Konsep Wakalah Dan Isu Isu Semasa Dalam Ibadah Korban Prof Madya Dr Azman Mohd Noor, Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh, Universiti Islam Antarabngsa Malaysia.
[email protected] Pendahuluan Pada dasarnya, orang yang berkorban digalakkan untuk menyembelih sendiri binatang korbannya jika berkemampuan kerana ianya adalah satu ibadah sperti ibadah-ibadah yang lain yang bertujuan untuk taqarrub kepada Allah. Bahkan Rasulullah SAW sendiri pernah menyembelih beberapa ekor binatang korban dengan tangannya sendiri. Namun, tidak menjadi kesalahan jika orang yang berkorban mewakilkan kepada orang lain untuk menjalankan ibadah korban bagi pihaknya. Para Fuqaha berpendapat bahawa sah dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah dan begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu. Sekarang, ibadah korban dijalankan oleh beberapa syarikat atau organisasi yang bertanggungjawab menguruskan ibadah korban dan aqiqah. Pada kebiasaannya organisasi ini akan menjadi wakil kepada orang yang hendak menunaikan ibadah korban. Mereka bertanggungjawab untuk membeli, menyembelih dan mengedarkan daging-daging korban tersebut. Manakala orang yang berkorban hanya perlu menyediakan wang untuk membeli bahagiannya sahaja tanpa perlu menguruskan segala urusan penyembelihan. Perlaksanaan yang sedemikian itu melibatkan hukum wakalah.
Konsep Wakalah: Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan kuasa bertindak untuk melakukan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain dalam hal-hal yang
boleh diwakilkan. Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur‟an, sunnah dan ijma„ ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu: I. II.
Muwakkil (orang yang berwakil) Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)
III.
Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)
IV.
Shighah (ijab dan qabul)
Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban: 1. Hendaklah seorang Muslim dan bukannya ahli kitab kerana sembelihan ahli kitab adalah makruh. Tambahan pula tujuan sembelihan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Adapun Majusi dan orang kafir, adalah diharamkan sembelihannya.1 2. Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban. 3. Memenuhi syarat-syarat mukallaf.
Wakalah dalam Ibadat Tidak semua amalan ibadat boleh diwakilkan. Sembahyang dan puasa sebagai contoh tak boleh diwakilkan. Ibadat umrah, haji dan sesetengah kerja haji boleh diwakilkan bagi mereka yang keuzuran. Wakalah juga dibenarkan untuk membayar zakat, menunaikan nazar dan melakukan ibadat korban.
Adakah Aqad Wakalah Satu Aqad Yang Lazim (Mengikat)? Di dalam fiqh muamalat, ada aqad yang mengikat dan ada yang tidak mengikat (ghair lazim). Kebiasaannya aqad yang mengikat (lazim) adalah aqad yang melibatkan pertukaran (mu„awadhah). Contoh aqad yang mengikat ialah aqad jual beli dan sewaan. Contoh aqad
1
. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 603
yang tidak mengikat pula adalah pinjaman (barang atau duit), wakalah dan wadih. Secara umumnya signifikan pembahagian aqad ini boleh dilihat pada kesan aqad yang berbeza. Pada aqad lazim, tidak boleh dibatalkan aqad kecuali dengan persetujuan pihak berkontrak yang lain. Contohnya dalam kes jual beli atau sewaan, apabila salah seorang daripada pihak berkontrak ingin batalkan kontrak, maka dia perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak yang berkontrak dengannya. Adapun pada aqad tidak mengikat (ghair lazim), maka ia boleh dibatalkan tanpa persetujuan kedua dua belah pihak. Contohya jika A pinjam buku dari B, pada bila bila masa sahaja B boleh ambil balik bukunya. Contoh lain Sekiranya A mewakilkan B melaksanakan ibadah korban, tanpa sebarang upah, A atau B boleh sahaja membatalkan aqad wakalah tersebut tanpa persetujuan kedua dua belah pihak. Tetapi, sekiranya ada upah, ia hanya boleh dibatalkan sekiranya ada perstujuan daripada kedua dua belah pihak.
Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr) Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada ijarah, iaitu upah kepada sesuatu pekerjaan. Ini dianggap sebagai aqad mu„awadah seperti jual beli. Di antara kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang tidak mengikat (non binding/ghair lazim) kepada kontrak yang mengikat (binding/lazim), dengan erti kata pembatalannya mestilah dengan persetujuan kedua dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah upah juga mestilah diketahui kerana gharar (ketidaktentuan) di di dalam aqad mu„awadah membatalkan kontrak.
Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu dijelaskan berapa upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan pengurusan ibadah korban.
Bentuk Wakalah di dalam Ibadah Korban: 1. Wakalah Berbentuk Penyerahan Binatang Korban: Penyerahan binatang korban kepada wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas dalam jenis korbannya samaada sunat atau wajib dan urusan yang diserahkannya samada menyembelih saja atau juga membahagikan dagingnya kepada pihak ketiga. Oleh kerana itu harus ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban dengan wakil tersebut dan kedua-dua pihak harus memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu Muwakkil (orang yang berwakil), wakil (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan) dan Shighah (ijab dan qabul). 2 ٓب انهفظ يٍ أدذًْب ٔعذو انشد يٍ األخش كمٕل انًٕكمٛكفٗ فٚٔ غخّٛ ٔصٛم ٔيٕكم فٛأسكبَٓب اسثعخ يٕكم ٔٔك ) 292 : ص1 ك ٔنٕ ثًكبتجخ أ يشاسهخ (انجبجٕسٖ جضءٛٔكهتك ثكزا أ فٕضتّ إن
2. Wakalah Berbentuk Penyerahan Wang: Dengan cara ini urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara ini orang yang ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang yang sama nilai dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil tersebut akan menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Dalam hal ini menurut pandangan ulama hukumnya adalah harus.
Penjelasan tentang keharusan wakalah melalui penyerahan wang dijelaskan dalam kitab I‟anah al-Talibin:3 :ّ ششح اثٍ دجش عهٗ انًختصش يب َصًٙبٌ انكشد٘ يذشٛخ يذًذ ثٍ سهٛ فتبٔ٘ انعاليخ انشٙ ف:نهصٕاة خٛمخ أٔ األضذٛ يكخ نهعمٙشتش٘ نٓى انُعى فٚ ٍم يٛ جشد عبدح أْم ثهذ جبٖٔ عهٗ تٕك:ٗ(سئم) سدًّ هللا تعبن ، (انجٕاة) َعى.صخ رنك أٔ ال؟ أفتَٕبٚ ثهذ جبٖٔ فٓمٙ عُّ فٙضذٚ ٔعك أٚ ٍ ٔانذبل أٌ ي، يكخٙزثذّ فٚٔ 2 3
. Hasyiat al-Bajuri, jilid 1, ms. 296. . Al-Bakri al-Dimyati, I‟anat al-Tolibin, (1992), jil. 2, ms. 381
ٔانعبق كًبٙش ثهذ انًضذٛ ٔنٕ ثجهذ غ، رثذٓبٙمخ ٔفٛخ ٔانعمٛ ششاء األضذٙم فٛجٕص انتٕكٚٔ ،صخ رنكٚ ٙخ فٛم أٔ انٕصٛ ٔصشدٕا ثجٕاص انتٕك،خٛ رثخ األضذٙذتّ فٛم يٍ تذم رثٛأطهمِٕ فمذ صشح أئًتُب ثجٕاص تٕك ،خٛ االدكبو ثبألضذٙمخ فٛ ٔأنذمٕا انعم.جتٚ ٔال.ّتٛ أضذٙستذت دضٕس انًضذٚ َّ ٔأ،ششاء انُعى ٔرثذٓب . رنكٙخ فٛكٌٕ دكًّ دكى األضذٛ ف،ُِٕس ْزا يًب استثٛ ٔن،ُٙإال يب استث
Dalam kitab Fatawa Syeikh Sulaiman al-Kurdi Muhasyyi Syarah Ibni Hajar „ala alMukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau telah ditanya: “Telah berlaku kebiasaan penduduk Jawa mewakilkan kepada seseorang agar membelikan haiwan ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban dan agar menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat tersebut berada di Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan fatwa. Jawabannya “Ya, demikian itu sah. Dibenarkan perwakilan dalam pembelian binatang korban dan aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan di negara orang yang berqorban atau beraqiqah itu..”
