OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM - 2016 BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6
MARKAH:
60 15
NAMA: __________________________ KELAS: P 6_____________ TARIKH: 23.08.16 MASA: 1 JAM 20 MINIT TANDA TANGAN WARIS:_______________
ARAHAN UNTUK CALON 1. Jangan buka kertas soalan sebelum kamu diberi arahan. 2. Baca dan ikut semua arahan dengan teliti. 3. Semak jawapan kamu.
1
MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan:
Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. (1) tulang belakang
(2) bagai lebah menghimpun madu (4) putih hati
(3) buka pintu (5) seperti ikan pulang ke lubuk (7) tumbuk rusuk
(6) seperti katak di bawah tempurung (8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
1
Mariana seorang yang rajin melakukan kerja rumahnya seperti mengemas dan memasak sendiri tanpa pembantu rumah. Beliau juga berjualan kuih dan nasi lemak di kedai kopi bagi menambah pendapatan keluarganya kerana suaminya hanya bekerja sebagai seorang pemandu lori.
2
Semenjak ayah Johan meninggal dunia, Johan merupakan pencari nafkah utama keluarganya. Ibu Johan yang sudah tua amat bergantung kepadanya untuk menguruskan hal kewangan keluarga mereka.
3
Encik Salim amat kecewa dengan sikap anak-anaknya yang langsung tidak mengambil tahu tentang keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Anakanaknya juga tidak berminat untuk membaca surat khabar atau menonton siaran berita.
4
Sahabat saya Tommy, pulang ke tanah airnya di Filipina setelah menamatkan pengajiannya di Singapura. Semenjak kembali ke sana, beliau tidak pernah menghantar berita atau datang ke sini lagi.
5
Kami berbesar hati dengan kehadiran Encik Tan dalam jabatan kerja kami. Pekerja yang cekap sepertinya disenangi ramai. Tidak kira di jabatan mana pun dia berada, dia tentu akan disayangi orang-orang di sekelilingnya. SOALAN
JAWAPAN
1 2 3 4 5
Markah yang diperoleh
2
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) Arahan:
Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Pada zaman ini, ramai ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja. Ini membuatkan ramai yang (6) dipaksa memilih tajaka sebagai penjagaan alternatif bagi anak-anak mereka. Di samping mendapat jaminan tentang keselamatan anak-anak mereka, ibu bapa juga yakin anak-anak mereka akan (7) mendidik dengan baik pada usia yang muda.
Oleh itu, pemilihan tajaka penting kerana dapat membantu anak-anak tingkatan kemahiran-kemahiran tertentu. Kelayakan guru-guru juga amat (8) sesuai agar kanak-kanak ini mendapat bimbingan yang sempurna.
Namun, ibu bapa perlu sedar bahawa kanak-kanak memerlukan masa untuk menyesuaikan (9) masing-masing dalam suasana tajaka tersebut. Kanak-kanak akan mudah berasa ancaman tatkala berada di dalam suasana yang baharu dan asing. Natijahnya, para ibu bapa perlu (10) persiapan anak-anak ke alam tajaka. Ini akan membantu proses pembesaran mereka. SOALAN
JAWAPAN
6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh
3
MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH) ARAHAN :
Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
(1)
Kamu boleh menyanyi, menari atau berlakon.
(2)
Penyertaan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
(3)
Uji bakat terbuka kepada semua pelajar di sekolah ini.
(4)
Sebuah konsert akan diadakan khas untuk para guru di sekolah ini.
(5)
Semua pelajar perlu menyertai uji bakat yang bakal berlangsung nanti.
(6)
Jika berminat, sila ambil borang penyertaan daripada guru darjah masingmasing.
(7)
Pelajar boleh menyertai uji bakat ini secara bersendirian atau berkumpulan.
(8)
Oleh demikian, berikanlah tumpuan terhadap tema yang diberikan semasa membuat perancangan.
Kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Permai, sebuah uji bakat akan dijalankan pada minggu hadapan. (11)_______________. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh mendaftarkan diri untuk mencuba nasib. (12)_______________. Jika ingin membuat persembahan berkumpulan, pastikan setiap peserta dapat menghadirkan diri. (13)_______________. Namun, setiap persembahan dihadkan selama lima minit sahaja. Tema untuk uji bakat ini ialah, ‘Guru Ibarat Lilin’. (14)_______________. Ini kerana, persembahan uji bakat yang berjaya menambat hati pengadil akan dipersembahkan semasa konsert Hari Guru. Harap maklum bahawa tarikh tutup pendaftaran bagi uji bakat ini adalah pada hujung minggu ini. (15)______________ . Jangan lepaskan peluang ini. Semoga berjaya! SOALAN
JAWAPAN
11 12 13 14 15 Markah yang diperoleh 4
5
MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH) Arahan: Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya.
Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat banyak cerita klasik yang menarik. Antaranya ialah kisah Pak Kaduk, Pak Pandir, Pak Belalang dan sebagainya. Ceritacerita klasik yang disebutkan itu berunsur jenaka dan mengandungi sindiran yang tajam. Cerita-cerita ini sebenarnya menggambarkan perangai atau sifat manusia di sekeliling kita. Seperti contoh, kisah Pak Pandir melambangkan sikap manusia yang tidak menggunakan akal fikiran dan menurut sahaja apa kata orang lain seperti kerbau dicucuk hidung. Pak Pandir yang bodoh itu telah membawa pulang seekor kambing yang disangkakannya Pak Lebai. Ini semata-mata kerana isterinya mengatakan bahawa Pak Lebai itu berjanggut.
Arahan:
1 6
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ _ ______________________________________________________________ _ Markah yang diperoleh
1 7
Cerita Pak Pandir menggambarkan __________________________________ ______________________________________________________________ _ ______________________________________________________________ _
6
______________________________________________________________ _ Markah yang diperoleh
7
KEFAHAMAN (26 MARKAH) Arahan:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Sebelum melangkah keluar dari rumah, Puan Munah akan sentiasa pastikan anaknya Nurul, sudah bersarapan. Beliau selalu menyiapkan sarapan untuk Nurul agar dia tidak akan ke sekolah dengan perut kosong. Seperti biasa, Nurul berjalan kaki ke sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Namun, dia selalu memastikan dia tidak lewat ke sekolah. Nurul akan memastikan segala kelengkapan sekolah disediakan lebih awal dan berpesan kepada ibu supaya mengejutnya setiap pagi. Pada Isnin lalu, dalam perjalanan Nurul menuju ke sekolah, dia terjumpa sebuah dompet di padang. Nurul membuka dompet tersebut dan mendapati ada wang berjumlah dua puluh dolar. Tiada sebarang kad pengenalan di dalam dompet itu. Nurul terfikir sejenak. “Haruskah aku serahkan dompet ini kepada pihak sekolah atau mengambilnya sahaja? Tiada sesiapa pun yang melihatku,” bisik hati kecil Nurul. Lama juga dia berfikir. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menyerahkan dompet itu kepada pihak sekolah. Setibanya di pejabat sekolah, terdapat seorang murid lelaki bernama Nazri turut berada di situ. Dia sedang melaporkan tentang kehilangan dompetnya. Dia berasa amat gembira apabila mendapat tahu Nurul telah menjumpai dompetnya. Wang dua puluh dolar itu merupakan hasil simpanannya selama empat bulan. Kini, bolehlah Nazri membayar yuran sekolahnya yang tertunggak dan membeli buku-buku latihan bahasa Inggeris yang sudah lama diminta oleh gurunya. Nazri mengucapkan terima kasih kepada Nurul kerana telah memulangkan dompetnya. Pengetua juga memberikan kata-kata penghargaan atas sikap Nurul dan menjadikannya sebagai murid contoh semasa perhimpunan sekolah pada keesokan harinya. Beliau turut menyeru kepada murid-murid lain untuk mencontohi sikap Nurul.
