DASAR PRIVASI
UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa
Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA http://myfinancial.uitm.edu.my/
DASAR PRIVASI KAMI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), ADALAH DENGAN INI PERCAYA BAHAWA KERAHSIAAN MAKLUMAT PELANGGAN ADALAH HAK DAN OLEH SEBAB ITU, IA ADALAH PENGHORMATAN DASAR ASAS YANG MESTI DITURUTI, DIKEKALKAN, DILINDUNGI BAGI MENJAMIN KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN DALAM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK SEKALI UNTUK PELANGGAN YANG DIHORMATI DI BAWAH WWW.FINeProcurement PLUS.UITM.EDU.MY YANG DIKENDALIKAN OLEH BAHAGIAN PEROLEHAN, PEJABAT BENDAHARI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BAGI PIHAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA. Pengenalan Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan sentiasa terus menerus menjaga kepentingan-kepentingan pelanggan kami berlandaskan hak sebagai penghormatan yang nyata dan diperuntukkan dalam membekalkan perkhidmatan dan penyampaian maklumat yang lebih cekap dan teratur. Di atas sebab ini, kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah dengan ini akan sentiasa komited bagi memastikan bahawa rahsia pelanggan itu adalah peribadi, serta apa-apa maklumat lain di bawah penghormatan dari terbongkar, dikongsi, ditukar atau sebaliknya dan ianya akan kekal dihormati, dipertahankan, terpelihara dan dilindungi. Selaras dengan tambahan itu dan untuk manfaat pelanggan, Dasar Privasi yang boleh dipinda dari masa ke semasa oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini adalah direkabentuk bagi menerangkan dan menghuraikan atas beberapa bagi dasardasar Universiti dan prinsip-prinsip yang ada kena-mengena berhubung maklumat yang diberikan pelanggan untuk dikategorikan sebagai rahsia, sebagai satu tanda komitmen kami untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan serta menghormati maklumat yang diberikan.
Maklumat Yang Dikumpulkan Jenis maklumat yang dikumpulkan dan dikutip adalah berbeza-beza bergantung pada bagaimana pelanggan mengakses dan menggunakan kemudahan-kemudahan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh Bahagian Perolehan, Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Walaubagaimanapun, maklumat yang dikutip secara umumnya mengandungi data dan maklumat yang ada kena-mengena dengan pelanggan sendiri seperti maklumat asas di dalam profail syarikat, maklumat perbankan seperti nombor akaun bank, urusniaga-urusniaga perolehan yang pernah diperoleh, aset-aset, liabiliti, pendapatan dan kepercayaan kredit, permohonan perolehan, maklumat panggilan perolehan dan lain-lain lagi yang terlibat dan berkenaan di mana pelanggan kami adalah adalah terdiri daripada syarikat pembekal, syarikat pembuat, Pusat Tanggungjawab Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang terdiri daripada kalangan pengarahpengarah, pengurus-pengurus dan pegawai-pegawai, dan lain-lain lagi yang mana terlibat dan berkenaan. Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mungkin akan mewujudkan sebarang permintaan lain yang ada kena-mengena dan hubung kait berkenaan maklumat daripada pelanggan bagi membolehkan kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan terkini mengikut perubahan arus masa, zaman, peruntukan dan undang-undang.
Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Ini Cetakan Berkomputer Melalui FINeProcurement PLUS, UiTM. Tiada Tandatangan Diperlukan.
UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa
Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA http://myfinancial.uitm.edu.my/
DASAR PRIVASI Penggunaan Maklumat Maklumat yang kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kumpul daripada anda amnya adalah bermakna, dan diguna pakai di dalam perjalanan biasa bagi urusan perolehan kerajaan yang termasuk di dalam peruntukan-peruntukan lain yang direka khusus mengikut kesesuaian perjalanan universiti bagi produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan serta penyampaian maklumat yang lebih cekap dan tadbir urus. Walaubagaimanapun, kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan sentiasa menggunakan maklumat yang sedia ada dan yang diperoleh untuk tujuan lain, antara lainnya adalah, berkongsi maklumat seminima mungkin dengan staf UiTM sendiri dan agensi kerajaan lain untuk menjalankan proses kerja rutin, untuk menguatkuasakan sebarang tindakan undang-undang sekiranya berlaku dan berkaitan, dengan mengikut pematuhan dengan semua perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa, membuat analisis tertentu bagi tujuan pengukuran untuk memantapkan kualiti bagi mengukur kredibiliti perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan terhadap penyampaian maklumat serba kini, dan untuk menghalang sebarang bentuk penipuan atau aktiviti-aktiviti haram serta menyediakan demografi tanpa budi bicara mahupun persetujuan daripada pelanggan. Sehubungan dengan itu, pengecualian khas yang diadakan ini bukanlah menafikan hak yang dimiliki pelanggan, dan ianya adalah semata-mata untuk membantu di dalam perancangan dan penambahbaikan tadbir urus kerajaan Malaysia untuk lebih cekap dan tepat.
