KENYATAAN AKHBAR SWCorp SASAR 53 BUAH BANDAR BERSIH MENJELANG TAHUN 2017 SEREMBAN, 1 JUN 2015 – SWCorp menganjurkan Konvensyen Bandar Bersih untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan serta pendekatan yang spesifik berkaitan Program Bandar Bersih yang sedang giat dilaksanakan kini. Program ini adalah inisiatif SWCorp untuk menjadikan 53 buah bandar di bawah seliaan SWCorp sebagai bandar yang bersih, seterusnya merealisasikan visi Malaysia agar tersenarai di dalam kelompok antara 10 negara terbersih di dunia selaras dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin untuk menjadikan Malaysia di antara 10 negara terbersih di dunia. Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Datuk Halimah Binti Mohd Sadique,Program Bandar Bersih ini melibatkan beberapa fasa di mana fasa pertama terdiri daripada 5 buah bandar perintis iaitu Putrajaya, Pekan, Muar, Langkawi dan Rembau. Manakala fasa kedua dan ketiga masing-masing melibatkan 24 buah bandar bagi mencapai status bandar bersih. Jelasnya, keperluan terhadap pengiktirafan bandar bersih perlu mematuhi penilaian melalui kriteria seperti bandar mampan, tahap kebersihan persekitaran, kebertanggungjawaban masyarakat, pengurusan sumber dan penyediaan infrastruktur yang lestari. Demikian dinyatakan YBhg. Datuk Halimah Binti Mohd Sadique selepas ditemui dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun SWCorp Yang Ketujuh Dan Konvensyen Bandar Bersih. Dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Halimah juga merasmikan Konvensyen Bandar Bersih yang dihadiri kira-kira 800 orang peserta yang terdiri daripada Agensi-agensi kerajaaan dan swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada seluruh negeri, AJK dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT), mahasiswa-mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS), ahli
Persatuan Mata Hati Malaysia, Penguatkuasa SWCorp dan syarikat konsesi. Jelasnya, untuk menerusi penglibatan pelbagai pihak dalam konvensyen tersebut, ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk mencapai agenda kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih, indah dan sejahtera. Tegasnya, untuk merealisasikan agenda tersebut, peranan masyarakat adalah kunci kejayaan yang utama. Oleh yang demikian, SWCorp mengambil pendekatan yang kreatif, mendalam dan fokus untuk memenangi hati dan nurani masyarakat. Oleh itu, sempena Sambutan Ulang Tahun Yang Ketujuh SWCorp, Pelan Tindakan Winning The Hearts And The Minds telah dilancarkan. Sasaran utama Pelan WHM ini adalah untuk mendekati masyarakat melalui jalinan yang mesra supaya masyarakat akan sama-sama menyokong aspirasi SWCorp dan memberikan komitmen terhadap budaya penjagaan alam sekitar.Berdasarkan pelan tindakan yang dibuat ini, ia secara tidak langsung dapat menjadikan SWCorp sebagai sebuah organisasi yang dirujuk, relevan, dihormati dan dikenali (Referred, Relevant, Respected, Renown) selain ia secara tidak langsung menjadi garis panduan kepada warga kerja SWCorp untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi pelanggan dan mengujakan sehingga masyarakat menjadi penyokong dan penggerak yang berpengaruh dalam melaksanakan aspirasi yang dihasratkan. Menerusi jalinan mesra yang dibina oleh kerajaan dan komuniti hasil daripada Pelan Tindakan WHM, ia secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti 3R yang mana ia akan bertindak sebagai platform untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya 3R yang merangkumi elemen pengurangan, guna semula dan kitar semula barangan terbuang. Menurut YBhg. Datuk Halimah, sekiranya amalan 3R ini dapat diimplimentasikan dalam kehidupan seharian, ia bukan sahaja dapat membantu membantu menjaga kelestarian alam,malah dapat membantu menjana pendapatan dan sumber ekonomi isi rumah sekaligus meningkatkan taraf kehidupan mereka. Jelas YBhg, Datuk Halimah, bagi merealisiskan matlamat negara untuk mencapai 22% kadar kitar semula pada tahun 2020, peranan golongan belia khususnya daripada golongan mahasiswa dan mahasiswi amat diharapkan kerana meraka merupakan generasi baharu yang akan mentadbir negara dan menentukan corak indikator tahap kelestarian alam. Justeru itu, Program Green Campus diyakini antara program yang mampu melakukan anjakan
paradigma terhadap kadar kitar semula negara. Menerusi pelaksanaan program ini, ia mampu untuk menghubungkan semua pihak di antara institusi pengajian tinggi bagi melaksanakan aktiviti kelestarian kampus meliputi pelbagai aspek seperti aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi. Tambah beliau, menerusi program ini, ia dapat meningkatkan lagi kefahaman masyarakat terhadap amalan kelestarian kampus di mana IPT dapat dijadikan role model atau pemangkin transformasi melalui perkongsian ilmu atau knowledge transfer dalam membudayakan kebersihan sekaligus melahirkan masyarakat yang peka dan bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar. Justeru itu, beliau menyeru agar masyarakat agar tidak bergantung dengan sesetengah pihak sahaja dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam tetapi semua pihak perlu turut sama berganding bahu untuk memastikan kejayaan program-program yang sedang dilaksanakan ini demi kepentingan semua. ******************************************************************************************************* Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Puan Hartini Binti Mhd Azmi Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Korporat Telefon : 012-464 9871 E-mel :
[email protected] Dikeluarkan oleh : Bahagian Korporat b.p. Ketua Pegawai Eksekutif Solid Waste Corporation (SWCorp) Pembersihan Awam Telefon : 03-2245 9336 Faks : 03-2245 9394 / 9293 Laman Web : http://www.ppsppa.swcorp.my
Maklumat tambahan: Kriteria Bandar Bersih Bagi mencapai status bandar bersih, terdapat 3 kriteria utama yang perlu dicapai iaitu dari aspek pengurusan, fizikal dan sosial.
