SALI NAN DOKUMEN TI DAKTERKAWAL SPKP UKM
GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN
UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01
Disediakan
Disemak
Diluluskan
..................................................... Mohd Hashrifa Hashim Eksekutif / Ketua Jaminan Kualiti
..................................................... Prof. Dr. Muhammad Fauzi Mohd. Zain Pengarah CRIM Tarikh : 30/12/2013
Urus Setia SPKP
Tarikh : 23/12/2013
Tarikh : 26/12/2013
No. Isu
No. Semakan
Tarikh Kuatkuasa
01
00
01/01/2014
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) SALI NAN DOKUMEN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01 : GARIS PANDUAN MENGHADIRI TI DAKTERKAWAL DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN SPKP UKM
1.0
TUJUAN Garis panduan ini menerangkan mengenai panduan untuk menghadiri dan mengadakan persidangan (termasuk seminar, simposium, kolokium, kongres, forum, wacana, bengkel dan pameran)
2.0
Panduan Semua permohonan ini dibuat melalui sistem e-mohon persidangan dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) bertanggungjawab dalam mengemaskini maklumat (jika ada sebarang pindaan dan perubahan status seperti pertukaran nama Ketua Jabatan/Pengerusi/Timbalan Dekan/Pengarah atau kesalahan mengisi maklumat/perincian perbelanjaan, tarikh perjalanan dan sebagainya).
3.0
Menghadiri Persidangan 3.1
Menggunakan Peruntukan Universiti Penyelidikan (UP): a)
Keperluan menghadiri persidangan ke luar negara perlu memberi sumbangan kepada Bidang Keberhasilan Utama (KRA) UKM;
b)
Kakitangan akademik hanya dibenarkan menghadiri persidangan yang mempunyai nilai strategik dan berimpak tinggi;
c)
Semua permohonan yang menggunakan Dana Universiti Penyelidikan hendaklah disokong dengan hasil penerbitan dalam tempoh 3 tahun termasuk tahun semasa (jika ada) dengan menghasilkan 4 penerbitan terindeks/tahun (ISI/SCOPUS) atau mengikut keperluan semasa bagi KPI Universiti Penyelidikan;
d)
Kakitangan akademik dibenarkan sekali sahaja menghadiri persidangan luar negara dan permohonan kali kedua bagi menghadiri persidangan di luar negara dibenarkan dengan syarat kertas kerja dalam persidangan yang pertama telah diterbitkan dalam jurnal;
e)
Kakitangan akademik yang ingin menghadiri persidangan ke luar negara dikehendaki membuktikan kertas kerja yang dibentangkan akan diterbitkan sekurang-kurangnya dalam pasca sidang terindeks;
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL. PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
2/7
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) SALI NAN DOKUMEN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01 : GARIS PANDUAN MENGHADIRI TI DAKTERKAWAL DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN SPKP UKM
f)
Pemohon untuk membentangkan kertas kerja sahaja yang akan diberi pertimbangan bagi persidangan di luar negara. Permohonan untuk membentangkan poster adalah tidak dibenarkan;
g)
Permohonan hanya diberi pertimbangan kepada seorang pemohon sahaja bagi pembentangan sesuatu kertas. Penulis bersama tidak akan dibiayai bagi tujuan pembentangan kertas yang sama;
h)
Permohonan menghadiri Persidangan/Kursus/Bengkel di dalam negara hendaklah diperakukan oleh Ketua Projek/Ketua Kumpulan dan diluluskan oleh Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Institut;
i)
Permohonan menghadiri Persidangan/Kursus/Bengkel di luar negara hendaklah diperakukan oleh Ketua Projek dan Dekan/Pengarah serta diluluskan oleh Naib Canselor;
j)
Dekan/Pengarah hendaklah mengesahkan bahawa persidangan peringkat antarabangsa yang dihadiri oleh pemohon memberi impak kepada negara dan universiti;
k)
Permohonan untuk mengadakan lawatan ke luar negara hanya akan dipertimbangkan bagi tujuan untuk memperkukuhkan jaringan dan aktiviti MOU mestilah disokong dengan memuat naik surat daripada universiti berkenaan;
l)
Profesor/Felo Utama dibenarkan menghadiri persidangan tidak melebihi 3 kali dalam tempoh setahun di luar negara. Profesor Madya/Pensyarah Kanan/Felo Kanan/Pensyarah/Felo dibenarkan menghadiri seminar tidak melebihi 5 kali dalam tempoh setahun di luar negara;
m)
Permohonan untuk mengutip data penyelidikan di luar negara perlu disokong dengan memuat naik kelulusan proposal penyelidikan berkenaan.
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL. PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
3/7
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) SALI NAN DOKUMEN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01 : GARIS PANDUAN MENGHADIRI TI DAKTERKAWAL DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN SPKP UKM
3.2
3.3
Menggunakan Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (FRGS) a)
Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada kecukupan geran yang telah dipohon. Hanya ketua penyelidik sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut. Pembantu penyelidik hanya dibenarkan untuk mengikuti persidangan, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan mereka di dalam negara sahaja;
b)
Perjalanan ke luar negara yang dibenarkan ialah yang bertujuan untuk menghadiri persidangan/seminar/bengkel/kolokium untuk membentangkan hasil penyelidikan;
c)
Destinasi perjalanan tersebut mestilah merupakan tempat yang paling sesuai dan ekonomikal dari segi kemudahan, kepakaran dan pemindahan Teknologi;
d)
Perjalanan ke luar negara mestilah juga mengikut peraturan Universiti;
e)
Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan, sebanyak RM15,000 atau 20% dari jumlah peruntukan projek dibenarkan atau yang mana lebih kecil;
f)
Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 40 peratus (40%) daripada jumlah keseluruhan projek.
