PEMBELAJARAN MASTERI Pentingnya Pembelajaran Masteri Merupakan salah satu daripada strategi yang boleh guru gunakan untuk mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam akademik, khasnya pencapaian minimum dalam peperiksaan awam. Perlu dilaksanakan kerana: o Untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya rendah. o Sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaian yang tinggi itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar. Konsep Pembelajaran Masteri Merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60-an berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya: o ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan o pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Dalam proses pembelajaran masteri, guru harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. Masa untuk pelajar menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika guru: o menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; o menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah; o merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan o melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi pelajar berdikari. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru: o menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar; o menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai; o mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara; o menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar; dan o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri Asasnya, guru perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut: o menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran; o mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai; o menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80%. Guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada 80%. Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara berikut dalam p&p: o ciri-ciri guru; o gaya pembelajaran pelajar; o kaedah atau aktiviti p&p; o bahan p&p; o nilai-nilai murni; dan o pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain. Ciri-ciri Guru Dalam Pembelajaran Masteri Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus: o menyayangi semua pelajar; o yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti; o mencintai mata pelajaran yang diajar; o merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran; o merangsang dan mendorong pelajar guru untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran; dan o bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah. Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.
Guru berperanan sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana langkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah: o menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; o mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri; o melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari; o mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik; o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan o menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif. Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu. Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran kerana pelajar akan memperoleh manfaat secara langsung daripada usaha guru. Peringkat awal, masa yang panjang mungkin mengambil untuk pelajar menguasai sesuatu perkara. Akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan. Gaya Pembelajaran Pelajar Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus: tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai; belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi; betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar;
memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai; dan membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Jadi, guru harus menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu: Pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat: Huruf atau perkataan. Benda, gambar atau gambar rajah. Demonstrasi, tindakan atau lakonan. Pelajar audio: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan. Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti: Menulis atau melukis sesuatu. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.
Model Sistem 4MAT
Dalam model Sistem 4MAT yang dicipta oleh Bernice McCarthy, terdapat empat jenis pelajar berikut: o Pelajar Imaginatif o Pelajar Analitik
o Pelajar Praktik o Pelajar Dinamik Ciri-ciri setiap jenis pelajar itu diringkaskan dalam Jadual berikut: Ciri
Imaginatif Mencari makna dan Matlamat sebab mempelajari maklumat Menggunakan semua deria Cara dan belajar berkongsi idea Berinteraksi dengan orang lain dan Suka berkongsi idea
Jenis Pelajar Analitik Praktik Mencari Mencari fakta yang kegunaan menjelaskan maklumat konsep Berfikir Menguji teori tentang idea dan menaakul
Pendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumat
Inovasi dan Kekuatan idea
Membina konsep
Suka menyoal
Apa dia?
Mengapa?
Cuba jaya dan penemuan secara sendiri
Tahu bagaimana sesuatu berfungsi
Mencipta atau mengaplikasikan maklumat itu dan berinteraksi dengan orang lain Mengaplikasikan Tindakan dan idea yang menyudahkan praktikal sesuatu Bagaimanakah Apakah boleh teori atau dicipta oleh maklumat itu saya? dipraktikkan?
Jenis Pelajar Imaginatif Analitik Praktik Gunakan Terangkan Beri benda atau (guru atau latihan, pengalaman pelajar) kuiz, kerja Cara maujud. Beri dan amali, mengajar peluang galakkan eksperimen untuk pelajar untuk perbincangan membuat pelajar dan analisis mencuba Ciri
Dinamik Mencari sesuatu yang baru
Dinamik Beri projek, tugasan, atau masalah dan galakkan pelajar
pengeluaran idea
maklumat
dengan sendiri
berkongsi hasilnya.
Model Dunn dan Dunn Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Seboleh-bolehnya, guru harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsur-unsur yang disukainya. Stimulus
Alam Sekitar
Emosi
Sosiologi
Unsur
Ciri
Suka belajar tanpa bising atau Bunyi dengan bunyi latar belakang seperti muzik Suka belajar di tempat yang Cahaya cerah atau di tempat yang kurang cahaya Suka belajar di tempat yang Suhu sejuk atau di tempat yang panas Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di Pola tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai Boleh merangsang diri untuk Motivasi belajar atau perlu dirangsang oleh guru Boleh belajar dalam masa yang Ketabahan panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek Tanggung- Bertanggungjawab untuk belajar jawab atau perlu bimbingan oleh guru Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar Struktur sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara Sendiri Suka belajar dengan sendiri Pasangan Suka belajar secara pasangan Rakan Suka belajar dengan rakan sebaya sebaya
Pasukan
Pelbagai cara
Suka belajar dalam pasukan Suka belajar dengan guru di sebelahnya Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas
Unsur
Ciri
Guru
Stimulus
Persepsi Makan Fizikal Waktu Gerakan Global atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kanan Psikologi
Impulsif atau Reflektif
Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak
Kaedah P&P Untuk Pembelajaran Masteri Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar guru. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melalukannya: Syarahan Penerangan
Huraian Demonstrasi
Pembacaan Memberi nota
Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah: Soal jawab Inkuiri Penemuan Kuiz Latih tubi Bercerita
Membuat latihan Bacaan Sumbangsaran Penyelesaian masalah Penerangan, penjelasan, huraian
Kerja amali Eksperimen Projek Reka cipta Demonstrasi oleh pelajar
Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Pembelajaran Koperatif Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri. Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.
Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan, 1990): Giliran Ahli Kumpulan Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran Pameran Kumpulan: Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan itu. Memadan Benda Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda Kuiz: Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru Kad Hafalan Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal Guru menyoal Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah akan diberi Semakan Pasangan: Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan bantuan pelajar yang lain. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat Pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru. Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas. Peta Konsep Berpasukan Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar. Jawapan Giliran: Satu kumpulan diberi sebilangan soalan Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri
Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana: Pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan. Pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar. Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut: Hasil Pembelajaran Mengenal pasti "huruf". Menambah sebarang dua nombor 1-10. Memukul bola hoki dengan cara betul. Menerangkan proses penghadaman. Menguji kehadiran kanji dalam daun.
Cadangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kad imbasan huruf, carta huruf, bongkah huruf. Biji, batu atau abakus. Kayu hoki, bola hoki. Carta organ penghadaman atau video penghadaman. Daun hijau, radas (bikar, penunu Bunsen, tripod), bahan kimia (iodin).
Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada: Bahan bercetak Alat pandang dengar Bahan bercetak meliputi: o Buku teks dan buku rujukan o Dokumen kurikulum o Majalah o Risalah o Akhbar Alat pandang dengar terdiri daripada: "Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer, pencetak. "Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video, pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan. Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan. Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu: o Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan. o Boleh dibeli dalam pasaran. o Boleh dibuat oleh guru dan pelajar. o Bolah didapati dengan percuma. Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan: Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar.
Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai. Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod yang baik. Nilai-Nilai Murni Yang Perlu Diserap Nilai-nilai murni sarwajagat berikut harus diserap merentasi kurikulum: Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Kebersihan fizikal Kejujuran Kerajinan dan mental Untuk menyerapkan nilai kebersihan fizikal dan mental sebagai contoh, guru harus memastikan pelajar guru dapat tunjuk atau mengamalkan hasil pembelajaran khusus berikut: o Berpakaian kemas dan bersih o Berambut kemas dan bersih o Menjaga kebersihan badan o Bercakap dengan sopan santun o Tidak bercakap tentang perkara yang jahat Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut: Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubung kait dengan isi kandungan dan pelajar dapat dirangsang sepanjang waktu pelajaran. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif. Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.
Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Menyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.
Contoh Langkah Pengajaran Untuk Menguasai Sesuatu Hasil Pembelajaran Beberapa contoh langkah pengajaran untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran diberi di bawah. Guru digalakkan mengubahsuaikan cadangan langkah pengajaran mengikut keadaan sebenar di sekolah. Rumusan Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boleh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk: menentukan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai; mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai; mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar; merangsang dan mendorong mereka untuk belajar; menilai secara formatif dan sumatif; dan menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Pembelajaran masteri menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga menggalakkan guru mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar guru dapat menguasai apa yang diajar. Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak lain. Pencapaian pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah.
Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar. Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas. Guru harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan.