TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 0
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
ISI KANDUNGAN Tajuk
Mukasurat
Penafian Dan Hak …………………………………………………………………………………………….. 3 Kenali Penulis ……………………………………………………………………………………….………….. 4 SEBELUM Tips Agar Orang Tertarik / Suka Pada Kita .................................................
6
Tips Mencari Jodoh ...................................................................................... 7
Tips Memilih Pasangan ................................................................................ 8
Lelaki Baik Hati Atau Alim, Mana Satu Pilihan Terbaik? ..............................
Tips Untuk Memujuk Lelaki Agar Cepat Meminang ………………………..……….. 13
Sudah Bersediakah Anda? ………………………………………………………………………... 15
Kehadiran Tunang Semasa Majlis Pertunangan ……………………………....…..
11
16
SEMASA Tiada Modal Besar Untuk Majlis Kahwin? ................................................. 18
Menaikkan Seri Wajah Pengantin ……………………………….……………………….. 20
Persediaan Melayari Alam Rumahtangga …………………………………………….
43 Pantang Larang Bakal Pengantin …………………………………………………….. 22
Tips pakaian pengantin lelaki sewaktu bertandang ke rumah saudara-mara pengantin perempuan ...................................... 25
Tips Untuk Bakal Pengantin XXL …………………………………………………………… 27
Mandi Limau ……………………………………………………………………………………….. 29
Bloghuza.com@copyright 2011
21
Page 1
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
SELEPAS Malam Pertama …………………………………………………………………………………..
31
Cara Suami Mendekati Isteri Pada Malam Pertama ...............................
7 Tips Kehamilan Untuk Lelaki ................................................................... 34
Petua-petua Kahwin …………………………………………………………………….………
35
8 P Tip Kebahagiaan Rumahtangga …………………..…………………………………
39
Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Di Awal Perkahwinan ..........................
40
Cara Menangani Suami Yang Ego .............................................................
42
Sikap Yang Dibenci Suami ......................................................................... 43
Tips Mertua – Menantu ……………………………………………………………………….. 45
Menangani Suami Yang Panas Baran ……………………………………………………
Aduan-aduan Penting Untuk Diselami …………………………………………………. 49
Bloghuza.com@copyright 2011
33
47
Page 2
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
PENAFIAN DAN HAK Untuk makluman anda, Ebook ini ditulis oleh penulis berdasarkan pengalaman, rujukan dan pengetahuan beliau. Segala maklumat di dalam ebook ini adalah pandangan semasa untuk tujuan panduan pembaca. Tiada sebarang jaminan sama ada semua orang mampu mendapat hasil yang sama dengan maklumat yang diberikan kerana kita berbeza dari segi pengetahuan, kemahuan dan apa jua faktor kemanusiaan. Sehubungan itu sebarang liabiliti atau kerugian tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis. HAK ANDA : [ YA ] [ YA ] [ YA ] [ YA ]
Boleh mencetak untuk kegunaan sendiri; Boleh menyalin dan melaksanakan segala panduan yang diberikan; Boleh diberikan percuma kepada orang lain; Boleh copy / paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain;
[ TIDAK ] [ TIDAK ] [ TIDAK ] [ TIDAK ]
Boleh dipakejkan di website / email anda; Boleh diberikan sebagai hadiah atau bonus; Boleh dijual semula sebagai Master Resale Rights; Boleh dijual semula di web lelong atau shopping cart;
MUKADIMAH
Ebook Tips Sebelum, Semasa & Selepas Kahwin ini di buat untuk membantu anda memperbaiki lagi kehidupan dan hubungan anda bersama pasangan anda. Diharapkan tips-tips tersebut akan mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan seterusnya bahagia hingga ke anak cucu. Untuk tips-tips yang terkini, saya akan updatekan di bloghuza.com dan fan page http://facebook.com/jomkahwin Jika anda ingin mengetahuinya, boleh lah terus rujuk di blog dan fan page tersebut atau melanggan Newsletter yang disediakan.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 3
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
KENALI PENULIS Huzalifah Mohd Husain adalah seorang kakitangan di sektor swasta sejak hampir 20 tahun yang lalu. Pelbagai pengalaman pekerjaan dan perniagaan sambilan yang telah beliau lalui untuk memajukan diri sendiri, menambahkan ilmu serta pengalaman hidup. Beliau telah terlibat secara tidak langsung dalam dunia perniagaan internet sejak tahun 2008 dengan tujuan untuk menambah pendapatan keluarga. Memandangkan kos kehidupan di Kuala Lumpur serba serbinya tinggi, beliau bertekad untuk menggunakan setiap peluang yang ada untuk menaikkan lagi taraf hidup beliau sekeluarga. Biarpun tidak mendapat sebarang pendapatan yang memuaskan dari perniagaan internet, beliau tidak berputus asa malah cuba beralih arah ke perniagaan fizikal pula bila melihatkan banyak peluang di dalam industri kita hari ini. Namun setelah memfokuskan tekad dan komitmen yang tinggi, hasil yang diperolehi masih tidak sepadan dengan kesungguhan dan pengorbanan masa yang telah beliau curahkan. Memandangkan beliau masih bekerja dan hanya membuat perniagaan fizikal secara sambilan, masa bersama keluarga menjadi tersangat terbatas. Setelah memikirkan semasak-masaknya arah perjuangan beliau seterusnya, lantas beliau meletakkan target untuk tidak tewas berjuang di bidang perniagaan, sekaligus dapat bersama keluarga dengan memokuskan semua aktiviti dari internet. Memandangkan persaingan yang cukup hebat dalam apa jua bentuk perniagaan, beliau jangkakan tanpa pengetahuan, panduan, teknik dan keputusan yang terbaik, beliau tidak akan berjaya mencapai target / kepuasan yang diharapkan. Lantas beliau menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Gero Azrul, Rahman Basri dan seterusnya mendalami ilmu penghasilan ebook dan menyertai workshop yang dikendalikan oleh Saudara Jamaluddin Bahari @ Jamal. Atas panduan dan dorongan dari Saudara Jamal, beliau telah menghasilkan ebook sulong ini. Demi minat yang mendalam sejak sekian lama, beliau juga telah menyiapkan sendiri beberapa blog tanpa menghadiri mana-mana kursus atau membaca sebarang buku rujukan. Di antara blog yang telah beliau hasilkan adalah : http://huza.co.cc http://perkahwinanmelayukini.blogspot.com
http://jombeliebook.blogspot.com
HUZALIFAH MOHD HUSAIN Blog peribadi : http://bloghuza.com Email :
[email protected] H/P No. : 017 2256926 Bloghuza.com@copyright 2011
Page 4
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
SEBELUM KAHWIN
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 5
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
TIPS AGAR ORANG TERTARIK / SUKA PADA KITA
1.