Kriteria Bandar Bersih Pengurusan 1. Kitar Semula - Separation At Source - Kadar Kitar Semula - Pusat Kitar Semula 2. Impak Kesihatan - Penyakit bawaan penyakit 3. Infrastuktur - Lokasi tapak pembuangan sampah secara tidak sah - Sisa binaan dan perobohan bangunan - Lokasi dumping site (tapak pelupusan sanitari) 4. Aduan - Jumlah aduan masyarakat 5. Komitmen - Kerjasama daripada semua agensi
Fizikal 1. Sistem Saliran Dan Sungai
Sosial 1. Tahap Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar
2. Fasiliti 3. Kawasan Awam
2. Tahap Kesediaan 3R
4. Collecton Point (tong komunal) dan bilangan tong sampah
3. Penglibatan Masyarakat Dalam Program Bandar Bersih
Aspirasi Bandar Bersih adalah untuk menjadikan: i)
Persekitaran kawasan bandar berada dalam keadaan bersih dan indah.
ii)
Kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kawasan bandar berada di tahap membanggakan dengan pemantauan dan kawal selia yang sistematik.
iii)
Tahap kesedaran awam di kalangan masyarakat meningkat dengan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk bersama-sama menjadikan bandar dan kawasan kejiranan masing-masing kekal bersih dan indah.
iv)
Amalan 3R dan budaya menjaga kebersihan dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat.
11 Strategi Program Bandar Bersih adalah
1.
Memberi inspirasi secara menyeluruh kepada semua pihak-pihak.
2.
Mendidik untuk membudayakan amalan kebersihan.
3.
Kualiti perkhidmatan konsesi di tahap terbaik
4.
Meningkatkan tanggungjawab komuniti.
5.
Program Gempur Littering (pembuangan sampah merata- rata).
6.
Kolaborasi dengan semua agensi-agensi.
7.
Pelan Media yang berkesan.
8
Meingkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan.
9.
Penghargaan dan pengiktirafan.
10.
Pemantauan tahap kebersihan secara total dan berterusan.
11
Penilaian dan kajian semula pelan tindakan bandar bersih..
.
Pelancaran Pelan Tindakan Winning The Hearts And Minds (WHM) Sasaran utama Pelan WHM ini adalah untuk mendekati masyarakat melalui jalinan yang mesra supaya masyarakat akan sama-sama menyokong aspirasi SWCorp dan memberikan komitmen terhadap budaya penjagaan alam sekitar.. Melalui jalinan ini, SWCorp akan sentiasa menjadi sebuah organisasi yang dirujuk, relevan, dihormati dan dikenali (Referred, Relevant, Respected, Renown). Pelbagai inisiatif yang lebih signifikan akan dilaksanakan melalui pelan tindakan ini yang memberikan penekanan khusus kepada hubungan simbiosis dengan masyarakat agar SWCorp akan menjadi sebuah agensi yang dekat di hati dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang mengujakan sehingga masyarakat menjadi penyokong dan penggerak yang berpengaruh dalam melaksanakan aspirasi yang dihasratkan. STRATEGI WINNING THE HEARTS AND MINDS (WHM) Pelan Tindakan WHM mengandungi Objektif Strategik, Strategi dan Tindakan yang disusun begitu rapi dan teliti meliputi keseluruhan perkara penting bagi memastikan pelaksanaannya memberi kesan yang maksimum. Pelan Tindakan ini menggariskan empat (4) Objektif Strategik seperti berikut:
Objektif Strategik 1 : Merapatkan Hubungan Dengan Masyarakat Dan Pelanggan Supaya Merasai Dan Mengalami Mutu Perkhidmatan Yang Diberikan. Masyarakat dan pelanggan yang menghargai perkhidmatan yang diberikan hanya akan diperolehi sekiranya mereka merasakan bahawa perkhidmatan tersebut memberi kesan baik kepada mereka. Oleh yang demikian hubungan yang erat harus dipertingkatkan dan SWCorp perlu membina reputasinya sebagai sebuah organisasi yang berprestasi tinggi dengan barisan kepimpinan yang berwibawa dan dihormati. Untuk memenangi hati masyarakat dan pelanggan mendapatkan keyakinan mereka amat penting. Oleh itu, menunaikan janji dan menjalinkan hubungan yang mesra serta
pendampingan melalui program-program yang dilaksanakan adalah strategi yang amat penting. Strategi untuk melaksanakan Objektif Strategik yang pertama adalah seperti berikut: 1.1
Membina reputasi sebagai organisasi yang berwibawa dan berprestasi tinggi.
