i
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 1
16/06/2010 9:21:22 AM
Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan
ii
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 2
16/06/2010 9:21:22 AM
EDITOR ISHAK SAAT MOHD. AKBAL ABDULLAH
2010 iii
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 3
16/06/2010 9:21:23 AM
Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan
© Penerbit UTHM Cetakan Pertama 2010 Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Isu-isu terpilih dalam sejarah politik dan perjuangan : sumbangsih kepada Profesor Madya Dr. Mohd Isa Othman / editor : Ishak Saat, Mohd Akbal Abdullah. ISBN 978-967-5457-17-3 1. Mohd Isa Othman. 2. Nationalism--Malaysia. 3. Malaysia--Politics and goverment. 4. malaysia--History. I. Ishak Saat, 1964-. II. Mohd Akbal Abdullah, 1965-. 959.5
Terbitan : Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor Darul Ta’zim Tel : 07-453 7454 / 7452 Faks : 07-453 6145 Laman Web : www.uthm.edu.my/pt E-mel :
[email protected]
iv
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 4
16/06/2010 9:21:23 AM
Kandungan
Prakata BAB 1 Tinjauan ke Laluan Lama Kedah – Siam Zaman Kesultanan Silam Mohd. Kasri Saidon, Universiti Sains Malaysia
ix
1
BAB 2 Sejarah Sosioekonomi dan Pendidikan Masyarakat Melayu Kedah Tahun 1900-1950 . Mohamad Muzammil Mohamad Noor, Universiti Malaya
29
BAB 3 Pengaruh British di Kedah 1909-1940. Kesan ke Atas Pentadbiran Daerah. Sivarajan Ponniah, Universiti Sains Malaysia
73
BAB 4 Gerakan Tentangan di Kelantan, 1915: Kesan dari Pengenalan Peraturan Tanah Baru Kerajaan Kolonial. Nik Haslinda Nik Hussain, Universiti Sains Malaysia
107
BAB 5 Kebangkitan Orang Melayu Perak Menentang British Tahun 1945-1957. Ishak Saat, Universiti Sains Malaysia
135
v
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 5
16/06/2010 9:21:23 AM
Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan
BAB 6 Pembentukan Kampung-Kampung Baru Di Johor : Sumbangan British Kepada Orang Cina Semasa Darurat Tahun 1948-60. Mohd. Akbal Abdullah, Univesiti Tun Hussein Onn
171
BAB 7 Strategi Pemimpin Tempatan Dalam Menewaskan PKM Di Tanah Melayu, 1955 – 1960. Rahamat Abu Kassim, Universiti Sains Malaysia
209
BAB 8 ANZUS dan Penubuhan Negara Malaysia Sah Hadiyatan Ismail, Universiti Sains Malaysia
251
BAB 9 Gerakan Islam : Menyelusuri Perjuangan ABIM Kedah Aspek Politik dan Perjuangan 1971-2004. Mohd Azhar Bahari, Universiti Sains Malaysia BAB 10 ”ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN (2007), SEBUAH NOVEL SEJARAH? ” Sakinah Abu Bakar, Universiti Sains Malaysia
317
BAB 11 Hubungan China-Vietnam, 1802-1839 : Dari Tributari ke Perdagangan Ku Boon Dar, Universiti Malaya
339
BAB 12 Pembentukan Kerjaan Serb, Croat dan Sloven 1918. Azlizan Mat Enh, Universiti Kebangsaan Malaysia
367
vi
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 6
16/06/2010 9:21:23 AM
Kandungan
Biodata Penulis Biodata Tokoh Sumbangsih Profesor Madya Dr Hj Mohd. Isa Othman
395 401
vii
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 7
16/06/2010 9:21:23 AM
Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan
viii
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 8
16/06/2010 9:21:23 AM
PRAKATA
D
alam dunia kontemporai ini, ilmu sejarah telah berkembang pesat, maka bila berbicara persoalan sejarah maka ruang lingkup sejarah semakin luas. Di dalamnya terkandung ilmu sejarah yang membicarakan aspek sosial, ekonomi, pendidikan, agama, seni, muzik dan peradaban manusia. Namun, dalam displin sejarah aspek politik dan perundangan merupakan bidang sejarah yang tertua di dunia. Lantaran itu, sejarah seringkali membicarakan persoalan politik, perundangan dan pemerintahan. Malah tokoh-tokoh politik seringkali menjadi bahan penulisan dalam displin sejarah. Tokoh-tokoh politik juga dikatakan orang yang mencorakkan perjalanan sesebuah masyarakat dan negara. Kepimpinan mereka selalunya menjadi perhatian, ikutan dan panduan dalam pembinaan sesebuah negara bangsa yang baru dilahirkan. Dengan kata lain, pembinaan sebuah negara bangsa seringkali berkait rapat dengan kegiatan dan perilaku manusia. Secara umumnya, perubahan bentuk yang dilalui oleh masyarakat berkait rapat dengan watak masyarakat itu sendiri kerana mereka adalah pelakonnya. Lantaran itu, sejarah juga boleh didefinisikan sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat dan tamadun dunia yang menjelaskan tentang perubahan yang terjadi pada sifat-sifat manusia seperti kebiadaban, keramahan dan perasaan setiakawan serta juga tindakan segolongan manusia yang terlibat dalam perjuangan. Ia juga membicarakan perkembangan politik sesebuah negara bangsa, ia mengkaji dan mentafsirkan persoalan kenapa sejarah itu terjadi sedemikian rupa. Malah melalui sejarah juga menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan kejadian revolusi dan pemberontakan oleh
ix
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 9
16/06/2010 9:21:23 AM
Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan
segolongan manusia terhadap manusia lain. Hal yang demikian ini akan mengakibatkan terbinanya sebuah kerajaan dan negara. Buku Sumbangsih buat Profesor Madya Dr Mohd. Isa Othman, mengandungi isu-isu terpilih berkaitan dengan sejarah politik dan perundangan. Pengkhususan kepada perkembangan politik Tanah Melayu sejak zaman tradisi dan kesultanan, kemudian zaman penjajahan dan seterusnya zaman pasca merdeka. Artikel berkaitan dengan isu-isu terpilih ini bersesuaian dengan bidang kepakaran tokoh yang dipaparkan dan sumbangannya harus dihargai. Beliau merupakan seorang sejarawan yang optimis dan realistik dalam membicarakan aspek politik negara. Penulisannya sering menjadi bacaan dan rujukan para ilmuan. Hatta beliau sering dijemput oleh sekolah-sekolah menengah, pusat-pusat pengajian tinggi, Persatuan Sejarah Malaysia dan Arkib Negara Malaysia untuk memberikan pandangan tentang perkembangan sejarah Malaysia. Beliau sering berpandangan, setiap rakyat Malaysia mesti mempelajari dan mengetahui perkembangan sejarah Malaysia agar ia menjadi pengajaran dan panduan dalam pembentukan negara. Malah beliau selalu menegaskan bahawa tanpa pengetahuan sejarah maka manusia akan seringkali melakukan kesilapan yang serupa. Hal yang demikian ini, akan merugikan bukan sahaja individu dan masyarakat tetapi negara turut terjejas sekiranya masyarakat tidak menjadikan sejarah sebagai pengajaran dan sempadan. Beliau terlibat dalam penyebaran ilmu sejarah dan penulisan sejarah melebihi 30 tahun. Keilmuannya seharusnya ditimba dan pelajari agar ilmu sejarah terus berkembang dan sentiasa dibicarakan. Maka, nantinya masyarakat akan sedar dan faham tentang kepentingan sejarah yang seharusnya sentiasa menjadi panduan dalam pembentukan negara bangsa. Malah ilmu sejarah mesti difahami oleh seluruh masyarakat sesuai dengan ungkapan kuno sejarah, iaitu Sejarah Mengajar Erti Kedewasaan atau Sejarah Sebagai Pengajaran.
x
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 10
16/06/2010 9:21:23 AM
Prakata
Buku ini mengajak pembaca meneliti isu-isu terpilih tentang aspek politik, perundangan dan perkembangan sejarah yang dilalui oleh Malaysia. Seharusnya buku ini dibaca oleh guru-guru, siswa dan siswi di pusat pengajian tinggi, dan juga bakal guru yang sedang menuntut ilmu perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia serta mereka yang berminat dan mengkaji tentang sejarah Malaysia agar ilmu dan perkembangan sejarah Malaysia diajar secara jelas dan tepat sesuai dengan konsep sejarah iaitu “Sebagaimana Ianya Berlaku”. Sekian. Editor Dr Haji Ishak Saat Mohd. Akbal Abdullah 10 Januari 2010
xi
Sejarah Politik Dan Perjuangancs4.indd 11
16/06/2010 9:21:23 AM