FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my
LAMPIRAN FAKTA S&J: KEMPEN JOM SERTAI KAMI S.1:
Kempen 'Jom Sertai Kami' ini berkenaan apa?
J:
Jom Sertai Kami merupakan kempen insan oleh UNICEF yang bertujuan memberi orang ramai suatu landasan untuk belajar dan memberi respon terhadap penderaan kanak-kanak di Malaysia. Kempen digital ini merupakan usaha pertama seumpamanya di rantau ini, yang bertujuan memperkukuhkan pemahaman orang ramai tentang penderaan kanak-kanak dengan menyediakan maklumat tentang jenis-jenis penderaan, mengapa ia boleh terjadi dan cara mengenalpasti simtomnya dalam mangsa penderaan. Ia juga bertujuan mendorong orang ramai agar bertindak bagi pihak kanak-kanak dengan melengkapkan mereka dengan penyelesaian perlindungan, tip keibubapaan, idea tindakan dan direktori sumber penting. Kempen ini akan berlangsung selama dua bulan. Ia telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 6 Oktober dan akan mencapai kemuncaknya pada 10 Disember (bersempena dengan Hari Hak Asasi Manusia). Acara kemuncak akan dihoskan oleh UNICEF dengan kerjasama Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan NGO tempatan, Childline Malaysia.
S.2:
Kenapa kempen ini penting?
J:
Walaupun kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah wajar untuk memperhebatkan usaha perlindungan kanak-kanak sejak kebelakangan ini, statistik dari Jabatan Kebajikan Sosial menunjukkan peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di negara ini. Pada tahun 2008, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan berbanding dengan 2,279 kes pada tahun 2007 dan 1,9999 pada tahun sebelumnya. Walaupun angka ini membimbangkan, ia mungkin tidak memberi gambaran sebenar tentang penderaan kanak-kanak di Malaysia. Oleh kerana angka ini hanya mewakili kes-kes yang dilaporkan, ia langsung tidak menggambarkan skop, magnitud dan sebab penderaan kanak-kanak berlaku di Malaysia. Kami juga percaya peningkatan dalam jumlah kes yang dilaporkan mungkin ada kaitan dengan kefahaman orang ramai yang terbatas mengenai penderaan kanak-kanak; dan akibatnya terhadap kanak-kanak serta kesedaran terhad tentang apakah tindakan yang harus diambil di tahap individu untuk mencegah penderaan kanak-kanak daripada berlaku. Kempen'Jom Sertai Kami' bertujuan menangani cabaran-cabaran ini. Kempen ini berlandaskan prinsip bahawa "Kita Perlu Tahu" - lebih tahu dan lebih faham tentang tren penderaan kanak-kanak di negara ini,
UNICEF Malaysia, September 2010
1
FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my
LAMPIRAN FAKTA S&J: KEMPEN JOM SERTAI KAMI lebih tahu cara mengenalpasti simtom,dan tahu cara memberi respon sebagai individu. Kejahilan mesti dielakkan, khususnya dalam konteks penderaan kanak-kanak. Pengetahuan adalah kunci kejayaan. Ia memberi kita keupayaan untuk menguasai diri, isi rumah dan komuniti kita.
S.3:
Apakah yang ingin dicapai menerusi kempen ini?
J:
Menerusi kempen ini, kami mahu penderaan kanak-kanak menjadi urusan setiap orang. Statistiks sahaja tidak cukup untuk menceritakan tahap penderaan, sejauh manakah ia menular dengan peredaran masa atau kenapa ia berlaku. Sebab itulah kami merayu sokongan orang ramai agar bertindak dan lebih memahami tabiat yang bersifat mendera dan sebab di sebaliknya. Ini akan membantu Kerajaan mencipta usaha campur tangan berdasarkan bukti untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang selamat dan sihat. Kajian tentang penderaan kanak-kanak dan puncanya juga dapat membantu menetapkan tanda aras untuk mengukur penderaan kanak-kanak, yang seterusnya memudahkan usaha memantau perubahan dan tren penderaan di masa depan, serta sikap orang ramai terhadap penderaan kanak-kanak. Kempen ini juga bertujuan memaklumkan orang ramai tentang penderaan kanak-kanak, kenapa ia mungkin berlaku, cara mengenalpasti simtom kanak-kanak yang didera dan mendorong orang ramai agar bertindak bagi pihak kanak-kanak dengan melengkapkan diri mereka dengan tip perlindungan serta idea tindakan.