1.2
Kepimpinan organisasi yang berwibawa, disegani dan dihormati.
1.3
Komunikasi berkesan untuk menonjolkan perkhidmatan yang mengujakan.
1.4
Menjalin hubungan mesra dan mendekati masyarakat melalui programprogram pendampingan yang mengujakan.
1.5
Mengotakan janji (Walk The Talk).
Objektif Strategik 2 : SWCorp Di Hati Masyarakat Dan Pelanggan Pelaksanaan
WHM
memerlukan
kemahiran
yang
tersendiri
dan
ia
perlu
dipertingkatkan di kalangan warga SWCorp. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran psikologi, seni menambat hati dan nurani masyarakat. Selain daripada itu mendengar suara rakyat, memberi perkhidmatan yang mengembirakan, memberi penghargaan dan pengiktirafan juga perlu untuk meletakkan SWCorp di hati masyarakat dan pelanggan. Seterusnya menjadikan SWCorp menjadi sebuah organisasi yang menjadi rujukan dan pilihan. Strategi bagi melaksanakan Objektif Strategik kedua ini adalah seperti berikut: 2.1
Memperkasakan kompetensi seni memenangi hati masyarakat dan pelanggan di kalangan wargakerja SWCorp.
2.2
Mendengar suara masyarakat dan pelanggan serta muda didampingi.
2.3
Memberi perkhidmatan pelanggan.
2. 4
Memberi pengiktirafan dan penghargaan.
2.5
Menjadi sebuah organisasi rujukan dan pilihan (Referred and Preferred)
yang
menggembirakan
masyarakat
dan
Objektif Strategik 3: Aspirasi Dan Agenda SWCorp Disokong, Dihayati Dan Diamalkan Oleh Masyarakat Dan Pelanggan Objektif Strategik ketiga ini amat penting kerana tanpa sokongan, penghayatan dan amalan terhadap Pelan Tindakan WHM aspirasi dan agenda SWCorp, tidak akan berjaya. Mendidik masyarakat untuk menghargai dan menyampaikan aspirasi dan agenda SWCorp dengan kaedah yang paling berkesan, meningkatkan pendampingan, menanamkan
rasa
kesetiaan,
melaksanakan
handholding
dan
memberi
tanggungjawab kepada masyarakat untuk melaksanakan inisiatif SWCorp merupakan strategi yang akan memastikan kejayaan Objektif Strategik ini. Strategi bagi Objektif Strategik ketiga adalah seperti berikut:
3.1
Menyampai dan mendidik masyarakat dan pelanggan untuk menghayati serta menghargai aspirasi dan agenda SWCorp.
3.2
Meningkatkan pendampingan (engagement) dengan masyarakat dan pelanggan.
3.3
Menanamkan kepercayaan serta kesetiaan masyarakat dan pelanggan.
3.4.
Melaksanakan bimbingan kepada masyarakat dan pelanggan untuk laksanakan program-program yang berimpak tinggi.
3.5
Memberi tanggungjawab (empowering) kepada masyarakat untuk melaksanakan inisiatif SWCorp.
Objektif Strategik 4: SWCorp dikenali sebagai organisasi yang sentiasa prihatin dan mengutamakan pelanggan Keprihatinan dan mengutamakan pelanggan merupakan dua perkara asas untuk menzahirkan sebuah organisasi yang disayangi dan dekat di hati. Oleh yang demikian Objektif Strategik keempat ini memberi tumpuan khusus berhubung perkara tersebut melalui strategi-strategi berikut: 4.1
Mempamerkan imej SWCorp sebagai organisasi yang prihatin.
4.2
Mengutamakan pelanggan dalam setiap inisiatif SWCorp (Customer First)
4.3
Mengambil tindakan yang dapat menyentuh perasaan masyarakat dan pelanggan
Aspirasi Unggul Adalah menjadi aspirasi SWCorp untuk melahirkan masyarakat yang menghargai dan memelihara kebersihan persekitaran serta alam sekitar sebagai anugerah dan amanah Pencipta demi kelangsungan kehidupan kelestarian alam sekitar.