Bil. 1 / 2016
SWCorp NEWS
SWCorp
Tel. : 03-2245 9292 | Faks : 03-2245 9293 | Talian Indahkan Malaysia 1 800 88 7472 www.swcorp.my | F swcorpMY | T @swcorp_my | instagram : swcorp_my www.swcorp.my/swcorpnews Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Kelab Kitar Semula diperluas ke Semporna, Sabah
5
Kolaborasi MSWME dan Japanese CAT23
11
SWCorp Kelantan perkasa aktiviti kitar semula di sekolah
12
Sangkar khas untuk Rumah Pangsa Senawang Jaya
13
Program Save Our Waterfall latih guru jadi duta
17
ISSN 2289-8980
9
772289
898005
Wajah baharu untuk Kluang : Perintis Bandar Sihat Lebih sihat, selamat dan terpelihara
2
Transformasi kutipan sisa pepejal untuk Pangkor, Gugusan Manjoi
10
Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari
Sungai Udang lebih mesra alam MUKA 3
Tips barangan kitar semula MUKA 18
Insinerator tidak panaskan Cameron Highland MUKA 8
Dunia kitar semula Tok Mak MUKA 14
#asingkan DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA
2
Nasional Wajah baharu untuk Kluang : Perintis Bandar Sihat
INFO: KENAPA KITA PERLU MENGASINGKAN SISA PEPEJAL DI PUNCA?
K
Lebih sihat, selamat dan terpelihara
LUANG - Kluang bakal menyaksikan perubahan mampan apabila satu lagi usaha kerajaan untuk mewujudkan perancangan bandar yang kondusif dan sihat dapat dilaksanakan di bandar itu. Projek Perintis Healthy City Bandar Kluang dan Publisiti Deraf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kawasan Pengekalan Pemuliharaan Bandar Warisan, Bandar Sihat dan Bandar Selamat yang dilancarkan di sini, baru-baru ini bakal menjadikan Kluang antara bandar warisan yang lebih kondusif, sihat dan selamat demi kesejahteraan rakyat. Majlis pelancaran projek itu yang berlangsung di Dewan Jubli Intan, Kluang, Johor dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique. Menurut Halimah, pelaksanaan projek perintis ini sebagai satu langkah permulaan kepada pelaksanaan projek-projek healthy city untuk Bandar Kluang. Dengan matlamat meningkatkan kualiti persekitaran fizikal dan kesihatan penduduk bandar dengan perubahan gaya hidup aktif melalui reka bentuk bandar sihat; menambah baik kemudahan reka bentuk fizikal; infrastruktur kesihatan; mengadakan program-program kemasyarakatan dan gaya hidup sihat untuk penduduk setempat ia akan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berjalan kaki dan berbasikal. Pembangunan projek perintis ini melibatkan cadangan laluan pejalan kaki dari Stesen Keretapi Kluang ke Taman Merdeka yang menjadi kawasan tumpuan orang ramai dan merupakan lokasi strategik selain dapat menghubungkan satu nodes ke satu nodes yang lain menjadikan pembangunan projek perintis ini sesuai dilaksanakan selaras dengan konsep Healthy City yang ingin diketengahkan. Halimah berkata, projek perintis ini dijayakan oleh KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perbandaran Kluang yang dimulakan pada tahun 2015. Menurutnya, pada tahun 2015 KPKT memilih Bandar Kluang dan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai projek perintis berikutan bandar tersebut mempunyai keunikan tersendiri. Halimah dalam ucapannya memuji usaha Mantan Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia, Datin Paduka Dr. Dahlia Rosly yang mencetuskan idea dan konsep Bandar Sihat atau Healthy City dan telah memilih bandar Kluang sebagai projek perintis untuk dilaksanakan dan selaras dengan tema dan matlamat RKK.
Katanya, objektif utama RKK itu adalah untuk menyediakan pelan tindakan pengekalan dan pemuliharaan bangunan warisan selain menyediakan garis panduan, pelan bagi menaiktaraf lanskap dan elemen bandar sihat dan selamat. “Dengan tema RKK iaitu Pengekalan dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, Bandar Sihat dan Bandar Selamat, projek ini melibatkan kawasan pusat bandar lama Kluang yang disempadani jalan keretapi di barat dan Sungai Mengkibol di timur membabitkan keluasan keseluruhan kawasan liputan RKK adalah seluas 27.25 ekar,” katanya. Pelaksanaan konsep Healthy City dalam bentuk medan pejalan kaki separa mall juga berperanan untuk menggalakkan pelbagai aktiviti atau festival berteraskan people centric dalam konteks interaksi sosial. Dengan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan kempen gaya hidup sihat dan aktif, peningkatan jumlah penduduk yang mengalami penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, obesiti, jantung dan hipertensi dijangka akan berkurangan. Komponen pencahayaan di kawasan beriadah melalui penggunaan Light Emitting Diode (LED) dilihat sebagai satu transformasi baru ke arah ciri-ciri bandar berdaya kental (resilient city) dan elemen bandar selamat diambil kira bagi mencapai objektif dan konsep Healthy City untuk kesejahteraan rakyat. “Harapan dan hasrat kerajaan semoga rakyat dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif,” katanya.
Halimah meninjau kawasan projek perintis Healthy City Bandar Kluang
Kerjasama pelbagai agensi bersihkan sisa bauksit
K
SIDANG EDITOR PENAUNG
DATO' DR. ZULKAPLI MOHAMED PENASIHAT
DATO' ZAINUL ABIDIN ABDULLAH DR. MOHD PAUZE MOHAMAD TAHA EDITOR
UANTAN – Isu perlombongan bauksit yang tidak mengikut peraturan telah mencetuskan kontroversi apabila sebahagian besar daripada daerah Kuantan tercemar hingga alam semula jadi yang sebelum ini hijau bertukar warna menjadi merah. Pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati dan bantahan mengenai aktiviti yang dikatakan berleluasa ini turut mendapat tempat di media cetak dan elektronik. Dalam usaha menangani isu ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan operasi pembersihan di lokasi terbabit demi kesejahteraan dan kepentingan penduduk setempat. Pengarah SWCorp Negeri Pahang, Dato’ Mohd Nor Afandi Abd Aziz ketika dihubungi berkata, kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan dengan baik dan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh agensi-agensi lain adalah amat baik. “Operasi ini adalah berkaitan dengan menjaga kebersihan persekitaran dan keharmonian masyarakat setempat terutamanya bagi kawasan perumahan yang terjejas dan kawasan itu juga merupakan kawasan perkhidmatan SWCorp, maka SWCorp Negeri Pahang bersama dengan agensi-agensi lain yang terlibat
membuat kerja-kerja pembersihan yang telah ditetapkan,” katanya. Menerangkan mengenai operasi yang dijalankan, beliau berkata skop pembersihan di kawasan yang tercemar dengan sisa bauksit dibuat secara berperingkat. “Mula-mula kita angkut sisa bauksit untuk dibawa ke tapak pelupusan. Selepas itu kerja-kerja pembersihan dijalankan yang mana ia melibatkan 39 kawasan meliputi taman perumahan dan pusat perkhidmatan di Jalan Sungai Lembing, Jalan Tanjung Pasir dan laluan sehingga ke Gebeng,” katanya. Menurutnya, operasi pembersihan ini melibatkan 30 pekerja Alam Flora Sdn. Bhd., lima dari SWCorp dan 11 buah jentera terlibat seperti road sweeper, water jetter, vacall, four wheel drive, open tipper, water tanker dan lori combo. “Tempoh pembersihan adalah dari 14 Januari hingga 15 Februari lalu dan ia telah dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya. Katanya, selain SWCorp dan Alam Flora Sdn. Bhd., beberapa agensi lain juga terlibat secara keseluruhan, antaranya, Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Roadcare (M) Sdn. Bhd., Jabatan Penjara Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang.
MOHD AZHAR ABD HAMID SUMATRA APPAVOO WARTAWAN
ZAITUN ABDUL RASHIP JURU FOTO
ZAINULARIFFIN MOHD NOH PROMOSI DAN EDARAN
MOHD HASMIL IZZUDIN HARUN *Keluaran 2 bulan sekali Pekerja Alam Flora menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar Kuantan baru-baru ini
3
K
Healthy Walkable City di Kuala Terengganu
UALA TERENGGANU – Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi pertama bagi projek perintis Healthy Walkable City yang menelan belanja sebanyak RM3.2 juta untuk fasa pertama (2015) dan fasa kedua (2016). Projek perintis fasa pertama yang dirasmikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan ini melibatkan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 400 meter dari Stesen Bas Kuala Terengganu menuju ke Pasar Payang. Manakala fasa kedua akan melibatkan pembangunan laluan pejalan kaki berbumbung dan tidak berbumbung sejauh 1.15 kilometer bermula dari Stesen Bas Kuala Terengganu ke kawasan sekitarnya. Rahman dalam ucapan perasmiannya berkata, di bawah Teras Kedua, Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan memberi penekanan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat yang mana aspek persekitaran kesihatan diberi tumpuan. Katanya, bagi merealisasikan usaha itu, dua langkah utama digariskan iaitu mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti dan menggiatkan sukan untuk kehidupan yang sihat dan memupuk perpaduan. “Sebagai kementerian yang bertanggungjawab bagi aspek kesejahteraan bandar, KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia telah banyak memperkenalkan konsep dan pendekatan perancangan yang bermatlamatkan peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat. Contohnya seperti Bandar Selamat (Safe City), Transit Oriented Development (TOD), Smart Growth City dan kini Healthy Walkable City. Menurut beliau, idea untuk melahirkan konsep Healthy Walkable City ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan perbandaran yang berteraskan kesejahteraan penduduk bandar untuk melahirkan masyarakat bandar yang sihat dan aktif. “Peningkatan mendadak sebanyak 70 peratus penduduk bandar pada tahun 2013 bukan hanya memberi impak ke atas faktor fizikal sesebuah bandar tetapi ia juga turut mempengaruhi gaya hidup dan kesihatan masyarakat bandar. Kesibukan dan tekanan kehidupan di bandar ditambah dengan faktor pemakanan serta kurangnya aktiviti senaman dan beriadah di kalangan penduduk bandar adalah antara punca ramai mengalami kadar kesihatan yang merosot akibat penyakit obesiti, kencing manis dan darah tinggi,” katanya.
Walkable City di luar negara
Dalam ucapannya, Rahman turut menjelaskan kebanyakan bandar-bandar utama di Eropah khususnya melihat gaya hidup aktif sebagai salah satu isu penting bagi
perancangan bandar yang mana ia akan dapat meningkatkan visual appeals, meningkatkan perpaduan sosial, mewujudkan satu sistem pengangkutan yang lebih mampan untuk menggalakkan walkability dan cyclability serta mengurangkan ketidaksamaan dalam kesihatan awam. “Pihak kerajaan, khususnya Pihak Berkuasa Tempatan telah diberikan peranan yang penting dalam menggalakkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian rakyat. Walau bagaimanapun, pelaburan yang signifikan dalam menyediakan kemudahan bagi menyokong gaya kehidupan aktif yang boleh diakses oleh pelbagai golongan masyarakat adalah terhad disebabkan kekangan kewangan, ruang dan seumpamanya,” jelasnya. Sehubungan itu, katanya, pihak World Health Organisation (WHO) telah memperkenalkan konsep Healthy City bagi mewujudkan suatu persekitaran atau tempat (place) yang mampu memelihara kesejahteraan dan kesihatan pelbagai golongan umur, dengan membolehkan orang ramai mencapai satu tahap kesihatan yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian dari segi sosial dan ekonomi. Dengan cogan kata “Healthy Cities, Active Cities”, pelbagai langkah penambahbaikan telah diketengahkan. “Konsep ini mempunyai skop pelaksanaan yang sangat luas. Ia melibatkan empat aspek utama, iaitu aksesibiliti kepada penyediaan kemudahan kesihatan seperti hospital; penjagaan alam sekitar iaitu kebersihan persekitaran seperti kawalan pencemaran; aspek sosial iaitu melalui penerapan gaya hidup sihat dan aktif seperti mengadakan kempen kesedaran kesihatan; dan aspek fizikal iaitu melalui reka bentuk bandar seperti penyediaan laluan pejalan kaki dan laluan basikal dan sebagainya. “Bandar sihat melalui mobiliti aktif ini telah dilaksanakan di beberapa bandar di negara maju. Sebagai contoh, Bandar Toronto di Kanada telah menggunakan konsep Healthy Walkable City iaitu dengan membuat perubahan kepada laluan, reka bentuk bangunan, taman dan juga kejiranan yang akhirnya menjadikan aktiviti berjalan kaki dan berbasikal sebagai aktiviti kehidupan harian yang normal dan bukan sesuatu yang janggal. Pendekatan ini telah dikenalpasti sebagai sebahagian daripada penyelesaian untuk mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan gaya hidup seperti kejadian penyakit kronik. “Contoh lain ialah seperti Bandar Copenhagen dan Bandar Odense, Denmark. Perubahan kepada reka bentuk bandar yang menekankan kepada penyediaan laluan pejalan kaki dan basikal yang selesa, selamat dan disokong dengan aspek-aspek perundangan berserta programprogram berjalan kaki dan berbasikal serta penyediaan kemudahan sokongan lain telah menghidupkan gaya hidup aktif di kalangan warganya,” katanya.
