TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR “TRAVEL CARE INSURANCE CONTEST”
1.
Definisi
1.1.
“Travel Care Insurance Contest” yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai “CIMB Bank” atau “Bank”).
1.2.
Bagi tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan dan pernyataan berikut mempunyai maksud yang dikhususkan kepadanya, kecuali konteks menghendaki sebaliknya:“Kumpulan CIMB” bermaksud semua syarikat dan syarikat sekutu yang berkaitan dengan CIMB Bank, sama ada ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, yang sedia ada sekarang atau di masa hadapan dan rujukan terhadap „Kumpulan CIMB‟ di dalam Terma dan Syarat ini adalah merangkumi semua atau mana-mana entiti dalam Kumpulan CIMB. “Orang yang Layak Diinsuranskan” bermaksud Orang Diinsuranskan yang dinyatakan di dalam jadual polisi Insurans Travel Care yang dikeluarkan dalam Tempoh Pertandingan yang memenuhi kriteria kelayakan seperti yang ditetapkan di dalam Seksyen 3, tidak termasuk pasangan dan anak-anak mereka. “Pertandingan” bermaksud “Travel Care Insurance Contest” yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini.
1.3.
Perkataaan yang menggambarkan individu, jika mana yang berkenaan, entiti atau entiti yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang membawa maksud satu harus juga merangkumi maksud majmuk dan sebaliknya.
2.
Tempoh Pertandingan
2.1.
Pertandingan akan bermula dari 22 Jun 2017 hingga 31 Oktober 2017, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Pertandingan”), atau sebarang tempoh lain yang akan ditentukan atas budi bicara pihak Bank dengan memberi notis terlebih dahulu yang tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar.
3.
Kelayakan untuk Pertandingan
3.1.
Bagi melayakkan diri untuk menyertai Pertandingan, kriteria yang berikut mesti ditepati:3.1.1
Orang yang Layak Diinsuranskan mesti menghantar permohonan atas talian untuk Insurans Travel Care dan membayar premium dalam Tempoh Pertandingan.
3.1.2
Orang yang Layak Diinsuranskan mesti sama ada Warganegara Malaysia, pemastautin tetap, pemegang pas perkerjaan / pemegang permit kerja, berumur di antara 18 tahun hingga 80 tahun.
3.1.3
Orang yang Layak Diinsuranskan mesti bukan pekerja Kumpulan CIMB.
4.
Mekanik Pertandingan
4.1.
Setiap jadual polisi Insurans Travel Care yang dikeluarkan dalam Tempoh Pertandingan layak mendapat satu penyertaan dalam Pertandingan dan berpeluang untuk memenangi Hadiah Pertandingan seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 4.2.
4.2.
Hadiah Pertandingan adalah seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah. Hadiah Pertandingan
Kuantiti
Kriteria
Dua (2) Tiket Penerbangan Pergi Balik ke Tokyo yang
1
Setiap jadual polisi Insurans Travel Care yang dikeluarkan dalam Tempoh Pertandingan akan layak mendapat satu penyertaan dalam Pertandingan dan 1
TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR “TRAVEL CARE INSURANCE CONTEST”
bernilai RM5,000
berpeluang untuk memenangi Hadiah Pertandingan.
Nota: Dua (2) Tiket Penerbangan Pergi Balik ke Tokyo (“Hadiah Pertandingan”) adalah satu (1) hadiah yang akan diberikan kepada satu (1) Orang yang Layak Diinsuranskan. 4.3.
Prosedur bagi pemilihan pemenang Pertandingan adalah seperti berikut:4.3.1
Orang yang Layak Diinsuranskan yang telah mengumpul penyertaan-penyertaan akan disenarai pendek oleh system pemilihan automatic dan lima (5) Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek akan berpeluang untuk memenangi Hadiah Pertandingan.
4.3.2
Orang yang Layak Diinsuranskan hanya layak memenangi satu (1) Hadiah Pertandingan sahaja dalam Pertandingan ini.
4.3.3
Orang yang Layak Diinsuranskan yang telah disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon oleh wakil-wakil CIMB Bank dengan merujuk kepada nombor telefon terakhir yang diketahui di dalam rekod.
4.3.4
Orang yang Layak Diinsuranskan pertama yang disenarai pendek dapat menjawab dua (2) soalan dengan betul akan diisytiharkan sebagai pemenang Pertandingan dan akan memenangi Hadiah Pertandingan.
4.3.5
Sekiranya Orang yang Layak Diinsuranskan pertama yang disenarai pendek tidak dapat menjawab dua (2) soalan atau jawapan yang diberi adalah tidak betul, Orang yang Layak Diinsuranskan kedua yang disenarai pendek akan dipilih daripada kumpulan Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek yang akan dihubungi oleh wakil-wakil CIMB Bank dan diminta untuk menjawab dua (2) soalan dengan betul. Proses ini akan berulang sehingga pemenang Pertandingan telah dikenalpastikan.
