Panduan semasa ditemuduga. Penemuduga cuba mendapat maklum balas melalui gerakan tubuh calon. Apabila soalan diajukan, jawapan lisan dan gerakan tubuh calon akan saling berinteraksi secara selari. Jika adanya pembohongan, kerisauan dan ketidak pastian, bahasa badan dan jawapan lisan akan saling tidak sepadan.
Selepas setengah jam menunggu, nama saudari dipanggil oleh petugas di hadapan bilik temuduga. Mungkin juga yang memanggil itu penemuduga sendiri. Bergantung kepada jenis kejutan yang bakal calon hadapi sebelum temuduga sebenar bermula. Sesi temuduga saudari bermula sekarang. Ini adalah pendekatan umum bagi temuduga yang biasa diamalkan oleh organisasi. • • • • • • •
Bersikap tenang. Lihat semula tempat duduk di ruang menunggu bagi memastikan tiada apa-apa dokumen tertinggal. Tarik nafas dengan tenang, berjalan dan ketuk pintu dengan sederhana. Jika ada petugas yang membukakan pintu dan mengiringi saudari masuk. Beri senyuman dan ucapan terima kasih. Duduk setelah dipelawa. Betulkan postur badan di kerusi. Tegakkan badan dan pada masa sama selesakan diri. Amalkan doa penenang. Baca dalam hati. Salah satu doa ialah, “Ya Allah, lembutkan hati _______ (nama penemuduga) sebagaimana engkau lembutkan besi untuk nabi Daud. Beg tangan diletakkan di sisi kerusi. Hanya fail dokumen sahaja berada di tangan saudari. Beri apabila diminta. Jangan letak apa-apa benda milik peribadi di atas meja penemuduga. Meja adalah salah satu simbol kuasa dan autoriti. Ia tidak boleh disentuh dan diletak barang sewenang-wenangnya. Simpan apa sahaja barang milik peribadi di dalam beg tangan.
Bahasa badan calon Penemuduga cuba mendapat maklum balas melalui gerakan tubuh calon. Apabila soalan diajukan, jawapan lisan dan gerakan tubuh calon akan saling berinteraksi secara selari. Jika adanya pembohongan, kerisauan dan ketidak pastian, bahasa badan dan jawapan lisan akan saling tidak sepadan. Pengkaji-pengkaji mendapati individu akan cenderung untuk berbohong untuk mengelakan keadaan berikut. • • • • • •
• •
Mengelak konflik Mengelak kesan dari daripada perbuatannya. Untuk melewatkan perubahan yang berlaku dalam hidup. Menyembunyikan sesuatu. Mengelak dari penolakan. Hendak mengawal keadaan. Menjaga air muka Untuk sentiasa kelihatan hebat, berbakat, berjaya di hadapan pasangan.
Pakar bahasa badan mendapati individu yang berbohong, risau dan tidak pasti dapat dibuktiksn. Kajian yang dilakukan oleh M.Zuckerman, B.M De Paulo dan R.Roenthal dalam kertas penyelidikannya, Verbal and Nonverbal Communication of Deception telah mengenalpasti bentuk bahasa badan berikut; Penggunaan suara Calon bersikap jujur, faham, jelas dan tenang. • • •
Tidak tersekat-sekat bual bicaranya apabila berbual-bual dengan pasangan. Lancar dan jelas setiap butir bicaranya. Berkata-kata pada tahap kederasan normal
Calon bersikap bimbang, tidak pasti dan dianggap berbohong. • • • • • • •
Kerap tersekat-sekat, sedang memikirkan apakah bentuk cerita yang ingin disampaikan Tidak lancar, kerap diselang seli dengan ah, hmm, err, umm. Berkata-kata pada tahap kederasan yang tinggi. Tiba-tiba bersikap mempertahankan diri. Tidak konsisen dengan apa yang disampaikan, cerita yang sama dengan gambaran yang berbeza apabila diceritakan kali kedua. Jalan ceritanya bercampur baur dengan cerita lain serta silap apabila menerangkannya. Tidak mahu menjawab apa yang kita tanyakan. Cepat-cepat mengambil alih perbualan untuk mengalih perhatian kita. Terlalu kerap menafikan sesuatu.
• • • • •
Pemilihan kata, susunan ayat yang ganjil dan maklumat disampaikan berlebihlebihan sehingga mengelirukan. Penjelasan yang terlalu pendek tanpa kesinambungan. Jika ditanya akan memberi jawapan yang berulang-ulang. Apa yang dibualkan sesuatu yang bersifat tidak. Sering berkata, “percayakan saya.” Ketawa yang bergetar kerisauan.