Rahman meninjau kawasan projek perintis Healthy Walkable City di Kuala Terengganu
Tapak pelupusan
Sungai Udang lebih mesra alam
Lawatan Menteri ke tapak pelupusan Sungai Udang, Melaka
M
ELAKA - Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Sungai Udang, yang beroperasi sejak April 2015 bagi menggantikan Tapak Pelupusan Krubong, dekat sini kini lebih mesra persekitaran apabila beberapa kaedah yang lebih efisien digunakan. Berkeluasan 32 ekar, tapak yang melupuskan sisa pepejal dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Alor Gajah ini menerima kira-kira 950 tan hingga 1,200 tan sisa pepejal dari seluruh Melaka pada setiap hari. Dalam satu lawatan ke tapak berkenaan yang dilakukan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Jusoh, serta wakil dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), SWCorp, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk setempat pada 31 Oktober tahun lalu, mereka telah diberi taklimat terperinci mengenai perjalanan pengurusan tapak itu yang amat menitikberatkan isu alam sekitar, pencemaran dan keselesaan masyarakat sekitar. Tapak yang dibina dengan kemudahan kelas empat, meliputi beberapa kemudahan infrastruktur seperti sel sanitari, logi rawatan air larut resap (leachate), Materials Recovery Facility (MRF) dan bangunan kemudahan pentadbiran ini telah diuruskan oleh syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. Pada masa ini sebanyak empat buah bulldozer, dua buah excavator, empat buah lori, sebuah kompaktor dan jentera pengorek digunakan dengan keseluruhan pekerja seramai 62 orang ditempatkan bagi menjalankan operasi di tapak pelupusan ini. Semasa lawatan tersebut, Rahman juga menyatakan bahawa beliau mahu supaya tiada masalah berkaitan bau demi keselesaan penduduk di kawasan sekitar. Justeru, kaedah pengurusan yang cekap adalah satu keperluan dalam menjadikan tapak pelupusan ini mesra alam dan beroperasi dengan sebaiknya tanpa mendatangkan risiko kepada pihak lain. Selaras dengan itu, syarikat ini telah menambah baik pengurusan tapak dengan beberapa kaedah yang digunakan. Antaranya ialah Daily Cover (tutup tanah secara harian) yang mana kaedah ini akan mengurangkan bau. Sisa pepejal yang dibawa ke tapak pelupusan ini akan dimampatkan dan kemudian akan ditutup menggunakan lapisan tanah. Bagi mengelakkan pencemaran pula, kaedah High Density Polyethylene (HDPE) Liner turut dipraktikkan sebagai penutupan sementara.
Manakala bagi mempercepatkan proses penguraian sisa pepejal, Semburan Effective Microorganisme (EM) digunakan. Ia dilakukan sekurang-kurang enam kali semburan dalam sehari. Kaedah ini ternyata berkesan apabila ia dapat mengurangkan bau semasa bahan organik pada tapak pelupusan terurai secara harian. Tapak pelupusan ini juga dilengkapi dengan kemudahan loji rawatan leachate yang mana sistem saluran paip digunakan untuk menyerap gas metana yang dihasilkan daripada proses pereputan sisa pepejal yang dilupuskan bagi mengelakkan risiko bau. Di tapak pelupusan ini juga terdapat MRF yang menjalankan operasi pengasingan sisa pepejal. Antara sisa pepejal yang diasingkan adalah besi, botol, plastik dan aluminium. Justeru, penduduk di negeri ini adalah digesa untuk melaksanakan pengasingan sisa pepejal mengikut kategori dalam mewujudkan persekitaran yang lebih hijau seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan ini. Sekiranya masyarakat dapat membantu dari segi pengasingan sisa pepejal ini, fenomena kebakaran di tapak pelupusan juga dapat diatasi. Ini kerana apabila cuaca panas, gas metana yang terhasil dari pereputan sisa akan mengakibatkan kebakaran kerana terdapat bahan yang boleh dikitar semula bersama sisa-sisa tersebut. Terkini, bermula Februari 2016, SWM Environment Sdn. Bhd. juga telah menggunakan sistem semburan automatik (mist spray) bagi tujuan mengawal bau di MRF. Dalam pada itu, kerajaan juga sedang dalam perancangan untuk pembinaan sel di tapak pelupusan bagi fasa 2 yang terletak bersebelahan fasa 1 yang beroperasi sekarang.
4
Semasa
Melaka tanpa Urus sisa polisterin pepejal dengan M
ELAKA – Keputusan kerajaan negeri Melaka mengharamkan penggunaan polisterin di semua premis makanan, restoran dan pasar raya adalah langkah paling tepat selaras dengan status negeri itu sebagai Bandar Teknologi Hijau. Penguatkuasaan secara menyeluruh itu telah dimulakan pada 1 September 2015 hasil kajian pelbagai pihak yang mendapati penggunaan bekas makanan dan minuman daripada polisterin memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan dan penjagaan alam sekitar. Penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan juga sebelum ini telah diharamkan oleh kebanyakan negara. Polisterin mengandungi stirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi. Tambahan pula, hasil kajian yang dilakukan oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran tiga hingga lima kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain. Manakala kajian Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengklasifikasikan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia. Bahanbahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia. Untuk pengetahuan umum juga, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar dan juga manusia. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat pula meletakkan polisterin sebagai yang
kelima paling bahaya. Sebagai alternatif bagi bahan polisterin, pengguna digalakkan untuk menggunakan bekas makanan jenis biodegradasi dan mudah diurai seperti yang diperbuat daripada hampas tebu dan jagung. Mengulas mengenai pengharaman oleh kerajaan negeri Melaka itu, Pengarah SWCorp Negeri Melaka, Ismail Mohamed berkata, keputusan Kerajaan Negeri Melaka itu adalah sangat baik dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara. “SWCorp menyokong sepenuhnya pelaksanaan ini yang mana negeri Melaka adalah satu-satunya negeri yang menguatkuasakannya,” katanya. Dalam pada itu, EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin, dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata, sebelum larangan itu dikuatkuasakan, pihaknya sudah bertemu dengan peniaga, pengeluar, pembekal, pengilang, pengurus pasar raya termasuk masyarakat setempat. Sehubungan itu katanya, bukan lagi satu alasan untuk pihak terbabit tidak mengetahui dan enggan mematuhi penguatkuasaan berkenaan. “Kita sudah memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak berkaitan, untuk membiasakan terhadap larangan berkenaan. Jika gagal melakukan demikian (berkuatkuasa), akan didenda sebanyak RM250.00 “Kita laksanakan ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam usaha pelaksanaan dasar teknologi hijau. Sebelum ini kerajaan negeri Melaka juga sudah mengharamkan penggunaan beg plastik di seluruh negeri berkenaan. “Pelaksanaan ini juga demi kebaikan semua pihak, termasuk pengguna dan kami memerlukan kerjasama semua pihak untuk merealisasikannya,” katanya. Pelaksanaan pengharaman ini dijalankan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan kerjasama SWCorp Negeri Melaka.
P
kos efektif
UTRAJAYA – SWCorp mengambil pendekatan melakukan jalinan kerjasama strategik menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Nam Bu Cogeneration Plant Green Farm Association pada 22 Januari lalu dan Daejin University, Korea pada 26 Januari 2016 bagi menguruskan sisa pepejal dengan kos yang lebih efektif. MoU ini telah ditandatangani sendiri Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek. Menurut Mohammad, kos pengurusan yang menelan belanja yang tinggi sebelum ini adalah disebabkan peningkatan kadar sisa pepejal negara. Pelbagai faktor mempengaruhi angka tersebut antaranya adalah disebabkan faktor perubahan demografi penduduk seperti penambahan jumlah penduduk dan kemasukan migran. Buktinya, tahun 2014 sahaja, sebanyak 36,000 tan sampah terjana dalam tempoh sehari dan dijangkakan angka ini akan meningkat kepada 50,000 tan sehari menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, pemilihan kedua-dua buah organisasi daripada negara Korea ini dibuat kerana mereka mempunyai pengalaman dalam membangunkan model pengurusan sisa pepejal yang mampan dengan kos yang efektif khususnya dalam aspek sistem rawatan sisa organik. Antara isi kandungan perjanjian yang menjadi prospek utama adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan
sisa pepejal secara komprehensif, bersepadu dan kos yang efektif sejajar dengan permintaan masyarakat yang mementingkan elemen pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan bersama. Tambah beliau, antara persetujuan lain yang telah dicapai adalah dengan melakukan projek perintis “anaerobic digester”; memperkenalkan teknologi baharu pengekstrakan gas metana daripada tapak pelupusan sisa pepejal; berkongsi kepakaran dan teknologi dalam bidang pengurusan sisa pepejal antara kedua-dua negara; kolaborasi untuk melakukan kajian analisa dan komposisi sisa pepejal untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti biogas yang terjana daripada tapak pelupusan; kolaborasi untuk membangunkan model pengurusan sisa pepejal negara dengan mengambil contoh mekanisme yang digunakan oleh negara Korea iaitu Clean Development Mechanisme (CDM); dan sebagainya. Menerusi kerjasama erat ini, ia bukan sahaja dapat membantu untuk memelihara alam sekitar malah kepakaran kemahiran dan teknologi luar juga dapat dimanfaatkan untuk diguna pakai dan kegunaan pada masa akan datang. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, wakil daripada Universiti Daijen, Prof. Dr. Young Gyu Park dan Augustine Koh, KEITI Global Trade Consultant / Secretary General, Green Purchasing Network Malaysia.
Mohammad menandatangani MoU dengan pihak Daejin University, Korea
Kelab Kitar Semula diperluas ke Sabah
S
EMPORNA – SWCorp memperluaskan usaha bagi memberi kesedaran mengenai amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) ke negeri di bawah bayu dengan pelancaran Penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar Sekolah-Sekolah Daerah Semporna, Sabah. Majlis yang diadakan pada 23 Januari lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Panglima Abdullah, Semporna itu telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Mohammad Mentek. Beliau dalam ucapannya menyambut baik usaha SWCorp bagi mewujudkan kelab berkenaan di Sabah dan usaha itu mencerminkan sokongan padu terhadap agenda negara, untuk mencapai tahap pengurusan sisa pepejal dan kebersihan seterusnya merealisasikan hasrat KPKT untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih dan indah yang mengamalkan 3R setanding dengan negara-negara maju yang lain. “Antara kekangan ke arah pembentukan minda masyarakat untuk menghargai dan bertanggungjawab dalam penjagaan kebersihan ini adalah kurang penekanan terhadap pendidikan
dalam mendidik dan membentuk masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran dan pengurusan sisa pepejal yang sempurna,” katanya. Tambah beliau, inisiatifinisiatif yang akan dilaksanakan oleh SWCorp melalui program-program yang dilancarkan itu merupakan satu usaha yang strategik dan ia diharap mampu memberi impak yang tinggi dalam merubah minda masyarakat negara ini supaya lebih bertanggungjawab, prihatin dan mengamalkan perilaku yang beretika terhadap kebersihan dan alam sekitar. Untuk rekod, SWCorp sebelum ini telah menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS) yang dibuka penyertaannya kepada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar di sekolah mereka. Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu kategori sekolah menengah bandar, sekolah menengah luar bandar, sekolah rendah bandar dan sekolah rendah luar bandar. Sejak tahun 2014, SWCorp telah berjaya mempromosikan penubuhan kelab ini ke sekolah-sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia melalui kerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) sehingga berjaya menubuhkan sebanyak 3,112 buah kelab di seluruh Malaysia. Bagi tahun 2016, SWCorp meningkatkan lagi penyertaan sekolahsekolah terutamanya bagi sekolah di Sabah dan Sarawak dalam penubuhan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar dan sekaligus menyertai PerKISS. Melalui program ini disasarkan penglibatan 40 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah di sekitar daerah Semporna, Sabah. Hadir sama pada majlis pelancaran ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed dan Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Ummai Salmah Abdul Karim. Dalam pada itu, bersempena dengan majlis pelancaran tersebut, dua sekolah turut dipilih sebagai Sekolah Angkat SWCorp iaitu SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna dan SK Pekan, Semporna. Menerusinya, program-program berbentuk pendidikan dan kesedaran berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang mampan akan diperluas. SWCorp juga telah memperluaskan penggunaan modul kelab kitar semula di negeri Sabah bermula dengan daerah Semporna.
Mohammad bermesra dengan pelajar SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna
Miss Tourism International bersihkan Jongker Walk
Idris bersama peserta Miss Tourism International menjalankan aktiviti litter picking di sekitar Jonker Walk Melaka
M
ELAKA - Seramai 50 peserta Miss Tourism International bergotongroyong membersihkan kawasan sekitar Jonker Walk menerusi program “Cleanliness Litter Picking Jonker Walk” yang diadakan pada 10 Januari lalu di Jonker Walk, Melaka. Program yang disusun sebagai sebahagian daripada aktiviti peserta ratu cantik pelancongan ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi dengan setiap peserta diberikan peralatan untuk mengutip sisa pepejal di kawasan persekitaran
tumpuan pelancong itu. Aktiviti turut memperlihatkan bahawa Miss Tourism juga peka terhadap kebersihan persekitaran dan boleh di anggap sebagai Ikon Kebersihan. Program turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Harun, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Dato' Ar. Ismail Othman dan Datuk Bandar Melaka, Datuk Zainal Hussin. Terdahulu, Idris berkata, penyertaan Miss Tourism dari
pelbagai negara dalam program Cleanliness Jonker Walk dapat membantu mempromosikan Melaka di peringkat antarabangsa. Idris turut menasihatkan peniaga di kawasan Jonker Walk agar menitikberatkan aspek kebersihan kerana kawasan berkenaan yang merupakan antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka. Beberapa agensi lain turut terlibat menjayakan program ini termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, SWCorp dan SWM Environment Sdn. Bhd.
5 Tiada ruang untuk RASUAH! K
UALA LUMPUR – Bersempena dengan Hari Integriti yang berlangsung 12 Disember 2015 lalu, SWCorp mengambil inisiatif untuk menandatangani Ikrar Integriti Korporat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam usaha menangani dan mencegah amalan rasuah dalam kalangan syarikat-syarikat kontraktor pembersihan awam yang dilantik. Ketua Unit Integriti SWCorp, Noraziah Mohd Abidi berkata, walaupun amalan rasuah tidak berlaku secara ketara, namun usaha mencegahnya perlu ditingkatkan.
»"Dengan termaterinya Ikrar Integriti Korporat ini, ia lebih memberi kelegaan dan peringatan kepada semua bahawa pihak SWCorp sangat memandang serius hal berkaitan rasuah dan kita tidak akan melepaskan sesiapa yang didapati melakukannya". “Dengan termaterinya Ikrar Integriti Korporat ini, ia lebih memberi kelegaan dan peringatan kepada semua bahawa pihak SWCorp sangat memandang serius hal berkaitan rasuah dan kita tidak akan melepaskan sesiapa yang didapati melakukannya", katanya. Menurut Noraziah, antara rasuah yang dikenalpasti berpontesi diamalkan ialah tuntutan yang tidak munasabah dan diragui kesahihannya untuk kerja-kerja yang dijalankan dan tuntutan berulang. Terdahulu katanya, semua kakitangan SWCorp juga sudah membuat Ikrar Integriti Korporat ini dan kali ini ia diperluaskan kepada pihak kontraktor mengikut kawasan konsesi masing-masing. “Kursus integriti juga sudah dilaksanakan untuk kakitangan dan kita juga merancang untuk mengadakan perkara sama kepada kakitangan syarikat kontraktor yang terlibat agar kita dapat sama-sama menunaikan tanggungjawab dengan efisien, cekap, telus dan amanah", tambah beliau. Setakat ini syarikat kontraktor yang terlibat menyertai Ikrar Integriti Korporat ini ialah Alam Flora Sdn. Bhd. dan juga Persatuan Kontraktor Melayu Kuala Lumpur (PERKON).