Kalangan Kakitangan UiTM Yang Boleh Akses Kepada Maklumat Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah dengan ini tanpa sebarang keraguan dan tindakan yang boleh diambil ke atas kami, diberi kuasa sewajarnya untuk membenarkan kakitangan yang terlibat dan berkenaan yang terlatih dalam mengendalikan maklumat dibekalkan pelanggan. Walaubagaimanapun, dalam memenuhi tuntutan hak masing-masing, kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah dalam keadaan sentiasa, pada setiap masa dikehendaki melaksanakan pengendalian ini berlandaskan arahan, pekeliling dan makluman yang diperundangkan kepada kami, dan di sinilah khususnya dedikasi kami, Universiti Teknologi MARA untuk menjaga rahsia maklumat pelanggan secara menyeluruh.
Langkah-langkah Keselamatan Menjaga Kerahsiaan Maklumat Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan sentiasa berterusan memastikan bahawa kuasa keselamatan adalah mencukupi dan ketat, disamping menambahbaik langkah-langkah dan protokol-protokol dari masa ke semasa untuk melindungi rahsia maklumat pelanggan, yang mana akan diteruskan dan dipergiatkan walaupun selepas tiada sebarang hubungan kontraktual antara pelanggan dan kami. Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan sentiasa menggunakan usaha-usaha terbaik bagi memastikan bahawa rahsia itu semua maklumat yang disimpan adalah selamat, dan ia adalah satu fakta sudah diterima dan tidak boleh dipadam atau dilenyapkan terus tanpa kelulusan tertentu melainkan ia adalah disebabkan kegagalan mahupun musibah yang tidak dapat dikawal oleh manusia. Oleh sebab itu, kelemahan yang nyata berhubung segala maklumat dan kandungan yang menjadi kategori rahsia atau sensitif, dipancarkan secara ‘online’ melalui Internet, dengan ini kami, Universiti Teknologi MARA tidak dapat diberi jaminan kerahsiaan atau keselamatan sama seperti yang diperumpamakan. Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak akan bertanggungjawab dan dipertanggungjawab untuk apa-apa sebarang bentuk kerugian sama ada secara langsung atau tidak langsung, pada salah laku kecurian maklumat, menyalin maklumat, menyalahgunakan maklumat atau dimungkiri sebaliknya. Keterangan lanjut pada dasar keselamatan, langkah-langkah dan protokol-protokol, yang telah digariskan, ditentukan dan dihuraikan ada di dalam dasar keselamatan, yang kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan sentiasa mempercayai pelanggan akan membaca dan memahaminya.
Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Ini Cetakan Berkomputer Melalui FINeProcurement PLUS, UiTM. Tiada Tandatangan Diperlukan.
UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa
Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA http://myfinancial.uitm.edu.my/
DASAR PRIVASI Perkongsian Maklumat Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak akan sewenang-wenangnya dan mengambil remeh berhubung pendedahan maklumat untuk mana-mana pihak ketiga atau pertubuhan luar kecuali dari Agensi Kerajaan lain dan dari kalangan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang punya kuasa untuk berbuat demikian. Pengecualian kepada pertubuhan tertentu adalah untuk membantu kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperbaiki perkhidmatan yang diberikan disamping membantu agensi kerajaan Malaysia yang lain merencanakan agenda perancangan kewangan dan peruntukan serta mengkaji lalu menguatkuasakan urusan penguatkuasaan perolehan. Walaubagaimanapun, pelanggan adalah berhak pada bila-bila masa untuk mengeluarkan rayuan untuk tidak mahu maklumat ini didedahkan terus kepada mereka yang diberikan pengecualian, dan walaubagaimana pun ianya adalah tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga yang diberikan kuasa menentukan dan membuat keputusan. Adapun, pendedahan maklumat akan didedahkan tanpa rujukan langsung daripada pelanggan termasuklah : 1) Apabila diminta secara rasmi daripada badan yang diberikan pengecualian seperti Bar Council melalui surat mahkamah. 2) Apabila digunakan untuk tujuan urusan rutin proses kerja Perolehan oleh kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 3) Apabila digunakan untuk tujuan pengesahan dalam usaha menyekat apa-apa urusan salah laku dan pencerobohan 4) Apabila dibenarkan atau keperluan secara sah terhadap pematuhan dengan mana-mana perintah adil atau tindakan perundangan 5) Apabila keperluan mendesak kepada kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) memelihara dan menjaga kepentingan kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam menyelesaikan sesuatu urusan luar jangka 6) Apabila dikehendaki memelihara kepentingan-kepentingan orang awam dalam usaha mengesan jenayah dan kebimbangan jenayah kian meruncing dan menular lalu menidakkan kepentingan orang awam
Penarikan Kemudahan Penggunaan Sistem Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Badan yang diberikan kuasa oleh Kerajaan Malaysia mempunyai kuasa untuk menggunakan maklumat sedia ada dalam melakukan naziran terhadap mana-mana serta apa-apa maklumat. Penarikan kemudahan akses kepada penggunaan sistem ini berlaku sekiranya terdapat perkara-perkara yang diminta serta memaksa kami, Universiti Teknologi MARA untuk berbuat demikian, antara lain termasuklah, pertukaran dan pemberhentian atau seumpama dengannya terhadap kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM), salahlaku yang telah diputuskan dan telah ternyata dibuktikan serta lain-lain yang difikirkan bersesuaian dengan penarikan kemudahan ini mengikut perubahan masa ke semasa.
Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Ini Cetakan Berkomputer Melalui FINeProcurement PLUS, UiTM. Tiada Tandatangan Diperlukan.
UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa
Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA http://myfinancial.uitm.edu.my/
DASAR PRIVASI Ketepatan Maklumat Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengakui bahawa ketepatan maklumat yang disediakan pelanggan untuk kami adalah penting, antara lain, untuk menjalankan aktiviti rutin proses kerja Perolehan, Universiti Teknologi MARA. Oleh sebab itu, ia akan menjadi dalam kepentingan terbaik dan mesti diutamakan kepada pelanggan untuk memastikan bahawa sebarang maklumat yang sediakan dan diberikan untuk kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah, pada semua kali, seharus dan semestinya tepat, lengkap dan benar. Untuk tujuan ini, pelanggan adalah didorong bagi membantu kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk mengekalkan rekod-rekod tepat dengan mengemaskinikan sebarang perubahan pada masa yang sama supaya kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM) boleh meminda dan mengemaskinikan maklumat pelanggan yang mana perlu agar maklumat berada ditahap serba kini dan tidak menjejaskan piagam pelanggan kami. Mana-mana pengemaskinian maklumat bolehlah dibuat secara ‘online’ di http://www.finepero.uitm.edu.my pada bila-bila masa selama 24 jam tanpa henti.
Pertanyaan, Aduan dan Cadangan Penambahbaikan Tentang Dasar (a) Kami, Universiti Teknologi MARA (UiTM), menyambut dan menggalakkan pelanggan untuk menemukakan cadangan penambahbaikan serta mengajukan sebarang soalan-soalan yang memerlukan penjelasan atau aduan-aduan yang mungkin bertentangan berhubungan dasar ini. Untuk tujuan itu, pelanggan bolehlah menghubungi talian hotline kami, Khidmat Pelanggan seperti di dalam modul Hubungi Kami, menerusi emel di
[email protected] atau atau berhubung secara terus ke pejabat kami di : Bahagian Pengurusan Perolehan Pejabat Bendahari Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Terima Kasih Kerana Menggunakan Perkhidmatan Ini Cetakan Berkomputer Melalui FINeProcurement PLUS, UiTM. Tiada Tandatangan Diperlukan.