian lama terus digembeling untuk menjamin pelaksanaan hukum Hudud bagi 3 lagi jenayah (Sariqah, Hirabah dan Qazaf) ke atas seluruh rakyat Malaysia dapat direalisasikan. Kaedah Fiqh ada menyebut: 23
""ما ال يدرك كلو ال يَتك جلو
"Apa yang tidak boleh dicapai kesemuanya jangan ditinggalkan kesemuanya"
Walaupun Malaysia mempunyai ramai penduduk yang Non Muslim, saya rasa apa yang penting sekarang ialah kita memberi kefahaman yang sebenar kepada mereka tentang Hudud, hikmah dan kesan pelaksanaannya ke atas semua manusia. Golongan Non Muslim tidak perlu 23
Al-Hajawi, Muhammad bin al-Hasan al-Faasiy, Al-Fikr al-Samiy Fi Tarikh al-Fiqh al-Islamiy, 1/26.
15
bimbang dengan pelaksanaan Hudud ini kerana matlamatnya ialah memberi pengajaran dan menghukum
penjenayah
yang
benar-benar
jahat
dan
bersalah.
Bahkan
dengan
pelaksanaannya nanti bukan sahaja orang Islam yang akan selamat daripada kejahatan manusia bahkan keselamatan golongan zimmi di negara ini juga akan terjamin dan terpelihara. Percayalah walaupun kekangan Perlembagaan Persekutuan di hadapan kita boleh diibaratkan seperti benteng besi, namun jika kita betul-betul ikhlas memperjuangkan Syariat Allah ini nescaya kita akan mampu menegakkannya satu hari nanti. Cuma satu perkara yang perlu diingatkan, di hadapan kita adalah benteng besi, maka janganlah kita lupa tentang persediaan yang perlu dipersiapkan. Jangan hanya dengan berbekalkan semangat sematamata kita sanggup melanggarnya hingga memecahkan kepala kita sendiri.
KESIMPULAN Perjuangan menegakkan Hukum Allah merupakan perjuangan yang berterusan, perjuangan ini perlu diteruskan sampai bila-bila selagi hayat di kandung badan. Kesedaran tentang Syariat Allah yang merangkumi setiap aspek kehidupan kita di atas muka bumi ini perlu difahami oleh setiap individu Muslim. Sesungguhnya hukum Hudud adalah sebahagian daripada Syariat Islam dan di sana masih banyak syariat-syariat Islam yang perlu diperjuangkan dan ditegakkan. Jangan pula nanti kita dikategorikan sebagai golongan yang hanya memperjuangkan sesuatu yang kita sendiri sedar bahawa dalam masa yang sama kita telah meninggalkan Syariat Allah yang lebih aula dan mudah untuk dilaksanakan dalam kalangan umat Islam. Sebenarnya, pejuang-pejuang yang berusaha keras untuk menegakkan Syariat Allah ini merupakan golongan terpuji di sisi Allah sekiranya mereka ikhlas semata-mata kerana Allah, dan kita mengharapkan agar inilah matlamat yang sebenar di sebalik perjuangan ini. Berdasarkan kepada penelitian dapat digariskan di sini bahawa mereka ini terbahagi kepada 3 kumpulan utama:1- Golongan yang kurang ilmu tentang hakikat Hudud, perjuangan mereka hanya berpaksikan kepada hear say. Ceramah-ceramah adalah asas perjuangan mereka dan tidak pernah berusaha untuk mengetahui dan mendalami ilmu berkenaan Hudud. Bahkan mereka ini tidak pun mengetahui jenayah-jenayah yang dikenakan hudud. Golongan inilah, apabila mendengar sesuatu pandangan dan penjelasan
16
yang berbeza dengan apa yang telah dipegang erat terus menuduh pihak yang mengeluarkan kenyataan itu sebagai menolak hudud dan menolak Islam.