Bagi orang ramai yang ingin membuat aduan atau laporan mengenai mana-mana salah laku atau sebarang amalan rasuah yang dikenalpasti, mereka boleh melakukannya dengan menghubungi talian 03-2245 9276 atau email kepada
[email protected]. Apa yang penting adalah untuk anda memberi maklumat lengkap mengenai apa (rasuah membabitkan apa), siapa yang terlibat, tarikh dan masa ia berlaku serta lokasi kejadian itu berlaku.
Syarikat konsesi Alam Flora dan PERKON ketika melafazkan Ikrar Integriti Korporat
6
Informasi
INFO: FAKTA
Perkasa Kelab Kitar Semula demi kelestarian alam sekitar
kepada bakal guru-guru dan seterusnya golongan pendidik ini akan menurunkan ilmu berkenaan kepada pelajar mereka,” katanya.
GAS RUMAH HIJAU TERDIRI DARIPADA : • Karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera apabila sisa pepejal, bahan api, kayu dan barangan buatan kayu dibakar. • Gas metana dibebaskan semasa proses pembuatan dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak, penguraian sisa organik di tapak pelupusan sampah dan penternakan. • Nitrous oksida dibebaskan semasa aktiviti dalam pertanian dan industri serta pembakaran sisa pepejal dan bahan api. • Hydrofluorocarbons (HFCs), perfluorocarbons (PFCs) dan sulfur hexafluoride (SF6) merupakan gas rumah hijau yang merbahaya disebabkan oleh aktiviti industri. Punca pembebasan HFC adalah dari peti sejuk, hawa dingin, aerosol dan pelarut. PFCs dan SF6 kebanyakan dibebaskan oleh industri / kilang pemprosesan seperti pembuatan semikonduktor.
Ishanuddin Hussin
Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SWCorp
K
UALA LUMPUR - SWCorp kini dalam usaha memperkasakan kelab-kelab kitar semula di sekolah yang terlibat supaya penubuhannya lebih memberi impak berkualiti. Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SWCorp, Ishanuddin Hussin berkata, usaha itu perlu dilakukan memandangkan generasi muda inilah yang akan mewarisi bumi untuk meneruskan kelangsungan hidup hingga ke anak cucu. Katanya, pendidikan untuk pelajar sekolah sangat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang peka dan prihatin terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. “Pada masa kini kita sudah ada 2,594 buah Kelab Kitar Semula yang ditubuhkan di sekolahsekolah membabitkan sembilan negeri dan jumlah ini satu angka yang besar. Namun ia perlu berfungsi dengan lebih baik dan berkesan agar objektif penubuhannya tercapai dan dapat memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri khasnya, dan masyarakat amnya,” katanya.
»"Pada masa kini kita sudah ada 2,594 buah Kelab Kitar Semula yang ditubuhkan di sekolah-sekolah membabitkan sembilan negeri dan jumlah ini satu angka yang besar. Namun ia perlu berfungsi dengan lebih baik dan berkesan agar objektif penubuhannya tercapai dan dapat memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri khasnya, dan masyarakat amnya". Justeru menurut beliau, usaha pemantapan pengetahuan mengenai kitar semula dan pengurusan sisa pepejal perlu diberikan kepada bakal guru yang mana golongan ini kelak yang akan mendidik pelajar di sekolah mengenai konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle), pengurusan sisa pepejal, pendidikan sivik dan sebagainya. “Kami akan berkerjasama dengan institusi pendidikan di seluruh negara sebagai persediaan untuk mereka mengaplikasikan modul dan Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal Negara sebagaimana yang telah diterima pakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. “Kita akan sediakan modul yang lengkap, mudah dan berkesan untuk meningkatkan pengetahuan golongan pendidik terhadap pengurusan sisa pepejal dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan alam sekitar ini. “Bagi kami, menyediakan pengetahuan yang lengkap kepada bakal guru sangat penting kerana modus operandi kami adalah menurunkan ilmu
»"Bagi kami, menyediakan pengetahuan yang lengkap kepada bakal guru sangat penting kerana modus operandi kami adalah menurunkan ilmu kepada bakal guru-guru dan seterusnya golongan pendidik ini akan menurunkan ilmu berkenaan kepada pelajar mereka". Menurutnya, selain itu Kelab-Kelab Kitar Semula juga akan terus diaktifkan dengan pelbagai aktiviti. “Amalan 3R akan diperkasakan untuk kelabkelab ini memainkan peranan mereka dengan baik. “Kita mahu mereka tingkatkan pengetahuan dalam aspek pengasingan, kitar semula, kesedaran alam sekitar supaya dari kanak-kanak lagi mereka faham. Pengurusan sisa pepejal melibatkan kos yang tinggi dan mereka kena tahu amalan membuang sampah merata tempat hanya akan merosakkan bumi dan kita perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk menyelamatkan bumi kelak,” ujarnya.
»"Kita mahu mereka tingkatkan pengetahuan dalam aspek pengasingan, kitar semula, kesedaran alam sekitar supaya dari kanak-kanak lagi mereka faham. Pengurusan sisa pepejal melibatkan kos yang tinggi dan mereka kena tahu amalan membuang sampah merata tempat hanya akan merosakkan bumi dan kita perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk menyelamatkan bumi kelak". Untuk memastikan hasrat memperkasakan Kelab Kitar Semula ini tercapai, Ishanuddin berkata, SWCorp akan berusaha bekerjasama dengan pegawai-pegawai pendidikan, guru, masyarakat setempat dan pelajar itu sendiri. “Kita ada pejabat cawangan di hampir setiap negeri. Kami bersedia pada bila-bila masa untuk dijemput bagi memberi ceramah, berkongsi ilmu dan penerangan mengenai perkara ini. Kami juga sedang dalam usaha memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai pelaksanaan amalan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca,” katanya.
»"Kita ada pejabat cawangan di hampir setiap negeri. Kami bersedia pada bila-bila masa untuk dijemput bagi memberi ceramah, berkongsi ilmu dan penerangan mengenai perkara ini. Kami juga sedang dalam usaha memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai pelaksanaan amalan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca".
Aktiviti
7
SRJK (C) Seg Hwa tanam azam perkasa Kelab Kitar Semula Wong Mee Leng
Guru Besar, SRJK (C) Seg Hwa, Segamat, Johor
S
EGAMAT - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Seg Hwa Segamat, Johor berazam meningkatkan amalan kitar semula di sekolah ini setelah melalui beberapa cabaran untuk menjayakannya sebelum ini. Guru Besar sekolah berkenaan, Wong Mee Leng ketika ditemui berkata, dalam tempoh tujuh bulan berkhidmat di sekolah berkenaan, perlaksanaan kempen kitar semula ini belum mencapai tahap yang diinginkan, namun beliau sedang berusaha memperkemaskan lagi program ini dan yakin ia boleh diperkasakan lagi . “Ibu bapa juga boleh membantu dan menyokong untuk meningkatkan amalan ini dan kita perlu membuat satu perancangan yang baik. Guru Kelab Kitar Semula sekolah ini juga memberikan komitmen yang baik. “Memang menjadi harapan kami untuk tersenarai sebagai salah sebuah sekolah yang menyertai Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan
(PerKISS) ke peringkat akhir. Bagi saya perubahan itu boleh dilaksanakan namun perlu secara berperingkat dan bukan secara drastik,” katanya menjelaskan perancangan pihak sekolah. Menurut Mee Leng, murid di sekolah berkenaan disyaratkan membawa barangan kitar semula pada setiap hari Rabu. Antara barang yang disarankan ialah surat khabar lama, tin dan kotak terpakai. “Barang ini akan dikumpul di satu tempat khas. Kemudian dalam tempoh satu bulan kita akan menghubungi vendor kitar semula untuk mengambil barangan tersebut. Mungkin kuantitinya tidak banyak kerana sekolah ini merupakan sekolah rendah di samping pihak sekolah masih belum menguat kuasakannya secara mandatori dalam kalangan pelajar. Kita juga harus ambil kira kanak-kanak mungkin mengalami kesukaran untuk mengangkut barangan kitar semula di dalam kuantiti yang berat.
Pihak sekolah dan pelajar memberi sokongan kepada aktiviti kitar semula
“Kerana itu kami juga sedang memikirkan untuk menukar hari untuk membawa barangan kitar semula iaitu pada hari Ahad kerana pada hujung minggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu ibu bapa mereka boleh menolong untuk mengumpulkan barangan kitar semula untuk dibawa ke sekolah pada hari Ahad,” katanya.
Murid semakin faham Terdahulu, bagi menambah pengetahuan para guru dan pelajar sekolah ini, SWCorp telah mengadakan sesi Taklimat 3R dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca pada 13 Januari lalu. Menariknya, murid-murid di sini menunjukkan minat dan mereka faham dengan konsep yang dibawa. Taklimat yang disampaikan Pengurus Cawangan SWCorp, dan dibantu oleh guru sekolah ini sebagai jurubahasa (Bahasa Mandarin), turut menggunakan pendekatan yang menarik semasa ia dijalankan. Mee Leng yang juga hadir pada taklimat berkenaan juga bersetuju dengan cadangan SWCorp untuk melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam program kitar semula ini. Malah beliau turut mencadangkan SWCrop melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang aktif untuk terlibat dalam memperkasakan amalan ini. “Saya cadangkan SWCorp bekerjasama dengan persatuan Tzu Chi dan sama-sama ke sekolah-sekolah memberi
ceramah kerana mereka boleh berbahasa Mandarin. Ini kerana terdapat sebilangan pelajar yang faham Bahasa Malaysia, namun mereka agak sukar untuk berkomunikasi, susah hendak bertanya, dan lain-lain,” katanya. Sementara itu, Ahli Majlis, Majlis Daerah Segamat, Chew Siow Ling yang juga hadir pada sesi taklimat itu berkata, semua sekolah di daerah berkenaan menggunakan pendekatan yang lebih kurang sama dalam mendidik anak-anak berhubung penjagaan alam sekitar dan amalan kitar semula.
Chew Siow Ling
Ahli Majlis, Majlis Daerah Segamat, Johor
“SWCorp sebelum ini telah pergi ke sekolah-sekolah dengan melibatkan Ahli Majlis untuk kita buat penjelasan tentang kepentingan kitar semula dan pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca selaras dengan penguatkuasaannya pada 1 September 2015. Kita pergi keperingkat pendidikan awal,” katanya.
Innovating For a Sustainable Future
Teknologi Insinerator tidak panaskan Cameron Highland
8
C
AMERON HIGHLAND - Di Malaysia terdapat empat buah insinerator iaitu di Cameron Highland, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. Antara faktor pembinaan insinerator di empat lokasi ini adalah kerana keluasan ruang tapak pelupusan yang terhad di lokasi-lokasi tersebut. Menerusi kaedah insinerator, sisa pepejal yang terpilih akan dilupuskan secara pembakaran. Benarkah insinerator ini tidak menjejaskan suhu Cameron Highland yang terkenal dengan kesejukan tanah tingginya? Ikuti temu bual bersama Pengurus Tapak Pelupusan, Abdul Razak Vejaya Kumaran Abdullah dan juga Penyelia Kanan, Mukhlis Zulkifli mengenai operasi insinerator di Cameron Highland.
“Penduduk di Cameron Highland semakin bertambah dan sebenarnya kadar janaan sampah 20 tan sehari adalah kadar yang disasarkan pada tahun 2020. Ini bermakna jumlah janaan sisa pepejal meningkat dengan begitu cepat. Selain itu, penggunaan teknologi ini juga ia tidak menjejaskan suhu di sini kerana sentiasa dikawal melalui sistem komputer (tidak menjadi punca Cameron Highland menjadi panas). “Bagi saya insinerator ini adalah satu keperluan. Di Malaysia, insinerator adalah untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal dibawa ke tapak pelupusan manakala di Jepun mereka telah menggunakan kaedah waste to energy yang mana ia lebih efisien,” katanya.
Jimatkan kawasan pelupusan sisa pepejal Tahukah anda, daripada berat 100 tan sisa pepejal yang dijana, insinerator mampu memprosesnya menjadi hanya sebanyak 10 atau 20 tan sahaja bentuk fly ash (udara) dan buttom ash (arang).
Mukhlis Zulkifli
dan ia akan dibuang ke tapak pelupusan yang terletak bersebelahan dengan tapak insinerator ini. Selain itu, antara sisa-sisa yang tidak boleh dibakar adalah barangan elektronik manakala barangan kitar semula seperti tin aluminium dan plastik akan diambil oleh pihak vendor kitar semula.
-
-
Trommel Trommel adalah tapisan pertama yang mana sisa-sisa yang bersaiz besar akan dikisar. Ia akan memisahkan bahanbahan ini untuk menjadikan sisa pepejal tersebut menjadi lebih kecil. Sisa yang bersaiz kecilakan jatuh ke dalam conveyor manakala sisa yang besar akan masuk ke dalam ruang shredder.
-
Shredder Mana-mana sisa pepejal yang tidak tercarik akan keluar dari trommel dan akan masuk ke dalam shredder. Ia berfungsi untuk mengisar sisa pepejal menjadi lebih halus.
-
Magnatic Separator Bagi besi-besi yang tidak melalui proses pembakaran, ia akan diasingkan melalui mesin ini. Bendabenda seperti besi akan dikeluarkan kerana ia tidak boleh dibakar.
-
Cross Conveyer Mesin ini akan membawa sisa pepejal masuk ke dalam hopper dan disimpan sebentar sebelum sisa pepejal ditolak ke tempat pembakaran yang dipanggil sebagai ram feeder.