Hukum Upah Bagi Wakil Yang Melaksanakan Ibadat Korban: A: Upah Diambil Daripada Binatang Korban 1. Ulama‟ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah kerana terdapat larangan yang keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali: “Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih). Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan anggota badan atau daging daripada binatang korban itu sebagai upahnya. 2. Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selian dari daging korban. Sayyidina Ali r.a berkata: “Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada
tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberikannya dari harta kami sendiri (secara berasingan)”. (Riwayat Muslim di dalam Sahihnya)
Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging korban adalah kerana daging daripada penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan. Dengan itu ia tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan). Ini kerana upah bagi sesuatu pekerjaan adalah aqad mu‟awadhah yang melibatkan pertukaran dan timbal balas dua gantian (bilateral compensation). Kedua dua pihak yang memeterai akad akan mendapat manfaat dengan persetujuan dan suka sama suka.
Membuat bayaran atau
penyerahan barang yang dibeli dalam aqad mua„wadah adalah satu obligasi. Dengan kata lain penyerahan itu sekiranya tertangguh, dianggap sebagai hutang.
Ia berbeza dengan aqad tabarru yang bersifat unilateral dan tidak perlu kepada balasan.
Larangan ini juga ada kaitan dengan salah satu gambaran larangan gabungan dua kontrak di dalam satu kerana tujuan dan spesifikasi yang berbeza. Contoh yang hampir sama ialah jika membayar upah kepada tukang gunting RM10 pada masa yang sama dia niat bayar zakat atau sedekah. Dalam contoh ini, zakat atau sedekah tidak sah.
Begitulah juga dalam konteks sembelihan korban yang merupakan satu aqad taqarrub dan tabarru„, tidak boleh disalahgunakan daging korban yang pada asasya bertujuan melakukan kebajikan untuk membayar upah pekerja. Upah tersebut mestilah diberikan berasingan. Larangan ini di sokong juga oleh hadith Abu Hurairah seperti berikut: حدٌث رقم،(من باع جل َد أُضحٌتِه فال أُضحٌ َة له) رواه الحاكم فً المستدرك وحسنه األلبانً فً صحٌح الترغٌب .1088
Maksud: “Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tidak ada korban baginya”. Hadith ini dengan jelas menunjukkan tujuan sebenar korban adalah untuk taqarrub dan bersedekah, maka ia tidak boleh digunakan bagi tujuan “mu„awadah” pertukaran yang mendatangkan keuntungan kepada pelaku korban. Ia bercanggah dengan tujuan korban.
Kulit tersebut boleh disedekahkan atau dipakai untuk kegunaan sendiri dan tidak sepatutnya dibazirkan.
Alasan („illah) lain kepada larangan tersebut adalah kerana unsur gharar pada daging korban dan kualitinya. Contohnya sekiranya dikatakan kepada tukang sembelih dan pelapah, “upah bagi kamu adalah paha lembu”, belum pasti lagi upah itu setimpal dan sudah pasti terdedah kepada gharar.
Penulis berpandangan alasan larangan gabungan dua kontrak dalam satu atau salah guna aqad tabarru„ dan taqarrub adalah lebih kuat.
B. Upah Diberi Secara Berasingan Ini adalah harus berdasarkan kepada athar Sayyidina Ali di atas: “Kami memberikannya dari harta kami sendiri (secara berasingan).”
C. Mengambil Upah ke atas wakalah Korban Oleh kerana kerja pelaksanaan korban boleh diwakilkan kepada orang lain untuk melaksanakannya, wakalah tersebut boleh berlaku samada dengan upah atau tanpa upah. Sekiranya ada upah, upah tersebut mestilah diketahui dan dipersetujui oleh wakil dan muwakkil.