4.3.6
Sekiranya Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi melalui telefon dalam percubaan pertama akibat sebab-sebab termasuk, tetapi tidak dihadkan kepada keadaan-keadaan berikut:1. Tiada jawapan; 2. Tidak berminat untuk menyertai; 3. Menamatkan panggilan semasa perbualan; 4. Nombor tidak lagi diguna pakai; 5. Tiada sambungan; 6. Disamsung ke peti suara. Dua (2) lagi percubaan akan dibuat dalam masa dua (2) jam yang seterusnya dari percubaan pertama untuk menghubungi Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek. Sekiranya percubaan ketiga juga tidak berjaya untuk apa jua sebab, CIMB Bank mempunyai hak untuk membatalkan Orang yang Layak Diinsuranskan pertama yang disenarai pendek dan teruskan untuk menghubungi Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek seterusnya untuk mengenalpasti pemenang Pertandingan. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekiranya Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi untuk apa jua sebab.
4.3.7
Untuk mengelakkan sebarang keraguan, CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa caj telekomunikasi, data perayauan atau caj telefon yang kena dibayar oleh Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek, sama ada di dalam atau di luar Malaysia. 2
TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR “TRAVEL CARE INSURANCE CONTEST”
4.3.8
CIMB Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk menentukan tarikh dan masa untuk menghubungi Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek.
4.3.9
Semua sesi soal dan jawap akan dinilai dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB Bank dan keputusan yang dibuat oleh panel hakim adalah muktamad.
4.3.10
Pemenang Pertandingan akan menerima surat pemberitahuan. Pemenang Pertandingan perlu berhubung dengan pembekal perkhidmatan yang dilantik di mana Bank berpendapat sesuai.
4.3.11
Ia adalah tanggungjawab Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek untuk memastikan nombor telefon adalah terkini dan dikemas kini di dalam rekod. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek terhadap sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan) yang ditanggung di dalam keadaan nombor telefon Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek di dalam rekod adalah tidak terkini atau tidak betul.
4.3.12
Sekiranya Hadiah Pertandingan tidak diambil oleh pemenang Pertandingan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh surat pemberitahuan seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 4.3.10 di atas, Hadiah Pertandingan tersebut akan ditarik balik oleh CIMB Bank.
5.
Penebusan Hadiah Pertandingan
5.1.
Hadiah Pertandingan akan dihantar kepada pemenang Pertandingan dalam tempoh dua (2) bulan selepas berakhirnya Tempoh Pertandingan.
5.2.
Hadiah Pertandingan tidak termasuk aksesori, insurans, menaik taraf dan lain-lain caj sama ada ditunjukkan atau tidak ditunjukkan di dalam mana-mana bahan bercetak memandangkan barang-barang yang ditunjukkan adalah bertujuan untuk illustrasi sahaja. Semua kos sampingan, caj dan perbelanjaan (jika ada) di dalam hal ini akan ditanggung oleh pemenang Pertandingan.
5.3.
Hadiah Pertandingan di bawah Pertandingan ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau lain-lain jenis, sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya, dan ia adalah tidak boleh dikembalikan, digantikan dan dipindah milik untuk wang tunai atau kredit di dalam apa jua keadaan.
5.4.
Walau apa pun yang terkandung di sini, Bank berhak untuk menggantikan Hadiah Pertandingan dengan hadiah yang lain dengan kos yang sama pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis terlebih dahulu yang tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar kepada pemenang Pertandingan atas apa jua sebab.
5.5.
Di mana berkenaan, Hadiah Pertandingan akan tertakluk kepada terma dan syarat pembekal, pemberi, saudagar, pengedar dan/atau ejen bagi Hadiah Pertandingan yang berkenaan, di mana terma dan syarat adalah berlainan daripada terma dan syarat CIMB Bank yang mentadbir Pertandingan ini.
5.6.
Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa cukai, kos sampingan, caj dan/atau kerosakan yang disebabkan oleh Hadiah Pertandingan dan/atau ketidakpatuhan oleh pembekal, pemberi, saudagar, pengedar dan/atau ejen.
5.7.
Bank tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima sebarang bentuk liabiliti yang timbul atau yang dialami oleh pemenang Pertandingan (termasuk kecuaian) berhubung 3
TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR “TRAVEL CARE INSURANCE CONTEST”
dengan kematian, kecederaan, apa-apa kerugian, kerosakan atau kemalangan yang timbul akibat daripada penggunaan Hadiah Pertandingan oleh pemenang Pertandingan kecuali ia adalah disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja oleh CIMB Bank. 5.8.
Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang bentuk representasi, waranti atau pengendorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan berkenaan dengan Hadiah Pertandingan, kecuali ia adalah disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja oleh CIMB Bank. Semua risiko, kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan berkaitan dengan penggunaan Hadiah Pertandingan akan ditanggung oleh Orang yang Layak Diinsuranskan.
5.9.
CIMB Bank tidak akan melayan sebarang aduan yang berkaitan dengan Hadiah Pertandingan. Hadiah Pertandingan tidak disahkan oleh CIMB Bank dan tidak dalam manamana keadaan termasuk sebarang Hadiah Pertandingan di dalam Pertandingan ini dianggap sebagai pengendorsan atau cadangan Hadiah Pertandingan oleh CIMB Bank. Sekiranya Orang yang Layak Diinsuranskan tidak berpuas hati dengan sebarang Hadiah Pertandingan ditawarkan oleh CIMB Bank, Orang yang Layak Diinsuranskan tersebut boleh terus mendapatkan bantuan daripada saudagar/pembekal yang berkenaan.
6.
Terma dan Syarat Am
6.1.
CIMB Bank hanya sebagai pengedar Insurans Travel Care yang diurus oleh syarikat insurans yang berkenaan dan CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawapkan dalam apa jua cara berkenaan dengan sebarang perkara tuntutan yang timbul daripada Insurans Travel Care. Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan lain atau representasi yang terkandung di dalam mana-mana bahan promosi yang berkaitan dengan Pertandingan ini. Berjaya Sompo Insurance Berhad sebagai syarikat insurans yang berlesen dan pengurus Insurans Travel Care akan melaksanakan kewajiban sebagai Syarikat Insurans. Insurans Travel Care bukan produk CIMB Bank dan tiada kewajiban dan jaminan oleh CIMB Bank untuk produk bankasurans tersebut.
6.2.
Dengan menyertai Pertandingan ini, Orang yang Layak Diinsuranskan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma dan Syarat ini dan bersetuju sebarang dan semua keputusan yang dibuat oleh CIMB Bank berhubung dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan Pertandingan adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikai dengan syarat keputusan yang dibuat adalah saksama dan berpatutan.
6.3.
CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung oleh Orang yang Layak Diinsuranskan atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, teladan, punitif atau kerosakan khas mana-mana pihak), walau apa jua yang timbul berhubung dengan penyertaan atau tiada penyertaan di dalam Pertandingan.
6.4.
CIMB Bank berhak membatalkan, menamatkan atau menggantung Pertandingan dengan memberikan notis terlebih dahulu yang tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan Pertandingan oleh CIMB Bank, Orang yang Layak Diinsuranskan atau mana-mana orang lain tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau menuntut sebarang pampasan terhadap CIMB Bank atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
6.5.
CIMB Bank berhak untuk mengubah, sama ada dengan menambah, membatalkan, mengubah, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua (“Pindaan”) mana-mana 4
TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR “TRAVEL CARE INSURANCE CONTEST”
Terma dan Syarat ini dengan memberikan notis terlebih dahulu yang tidak kurang daripada dua puluh satu (21) hari kalendar. Makluman kepada Orang yang Layak Diinsuranskan tentang Pindaan hendaklah dilaksanakan menurut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu daripada cara komunikasi berikut, iaitu:1. Melalui mel biasa ke alamat emel terakhir yang diketahui Orang yang Layak Diinsuranskan; atau 2. Melalui laman web CIMB Bank; atau 3. Melalui sebarang cara notis lain yang dianggap sesuai oleh CIMB Bank. Pindaan akan dianggap mengikat pada Orang yang Layak Diinsuranskan pada tarikh surat pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh yang dinyatakan di dalam surat pemberitahuan oleh CIMB Bank. Orang yang Layak Diinsuranskan mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank dalam jarak masa tetap untuk membaca Terma dan Syarat dan untuk memastikan mereka adalah dikemaskini dengan sebarang pemindaan atau perubahan kepada Terma dan Syarat ini. 6.6.
Terma dan Syarat ini, sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut Seksyen 6.5, akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi lain yang terkandung di dalam mana-mana bahan promosi yang mengiklankan Pertandingan ini.
6.7.
Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kealpaan yang bersangkutan dengan Pertandingan ini akibat daripada peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian di luar kawalan Bank yang sewajarnya.
6.8.
Semua Terma dan Syarat yang ditetapkan ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia.
6.9.
Sekiranya berlaku sebarang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma dan Syarat ini dalam Bahasa Malaysia atau versi bahasa lain dan versi Bahasa Inggeris, versi Terma dan Syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Orang yang Layak Diinsuranskan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi Terma dan Syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mentadbir operasi akaun Orang yang Layak Diinsuranskan, maka versi Terma dan Syarat ini di dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.
6.10.
Untuk aduan berkaitan dengan Pertandingan, Orang yang Layak Diinsuranskan boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank dengan alamat, telefon, faksimili dan alamat e-mel di bawah:Unit Resolusi Pelanggan Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: +603 - 6204 7788 Faks: +603 – 2691 3248 Alamat E-mel:
[email protected]
5