Penyelia Kanan
Abdul Razak Vejaya Kumaran Abdullah Pengurus Tapak Pelupusan
Menurut Abdul Razak, teknologi ini akan memastikan sisa pepejal yang boleh dikitar semula diasingkan kerana pengasingan sisa pepejal akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum diproses ke dalam insinerator. “Beberapa minggu lalu pihak kami mengadakan perbincangan dengan penduduk di sini yang juga melibatkan Ketua Kampung. Kami memberikan penerangan kepada mereka kesan pembuangan sisa pepejal kepada tapak pelupusan dengan berleluasa. Selain itu, kami juga menerangkan bahawa operasi insinerator ini adalah mengikut piawaian dan dikawal oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jadi semua benda-benda ini kita kawal untuk dilupuskan,” katanya menerangkan mengenai peranan mesin ini. Menurutnya, kebanyakan negara membangun di dunia menggunakan insinerator dalam pengurusan sisa pepejal mereka dan ia bukan untuk mencemarkan udara kerana ia mempunyai kawalan yang ketat. Baik untuk alam sekitar Dalam pada itu, menurut Mukhlis, menerusi teknologi ini ia boleh mengurangkan kawasan tapak pelupusan.
Katanya, setakat ini pihaknya mempunyai piawaian dan garis panduan serta syarat-syarat dan dipantau oleh JAS termasuk pemantauan yang ketat supaya tidak mencemarkan udara. “Kadang kala terdapat masalah di luar kawalan seperti masalah mesin dan bekalan tenaga elektrik yang terputus, walau bagaimanapun kakitangan kita akan sentiasa bersedia untuk menghadapi masalahmasalah sebegini,” katanya. APA ITU INSINERATOR DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI? Konsep yang digunakan di Cameron Highland adalah pengasingan sisa pepejal dan pembakaran. Dengan kapasiti minimum sebanyak 20 tan sehingga 40 tan bagi satusatu operasi, insinerator memproses sisa pepejal yang dijana dari sekitar Cameron Highland. Buat masa ini jumlah janaan sisa pepejal adalah sekitar 40 tan sehari. Manakala dalam masa sebulan insinerator ini akan beroperasi sekurang-kurang 408 jam, walau bagaimanapun ia akan dihentikan sehari dalam seminggu untuk proses penyelenggaraan. a) Waste Separating Area Ia merupakan lokasi untuk memproses sisa pepejal yang mana ia akan ditimbang dan diasingkan sama ada untuk dibuang ke tapak pelupusan; dikitar semula; atau diproses menerusi insinerator. Ada sesetengah sisa yang tidak boleh dibakar seperti sisa sayur kerana ia mempunyai tahap kelembapan yang tinggi
Apron Chain Conveyor Sisa pepejal yang akan dibakar melalui proses tapisan dengan menggunakan mesin ini yang mengandungi satu jaring berbentuk silinder untuk menapis sisa-sisa pepejal sebelum menjalani proses pembakaran. Penggunaan mesin ini juga adalah untuk mengasingkan sisa pukal.
b) Pembakaran Sisa Pepejal - Kawasan Pembakaran Bagi proses pembakaran sisa pepejal, kapasiti pembakaran adalah minimum 20 tan sehari dan kebiasaannya pembakaran akan melibatkan kapasiti sebanyak 30 tan. Operasi pembakaran ini memerlukan masa antara enam hingga tujuh jam untuk proses pra pemanasan. -
Ram Feeder Ram feeder akan menolak sisa pepejal masuk ke dalam kiln (tempat untuk membakar sisa pepejal) untuk proses pembakaran.
- Primary Chamber Ruangan ini untuk memproses pembakaran sisa pepejal. Suhu untuk pembakaran memerlukan kepanasan melebihi 850 darjah celcius. Sekiranya suhu pembakaran kurang daripada
Insinerator di Cameron Highland memproses sekitar 20 hingga 40 tan sisa pepejal dalam sehari
suhu tersebut, ia boleh menyumbang kepada pelepasan gas beracun. Teknologi ini juga berfungsi untuk mengesan kepanasan sehingga 1,400 darjah celcius.
- Bottom Ash Conveyor Apabila sisa pepejal telah habis dibakar, ia akan menjadi arang. Kemudian akan masuk ke dalam ash conveyor dan diisikan dengan air untuk menjadikan ia sejuk sebelum dibuang ke tapak pelupusan. Daripada 20 tan sisa pepejal ia akan menjadi arang sebanyak dua tan sahaja. c) Pembakaran Gas - Bahagian Sistem Kawalan Udara Proses pembakaran sisa pepejal akan menghasilkan gas-gas seperti metana, popain, dan lain-lain. Gas-gas tersebut perlu dibakar dengan kepanasan sama iaitu 850 hingga 1,400 darjah celcius untuk meneutralkan kembali gas (flue gas) tersebut. Apabila semua gas bercampur dan dineutralkan, ia akan dimasukkan ke dalam gas cooler untuk menyejukkan udara yang dibakar. Ia adalah satu sistem penyejukan supaya suhu yang keluar ke atmosfera kekal pada tahap 180 darjah celsius sekaligus dapat memastikan suhu di Cameron Highland kekal sejuk. Pelepasan gas itu akan melalui sistem Air Pollution Control / Kawalan Sistem Udara (APC) dan semua ini akan dikawal melalui sistem komputer di samping dipantau oleh JAS secara terus. Proses pembakaran ini juga akan menghasilkan habuk oleh itu beberapa peringkat tapisan akan dibuat. Gas (Fly ash) yang telah disejukkan akan masuk ke dalam sistem kawalan udara yang terdiri daripada beberapa peringkat tapisan iaitu Cyclone, Reactor, Baghouse Filter dan Induce Drop Fan. d) Leachate Treatment Plan (LTP) Di kawasan ini juga terdapat LTP yang berfungsi untuk merawat air leachate (air sampah dari sampah-sampah dikumpulkan di sini). Ia melalui beberapa peringkat tapisan iaitu Waste Water Treatment Plan untuk merawat, menjernihkan air serta memulihkan parameter air agar ia selamat sehingga menjadi air yang boleh digunakan. Buat masa ini kapasiti air yang dihasilkan adalah untuk kegunaan sendiri di sini. e) Control Room (Bilik Kawalan) Sistem insinerator ini dikawal menerusi bilik kawalan ini secara sistem komputer bagi memastikan ia bergerak lancar. Manamana mesin yang tidak berfungsi mengikut spesifikasi dan standard yang diperlukan, sistem ini akan memberi amaran bahawa terdapat sistem yang tidak beroperasi dan parameter yang tidak menepati tahap yang dikehendaki.
Setempat
9
JANGAN JADI KUTU SAMPAH! MPMA bukan sekadar mempromosi plastik orang ramai mengenai isu alam sekitar dan pencemaran ini, timbul idea untuk mengadakan kempen secara holistik dan tidak terhad hanya kepada isu penggunaan barangan dari plastik sahaja.
»"Daripada maklum balas dan ketidakfahaman orang ramai mengenai isu alam sekitar dan pencemaran ini, timbul idea untuk mengadakan kempen secara holistik dan tidak terhad hanya kepada isu penggunaan barangan dari plastik sahaja". Ahmad Khairuddin
Pengerusi Kesedaran dan Pendidikan, MPMA
P
ETALING JAYA – Malaysian Plastic Manufacturer Association (MPMA) tetap aktif dalam usaha memelihara alam sekitar. Tidak hanya memfokus kepada isu-isu pencemaran yang berasaskan barangan dari plastik, kempen “Don’t Be Litter Bug” (Jangan Jadi Kutu Sampah) antara kempen utama yang masih berterusan walaupun ia sudah dijalankan sejak tahun 2012. Pengerusi Kesedaran dan Pendidikan MPMA, Ahmad Khairuddin berkata, kempen ini bertujuan memberi peringatan kepada orang ramai supaya jangan menjadi kutu sampah dan bertanggungjawab terhadap sampah yang dihasilkan. “Pada awalnya kempen ini cuma untuk memberi kesedaran dan kita adakan kempen di pusat-pusat membeli belah yang mana MPMA bersama sukarelawan akan turun padang berjumpa orang awam,” katanya. Menurut beliau, dalam isu plastik contohnya, banyak persepsi tidak tepat yang ditimbulkan. Plastik sering dikaitkan dengan masalah alam sekitar. “Ini yang kita hendak beri pengetahuan dan pendedahan. Kami berikan fakta sebenar kerana banyak persepsi yang mengatakan plastik menjadi punca kepada masalah ikan mati dan toksik. “Daripada maklum balas dan ketidakfahaman
“Sebab itu kami putuskan untuk melancarkan kempen “Don’t Be A Litter Bug” yang dilaksanakan secara penjelajahan di seluruh negara untuk bertemu dengan masyarakat sebagai usaha meningkatkan kesedaran mereka supaya tidak membuang sampah seperti plastik di merata-rata. “Kalau kita lihat punca utama sampah sarap yang bertaburan bukan disebabkan salah sampah, plastik tiada kaki, dia tidak jalan sendiri dan masuk ke dalam longkang, sebaliknya manusia yang menjadi penyebab ia mencemarkan alam. Jadi kempen ini menekan kepada punca masalah,” katanya.
»"Kalau kita lihat punca utama sampah sarap yang bertaburan bukan disebabkan salah sampah, plastik tiada kaki, dia tidak jalan sendiri dan masuk ke dalam longkang, sebaliknya manusia yang menjadi penyebab ia mencemarkan alam. Jadi kempen ini menekan kepada punca masalah," katanya. Bercakap soal dana dalam menjalankan kempen–kempennya, menurut Khairuddin, dana bagi program kesedaran adalah dengan mendapatkan penaja di sesebuah tempat dan menerusi dana itu dirancakkan lagi kempen-kempen kesedaran di pasar raya. Pihak penaja biasanya akan membawa sekali ahli-ahli mereka serta kakitangan mereka untuk sama-sama berkempen.
Ahmad bergambar bersama sukarelawan MPMA
Kempen "Don't Be A Litter Bug" dijalankan di seluruh negara
Sebelum ini MPMA turut menjayakan beberapa program. Antaranya, “Thaipusam Litter Free” pada tahun 2015 dan 2016 dengan menyediakan tong sampah dari beg plastik yang besar yang membolehkan orang ramai meletakkan sampah mengikut kategori dalam kuantiti yang besar di sepanjang jalan perarakan dan “Bazaar Ramadhan Litter Free” diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 2015 yang juga menggunakan kaedah sama di samping edaran risalah kesedaran kepada pengunjung bazaar. “Kami juga ada mengadakan edaran plastik di tol untuk diletakkan di dalam kenderaan supaya orang tidak membuang sampah daripada kenderaan masingmasing,” katanya. Menurut beliau MPMA turut mengadakan program di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi, manakala untuk masa akan datang pihaknya bercadang untuk memfokuskan kepada kempen 3R dan pengasingan sisa pepejal.
»"Kami juga ada mengadakan edaran plastik di tol untuk diletakkan di dalam kenderaan supaya orang tidak membuang sampah daripada kenderaan masingmasing," katanya.
10
Utara
Transformasi kutipan sisa pepejal untuk Pangkor, Gugusan Manjoi Penduduk di Pangkor dan Gugusan Manjoi bakal mengalami transformasi baharu bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal jika program try run (uji cuba) oleh Environment Idaman Sdn. Bhd., diterima oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Dengan tempoh uji cuba selama enam bulan ini, Environment Idaman Sdn. Bhd. diharap mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik seterusnya membawa satu lagi pendekatan baharu yang lebih efisien dan berkesan dalam usaha menjadikan Perak negeri yang bersih dan indah. Pada 5 Januari lalu, program Kolaborasi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Gugusan Manjoi telah dilancarkan oleh Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh, Dato’ Zamri Man, turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, KPE Environment Idaman Sdn. Bhd., Mhd Saiful Anuar Zainal, ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dan Pengarah SWCorp Perak, Fatimah Ahmad. SWCorp News sempat menemubual Pengurus Besar Operasi, Environment Idaman Sdn. Bhd., Azmi Amin Sarji untuk melihat perkembangan uji cuba ini.
barangan kitar semula dan sisa pukal. Bagi negeri yang mengguna pakai Akta 672, kekerapan kutipan adalah sebanyak dua kali bagi sisa domestik dan satu kali untuk kutipan sisa kitar semula serta sisa pukal. Oleh kerana Perak belum menerimapakai Akta 672, kita ikut kekerapan PBT sebelum ini.
SWCorp News : Apa yang diharapkan dari penduduk di Gugusan Manjoi ini? Azmi : Pihak kami akan memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang diharapkan oleh kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri. Untuk penduduk di Gugusan Manjoi, kami harap mereka dapat menerima kami dengan hati terbuka supaya mudah kami melaksanakan tugas dan berharap penduduk dapat mengikut jadual kutipan yang ditetapkan.
sisa pepejal memang akan menjadikan kerja kita bertambah, namun ia bukan satu masalah dan ia boleh dilaksanakan. “Bagi saya kita semua perlu bekerjasama untuk menjaga kebersihan. Kawasan kita akan bersih dan saya selaku antara barisan kepimpinan penduduk di sini juga akan sama-sama mengajak para penduduk di sini untuk uruskan sampah dengan baik. Setakat ini penduduk menyambut baik percubaan ini,” katanya.
Apa kata penduduk
Ia perlu dilaksanakan sampai bila-bila
JKKK harap perkhidmatan terbaik
longkang dan pemotongan rumput. Semua peralatan, aset dan depoh sudah ada. Skop perkhidmatan sama seperti kita melaksanakan KPI penuh. SWCorp News : Bagaimana penerimaan mereka berhubung pengasingan sisa pepejal? Azmi : Kita menggunakan strategi “engagement” dengan penduduk setempat dengan kerjasama konsesi dan SWCorp yang mana kami akan bersama-sama turun padang untuk berkempen dan melaksanakan program-program kecil.
Azmi Amin Sarji
Pengurus Besar Operasi, Environment Idaman Sdn. Bhd.
