Bil. 2 / 2016
SWCorp
SWCorp NEWS Tel. : 03-2245 9292 | Faks : 03-2245 9293 | Talian Indahkan Malaysia 1 800 88 7472 www.swcorp.my | F swcorpMY | T @swcorp_my | instagram : swcorp_my www.swcorp.my/swcorpnews Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
iM4U, SWCorp kerjasama laksana 4 program serentak di 4 lokasi berbeza
9
Karnival Azam, Mural 2016 bukti komitmen KPKT kepada rakyat
2 MUKA 3
Penduduk kediaman bertingkat jayakan program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca GERAK GEMPUR KEBERSIHAN
sedarkan komuniti Perlis pentingnya kebersihan
KOMPAUN RM50
akan dikenakan bermula 1 Jun 2016
ISSN 2289-8980
9
772289
898005
8 6
EARTH HOUR AJAR ERTI BERJIMAT
9
bergelap 60 minit untuk selamatkan bumi
PENDUDUK PARIT RAJA
hargai usaha SWCorp bersama penduduk bersih, cat Masjid As-Sakinah, Talang Bunut
10
Johor, Perak larang guna polisterina
Tips barangan kitar semula
PLASTIK SAMPAH BAWA PADAH! Trivia untuk Si Paus yang malang…
MUKA 9
MUKA 15
MUKA 16
#asingkan SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA
2
Nasional
INFO:
Karnival Azam, Mural 2016 bukti komitmen KPKT kepada rakyat
Datuk Halimah Mohamed Sadique Timbalan Menteri KPKT
I
SIDANG EDITOR PENAUNG
DATO' DR. ZULKAPLI MOHAMED PENASIHAT
POH - Karnival Azam Bandar dan Seni Jalanan Urban Malaysia atau Malaysian Urban Art Streets Carnival (MURAL) 2016 selamat dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr. Zamry Abdul Kadir di Ipoh baru-baru ini. Hadir sama pada majlis pelancaran ialah Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Mohammad Mentek, Timbalan Ketua Setiausaha KPKT (Kesejahteraan Bandar), Dato' Halimi Abd. Manaf, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh, Dato' Zamri Man dan beberapa kenamaan lain. Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula 15 hingga 17 April lalu diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh menggabungkan dua acara besar KPKT dalam satu program dengan pelbagai aktviti yang menarik dan bermanfaat. Halimah dalam ucapannya berkata, Karnival Azam Bandar kali ini merupakan penganjuran kali kedua dan disertai 105 peserta Azam Bandar di Semenanjung Malaysia dalam empat bidang utama iaitu makanan dan minuman, jahitan, kraftangan dan perkhidmatan seperti gunting rambut dan produk kecantikan. Katanya, ia dibuat berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima di Johor Bahru pada tahun 2015. “Persaingan sengit dalam pasaran memerlukan barangan dan perkhidmatan usahawan bandar bersifat kompetitif termasuk melaksanakan aktiviti pemasaran dan promosi dengan kreatif dan inovatif. Kementerian akan terus memberi komitmen bagi melaksanakan program-program untuk perluasan produk usahawan bandar dengan meningkatkan akses pasaran di peringkat dalam dan luar negara. Karnival Azam Bandar akan menjadi laluan komersial bagi barangan dan perkhidmatan usahawan Azam Bandar dengan keutamaan kepada aktiviti padanan perniagaan serta perluasan jaringan perniagaan untuk meningkatkan peluang pasaran barangan dan perkhidmatan usahawan Azam Bandar. Malah, peluang ini boleh dimanfaatkan oleh komuniti peniaga atau business professional yang berminat mencari peluang niaga bersama usahawan Azam Bandar dan menjadikan Karnival Azam Bandar sebagai perluasan perniagaan mereka dengan pilihan lebih daripada ratusan produk jenama keluaran usahawan Azam Bandar sepanjang karnival ini berlangsung. “Manakala MURAL atau Malaysian Urban Street Art pula adalah program yang menyediakan pengisian yang bermakna khas kepada warga bandar bagi menghargai para seniman dan aktiviti seniman jalanan khasnya pemuzik jalanan atau buskers secara
lebih positif. MURAL yang bermula semenjak 2014 dan pertama kali diadakan di Kuantan, Pahang itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. “Justeru kali ini, Kementerian bersetuju melaksanakan MURAL bersama-sama dengan Karnival Azam Bandar selaras dengan sasaran jangka panjang Kementerian untuk melaksanakan program bagi memperkasa pembangunan bandar serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. “Pengisian MURAL pada tahun ini padat dengan pelbagai program seperti pertandingan Urban Acoustic dan Buskers Challenge, Urban Doodlers and Paints, perarakan basikal antik dan busana lama, pameran auto show melibatkan kereta lama, program street dakwah, pameran oleh jabatan dan agensi di bawah KPKT dan beberapa aktiviti sukan ekstrem,” katanya.
»"Pengisian MURAL pada tahun ini padat dengan pelbagai program seperti pertandingan Urban Acoustic dan Buskers Challenge, Urban Doodlers and Paints, perarakan basikal antik dan busana lama, pameran auto show program street dakwah, pameran oleh jabatan dan agensi di bawah KPKT dan beberapa aktiviti sukan ekstrem". Dalam pada itu, SWCorp yang menyertai program ini turut mengadakan pelbagai aktiviti. Antaranya program Zero Waste yang mana Dataran Bandaraya Ipoh diisytihar sebagai kawasan sifar sampah dan setiap dua gerai di karnival berkenaan disediakan dengan sebuah tong sampah bersaiz MGB 120 liter atau MGB 240 liter oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh dan syarikat konsesi Environment Idaman Sdn. Bhd. SWCorp juga turut menyediaan lima lokasi tong kitar semula dan penerangan berkaitan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Setiap peniaga diberi risalah berkaitan dan engagement bersama peniaga dan pengunjung dijalankan dalam usaha meningkatkan kesedaran mereka untuk menjaga kebersihan persekitaran. Pada karnival ini juga peniaga diminta membuat pengasingan sisa pepejal dalam bentuk plastik, kertas dan kotak. Sebanyak 15 tong kitar semula disediakan oleh Environment Idaman Sdn. Bhd. dengan kapasiti 240 liter bagi setiap tong. Untuk program Bin 2u Crew pula, pihak SWCorp bekerjasama dengan Yayasan Bina Upaya mengedarkan risalah dan membuat aktiviti litter picking di sekeliling tapak karnival secara berkumpulan. Tidak ketinggalan pameran oleh SWCorp dan Environment Idaman Sdn. Bhd. di booth SWCorp pengunjung boleh melihat demonstrasi pengkomposan sisa makanan, pameran mesin kompos untuk kegunaan isi rumah, demonstrasi produk kraf daripada barangan yang dikitar semula, demonstrasi Batik Pelangi, penerangan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, jualan Tong Kitar Semula dan pameran multimedia. Manakala di booth Environment Idaman Sdn. Bhd., diadakan pameran sangkar 3R, Mesin Mini Anaerobik Digestor, jualan baja organik dan pameran multimedia.
Penduduk kediaman bertingkat jayakan program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca Loji perawatan sisa pepejal “Waste To Energy” sebagai satu kaedah rawatan yang mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pada masa yang sama mampu menghasilkan tenaga dalam bentuk “renewable energy”.
Rahman melihat ke dalam lif yang dipasangkan dengan pelekat promosi Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di kediaman bertingkat
K
ULIM - Tujuh negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perlis dan Pahang melancarkan kempen bersepadu lebih agresif dalam usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dan pengurusan sisa pepajal dengan lebih efektif dan berkesan. Dengan bertemakan “Recycle For Life”, sebanyak 592 buah lif membabitkan 535,048 kediaman bertingkat di ketujuh-tujuh negeri terbabit diletakkan pelekat Pengasingan Sisa Pepejal di Punca yang akan memberi manfaat dan pengetahuan kepada 2.7 juta penduduk yang kediaman mereka berada di bawah pemantauan kawal selia SWCorp. Majlis pelancaran yang diadakan di Kulim Height Apartment, Kedah itu turut melibatkan dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Kulim dan Kulim HiTech dan disempurnakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan. Hadir sama, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Mohammad Mentek, EXCO Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato' Badrol
Hisham Hashim, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Malaysia, Dato' Dr. Zulkapli Mohamed. Rahman dalam ucapan perasmian berkata, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pertambahan penduduk telah menjurus kepada peningkatan janaan sampah sehingga mencecah 30,000 tan sampah sehari pada tahun 2015. Sebanyak 0.5 – 0.8 kilogram sampah dijana seorang sehari di kawasan luar bandar dan mencecah 1.7 kilogram di bandar-bandar besar. Katanya, peningkatan ini memerlukan tindakan segera oleh semua lapisan masyarakat untuk menguruskannya dengan baik bagi mengelakkan pengurangan sumber asli dan masalah pencemaran alam sekitar. “Pendekatan program 3R yang diperkenalkan pada tahun 1998 bukanlah perkara baharu bagi masyarakat kita. Ramai yang memahami maksudnya tetapi gagal melaksanakannya. “Ia dibuktikan dengan kadar kitar semula yang rendah sebanyak 10.5 peratus jika dibandingkan dengan negara maju yang lain yang telahpun mencapai kadar kitar semula melebihi 50 peratus. Kegagalan ini bukan sahaja memberi tekanan yang hebat kepada tapak pelupusan sedia ada, malahan ia juga memberikan impak kewangan kepada kerajaan,” katanya. Justeru katanya, kerajaan melalui KPKT telah memperkenalkan
»"Kerajaan melalui KPKT telah memperkenalkan Loji perawatan sisa pepejal Waste To Energy” sebagai satu kaedah rawatan yang mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pada masa yang sama mampu menghasilkan tenaga dalam bentuk renewable energy".
raya terpilih dan ia telah dilancarkan pada 10 Januari 2016 lalu di tiga taman perumahan di Kulim iaitu Taman Lembah Impiana, Taman Angsana dan Taman Sri Pinang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk. “Mengikut rekod, seramai 600 orang telah terlibat secara aktif dalam program ini. Bahkan program ini juga melibatkan 38 buah masjid di daerah Kulim dan Sekolah Kebangsaan Keladi sebagai satu “pilot project,” katanya. Dalam pada itu, usaha Kerajaan mewajibkan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca pada 1 September 2015 yang lalu dan tindakan kompaun yang akan diambil oleh penguatkuasa SWCorp mulai Jun 2016 diharap dapat menyedarkan orang awam betapa pentingnya penjagaan alam sekitar yang mampan. SWCorp juga telah mengeluarkan sebanyak 59, 336 surat peringatan mesra bagi premis yang gagal menjalankan pengasingan sisa manakala bagi kutipan barangan kitar semula sebanyak 540, 000 kilogram berjaya dikutip bermula pada bulan September 2015 sehingga bulan April 2016.