Murahkan SENYUMAN
Cara paling mudah supaya orang tertarik dan suka tengok kita ialah tidak lain dan tidak bukan, SENYUM lah. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan setiap hati yang memandangnya. Jadi, banyakkanlah senyuman. Senyum kepada sesiapa saja. Senyumlah dari hati. Senyuman dari hati akan jatuh ke hati. Sebenarnya kalau saya nak cerita pengalaman saya mengenai kebaikan senyuman ni, memang terlampau banyak. Jadi, toksah cerita panjang. Senyumlah selalu. InsyaAllah anda pasti di sukai orang.
2.
Sebarkan SALAM (Beri salam dan ucap selamat)
Ini pun satu perkara yang cukup penting untuk diamalkan. Ucapan salam dan selamat bukan saja merupakan satu bentuk doa kepada orang lain, malah ia mampu memberikan satu mesej getaran atau aura yang boleh membuatkan orang lain rasa dirinya dihormati dan dihargai.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 6
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
TIPS MENCARI JODOH Jodoh pertemuan ditangan Tuhan tetapi kita sebagai manusia perlulah berusaha mencari jodoh yang sesuai dengan citarasa kita dan kehendak agama. Berikut adalah beberapa tips untuk anda mendapat jodoh.
Minta bantuan dari ibu bapa - teknik ini sangat popular ketika dahulu dimana ibubapa mencari jodoh untuk anak mereka tetapi ia masih lagi boleh digunapakai untuk zaman ini kerana ibubapa mempunyai kenalan dan mungkin mereka tahu bagaimana akhlak anak rakan mereka tersebut untuk dijadikan calon.
Hadiri aktiviti - sertai pelbagai aktiviti;
Minta bantuan rakan;
Minta bantuan adik beradik;
Chat room;
Laman cari jodoh;
Perniagaan MLM.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 7
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
TIPS MEMILIH PASANGAN Aspek pilihan pasangan hidup adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk memastikan rumah tangga anda bahagia. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan. Berikut adalah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan:
1. TEMPOH MASA PERKENALAN Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat.
2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI Orang sering memilih pasangan semata mata untuk menggembirakan orang lain - ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira dengan pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda. 3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN Kebanyakan rumahtangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumahtangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 8
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.
5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman disini bukan bermaksud usia. Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu-waktu susah dan senang bersama pasangan anda.
6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat selamanya.
7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 9
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
8. MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.
9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI Kebolehan berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.
10. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN Pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 10
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN LELAKI BAIK HATI ATAU ALIM, MANA SATU PILIHAN TERBAIK?
Pertamanya, kembali lah kepada asas….iaitu AGAMA! Dalam islam telah diberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan. Islam menitikberatkan soal pemilihan pasangan seperti pesanan Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang BERAGAMA nescaya kamu bahagia.” Walaupun hadith ini menerangkan mengenai pemilihan seorang perempuan untuk dijadikan isteri, namun, ia juga boleh diaplikasikan dalam membuat pemilihan seorang suami. 4 Perkara iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama, perlu diambil kira sebelum membuat keputusan. Namun, dalam hal memilih suami, perkara mengenai kecantikan itu mungkin tidak perlu sangat. Ingat, apa yang paling diutamakan dan lebih selamat untuk dunia dan akhirat ialah pilihlah kerana AGAMA nya…!! Namun, jika masih masih ragu-ragu dalam membuat pilihan, maka dirikanlah Solat Istikharah dan Solat Hajat. Amalkan dan jangan tinggalkan…minta petunjuk dari Allah. Pada saya, kedua-dua mereka mempunyai kelebihan tersendiri…. Perkara kedua ialah, Kalau ikut kata-kata orang tua, apabila ingin memilih pasangan, pilihlah yang mencintai atau menyayangi kita.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 11
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Rasanya anda sendiri boleh buat ujian pada pilihan hati. Lihat bagaimana tindak balas mereka serta bagaimana mereka mengatasi sesuatu masalah. (tak kisah la masalah perhubungan ke…masalah kewangan ke atau sebagainya…) Yang penting cuba beri ujian pada mereka untuk uji mereka. Perkara ketiga ialah, pada saya anda sendiri telah dan lebih mengenali latar belakang keluarga kedua-dua calon itu. Jadi anda sendiri lah yang lebih tahu mana yang terbaik. Kalau anda tanya saya, saya hanya boleh mengagak dan membayangkan situasi anda berdasarkan info yang diberi. Cuma, kalau tanya saya juga, pada pendapat saya, kedua-dua calon telah dididik berdasarkan latar belakang keluarga mereka masing-masing. Sebenarnya banyak perangai atau sikap kita sekarang adalah dibentuk oleh suasani pembesaran kita semenjak dari kecil. Jadi, pada saya latar belakang keluarga adalah sangat penting. Pada pendapat saya, jika anda inginkan zuriat yang baik, pilih la dari keturunan yang baik-baik, yang boleh memimpin dari segi agama dan sebagainya. Yang boleh memberi nafkah zahir dan batin. Memang tiada masalah jika mahu memilih yang baik budi dan akhlak walaupun kurang agama. Bahagia mungkin boleh dinikmati juga. Tetapi pastikan bahawa ketua keluarga itu sudi merendahkan egonya untuk mendengar teguran atau nasihat isteri tu nanti. (Mengikut pengalaman saya, kebanyakan lelaki atau suami ni memang susah nak dengar cakap orang perempuan atau isteri sebab ego suami sangat tinggi tau…huhuhu). Pada saya, tiada istilah isteri yang perlu memberikan didikan atau ilmu agama kepada ketua keluarga, tetapi ia lebih kepada kesudian mencari ilmu agama bersama-sama. Itu lebih indah. Pergi ke kelas agama atau ceramah agama bersama-sama bagi mendalami ilmu agama. Bukan ia ditanggung oleh sebelah pihak saja. Apapun, kalau ikut tanggungjawab, SUAMI ITU WAJIB DIDIK ISTERI. Suami wajib ajar ilmu agama pada isteri. Bukan sebaliknya. Maaflah, saya hanya menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran. Saya tak mahu menyebelahi sesiapa sebenarnya, tetapi lebih kepada mahu mengajak anda berfikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan masa hadapan anda. Fikirlah masak-masak dan mohonlah petunjuk daripada Allah dengan Solat Istikharah dan Solat Hajat. Semoga anda dapat memilih calon terbaik untuk dijadikan suami anda, dunia akhirat, insyaAllah.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 12
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN TIPS UNTUK MEMUJUK LELAKI AGAR CEPAT MEMINANG Pertamanya, perlu saya katakan bahawa, saya ni bukanlah seorang pakar cinta atau pakar runding perhubungan. Namun, atas dasar perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang ada, maka saya beri sikit tips yang saya harap ianya dapat menjadi panduan anda. Berikut ini adalah tips yang dapat saya berikan. 1.
Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH
Pada saya, ni adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW. Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita? Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH. Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….” Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…
2.
Ajak jumpa dan perkenalkan teman lelaki dengan mak ayah
Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera. Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali. Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya teman lelaki anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam-macam alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main-main saja dengan anda.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 13
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah teman lelaki anda tu betul-betul serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau dia sendiri tak serius dan hanya nak main-main dengan anda, adakah orang yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda?? So, kenalpasti dulu, pada tahap mana teman lelaki anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main-main saja dengan anda, pada saya, tiada gunanya pun anda pujuk dia. Sebab dia hanya akan bagi macam-macam alasan dan helah untuk tidak masuk meminang anda, apatah lagi nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada teman lelaki yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?
3.
Berterus terang
Pada saya, tiada jalan lain yang paling bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan, anda kena berterus terang dengannya. Ajaklah dia berjumpa di manamana dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan semua perasaan dan rancangan anda pada dia. Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betulbetul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak-agak bila dia akan jadi bersedia? Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin, kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda. Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu. Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin degnan dia nanti? Cubalah praktikkan 3 tips yang saya terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa, tiada gunanya saya berikan tips bagaimana untuk pujuk lelaki masuk meminang. Sebab ianya hanya akan mengecewakan anda nanti. Apa kata anda???
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 14
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN SUDAH BERSEDIAKAH ANDA ? Kerap kita mendengar kisah rumahtangga yang tidak sempat dibina walaupun majlis sambutan sudah dihebahkan, kad jemputan sudah disebarkan, barangan majlis siap dalam aturan. Namun ketentuan ini sudah pasti dari yang Maha Kuasa. Namun kita perlu juga melihat dari sudut yang positif. Menjadi perkara biasa bagi pasangan yang bertunang, pasti merasakan diri masih belum bersedia, kerap kali terjadi kepada pasangan yang mengikat tali pertunangan setelah perkenalan singkat terjalin. Ini bukan bermakna mereka yang mengenali pasangan dengan lebih lama tidak mengalami masalah yang sama, cuma mungkin statistiknya tidak tinggi. Jangan khuatir. Sebenarnya ramai pasangan-pasangan yang ingin ke jinjang pelamin pasti terlintas perasaan sedemikian. Pasti terfikir adakah pasangan yang bakal dikahwini nanti adalah yang paling sesuai dan akan kekal hingga akhir hayat. Perlu kita ingatkan, jika terlintas perkara sebegitu, ia hanyalah mainan syaitan yang cuba menghalang umat Islam untuk mengikut sunnah Nabi kita. Sekelumit perasaan ini biasanya timbul jika pasangan wanita berada dalam keadaan ‘tidak bersih’. Mereka dalam keadaan ‘terbuka’ untuk diserang oleh makhluk yang tidak nampak di mata. Ada juga kes mereka ini sebenarnya diganggu oleh orang-orang yang dengki akan perhubungan tersebut. Nauzubillah. Jangan samakan perkara di atas dengan permasalahan pasangan yang terang-terang melakukan kesalahan iaitu cuba berbaik-baik dengan orang lain, cuba berpoya-poya dengan orang lain kerana menganggap selepas berkahwin, mereka sudah tidak dapat melakukan perkara sedemikian lagi. Mereka yang berperangai begini sememangnya tidak layak untuk memikirkan mengenai perkahwinan kerana kelak diri mereka sendiri akan terperangkap dengan ikatan perkahwinan yang mereka rasakan tidak rela. Yang jelas, perkuatkan diri, teguhkan pendirian, jangan mudah terpesong dengan bisikan syaitan yang sememangnya cuba menyesatkan lebih – lebih lagi pada umat akhir zaman. Wallah’ualam.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 15
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN Sewaktu majlis pertunangan, tunang (lelaki) patut datang atau tak? Pada zaman dahulu, apabila si teruna ingin meminang si dara, dia hanya akan menghantar wakil yang merupakan ibubapa atau orang tua dalam keluarganya, untuk meminang si dara. Si teruna hanya akan tunggu di rumah sementara menanti keputusan keluarga si dara. Lain halnya pula yang berlaku masakini. Rata-rata si teruna akan duduk di luar rumah apabila ahli keluarganya sedang berbincang dengan keluarga si dara. Apabila majlis selesai, si teruna akan berjumpa dengan keluarga si dara dan bergambar untuk kenangan.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 16
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
SEMASA PROSES
KAHWIN
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 17
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
TIADA MODAL BESAR UNTUK MAJLIS KAHWIN? Sesiapa yang plan nak kahwin tu mesti sibuk simpan duit, untuk belanja semasa urusan perkahwinan nanti. Kalau setakat bajet kecil tu ....ermmm segan la nak jemput member ramairamai datang ke majlis perkahwinan kan? Sebenarnya bajet perkahwinan boleh dijimatkan hampir 45% jika anda pandai berjimat. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikut, bagi menjimatkan kos belanja kahwin nanti. 1. Adakan majlis kenduri secara gotong-royong. Buat satu mesyuarat khas dirumah anda, jemput jiran, rakan dan saudara-mara, berkaitan majlis kenduri kahwin yang bakal diadakan nanti. Adakan sedikit jamuan ringan. Lantik seorang pengerusi yang pandai bercakap bagi pihak anda. (kalau nak cari katering pun pastikan kosnya berpatutan) 2. Masak sendiri lauk kenduri. Cari saudara atau sahabat yang berpengalaman dan sudi untuk masak untuk majlis kahwin anda nanti. Tapi jangan kedekut pula untuk sedekah tiga empat ratus ringgit sebagai saguhati. Minta bantuan saudara atau sahabat anda sebagai pembantu tukang masak. 3. Cari tempat yang boleh menyediakan sewa peralatan pinggan mangkok untuk majlis kenduri. Buat hidangan secara buffet, ini bagi memudahkan anda serta tidak menggunakan tenaga yang ramai. 4. Tidak perlu menyewa dewan sebagai tempat berlangsung majlis. Gunakan ruang depan laman rumah anda sendiri. Kan jimat! Sekiranya anda tinggal di kampung lagi senang. Tetapi sekiranya anda tinggal di taman atau flat, anda perlu tulis surat kepada majlis tempatan bagi menggunakan jalan di hadapan kediaman anda sebagai tempat mendirikan kanopi / khemah. 5. Tidak perlu menyewa sehingga 10 kanopi sebagai tempat makan. Cukup sekadar 3-4 khemah sahaja. Cari pakej yang menyediakan sekali dengan kerusi dan meja makan. Kebiasaannya jemputan akan datang diantara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Inilah waktu yang paling ramai pun. Selepas itu jemputan akan mula berkurangan. Ini merugikan anda, jika anda menyewa kanopi secara berlebihan. 6. Bagi pengantin perempuan, cari rakan anda yang pandai mengandam. Tidak perlu menyewa mak andam yang akan mengenakan caj beribu-ribu. Ini sangat merugikan anda. Tetamu tidak akan memuji cara solekkan anda. Tapi yang lebih penting cara mereka dilayan.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 18
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
7. Gunakan jurugambar sedia ada. Mungkin saudara anda mempunyai kamera. Gunakan kamera yang sedia ada, dan rakamkan gambar-gambar sebagai kenangan. Digital kamera lebih senang dan murah. Anda boleh cetak gambar-gambar kahwin anda dikedai-kedai foto digital. Sekitar 50 sen sahaja sekeping, jika anda cetak dengan banyak. Juru gambar upahan akan mengenakan caj yang lebih tinggi, terutama pada musim kahwin. Banyak lagi perkara-perkara yang anda boleh fikir, dan lakukan sendiri bagi menjimatkan kos majlis perkahwinan anda. Jangan membazirkan wang anda dengan bayaran-bayaran yang tidak perlu. Tapi kalau anda memang nak buat grand, modalnyer pun grand la.... Yang penting buat majlis walimatul urus mengikut kemampuan, jangan meminjam, bergolok, bergadai, nanti merana lepas kahwin. Tak da sapa yang nak tolong bayar hutang...