SWCorp News : Bagaimana dengan enam bulan tempoh percubaan di Pangkor? Azmi : Setakat ini kita laksanakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di Pangkor dan maklum balas yang kita terima daripada para penduduk adalah positif, mereka menyokong usaha kita di samping Menteri Besar amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. SWCorp News : Adakah kerajaan negeri menyatakan hasrat untuk menyambung tempoh percubaan atau memperluaskan kawasan percubaan? Azmi : Ya. Mereka telah sambungkan perkhidmatan ini lagi enam bulan berkuatkuasa 1 Januari 2016. Dahulu kita mulakan bulan Julai sehingga Disember, jadi sekarang kerajaan negeri telah memanjangkan lagi tempohnya di samping memperluaskan lagi kawasan perkhidmatan ke seluruh Pangkor. Di Pangkor melibatkan agihan sebanyak 2,000 unit tong sampah. Manakala untuk Gugusan Manjoi kita edarkan 5,457 unit tong sampah meliputi 17 kawasan perkhidmatan. Di Gugusan Manjoi kita telah mula membuat perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan selepas ini kita akan melaksanakan kerjakerja pembersihan seperti sapuan jalan, pembersihan
SWCorp News : Apakah sasaran Environment Idaman untuk kedua-dua kawasan ini? Azmi : Kami mahu tahap kualiti yang diberikan adalah sama seperti apa yang kita berikan di negeri Kedah dan juga Perlis. Maknanya, dari segi cara kerja dan cara memberikan perkhidmatan perlu sama. Tidak semestinya bayaran perkhidmatan yang diterima rendah disebabkan kadar cukai di Ipoh rendah berbanding Kedah dan Perlis, maka perkhidmatan kita juga kurang berkualiti. SWCorp : Apa cabaran yang dihadapi di keduadua kawasan ini? Azmi : Cabaran di Gugusan Manjoi adalah dari segi sisa pukal dan sisa kebun, namun kita akan bersihkannya dalam sebulan dua ini dan nanti kita akan lihat perbezaannya. Di Pangkor, sudah agak stabil yang mana antara lokasi perkhidmatan adalah seperti di kawasan perumahan, rumah tersusun dan juga kampung nelayan. Apa yang penting kita perlu melaksanakan “engagement” dengan penduduk. Setakat ini pendekatan kita adalah lebih kepada memberikan pendidikan dan kesan-kesan yang bakal dihadapi jika mereka tidak menguruskan sisa pepejal dengan baik. Sebagai contoh, kita memberitahu bahawa jika persekitaran sekeliling dalam keadaan bersih dan selesa, ia akan membangunkan lagi sektor pelancongan yang akhirnya akan mendatangkan pulangan kepada mereka juga. SWCorp News : Sebelum ini berapa kekerapan kutipan pepejal di buat di sini? Azmi : Tiga kali dan kita akan kekalkan sebanyak tiga kali juga di samping satu kali kutipan untuk
Joshila Jamaluddin
Penyelia Koperasi Lembaga Air Perak Penduduk Sri Tahan, Silibin
Mazlan Nek
JKKK, Kampung Tengku Hussein
Bagi Ketua Kampung Tengku Hussein, Mazlan Nek, yang sudah 20 tahun menjadi JKKK, mereka hanya mahukan perkhidmatan yang terbaik. “Saya berharap pihak konsesi dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan seelok-eloknya jika ada masalah, bertindak dengan cepat. Jangan hanya tunggu aduan baru ambil tindakan”. “Sebelum ini ada tong pusat disediakan dan kadang kala sampah menjadi terlalu banyak disebabkan aktiviti di pasar malam, saya harap pengurusan di pasar malam juga perlu ditambah baik,” ujarnya. Ditanya mengenai Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, katanya, hendak memulakan perubahan ini memang sukar namun apabila telah menjadi kebiasaan mungkin tiada masalah. “Apa yang baik kita selaku penduduk akan terima kerana setiap perubahan ada kebaikan. Jadi saya harapkan, apabila kita telah membuat perubahan ini, kita laksanakannya dengan bersungguh-sungguh dan serius,” katanya. Manakala bagi Ketua Wanita Kampung Tengku Hussein Hujung, Naimah Ngah Kechil, beliau merasa seronok kerana sisa pepejal sudah tidak bertaburan dan persekitaran rumah lebih bersih. Dia yang juga JKKK AJK Kebajikan Perempuan Islam di situ berkata, untuk mengasingkan
Majlis penyerahan tong bersaiz MGB 120 liter kepada penduduk di Gugusan Manjoi
“Pelaksanaan ini wajar dibuat sampai bila-bila kerana penduduk semakin ramai, jumlah sampah isi rumah juga bertambah, jadi kemudahan tong sampah adalah sangat diperlukan. Manakala Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca tidak menyusahkan, sebaliknya ia satu keperluan”.
Harap ada penambahbaikan dan kutipan mengikut jadual
Harun Bahar
Penduduk Kg. Tengku Hussein Baru
“Untuk menjadikan sesuatu kawasan itu bersih, komitmen penduduk dan pihak berkuasa sangat penting. Kami mengharapkan berlaku penambahbaikan dari segi kualiti perkhidmatan dan kutipan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Setakat ini satu lot disediakan dengan satu tong sampah dan bagi lot yang mengandungi lebih dari sebuah rumah ia mungkin tidak mencukupi,” katanya.
Tengah
11
Kolaborasi MSWME dan JAPANESE CAT 23
Beri peluang persatuan penduduk Malaysia timba pengalaman di Jepun Malaysian Society of Waste Management and Environment (MSWME), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang tidak asing lagi di Malaysia. Keterlibatan mereka dalam usaha penjagaan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal tidak terhad di dalam negara. Lebih dari itu, MSWME membuka satu dimensi baharu apabila berjaya melaksanakan program perkongsian ilmu daripada ahli persatuan penduduk di Kuala Lumpur dengan CAT 23 (Jepun). Ikuti temubual bersama pengerusinya, Sooria Gandhi Rao yang berkongsi banyak perkara mengenai kolaborasi Kuala Lumpur - Tokyo ini.
Sooria Gandhi Rao Pengerusi, MSWME
SWCorp News : Apa peranan tuan selaku Pengerusi MSWME? Sooria : Selaku pengerusi saya bukan sekadar memberi arahan sebaliknya kami sering berdialog dan berbincang, apa kekuatan dan kelemahan, apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat. Ia adalah kunci utama kejayaan kami bersama lapan persatuan penduduk yang telah sama-sama mengikuti program pertukaran ilmu Kuala Lumpur – Tokyo ini. SWCorp News : Boleh jelaskan mengenai kolaborasi ini? Sooria : Japan International Cooperation Agency (JICA) merupakan pihak yang memberikan dana untuk menjalankan projek ini. Japanese CAT23 adalah pihak berkuasa yang menguruskan sisa pepejal di Tokyo. Di Tokyo, ada 23 bandar (CAT23 menguruskan aspek kebersihan), CAT23 akan turun padang berjumpa orang di peringkat bawah. Melalui program ini kita sebenarnya buat pertukaran program dengan persatuan penduduk di Tokyo. Projek ini adalah antara Bandar Tokyo dan Kuala Lumpur. Ia adalah inisiatif di antara JICA dan Japanese CAT23 manakala kami mengendalikannya. SWcorp News : Bagaimana MSWME melaksanakan program ini? Sooria : MSWME akan mendapatkan senarai persatuan penduduk dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana
projek ini adalah di antara Tokyo dan Kuala Lumpur. Berdasarkan senarai ini kita pilih persatuan penduduk. Pihak di sana (Jepun) mahu bekerja dengan orang di bawah secara langsung (persatuan penduduk) bagi berkongsi pengalaman, mendapatkan idea dan pandangan mereka. Kadang kala apabila ada orang dari luar, kita dapat bertukar idea, kerana ini mereka mahu berurusan terus dengan orang-orang dari persatuan penduduk. Pemilihan persatuan penduduk ini kita lakukan dengan menapis senarai persatuan-persatuan penduduk di kawasan Kuala Lumpur. Sebanyak empat persatuan penduduk dipilih dengan setiap persatuan penduduk menghantar tiga orang wakil. SWCorp News : Bagaimana perkembangan projek ini sekarang? Sooria : Setakat ini kita telah laksanakan dua projek. Tahap 1 pada tahun 2014 - 2015 dan tahap 2 pada tahun 2015 – 2016. Setiap satu tahap diwakili empat persatuan penduduk bersama-sama dengan tiga pegawai dari MSWME menjadikannya 15 orang.
Lawatan dari Persatuan Penduduk Tokyo ke Malaysia baru-baru ini
sejak 60, 70 tahun dahulu lagi untuk menguruskan sisa pepejal dan kebersihan. Persepsi kita bahawa masyarakat Jepun ini sempurna, namun sebenarnya mereka juga mempunyai cabaran contohnya mereka menghadapi cabaran dengan kehadiran orang-orang dari kawasan lain. Apabila terdapat penduduk dari kawasan lain, mereka juga seperti kita memberikan risalah, namun risalah mereka lebih kepada visual untuk memudahkan orang faham di samping penyediaan risalah dalam beberapa versi bahasa. Dari pemerhatian kami, kita lihat bahawa Malaysia juga boleh menjadi seperti negara Jepun kerana negara mereka juga mempunyai masalah yang hampir sama dengan negara kita. Dalam lawatan ke sana kami pergi ke tempat pelupusan sampah dan tempat pengasingan sisa pepejal untuk melihat cara pengutipan sampah dan barangan kitar semula serta cara mereka melupuskan sisa yang betul. Selain itu, kita dapat lihat bahawa mereka juga membuat sesuatu perkara itu dari hati bukan kerana duit.
SWCorp News : Apa yang wakil persatuan penduduk ini perlu lakukan sekembali mereka dari Jepun? Sooria : Apabila persatuan penduduk kembali ke Malaysia, mereka perlu menjalankan projek dengan tempoh tiga bulan dan kesemua mereka telah berjaya menjalankan projek mereka dalam tempoh diberikan itu. Antara projeknya ialah; i) Kutipan pakaian lama dan mereka bekerjasama dengan satu lagi rakan kongsi yang mana mereka meletakkan bakul untuk pengumpulan pakaian tersebut; ii) Kitar semula minyak masak terpakai untuk dijadikan lilin dan sabun yang mana mereka bersama rakan kongsi telah melaksanakannya sendiri; iii) Pengasingan sisa pepejal, asingkan kertas, plastik, botol dan lain-lain, satu bilik khas disediakan sebagai bilik kitar semula; iv) Program pengkomposan; dan v) Simpanan takungan air hujan ke dalam tangki dan guna semula untuk kebun mereka (penduduk rumah panjang).
SWCorp News : Apa kaedah yang dilaksanakan? Sooria : Kaedah yang dilaksanakan adalah, empat orang persatuan penduduk kita pilih dari kalangan rumah pangsa, rumah perumahan, rumah panjang dan lain-lain. Jadi persatuan penduduk mereka juga dari kalangan jenis premis yang sama. Dengan ini mereka boleh berkongsi pandangan dan perspektif yang sama. Apabila kita ke sana kita berjumpa dengan persatuan penduduk mereka, jadi mereka menjadi tuan rumah. Begitu juga apabila mereka berkunjung ke sini. SWCorp News : Apa yang menariknya dengan Jepun ini khususnya dalam hal yang membabitkan sisa pepejal dan apa yang kita boleh pelajari dari mereka? Sooria : Jepun sebenarnya telah mengambil masa yang begitu lama
Persatuan Penduduk di Kuala Lumpur berkongsi kaedah yang digunakan dalam mengasingkan sisa pepejal
Kronologi projek
Oktober 2014 - MSWME menghantar persatuan penduduk dari Sunway SPK Damansara, Segambut Tengah, Rumah Panjang Bukit Kiara dan Flat Taman Mulia yang mana setiap taman diwakili tiga orang ke Tokyo Jepun melawat bandar Koto, Arakawa, Setagaya dan Sumida. Januari 2015 – (Lawatan semula oleh Jepun) Persatuan Penduduk dari empat kawasan perumahan di Jepun datang ke Malaysia dan meninjau kawasan perumahan di Sunway SPK Damansara, Segambut Tengah, Rumah Panjang Bukit Kiara, Flat Taman Mulia. Oktober 2015 - Persatuan penduduk lain dari empat kawasan perumahan iaitu Paragon Height, Taman Tasik Indah, Perumahan Jalan Peel dan Wangsa Melawati telah ke Jepun untuk tujuan yang sama. Lawatan di Tokyo (empat bandar) iaitu Koto, Nerima, Arakawa dan Shinjuku.
Persatuan Penduduk dari Kuala Lumpur ketika bertemu Persatuan Penduduk di Tokyo, Jepun
Januari 2016 - (Lawatan semula oleh Jepun) Persatuan penduduk lain dari empat kawasan di Jepun telah ke Paragon Height, Taman Tasik Indah, Perumahan Jalan Peel danWangsa Melawati.
12
Pantai Timur
SWCorp Kelantan perkasa aktiviti kitar semula di sekolah Untuk mewujudkan masyarakat yang peka terhadap kepentingan memelihara alam sekitar banyak cabarannya. Namun usaha daripada pihak yang berkenaan mesti diteruskan. Bagi SWCorp, sasaran kini lebih terarah kepada mendidik masyarakat dari peringkat sekolah lagi. Justeru SWCorp Negeri Kelantan kini giat memperkasa aktiviti kitar semula di peringkat sekolah. Ikuti temubual bersama Pengarah SWCorp Negeri Kelantan, Dato' Sri Afandi Hamzah mengenai pendekatan ini.
Cawangan Kota Bharu dan Bachok • Program Bersama Si Cilik di Tadika • Drive Thru 3R • Program Cakna Bumi • Kempen 1 Million Bottles One Dream • Taklimat Enzim di Agensi Kerajaan Cawangan Tanah Merah • Kempen Kesedaran “Value Food No Waste” • Program Hari Kitar Semula dan Demonstrasi Kraftangan • Pembukaan Booth Belian Minyak Masak Terpakai dan Booth Jualan Bundle • Kempen Kesedaran Awam Kepada Warga Asing • Program Gotong Royong Cegah Denggi • Kempen Anti Litter Kesedaran Awam Bersama Persatuan Pemandu-Pemandu dan Kereta Sewa • Demonstrasi Enzim dan Demonstrasi Kraftangan • Taklimat Kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca
SWCorp News : Secara keseluruhannya, bagaimana sokongan pihak sekolah, guru dan masyarakat mengenai program memperkasa aktiviti kitar semula di sekolah bagi negeri ini? Afandi : Program ke arah perubahan minda masyarakat bukan suatu perkara mudah. Ia menuntut kesungguhan, ketekunan, kecekalan serta kesabaran, adunan dari sifat ini perlu digabung untuk diterjemahkan kepada pelaksanaan program. Alhamdulillah setakat hari ini dengan pendekatan yang terancang serta usaha kolaborasi khususnya dengan Jabatan Pendidikan, hasilnya amat memberangsangkan yang mana setiap lapisan yang terlibat bermula dari pelajar, guru dan ibu bapa memberikan kerjasama yang amat baik. Ini terbukti dengan penubuhan Kelab Kitar Semula yang kini telah mencapai jumlah 470 dari 592 sekolah-sekolah seluruh Kelantan.