Menurut beliau Kerajaan Persekutuan juga telah memperkenalkan “Anaerobic Digester, Cowtech” di Pulau Tuba Langkawi dengan kerjasama syarikat konsesi. Kaedah ini mampu menguraikan sisa organik terutamanya sisa makanan untuk menghasilkan baja kompos dan gas metana yang boleh digunakan sebagai tujuan menghasilkan dan menjana elektrik. Selain itu, syarikat konsesi serta Y a y a s a n M y K a s i h juga telah menganjurkan “Recycle For Life” E-Idaman MyKasih di mana program YB Menteri beramah mesra dengan kanak-kanak ketika majlis ini memupuk penyerahan sangkar kitar semula di Kulim Heights Apartment tanggungjawab sosial korporat syarikat konsesi. Program ini adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dengan menggunakan kaedah pemberian ganjaran nilai tunai ke dalam kad pintar hasil daripada penyerahan barangan kitar semula kepada pihak syarikat konsesi dan kad ini membolehkan pengguna membuat pembelian di mana-mana pasar
DATO' ZAINUL ABIDIN ABDULLAH DR. MOHD PAUZE MOHAMAD TAHA EDITOR
MOHD AZHAR ABD HAMID SUMATRA APPAVOO WARTAWAN
ZAITUN ABDUL RASHIP JURU FOTO
MOHD NORAZRIN ARIFFIN PROMOSI DAN EDARAN
NURQAHANA MOHD RODZI Majlis perasmian program Recycle for Life
*Keluaran 2 bulan sekali
SWCorp Band membuat persembahan pembukaan semasa majlis perasmian dengan berkonsepkan barangan kitar semula
3
Pemakaian butang promosi #Asingkan kepada wakil penduduk
4
L
5
KSU dalami fungsi cowtech di Pulau Tuba
ANGKAWI – Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek, Februari lalu telah turun padang untuk melihat secara lebih dekat fungsi dan operasi Pusat Pencernaan Anaerobik, di Pulau Tuba, Langkawi. Dalam lawatan kerja yang turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Mohd Rosli Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman Sdn. Bhd., Mhd Saiful Anuar Zainal, Pengarah SWCorp Negeri Kedah, Fadzilah Hasan dan lain-lain pegawai itu, mereka diberi taklimat dan dapat melihat sendiri bagaimana pusat percernaan berkenaan beroperasi dengan menggunakan mesin yang dikenali sebagai cowtech. Cowtech, mesin yang diperkenalkan oleh Environment Idaman Sdn. Bhd. ini merupakan teknologi dari Wong Panit, Thailand dan ia sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan tenaga daripada sisa makanan. Penggunaan mesin ini bermula setelah populasi penduduk di Pulau Tuba sudah mencecah kira-kira 3,000 orang dengan kadar penjanaan sisa isi rumah sebanyak 80 kilogram sehari. Justeru, mesin ini dibawa ke pusat percernaan di sini pada penghujung tahun 2014 bagi memproses sisa makanan yang dihasilkan di pulau ini. Dalam lawatan kerja itu, Mohammad dibawa melihat
mesin ini secara teknikal bagaimana ia beroperasi, bermula dari kutipan sisa makanan dari tong-tong berpusat yang ada di sekitar Pulau Tuba dan dibawa masuk ke mesin cowtech ini. Lebih menarik dalam lawatan berkenaan, Mohammad juga ditunjukkan kaedah operasi mesin ini sehingga ia menghasilkan tenaga gas. Malah beliau turut melakukan demonstrasi menggoreng popia menggunakan gas hasil daripada pencernaan anaerobik ini. Pada masa kini, gas yang dijana hasil daripada pemprosesan mesin ini digunakan sebagai gas untuk memasak dan penghasilan tenaga elektrik (lampu) yang digunakan untuk operasi pejabat Environment Idaman Sdn. Bhd. di Pulau Tuba ini. Pada masa kini, mesin cowtech yang ditempatkan di Pulau Tuba ini boleh menampung sehingga 500 kilogram sisa pepejal pada satu-satu masa. Dalam pada itu, terdapat perancangan untuk membawa masuk mesin cowtech yang ketika ini beroperasi di Kulim ke Pulau Tuba, yang mana kapasiti mesin itu adalah sebanyak 100 kilogram sehari. Manakala mesin cowtech sedia ada di Pulau Tuba ini (500 kilogram) dalam perancangan untuk dipindahkan ke Pulau Langkawi. Tenaga elektrik yang dihasilkan dapat digunakan untuk kegunaan lampu jalan di beberapa lokasi awam di Pulau Langkawi. Cadangan itu dibuat memandangkan di Pulau Tuba yang kebanyakan penduduknya adalah nelayan, tidak menghasilkan penjanaan sisa pepejal yang terlalu tinggi.
Ketua Setiausaha KPKT ketika membuat lawatan kerja di cowtech, Pulau Tuba
B
JICA bawa media lihat pengurusan sisa makanan di Bukit Fraser
UKIT FRASER - Pelbagai agensi media dibawa ke Bukit Fraser pada Mac lalu untuk melihat sendiri bagaimana proses pengurusan sisa pepejal bersepadu diuruskan di kawasan peranginan berkenaan. Lawatan media selama dua hari yang berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2016 itu dianjurkan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman mengenai aktiviti JICA, bantuan serta kerjasama yang telah mereka lakukan bersama SWCorp kepada Malaysia terutamanya dalam pengendalian sisa pepejal di negara ini. Dalam lawatan berkenaan, JICA yang turut disertai media tempatan, media dari negara Jepun dan beberapa pegawai kanan SWCorp berpeluang melihat sendiri dari awal hingga akhir bagaimana teknologi dari Jepun ini dapat membantu dalam menangani pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif. Menurut Jurutera Bahagian Penyelidikan dan Teknologi SWCorp, Khairul Irwan Kalid, Bukit Fraser dipilih kerana ia adalah kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. “Projek di Bukit Fraser ini projek yang kedua, dan yang pertama telah dilaksanakan di Melaka. “Dalam lawatan ini media dan peserta lain diberi penerangan bagaimana sisa pepejal terutamanya sisa makanan yang dikutip dari hotel-hotel, restoren dan rumah-rumah peranginan di kawasan pelancongan itu diproses dengan menggunakan mesin kompos untuk dijadikan baja kompos. “Dengan jumlah penduduk seramai 120,00 orang, mereka menghasilkan sebanyak 1,000 kilogram sisa pepejal dan daripada jumlah itu sebanyak lebih kurang 350 kilogram adalah sisa makanan. Jumlah itu meningkat apabila tiba musim cuti sekolah kerana ramai yang datang bercuti di sana,” katanya yang ditemu bual di ibu pejabat SWCorp baru-baru
ini. Katanya, pemprosesan sisa makanan sahaja yang dilakukan di Bukit Fraser manakala yang lain-lain akan dibawa ke tapak pelupusan sampah di Cheroh yang mengambil masa empat jam perjalanan. “JICA telah membekalkan mesin kompos yang boleh memproses sebanyak 500 kilogram sisa makanan sehari dan proses penghasilan baja kompos ini dilakukan di Bukit Fraser itu sendiri,” katanya. Menurut Irwan, sebelum ini JICA dan SWCorp telah mengkaji permasalahan di kawasan peranginan berkenaan dan hasil daripada kajian itulah mereka mendapati penyediaan mesin kompos adalah kaedah terbaik untuk melancarkan lagi pengurusan sisa pepejal di situ. “Kita merasakan kewajaran untuk meletakkan mesin kompos di situ adalah untuk membolehkan pihak hotel dan pengusaha kedai makan, restoren atau rumah pelancongan menguruskan sisa makanan mereka dengan lebih berkesan. “Mesin kompos yang dibekalkan di Bukit Fraser boleh memproses sebanyak 500 kilogram sisa makanan sehari dan hasil daripada proses pengkomposan itu terhasillah baja kompos yang kemudiannya akan dibekalkan kepada Majlis Daerah untuk digunakan bagi memperindahkan lanskap di daerah berkenaan,” katanya. Selain itu menurut Irwan, dalam lawatan berkenaan juga peserta dan komuniti yang terlibat diberi penerangan mengenai program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, proses dan kegunaan baja kompos, kitar semula dan bagaimana peranan dan tanggungjawab yang harus dimainkan semua pihak untuk memastikan eko-sistem di pusat peranginan itu kekal segar dan baik. Untuk rekod dari Disember 2015 hingga Februari 2016, sebanyak tujuh tan sisa makanan telah diproses di Bukit Fraser dan ia telah menghasilkan sebanyak 140 kilogram baja kompos untuk kegunaan pihak Majlis Daerah.
Operasi INTIP DAN CEKUP jejak pesalah hingga ke rumah
K
OTA TINGGI - Operasi Intip dan Cekup merupakan salah satu pendekatan yang digunakan dalam aspek penguatkuasaan di SWCorp khususnya bagi membasmi kegiatan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan. Lokasi tempat pembuangan sampah secara haram diistilah sebagai lokasi sampah haram bagi sisa pepejal yang dibuang dengan berat satu tan ke atas dan lokasi sampah longgok bagi sisa pepejal yang kurang daripada satu tan. Bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan, terdapat garis panduan khusus dan protokol yang telah disediakan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawal Selia SWCorp yang menjadi panduan kepada pihak SWCorp di peringkat negeri dan cawangan di dalam melaksanakan operasi ini. Dalam kejadian di Taman Sri Saujana, Kota Tingi, Johor baru-baru ini ternyata garis panduan dan protokol yang dipratikkan telah membawa kejayaan apabila pasukan penguatkuasaan telah berjaya menjejak pelaku yang telah melanggar arahan larangan membuang sampah di tempat yang telah ditetapkan. berkenaan bertujuan menangkap Operasi pelaku kesalahan yang melakukan kesalahan di bawah Akta 672, dan sebagai satu bentuk rondaan untuk mewujudkan kehadiran (supaya orang awam tahu bahawa mereka dipantau). Dengan berpakaian preman dan kad kuasa yang dibekalkan, petugas juga diberi kelengkapan sepert vest, kamera dan handheld serta bergerak menggunakan kenderaan D-Max yang dilengkapi dengan lampu mata arah dan alat pembesar suara. Operasi dilaksanakan pada sebelah malam bermula pada jam 7.00 malam sehingga 10.30 malam, tetapi sebelum bermula pasukan operasi diberi taklimat terlebih dahulu bagi memastikan gerak kerja yang tersusun dan berhasil. Dengan mensasarkan tiga lokasi sampah haram iaitu di Jalan SS 7/9, Jalan SS 6/6 dan Tempat Letak Kereta Tasek, Taman Sri Saujana, penguatkuasa mendapati sampah haram yang dilonggokan di lokasi ini dikenalpasti sebagai sisa pasar malam yang beroperasi pada setiap hari Selasa selain individu yang membuang sampah di lokasi ini. Bagi mengatasi masalah ini, SWCorp telah menjalankan engagement dengan Persatuan Pasar Malam tersebut supaya menguruskan sisa pepejal secara berhemah. Surat peringatan kepada Persatuan Pasar Malam ini dan Majlis Daerah Kota Tinggi juga dikeluarkan pada bulan Mac 2016 yang lalu supaya mereka melantik kontraktor pembersihan bagi membasmi masalah sampah haram. Operasi Intip dan Cekup juga berjaya menjejak seorang individu yang membuang sampah di lokasi yang dilarang itu. Ia berjaya dikesan melalui alamat yang tertera pada resit-resit yang dibuangnya. Ketika ditemui di rumahnya, individu ini telah mengaku bersalah. Alasan yang diberikan adalah tidak tahu bahawa sampah tidak boleh dibuang ke lokasi tersebut. Individu berkenaan diminta membersihkan kembali sampah-sampah yang dibuangnya dan diberikan Surat Peringatan Mesra.