Menggunakan Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi (LRGS) a) Ketua projek perlu mengemukakan permohonan ke KPM melalui CRIM selewat-lewatnya 6 minggu sebelum tarikh persidangan; b)
Perjalanan ke luar negara (berdasarkan kepada kelulusan Jawatankuasa Penilaian) perlu memenuhi kriteria di bawah: 1. Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada kecukupan geran yang telah dipohon. Penyelidik utama dan ahli sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut. Pembantu Penyelidik Siswazah hanya dibenarkan untuk mengikuti persidangan, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan mereka di dalam negara sahaja; 2. Perjalanan ke luar negara yang dibenarkan ialah yang bertujuan
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL. PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
4/7
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) SALI NAN DOKUMEN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01 : GARIS PANDUAN MENGHADIRI TI DAKTERKAWAL DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN SPKP UKM
untuk menghadiri persidangan/ seminar/ bengkel/ kolokium untuk membentangkan hasil penyelidikan dan sangkutan dalam kontek jaringan penyelidikan; 3. Destinasi perjalanan tersebut mestilah merupakan tempat yang paling sesuai dan ekonomikal dari segi kemudahan, kepakaran dan pemindahan teknologi; 4. Perjalanan ke luar negara mestilah juga mengikut peraturan Universiti; 5. Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan, sebanyak sepuluh peratus (10%) dari jumlah peruntukan projek dibenarkan. 3.4
3.5
Menggunakan Peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Science fund) a)
Ketua projek perlu mengemukakan permohonan ke MOSTI melalui CRIM selewat-lewatnya 6 minggu sebelum tarikh persidangan;
b)
Surat kelulusan daripada MOSTI hendaklah dimuat turun dalam sistem emohon persidangan oleh Ketua Projek sebelum dihantar untuk perakuan Ketua Jabatan;
c)
Kakitangan akademik dibenarkan sekali sahaja menghadiri persidangan di luar negara dalam tempoh pelaksanaan projek;
d)
Hanya Ketua Projek/Kolaborator/ahli penyelidik yang dibenarkan menghadiri persidangan tersebut.
Menggunakan Peruntukan Pengurusan Fakulti/Pusat/Institut atau Tanpa Bantuan a)
Permohonan menghadiri Persidangan/Kursus/Bengkel di dalam negara hendaklah diperakukan oleh Ketua Projek dan diluluskan oleh Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Institut;
b)
Permohonan menghadiri Persidangan/Kursus/Bengkel di luar negara
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL. PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
5/7
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) SALI NAN DOKUMEN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01 : GARIS PANDUAN MENGHADIRI TI DAKTERKAWAL DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN SPKP UKM
hendaklah diperakukan oleh Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Institut dan diluluskan oleh Naib Canselor;
3.6
4.0
c)
Pemohon yang membentangkan kertas kerja sahaja yang akan diberi pertimbangan bagi persidangan di luar negara dan keutamaan diberi kepada pensyarah muda. Pensyarah senior digalakkan mendapatkan peruntukan daripada pihak penganjur luar;
d)
Pemohon yang berperanan sama ada sebagai pengerusi dalam satu-satu sidang, atau apa-apa peranan penting dalam persidangan akan dipertimbangkan;
e)
Permohonan hanya diberi pertimbangan kepada seorang pemohon sahaja bagi pembentangan kertas yang sama;
f)
Kakitangan yang bercuti sabatikal/cuti belajar b oleh dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan Universiti bagi tujuan menghadiri persidangan.
Laporan Menghadiri Persidangan Luar Negara / Dalam Negara a)
Laporan menghadiri persidangan perlu disediakan dan dikemukakan kepada Fakulti/Pusat/Institut dalam tempoh sebulan selepas menghadiri persidangan itu;
b)
Laporan menghadiri persidangan hendaklah dikemukakan bersama semua kertas kerja yang diperolehi semasa menghadiri persidangan di dalam dan di luar negara.
Mengadakan Persidangan 4.1
Menggunakan Peruntukan Universiti Penyelidikan (UP) a)
Permohonan mengadakan persidangan di dalam negara hendaklah diperakukan oleh Ketua Projek dan diluluskan oleh Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Institut dan dikemukakan kepada CRIM sebelum persidangan tersebut diadakan;
b)
Permohonan mengadakan Persidangan di peringkat antarabangsa
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL. PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
6/7
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) SALI NAN DOKUMEN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01 : GARIS PANDUAN MENGHADIRI TI DAKTERKAWAL DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN SPKP UKM
hendaklah diperakukan oleh Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Institut dan dikemukakan kepada CRIM sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum mengadakan persidangan bagi tujuan kelulusan oleh Naib Canselor. 4.2
Menggunakan Peruntukan Universiti atau Tanpa Bantuan a) b)
4.3
Permohonan mengadakan Persidangan di peringkat kebangsaan hendaklah diperakukan oleh Ketua Jabatan/Pengerusi Pusat dan diluluskan oleh Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Institut; Permohonan mengadakan Persidangan di peringkat antarabangsa hendaklah diperakukan oleh Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat/Institut dan dikemukakan kepada CRIM sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum mengadakan persidangan bagi tujuan kelulusan oleh Naib Canselor;
Laporan Mengadakan Persidangan di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa a)
b)
Laporan mengadakan persidangan perlu disediakan dan dikemukakan kepada Fakulti/Pusat/Institut dalam tempoh sebulan selepas menghadiri persidangan itu; Laporan menghadiri persidangan ini hendaklah dikemukakan bersama semua kertas kerja yang diperolehi semasa menghadiri persidangan di dalam dan di luar negara.
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL. PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
7/7