Ekspresi wajah. Calon bersikap jujur, faham, jelas dan tenang. •
Senyuman jelas jujur dan ikhlas
Calon bersikap bimbang, tidak pasti dan dianggap berbohong. •
Wajah bertopeng, senyuman yang ganjil dan mungkin terlalu lama.
Pergerakan tubuh. Calon bersikap jujur, faham, jelas dan tenang. • • • •
Tidak bermain-main dengan objek sekeliling. Kurang menggunakan pergerakan badan. Tidak mengalihkan posisinya daripada penemuduga. Berkeadaan kurang cemas.
Calon bersikap bimbang, tidak pasti dan dianggap berbohong. • • • • • •
Mudah bermain-main dengan objek sekeliling seperti pensel di tangan, jam dan seumpamanya. Banyak melakukan pergerakan tubuh, kerap menyentuh muka dan tubuh. Mengalihkan posisi dari penemuduga. Berkeadaan sedikit cemas dan resah. Berkelakuan seperti ingin mengelak Bahunya adakalanya diangkat-angkatkan sedikit.
Mata Calon bersikap jujur, faham, jelas dan tenang. • •
Mengekalkan hubungan mata dalam keadaan biasa dan tetap. Kerdipan mata pada tahap normal
Calon bersikap bimbang, tidak pasti dan dianggap berbohong. • • •
Melihat ke arah lain dan kurang membuat hubungan mata. Jika mata cenderung ke arah kanan, calon sedang memikirkan sesuatu menggunakan otak kreatifnya. Kerdipan mata yang kerap, tanda dalam keadaan cemas.
Bahasa badan penemuduga Bahasa badan penemuduga adalah cara kita mengetahui respon yang diberi. Bahasa badan penemuduga memberi petunjuk sama ada penemuduga percaya, ragu-ragu, bersetuju atau tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan.
Gambar penemuduga A (kiri) menunjukkan kebosanan terhadap calon manakala penemuduga B (kanan) sedang seronok mendengar.
Gambar ini menunjukkan penemuduga sedang mendengar dan serius meneliti setiap respon yang diberikan oleh calon terhadap soalan-soalan yang dikemukan oleh beliau. Penemuduga sedang berfikir secara kritikal. Kedudukan jari pada tiga tempat iaitu pada dagu, mulut dan pipi.
Gambar-gambar ini menunjukkan penemuduga sedang membuat keputusan.
Penemuduga yang berinteraksi dengan tapak tangan terbuka lebih bersifat terbuka terhadap calon. Penemuduga yang berinteraksi dengan tapak tangan lebih banyak menghala ke bawah lebih bersikap dominan dan autoritatif.
Penemuduga A (kiri) berada dalam keadaan tertekan setelah calon tidak memberi jawapan yang memuaskan hati. Kedua-dua belah tangan berada dalam keadaan terkunci. Penemuduga B dengan kedudukan ibu jari di dagu dan jari telunjuk di pipi menggambarkan sikap negatif terhadap maklumat yang diberikan calon.
Frank van Marwijk dari Bodycom Lichaamscommunicatie memberikan petua asas bagaimana menggunakan bahasa badan secara efektif dalam sesi temuduga. •
Interaksi lisan memberi maklumat kepada penemuduga tentang latar belakang calon. Tetapi bahasa badan mengesahkan maklumat tersebut. Melalui bahasa badan ia menunjukkan calon pasti dengan apa yang disampaikan.
•
Bahasa badan memberi gambaran jenis personaliti yang dimiliki calon. Penemuduga boleh mengenal pasti sama ada calon seorang yang aktif, pasif, introvert atau ekstrovert melalui bahasa badan yang ditonjolkan.
•
Bahasa badan dapat mempamerkan keadaan tekanan yang dihadapi oleh calon ketika sesi temuduga berlangsung. Ia berlaku kerana bahasa badan adalah sebahagian sistem pemikiran separa sedar.
•
Tiba lewat juga merupakan salah satu cara bahasa badan dipamerkan. Apabila tiba dalam keadaan berpeluh juga memberi mesej yang sama sama ada calon seorang yang kelam kabut dan tidak boleh mengurus.
•
Anggukan dan gerakan tangan memberitahu penemuduga bahawa calon sedang memberi tumpuan. Gerakan tangan calon sebaiknya pada kadar sederhana.
•
Bermain-main jari dan menggerak-gerakkan kaki boleh membuat penemuduga berasa tidak selesa. Kurangkan gerakan yang tidak perlu.