Penguatkuasa SWCorp ketika di lokasi sampah haram
SWCorp lawat fasiliti pemprosesan sisa organik, makanan
Berdasarkan kajian daripada Survey of Solid Waste Composition, Characteristics and Existing Practice of Solid Waste Recycling in Malaysia Final Report 2012, sisa organik yang dihasilkan di Malaysia merangkumi 51 peratus daripada keseluruhan komposisi sisa pepejal dengan 44.5 peratus adalah sisa makanan. Kajian SWCorp pula mendapati sebanyak 3,000 tan makanan dibazirkan oleh rakyat Malaysia pada setiap hari. Kebiasaannya, sisa makanan ini diurus dengan membuang terus ke dalam tong sampah dan akhirnya ke tapak pelupusan untuk dilupuskan. Akibatnya, sisa makanan ini akan diuraikan melalui proses biokimia dan menghasilkan gas metana yang memberi kesan kepada alam sekitar lebih 22 kali ganda daripada gas karbon dioksida. Bagi mengatasi masalah ini, sisa makanan ini perlu dirawat dan dialihkan sebanyak mungkin daripada dihantar ke tapak pelupusan. Untuk tujuan itu, pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dan salah satu caranya adalah melalui kaedah pengkomposan secara mekanikal. Untuk memahami kaedah pengurusan secara mekanikal ini, beberapa wakil SWCorp telah melawat fasiliti yang dimiliki Promise Earth (M) Sdn. Bhd., di Klang. Ia merupakan syarikat yang turut membekalkan mesin pengkomposan jenama Bio-Mate. Dalam lawatan itu SWCorp diberi penjelasan mengenai konsep fasiliti yang boleh digunakan untuk dibangunkan di negeri-negeri lain di bawah seliaan SWCorp. Selain itu, kemudahan ini diyakini dapat membantu meningkatkan amalan kitar semula dengan menukar sisa organik atau sisa makanan kepada sesuatu yang memberi pulangan balik kepada masyarakat dan alam sekitar selain membantu mengurangkan kos pelupusan sisa pepejal serta mengurangkan pelupusan sisa organik di tapak pelupusan. Setakat hari ini, syarikat fasiliti yang boleh memproses sisa organik sehingga empat tan sehari dengan hasil bio-baja dengan satu ke dua tan sehari ini telah mengutip sisa organik dan makanan dari hotelhotel dan pusat komersial. Antaranya, Hotel Renaissance, Setia City Mall, Setia Alam dan Hotel Shangri La, Kuala Lumpur. Bio-baja ini boleh dihasilkan dalam tempoh yang singkat iaitu antara 24 jam hingga 48 jam pada suhu antara 70 – 80 darjah celcius.
K
ALAM FLORA SDN. BHD. jalankan tanggungjawab sosial di Kelantan, Terengganu dan Sabah
UALA LUMPUR – Alam Flora Sdn. Bhd., syarikat konsesi yang menjalankan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang telah turun padang dalam menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) di beberapa kawasan di negeri yang masih belum menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Program CSR kali ini secara tidak langsung dapat mempromosikan cara kerja serta jentera yang digunakan syarikat berkenaan untuk operasi pembersihan awam di samping memperkenalkan SWCorp dan Alam Flora Sdn. Bhd. itu sendiri. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Mohd Zain Hassan, walaupun program CSR mereka kali ini dibuat di negeri yang tidak menerima pakai Akta 672, namun sekurangkurangnya masyarakat di ketiga-tiga negeri terbabit dapat menikmati perkhidmatan pembersihan sama seperti yang dirasai di negeri yang menggunakan akta berkenaan. “Apa pun objektif utama kita adalah untuk membantu menjadikan sesuatu kawasan itu bersih. Selain itu, orang awam boleh melihat kebaikan penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang mana ia mempunyai Indeks Prestasi Utama
(KPI) yang perlu dipatuhi di samping penggunaan jentera berteknologi tinggi serta kemudahan tong sampah yang berkualiti,” katanya. Untuk program CSR di Kelantan, lokasi yang dipilih adalah di sekitar Kota Bahru, Bachok dan Pasar Siti Khadijah. Manakala untuk program CSR di Terengganu, ia telah diadakan secara besar-besaran pada 20 hingga 21 November 2015 yang turut melibatkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, SWCorp dan Alam Flora Sdn. Bhd. Seramai 30 pekerja turut sama turun padang untuk membersihkan kawasan Taman Permint Jaya, Kuala Terengganu. Program yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam itu turut menggunakan 1 unit Vac All, 1 unit High Pressure Jetter, 1 unit road sweeper, 1 unit open tipper dan 1 unit tailgate. “Tumpuan gotong-royong perdana di Terengganu ini pula ialah untuk membersihkan longkang, memotong rumput selain kita membuat sedikit taklimat mengenai Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan juga penyerahan sangkar untuk program komuniti kitar semula,” katanya. Terdahulu katanya, mereka juga telah mengadakan gotong-royong membersihkan Dataran Pantai Batu Buruk, dengan kapasti jentera dan peralatan yang sama.
Tidak melupakan keperluan untuk mencegah wabak denggi, syarikat ini juga mengadakan Program GotongRoyong Banteras Wabak Denggi Peringkat Negeri Terengganu bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, SWCorp dan Alam Flora Sdn. Bhd. pada 23 hingga 26 Januari lalu. Ia membabitkan Kg. Bukit Kandis Kuala Terengganu, Perumahan Desa Solehah Kuala Terengganu, Dataran Shah Bandar dan Kg. Tok Senik, Panji Alam Kuala Terengganu. Untuk program cegah denggi ini tumpuan adalah membersihkan longkang bermasalah terutamanya longkang tertutup dan longkang pusat penjaja. “Untuk Sabah pula, kita buat program CSR di Kota Belud, bersama Majlis Daerah Kota Belud dan SWCorp pada 12 Februari 2016 lepas di Tapak Pasar Tani Dataran Kota Belud dengan pengibatan 40 peserta gotong-royong,” katanya.
Jentera vac all digunakan untuk kerja-kerja pembersihan longkang
Puspanita Cawangan KPKT anjur sukan pantai, latih ahli “water confident”
K
UALA TERENGGANU - Puspanita Cawangan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini telah dipersiapkan dengan latihan “water confident” yang membolehkan ahlinya lebih bersedia dan mahir dalam pelbagai aktiviti melibatkan pantai. Latihan yang diadakan sempena program “Jelajah Terengganu” pada 25 hingga 27 Mac 2016 lalu diketuai Pengerusi Puspanita Cawangan KPKT, Datin Hairani Mohd Tajudin. Ia turut disertai Timbalan Pengerusi Puspanita, Datin Zarina Othman, Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Kesihatan, Datin Wira Hajah Zuhairah Yaacob, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan dan Kepenggunaan, Datin Latifah Abd Rahman, dan 40 ahli Puspanita Cawangan KPKT yang lain.
Program anjuran bersama Jawatankuasa Sukan dan Kesihatan serta Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan yang diterajui Datin Wira Hajah Zuhairah Yaacob selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Kesihatan itu diadakan selama tiga hari dua malam di Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang. Dalam latihan berkenaan peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Masing-masing diberi pendedahan dan pengalaman mengenai aktiviti-aktiviti sukan pantai seperti bola tampar pantai, latihan water confident dan senamrobik. Ia juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli selain menggalakkan ahli bergiat aktif dalam sukan. Salah seorang peserta dari SWCorp, Sarimah Safian berkata, program berkenaan turut mendapat
Sebahagian peserta Puspanita sentiasa bersemangat sepanjang aktiviti di Pulau Redang
kerjasama yang baik dari PERISMA Terengganu dan Wakaf Tapai yang mana mereka berperanan menjaga keselamatan peserta. “Saya juga berasa seronok kerana semua aktiviti yang dijalankan sepanjang di Pulau Redang berjalan lancar dan tersusun. “Menerusi program ini juga ia mengeratkan hubungan baik dalam kalangan ahli-ahli Puspanita dari KPKT dan Puspanita Negeri Terengganu kerana kita juga ada membuat lawatan ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,” katanya. Manakala bagi seorang lagi peserta dari SWCorp, Nor Nieaida Madhihah menyatakan program berkenaan baginya sangat menyeronokkan, memberi pengalaman baharu dan paling penting memberi manfaat kepada beliau. “Program ini dapat mengeratkan hubungan di antara Pengerusi Puspanita bersama ahliahli yang lain. Sebagai contoh, melalui aktiviti snorkeling yang mana dalam aktiviti tersebut memerlukan semangat berkumpulan yang tinggi untuk memastikan kesemua peserta berada dalam keadaan selamat. “Saya juga berharap program seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia dapat melatih ketahanan mental dan fizikal seseorang itu,” katanya.
6
RM50 “TEMAN INDAHKAN BANDAR KITA” Kompaun akan dikenakan bantu SWCorp perkasa Ops Cuci Bandar bermula 1 Jun 2016 S
EREMBAN - Langkah SWCorp melantik Teman Indahkan Bandar Kita (TIBK), untuk memperkasakan Ops Cuci Bandar yang telah dilaksanakan di Negeri Sembilan sangat bertepatan dalam usaha memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera. Dengan pelantikan TIBK ini, masyarakat diyakini akan lebih bersedia dan secara sukarela membantu serta menyokong inisiatif SWCorp mewujudkan alam sekitar yang bersih dan sihat. “SWCorp serius menjadikan Bandar Seremban sebagai sebuah bandar yang bersih. Kerana itu, kita melantik beberapa individu yang terdiri daripada pemilik premis perniagaan bagi menjayakan Ops Cuci Bandar untuk menjadi mata dan telinga SWCorp dalam membantu usaha-usaha menjaga kebersihan bersama,” demikian menurut Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Zainal Fitri Ahmad.
baharu dalam membantu menjadikan suasana persekitaran yang lebih baik dan mengamalkan budaya memelihara kebersihan bersama. “Pelantikan ini akan menjadikan masyarakat sentiasa berdiri teguh di belakang SWCorp sebagai penyokong dan penggerak yang kuat untuk menjayakan program yang dilaksanakan,” katanya.
»"Pelantikan ini akan menjadikan masyarakat sentiasa berdiri teguh di belakang SWCorp sebagai penyokong dan penggerak yang kuat untuk menjayakan program yang dilaksanakan".