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 19
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN MENAIKKAN SERI WAJAH PENGANTIN Adalah menjadi keutamaan mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka. Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambilkira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut. Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas. Caranya :44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar, kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah ! 30 hari sebelum hari perkahwinan - Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari. Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai "Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik. Cubalah. Akhir sekali, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda. Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda. Contohnya, Wardina mungkin cantik berbaju ungu di hari perkahwinannya, tetapi anda mungkin sebaliknya ! Jadi, buat pilihan yang bijak.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 20
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
PERSEDIAAN MELAYARI ALAM RUMAH TANGGA Sebelum membuat keputusan berumah tangga, setiap pasangan perlu menyelidiki dan menggariskan beberapa tugas yang perlu dipenuhi bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian rumah tangga agar terus subur. Antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi suami ke atas isteri dan anak-anak mereka termasuk: 1.
Menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada isteri dan anak.
2.
Memberi nafkah batin termasuk bergaul dengan isteri secara baik.
3.
Melindungi isteri dan anak-anak berkenaan dari segi keselamatan dan kesihatan mereka.
4.
Melindungi maruah dan harta benda keluarga.
5.
Membimbing isteri dengan ajaran Islam dalam mendapat keredaan Allah s.w.t.
6.
Mendidik anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna.
7.
Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah yang menimpa keluarga dan jiran tetangga.
Tugas dan tanggungjawab isteri juga penting bagi mengekalkan hubungan yang dibina. Antara peranan dan tanggungjawab isteri : 1.
Isteri perlu menjaga kehormatan diri mereka terutama apabila suami tiada di rumah.
2.
Patuh terhadap arahan suami selagi ia bukan arahan untuk melakukan maksiat.
3.
Memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
4.
Menjaga kebersihan rumah dan kesihatan diri dan anak-anak.
Menyimpan rahsia pergaulan dengan suami. 6.
Tidak meninggalkan rumah tanpa izin atau pengetahuan suami.
7.
Berhias serta menjaga kesopanan buat tatapan suami dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di khalayak ramai.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 21
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN 43 PANTANG LARANG BAKAL PENGANTIN Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya. Berikut adalah 43 pantang larang untuk bakal pengantin lelaki and perempuan. Terpulang pada anda untuk mengamalnya atau sebaliknya yer.
Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
Elakkan minum minuman keras dan merokok.
Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 22
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 23
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 24
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN Tips pakaian pengantin lelaki sewaktu bertandang ke rumah saudara-mara pengantin perempuan
Sememangnya pakaian harian bagi lelaki agak mudah dan simple jika dibandingkan dengan pakaian kaum wanita. Cukup dengan seluar jeans dan t-shirt sudah memadai untuk seorang jejaka pergi ke mana sahaja. Tidak perlu risau dengan padanan warna, mahu pun aksesori tambahan seperti beg tangan atau pun kasut, selipar jepun bagi lelaki, sudah cukup! Gaya mudah dan santai yang dipamerkan oleh orang lelaki adakalanya perlu juga sesuai dengan tempatnya. Bukan untuk ‘memaksa’ orang lelaki mengenakan pakaian formal seperti sut dan tali leher, cuma kadang-kadang jika bertemu dengan orang-orang tertentu buat pertama kali, tanggapan orang yang memerhati perlu dijaga. Seperti contoh, sewaktu menghadiri temu duga untuk perkerjaan, orang lelaki biasanya akan tampil sekemas mungkin. Begitu juga pada hari pernikahan dan perkahwinan. Namun, sewaktu bertandang ke rumah saudara-mara iaitu beberapa hari selepas majlis perkahwinan, orang yang sama dilihat begitu bergaya sewaktu majlis ‘Impian’nya, hanya berpakaian seperti mahu ke pasar raya. Siap dengan topi lagi. Aduh! Bukan tidak boleh…cuma tidak kena pada tempatnya. Lebih-lebih lagi kalau yang dikunjungi itu orang-orang tua, atau orang yang pangkatnya setaraf dengan ibu atau bapa saudara. Bertemu buat kali pertama dengan imej berkonsep ‘pasar raya’ adalah sesuatu yang perlu diperbetulkan. Sebenarnya, tujuan pertemuan tersebut boleh diperluaskan. Bukan setakat untuk mengenal rupa, bahkan untuk membina tali persaudaraan dan mengeratkan ikatan silahturrahim umat Islam. Inilah peluang untuk saling kenal-mengenal dan bertanya tentang latar belakang, asalusul dan sebagainya. Harus diingat, orang lazimnya akan menilai seseorang itu melalui luarannya. Jadi, untuk tujuan itu, saya gariskan beberapa panduan untuk bakal pengantin lelaki tampil bergaya dan berkeyakinan sewaktu bertemu dengan sanak saudara isterimu:
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 25
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Yang perlu dibuat:
Pakai wangi-wangian. Ini sunnah Rasulullah.