2- Golongan yang mendalami pengetahuan tentang Hudud dan mengetahui dengan terperinci prinsip Islam dan Maqasid Syariah dalam pelaksanaannya. Tetapi mereka ini agak kuat berpegang dengan pandangan tertentu sahaja. Akhirnya mereka sering tidak boleh menerima apa-apa pandangan yang berbeza dengan apa yang dipegang. Natijahnya muncullah kenyataan yang berbentuk sinis, sindiran dan tohmahan terhadap pihak yang berbeza pendapat dengan mereka. 3- Golongan yang mendalami ilmu tentang hudud dan perkara-perkara asas dalam pelaksanaannya. Pendekatan mereka bermatlamat untuk memastikan pelaksanaan Hudud dapat dilakukan seiring dengan apa yang digariskan oleh Syarak. Golongan ini sering dituduh mencari alasan untuk tidak atau melambatkan pelaksanaan Hudud dan sering juga dituduh tidak ikhlas dalam mengeluarkan pandangan. Sedangkan apa yang diutarakan adalah pandangan ulama-ulama Islam yang diambil daripada kitab-kitab muktabar Ahlus Sunah Wal Jama‟ah. Manakala keikhlasan mereka hanya Allah sahaja yang tahu.
Sepatutnya, sebagai umat Islam kita semua menghentikan sikap tuding-menuding sesama kita. Sebaliknya tumpukan usaha kita, murnikan cadangan kita dan kuatkan kesatuan dan kesepakatan kita. Pada peringkat ini golongan cendekiawan Islam perlu sama-sama duduk semeja dan berbincang untuk mencari pendekatan terbaik ke arah melaksanakan Syariat Allah ini di Malaysia. In-Sya Allah dengan keikhlasan dan kesungguhan kita, Allah SWT akan mengurniakan kepada kita semua keredaan dan rahmatNya untuk menegakkan Syariat Allah di muka bumi bertuah ini.
RUJUKAN 1- Al-Quran Al-Karim 2- Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail al-Ju‟fiy, Sohih al-Bukhari, 1422H, Cetakan: Dar Touq al-Najat.
17
3- Ibn Taimiyyah,Taqiyuddin Abul Abbas Ahmad bin Abdul Halim, Majmu’ alFatawa, 1995, Cetakan: Kompleks Malik Fahd bagi Cetakan Al-Quran, Madinah Munawwarah. 4- Ibn Al-Qayyim, Syams Al-Din Muhammad bin AbiBakr, I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Aalamin, 1551, Cetakan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut. 5- Izz Al-Din Abd Al-Aziz bin Abd Al Salam, Qawaid al-Ahkam fi Masolih al-Anam, 1551, Cetakan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut. 6- Al-Sarakhsi, Muhammad bin Ahmad bin AbiSahl, Al-Mabsut, 1993/1414H, Cetakan: Dar Al-Ma‟rifah Beirut. 7- Al-Kasaniy, Abu Bakr bin Mas‟ud bin Ahmad, Badai’ al-Sonai’ fi tartib al-syarai’, 1986/1406H, Cetakan: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah Beirut. 8- Al-Marghinaniy, Ali bin AbiBakr,
Al-hidayah fi Syarh Hidayah al-Mubtadiy,
Cetakan: Dar Ihya‟ al-Turath al-Arabiy Beirut. 9- Ibn Nujaim, Zainuddin bin Ibrahim, Al-Bahr ar-Ra’iq, Cetakan: Dar al-Kitab alIslamiy. 10- Ibn „Aabidin, Muhammad Amin bin Umar bin Abdul Aziz, Radd al-Muhtar ‘ala durr al-mukhtar, 1992, Cetakan: Dar al-Fikr Beirut. 11- Az-Zabidiy, Abu Bakr Ali bin Muhammad, Al-Jauharah Al-Nirah ‘al Mukhtasor alQadduriy, 1322H, Cetakan: Al-Matba‟ah al-Khairiyyah. 12- Al-Qarafiy, Ahmad bin Idris, Al-Zakhirah, 1994, Cetakan: Dar al-Gharb al-Islamiy Beirut. 13- Al-Imam Malik bin Anas, Al-Mudawwanah, 1551, Cetakan: Dar al-Kutub alIlmiyyah Beirut. 14- Ibn Abd al-Barr, Yusuf bin Abdullah bin Muhammad, Al-Kafiy fi FiqhAhl alMadinah, 1980, Cetakan: Maktabah Al-Riyadh Al-Hadithah, Riyad Arab Saudi. 15- Al-„Adawiy,Ali bin Ahmad, Hasyiah al-‘Adawiy ‘ala Syarh Kifayah Al-Talib alRabbaniy, 1994, Cetakan: Dar al-Fikr Beirut. 18
16- Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, Al-Wasit fi al-mazhab, 1417H, Cetakan: Cetakan: Dar al-Salam Kaherah. 17- Al-Ansoriy, Zakaria bin Muhammad bin Ahmad, Al-Ghurur al-Bahiyyah fi Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah, Cetakan: Matba‟ah al-Maimaniyyah. 18- Al-Bujairamiy, Sulaiman bin Muhammad bin Umar, Tuhfah al-Habib ‘alasyarh alkhatib, 1995, Cetakan: Dar al-Fikr. 19- Al-Khatib Al-Syarbiniy, Muhammad bin Ahmad, Mughniy al-Muhtaj, 1994, Cetakan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut. 20- Al-Juwainiy,Abdul Malik bin Abdullah (Imam Al-Haramain), Nihayah al-Matlab fi Dirayah al-Mazhab, 2003, Cetakan: Dar al-Minhaj. 21- Al-Imam Al-Syafi‟ie, Muhammad bin Idris, Al-Risalah, 1940, Cetakan: Maktabah alHalabiyMesir. 22- Al-Qalyubiy wa Umairah, Hasyiata Qalyubiy Wa Umairah, 1551, Cetakan: Dar alFikr Beirut. 23- Al-Ramliy, Syamsuddin bin Abil Abbas, Nihayah al-Muhtaj ila syarh al-Minhaj, 1984, Cetakan: Dar al-Fikr Beirut. 24- Al-Zarkasyi,Syamsuddin Muhammad bin Abdullah, Syarh Al-Zarkasyi ‘ala Mukhtasor al-Kharqiy, 1993, Cetakan: Dar al-„Ubaikan. 25- Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad bin Muhammad, Al-Mughniy, 1968, Cetakan: Maktabah al-Qahirah. 26- Al-Bahutiy, Mansur bin Yunus bin Solahuddin, Kassyaf al-Qina’ ‘an matn al-iqna’, Cetakan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut. 27- Al-Suyutiy, Abd Al-Rahman bi Abi Bakr, Al-Asybah wa Al-Nazo’ir, 1990, Cetakan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut. 28- Al-Hamawi, Syihabuddin Al-husayni Al-Hanafiy, Ghamz ‘Uyun Al-Absor Fi Syarh Al-Asybah wa Al-Nazo’ir, 1985, Cetakan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut.
19
29- Ibn „Aasyur, Muhammad al-Tohir, At-Tahrir wa At-tanwir, 1984, Cetakan: Al-Dar al-Tunisiyyah, Tunisia. 30- Al-Mausuu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 1427H, Cetakan: Dar Al-Salaasil Kuwait. 31- Al-Hajawi, Muhammad bin al-Hasan al-Faasiy, Al-Fikr al-Samiy Fi Tarikh al-Fiqh al-Islamiy, 1995, Cetakan: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Beirut. 32- Abdul Qadir „Audah, Al-Tasyri’ Al-Jina’iy Al-Islamiy, 1994, Cetakan: Mu‟assasah al-Risalah. 33- Al-Namlah, Abdul Karim bin Ali, al-Jami’ li Masa’il Usul al-Fiqh wa Tatbiiqatuha ‘ala al-Mazhab al-Rajih, 2000, Cetakan: Maktabah Al-Rusyd, Riyad Arab Saudi. 34- Abdul Karim Zaidan, Usul al-Da’wah, 1552, Cetakan: Mu‟assasah al-Risalah Beirut. 35- Al-Qaradhawiy, Yusuf, Iltizam ahkam al-Qanun al-Islamiy, http://www.qaradawi.net/new/index.php?option=com_content&view=article&id=258 5&catid=269&Itemid=545 36- Al-Qaradhawiy,
http://www.qaradawi.net/new/library2/285-2014-01-26-18-53-
28/3584-
20