»"SWCorp serius menjadikan Bandar Seremban sebagai sebuah bandar yang bersih. Kerana itu, kita melantik beberapa individu yang terdiri daripada pemilik premis perniagaan bagi menjayakan Ops Cuci Bandar untuk menjadi mata dan telinga SWCorp dalam membantu usaha-usaha menjaga kebersihan bersama". Katanya, pihak SWCorp mengharapkan wakil-wakil yang dilantik ini dapat mencipta dimensi
K
Zainal memberikan surat perlantikan kepada pemilik premis perniagaan
Kongsi ilmu dengan pelajar, guru mengenai baja kompos
UALA LUMPUR - Seramai 80 pelajar Tahun 4 dan 5, serta guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya, Kuala Lumpur berpeluang mempelajari cara atau langkah-langkah bagi penghasilan baja kompos dan tata cara pengurusan sisa pepejal makanan. Semuanya dikongsi dalam sesi Bengkel Pengkomposan bersama SWCorp mengenai pengurusan sisa makanan dan cara membuat baja kompos yang mudah dengan konsep Value Food No Waste. Turut diadakan, latihan dalam kumpulan dengan setiap kumpulan diberi tugas berkonsepkan teka teki yang mana ia berkisar tentang pengkomposan dan pengurusan sisa makanan. Kemudian mereka dikehendaki membentangkan hasil penemuan mereka. Bengkel yang bertujuan meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama peserta untuk
turut sama menjaga kebersihan persekitaran ke arah negara bersih, indah dan sejahtera itu turut dihadiri oleh guru penasihat Kelab Kitar Semula dan guru Ko-kurikulum sekolah berkenaan. Program yang dianggap sangat berjaya itu berkesudahan dengan pihak sekolah mengambil keputusan untuk menjalankan projek Go Green dalam bentuk penghasilan baja kompos teknik takakura dan ia akan digunakan untuk lanskap di kawasan sekolah dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada SWCorp. Apa yang diharapkan melalui pendedahan secara teori dan praktikal ini, pelajar sekolah khasnya dan rakyat Malaysia amnya dapat turut sama menyumbang ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang indah, bersih dan sejahtera terutamanya dalam pengurusan sisa makanan.
Para pelajar diberikan pendedahan secara lebih dekat berhubung kaedah penghasilan baja kompos
K
UALA LUMPUR - Bermula 1 Jun 2016, peraturan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca akan mula dikuatkuasakan bagi negeri-negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Ia membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kedah dan Perlis. Tindakan ini merupakan fasa ketiga dalam pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 September 2015 iaitu bermula 1 Jun 2016, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan dan bagi penghuni premis kediaman bertanah yang didapati tidak melakukan pengasingan sisa mengikut kategori, tindakan kompaun akan dikenakan di bawah Peraturan 14 (3), Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah dan Sisa Pepejal yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011. Terdahulu, ia telah melalui fasa pertama iaitu memberi pemakluman kepada masyarakat berhubung pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca yang mana setiap premis dibekalkan dengan risalah panduan dan kaedah berkenaan pengasingan sisa pepejal semasa penerangan diberikan kepada penghuni. Pada fasa kedua pula, yang bermula 1 September 2015 sehingga 1 Jun 2016, Ops Mata Hati dilancarkan bertujuan untuk mendidik masyarakat dan memberikan penerangan mengenai pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca kepada setiap penghuni premis. Operasi dilaksanakan di setiap taman perumahan dengan menjalankan pemeriksaan tong untuk menentukan sama ada penghuni mengasingkan sisa pepejal. Ketika ini, Surat Peringatan Mesra diberikan kepada penghuni premis kediaman bertanah yang tidak mengasingkan sisa pepejal berserta risalah kaedah pelaksaaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca serta penerangan oleh anggota penguatkuasa. Pada fasa ini, ia masih menekankan aspek pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Untuk rekod, sepanjang September 2015 sehingga 31 Mac 2016, sebanyak 83,447 Surat Peringatan Mesra telah dikeluarkan bagi mereka yang tidak melaksanakan pengasingan sisa pepejal. Kini bagi mereka yang masih lagi gagal mengikut peraturan yang ditetapkan, sudah tiba masanya, pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), mengambil tindakan tegas selari dengan fasa ketiga yang telah digariskan, iaitu kompaun kepada mereka yang gagal mematuhi akta yang ditetapkan.
Semakan ke atas tong sampah dijalankan oleh Penguatkuasa SWCorp Jumlah kompaun yang dikenakan: i) ii)
Isi rumah bertanah: a. Kesalahan pertama b. Kesalahan kedua c. Kesalahan ketiga dan seterusnya Isi rumah bertingkat: a. Kesalahan pertama b. Kesalahan kedua c. Kesalahan ketiga dan seterusnya
•
Sekiranya kompaun gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, pihak KPKT akan membawa kes ini ke Mahkamah Seksyen untuk disabitkan kesalahan dan jika didapati bersalah boleh didenda sebanyak RM1,000.00 (Maksimum).
: RM50.00 : RM100.00 : RM500.00 : RM100.00 : RM200.00 : RM500.00
5
8
9
iM4U, SWCorp kerjasama laksana 4 program serentak di 4 lokasi berbeza
Dr. Hayati Abdullah
Pengarah, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
K
UALA LUMPUR - Program Pembudayaan Amalan 3R dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca telah dijalankan serentak di empat lokasi berbeza membabitkan Kulim (Kedah), Tasik Titiwangsa (Kuala Lumpur), Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Pasir Gudang (Johor) pada 2 April lalu. Program yang dilaksanakan secara kerjasama antara 1 Malaysia For Youth (iM4U) dan SWCorp ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keperihatinan alam sekitar dalam pengurusan sisa pepejal yang mampan. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan dapat meningkatkan nilainilai murni untuk membudayakan amalan 3R dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. program di Tasik Untuk
Titiwangsa, pelbagai aktiviti dilakukan termasuk senaman pagi, sarapan bersama komuniti setempat, taklimat Pembudayaan Amalan 3R dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, gotong-royong di kawasan komuniti (Lets pick it up) serta edaran risalah kepada pengunjung di Tasik Titiwangsa. Pengarah, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dr. Hayati Abdullah ketika diminta mengulas mengenai program ini berkata, program amalan 3R dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca bersama dengan aktiviti pembersihan mencegah denggi di sekitar Tasik Titiwangsa ini adalah satu program yang baik dan semua pihak perlu sama-sama menjayakannya. “Antara kawalan denggi yang sering bermasalah adalah di tempat-tempat yang ada sampah seperti sampah di tanah kosong, lokasi sampah haram dan manamana tempat yang orang awam tidak mengambil kisah. Masalah ini berpunca daripada sikap individu itu sendiri dan usaha untuk mengubah sikap bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan masa yang lama. “Apa yang iM4U buat ini amat baik kerana ia melibatkan anak muda, kerana inilah yang kita mahu,” katanya. Bagi atlet bina badan negara, Sazali Samad yang turut menyertai program ini mewakili iM4U berkata, mereka yang terlibat dalam program berkenaan adalah individu yang terbaik kerana tidak semua orang mahu melibatkan diri dalam program-program sebegini.
“Program seperti ini merupakan satu usaha yang bagus. Hari ini kita bersama-sama menjalankan gotong-royong sebagai simbolik dan tanda sokongan untuk membanteras denggi. Kita mahu masyarakat tahu tentang kepentingan kebersihan,” katanya.
Sazali Samad
Atlet Bina Badan Negara
»"Program seperti ini merupakan satu usaha yang bagus. Hari ini kita bersama-sama menjalankan gotong-royong sebagai simbolik dan tanda sokongan untuk membanteras denggi. Kita mahu masyarakat tahu tentang kepentingan kebersihan".
Sementara itu di Kulim, Kedah, program dan pengisian yang sama dilaksanakan di Taman Nilam Baiduri, dengan melibatkan Majlis Perbandaran Kulim, Jabatan Kerja Raya Kulim, PDRM Kulim, Jabatan Kemajuan Masyarakat Kulim dan tidak ketinggalan penyertaan Sukarelawan Mata Hati Malaysia. Manakala di Port Dickson, Negeri Sembilan, program dijalankan di Pantai Saujana dengan melibatkan Exco Pelancongan Negeri Sembilan, SWM Environment Sdn. Bhd. dan orang awam. Turut diadakan pelancaran Beach Comber bagi memudahkan operasi pembersihan pantai dapat dilakukan dengan berkesan. Di Johor Bahru pula diadakan di Dewan Komuniti, Jalan Ciku 13, Taman Kota Masai, Pasir Gudang membabitkan peserta seramai 300 orang. Turut serta dalam program ini ialah wakil rasmi Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Pengurus Wilayah SWM Environment Sdn. Bhd. Turut memeriahkan program ialah COMBI, Sukarelawan dari UniKL, Bandar Seri Alam, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon – 1, Taman Kota Masai, Komuniti JKP Zon - 1, Taman Kota Masai dan Persatuan Kontraktor (PERKON). Bagi program di Johor ini, sedikit kelainan apabila turut diadakan Pertandingan “Cari Jentik-Jentik”.
Gerak Gempur Kebersihan
sedarkan komuniti Perlis pentingnya kebersihan K
UALA KANGSAR - SWCorp Perlis akan terus melaksanakan program Kerjasama Strategik Gerak Gempur Kebersihan bagi membantu beberapa kawasan di negeri ini yang berdepan masalah pembersihan kawasan yang tidak diselenggara dengan sempurna dan berjadual. Program ini dilakukuan atas persetujuan yang dicapai di antara beberapa agensi terlibat, termasuk dengan Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) selaku Urus Setia 1 Perlis Bersih. Ia bermatlamat supaya pembersihan di kawasan yang dikenal pasti ini dapat dilakukan secara bersama. Ini kerana kawasan-kawasan yang terlibat, dikenal pasti berada di luar kawasan perkhidmatan syarikat konsesi Environment Idaman Sdn. Bhd. Setakat ini, dua siri program Gerak Gempur Kebersihan telah dijalankan. Siri pertama telah diadakan di Jalan Jejawi, Kangar pada 25 Februari 2016 melibatkan kerja-kerja pembersihan longkang di jalan utama. Agensi yang bertanggungjawab adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama kontraktor Belati Wangsa. Bagi siri kedua pula, diadakan di Kawasan Perindustrian Padang Besar pada 15 Mac 2016. Terdahulu, pihak SWCorp Perlis telah menerima aduan berkaitan masalah kebersihan longkang di kawasan ini. Namun disebabkan terdapat sedikit masalah berhubung dengan tanggungjawab pembersihan kawasan, pihak SWCorp mengambil inisiatif segera mengatur Program Gerak Gempur Kebersihan ini bersama pihak JKR. Kerja-kerja pembersihan yang dijalankan melibatkan longkang, perangkap sampah dan juga litter picking. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi, YB Khaw Hock Kong yang turut serta dalam program berkenaan, tindakan gerak gempur berkenaan adalah satu usaha yang sangat baik. “Program di Padang Besar ini telah berjaya menyelesaikan masalah kebersihan longkang sekaligus
memberi pencerahan pihak yang terlibat supaya dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan masing-masing secara tetap dan berjadual. Usaha ini dapat memastikan kebersihan kawasan sentiasa terjaga, diselenggara dengan baik dan dapat mengatasi masalah longkang yang tersumbat,” katanya. Selain JKR, antara agensi lain yang akan terlibat adalah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. juga turut menyediakan keperluan logistik dan tenaga pekerja.
Roslan Hussin, program ini merupakan satu langkah yang sangat baik yang mana dapat menjadikan setiap individu lebih menghargai kebersihan, mengamalkan kitar semula seterusnya memberi peluang ahli kariah bersedekah dengan cara yang berbeza. Masjid Al-Ariffin merupakan masjid keempat di Negeri Perlis yang menjalankan program ini. Sebelum ini, program seperti ini telah pun dijalankan di Masjid Tun Abd Razak Repoh, Masjid Al’Imarah Simpang Empat Abi dan Masjid Jamek Beseri.