Jawapan bekas Mufti Jordan Dr Noh Ali Salman هللا
رسول
سٌدنا
على
والسالم
والصالة
،هلل
لحمد
كما ٌجوز للمضحً أن ٌقول لمدٌر،ٌجوز للتكٌة أن تكون وكٌلة عن المضحٌن فً شراء وذبح األضاحً مقابل مبلغ محدد من المال وعندئذ ٌنفق مدٌر التكٌة من هذه المبالغ، وما زاد عن الثمن فهو للتكٌة."ً "هذا مبلغ اشتر به أضحٌة واذبحها ووزعها عن:التكٌة والتً زادت عن ثمن األضحٌة ٌنفقها فً إدارة مشارٌع التكٌة وتغطٌة المصارٌف وزٌادة،)التً قبضت (أجر شراء وذبح األضحٌة فقد ذبح،ً وٌنوي عند ذبح ما زاد من األضاحً أنها عن فقراء معٌنٌن أو عن مجموعة من شارك فً هذه األضاح،ًعدد األضاح
:
ٖٕسلى انفت
4
وهللا أعلم. وذبح ا رعر عن نفسه وعن أمته، أحدهما عن نفسه وأهل بٌته،رسول هللا صلى هللا علٌه وسلم كبشٌن
: 2010/05/10 خٚانتبس725
Cara Cara Pelaksanaan Program Ibadah Korban Semasa Secara Wakalah 1. Program Ibadah Korban Secara Komersial Yang Dianjurkan oleh Organisasi Yang Terlibat Secara Langsung. Disebut dengan jelas harga penyelenggaraan (pakej) satu bahagian lembu atau seekor kambing untuk ibadah korban contohnya RM500 tanpa dinyatakan upah dan kos pengurusan dan keuntungan (walaupun ia sudah diambil kira dalam menentukan harga). Ini harus bagi penganjur korban yang melakukan sendiri kerja kerja penyembelihan, melapah dan mengagihkan daging korban, yang pada kebiasaanya mempunyai petugas petugas sendiri, bukannya mewakilkan kerja tersebut kepada pihak ke tiga dengan harga yang lebih murah untuk mengambil untung di atas angin. Sesetengah sharikat yang menganjur kerja korban sebegini kebiasaannya memiliki lading sendiri, rumah sembelih sendiri, pekerja sendiri dan senarai harga berdasarkan saiz dan jenis ternakan yang jelas dan boleh dipilaih oleh peserta.
4
http://www.aliftaa.jo/index.php/fatwa/show/id/725. 27/9/13
Di Mekah sebagai contoh, Syarikat Al-Rajhi ada menawarkan khidmat sembelihan korban dan Dam haji di mana pelanggan hanya membeli kupon korban. Segala kerja penyelenggaraan dan agihan dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Boleh dianggap jualan kupon tersebut sudah merangkumi wakalah. Sebaik baiknya dinyatakan di dalam kupon atau sijil korban tersebut wakalah daripada pelanggan kepada pengurus untuk melakukan kerja korban.
Sesetengah bank Islam di Timur Tengah seperti Saudi dan Mesir menawarkan produk “sak al-adhahi” iaitu pakej ibadat korban yang merangkumi wakalah untuk sembelihan pengurusan dan agihan daging korban. Ini dibenarkan oleh kebanyakan ulama semasa.5
Tidak ada isu Syariah sekiranya ada lebihan daripada kos, bahkan ia boleh dianggap sebagai keuntungan ataupun hak penganjur.
2. Pengajuran Program Ibadah Korban Bukan Secara Komersial yang Dilakukan oleh Surau, Masjid atau Organisasi. Disebut bahawa RM500 adalah harga sebahagian lembu atau seekor kambing korban. Perlu disebut kos adalah termasuk kos pengurusan, dan sekiranya ada lebihan duit, maka ia disedekah kepada badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim, surau atau untuk aktiviti agama dan kebajikan. Sudah tentu kos ini merangkumi upah kepada petugas. Upah kepada petugas adalah aqad yang berasingan di antara penganjur contohnya AJK surau dengan petugas di mana upah dan skop kerja
5
mestilah diketahui dan dipersetujui. Ia akan diambil dariapada kos pengurusan tersebut.
Sekiranya tidak dinyatakan status duit lebihan kos korban, penganjur perlu memulangkannya kepada peserta.
3. Individu atau Organisasi yang mengambil upah daripada kutipan penyertaan. Kemunkinan mereka adalah wakil kepada penganjur, atau menjadi penganjur dan memungut sendiri penyertaan program korban kemudian mewakilkan pihak lain dengan harga yang lebih rendah. Dalam keadaan bertindak sebagai wakil kepada penganjur, dengan upah atau komisyen yang sudah dipersetujui dengan penganjur, munkin boleh dipertimbangkan dan dianggap harus walaupun tidak diketahui oleh peserta. Sebaik baiknya ia diketahui.
Adapun yang mengambil inisiatif sendiri menganjur ibadah korban, dan mengambil upah secara komersial, perlu dinyatakan jumlah upah dan spesifikasi tugasan. Contohnya Harga kambing RM450, upah RM50. Upah RM 50 munkin hanya untuk pengesahan penyertaan, tidak termasuk pengurusan penyembelihan dan agihan. Perlu dinyatakan sekiranya kerja kerja penyelenggaraan dilakukan oleh pihak lain. Ini termasuk di dalam hukum wakalah ke atas wakalah, di mana wakil lapis pertama perlu mendapatkan kebenaran daripada muwakkil (mereka yang ingin melakukan Qurban) untuk mewakilkan kepada pihak ke tiga.