S.4:
Dapatkah kempen ini menghapuskan penderaan kanak-kanak?
J:
Kempen 'Jom Sertai Kami' akan memberi rakyat Malaysia suatu landasan untuk bersatu menentang penderaan kanak-kanak di negara ini dengan cara belajar lebih dan lakukan lebih. Semakin ramai orang yang terlibat dalam isu ini, lebih dekatlah kita dalam memastikan keselamatan anak-anak kita. Usaha pencegahan penderaan kanak-kanak walau apapun mesti berpaksikan kekuatan sekeluarga kerana ibubapa diakui memiliki peranan terpenting dalam pengasuhan anak-anak. Menerusi aktiviti pencegahan seperti pendidikan ibubapab, lawatan ke rumah, dan kumpulan sokongan ibubapa, ramai keluarga mendapat sokongan yang diperlukan untuk kekal bersama dan menjaga anak-anak di rumah dan komuniti mereka.
UNICEF Malaysia, September 2010
2
FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my
LAMPIRAN FAKTA S&J: KEMPEN JOM SERTAI KAMI Usaha pencegahan harus membantu mengasah kemahiran sebagai ibubapa, memahami kelebihan teknik mendisiplin tanpa keganasan, dan memahami serta memenuhi keperluan emosi, fizikal dan perkembangan anak. Program pencegahan juga harus membantu ibubapa mengenalpasti keperluan lain; dan menyediakan bantuan kepada ibubapa untuk mendapatkan sokongan tambahan.
S.5:
Kenapa saya harus mengendahkan Kempen ini?
J:
Menurut statistiks dari Jabatan Kebajikan Sosial, secara purata 7 kanak-kanak didera setiap hari pada tahun 2008. Setiap satu daripada kanak-kanak ini memiliki potensi menjadi pemimpin; berjaya di menara gading; dan mendirikan keluarga sendiri. Apabila anak ini didera, potensi tersebut diracuni dan dihadkan. Bakal pemimpin langsung menjadi beban masyarakat; menjadi mangsa dan bukannya penyelesaian. Mungkin ini tidak berlaku dalam setiap kes; dan tidak kurang juga individu cekal dan tabah yang berjaya menangani situasi ini; malah membantu orang lain melakukan yang sama. Selain kesannya dalam kehidupan seorang anak kecil, penderaan kanak-kanak mempunyai potensi menular. Individu yang dahulu mangsa penderaan lebih cenderung meniru tabiat pendera dengan anak-anak mereka. Masalah yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak akan berterusan, malah akan menular tanpa usaha aktif untuk membanterasnya. Mangsa penderaan kanak-kanak mungkin menghadapi gangguan di sekolah, yang boleh membawa kepada prospek pekerjaan yang kurang memuaskan kelak yang seterusnya mendedahkan mangsa kepada risiko kemiskinan yang lebih tinggi. Mangsa penderaan kanak-kanak juga mengalami masalah sosial dan psikologi yang menyebabkan mereka terpinggir daripada masyarakat secara am. Mereka mungkin berpaling kepada alkohol atau dadah untuk melarikan diri dan menanggung risiko ketagihan. Situasi-situasi ini boleh mendorong mangsa untuk berrtindak dalam cara yang membahayakan masyarakat, seperti kegiatan jenayah, keganasan dan mengulangi pola penderaan. Apabila aktiviti jenayah meningkat, maka kita memerlukan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat, dan lebih ramai tenaga polis serta lain-lain pegawai penguatkuasa undang-undang. Walaupun kesan penderaan kanak-kanak ini sukar diukur, namun ia boleh dilihat dari jumlah wang Ringgit yang dibelanjakan dalam menangani akibatnya - ini termasuklah perkhidmatan penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan mental serta kos perundangan.
UNICEF Malaysia, September 2010
3
FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my
LAMPIRAN FAKTA S&J: KEMPEN JOM SERTAI KAMI S.6:
Apakah sumber dan sokongan yang akan diberi oleh UNICEF kepada individu-individu yang berminat mengambil bahagian?
J:
Laman web kempen di www.uniteagainstabuse.my akan dibuka selamanya sebagai wadah sehenti untuk pengguna menimba ilmu, pandangan mendalam, nasihat dan sumber tentang penderaan kanak-kanak dan cara mencegah serta bertindak. Laman web ini juga menyediakan maklumat sumber dan nombor yang boleh dihubungi untuk warga Malaysia yang prihatin di mana mereka boleh bersatu tenaga dan menentang penderaan kanak-kanak dalam apa jua bentuk. Lampiran fakta jgua disediakan untuk pihak media serta individu dan organisasi untuk dimuat turun dalam usaha mereka untuk menangani isu ini dan memulakan kempen capaian sendiri.
S.7:
Bagaimanakah saya dapat menyokong kempen 'Jom Sertai Kami'?
J:
Setiap satu daripada kita bertanggungjawab untuk merubah komuniti kita menjadi tempat yang prihatin - terhadap keluarga dan kanak-kanak - menerusi sokongan aktif. Setiap satu daripada kita perlu menumpukan perhatian terhadap jenis usaha yang dapat mencegah penderaan kanak-kanak daripada bermula. Kita semua perlu mendalamkan pengetahuan tentang apa yang boleh kita lakukan secara individu dan dalam komuniti untuk mencegah penderaan kanak-kanak. Laman web 'Jom Sertai Kami' menyediakan suatu landasan untuk rakyat Malaysia bersatu dan menunjukkan sokongan mereka untuk menghentikan penderaan kanak-kanak. Dengan melayari www.uniteagainstabuse.my, individu yang prihatin boleh menunjukkan sokongan masing-masing dengan: Mempelajari lebih tentang penderaan kanak-kanak. Laman web tersebut menyediakan sumber dan peluang untuk membabit, mendidik dan memperkasakan kita semua dalam melindungi kanak-kanak daripada penderaan. Mendaftar untuk kempen ini. Mereka boleh mencipta isyarat "Tangan" unik tersendiri yang boleh digunakan sebagai gambar profil Facebook atau mana-mana media sosial yang lain untuk menunjukkan perpaduan merentasi negara demi menghentikan penderaan kanak-kanak. Berkongsi bahan dengan kawan-kawan, orang tersayang dan rakan sekerja menerusi laman web. Semua maklumat di laman web mempunyai keupayaan berkongsi Facebook
UNICEF Malaysia, September 2010
4
FACT SHEET www.uniteagainstabuse.my
LAMPIRAN FAKTA S&J: KEMPEN JOM SERTAI KAMI dan Twitter untuk memudahkan pengguna mewar-warkan cara menghentikan penderaan kanak-kanak. Kami harap maklumat dari laman web akan mendorong orang ramai untuk menjadikan perlindungan kanak-kanak daripada penderaan topik perbualan. Perbualan yang boleh tercetus di antara dua jiran, di mesin kopi, sementara beratur panjang di bank atau pasaraya malah menerusi surat kepada penyunting dan menerusi blog, tweet dan facebook di internet. Lebih penting lagi kepada kanak-kanak yang didera, harapan kami agar kempen ini akan melengkapkan orang ramai dengan keyakinan untuk sentiasa berwaspada demi kanak-kanak, dan untuk segera melaporkan penderaan yang disyaki dengan menghubungi 15999.
UNICEF Malaysia, September 2010
5