Program amal jariah kitar semula di masjid
Dalam perkembangan yang lain pula, bagi meneruskan tanggungjawab menjaga kebersihan, SWCorp tidak melupakan kawasan yang menjadi tumpuan orang awam terutamanya masjid. Program Amal Jariah Kitar Semula Di Masjid ini turut melibatkan komuniti setempat yang mana ia memberi peluang kepada ahli kariah atau orang awam yang mengunjungi masjid untuk melakukan sedekah kepada pihak masjid dengan membawa barangan kitar semula ke masjid. Barangan itu kemudiannya diletakkan ke dalam sangkar kitar semula yang telah disediakan dan akan dikutip oleh pihak Environment Idaman Sdn. Bhd. Ia kemudiannya akan dijual dan hasil jualan barangan kitar semula ini akan dimasukkan ke dalam tabung masjid. Pelancaran program di Perlis ini telah diadakan pada 23 Februari 2016 di Masjid Al-Ariffin, Padang Katong, Kangar dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid serta Environment Idaman Sdn. Bhd. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan amalan kitar semula di kalangan rakyat khususnya ahli kariah masjid, memupuk sikap cintakan kebersihan serta memberi pengetahuan dan maklumat kepada ahli kariah berkenaan dengan pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Menurut Imam 1, Masjid Al-Ariffin, Ustaz
Program gerak gempur dilaksanakan di kawasan bermasalah
Sangkar Kitar Semula diletakkan di Masjid Al-Ariffin, Kangar
Johor, Perak larang guna polisterina K
KUALA LUMPUR – Selepas Melaka, Johor nampaknya akan mengikut jejak apabila Kerajaan Negeri berkenaan kini dalam peringkat cadangan untuk melaksanakan larangan penggunaan polisterina dan plastik di negeri berkenaan. Cadangan larangan penggunaan plastik itu akan dibuat bertujuan untuk mengurangkan kesan pencemaran bahan itu terhadap alam sekitar serta kesihatan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke13 di Kota Iskandar, Johor, berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, Kerajaan Negeri bersetuju supaya Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor (J-Biotech) diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan, inisiatif serta penyediaan pelan lima tahun untuk tujuan berkenaan. Katanya, J-Biotech juga kini dalam usaha menyediakan kertas cadangan pengenalan dan penggunaan bahan pembungkusan berasaskan bio bagi menggantikan plastik serta polisterina. Beliau berkata, pada Mesyuarat Jawatankuasa Adaptasi yang diadakan Januari lalu, perkara itu telah dibincangkan secara khusus terutamanya mengenai penggunaan bahan pembungkusan makanan boleh urai sebagai usaha menangani kesan penggunaan polisterina dan plastik terhadap pencemaran alam sekitar serta kesihatan. “Kerajaan Negeri kemudian bersetuju J-Biotech diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan, inisiatif dan pelan jangka panjang untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri,” katanya.
K
Perak kuat kuasa Jun ini Dalam perkembangan yang sama, Kerajaan Negeri Perak juga sudah mengumumkan larangan penggunaan beg plastik dan bekas polisterina berkuat kuasa pertengahan tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria dalam satu kenyataannya kepada media berkata, sebagai permulaan, larangan itu akan dilaksanakan di kafeteria dan bangunan Kerajaan Negeri pada setiap Jumaat bermula Jun ini, sebelum dilaksanakan setiap hari termasuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Januari hadapan. “Untuk orang awam, pasar raya, kedai runcit, jabatan serta agensi lain pula ia dijadualkan akan bermula pada Jun 2017. “Matlamat utama pelaksanaan larangan itu antaranya bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi dengan memberi penekanan mengenai kepentingan pemuliharaan dan meningkatkan kualiti alam sekitar,” katanya. Menurutnya, Kerajaan Negeri menggalakkan penggunaan kertas atau bahan boleh diurai sebagai alternatif kepada penggunaan plastik dan polisterina. Semua premis perniagaan yang bekerjasama melaksanakan inisiatif Perak bebas plastik dan polisterina, akan diberi pengiktirafan. Malah Kerajaan Negeri Perak juga katanya, akan mengadakan perbincangan bersama pihak swasta dan industri yang terlibat dalam penghasilan kedua-dua barangan itu. “Mereka semuanya sudah sedia maklum, malah saya diberitahu ada juga pihak industri telah bersedia tentang
larangan penggunaan bahan-bahan ini,” katanya. Untuk itu, Kerajaan Negeri katanya, akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar dalam usaha memperbanyakkan pusat pengumpulan plastik dan polisterina bagi tujuan memusnahkan bahan itu secara semula jadi, begitu juga pusat pengumpulan “e-waste” atau bahan buangan elektronik dan elektrik.
Semua negeri perlu penggunaan polisterina
larang
Bercakap perkara yang sama, Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Kumpulan Alam Sekitar Malaysia (MENGO), Yasmin Rasyid pula mengesa semua negeri agar melarang penggunaan bahan berasaskan polisterina dan bukan hanya di negeri Melaka, Johor dan Perak sahaja. Menurutnya, ia penting demi memastikan keberkesanan sepenuhnya dalam usaha menghindari penggunaan polisterina terutamanya sebagai bekas makanan kerana bahan berkenaan merupakan pencemar kepada alam sekitar. Larangan di Perak termasuk penggunaan plastik akan berkuat kuasa pada Jun tahun hadapan sementara Johor yang dijangka mengumumkan tarikh pelaksanaannya pada penghujung tahun ini wajar diikuti oleh Kerajaan Negeri yang lain. Usaha yang sama pernah dilaporkan di Perlis yang mana dikatakan Kerajaan Negeri ini melarang penggunaan kertas bercetak seperti surat khabar untuk membungkus makanan. Malah Universiti Sains Malaysia
(USM) pernah menjadi organisasi dan universiti awam pertama untuk tidak menggunakan bahan polisterina termasuk sebagai bekas makanan dalam kalangan warga kampusnya. Namun usaha dan kejayaan USM ini mungkin kurang mendapat publisiti dan pengetahuan luar. Menurut Yasmin, semakin cepat larangan berkenaan dikuat kuasa, semakin cepat kesan buruk penggunaan bahan berkenaan kepada alam sekitar dapat dihindarkan. “Namun larangannya jangan hanya sekadar cakap kosong, kita mahu lihat bukti dan keberkesanan pelaksanaannya,” katanya. Beliau berkata sikap masyarakat untuk menerima larangan tersebut juga turut ditekankan dan perlu disemai. “Manusia sukar berubah dalam masa singkat untuk menerima perkara baharu. Ia perlu disusuli dengan langkahlangkah penerangan dan mendidik,” tambahnya. Sementara itu, dari sudut lain pula, Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (CETDEM), Gurmit Singh berkata, pihak berkaitan misalnya penjual makanan dan pemilik restoren diharap jangan mengambil kesempatan mengenakan harga lebih tinggi dengan penggantian bekas makanan jenis lain. “Bahan lain bukan mahal sangat, malah boleh digalakkan penggunaan bekas makanan sendiri,” katanya.
Earth Hour ajar erti berjimat Bergelap 60 minit untuk selamatkan bumi
UALA LUMPUR - Bergelap untuk satu jam! Sanggupkah anda? Mungkin untuk tempoh 10 minit pun ada yang sudah merungut tidak tahan, apatah lagi untuk satu jam.
Earth Hour merupakan acara tahunan yang memberi fokus kepada orang ramai tentang kepentingan alam sekitar. Bermula pada tahun 2007 di bandar Sydney, Australia, Earth Hour yang dianjurkan World Wide Fund For Nature (WWF) adalah bagi menarik perhatian dunia akan kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, simbolik memadam lampu dianggap kaedah paling berkesan dan mudah untuk dibuat bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap kempen tersebut. Di Malaysia buat pertama kalinya SWCorp terlibat secara langsung dengan kempen ini. Dengan usaha pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya kempen Earth Hour yang pertama kali dijalankan ternyata sangat berjaya dan boleh dijadikan rujukan untuk program-program Earth Hour Namun itulah yang dilakukan akan datang. beberapa pihak melalui program Earth “Tujuan program ini adalah Hour yang disambut Mac lalu. untuk mengajak masyarakat menjaga Usaha ini tidak memerlukan alam sekitar dengan kaedah menjimatkan belanja yang banyak, tidak juga memerlukan penggunaan tenaga elektrik,” demikian anda berpakaian cantik atau berhias dengan menurut Pengarah Bahagian Penyelidikan jenama yang mahal. Hanya duduk di rumah, dan Teknologi SWCorp, Ir. Zainuddin Abd rehatkan badan dan padamkan semua Samad. lampu. Itu untuk individu. Bagaimana pula Katanya, program yang dijalankan dengan syarikat besar, pusat membeli belah pada 19 Mac lalu adalah sebagai simbolik atau tempat-tempat terkenal yang lain. supaya rakyat sedar bahawa dengan Di Australia contohnya, bangunan bergelap selama satu jam itu kita dapat ikonik Sydney Opera House dan jambatan menyelamatkan banyak perkara di bumi ini. Sydney Harbour merupakan antara “Namun tidak ramai yang mahu yang terawal untuk bergelap sempena melakukannya, walaupun ia sangat penting kempen ini yang diadakan dari jam 8.30 demi memastikan kelangsungan hidup yang hingga 9.30 malam waktu tempatan. lebih baik di bumi ini,” katanya mengulas Selain itu beberapa bangunan mengenai program yang berlangsung di terkenal di Hong Kong, Paris, London juga pusat membeli belah berkenaan. melakukan perkara yang sama. Semuanya Dalam perkembangan lain bergelap selama sejam sebagai tanda katanya, SWCorp turut bekerjasama sokongan terhadap kempen Earth Hour ini. dan memberi sokongan terhadap usaha
Alamanda untuk mempromosikan kempen kesedaran alam sekitar. “Menerusi kolaborasi ini, kita juga ada meletakkan mesin kompos di medan selera Alamanda bagi membolehkan pihak pengurusan kompleks memanfaatkan sisa makanan yang terhasil untuk diproses menjadi baja kompos. “Baja kompos yang terhasil dapat dimanfaat untuk kegunaan kawasan persekitaran,” katanya. Menurut beliau, SWCorp sebenarnya bersedia untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak yang berminat dalam kempen menjaga kebersihan dan menyelamatkan bumi,” katanya.
Lihat dengan lebih luas
Mengulas mengenai harapan SWCorp selepas berjaya melaksanakan kempen Earth Hour itu, katanya, apa yang kita harapkan pada rakyat Malaysia melalui program Earth Hour ini ialah jangan melihat pada satu jam untuk penjimatan elektrik itu, tetapi lihat ia dengan lebih luas, lihat ia sebagai satu langkah bertindak yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menyelamatkan bumi. “Suka juga saya ingin mengingatkan, selain menjimatkan elektrik, kesedaran dari segi kebersihan juga penting. Jangan buang sampah merata-rata. Usaha ini dapat mengurangkan pembiakan vektor pembawa penyakit seperti aedes, tikus dan sebagainya,” katanya. Zainuddin menambah, jika langkah menjaga kebersihan dan kempen seperti Earth Hour ini tidak dipedulikan oleh orang ramai, tidak mustahil satu hari nanti negara juga boleh lumpuh disebabkan masalah alam sekitar ini.
