TERMA DAN SYARAT KEMPEN “Save, Invest and Win” 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai “RHB”. TEMPOH KEMPEN 2. Kempen “Save, Invest and Win” (“Kempen”) akan berlangsung daripada 1 Julai 2017 hingga 30 November 2017, termasuk kedua-dua tarikh yang dinyatakan (“Tempoh Kempen”). KELAYAKAN 3. Kempen ini terbuka kepada semua yang berikut:a. Semua inidividu yang berumur 18 tahun dan ke atas, pemastautin dan bukan pemastautin, (“Peserta”) 4. Individu-individu / Entiti-entiti yang berikut tidak layak menyertai Kempen ini:a. Syarikat komersial, korporat, empunya tunggal, perkongsian, organisasi kebajikan/pertubuhan bukan kerajaan, persatuan, sekolah dan syarikat.
MEKANIK KEMPEN CAMPAIGN REGISTRATION Kriteria Kelayakan
5. Untuk melayakkan diri menyertai Kempen ini, Peserta dikehendaki memenuhi kriteria kelayakan kempen (“Kriteria Kelayakan”) dengan melakukan yang berikut: a. Peletakan deposit minimum sebanyak RM1,000 ke dalam Akaun Semasa (CA) atau Akaun Simpanan (SA) baharu/sedia ada dan jumlah pelaburan minimum sebanyak RM2,000 dalam produk ASNB VP dalam Tempoh Kempen. b. Hanya Pelaburan Tunai untuk produk ASNB VP layak untuk kempen ini. Pelaburan yang dibuat melalui KWSP tidak layak untuk kempen ini. c. Gabungan pelbagai saiz dana dalam urus niaga semasa tempoh kempen adalah dibenarkan untuk membuat jumlah pelaburan minimum bagi kempen ini. d. Untuk akaun gabungan, hanya pemegang akaun utama berhak mendapat Hadiah Penyertaan dan Cabutan Hadiah Utama. e. Jumlah Pelaburan ASNB VP yang sama di bawah Kempen ini tidak layak untuk menyertai Kempen Bundle FD dan ASNB VP. f. Untuk melayakkan diri bagi Hadiah Penyertaan dan menyertai Cabutan Hadiah Utama, Peserta mestilah mengekalkan baki hujung bulan sebanyak RM1,000 dalam CASA mereka. Contoh:
Terma dan Syarat | KEMPEN
“Save, Invest and Win” 1
Senario
Peserta
1 2 3
Peserta A Peserta B Peserta C
Peletakan Baki Deposit Hujung CASA Bulanan (RM) CASA (RM) 1,000 1,200 2,000 500 1,000 1,500
Jumlah Pelaburan ASNB VP (RM)
Layak Mendapat Hadiah Penyertaan
2,000 3,000 0
Y T T
Layak untuk Cabutan Hadiah Utama Y T T
Kelayakan Menyertai Kempen 6. Peserta layak mendapat satu (1) penyertaan Kempen (“Penyertaan Kempen”) dengan setiap jumlah pelaburan dalam gandaan RM1,000 dalam produk ASNB VP dalam satu urus niaga menerusi cawangan RHB. Contoh pengiraan penyertaan:
Jumlah CASA (RM)
Peletakan deposit minimum sebanyak RM1,000 untuk layak menyertai cabutan
Penyertaan untuk cabutan Hadiah bagi setiap RM1,000 yang dilaburkan dalam Produk Pelaburan Terpilih ^
Pengganda Pelanggan Premier (2x)
Jumlah Pelaburan ASNB VP (RM)
Bilangan Penyertaan
Bilangan Penyertaan
2,000 5,000
2 5
4 10
10,000
10
20
7. Bilangan Peserta yang menang adalah sebagaimana yang ditunjukkan di dalam jadual yang berikut (“Pemenang”):
Bulan 1 2 3 4 5
Bulan Kempen Dari Hingga 01-Julai-17 31-Julai-17 01-Ogos-17 31-Ogos-17 01-Sept.-17 30-Sept.-17 01-Okt.-17 31-Okt.-17 01-Nov.-17 30-Nov.-17 Bilangan Pemenang
Kategori Hadiah Hadiah Utama Bulanan
3 orang pemenang x 5 bulan
15
8. Penyertaan Kempen yang diperoleh setiap bulan tidak boleh dibawa untuk cabutan Hadiah Utama Bulanan pada bulan berikutnya kerana Peserta perlu terus melakukan urusniaga pada setiap bulan untuk melayakkan diri menyertai cabutan Hadiah Utama Bulanan bagi bulan yang berkaitan.
Terma dan Syarat | KEMPEN
“Save, Invest and Win” 2
HADIAH KEMPEN REGISTRATION 9. CAMPAIGN Hadiah Kempen
9.1 Hadiah Penyertaan Simpanan Minimum dalam Akaun CASA (RM)
Pelaburan Minimum dalam ASNB VP (RM)
Tingkat
Hadiah Penyertaan*
2,000 hingga <10,000
1
Bekas Lock & Lock bernilai RM30*
10,000 hingga <30,000
2
Adaptor Perjalanan bernilai RM 50**
30,000 hingga <50,000
3
Garmin Vivofit 3 bernilai RM 499
50,000 dan Lebih
4
Philips Multi Cooker bernilai RM 599
1,000
*Hadiah Penyertaan bagi Tingkat 1 dan Tingkat 2 akan diberikan pada masa penyertaan tertakluk pada ketersediaan Hadiah, sementara stock masih ada. **Hadiah Penyertaan bagi Tingkat 3 dan Tingkat 4 akan diberikan selepas kelayakan Peserta telah dipastikan dan disahkan. 9.12 Hadiah Utama Kategori Hadiah
Hadiah
Hadiah Utama
Samsung S8 bernilai RM 3,299
Bilangan Pemenang 3 orang Pemenang bulanan, Jumlah keseluruhan seramai 15 orang pemenang
10. Pemberian Hadiah Utama akan dilakukan setelah Pemenang dikenal pasti. 11. RHB berhak mengikut budi bicaranya, dan tanpa notis terlebih dahulu untuk memotong harga runcit ganjaran dari CASA Yang Mengambil Bahagian sekiranya Peserta Tidak memenuhi syarat Kempen mengikut klausa 5. 12. RHB berhak menggantikan Hadiah Penyertaan dan Hadiah Utama dengan barangan lain yang sama nilainya. PENUNTUTAN HADIAH DAN PROSES PEMILIHAN PEMENANG CAMPAIGN REGISTRATION
13.
Semua Peserta yang layak akan disenarai pendek melalui sistem pemilihan rawak berkomputer. Apabila dihubungi oleh RHB atau wakilnya yang dilantik untuk melakukan pengesahan, Peserta layak yang disenarai pendek perlu menjawab satu (1) soalan berkaitan Kempen dengan betul untuk dipilih sebagai pemenang. Sekiranya Peserta yang layak gagal menjawab telefon atau menjawab dengan betul atas apa-apa alasan
Terma dan Syarat | KEMPEN
“Save, Invest and Win” 3
sekalipun, atau jika pengesahan gagal dilakukan, Peserta yang layak yang disenarai pendek dianggap terlepas peluang untuk menang dan RHB atau wakilnya yang dilantik berhak memilih Perserta yang layak yang disenarai pendek yang berikutnya. 14.
Setiap Peserta layak untuk memenangi lebih daripada sekali sepanjang Tempoh Kempen. Pemenang yang sama untuk Hadiah Utama Bulanan atau Hadiah Penyertaan adalah dibenarkan. Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui telefon dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh tamatnya Tempoh Kempen.
15.
Hadiah Utama akan dihantar kepada alamat Pemenang. Pemenang perlu memberi maklumat alamat untuk tujuan penghantaran hadiah kepada wakil RHB dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas dihubungi oleh wakil RHB. Pemenang akan dianggap telah melepaskan kemenangan mereka sekiranya gagal memberi maklumat akaun dalam tempoh masa yang ditetapkan.
16.
Pemenang bertanggungjawab untuk memaklumkan RHB secara bertulis atau melalui telefon tidak lewat daripada 31 Disember 2017 sekiranya tidak menerima Hadiah mereka. Kegagalan Pemenang untuk berbuat demikian akan dianggap sebagai Pemenang telah menerima Hadiah tersebut dari RHB.