Pakai baju kemeja – lengan pendek ke panjang ke, tak kisah. Nak ‘tight-in’ atau tak, terpulang. Lebih baik tak payah ‘tight-in’, nanti nampak macam nak pergi mintak kerja pulak. Pastikan bergosok.
Seluar jeans OK tapi jangan terlalu ketat atau yang berlubang-lubang. Bukannya nak pergi Konsert pun.
Rambut pastikan pendek dan kemas. Kalau bela rambut panjang, pastikan dijaga dengan baik. Pakai syampu dan letak minyak rambut. Sikat dengan kemas.
Yang ni sensitif sikit. Bersihkan hidung daripada bulu-bulu yang tidak di’tebas’. Sesuai ke nak gi rumah atuk dia dengan bulu hidung bersepah?? Fikir-fikirkan lah…
Yang perlu ditinggalkan:
Memakai ‘topi’. Jenis yang macam mana pun tak payahlah. Orang tua-tua tak suka. Kalau pakai kopiah, ok…hidupkan sunnah walaupun sesetengah orang tak suka.
Memakai t-shirt berkolar bulat dan tak gosok plak tuh! Nak pakai t-shirt sangat, pakailah yang berkolar.
Merokok! Berhenti terus lagi baik.
Memakai rantai !! hmmm…lu pikir lah sendiri.
…dan banyak lagi perkara-perkara yang perlu dititik beratkan. Perkahwinan sebenarnya bukanlah setakat hubungan antara suami dan isteri sahaja. Malahan, sesuatu hubungan pernikahan adalah merupakan ikatan kekeluargaan yang merangkumi segenap lapisan dan susur galur keluarga. Adakalanya kita terpaksa menjadi orang lain sekejap demi untuk menjaga suatu perkara yang lebih besar daripada kemahuan dan kehendak diri sendiri.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 26
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN TIPS UNTUK BAKAL PENGANTIN XXL
Kesukaran untuk memilih busana pengantin yang sesuai untuk yang bersaiz XXL memang dirasai. Oleh itu, bakal pengantin disarankan untuk membuat sendiri busana persandingan / pernikahan. Walaupun harga lebih mahal berbanding sewa busana pengantin, namun perkahwinan adalah yang terpenting dan sekali untuk seumur hidup. Jadi adalah berbaloi untuk belanja. Pereka fesyen anda akan memberi cadangan mengikut jenis fabrik dan warna yang sesuai dengan pengalaman yang mereka miliki. Sekiranya anda ingin menyewa busana perkahwinan di butik-butik perkahwinan, anda boleh cuba menghubungi beberapa butik untuk memastikan ada saiz yang sesuai terlebih dahulu. Ini dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga anda. Kesukaran untuk mencari kasut yang sesuai bagi saiz XXL juga mungkin berlaku. Untuk itu, anda mungkin boleh membuat servey dibeberapa kedai kasut ataupun mengambil kasut baru sendiri. Anda boleh meminta pereka busana anda menghais sekali kasut anda supaya secocok dengan busana anda. Semasa memilih busana persandingan, anda digalakkan untuk mencari teman yang berfikiran positif. Teman anda ini dapat memberikan pandangan positif dan galakan kepada anda untuk meningkatkan semangat anda supaya tidak mudah putus asa mencari busana yang sesuai dan padan dengan anda. Anda perlu memberi keyakinan terhadap diri bahawa andalah yang tercantik pada hari perkahwinan anda. Tanamkan sifat positif dalam diri anda iaitu kecantikan bukan sahaja kerana anda ramping atau mempunyai bentuk badan yang menarik, sebaliknya kecantikan berasal dari hati yang suci disertai dengan persiapan yang menarik dalam majlis perkahwinan khas untuk anda. Bloghuza.com@copyright 2011
Page 27
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Jenis potongan baju pengantin juga memainkan peranan penting. Ia boleh memberi keseimbangan kepada bentuk badan seseorang. Baju dan kain potongan duyung sangat sesuai untuk pangantin lebih gempal kerana dapat menutupi punggung. Belahan di bahagian depan badan dapat memberi keseimbangan ilusi panjang kepada pemakai. Pengantin yang bersaiz XXL juga perlu bijak memilih kain yang sesuai untuk mengurangkan ilusi besar pada badan. Untuk itu, pilihlah fabrik lace yang lembut dapat membuat badan anda kelihatan kecil. Elakan fabrik yang keras seperti kain songket dan baldu. Penggunaan ‘vale’ atau layah kepala perlu labuh dari punggung ke bawah. Ini boleh menunjukkan seseorang lebih tinggi dan bergaya apabila layah melepasi bawah punggung. Sekiranya potongan layah singkat, ia menjejaskan penampilan pengantin kerana nampak lebih rendah dari ketinggian asal. Warna juga memainkan peranan yang penting. Warna yang paling sesuai perlu mempunyai keseimbangan daripada gabungan warna cerah dan gelap. Pilihan yang sesuai ialah warna yang lebih gelap seperti ungu tua atau biru tua kerana warna berkenaan memberi ilusi yang lebih langsing, kecil dan ramping dari saiz sebenar.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 28
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
MANDI LIMAU
Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada zaman silam tetapi kini telah lapuk. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan menanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelaki tentang keperawanan pengantin perempuannya. Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna putih yang memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukkan sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan kemudian yang paling penting sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zaman silam, bukti tentang keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting kepada orang Islam umumnya. Penyerahan bukti sebelum istidat mandi limau adalah wajib dan amat penting sehingga ketiadaan bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkan perceraian serta-merta. Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan. Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di bawa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan air sintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan. Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya. Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu. Bloghuza.com@copyright 2011
Page 29
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
SELEPAS KAHWIN
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 30
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
MALAM PERTAMA MALAM PERTAMA adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru. Satu pengalaman yang selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain, kini benar-benar akan mereka alami sendiri. Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama. Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama. Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna, dalam debar mereka biasanya tidak sabar untuk mengalami sendiri peristiwa yang akan diingati seumur hidup. Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yang sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru berlangsung dengan penuh nikmat, beberapa perkara harus diberi perhatian. Persiapan Fizikal Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama. Khususnya kaum wanita. Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangun awal untuk persiapan hari perkahwinan. Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan ’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan, sekiranya pasangan kepenatan, apa salahnya menunggu keesokan harinya, Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama. Persiapan Mental Bagaimana dengan persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia untuk malam itu? Hehe Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimal kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru. Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui. Cukupkah Ilmu Di Dada? Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yang perlu dipelajari lebih lanjut. Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai, anda hanya mendengar, kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut. Bloghuza.com@copyright 2011
Page 31
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru. Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’ (bahagian tubuh yang sensitive terhadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak. Namun bagi isteri untuk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tantu jauh lebih mudah, bukan? Jangan Makan Berlebihan Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda untuk membantu proses percernaan makanan. Akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yang dikehendaki dan seterusnya yang membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual. Tinggalkan Kenangan Yang Indah Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yg mendalam.Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu, pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya .
klik di gambar untuk panduan terperinci berkaitan MALAM PERTAMA
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 32
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN CARA SUAMI MENDEKATI ISTERI PADA MALAM PERTAMA Suami yang mendekati isteri di malam pertama dengan pujian-pujian verbal mahupun tidak, sepatutnya menjadikan anda rasa gembira dan senang. Tapi samada itu adalah tanda cinta yang tulen, satu pujukan untuk melakukan hubungan seks, atau hanya tinggal pujian adalah bergantung kepada apa yang menyusuli perlakuan itu: 1.
Tanda Pada Matanya
Jika matanya merenung, itu menunjukkan dia berminat tetapi dia mendapati anda sedikit menekan perasaannya. Jika keningnya terangkat itu tandanya dia lebih berani. Jika renungan matanya tepat, itu adalah tanda dia berani menawan anda. 2.
Tanda Senyumannya
Sekiranya suami memberikan senyuman yang hangat dan kelihatan terbuka, ia tanda bahawa dia secara tulen berminat kepada anda. Jika dia senyum tetapi kelihatan tegang dan tertutup itu menunjukkan dia kurang yakin atau mungkin dia tidak percaya pada isteri. 3.
Menjilat Bibirnya
Walaupun wanita tidak begitu menyukai kelakuan seperti ini, ia adalah tanda bahawa lelaki itu berani syahwatnya bangkit, dan dia akan melakukan cumbuan-cumbuan dengan bernafsu. 4.
Berjenaka
Jika dia banyak berjenaka pada ketika itu, dia adalah suami yang merasa tidak selesa apabila mahu menjadi agresif. Hubungan seks memerlukan lelaki menjadi agresif, bukan seperti tunggul kayu. Anda perlulah memberikan keyakinan kepadanya agar dia berani meneruskan niatnya untuk mencumbui anda. 5.
Menyentuh Dan Membelai
Dia adalah lelaki yang berani dan yakin. Dia dikawal oleh rasa keberahian dan menggunakan sentuhan dan belaian untuk mengawal hubungannya dengan anda. 6.
Memuji
Ini perlulah diperhatikan. Ada suami yang memang ikhlas dengan pujian, sedangkan ada pula yang mempunyai tujuan lain. Apa yang harus anda lakukan ialah menumpukan perhatian kepada apa yg dia katakan. Sekiranya dia memuji secara patut, anda telah menemui suami yang tidak takut untuk menyuarakan apa yang dirasakan di dalam hatinya. Bloghuza.com@copyright 2011
Page 33
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
7 TIPS KEHAMILAN UNTUK LELAKI Tahukah anda ada beberapa perkara yang harus lelaki hindari jika mereka ingin mempunyai anak. Berikut ini disenaraikan 7 perkara yang harus dihindari oleh kaum lelaki agar masalah sukar mendapat anak tidak terjadi : 1.
Jangan selalu mandi air panas atau sauna
Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi, iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh. Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma. Keadaan panas pada bahagian testis menyebabkan tahap kecergasan/keaktifan sperma menurun, lantas menyukarkan proses persenyawaan.
2.
Jangan Terlalu Kerap Berbasikal
Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan bahawa tekanan terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada penis. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.
3.
Elakkan Stress atau Tekanan
Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.
4.
Elakkan daripada terdedah kepada bahan radiasi/bahan kimia
Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di Montreal, Kanada. 5.
Jangan ambil ubat sembarangan
Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani pada fungsi seksual. Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 34
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
6.
Jangan Merokok / Kurangkan Merokok
Penelitian - penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Lebih baik hentikan kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.
7.
Elakkan Makanan Ringan
Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran, buahbuahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk menjadi seorang ayah.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 35
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
PETUA-PETUA KAHWIN Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? menambat hati isteri?
Apakah petuanya bagi suami untuk
Sentiasa berdoa agar disayangi.
Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 36
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
Sentiasa lakukan ibadah bersama.
Jika keluar daerah, telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
Urut belakang isteri sekali sekala.
Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 37
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
Lebihkan isteri daripada anak-anak.
Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
Seeloknya masuk tidur serentak.
Belai isteri sebelum pergi kerja.
Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
Lakukan riadah bersama isteri.
Pergi berkelah sekali sekala.
Tolong cuci, jemur atau gosok pakaian sekali sekala.
Jangan terlalu memberi perhatian kepada perempuan lain di depan isteri.