Menyentuh mengenai cuaca panas yang melanda negara pada masa kini, katanya, ia adalah fenomena el-nino yang boleh memberi kesan buruk kepada mahkluk di bumi jika tidak ditangani dengan baik. “Antara punca kemerosotan persekitaran ialah lapisan ozon yang semakin menipis disebabkan gas rumah hijau yang dilepaskan. Apabila lapisan ozon yang menjadi pelindung bumi menipis, sinar ultra - violet dapat menembusi lapisan ozon berkenaan yang akhirnya terus ke bumi. “Keadaan ini juga suatu amaran untuk kita supaya lebih berhati-hati dan sayangkan bumi. Semua kena tahu apabila lapisan ozon sudah tidak lagi berfungsi, panas yang ada akan terus menembusi bumi menjadikan suhu semakin meningkat, bongkah-bongkah ais di kutub utara juga akan mencair,” katanya. Menurutnya lagi, dijangkakan pada tahun 2070 beberapa bandar utama di dunia ini dijangka akan tenggelam. “Dengan kepanasan di bumi mencecah 38 hingga 40 darjah celcius dan taburan hujan yang semakin sedikit hingga menyebabkan kemarau berpanjangan, kita tidak mahu lebih banyak gas-gas seperti karbon monoksida dan gas matena dilepaskan. “Gas metana paling banyak dihasilkan adalah daripada sisa makanan. Ia terhasil akibat penguraian sisa makanan, iaitu 45 peratus dan gas metana ini 21 kali lebih teruk dari gas diaoksida. Justeru bermula hari ini, bersama-samalah kita berusaha memastikan alam sekitar kita terus terpelihara,” katanya.
11
10
Penduduk Parit Raja hargai usaha SWCorp
Bersama penduduk bersih, cat Masjid As-Sakinah, Talang Bunut
B
ATU PAHAT - Tiada apa yang lebih mengembirakan kira-kira 80 penduduk di Talang Bunut, Parit Raja dekat sini, selain menerima dengan tangan terbuka usaha SWCorp bagi membersih dan mengecat Masjid As-Sakinah mereka. Program gotong-royong yang merupakan sebahagian daripada program tangungjawab sosial (CSR) SWCorp ini berlangsung dengan penuh harmoni dan silaturrahim yang sangat erat. Program CSR yang berlangsung pada 20 Mac 2016 dilakukan di bawah kawasan SWCorp Cawangan Batu Pahat dan ia disertai SWM Environment Sdn. Bhd. dan Persatuan Kontraktor Bumiputera Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan Negeri Johor (PERKON). “Program ini merupakan CSR kita dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat di sini bersama-sama menjaga kebersihan. Ia juga secara tidak langsung mendorong mereka untuk sentiasa menguruskan sisa pepejal secara berhemah di samping mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak. Program CSR kali ini, kita laksanakan di luar kawasan perkhidmatan SWCorp, iaitu di kawasan
masjid ini agar keadaan bersih dan indah seperti ini akan berterusan,” katanya. Dalam program yang berakhir tengah hari itu, aktiviti yang telah dijalankan bersama penduduk kampung seperti membersihkan bahagian dalam dan luar masjid, memotong rumput, mengecat bahagian luar masjid selain menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan kepada pihak masjid seperti kipas, wang tunai dan lainlain barangan elektrik.
»"Program ini merupakan CSR kita dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat di sini bersama-sama menjaga kebersihan. Ia juga secara tidak langsung mendorong mereka untuk sentiasa menguruskan sisa pepejal secara berhemah di samping mengukuhkan hubungan antara keduadua pihak. Program CSR kali ini, kita laksanakan di luar kawasan perkhidmatan SWCorp, iaitu di kawasan kampung".
“Setiap tahun SWCorp Johor bersama SWM Environment Sdn. Bhd. dan PERKON akan memilih satu masjid untuk melaksanakan program CSR. Ia adalah tanggungjawab yang wajar dibuat oleh setiap agensi atau individu yang mempunyai keupayaan berbuat demikian. Program kali ini sesuai dengan fungsi kami iaitu menjaga kebersihan dan keceriaan. Peserta CSR juga berpeluang menderma seadanya untuk tujuan ke jalan Allah S.W.T.”
kampung,” demikian menurut Pengarah SWCorp Negeri Johor, Tuan Asri Amat. Beliau dalam ucapan perasmian program gotong-royong berkenaan turut berharap agar penduduk di sini terus mengimarahkan masjid dan sama-sama menjaga kebersihan di kawasan masjid berkenaan selain sentiasa menguruskan sisa pepejal secara berhemah bermula dari rumah. Asri turut mengambil peluang menerangkan serba sedikit peranan dan tanggungjawab SWCorp untuk mengawal selia dan membuat pemantauan terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Dalam pada itu, Ketua Kampung Talang Bunut, Musa Elias dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa berbesar hati dan terharu beliau apabila kampungnya dipilih buat pertama kalinya untuk program gotong-royong seperti itu oleh SWCorp. ”Saya bangga penduduk kampung ini memberikan sokongan yang baik untuk sama-sama kita bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran masjid kita dan kami akan meneruskan usaha penjagaan kebersihan di kawasan
kepada SWCorp kerana dapat meneruskan tanggungjawab sosial khususnya kepada masyarakat tidak mengira di bandar ataupun di luar bandar”.
Apa kata mereka Jaimah Husin Suri Rumah
Tuan Asri Amat
Pengarah, SWCorp Negeri Johor
“Program ini baik untuk masyarakat kampung. Selain tanggungjawab sosial untuk orang kampung, ia dapat mengeratkan kasih sayang, kemesraan antara masyarakat luar dengan masyarakat kampung. Selain itu, ia juga baik untuk dijadikan tauladan kepada anak-anak supaya menjaga alam sekitar seperti membersihkan longkang dan pasu bunga bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik dari air yang bertakung”.
Norshida Sahak Suri Rumah
Musa Elias
Ketua Kampung / Setiausaha Koperasi Asam Lubuk Berhad
“Ia sesuatu yang baik kepada komuniti kami di sini. Boleh diteruskan pada tahun hadapan dan diperluaskan ke sekolah atau balai raya pula. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk untuk menjaga kebersihan dengan lebih baik”.
“Penduduk kampung sangat mengalualukan kehadiran SWCorp yang samasama menjalankan kerja kebajikan di kawasan masjid ini. Diharapkan pada masa akan datang usaha ini boleh diteruskan di sekolah, balai raya atau mana-mana yang menjadi tumpuan masyarakat. Ia sedikit sebanyak akan mendorong kami untuk peka terhadap kebersihan sekeliling".
Haji Jamil Ahyat Penduduk Kampung
“Kami amat mengalu-alukan program sebegini. Saya ucapkan tahniah dan syabas
Gotong-royong membersihkan kawasan luar dan dalam masjid
K
SWCorp - MARDI jalin kerjasama selamatkan makanan
UALA LUMPUR – Tahukah anda dalam proses penghasilan sesuatu produk makanan, bermula dari ia dituai atau diambil dari pokok atau sumber utama, kita akan kehilangan 30 peratus daripada makanan itu sebelum ia dapat dijadikan produk akhir. Sebagai contoh, jika untuk menghasilkan beras, proses daripada ia dituai di sawah padi hingga ke peringkat menjadi beras putih yang siap untuk dimasak dan berada di rak-rak di pasar raya atau kedai berhampiran rumah anda, kita akan kehilangan sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan beras berkenaan. Menyedari permasalahan ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan SWCorp untuk menyelamatkan makanan-makanan yang diklasifikasikan sebagai “hilang” sepanjang pemprosesan penghasilan makanan itu dilaksanakan. Projek yang dipanggil Inisiatif Menyelamatkan Makanan ini, memberi fokus kepada memikirkan kaedah terbaik untuk menyelamatkan kehilangan makanan semasa proses penghasilan makanan itu dilakukan dan bagi pihak
SWCorp pula, akan memfokuskan kepada bagaimana untuk menyelamatkan sisa makanan yang dihasilkan oleh pengguna apabila memakan makanan berkenaan agar ia tidak memberi kesan mudarat kepada alam sekitar khasnya dan manusia amnya. Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Teknologi SWCorp, Ir. Zainuddin Abd Samad ketika ditemui berkata, adalah penting untuk memastikan sisa makanan yang terhasil di peringkat pengguna ini tidak menghasilkan gas metana yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan bumi. “MARDI dan SWCorp, masingmasing ada keinginan dan cita-cita untuk melakukan kebaikan. MARDI akan bekerjasama dengan SWCorp berhubung bagaimana “makanan yang hilang” sepanjang proses pemprosesan itu dapat dijadikan sesuatu yang bermanfaat. “Kita ada keinginan untuk membetulkan keadaan supaya masyarakat sedar dan berusaha untuk mengurangkan sisa makanan di kediaman masingmasing. Maknanya, jangan membazir dan jadilah pengguna yang bijak. “Jika MARDI memikirkan kaedah terbaik untuk menyelamatkan makanan yang hilang bermula dari
ia dituai di pokok atau sumber asal, hinggalah ia selesai diproses menjadi produk akhir yang berada di tangan pengguna, SWCorp pula memikirkan kaedah terbaik bagaimana hendak memberi kesedaran kepada pengguna, bermula dari mereka membeli produk atau makanan itu, proses memasak atau menyediakan, sehinggalah ke peringkat menghidangkannya di meja makan. “Untuk inisiatif ini, kita mengambil kira konsep 3R, iaitu Reduce, Reuse dan Recycle,” katanya. Menurut beliau, pada masa ini terdapat Badan Bukan Kerajaan yang dikenali sebagai The Lost Food Project yang mempunyai pengalaman dalam halhal mengendalikan makanan akan turut sama membantu mereka menjayakan usaha menyelamatkan makanan ini. “Badan ini mempunyai hubungan yang baik dengan peruncit, pengusaha restoren yang besar dan juga hotel. Biasanya mereka akan berurusan dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan bekalan makanan yang sudah hampir tamat tempoh atau yang masih dalam keadaan baik untuk dijadikan hidangan kepada pelanggan mereka, dan makanan ini seperti makanan dalam tin dan sebagainya
akan diberikan kepada gelandangan dan pihak-pihak yang memerlukan dengan segera (di mana makanan ini akan terus dimakan dan bukannya untuk simpanan memandangkan mungkin tarikh luput sangat singkat). Sebab itu mereka memilih gelandangan sebagai sasaran utama. “Dengan cara ini bahan makanan yang pada asalnya terpaksa dibuang akhirnya akan menghasilkan gas metana, dapat diselamatkan dengan diberikan kepada mereka yang memerlukannya untuk kegunaan segera,” katanya. Tambah Zainuddin, bagi memperluaskan lagi projek ini, SWCorp juga sedia untuk bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan lain atau manamana pihak yang berdepan dengan masalah untuk menyelamatkan makanan yang sudah hampir tarikh luput atau makanan yang mereka hasilkan.
18 MHM Buang sampah
12
Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) perjuangan yang kian mencabar K
UALA LUMPUR – Dunia kian terancam. Banyak binatang, flora dan fauna, bukit dan gunung serta air yang bersih kian tercemar. Apa peranan kita? Mahu melihatnya sahaja atau turut sama menyumbang demi memastikan kelestarian alam yang lebih baik untuk dihuni oleh genarasi akan datang? Bagi Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), perjuangan mereka dalam memastikan isi bumi ini terus terpelihara sudah diketahui dunia. Namun bagi yang masih belum tahu akan kewujudan pertubuhan ini, wajar sekali mendekati misi dan visi tabung yang ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah ini. WWF-Malaysia merupakan sebahagian daripada WWF (World Wide Fund for Nature), organisasi pemuliharaan antarabangsa. Ditubuhkan sebagai badan pemegang amanah pemuliharaan kebangsaan pada 13 Januari 1972, WWFMalaysia bermula dengan dua individu. Hari ini, mereka mempunyai hampir 200 orang yang bekerja untuk mereka dari seluruh tanah air. Beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, pada peringkat awal fokus WWF adalah kepada penyelidikan saintifik hidupan liar dan habitat semula jadi. Ia kemudian berkembang kepada pengurusan kawasan perlindungan. Hari ini, WWF-Malaysia turut memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih luas berhubung alam semula jadi dengan menggabungkan aspek yang membabitkan dasar, pendidikan alam sekitar dan kempen kesedaran awam. WWF-Malaysia pada masa kini menjalankan lebih daripada 90 projek. Ia termasuk penyelidikan saintifik; hal-hal yang berkaitan dasar yang melibatkan kerajaan; pendidikan alam sekitar; program kesedaran awam; bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk
memperbaiki kehidupan dan melindungi alam sekitar; dan menyediakan latihan dan menyokong organisasi pemuliharaan lain di Malaysia. Dengan misi untuk menghentikan kemerosotan persekitaran semula jadi bumi dan membina masa hadapan untuk manusia hidup dalam keadaan harmoni melalui aspek yang dikenalpasti, WWF-Malaysia antaranya menguna pakai kaedah memulihara kepelbagaian biologi di dunia, memastikan penggunaan sumber asli dan semulajadi boleh diperbaharui dan menggalakkan pengurangan pencemaran serta pembaziran. Apa yang pasti usaha WWF-Malaysia meliputi semua aspek. Dari setinggi puncak gunung hingga ke dasar lautan, mereka membantu melindungi alam semula jadi melalui pelbagai program pemuliharaan yang dijalankan. Ini termasuk tumpuan kerja-kerja pemuliharaan ke atas kawasan berskala besar yang memberi keutamaan kepada hidupan liar dan sistem ekologi. Matlamat utama tabung ini adalah untuk pemuliharaan yang mampan untuk jangka masa panjang dengan mengamalkan penjimatan, mengembalikan dan melindungi kepelbagaian spesis, hutan, laut, persekitaran pantai dan air tawar untuk bumi yang bakal didiami oleh kita, anak-anak kita dan generasi akan datang. Hari ini dunia sedang berubah pada kadar yang pantas dan keperluan untuk pendidikan pemuliharaan yang berkesan adalah lebih mendesak. WWF-Malaysia percaya bahawa program pendidikan pemuliharaan yang berkesan dalam kedua-dua cabang iaitu secara formal dan dalam komuniti, boleh mempunyai kesan yang besar kepada masyarakat Malaysia dan juga negara ke arah memastikan persekitarannya yang terpelihara. • Spesis : Hutan hujan tropika, laut dan eko-sistem air tawar Malaysia merupakan kawasan yang sangat
sesuai dan kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Malah Malaysia diiktiraf sebagai salah satu daripada 12 negara yang mempunyai kepelbagaian spesis yang berlaku dalam kepadatan luar biasa. Walau bagaimanapun, kebanyakan spesis ini diancam dan terancam. Menyedari masalah ini, WWF berusaha ke arah perlindungan dan pengurusan enam spesis yang berbeza melalui pendekatan berasaskan lanskap. • Hutan : Dianggarkan 13 hektar hutan di dunia sudah hilang. Dalam setiap tempoh 30 saat akan datang, sebanyak 13 hektar lagi akan hilang. Dalam masa satu minit, manusia berjaya menghancurkan 1,000 tahun evolusi semula jadi. • Air Tawar : Air tawar sumber yang paling penting bagi manusia dan semua makhluk yang hidup di bumi. Air bersih yang mencukupi adalah penting untuk kehidupan yang sihat serta kesihatan alam sekitar. Eko-sistem air tawar kita kini terus menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran. Menyedari hakikat ini, WWF-Malaysia menggalakkan pemuliharaan, pengurusan bersepadu dan penggunaan mampan eko-sistem air tawar. • Marin : Lautan tropika negara ini yang panas adalah rumah kepada terumbu karang, hutan bakau, penyu laut hijau dan lain-lain spesis marin terancam seperti penyu karah, dugong, ikan yu, paus, dan wrasse humphead. Kawasan laut ini juga sangat kaya dengan sumber perikanan dan habitat. Ikan merupakan sumber mampan penting tetapi penangkapan ikan berlebihan dan kemusnahan habitat boleh mengancam semua hidupan marin ini.
di merata-rata tempat... Apakah denda yang sewajarnya? Apa kata mereka? Sazali Samad Atlet Bina Badan Negara Denda bagi mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat telah termaktub di dalam undang-undang kerajaan namun masih terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak menurutinya. Di sini saya lihat kesedaran individu itu sendiri adalah penting, ini kerana walaupun terdapat denda dalam bentuk wang tunai yang dikenakan namun ia masih tidak dapat mengikis sikap tidak bertanggungjawab ini.
Nurminnisa’ Hamzah Pelajar UiTM Bagi saya mereka yang membuang di merata-rata tempat perlu dikenakan denda dengan amaun yang sewajarnya bergantung kepada kuantiti sampah yang dibuang. Sebagai contoh, RM5.00 atau RM10.00 dan denda tersebut perlu dibayar serta merta pada masa dia didapati membuang sampah itu.
KAT mahu jadikan Pulau Mabul lebih indah, bersih K
UALA LUMPUR Seramai 20 sukarelawan daripada Koyak Adventure Team (KAT) akan melakukan aktiviti pembersihan Pulau Mabul dan penanaman semula batu karang pada 7 Mei ini. Aktiviti yang turut melibatkan 80 peserta lain ini, antaranya akan membuat pembersihan pantai dan pinggir-pinggir laut sedalam paras pinggang. Batu-batu karang yang baru juga akan ditanam di situ bagi memastikan pulau yang menjadi tumpuan pelancong yang kaya dengan khazanah laut dan alam semulajadi itu kekal cantik, bersih dan terpelihara dari ancaman yang boleh menganggu ekosistem pulau berkenaan. Dalam program sehari itu, KAT juga akan mengajak anak-anak Bajau Laut sebagai peserta di mana mereka akan ditugaskan untuk mengutip sampah di pulau berkenaan dan bagi setiap satu kilogram sampah, mereka dibayar sebanyak RM1.00. Petugas-petugas sukarelawan lain juga akan terlibat menguruskan urusan penimbangan sampah serta aktiviti di sesebuah lokasi. Menurut Pengasas KAT, Shahrul Afizal Zainal, projek membersihkan Pulau Mabul dan penanaman semula batu karang itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan setakat ini mendapat sokongan dan bantuan yang sangat baik dengan Ketua Kampung di situ selain komuniti setempat.
Selain pembersihan Pulau Mabul, KAT sebelum ini telah menjalankan beberapa aktiviti lain. Antara yang pernah dilakukan ialah projek mengecat beirut. Beirut adalah tempat struktur berbentuk piramid yang digunakan sebagai penandaan bagi tujuan pemetaan. Beirut ini terletak di puncak gunung-gunung dan ia perlu dicat bagi mengelakkan daripada karat dan runtuh. “Aktiviti ini mula kami laksanakan pada tahun 2015, dalam masa yang sama juga kita buat aktiviti mengutip sampah di sepanjang kawasan gunung tersebut. “Lokasi mengecat beirut ini adalah di gunung-gunung di Semenanjung Malaysia seperti Gunung Gap, Ulu Semangkuk, Gunung Bunga Buah, Gunung Cabang dan lain-lain, dan kita buat aktiviti ini dua bulan sekali secara berkumpulan seramai 12 hingga 20 orang,” katanya. Setakat ini keahlian KAT mencecah 2,000 orang di seluruh Malaysia, termasuk sebahagian dari Singapura. KAT merupakan penggiat sukan lasak outdoor seperti mendaki dan jungle tracking serta aktiviti sukan lasak. Di dalam menjalankan aktiviti ini, KAT menekankan aspek kebersihan. Pihak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program KAT di Pulau Mabul dan ingin membantu boleh menghubugi mereka di laman facebook iaitu Koyak Adventure Team – KAT.
PERSPEKTIF
JV Jurujual Hukuman dalam bentuk saman sebanyak RM50.00 atau RM100.00 untuk kesalahan kali pertama kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini dan mereka juga disyaratkan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti mengutip sampah di tempat awam.
Norasyikin Ismail Pekerja Syarikat Guaman Tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat adalah denda dalam bentuk bayaran wang tunai dan jumlahnya bergantung kepada kuantiti sampah yang dibuang. Di samping itu juga, kemudahan tong sampah di tempat awam perlu diperbanyakkan lagi bagi mengelakkan orang membuang sampah di merata-rata tempat.
Nurliyana Hanafi Pelajar UiTM Denda dengan nilai RM100.00 atau amaun yang membebankan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di merata-rata tempat akan menjadikan masyarakat takut untuk membuat kesalahan ini.
Ellysha Diyana Shahran Pelajar Sekolah Tindakan yang sewajarnya dikenakan adalah dalam bentuk kerja-kerja khidmat masyarakat seperti aktiviti mengutip sampah pada setiap minggu. Mungkin dengan cara ini boleh mengingatkan mereka untuk tidak mengulangi kesalahannya lagi.
Zul Azmi Mohd Yusof Eksekutif
Mazlina Mohamad Nordin Eksekutif
Bagi saya denda yang paling berkesan adalah menerusi aktiviti khidmat masyarakat dan ia bergantung kepada jenis kesalahan yang dibuat. Sekiranya kesalahan yang dilakukan berat, jumlah hari khidmat masyarakat yang dikenakan adalah lebih lama. Di samping itu, pendidikan menerusi media massa mampu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.
Pihak berkuasa sewajarnya meminta supaya mereka yang membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan mengutip kembali sampah yang dibuangnya dan mereka ini perlu menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial secara berkala. Secara ironinya, pelaksanaan kempen secara menyeluruh dan berterusan akan menyumbang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera.
Nik Muhammad Al-Firdaus Nik Wil Kakitangan UiTM
Zainuddin Mohamad Sidek Pengerusi Persatuan Brigad Sukarelawan UiTM Puncak Alam
Apabila terdapat individu yang membuang sampah di merata-rata tempat, kompaun perlu terus diberikan kepada mereka ini dengan jumlah sebanyak RM300.00 dan intipan boleh dilaksanakan di tempattempat awam. Saya berpendapat, masalah sesetengah individu yang membuang sampah di merata-rata tempat berpunca dari sikap seseorang individu itu sendiri. Bagi diri saya sendiri, saya lebih cenderung untuk memulakan sesuatu perkara itu terlebih dahulu dan orang lain yang melihatnya akan bersama-sama mencontohinya.