17. RHB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan, kehilangan atau Hadiah yang tidak dituntut selepas 31 Disember 2017.
TERMA DAN SYARAT UMUM 18.CAMPAIGN DenganREGISTRATION menyertai Kempen ini, Peserta: a. Bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Kempen ini; b. Bersetuju untuk mengakses ke Laman Web Korporat RHB untuk membaca Terma dan Syarat ini dan mengemas kini diri dengan sebarang perubahan atau pindaan kepada Terma dan Syarat ini; c. Bersetuju bahawa Hadiah yang dipaparkan dalam semua bahan bercetak dan atau Laman Web RHB adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sebarang bentuk set, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama Hadiah dalam mana-mana bahan bergambar adalah untuk tujuan hiasan dan bukanlah sebahagian daripada Hadiah; d. Bersetuju bahawa RHB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kecacatan, koyak, kerosakan, tamat tempoh atau kecurian Hadiah. Sebarang permintaan untuk penggantian Hadiah atas sebab kerugian, kecacatan, koyak, kerosakan, tamat tempoh atau kecurian tidak akan dilayan oleh RHB; e. Bersetuju bahawa semua Hadiah tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga, tidak boleh dirunding dan tidak boleh ditukar untuk kredit dan seumpamanya, secara sebahagian atau sepenuhnya. f. Bersetuju bahawa keputusan RHB mengenai semua perkara berkaitan dengan Kempen ini, termasuk keputusan pemenang adalah muktamad. Semua hadiah
Terma dan Syarat | KEMPEN
“Save, Invest and Win” 4
tidak boleh dipindah milik dan tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di sini. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan dan bantahan tidak akan dilayan. g. Bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua cukai, fi kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undangundang berkenaan, jika ada, berhubung dengan penerimaan Hadiah. h. Bersetuju untuk membenarkan RHB menyiar atau memaparkan nama dan empat (4) digit terakhir nombor kad pengenalan Pemenang Kempen ini dalam media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan untuk tujuan Kempen ini; i.
19.
Bersetuju untuk tidak meneruskan sebarang penyertaan lanjut dalam Kempen ini dengan memaklumkan RHB jika ada pengubahsuaian masa depan Terma dan Syarat ini yang tidak boleh diterima.
RHB berhak untuk: a. Membatalkan semua penyertaan daripada Peserta di dalam Kempen ini dan melarang individu tersebut daripada terus menyertai Kempen ini, jika individu tersebut disyaki tidak mengikuti cara dan peraturan serta Terma-terma dan Syaratsyarat yang ditetapkan untuk Kempen ini. b. Membatal, menamat atau menggantung Kempen ini. Apa jua pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh RHB, tidak melayakkan Peserta untuk menuntut gantirugi atau pampasan daripada RHB untuk apa jua kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Peserta, hasil daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan ini. c. Menukar Hadiah mengikut budi bicaranya dengan Hadiah yang lain yang sama nilainya dengan memberi notis terlebih dahulu; d. Menambah, menggugurkan, menggantung atau mengubah Terma dan Syarat yang terkandung di sini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya, mengikut budi bicara mutlaknya dengan menyiarkannya di laman web RHB dan/atau melalui apa jua komunikasi yang dianggap sesuai oleh RHB dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta terlebih dahulu.
20.
RHB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua kegagalan berkaitan dengan Kempen ini yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, larangan bekerja, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, badai, kegagalan teknikal atau sistem atau apa jua perkara yang diluar kawalan RHB.
21.
Jika berlaku ketidakseragaman di antara terma-terma dan syarat-syarat di sini dan risalah-risalah, bahan-bahan pasaran yang berkaitan dengan Kempen ini, termaterma dan syarat-syarat di sini akan diguna pakai.
22.
Peserta digalakkan untuk memanggil Pusat Perkhidmatan Pelanggan RHB di talian 03 9206 8118 untuk mengemaskini maklumat terbaru mereka. -
Terma dan Syarat | KEMPEN
Tamat -
“Save, Invest and Win” 5