Jangan curang kerana sekali anda tertangkap, sukar untuk pasangan anda memaafkan dan melupakannya.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 38
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN 8P TIP KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA 1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. 2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. 5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. 6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua- duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain. 8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Tahukah anda bahawa kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 39
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN KESILAPAN SELALU DILAKUKAN DI AWAL PERKAHWINAN Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama. Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama. Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin. Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama. Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka. Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat. Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini. Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun anda berasa tidak berminat. Cuba pelbagaikan cara approach anda terhadap pasangan dan mulakan dengan berbual-bual mesra dan sentuhan yang bisa menaikkan keghairahan pasangan andan. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap anda melakukannya, anda mungkin akan lebih menyukainya. Bloghuza.com@copyright 2011
Page 40
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman. Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup. Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik. Selalu kita perhati, orang lelaki suka mengkritik susuk badan pasangan mereka sehingga ianya menjadi satu tekanan kepada pasangan seperti tiada keyakinan diri. Selalu juga kita perhatikan sorang akan jalan jauh didepan (maksud saya orang lelaki yer) dan sorang lagi akan dibiarkan jauh dibelakang. Alasan yang diberikan pastinya “Awak ni jalan lambat sangat lah!”. Padahal jika masa bercinta, kalau boleh tak boleh berenggang langsung. Betul tak? Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada. Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Bila dah cool tu, cubalah berbaik-baik ya. Jangan biarkan ianya berlarutan demi menjaga keharmonian rumahtangga anda juga. Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya – anak Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang. Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak. Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses. Bloghuza.com@copyright 2011
Page 41
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
CARA MENANGANI SUAMI YANG EGO 1. Yang paling penting, teruskan berdoa pada ALLAH minta supaya diberikan taufik hidayah kepada suami yang tinggi egonya. Setiap kali lepas solat, berdoalah sungguh-sungguh dan sepenuh hati, mengharapkan rahmat dan hidayah daripada Allah. Dalam doa tu, sebutkan secara khusus nama suami anda, minta Allah ampunkan dosanya dan diberikan petunjuk ke jalan yang diredhai Allah. 2. Jangan tegur secara direct kesilapan suami. Sebaliknya cuba cari jalan yang lebih ‘halus’ / berlapik dalam membuat teguran. Contohnya kalau suami liat bangun solat subuh, anda tak perlu kejutkan suami (sebab kalau kejut nanti suami mengamuk pula). Sebaliknya anda dirikan solat di sebelah katil. Kemudian lepas solat, anda baca quran dengan suara yang ‘agak kuat’. Mungkin sehari dua, tak nampak kesannya. Tapi kalau hari-hari anda buat macam tu, harapharap dia akan ‘malu’ sendiri nanti. Tak pun, kalau ada anak, suruh anak ingatkan atau tegur. Sebab kadang-kadang, suami lebih boleh mendengar teguran anaknya. Memang di akui bukan mudah untuk kita mengubah sesuatu yang sudah jadi kebiasaan pada orang lain tetapi jika kita tak mencuba manakan dapat hasilnya rite? 3. Anda kena jaga akhlak dan adab dengan suami. Layan dia sebaik mungkin. Kalau berbicara dengan suami, gunakan perkataan yang lembut, sentiasa senyum dan bermanis muka dengan dia, dan sentiasa minta maaf pada dia (walaupun mungkin puan tak buat salah). Pendek kata, puan kena berusaha jadi isteri yang solehah dan cuba ‘tawan’ hati suami. Teknik ini mungkin boleh dianggap sebagai teknik ‘reverse psychology’, dimana tujuannya untuk suami puan berasa segan dan ‘malu kucing’ dengan kebaikan yang puan berikan padanya. Melalui cara ini juga sebenarnya, boleh menarik rahmat dan keberkatan daripada Allah. Disebabkan pengorbanan dan susah payah puan melayan suami (*melayan suami adalah satu ibadah yang utama bagi seorang isteri), maka Allah akan beri kebaikan dan curahkan kasih sayang dalam keluarga puan.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 42
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN SIKAP YANG DIBENCI SUAMI Berikut adalah beberapa nasihat-nasihat yang diberikan oleh Dr Fadillah Kamsah kepada isteriisteri untuk memenangi hati suami agar rumah tangga sentiasa bahagia dan penuh dengan perasaan kasih dan sayang. Pada kebiasaannya menempuh alam perkahwinan tidaklah seindah semasa berada di alam percintaan. Masa bercinta, apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya kelihatan baik-baik belaka. Bak kata pepatah ‘pijak semut pun tak mati’. Apabila masuk gerbang perkahwinan, barulah tahu perangai atau tingkahlaku pasangan masing-masing. 1. CEREWET ‘Kerana mulut, hati binasa’. Wanita atau isteri perlu bijak mengawal perasaan dalam percakapannya. Suami tidak suka apabila isteri cerewet tidak kena pada tempatnya. Contohnya, apabila keluar makan bersama suami, isteri mahukan tempat yang menarik dan makanan yang mahal. Mungkin tidak perlu semua itu, asalkan anda berdua menghabiskan suasana yang romantik dan menyelami perasaan masing-masing. 2. CEMBURU Sifat ini perlu ada dalam sesuatu hubungan. Tetapi, wanita atau isteri yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Jangan biarkan suami anda merasa mereka tidak dipercayai. 3. CABAR Lelaki mempunyai ego tersendiri. Mereka pantang dicabar terutamanya oleh wanita, apatah lagi oleh isterinya. Sebagai wanita dan isteri, anda perlu membataskan tindak tanduk agar suami tidak merasa tercabar. Sesetengah isteri apabila bergaduh dengan suami, kata-kata seperti ‘kalau awak berani, cubalah cari perempuan lain’. Ingat, kadang-kadang ayat ini boleh membuatkan suami tercabar. Jika suami anda betul-betul melakukan, siapa yang akan putih mata. 4. CABUL Ini bermaksud keji dari segi perangai isteri yang langsung tiada perasaan malu. Contohnya, bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan. Apatah lagi, jika anda mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dan tidak baik kepada suami sendiri mahupun mertua.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 43
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
5. CELUPAR Cantik hanya di luaran sahaja. Wanita atau isteri yang cantik akan kelihatan hodoh, jika mulutnya celupar. Adalah tidak patut dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang manis atau terlepas cakap kepada suami. Jangan membuatkan suami berjauh hati dengan anda. 6. CINCAI Suami paling tidak suka apabila isteri membuat kerja rumah sambil lewa ataupun ‘cincai’. Jaga makan, minum adalah satu keutamaan untuk suami. Menurut Dr Fadillah Kamsah, suami paling benci apabila isteri sambil cincai menjaga anak. ‘Anak dah masuk longkang tapi isteri masih melepak di depan televisyen’. 7. CUAI Kebiasaan, lelaki atau suami tidak suka jika pasangannya cuai terutamanya ia melibatkan masa. Contohnya, apabila ingin keluar bersama-sama, suami terpaksa menunggu masa yang lama kerana isteri masih lagi bersiap, bersolek dan mengemas. Situasi ini akan menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada suami. 8. COMOT Ada wanita atau isteri cantik tetapi sebenarnya comot. Comot bukan hanya melibatkan wajah seseorang itu tetapi juga dilihat dari segi penampilan yang selekeh, kerja yang telah dilakukan dan tindak tanduknya. Contohnya, hanya bersolek ketika hendak keluar rumah tetapi apabila berada di rumah, langsung tiada persiapan diri. Ingat, ada isteri beranggapan bersolek untuk suami tetapi di rumah tidak dipraktikkan.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 44
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN TIPS MERTUA – MENANTU
Tips hubungan dengan mentua-menantu seperti berikut: 1.
Cuba bermesra
Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. Pokok pangkalnya, mentua anda adalah orang yang selama ini membesarkan pasangan anda dan bagi mentua yang ditakuti menantu, terimalah kenyataan yang anak anda sudah memilih menantu anda itu untuk menjadi pasangan hidup mereka. Kalaupun anda tidak dapat menyukai mereka, tunjukkanlah rasa hormat dan kewarasan anda. Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka. 2.
Dahulukan keluarga anda
Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa 'jauh' dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai mertua selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan mertua terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 45
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
3.