Samada dilakukan sendiri oleh wakil, atau wakil lapis kedua, perlu dinyatakan juga apa yang dilakukan kepada lebihan baki penyelenggaraan ibadah korban. Ia boleh
dianggap hibah kepada wakil atau disalurkan kepada aktiviti kebajikan. Sekiranya tidak dinyatakan, maka perlu dikembalikan kepada peserta.
4. Hibah bersyarat ke atas lebihan kos korban. Hibah bersyarat tidak sepatutnya dianggap sebagai upah. Ini kerana upah mestilah diketahui dan di persetujui. Hibah bersyarat bagi lebihan kos penyelenggaraan ibadah korban boleh dibahagikan kepada tiga keadaan: (a) Hibah bersyarat disebut di samping upah yang ditentukan pada permulaan (upfront), sekiranya ada baki, diberikan juga kepada wakil. Dalam hal ini ia boleh diambil oleh wakil. Sama seperti no 3 di atas. (b) Hibah bersyarat tidak bersama upah, (wakalah tanpa upah), tetapi lebihan diberikan kepada penganjur. Sekiranya ada lebihan, maka ia boleh diambil oleh wakil. (c) Tidak dinyatakan upah dan tidak dinyatakan juga apa yang akan dibuat dengan lebihan. Ini dikira wakalah tanpa upah. Dalam keadaan ini, haram bagi wakil mengambil lebihan kos.
Dalam keadaan (b) seperti di atas, iaitu hibah bersyarat tanpa disebut atau diberikan upah lain, ia boleh dilakukan dengan menganggarkan/menentukan nilai seekor kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada wakil/penganjur. Contoh: “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban yang dianggarkan lebih kurang RM460-RM480 atau ditetapkan seperti carilah kambing dengan harga RM475, yang selebihnya/baki adalah untuk diberikan kepada kamu/penganjur.” Konsep ini disebut oleh fuqaha sebagai:
فما زاد فهو لك، بع العين بكذا:إذا قال الموكل للوكيل “Apabila berkata pewakil kepada wakil: “Juallah barang ini dengan sekian-sekian, apa yang lebih adalah untukmu”
Di antara ulama yang yang mengharuskan konsep ini (upah bersyarat) ialah Ibn Abbas, Al-Zuhri, Qotadah, Ayub al-Sakhtiyani, Ibn Sirin, Al-Sya‟bi, Hassan al-Basri, Ishaq Ibn Rahawaih, Ahmad bin Hanbal,dan juga ulama mazhab Hanbali.6 Ulama yang bersandarkan kepada pandangan ini juga mengharuskan membeli dengan harga sekian, sekian, sekiranya harga yang diperolehi lebih rendah, maka perbezaan harga itu deberikan kepada wakil. Contoh, “Belikan saya sebahagian lembu korban dengan saiznya sekian sekian berat dalam kilo sekian sekian dengan harga RM500, sekiranya kamu boleh dapatkan harga yang lebih rendah, perbezaan harga saya berikan kepada kamu.” Ini adalah pendapat yang dipegang oleh bekas Mufti Jordan seperti yang disebut di atas. Walaupun begitu, perlu diingatkan supaya tidak berlaku ghubn fahish iaitu kerugian disebabkan penipuan bagi muwakkil iaitu pelaku ibadah korban di mana, kadang kadang lembu yang disembelih adalah yang kurus atau tidak cukup sharat sah sembelih, kerana dibeli dengan harga yang begitu rendah disebabkan pengambilan upah yang tinggi.
Kaedah ini boleh dipakai sekiranya sesuatu yang dibeli (subject matter) diketahui kualiti, spesifikasi dan harga di pasaran, terkawal dalam bagi transaksi biasa. Lebihan kos itu pula tidak sepatutnya dianggap sebagai keuntungan yang dicari dalam menunaikan ibadah korban. Tidak salah memperolehi keuntungan, tetapi melalui upah yang diketahui dan dipersetujui. 6
Musannaf Abd Al-Razzaq, )11011(, Ibn Qudamah, al-Kafi, jilid 2, ms. 252.
Walau bagaimanapun penulis tidak berapa menggalakkan kaedah ini dalam pelaksanaan ibadah korban kerana sebab sebab berikut: 1. Jumhur ulama tidak membenarkan kaedah ini kerana ada unsur gharar (ketidak pastian) pada upah. Penetapan upah adalah penting untuk kebaikan dan keadilan kedua dua pihak yang berkontrak, muwakkil dan wakil. 2. Ia boleh terdedah kepada penipuan (moral hazard). Munkin penganjur akan mencari lembu yang jauh lebih murah atau tidak memenuhi syarat sah korban untuk memaksimakan keuntungan.