Cawangan Kuala Krai • Penyerahan Tong Kitar Semula Kepada Pejabat Kerajaan • Drive Thru 3R di Pasar Pagi • Edaran Risalah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan Minyak Masak • Edaran Surat Kerjasama Program Bersama Komuniti Jawatankuasa Pewakilan Kampung • Bank Kitar Semula Komuniti Dengan Peniaga • Program Gotong Royong 1M4U • Program Anti Litter Bersama Warga Asing • Edaran Pelekat Kempen Anti Litter • Majlis Gotong-Royong Perdana Cegah Aedes dan Denggi • Jualan Minyak Masak Terpakai Bersama Peniaga dan Industri • Ceramah 3R dan Demonstrasi Kraftangan dan Enzim Bersama PUSPANITA • Pameran 3R Cakna
SWCorp News : Apa agaknya perancangan SWCorp dalam memperkasa kelab ini? Afandi : SWCorp Negeri Kelantan sentiasa berusaha untuk memperkasakan Kelab Kitar Semula melalui pendekatan terancang termasuk menubuhkan jawatankuasa antara SWCorp dan Jabatan Pendidikan Negeri yang dipengerusikan SWCorp Negeri Kelantan dan dianggotai Pegawai Pendidikan Negeri atau wakil serta setiap Pegawai Pendidikan Daerah atau wakil. Jawatankuasa ini bertindak memantau pelaksanaan dan aktiviti di Kelab Kitar Semula dan setiap permasalahan serta kemajuannya dibentangkan pada mesyuarat yang diadakan secara berkala. Selain itu, kita juga mengadakan hubungan berterusan (engagement) dengan sekolah yang telah menubuhkan Kelab Kitar Semula bukan sahaja dari aspek program Bank Kitar Semula tetapi termasuk mengadakan pameran, ceramah, bengkel pengkomposan serta kraftangan. Kita juga akan memastikan vendor kitar semula yang dilantik, melaksanakan kutipan bahan kitar semula di sekolah berkenaan, dan akhir sekali kita turut menyediakan insentif serta hadiah tahunan untuk pencapaian Kelab-kelab Kitar Semula mengikut daerah dan negeri.
Cawangan Ketereh • Kempen “Value Food No Waste” • Kempen Minyak Masak Terpakai • Kempen Anti Litter Dengan Kerjasama PBT dan Pemandu Teksi • Kempen 3R Bersama Peniaga dan Komuniti • Ceramah 3R dan Bengkel Kraftangan di Pejabat Kerajaan • Drive Thru 3R Cawangan Pasir Puteh dan Machang • Program Kitar Semula Komuniti • Edaran Risalah dan Kempen Kesedaran Awam • Kempen “Value Food No Waste” Kepada Warga Asing • Kempen Pengumpulan Minyak Terpakai • Kempen “Value Food No Waste” dan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di Kedai Makan • Kempen Anti Litter di Stesen Bas dan Teksi Pasir Puteh
SWCorp News : Bagaimana dengan maklum balas dari kerajaan negeri mengenai program ini? Afandi : Kerajaan Negeri memberikan sokongan dan menyambut baik usaha-usaha yang dilakukan oleh SWCorp Negeri Kelantan dan Program Kitar Semula bukan sahaja di sekolah tetapi dengan lain-lain pihak seperti komuniti, agensi kerajaan, Institusi Awam, masjid serta Badan Bukan Kerajaan. SWCorp News : Selain Kelab Kitar Semula di sekolah, adakah terdapat program lain yang dirancang? Afandi : SWCorp Negeri Kelantan telah juga merintis Program Drive Thru 3R bermula di pasar raya dan kini telah dikembangkan ke masjid-masjid serta taman-taman komuniti. Antara lokasi drive thru ialah di Pasar Raya Tesco, Masjid Telipot, Lorong Kubur Tanjung, Pasar Besar Tanah Merah, Masjid Faris Petra, Masjid Mukim Lubok Jong dan hasilnya amat baik. SWCorp News : Apa harapan Dato’ Sri terhadap pelaksanaannya untuk jangkamasa panjang? Afandi : Dalam usaha untuk menepati sasaran 22 peratus kadar kitar semula negara menjelang 2020, sudah tentu menuntut kepada perancangan yang berterusan. Usaha-usaha dilaksanakan SWCorp kini melalui kempen, promosi serta program kesedaran dan yang terkini penguatkuasaan peraturan melalui Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca sudah mula menampakkan kesannya. Justeru itu, ia hendaklah diteruskan dan dikembangkan dengan mengambil contoh negara yang telah berjaya melaksanakannya seperti Jepun. Sudah sampai masa untuk kerajaan merancang membina kilang-kilang bagi memproses bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan produk-produk berkaitan. Kesimpulannya, SWCorp sudah ada misi dan visi yang jelas. Kini perlu mengorak langkah yang pantas untuk melaksanakan semua pelan tindakan berdasarkan kepada Pelan Strategik yang diwujudkan untuk mendepani cabaran yang mendatang bagi merealisasikan misi dan visi SWCorp.
Antara program dan kempen kesedaran sepanjang tahun 2015
Cawangan Gua Musang dan Dabong • Taklimat 3R, Pameran, Gotong-Royong dan Jualan Barangan Kitar Semula • Drive Thru 3R • Kempen “Value Food No Waste” • Kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca • Pertandingan Pintu Gerbang Dari Bahan Terbuang • Kempen Pengumpulan Minyak Terpakai • Kempen Larangan Membuang Sampah Dari Kenderaan dan Penampalan Pelekat Anti Litter • Taklimat Penyediaan Enzim
Pihak sekolah dan agensi-agensi di Kelantan memberikan komitmen yang baik dalam kempen-kempen kesedaran yang dijalankan
Cawangan Pasir Mas dan Tumpat • Program Hari Cakna Bumi • Drive Thru 3R di Masjid • Bank Kitar Semula di Agensi Kerajaan • Kempen “Value Food No Waste” • Petronas Eco Youth • Program Komuniti Gotong-Royong Bersama Agensi Persekutuan dan Negeri • Kempen Anti Litter dan Penampalan Pelekat Anti Litter Bersama Persatuan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi • Kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca
Selatan
13
Sangkar khas untuk Rumah Pangsa Senawang Jaya
S
ENAWANG - Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca ini diperkasa di kawasan rumah bertingkat. Selaras dengan itu, dua sangkar khas disediakan untuk memudahkan penduduk di kawasan Perumahan Rumah Pangsa Senawang Jaya, dekat sini, bagi meletakkan barangan kitar semula yang telah diasingkan.
YB Mohd Ghazali Abd Wahid ADUN, Kawasan Paroi
Majlis penyerahan sangkar khas itu disempurnakan ADUN Kawasan Paroi, YB Mohd Ghazali Abd Wahid sempena ceramah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca kepada perumahan berstrata pada 31 Januari lalu. Ghazali dalam ucapannya berkata, program berkenaan untuk menyedarkan masyarakat tentang pengurusan sisa pepejal. Ini merupakan sesuatu yang penting dan masyarakat perlu peka mengenainya. Beliau turut menyeru penduduk supaya mengikut apa yang telah dikuatkuasakan ini dengan memberi sokongan dan melaksanakannya. “Saya juga memohon supaya pihak pengurusan JMB memastikan premis-premis di sini melaksanakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula perlu diasingkan contohnya plastik, kertas dan lain-lain seterusnya diletakkan dengan elok ke dalam sangkar khas yang disediakan. “Ia merupakan satu perkara yang baik kerana kita tahu bahawa sisa pepejal ini mempunyai pelbagai jenis
dan ia sebenarnya bukan sesuatu yang sukar. Ini kerana barang-barang seperti ini boleh menjadi punca takungan air jika tidak diuruskan dengan baik seterusnya menjadi risiko penyakit seperti demam denggi dan tibi. “Kita bertuah kerana Pihak Berkuasa Tempatan dan SWCorp bersama-sama bekerjasama menjalankan satu tanggungjawab untuk menjadikan kawasan kita bersih dan penduduk perlu sentiasa menjaga kebersihan. Kita tidak mahu lihat sampah bertaburan menjadikan persekitaran dalam keadaan tidak sihat,” katanya.
»"Kita bertuah kerana Pihak Berkuasa Tempatan dan SWCorp bersama-sama bekerjasama menjalankan satu tanggungjawab untuk menjadikan kawasan kita bersih dan penduduk perlu sentiasa menjaga kebersihan. Kita tidak mahu lihat sampah bertaburan menjadikan persekitaran dalam keadaan tidak sihat,". Mengulas peranan SWCorp, katanya, setakat ini SWCorp pantas dalam mengambil tindakan setiap kali menerima aduan. “Pihak kerajaan negeri juga menyambut baik usaha kerajaan pusat untuk menguatkuasakan pelaksanaan ini. Cabarannya, adalah sikap masyarakat kerana sebahagian masyarakat mengambil mudah contohnya dengan membuang sampah dari kereta. “Saya berpendapat kaedah terbaik untuk membentuk kesedaran, yang pertama sekali adalah pemimpin masyarakat itu sendiri. Dari aspek penguatkuasaan, jika ia tetap tidak diikuti oleh masyarakat baru kita laksanakannya, apa yang penting adalah sikap masyarakat. Dalam pada itu, Pengerusi Cawangan Rumah Pangsa Senawang Jaya 1, Johari Daud berkata, pihak pengurusan
JMB telah memohon penduduk untuk memberi kerjasama menjaga kebersihan di sini.
perkara seperti ini kita perlu latih sejak anak-anak kita masih kecil dan ia sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang sukar.
Johari Daud
Pengerusi Cawangan Rumah Pangsa Senawang Jaya 1 “Di perumahan ini pelbagai program telah dilaksanakan khususnya dalam aspek kebersihan. Setakat ini saya lihat banyak perubahan berlaku hasil daripada kempen-kempen yang dilaksanakan,” katanya.
»"Di perumahan ini pelbagai program telah dilaksanakan khususnya dalam aspek kebersihan. Setakat ini saya lihat banyak perubahan berlaku hasil daripada kempen-kempen yang dilaksanakan,". Bagi memastikan aspek kebersihan sentiasa terjaga dan aktiviti pengasingan sisa pepejal dilaksanakan, pihaknya akan membawakan perkara itu dalam sebarang perjumpaan yang diadakan. Manakala bagi bekas Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa PPR Bersepadu, Taman Jasmin Senawang, Negeri Sembilan, Wan Aziz Wan Abbdullah, beliau berpendapat, pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca adalah sesuatu yang penting dan ia sebenarnya perlu dilaksanakan bermula dari rumah. “Saya telah amalkannya di rumah dan anak-anak saya telah dididik untuk mengamalkannya. Perkara-
Wan Aziz bersama anaknya menunjukkan resit jualan barangan kitar semula berjumlah RM5.55
“Dari segi komitmen penduduk pula, masih terdapat segelintir penduduk yang masih tidak menjaga kebersihan yang mana ia berpunca daripada sikap. Pendidikan adalah satu perkara yang penting dan seseorang yang terdidik akan menjaga kebersihan secara berterusan,” katanya.
»"Dari segi komitmen penduduk pula, masih terdapat segelintir penduduk yang masih tidak menjaga kebersihan yang mana ia berpunca daripada sikap. Pendidikan adalah satu perkara yang penting dan seseorang yang terdidik akan menjaga kebersihan secara berterusan,".
Penduduk PPR Bersepadu, Taman Jasmin Senawang gembira menerima sangkar kitar semula
RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA Kami menawarkan ruangan iklan kepada anda untuk mempromosikan produk, perkhidmatan, perniagaan dan lain-lain. SWCorp News akan dibaca meliputi lebih dua (2) juta pembaca di seluruh negara pada masa akan datang. Dapatkan Borang Langganan Ruangan Iklan di www.swcorp.my/swcorpnews Sebarang pertanyaan sila hubungi SWCorp : 03-2245 9292 - Pn. Zaitun Abdul Raship : 012-752 7042
14
Ikon
Dunia kitar semula Tok Mak S
EREMBAN – Tok Mak seorang yang peramah dan periang. Pada usia 60 tahun, ibu kepada tujuh anak dengan cucu seramai 25 orang ini begitu minat menghias rumah anaknya yang kini menjadi tempat dia menetap sekarang. Mengunjungi kediaman Tok Mak, atau nama sebenarnya Kamisah Khamis bagaikan mengunjungi taman rekreasi yang unik. Kunjungan SWCorp News ke kediamannya yang terletak di Taman Arowana Indah, Seremban 2, Negeri Sembilan melihat adanya taman mini yang dihasilkan daripada pelbagai barangan kitar semula.
Kata Tok Mak, amalan seperti ini perlu dididik dari kecil dan yang penting kita didik dari rumah. Jadi kemana mereka pergi, mereka akan bawa nilai murni ini. “Dulu Tok Mak pernah ada pembantu rumah, Tok Mak tetap suruh cucu buat kerja-kerja rutin seperti membasuh kasut sekolah sendiri. Kalau kita manjakan takut mereka susah nak teruskan hidup tanpa pembantu rumah. “Tok Mak pernah katakan pada cucu-cucu, kalau nak duit, kumpulkan semua surat khabar kemudian kita jual dan mungkin mereka lihat hasilnya tidak lumayan jadi nampak mereka kurang berminat. Namun Tok Mak tetap meminta mereka untuk mengasingkannya dan kita bagi sahaja kepada lori sampah yang datang ambil,” ujarnya.
Taman mini di sebelah rumah
Melihat persekitaran kediaman Tok Mak sekarang, hati tertarik dengan taman mini yang direka. Kata Tok Mak, sejak muda lagi dia memang suka menanam pokok dan sukakan lanskap seperti ini.
Jadual kutipan barang kitar semula
Di kawasan taman perumahan Tok Mak, jadual untuk kutipan barangan kitar semula adalah pada hari Khamis, kerana itu Tok Mak hanya akan mengeluarkan barangan yang telah diasingkan ini pada hari Khamis. “Apabila nampak lori telah dekat dengan rumah, baru Tok Mak akan keluarkan. Jadi pada hari Khamis, Tok Mak tunggu dalam pukul 9.00 hingga 10.00 pagi lori SWM Environment akan datang. Ini kerana terdapat orang-orang yang suka mengutip barangan kitar semula (scavenger) akan selerakkan barangan yang kita telah asingkan ini. Mereka ini akan selerakkannya dan hanya memilih baranganbarangan yang mereka mahu sahaja. Jadi keadaan ini akan menjadikan kawasan nampak kotor dan tidak kemas,” demikian kata Tok Mak.