Usah babitkan anak-anak dalam masalah
Andainya hubungan anda dengan mentua tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan. 4.
Dapatkan nasihat
Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat daripada mentua anda. Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu. 5.
Terima seadanya
Jika hubungan anda dengan mentua tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lamakelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 46
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN MENANGANI SUAMI YANG PANAS BARAN 1.
Wujudkan Empati dalam Diri
Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda. 2.
Alihkan Perhatian
Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi. 3.
Usah Simbah Minyak ke Api
Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda. Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk. 4.
Buatkan Dia Tersenyum
Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai. Bloghuza.com@copyright 2011
Page 47
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN
5.
Bernafaslah dengan Relaks
Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan ‘cerebral cortex’ anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda. 6.
Kenal Pasti Punca
Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat. 7.
Berjumpa Orang Ketiga
Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling. 8.
Berdoa pada Allah
Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah. Memahami perbezaan sikap pasangan bukanlah satu formula terunggul untuk mencapai kebahagian dalam sesebuah rumahtangga. Namun ia boleh berfungsi untuk mengurangkan stress dan tekanan kepada pasangan.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 48
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN ADUAN – ADUAN PENTING UNTUK DISELAMI Bagi mencapai target rumahtangga yang disebut oleh Allah ta’ala, bibit masalah yang kerap menjadi punca awal membawa penceraian, hilang cinta dan kasih perlu ditangani. Antara punca awalnya boleh dilihat dalam beberpa aduan pilihan di bawah. Ia dikutip hasil dari beberapa aduan yang saya terima dan juga pembacaan. Saya gariskan cadangan dan apa yang perlu difahami oleh suami dan isteri dalam menghadapi aduan dan pertikaian mulut pasangan.. RUNGUTAN 1 ISTERI : Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid. Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku? SUAMI : Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu. Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu. Yang Sepatutnya Lelaki Faham Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat. Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja. Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dan sebagainya). Wanita Faham Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak? Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai tempat berehat & bertenang. Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 49
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN RUNGUTAN 2 ISTERI : Bila aku bercakap kepadanya, dia sering menganggu atau memberi penyelesaian SUAMI : Setiap tungkus lumus idea aku tidak dihargainya malah ditambah komplennya. Yang Sepatutnya Lelaki Faham Fahamilah, bahawa wanita dalam banyak kebarangkalian dan keadaan, mereka bercerita masalahnya sekadar untuk melepas bebanan dan bukan mencari penyelesaian segera. Justeru, jadilah pendengar yang baik. Dia juga suka bercakap masalahnya bagi meraih simpati dan kasih suami terhadapnya. Tunjukkan simpati. Namun cuba elak buat sementara sebarang penyelesaian melalui lafaz, dan banyakkan response melalui sentuhan.
Wanita Faham Lelaki kerap ingin menjadi hero dan juara dalam bidangnya, khususnya di hadapan wanita. Kerana itu dia sering menyampuk sebagai tanda ambil seriusnya dia terhadap masalahmu dan ingin segera menyelesaikannya. Respons dan berterusan dengan wajah kurang senang selepas cadangannya dibuat akan boleh disalah tanggap sebagai merendahkan kewibawaannya.
RUNGUTAN 3 ISTERI : Bila dia bercakap, terus menerus dan langsung tidak berminat untuk mendengarku bercakap.” Tak pandang kita pun.” SUAMI : Aku memang mendengar, walau mata melihat kepada perkara lain. Aku sudah bantu dengan pelbagai cadangan penyelesaian namun dia masih tidak puas hati.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 50
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN Yang Sepatutnya Lelaki Faham Wanita lebih rasa dihargai apabila kita melihat dengan tepat ke matanya dan menunjukkan reaksi wajah. Justeru, walau rasa kurang selesa dengan cara itu, ambillah hatinya. Wanita Faham Sebahagian lelaki tidak suka memandang tepat di wajah isteri khususnya apabila isteri membangkitkan masalah dalam rumahtangga mereka. Kerana setiap ungkitan itu dianggap mencabar wibawa dan egonya. Justeru fahamilah jika dia senyap semasa anda bercakap dan memberikan luahan, itu sudah memadai sebagai tanda dia mendengar dan berfikir walau dia tidak memandang mata dan wajahmu. Lelaki juga adakalanya tidak suka berada dalam suasana perbincangan terlalu serius di rumah yang dianggapnya tempat untuk rehat dan bertenang. Dia tidak mahu jadi seperti di pejabat. Dia akan mendengar cuma tidak mahu dianggap seperti meeting rasmi di pejabat.
RUNGUTAN 4 ISTERI : Dia langsung tidak lagi sedar penampilanku, adakah melampau untuk aku harapkan penghargaan sekali sekala terutama di hari istimewa. SUAMI : Berapa banyak kali penghargaan yang diperlukan, setiap hari 5 kali kah? Mengapa dia tersangat emosi dalam hal ini?. Yang Sepatutnya Lelaki Faham Wanita tidak seperti lelaki yang cukup dengan hanya sekali pujian, khususnya berkaitan penampilan dirinya. Lebih kerap mereka dipuji, lebih terasa mereka berharga di mata suami. Sentiasa ringankan mulut memuji. Adalah difahami salah satu tabiat lelaki bosan mengulangi pujian kepada perkara yang telah diperolehinya (namun sebelum memperolehinya, dia memang pemurah dengan puji-pujian). Justeru bagi mengelakkan kebosanan menjengah, pelbagaikan cara, sama ada pujian & penghargaan melalui tulisan, rakaman, sentuhan dan hadiah.
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 51
TIPS SEBELUM, SEMASA & SELEPAS KAHWIN Isteri memang emosi bab ini, kerana sifat wanita akan merasa terancam dan bimbang apabila si suami sering didedahkan dengan wanita di luar rumah dan di TV yang dirasakan melebihi penampilan dirinya. Justeru, penghargaan lelaki adalah perlu baginya untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Wanita Faham Suami biasanya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa suara dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan. Tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafkah dan menyediakan keperluan zahir dan batin isteri. Sebahagian dari tabiat suami adalah menganggap nafkah pujian, penghargaan sebagai sampingan. Fahami sikap mereka itu nescaya stress boleh dikurangkan. Jangan bimbang, tidak semua suami melihat penampilan dan tubuh sebagai aset penting isteri. Justeru, jika merasakan diri ‘kurang perform’ di bahagian itu, tingkatkan prestasi di bidang lain yang boleh dihargai oleh suami. Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman Sumber Artikel : www.zaharuddin.net
Bloghuza.com@copyright 2011
Page 52