Di Antara Kesilapan Yang Kerap Berlaku Dalam Wakalah Korban adalah seperti berikut: 1. Tidak ada aqad langsung. Bayaran bagi 1/7 seekor lembu dilakukan tanpa aqad yang jelas.
2. Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad perwakilan (wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara wakalah secara mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusus berlaku apabila mereka yang melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang sembelih yang dikenalpasti untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan haiwan sembelihan. Bagi wakil yang akan melakukan ibadat korban di tempat lain atau tanpa kehadiran peserta, ia boleh dianggap sebagai wakalah secara mutlak.
3. Tidak disebut berapa upah wakalah. Ini menyebabkan gharar dalam wakalah bi al-ajr. Sekiranya wakil mengambil upah daripada kos korban tanpa pengetahuan muwakkil dan keizinannya, maka pendapatan itu adalah haram.
4. Tidak dinyatakan apa akan dibuat dengan lebihan kos korban. Sekiranya tidak dinyatakan, maka wakil perlu pulangkan balik duit lebihan tersebut kepada muwakkil.
5. Tidak dinyatakan wakalah ke atas wakalah di dalam aqad. Sesetengah pengendali/pengajur yang melakukan ibadat korban luar Negara tidak menyatakan dengan jelas yang mereka akan mewakilkan pihak ke tiga dalam melaksanakan ibadah korban. Tanpa persetujuan Muwakkil, ia boleh menjejaskan kesahihan aqad.
KESIMPULAN Ibadah korban merupakan ibadah yang mulia di sisi Allah SWT dan ganjaran amatlah besar. Di dalamnya terkandung seribu satu hikmah. Oleh kerana ianya adalah sunat muakkad, umat Islam amat digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban, tambahan pula pada masa kini terdapat banyak kemudahan yang dapat membantu memudahkan lagi ibadah ini dijalankan.
Namun, dalam kesibukan kita mengejar ibadah ini jangan sampai terlepas pandang akan syarat-syarat dan sunnah-sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Supaya ibadat korban dilaksanakan dengan sempurna, kefahaman tentang hukum hakam yang berkaitan dengan ibadah korban sangatlah penting. Perhatian juga perlu diberikan dalam memenuhi tuntutantuntutan lain yang berkaitan seperti berwakil membeli dan menyembelih sebagaimana yang dijelaskan di atas supaya amalan berkorban itu benar-benar menepati kehendak Syara‟. Aqad wakalah, harga, upah dan lebihan kos mestilah disebut dengan jelas dan dipersetujui oleh wakil dan muwakkil.
Dicadangkan bagi mereka yang menganjurkan ibadat korban secara komersial, agar mengabil upah secara berpatutan menurut uruf, sebagaimana Al-Quran membenarkan penjaga anak yatim mangambil upah di atas kerjanya sekiranya tidak ada kemampuan dengan syarat ianya berpatutan menurut uruf semasa dan tempat pengurusan korban “bi al-makruf”.
Aktiviti penganjuran ibadat korban secara komersial perlu kepada pematauan pihak berkuasa untuk memastikan pelaksanaan dilakukan dengan sempurna termasuklah aqad wakalah, penentuan harga dan upah dan pengagihan supaya patuh kepada Shariah dan tidak berlaku penyelewangan dan penipuan. Pengajur juga mestilah berwaspada dan melaksanakannya dengan cara yang penuh perihatin dan tekun kerana ia adalah amanah daripada orang ramai dan dipersoalkan pada hari Qiyamat.
Wallahu a„lam.
Senarai Rujukan 1. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, (Dimasyq: Dar al-Fikr, Edisi ke-6. 2008). 2. Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, (Al-Qahirah: Dar al-Hadis, 2004) 3. Kifayat al-Akhyar. 4. Imam Taqiyuddin al-Husaini, Kifayat al- Akhyar. 5. Imam al-Nawawi, al-Majmu„ Sharh al-Muhazzab, Jeddah:Maktabah al-Irshad. 6. Al-Bakri al-Dimyati, I‟anat al-Tolibin, (1992), jil. 2. 7. Musannaf Abd Al-Razzaq, )11011(, Ibn Qudamah, al-Kafi, jilid 2. 8. Dorar.net.