Kamisah Khamis (Tok Mak)
Penduduk, Taman Arowana Indah, Seremban 2, Negeri Sembilan Kaedah pengasingan sisa pepejal cara Tok Mak
Ketika ditanya bagaimana Tok Mak membuat pengasingan bahan-bahan kitar semulanya, beliau berkata, sisa-sisa yang boleh dikitar semula akan diasingkan di suatu tempat. Kalau dulu sebelum diwajibkan pengasingan sisa pepejal, dia akan mengasingkan sisa-sisa yang boleh dikitar semula dalam satu bekas, kemudian meletakkannya di tepi tong sampah. Cara ini katanya, akan memudahkan urusan kerja pihak yang memungut barangan kitar semula itu. “Sekarang apabila ia telah diwajibkan, maka lebih senang. Tok Mak akan asingkan plastik, botol, kaca serta barangan kitar semula lain di dalam bekas yang berbeza. Tok Mak sediakan bakul, kemudian Tok Mak labelkan, kalau cucu Tok Mak nak buang sisa yang boleh dikitar semula, Tok Mak tak perlu ulang banyak kali, mereka akan ingat dan faham,” katanya.
»"Sekarang apabila ia telah diwajibkan, maka lebih senang. Tok Mak akan asingkan plastik, botol, kaca serta barangan kitar semula lain di dalam bekas yang berbeza. Tok Mak sediakan bakul, kemudian Tok Mak labelkan, kalau cucu Tok Mak nak buang sisa yang boleh dikitar semula, Tok Mak tak perlu ulang banyak kali, mereka akan ingat dan faham". Menurut Tok Mak, dia telah mengamalkan aktiviti pengasingan sisa pepejal ini sejak muda lagi. “Dahulu Tok Mak duduk di kampung (di Muar, Johor), ibu Tok Mak telah biasakan kami untuk mengumpul botol-botol terpakai untuk dijual. Jadi amalan ini bermula dengan ibu Tok Mak. Dia yang didik untuk tidak membuang barangan-barangan yang boleh dikitar semula. “Kemudian apabila sudah berumahtangga, suami Tok Mak ketika itu bekerja sebagai polis dan kami tinggal di kuarters polis, jadi kami juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan kawasan kuarters di tingkat masingmasing dalam keadaan bersih,” katanya.
Tok Mak menunjukkan barangan kitar semula yang diasingkan mengikut kategori
Bagi Tok Mak, apabila kita asingkan sisa-sisa ini mengikut jenis, persekitaran akan jadi kemas dan sistematik. “Tok Mak merasa gembira kerana sekarang orang yang mengasingkan sisa pepejal semakin ramai. Ini merupakan sesuatu perkara yang baik dan pihak kerajaan melaksanakannya untuk kebaikan bersama. “Kadang kala apabila Tok Mak berkunjung ke rumah saudara mara atau anak-anak dan lihat mereka tidak mengasingkan sampah, Tok Mak akan tanya kenapa buang semua sampah ke dalam satu bekas sahaja?, begitu juga jika Tok Mak nampak budak-budak buang sampah, Tok Mak akan ambil sampah itu atau panggil budak itu bagi tahu tong sampah berada di mana,” katanya.
Harman Mohamad
Pengerusi KRT Taman Arowana Indah “Tok Mak sukakan tanaman dan taman di sekeliling rumah Tok Mak ini juga menggunakan elemenelemen dari barangan terpakai. Contohnya, kasut yang sudah tidak dipakai, Tok Mak jadikan sebagai pasu untuk menanam pokok-pokok,” katanya. Selain itu juga, Tok Mak akan menggunakan sisasisa dari serbuk teh dan juga kulit telur untuk dijadikan baja bagi tanaman-tanaman ini. Dalam pada itu, temubual bersama Pengerusi KRT Taman Arowana Indah, Harman Mohamad, beliau berkata, setakat ini perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang diberikan adalah baik. “Setakat ini penduduk di sini menunjukkan sokongan yang baik dan amalan pengasingan sisa pepejal sudah sebanyak 60 peratus. Mereka pun sudah peka dengan jadual kutipan sisa kitar semula iaitu pada setiap hari Khamis,” katanya. Harman yang juga seorang tentera berkata, pada awalnya penduduk berikan alasan susah untuk mengasingkan. “Jadi saya memaklumkan bahawa penguatkuasaan ini adalah secara berperingkat, jadi kita mulakan sedikit demi sedikit. “Cabaran kedua adalah dari segi kehadiran pengutip-pengutip sampah yang tidak berlesen (scavenger). Mereka akan menyepahkan, membuka ikatan dan memilih barangan yang dikehendaki sahaja, jadi keadaan persekitaran bersepah. Mereka ini akan datang pada hari kutipan,” katanya. Namun bagi Harman, dia bangga dengan sikap yang ditunjukkan penduduk di situ dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengasingkan sisa pepejal.
»"Kadang kala apabila Tok Mak berkunjung ke rumah saudara mara atau anak-anak dan lihat mereka tidak mengasingkan sampah, Tok Mak akan tanya kenapa buang semua sampah ke dalam satu bekas sahaja?, begitu juga jika Tok Mak nampak budak-budak buang sampah, Tok Mak akan ambil sampah itu atau panggil budak itu bagitahu tong sampah berada di mana".
Taman mini menghiasi halaman rumah Tok Mak hasil sentuhan kreativiti dari barangan terpakai
15
Jaringan pintar SWCorp jayakan Kejohanan Merentas Desa Sarana M
ATA AYER – Kejohanan Merentas Desa Sarana - Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca yang dirasmikan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perlis, YB Mat Hassan, pada 29 Januari 2016 lalu merupakan salah satu inisiatif jaringan pintar antara SWCorp Negeri Perlis bersama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer, Perlis. Ia dilaksanakan dengan jayanya kerana kedua-dua pihak memandang serius berkenaan pelaksanaan mandatori berperingkat Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal domestik dan sisa pepejal yang boleh dikitar semula di semua institusi pendidikan. Kejohanan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer, Perlis bermula dari jam 8.00 pagi dengan peserta dilepaskan secara berperingkat mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu kategori 1 untuk pelajar tingkatan 4 dan 5; kategori 2 untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3; kategori belia bagi mereka yang berumur antara 18 hingga 30 tahun; dan kategori ibu bapa serta komuniti bagi mereka yang berumur 30 tahun keatas. Jarak larian bagi peserta lelaki adalah 6 kilometer dan peserta perempuan adalah 4 kilometer. Manakala bagi ibu bapa dan komuniti, jarak larian bagi lelaki dan perempuan adalah 4 kilometer. Walaupun acara merentas desa merupakan satu kejohanan tahunan yang wajib diadakan oleh setiap sekolah di negeri Perlis, namun kejohanan kali ini lebih menarik apabila ia berjaya mewujudkan pemindahan ilmu atau “knowledge transfer” kepada masyarakat umum dalam usaha mendidik masyarakat tentang kesedaran alam sekitar serta pengurusan sisa domestik yang sistematik. Objektif program adalah membantu SWCorp menjalankan kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dengan penglibatan para pelajar dalam melaksanakan aktiviti engagement kepada masyarakat sebagai salah satu pengisian aktiviti kokurikulum sekolah. Ia juga sebagai usaha mendidik masyarakat mengamalkan 3R (Reduce, Reuse, Recyle) iaitu mengitar semula sisa domestik melalui kaedah pengkomposan dan pengasingan sisa pepejal yang mana semua para pelajar, ibubapa serta guru-guru yang terlibat dalam kejohanan tersebut diwajibkan untuk membawa barangan kitar semula sebagai syarat penyertaan. Selain itu, ia dapat membantu pihak SWCorp dalam melaksanakan pemindahan ilmu kepada masyarakat yang mana SWCorp diberi peluang untuk mengadakan bengkel pengkomposan kepada para pelajar serta ibu bapa. Kejohanan
ini juga merupakan platform kepada pihak SMK Mata Ayer untuk memulakan Kelab Kitar Semula Sekolah bagi tahun 2016 sekaligus membantu mencapai matlamat meningkatkan amalan kitar semula di kalangan rakyat Malaysia melalui penglibatan pelajar-pelajar sekolah. Kejohanan ini turut melibatkan beberapa agensi kerajaan yang lain iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan serta Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan mengadakan pameran mengikut agensi masing-masing.
Peserta merentas desa dilepaskan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perlis
16
Rohani
Gambar hiasan
Kesihatan
Zakat : Hikmah dan Pengertian
Zakat bermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Pengertian perkataan “Bersih dan Suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dari hak orang lain dan mensucikan dari sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain, zakat membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang lain. Dari segi istilah syarak pula, zakat ialah sejumlah harta tertentu yang diwajibkan supaya diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu. Mengeluarkan zakat merupakan satu kemestian yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim yang telah cukup syarat-syaratnya. Di dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. terdapat banyak ayat dan penyataan tentang kewajipan berzakat serta amaran dan seksaan kepada mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
Hikmah berzakat
Zakat adalah ibadah dalam bidang harta yang mengandungi hikmah dan manfaat yang sangat besar dan mulia. Baik bagi orang yang berzakat (muzakki), penerimanya (mustahik) serta harta yang dikeluarkan zakatnya. Mari kita fahami hikmah di sebalik amalan berzakat itu sendiri. Pertama, sebagai mengukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T, mensyukuri nikmatNya, meningkatkan akhlak mulia dengan rasa kemanusiaan yang tinggi, menghilangkan sifat kikir, rakus dan metarialistik, mewujudkan ketenangan hidup, sekaligus membersihkan dan mengembangkan harta yang dimiliki. Hal ini seiring dengan firman Allah S.W.T dalam surah at-Taubah : ayat 103 dan surah ar-Ruum : ayat 39. Dengan bersyukur, harta dan nikmat yang dimiliki akan semakin bertambah dan berkembang. Kedua, disebabkan zakat merupakan hak mustahik, maka zakat berfungsi untuk menolong, membantu dan membina kehidupan golongan tertentu terutama fakir miskin, ke arah kehidupan yang lebih baik dan lebih sejahtera sehingga mereka dapat memenuhi keperluan hidupnya dengan selayaknya. Zakat juga dapat beribadah kepada Allah S.W.T dengan terhindar dari bahaya kekufuran, sekaligus menghilangkan sifat iri, dengki dan hasad yang mungkin timbul dari kalangan mereka, ketika mereka melihat orang kaya yang memiliki harta cukup banyak. Zakat sesungguhnya bukanlah sekadar memenuhi keperluan para mustahik, terutama fakir miskin, tetapi memberikan kecukupan dan kesejahteraan kepada mereka, dengan cara mengurangkan beban kehidupan mereka. Ketiga, sebagai tiang amalan bersama antara orangorang kaya dan para mujahid yang seluruh waktunya digunakan untuk berjihad di jalan Allah. Ini kerana golongan kaya mungkin tidak mempunyai masa dan kesempatan untuk berjihad, justeru dengan zakat yang disalurkan ke jalan fisabilillah, golongan kaya ini juga turut merasai hikmah berjihad di jalan Allah S.W.T itu. Keempat, mengeratkan kasih sayang antara orang yang kaya dan senang dengan membantu orang yang miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedaifan yang dilalui oleh saudara seislam tersebut. Kelima, mendapat ganjaran Syurga Firdaus, Allah S.W.T telah menjanjikan balasan syurga yang tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.
Golongan yang layak menerima zakat (Asnaf) 1. Asnaf Fakir
: Orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya. 2. Asnaf Miskin : Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah. 3. Asnaf Amil : Pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan. 4. Asnaf Muallaf : Seseorang yang baharu memeluk Islam atau seseorang yang menjinakkan hatinya untuk memeluk agama Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatan terhadap orang Islam. 5. Asnaf Riqab : Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya. 6. Asnaf Gharimin : Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada upaya untuk membayarnya. 7. Asnaf Fisabilillah : Perjuangan, usaha dan aktitviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah. 8. Asnaf Ibnu Sabil : Orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum syarak dengan syarat putus bekalan dalam perjalanan.
Adakah gaya hidup anda benar-benar sihat?
Adakah anda kini mengamalkan “Gaya Hidup Sihat”?. Cuba periksa aktiviti seharian anda. Kebanyakan masa anda dihabiskan untuk apa?Adakah anda kini merasakan bahawa kehidupan anda dan keluarga benar-benar cergas, cerdas dan ceria? Ramai antara kita yang masih belum memahami apa sebenarnya yang dikatakan “Gaya Hidup Sihat”. Gaya hidup sihat adalah amalan dalam kehidupan yang memberi impak positif kepada diri seseorang, keluarga dan masyarakat. Dalam keadaan semua perkara perlu bergerak pantas dan tekanan hidup di bandar-bandar besar yang semakin menghimpit, ramai antara kita yang mengabaikan gaya hidup yang sihat. Ia tidak boleh dibiarkan berterusan. Mengikut kajian, seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan menjadi sihat melalui amalan hidup yang sihat. Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu.