8
Arahan:
18
Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, jawab semua soalan yang berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
Mengapakah Puan Munah menyiapkan sarapan untuk Nurul?
(2 markah)
Markah yang diperoleh
19
Nurul tidak suka lewat ke sekolah. Berikan dua bukti untuk menyokong pernyataan ini. (4 markah)
Markah yang diperoleh
20
Nurul tidak terus memulangkan dompet tersebut kepada pemiliknya. Jelaskan. (4 markah)
Markah yang diperoleh
9
21
Nazri sangat gembira apabila mendapat dompetnya semula. Berikan dua sebab. (4 markah)
Markah yang diperoleh
22
“Tiada ada sesiapa pun yang melihatku,” bisik hati kecil Nurul. Jelaskan kenyataan ini. (4 markah)
Markah yang diperoleh
23
Berikan dua pengajaran yang kamu pelajari daripada keseluruhan cerita ini. Jelaskan. (4 markah)
Markah yang diperoleh
10
24
Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut. (i)
menyerahkan
(2 markah)
(ii)
kata-kata penghargaan
(2 markah)
Markah yang diperoleh
SELESAI
11
2016 PRELIMINARY EXAMINATION PRIMARY 6 HIGHER MALAY LANGUAGE ANSWER KEY 1 2 3 4 5
MEMADANKAN PERIBAHASA 2 1 6 5 8
11 12 13 14 15
Melengkapkan teks 3 7 1 8 6
6 7 8 9 10
MENGEDIT TEKS terpaksa dididik penting diri mempersiapkan
17
Mengenal pasti idea utama ... dalam kesusasteraan Melayu terdapat banyak cerita klasik yang menarik yang berunsur lucu dan mengandungi sindiran yang tajam. (2 markah) … sikap manusia yang tidak menggunakan akal fikiran dan menurut sahaja apa kata orang lain seperti kerbau dicucuk hidung. (2 markah)
18
KEFAHAMAN. Puan Munah menyiapkan sarapan untuk Nurul supaya Nurul ke sekolah tidak dengan perut kosong.
16
19
Nurul akan menyiapkan segala kelengkapan sekolah lebih awal memesan ibu untuk mengejutnya setiap pagi (2 markah).
(2 markah) dan
20
Nurul tidak memulangkan dompet itu kepada pemiliknya kerana tidak ada sebarang kad pengenalan di dalam dompet itu. (2 markah) Nurul juga berbelah bagi sama ada hendak memulangkan dompet itu kepada pihak sekolah atau mengambilnya. (2 markah)
21
Nazri berasa gembira kerana dengan duit dua puluh dolar itu dia boleh membayar yuran sekolahnya yang tertunggak (2 markah) dan membeli buku-buku latihan bahasa Inggeris yang sudah lama diminta oleh gurunya. (2 markah).
22
Nurul berhasrat untuk mengambil dompet yang dijumpainya itu. (2 markah) Dia tahu bahawa perbuatannya tidak akan diketahui kerana tiada orang yang nampak di situ . (2 markah). *Jawapan munasabah lain boleh diterima
23 i) ii)
iii) iv)
Jangan mengambil barang yang bukan milik kita (1 markah) walaupun tiada yang melihat perbuatan tersebut (1 markah) Kita harus sentiasa bersikap jujur (1 markah) supaya dipercayai. (1 markah) Tanamkan sikap berjimat dalam diri kita (1 markah) supaya senang di kemudian hari (1 markah) Kita harus bertanggungjawab (1 markah) dan membuat persiapan awal sebelum ke sekolah (1 markah)
*Jawapan munasabah lain boleh diterima
24
i) memberikan sesuatu / memulangkan sesuatu / menyampaikan sesuatu
12
ii) ucapan yang diberikan untuk memuji / memberi pujian / pujian
13