Denda dalam bentuk wang tunai boleh menyedarkan mereka untuk tidak membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan. Untuk kesalahan pertama dikenakan denda RM75.00, kesalahan kedua sebanyak RM250.00, kesalahan ketiga sebanyak RM300.00 dan sekiranya masih mengulangi kesilapan yang sama boleh dikenakan tindakan yang lebih berat seperti penjara.
Mohd Arif Azalan Jurutera Antara pendekatan yang terbaik adalah dengan memberi ganjaran kepada individu yang menyalurkan maklumat pesalah yang membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan.
RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA Kami menawarkan ruangan iklan kepada anda untuk mempromosikan produk, perkhidmatan, perniagaan dan lain-lain. SWCorp News akan dibaca meliputi lebih dua (2) juta pembaca di seluruh negara pada masa akan datang. Dapatkan Borang Langganan Ruangan Iklan di www.swcorp.my/swcorpnews Sebarang pertanyaan sila hubungi SWCorp : 03-2245 9292 - Pn. Zaitun Abdul Raship : 012-752 7042
14
Rohani
15 Gambar hiasan
Kesihatan
Hayati makna hijrah Setiap kali munculnya Maal Hijrah, kisah perjalanan Hijrah Rasulullah S.W.T diceritakan kembali bermula dengan kisah Musyrikin Mekah berbincang menghalang rancangan perpindahan Rasulullah ke Madinah, rancangan membunuh Baginda hinggalah kejayaan Rasulullah dan rombongan tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal tahun ke-13 kerasulan Baginda (622 Masihi). Memetik perkongsian oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan kepada agensi berita Bernama, beliau berkata, di sebalik peristiwa Hijrah, bukan hanya kisah itu yang perlu dihayati, tetapi ada perkara lebih besar yang perlu difikirkan umat Islam. “Hijrah Rasullulah S.A.W dari Mekah ke Madinah bukanlah hanya sebuah perpindahan dari satu tempat ke satu tempat semata-mata tetapi adalah sebuah proses penghijrahan yang bertujuan menegakkan sebuah sistem dan nilai masyarakat yang melaksanakan prinsip dan ajaran Al-Quran iaitu kebenaran, keadilan dan kasih sayang. “Perkataan ‘Hijrah’ sangat besar maknanya. Sayangnya, masyarakat kita hari ini, menganggap perkataan ‘Hijrah’ itu sebagai perkataan biasa yang hanya bermaksud satu perpindahan dan digunakan dalam konteks yang tidak sepatutnya,” ulas beliau. Justeru katanya, umat Islam tidak hanya boleh melihat kepada peristiwa Hijrah itu sahaja tetapi lebih melihat dan menganalisis pengajaran di sebalik Hijrah Rasulullah itu.
Tujuan Hijrah
Menurut Nik Mustapha, tujuan utama Hijrah ialah untuk menyusun sebuah masyarakat yang memiliki peradaban yang tinggi berdasarkan iktikad, syahadah serta kefahaman dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah. “Rasulullah ingin mewujudkan sebuah tempat baharu dan menyusun masyarakat di Madinah menjadi sebuah masyarakat yang berperadaban dan pintar dengan pimpinan Baginda berdasarkan Al-Quran. “Sebagaimana wahyu Allah di dalam surah AlAnbiya : 107 yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” “Maka, peluang untuk merahmatkan sekalian alam iaitu menyusun sebuah pentadbiran yang berlandaskan AlQuran terbuka di Madinah. Rasulullah telah merebut peluang itu untuk melaksanakan tanggungjawab Baginda menyusun dan mengendalikan pemerintahan Islam yang seterusnya diterjemah Baginda menerusi Piagam Madinah. “Kebijaksanaan dan kepintaran Rasulullah perlu dicontohi. Bagaimana Baginda berjaya menawan kembali Kota Mekah melalui Perjanjian Hudaibiah tanpa adanya pertumpahan darah, serta pendekatan Baginda yang berjaya mengikat hati dan jiwa manusia menerusi ajaran Al-Quran iaitu mencari kebenaran, keadilan dan kasih sayang dalam kalangan umat manusia sehingga Baginda berjaya membangunkan sebuah negara yang besar,” katanya.
Hijrah Rasulullah dan masyarakat hari ini
Peristiwa yang perlu dipelajari oleh umat Islam hari ini ialah bagaimana Rasullullah S.A.W dapat membina keyakinan akidah dalam kalangan masyarakat Islam pada ketika itu wajar dicontohi selain usaha dakwah yang memiliki strategi yang mantap. Baginda juga merancang pentadbirannya bagi mengukuhkan kedudukan Islam dan umat Islam di Madinah. Sebagai contoh menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat beribadah dan pertemuan umat Islam. Menurut Nik Mustapha, masjid pada zaman nabi dijadikan pusat untuk kegiatan manusia tanpa memisahkannya sebagai urusan dunia dan urusan akhirat. Berbeza dengan masyarakat Malaysia hari ini yang menghadkan kegiatan di masjid hanyalah untuk aktiviti keagamaan sahaja, sedangkan masjid sepatutnya merupakan tempat berkumpul dan berbincang segala urusan negara dan masyarakat. Beliau turut menyarankan setiap individu merebut peluang yang terbentang untuk menyerapkan roh dan semangat Al-Quran di dalam diri mereka. “Ibu bapa perlu merebut peluang berkenaan iaitu menekankan ajaran Al-Quran yang berlandaskan kebenaran, keadilan dan kasih sayang. Semangat inilah yang perlu dihayati dalam kehidupan. “Begitu juga di dalam sesebuah organisasi, setiap pemimpin perlu berusaha menerapkan ketiga-tiga elemen itu dalam melakukan transformasi ke arah pelaksanaan ajaran Islam,” katanya. Jelasnya, iktibar dari peristiwa Hijrah Rasulullah bukan sekadar perubahan diri ke arah menjadi yang lebih baik, tetapi bagaimana Rasulullah mengatur, merancang dan mentadbir sebuah sistem yang diwahyukan oleh Allah S.WT. kepada seluruh umat manusia sehingga ia berjaya diwujudkan.
ZIKA… tidak seindah nama
K
UALA LUMPUR – Seramai empat juta penduduk di Amerika Syarikat dikatakan bakal dijangkiti virus Zika yang boleh membawa maut, demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Virus yang mula dikesan di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lain menular melalui nyamuk aedes yang turut mengakibatkan demam denggi. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.
Apa itu virus Zika?
Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ia boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau “mikrosefali” sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ia bukanlah penyakit baharu bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di hemisfera barat sejak Mei 2015 yang mana ia bermula di Brazil. Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk aedes dapat dihapuskan. Virus Zika disebarkan oleh nyamuk aedes dan ia bergantung kepada spesis aedes tersebut. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika dan ia ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
Simptom dan rawatan
Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang. Gejala lain adalah sakit sendi dan konjunkivitis (mata kemerahan), yang berlarutan antara dua hingga tujuh hari. Setakat ini tiada ubat atau vaksin untuk merawat wabak ini.
Walau bagaimanapun jika anda merasakan mengalami simptom berkenaan, dapatkan rawatan segera untuk melegakan demam dan kesakitan. Minum banyak air kosong. Jika tanda masih tidak berkurangan, segera pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kesan Virus Zika
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama. Sindrom microcephaly yang disebabkan virus Zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.
Langkah-langkah pencegahan :
1. Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelak / menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu. 2. Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh. 3. Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran. Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM akan terus mempertingkatkan pemantauan kejadian jangkitan virus Zika di Malaysia. Malah, orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.
PLASTIK SAMPAH BAWA PADAH! TRIVIA UNTUK SI PAUS YANG MALANG…
B
ATU PAHAT – Gempar satu Malaysia apabila seekor ikan paus ditemui mati di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat, Johor beberapa bulan yang lalu. Paus daripada spesies Sei atau nama saintifiknya Balaenoptera Borealis itu berukuran 12 meter panjang dan seberat 15 tan. Ia juga merupakan spesies terancam yang disenaraikan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) selain spesies paus ketiga terbesar di dunia. Namun berapa ramai agaknya yang mengambil pengajaran daripada kejadian yang menimpa puas malang ini? Tahukah anda hasil kajian yang dilakukan oleh unit penyelidik serta pakar Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) mendapati
ada benda asing di dalam usus paus berkenaan yang boleh dianggap sebagai punca kematian, dan benda itu adalah plastik sampah! Dalam satu kenyataannya, Pengarah Perikanan Johor, Munir Mohd Nawi, berkata, bedah siasat dijalankan unit berkenaan mendapati benda asing yang terdapat di dalam usus paus berkenaan adalah daripada bahan plastik. “Selepas ujian dilakukan benda asing yang ditemui itu disahkan sebagai plastik sampah. Penyelidik FRI membuat kesimpulan awal paus itu mungkin termakan plastik sampah yang dibuang di kawasan perairan ketika mamalia itu sedang membuka mulut untuk makan. Ini kerana paus spesies Sei ini, akan membuka mulutnya dengan luas untuk makan dan sebarang benda asing yang berada di hadapannya turut terpaksa dihadamnya,” katanya. Lebih malang bagi ikan paus itu apabila pasukan penyelidik juga mendapati plastik sampah berkenaan sudah berada lama di dalam perut paus itu kerana keadaannya yang sudah hampir reput. Bagaimanapun katanya, beliau juga masih percaya punca kematian paus itu disebabkan kesukaran bernafas akibat paru-paru dimasuki lumpur semasa berada di perairan negara kita. Malah pemeriksaan organ dalaman mamalia itu juga mendapati, kebanyakannya sudah rosak serta dipenuhi parasit “nematode”. Apa lagi yang boleh kita katakan mengenai kejadian ini? Adakah paus jantan yang berusia 15 tahun itu yang sebelum ini dikesan berada di Pantai Rambah dekat perairan Pontian, Johor beberapa
hari sebelumnya, sebenarnya ingin memberitahu penderitaannya akibat termakan plastik sampah yang dibuang ke laut oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab? Malang sekali bagi paus itu kerana dia tidak boleh bersuara, dia juga tidak boleh berkata-kata meminta tolong supaya plastik sampah yang ditelannya minta dikeluarkan segera. Kesannya mungkin kuat bagi sepasukan penyelamat yang cuba menyelamatkan mamalia ini ketika ia hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Menceritakan detik getir usaha menyelamatkan paus berkenaan, Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Batu Pahat, Leftenen Komander Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, empat anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan bot peronda sebaik dimaklumkan mengenai kehadiran paus yang terdampar di sungai berkenaan. Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, paus berkenaan didapati telah tersangkut pada lumpur kawasan muara sungai yang ketika itu air sedang surut. “Ketika itu, paus yang ditemui kira-kira satu batu nautika dari daratan itu masih hidup, tetapi telah nyawa-nyawa ikan sebelum anggota APMM dan 15 nelayan tempatan cuba membantu menariknya semula ke tengah laut. “Bagaimanapun setelah satu jam setengah operasi menyelamat dijalankan, paus itu didapati telah mati,” katanya.