Riadah bersama keluarga Ambil yang paling dekat dengan kita. Mulakan gaya hidup sihat dengan amalan beriadah bersama keluarga. Bukankah keluarga merupakan golongan yang paling penting yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk kita dalam menjalani kehidupan seharian. Justeru jadikan keluarga sebagai pilihan pertama untuk memulakan gaya hidup sihat anda. Aktiviti seperti berkelah, makan angin, berjoging, berkebun dan sebagainya pasti akan membuatkan anda dan keluarga gembira selain dapat menikmati aktiviti luar bersama ia juga, dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargan yang sedia ada. Amalan pemakanan seimbang Amalan permakanan yang seimbang juga amat ditekankan dalam memupuk gaya hidup sihat. Jika kita tidak memakan makanan yang seimbang, badan kita tidak dapat berfungsi dengan normal. Makanan seimbang penting untuk membekalkan tenaga dan mengekalkan kesihatan, sama ada dari segi mental dan fizikal. Namun, lebihan bahan-bahan tertentu dalam makanan pula boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Contohnya, lebihan lemak akan mengakibatkan obesiti manakala lebihan gula pula boleh menyebabkan diabetis. Jadi, kita memerlukan gizi makanan yang seimbang agar kita dapat menjalani kehidupan yang produktif dan menjauhi kita daripada segala jenis penyakit. Penuhi juadah hidangan anda dengan makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Jaga kesihatan dan kecantikan Kita juga perlulah menitikberatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Lakukan pemeriksaan kesihatan yang kerap dan tetap, sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan kita bebas daripada sebarang penyakit. Mengapa amalan ini perlu dipraktikkan? Ini kerana amalan tersebut akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya, contohnya penyakit jantung kronari, diabetis dan tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang
perubatan seterusnya langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Penggunaan bahan-bahan kosmetik dan terapi kesihatan juga amat digalakkan selagi bahan-bahan tersebut tidak memudaratkan kesihatan dan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. Malah, pengambilan makanan suplemen seperti pil-pil vitamin sememangnya diperlukan, khususnya terhadap golongan yang kurang bersenam dan aktiviti riadah. Dengan kata lain, kita haruslah menjaga kesihatan kita dengan pelbagai cara untuk mencapai gaya hidup yang sihat. Bersukan Amalan bersukan pastinya juga tidak boleh diketepikan. Bersukan membawa seribu satu kebaikan kepada kita. Bersukan akan membuatkan perjalanan darah kita menjadi lancar dan peluh yang keluar membawa bersama kotoran yang tidak diperlukan dari tubuh. Ia menjadikan kita lebih sihat, malah gaya tubuh badan kita juga akan nampak lebih tampan dan cantik serta melambatkan proses penuaan. Aktiviti sukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging atau berenang pada waktu lapang pastinya akan memberi keseronokkan kepada anda dan menjadikan badan lebih cergas. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana minda yang cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas. Selain itu, badan yang cergas dan sihat akan menjadikan seseorang itu lebih aktif ketika melakukan sesuatu aktiviti. Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan Gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta dapat mengawal dan mengurangkan tekanan. Sebagai contoh, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lancar. Mendisiplinkan masyarakat Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan individu yang berdisiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitarannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaranya. Dengan mengutamakan kebersihan, maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.
Tips elak kecederaan ketika bersukan Pakai pakaian sesuai Patuhi peraturan Panaskan badan sebelum bersukan Tahu menggunakan peralatan sukan Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan
MHM
Program SAVE OUR WATERFALL latih guru jadi duta K
AMPAR Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama SWCorp Negeri Perak, Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM), Majlis Daerah Kampar, Polis Di Raja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan program pembersihan dan gotong-royong di kawasan Air Terjun Batu Berangkai, yang terletak lebih kurang 2.5 kilometer dari bandar Kampar, baru-baru ini.
Salah seorang ahli persatuan MHM bergambar bersama hasil aktiviti litter picking
Program Save Our Waterfall ini yang disempurnakan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Kampar, Khairul Amir Mohd Zubir, dibuat selaras dengan kerjasama Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UPSI dan SWCorp sebelum ini yang ingin menggalakkan penglibatan bakal warga pendidik sebagai duta dalam mempromosikan amalan pengurangan sisa pepejal daripada peringkat awal. Melalui program ini, UPSI melibatkan diri secara aktif bersama MHM sebagai platform awal bagi membantu SWCorp dan Malaysia khususnya dalam meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam pengurusan sisa pepejal dengan betul secara lebih menyeluruh. Pemilihan Air Terjun Batu Berangkai adalah disebabkan ia menjadi destinasi rekreasi yang menarik kerana terletak hampir dengan perkampungan Melayu tradisional dan perkampungan Orang Asli. Program dijalankan seawal jam 7.00 pagi dengan taklimat ringkas daripada pegawai SWCorp Negeri Perak sebelum semua peserta
yang melibatkan 80 orang pelajar daripada UPSI diiringi pensyarah, Dr. Husni Ibrahim dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan–kumpulan ini ditugaskan untuk mengecat wakaf, membuat pembersihan di kawasan air terjun dan permainan interaktif bersama kanak-kanak orang asli dan tempatan. Setiap kumpulan pelajar ini juga diketuai wakil SWCorp Perak dan MHM. Selain Program Save Our Waterfall ini, UPSI, SWCorp Negeri Perak dan MHM juga telah merangka beberapa lagi aktiviti secara bersama bagi meneruskan kesinambungan kerjasama ini melalui Pembudayaan Amalan 3R dalam Komuniti Kampus, Kuiz Alam Sekitar antara Institusi Awam Malaysia, Kem Kesedaran Alam Sekitar dan Larian Hijau Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia bagi tahun 2016. Program-program ini telah dibincangkan pada peringkat awal bagi memastikan komitmen semua pihak dalam mewujudkan komuniti mahasiswa dan penduduk yang lebih lestari di negeri Perak khususnya. Sebahagian ahli persatuan MHM yang menyertai program Save Our Waterfall
17
PERSPEKTIF
Apa kata mereka?
Pada pemerhatian saya masih ada lagi individu tidak mengamalkan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca ini mungkin disebabkan ia merupakan perkara yang baharu. Oleh itu, ia perlu diperluas dan dipromosikan menerusi pengedaran risalah, ceramah, iklan dan sebagainya bagi memberi penjelasan tentang kebaikannya. - Mohd Farizul, Pelajar UKM
Saya amat bersetuju dengan program yang telah dijalankan oleh kerajaan mengenai pengasingan sisa pepejal ini khususnya bagi menjamin kebersihan bumi yang kita diami ini. Oleh itu, promosi harus dijalankan dengan lebih giat kerana masih ada lagi individu yang tidak mengetahui dan tidak mahu ambil tahu mengenai perkara ini. – Hawa Zabrina Za'ba, Perancang Kewangan
PELAKSANAAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL DI PUNCA SECARA MANDATORI BERMULA 1 SEPTEMBER 2015
Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca adalah satu usaha yang bagus selain ia dapat menjana pendapatan isi rumah melalui pengasingan bahan-bahan kitar semula yang boleh dijual. Promosi haruslah dijalankan dengan lebih giat contohya di kompleks membeli belah dan sekitar kawasan penempatan. Kerajaan juga perlu mengetatkan undang-undang bagi mengawal pembuangan sisa pepejal di negara ini. – Kamal Amri, Eksekutif Jualan
Saya telah maklum mengenai kempen pengasingan sisa pepejal yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 September 2015 yang lalu di mana setiap isi rumah wajib mengasingkan sampah mengikut jenis yang telah ditetapkan. Ia sebenarnya dapat melatih kita untuk mengamalkan kitar semula bermula dari rumah. Saya berpendapat promosi melalui iklan adalah sangat perlu kerana ia dapat membentuk kesedaran dalam setiap mesej yang disampaikan.
Secara umumnya, mentaliti rakyat Malaysia masih kurang peka terhadap isu berkaitan sisa pepejal. Justeru, pihak berwajib haruslah memainkan peranan penting bagi mengubah mentaliti masyarakat Malaysia dan program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca ini sedikit sebanyak dapat mengajar cara pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien demi menyelamatkan persekitaran dari dicemari sampah sarap yang tidak terurus.
– Nurafifalin Binti Mohd Som @ Ramli Lahaji, Pelajar
– Idham Hasran Mohd Husin, Perunding
TIPS!
Pendidikan awal dari peringkat kanak-kanak adalah penting bagi keberkesanan kempen yang dijalankan ini. Setelah pembelajaran diberikan langkah seterusnya adalah dari segi penguatkuasaan agar matlamat kempen ini dapat direalisasikan. – Masaya Ishi, Kakitangan, Maintanance Center Etigoyazawa
Secara umumnya pelaksanaan ini adalah baik dan saya ada terbaca di dalam surat khabar mengenai perkara ini. Seharusnya kita semua menyokong pelaksanaan ini bagi menjaga kebersihan di kawasan persekitaran. Memandangkan terlalu banyak sampah yang dihasilkan oleh kita semua jadi kita perlu asingkan bahan yang boleh dikitar semula supaya tidak semua sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.
Pengasingan sisa pepejal ini adalah satu langkah yang tepat namun ia memerlukan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih baik bagi menjamin keberkesanannya. – Ida Surita, Suri Rumah
– Kishen Kumar, Agen Insurans
Bagi saya pelaksanaan ini adalah satu keperluan kerana tapak pelupusan yang terdapat di negara kita semakin berkurangan dan tenat untuk menampung sampah sarap yang saban hari semakin meningkat disebabkan oleh sisa pepejal yang dihantar terus ke tapak pelupusan tanpa diasingkan terlebih dahulu.
Saya bersetuju dengan program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca ini namun kempen kesedaran perlu diperluaskan lagi dan ia sebenarnya sesuatu yang mudah hanya perlu mengasingkan sampah mengikut kategori. Selain itu, ia juga boleh menambah pendapatan sampingan hasil dari jualan barangan kitar semula yang diasingkan.
– Siti Amira Binti Mazalan, Pelajar
- Hamisah Othman, Pekerja Swasta
CARA MENGHASILKAN BEG TANGAN
Hai... Kali ini Ruangan Tips Barangan Kitar Semula akan cuba menghasilkan satu produk berasaskan fabrik terpakai. Tips yang akan dikongsi adalah Beg Tangan yang dihasilkan daripada zip. Jadi para pembaca boleh mencubanya dengan hanya beberapa langkah mudah dan sentuhan kreativiti ini pastinya berbaloi. Selamat Mencuba!
Kredit kepada : https://relakssminda.blogspot.com
SUKAN
PENONTON PERLU TINGKAT DISIPLIN BAGI PASTIKAN STADIUM BERSIH "1 penyokong 1 plastik sampah"
K
UALA LUMPUR – Sikap penonton antara punca stadium bola sepak kerap kali dipenuhi sampah sarap sebaik tamat sesuatu perlawanan. Situasi ini amat mendukacitakan kerana ia menunjukkan sikap tidak bertamadun dan tidak berdisiplin masyarakat kita khususnya peminat sukan bola sepak hingga boleh menjejaskan imej sukan itu secara keseluruhannya. Selain semangat untuk melihat pasukan kegemaran masing-masing beraksi cemerlang di tengah padang, penonton yang jumlahnya kadang kala mencecah puluhan ribu juga seharusnya menunjukkan disiplin yang cemerlang dalam menjaga kebersihan. Hal ini pernah disuarakan oleh pengasas syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman tidak lama dahulu. Beliau melalui syarikatnya yang menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, antaranya turut menyarankan supaya penonton yang menonton setiap perlawanan bola sepak di stadium dilarang daripada membawa masuk kuaci ke dalam stadium demi menjaga kebersihan. Cadangan yang dikemukakan itu dibuat sebaik beliau bersetuju menaja sebanyak RM16 juta dana kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk tempoh dua tahun. Beliau yang turut dilantik sebagai Penasihat Kehormat Kafa berkata, dia akan mengemukakan cadangan melarang penonton daripada membawa masuk kuaci ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV itu kepada Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) yang kini sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian. Katanya, usaha tersebut bertujuan memastikan kawasan Stadium Sultan Muhammad IV berada dalam keadaan bersih, selain mendidik para penyokong ke arah perkara yang lebih baik. “Saya risau jika kuaci terus dibenarkan dibawa masuk akan mencemarkan stadium seperti yang berlaku selama ini. Keadaan ini boleh memberikan imej negatif kepada penyokong pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQP TRW), dalam menjaga kebersihan dan kita perlu ubah perkara ini. “Saya mahu penyokong PQP TRW menjadi
penyokong terbaik dan contoh di negara ini selaras dengan wajah baharu Stadium Sultan Muhammad IV. "Selepas ini penyokong tidak dibenarkan membawa masuk “butir ralit” ataupun kuaci kerana kulit kuaci berselerak di sana sini yang akan menjadikan kita sebagai penyokong yang tidak berdisiplin dalam aspek menjaga kebersihan. "Kita mahukan penyokong yang sopan, yang berimej bersih dan tidak lain menyokong pasukan kita supaya menang sebab kita mahukan semangat itu datang daripada penyokong itu sendiri, jadi penyokong itu sendiri perlulah berdisiplin," katanya. Dalam pada itu, pujian juga harus diberikan kepada penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang bergotong-royong membersihkan kawasan tempat duduk mereka sejurus tamat perlawanan antara pasukan bola sepak Johor dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Terengganu), baru-baru ini. Penyokong pasukan JDT telah melakukan gotong-royong dengan membersihkan tempat duduk masing-masing dari segala sampah sarap sebelum meninggalkan stadium berkenaan setelah perlawanan tamat. Ia adalah satu tindakan dan sikap yang perlu diamalkan oleh semua peminat bola sepak kerana tanggungjawab menjaga kebersihan stadium tempat pasukan kegemaran mereka beraksi sepatutnya turut menjadi tanggungjawab mereka bersama.
Isu menjaga kebersihan stadium bola sepak ini juga menjadi antara perkara utama yang pernah ditekankan dalam perlawanan antara penyokong pasukan Pahang dan JDT. Ketika perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil barubaru lalu, kempen “1 penyokong 1 plastik sampah” telah diadakan. Kempen ini meminta kerjasama semua penyokong Pahang dan JDT yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil membawa satu plastik sampah masing-masing dari rumah untuk tujuan menjaga kebersihan di kawasan tempat duduk mereka. Dengan adanya plastik sampah berkenaan, apa sahaja sisa makanan yang dimakan, sama ada kuaci atau bekas makanan dan minuman perlu dimasukkan dalam plastik sampah yang dibawa sendiri itu. Ternyata ia berkesan apabila selepas tamat perlawanan, tempat duduk penonton yang biasanya dipenuhi sampah sarap kelihatan lebih bersih dan menyejukkan mata yang memandang. Botol air, bekas makanan, kertas pembungkus burger, kulit kauci telah dimasukkan ke dalam plastik sampah dan diletakkan di tempat duduk bagi memudahkan pekerja yang mengutip sampah membersihkan stadium. Perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh penonton yang hadir menyaksikan perlawanan aksi ke-4 Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 26 Ogos 2014. Sebaik tamat perlawanan kelihatan penyokong yang hadir tidak terus pulang sebaliknya turut sama-sama bergandingan membersihkan persekitaran stadium di kawasan tempat duduk mereka. Walaupun kempen ini belum dibuat secara meluas, namun dari sekarang keperihatinan setiap dari kita terutamanya penyokong bola sepak yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk membeli tiket ke stadium bagi menyaksikan pemain pilihan mereka beraksi sangat dituntut kerana amalan menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua.