TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENGAWAL KEMPEN PENYELESAIAN PENGURUSAN KEKAYAAN (“WEALTH MANAGEMENT SOLUTIONS”)
1. Tempoh Kempen 1.1
Kempen dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“Bank”) dan bermula pada 1 Julai 2015 dan berakhir pada 31 Disember 2015, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”). Bank merizab hak untuk mengubah tempoh, tarikh permulaan dan atau tarikh akhir Tempoh Kempen dengan memberikan notis tidak kurang dari 21 hari calendar.
2. Kelayakan 2.1 Kempen terbuka kepada semua individu yang menetap di Malaysia, termasuk warganegara Malaysia, pemastautin tetap atau mereka yang bukan warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, keempunyaan tunggal, perkongsian, organisasi amal / bukan untung, pelanggan korporat dan perdagangan yang membuat pelaburan relevan (seperti yang dijelaskan dalam klausa 3) semasa Tempoh Kempen tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini (“Pelanggan Layak”). 2.2 Semua Pekerja Bank, CIMB Islamic Bank Berhad dan CIMB Investment Bank Berhad tidak layak menyertai Kempen ini. 3. Kempen 3.1 Kempen terdiri daripada promosi berikut: 3.1.1 Promosi Caj Jualan bagi Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian; 3.1.2 Promosi Caj Jualan bagi Pelaburan Unit Amanah Ekuiti Dana KWSP yang mengambil bahagian; 3.1.3 Promosi Caj Jualan Pelan Pelaburan Berkala melalui Arahan Pembayaran Berkala; 3.1.4 Promosi Caj Jualan bagi Pelaburan dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) (Hanya untuk Pelanggan Layak yang berumur 20 hingga 30 tahun); 3.1.5 Caj Jualan Istimewa untuk Pelabur Kali Pertama (Hanya untuk Pelanggan CIMB Preferred dan pelanggan CIMB Perdana Banking); 3.1.6 Ganjaran Hadiah untuk gabungan Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian dengan Pelaburan Berstruktur yang mengambil bahagian; 3.1.7 Ganjaran Tunai bagi Pelaburan dalam ASNB Dana Harga Berubah yang mengambil bahagian 4. Promosi Caj Jualan bagi Pelaburan dalam Penyertaan Dana Unit Amanah Ekuiti 4.1 Pelanggan yang Layak yang melabur dalam mana-mana dana Unit Amanah yang mengambil bahagian dari Unit Syarikat Pengurusan Amanah dipilih (seperti yang disenaraikan dalam Lampiran 1) yang ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya ("Dana Unit Amanah Ekuiti terpilih") semasa Tempoh Kempen hendaklah, tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, berhak untuk menikmati "Jualan Promosi Caj" ("Promosi Caj Jualan") seperti yang dijelaskan dalam jadual di bawah: Promosi Caj Jualan Jumlah Pelaburan Pelanggan Individu Pelangan CIMB Pelangan CIMB (Am) Prime Banking Preferred RM10,000 – RM99,999 3.50% 3.50% 3.50% RM100,000 – RM499,999 3.00% 2.80% 2.50% RM500,000 dan ke atas 2.50% 2.30% 2.00%
4.2
4.3
4.4
Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian adalah seperti di Lampiran 1 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis yang tidak kurang daripada 21 hari kalendar. Tertakluk kepada terma dan syarat, Pelanggan Layak berhak menikmati "Promosi Caj Jualan" jika Pelanggan Layak melabur sekurang-kurangnya RM10,000 dalam satu transaksi dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian. Gabungan daripada jumlah pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang berbeza adalah dibenarkan dengan syarat pelaburan dibuat dalam satu transaksi semasa Tempoh Kempen. Untuk Pelanggan CIMB Preferred / CIMB Prime Banking berhak menikmati "Promosi Caj Jualan", Pelanggan Layak mesti menjadi pelanggan CIMB Preferred / CIMB Prime Banking pada masa pelaburan dibuat dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian. Pelanggan Layak yang melabur dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak berhak menikmati "Promosi Caj Jualan"
5. Promosi Caj Jualan bagi Pelaburan dalam Penyertaan Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP 5.1 Pelanggan Layak yang melabur dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP yang mengambil bahagiandalam Tempoh Kempen berhak untuk menikmati "Promosi Caj Jualan" ("Promosi Caj Jualan KWSP”) seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah: Jumlah Pelaburan Promosi Caj Jualan KWSP RM1,000 and above 5.2
5.3
3.00%
Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP yang mengambil bahagian adalah seperti di Lampiran 2 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis yang tidak kurang daripada 21 hari kalendar. Untuk layak menikmati "Promosi Caj Jualan KWSP", Pelanggan Layak mesti melabur sekurangkurangnya RM1,000 melalui Bank dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Gabungan daripada jumlah pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP yang berbeza dibenarkan dengan syarat pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti KWSP adalah daripada salah satu (1) Syarikat Pengurusan Unit Amanah yang terpilih seperti yang disenaraikan dalam Lampiran 2.
6. Promosi Jualan Caj bagi Pelan Pelaburan Berkala melalui Arahan Pembayaran Berkala 6.1 Pelanggan Layak yang baru mendaftar mana-mana Arahan Pembayaran Berkala (APB) semasa Tempoh Kempen dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian seperti yang diterangkan dalam klausa 4, dengan jumlah pelaburan bulanan sebanyak minimum RM200 adalah berhak menikmati " Promosi Caj Jualan APB"seperti yang dijelaskan dalam jadual di bawah: Arahan Pembayaran Berkala dengan jumlah Promosi Caj Jualan APB pelaburan bulanan minimum >RM200 2.00% 7. Promosi Caj Jualan bagi Pelaburan dalam Skim Persaraan Swasta (PRS) 7.1 Pelanggan Layak yang berumur antara 20 hingga 30 tahun dan melabur dalam Skim Persaraan Swasta ("PRS") dari CIMB-Principal Asset Management Berhad ("CPAM") semasa Tempoh Kempen berhak menikmati " Promosi Caj Jualan PRS" ("Promosi Caj Jualan PRS") dijelaskan dalam jadual di bawah: Promosi Caj Jualan PRS Jumlah Pelaburan
1 Julai 2015 sehingga 10 Julai 2015
13 Julai 2015 dan seterusnya
0.00%
1.50%
Untuk Pelanggan Layak yang berumur antara 20-30 tahun dan melabur pelaburan minimum sebanyak RM1,000 dan ke atas 7.2
Gabungan jumlah pelaburan dalam dana PRS yang berbeza dari CPAM dibenarkan dengan syarat pelaburan dibuat dalam satu transaksi semasa Tempoh Kempen.
8. Caj Jualan Istimewa untuk Pelabur Kali Pertama 8.1 Pelanggan Layak yang merupakan pelabur unit amanah baru dengan Bank dan adalah Pelanggan CIMB Preferred / CIMB Prime Banking pada masa pelaburan berhak untuk menikmati "Caj Jualan Istimewa" seperti yang dijelaskan dalam jadual di bawah: -
8.2
Jumlah Pelaburan
Dana yang mengambil bahagian
RM5,000 dan ke atas
Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian seperti di Lampiran 1
Promosi Caj Jualan Pelanggan CIMB Pelanggan CIMB Preferred Prime Banking 1.68%
1.88%
Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian untuk promosi ini adalah seperti di Lampiran 1. Untuk layak menikmati "Caj Jualan Istimewa", Pelanggan Layak mesti melabur sekurang-kurangnya RM5,000 dalam satu transaksi di mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian. Gabungan daripada jumlah pelaburan Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian yang berbeza adalah dibenarkan.
8.3 8.4
Setiap Pelanggan CIMB Preferred / CIMB Prime Banking berhak menikmati "Caj Jualan Istimewa" sekali sahaja dalam Tempoh Kempen. "Caj Jualan Istimewa” adalah tidak sah untuk Pelanggan Layak yang melabur menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
9. Ganjaran hadiah untuk gabungan Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian dengan Pelaburan Berstruktur [Bon Runcit (RBRR) / Pelaburan Dwi Mata Wang (DCI) dan Pelaburan Emas Boleh Tukar (GCI)] yang mengambil bahagian 9.1
Pelanggan Layak yang merupakan pelabur baru untuk Bon Runcit ("RBRR"), Pelaburan Dwi Mata Wang ("DCI") dan / atau Pelaburan Emas Boleh Tukar ("GCI") dengan Bank DAN melabur dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian (seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 1) adalah berhak mendapat Ganjaran Hadiah berikut ("Ganjaran Hadiah"): Jenis Pelabur Pelabur Unit Amanah Sedia Ada
Jumlah Pelaburan Minimum dalam Unit Amanah
Jumlah Pelaburan Minimum dalam RBRR/DCI/GCI
RM10,000 GCI DCI
Pelabur Unit Amanah Baru
9.2
9.3 9.4 9.5
RM5,000
RBRR
Bon Runcit Bon Denominasi USD Bon Denominasi AUD Bon Denominasi SGD Bon Denominasi GBP
Bersamaan dengan RM40,000 Bersamaan dengan RM100,000 RM250,000 USD200,000 AUD100,000
Ganjaran Hadiah 1x Baucar Membeli-Belah bernilai RM100
1x Baucar Membeli-Belah bernilai RM100
SGD250,000 GBP50,000
Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang mengambil bahagian dan pendaftaran Bon Runcit, Pelaburan Dwi Mata Wang dan / atau Pelaburan Emas Boleh Tukar mesti dilakukan dalam bulan kalendar yang sama semasa Tempoh Kempen. Pelabur bagi Dana Unit Amanah Ekuiti dan Bon Runcit, Pelaburan Dwi Mata Wang dan / atau Pelaburan Emas Boleh Tukar mestilah pelanggan yang sama. Ganjaran Hadiah akan dihantar ke alamat Pelanggan Layak yang dikekalkan dalam rekod Bank dalam masa 60 hari bekerja dari akhir bulan setiap kalendar. Pelanggan Layak berhak mendapat satu (1) Ganjaran Hadiah untuk setiap produk yang didaftar oleh Pelanggan Layak. Sekiranya Pelanggan Layak mendaftar kesemua tiga (3) produk, dia berhak medapat tiga (3) Hadiah Ganjaran.
10. Ganjaran Tunai bagi Pelaburan dalam ASNB Dana Harga Berubah yang mengambil bahagian 10.1 Pelanggan Layak yang melabur dalam SNB Dana Harga Berubah (ASN 2, ASN 3, Amanah Saham Gemilang) semasa Tempoh Kempen, tertakluk kepada terma dan syarat di dalam ini, berhak untuk mendapat Ganjaran Tunai seperti yang dijelaskan dalam jadual di bawah: Tempoh Pelaburan 1 Julai hingga 30 September 2015 (Suku 1)
1 Oktober hingga 31 Disember 2015 (Suku 2)
Jumlah Pelaburan Terkumpul Suku Tahunan
Ganjaran (Tunai / Pelanggan)
RM50,000 – RM199,999
RM100
RM200,000 – RM499,999
RM250
RM500,000 dan ke atas
RM1,000
RM50,000 – RM199,999
RM100
RM200,000 – RM499,999
RM250
RM500,000 dan ke atas
RM1,000
10.2 10.3 10.4 10.5
Tertakluk kepada terma dan syarat, Ganjaran Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun deposit yang dikekalkan aktif oleh Pelanggan Layak di CIMB Bank. Pelanggan Layak berhak menerima Ganjaran Tunai di bawah Kempen ini adalah terhad kepada satu (1) Ganjaran Tunai setiap suku penggal kalendar (“Suku)”. Ganjaran Tunai akan diberikan kepada Pelanggan Layak dalam tempoh 60 hari bekerja selepas tempoh kempen berakhir. Kempen ini tidak termasuk dan / atau tidak terikat dengan mana-mana promosi ASNB Dana Harga Berubah yang lain yang ditawarkan oleh Bank pada masa yang sama.
11. Terma- terma dan Syarat-syarat Am 11.1 Dengan menyertai Kempen, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dan bersetuju bahawa sebarang dan semua keputusan yang dibuat oleh Bank berkaitan dengan setiap aspek Kempen termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini, kelayakan untuk menikmati Promosi Caj Jualan, Promosi Caj Jualan KWSP, Promosi Caj Jualan APB, Promosi Caj Jualan PRS, Caj Jualan Istimewa untuk Pelabur Kali Pertama untuk pelanggan CIMB Preferred / CIMB Prime Banking, dan kelayakan kepada Hadiah dan Ganjaran Tunai yang akan dikenakan adalah muktamad, mengikat dan konklusif. 11.2 Sekiranya Pelanggan Layak menggunakan hak bertenang mereka, atau pelaburan tersebut ditolak atau dibatalkan oleh mana-mana pihak atas apa jua sebab, Pelanggan Layak tidak berhak menikmati Ganjaran Hadiah dan/ atau Tunai di bawah Kempen ini. 11.3 Ganjaran Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau seumpamanya, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ganjaran Hadiah adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dari pembekal, pengeluar dan / atau peniaga yang berkaitan dengan Ganjaran Hadiah dimana terma-terma dan syaratsyarat adalah berasingan daripada terma dan syarat Kempen Bank. 11.4 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti, atau sokongan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, berkenaan dengan Ganjaran Hadiah kecuali yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian kasar atau keingkaran CIMB Bank. 11.5 Bank berhak untuk menggantikan mana-mana Ganjaran Hadiah di bawah Kempen ini dengan satu lagi Hadiah yang sama nilai selepas memberikan notis tidak kurang daripada 21 hari kalendar. 11.6 Pelanggan Layak dikehendaki menandatangani semua dokumen standard yang berkaitan dan mematuhi semua terma dan syarat berkenaan dengan pelaburan dalam produk yang berkaitan di bawah Kempen ini, yang berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat kempen ini. 11.7 Bank tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Pelanggan Layak atau mana-mana pihak lain atas sebarang kerugian atau kerosakan tidak kira apa jenisnya yang dialami oleh Pelanggan Layak atau manamana pihak lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, gantirugi sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas oleh mana-mana pihak) yang walau bagaimanapun jua berbangkit, dengan menyertai atau tidak menyertai Kempen. 11.8 Bank merizab hak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen dengan memberikan notis tidak kurang daripada 21 hari calendar. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh Bank tidak akan memberikan hak kepada Pelanggan Layak atau manamana orang lain pun jua untuk membuat sebarang tuntutan atau mendapat sebarang pampasan terhadap Bank atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan. 11.9 Bank merizab hak, dengan memberikan notis tidak kurang daripada 21 hari kalendar, untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) mana-mana terma dan syarat di dalam ini. Makluman kepada Pelanggan Layak tentang Pindaan hendaklah dilaksanakan menurut budi bicara mutlak Bank melalui mana-mana satu daripada cara komunikasi berikut, iaitu, melalui pos biasa ke alamat Pelanggan Layak yang terakhir diketahui atau dengan menampalkan notis berhubung dengan Pindaan di setiap cawangan Bank atau dengan menyiarkan iklan berhubung dengan Pindaan dalam satu akhbar kebangsaan pilihan Bank atau melalui laman web Bank atau melalui sebarang kaedah notis lain yang boleh dipilih oleh Bank dan Pindaan dianggap mengikat Pelanggan Layak dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang mungkin ditetapkan oleh Bank dalam makluman. 11.10 Terma dan Syarat Kempen ini, seperti yang sama boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut klausa 11.9, hendaklah mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. 11.11 Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti terpilih bukan obligasi, deposit dalam, dijamin atau diinsuranskan oleh Bank dan adalah tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kehilangan
11.12
11.13
11.14
11.15
11.16
jumlah prinsipal yang dilabur. Pelanggan Layak dinasihatkan agar membaca Prospektus Dana Unit Amanah Ekuiti terpilih sebelum melabur. Pelanggan Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj sebelum melabur. Prestasi Dana Unit Amanah Ekuiti terpilihdi masa lalu bukan petunjuk tentang prestasi masa hadapan dan pembahagian pendapatan tidak dijamin. Pelanggan Layak hendaklah bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko sebarang pelaburan. Pelanggan Layak yang merasa ragu-ragu tentang tindakan yang harus diambil hendaklah berunding dengan penasihat profesional mereka dengan serta-merta. Pelaburan dalam ASNB Harga Berubah bukan obligasi, dijamin atau diinsuranskan oleh Bank dan adalah tertakluk kepada risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kehilangan jumlah prinsipal yang dilabur. Pelanggan Layak dinasihatkan agar membaca Prospektus ASNB Berubah-ubah sebelum melabur. Pelanggan Layak juga harus mempertimbangkan semua fi dan caj sebelum melabur. Prestasi ASNB Berubah-ubah di masa lalu bukan petunjuk tentang prestasi masa hadapan dan pembahagian pendapatan tidak dijamin. Pelanggan Layak hendaklah bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit dan risiko sebarang pelaburan. Pelanggan Layak yang merasa ragu-ragu tentang tindakan yang harus diambil hendaklah berunding dengan penasihat profesional mereka dengan serta-merta. Dana Unit Amanah Ekuiti dan ASNB Harga Berubah diatur atau ditawarkan oleh Bank dan hendaklah diserahkan kepada atau dilaksanakan oleh syarikat-syarikat pengurusan unit amanah terpilih yang merupakan Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal. Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia atau versi bahasa lain terma dan syarat di dalam ini, maka versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan dibuat oleh Pelanggan untuk versi Bahasa Malaysia, CIMB hendaklah memberikannya kepada Pelanggan dan jika perjanjian itu dibuat atas dasar ini, maka versi Bahasa Malaysia terma dan syarat akan diguna pakai. Pelanggan Layak tidak dilindungi oleh tabung pampasan di bawah seksyen 152 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Tabung pampasan tidak melindungi Pelanggan Layak yang telah mengalami kerugian monetari akibat penyalahgunaan atau penyalahgunaan memfraud wang atau harta lain oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil Bank. Jika Pelanggan Layak mengalami kerugian monetari dalam keadaan di atas berkaitan dengan tindakan pekerja Bank, Pelanggan Layak boleh membuat aduan dengan Unit Resolusi Pelanggan (URP) kami seperti yang dibentangkan dalam klausa 11.4. Pelanggan Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan URP kami boleh merujuk kes kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti dalam masa enam (6) bulan selepas menerima keputusan muktamad daripada URP. Pelanggan Layak harus mengambil maklum bahawa aduannya hanya akan ditangani oleh salah satu daripada saluran di atas yang dipilih oleh Pelanggan Layak untuk merujuk kesnya. Sekiranya terdapat sebarang aduan berkaitan dengan Kempen, Pelanggan Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan (URP) Bank di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel berikut (atau di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh Bank dengan memaklumkan Pelanggan Layak): Customer Resolution Unit, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-880-900; alamat e-mel:
[email protected].