Oleh MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL Pusat Pendidikan Persediaan Institut Teknologi MARA ARU-BARU ini heboh diperkatakan prosedur baru mengenai seseorang suami yang ingin kahwin lebih dari satu. Prosedur baru itu dikatakan telah diperkenalkan di Selangor yang sebelum ini adalah salah satu negeri yang mempunyai prosedur ketat dalam memberi kebenaran suami untuk berpoligami. Apakah benar prosedur lama di Selangor seolaholah menafikan hak seseorang suami untuk berpoligami atau Enakmen Undang-undang Keluarga Selangor 1984 cuba mengawal amalan poligami ini?
B
seseorang lelaki yang ingin berpoligami hendaklah menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu patut dan perlu. Pemohon juga dikebendaki mengemukakan butir-buitr komitmen dan kewajipan serta kedudukan kewangan dan tanggungannya dan orang yang akan ditanggungnya. Pemohon juga diminta memberi maklum sama ada izin atau pandangan isteri yang sedia ada sudah diperolehi atau belum terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu. Menyentuh keizinan atau pandangan dari isteri yang sedia ada sudah diperolehi atau tidak, penulis mendapati borang yang diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak memasukkan tandatangan isteri yang sedia ada sebenarnya telah
PENGAWALAN POLIGAMI MELALUI UNDANG-UNDANG KELUARGA Undang-undang Poligami Di Malaysia berlawanan dengan kehendak peruntukan dalam seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Seperti mana yang ketahui umum, undang-unSelangor 1984. dang keluarga adalah bidang kuasa negeri dan oleh kerana setiap negeri mempunyai enakmen undangMengimbas kembali sejarah dalam mengemaskinikar amalan berpoligami, Selangor adalah negeri undang keluarga tersendiri dan Mahkamah Syariah pertama yang mengambil langkah ini. Menurut kaedahyang tersendiri, maka terdapat pelbagai tafsiran dan kaedah Pentadbiran Selangor 1962, seseorang yang prosedur yang dikenakan kepada mereka yang ingin hendak berpoligami hendaklah mengisi satu borang kahwin lebih dari satu. khas. Borang tersebut dapat memberi gambaran seWalau bagaimanapun, boleh dikatakan peruntukbenar keadaan pemohon dan dari sinilah pihak Kadi an kebenaran untuk berpoligami mempunyai perakan m e m b u a t pertimbangan sama ada pemohon samaan di semua negeri kecuali sesetengah negeri itu boleh melakukan keadilan atau tidak. memberi kelonggaran di mana tidak dimasukkan perIni diikuti oleh negeri Sabah pada tahun 1971 di untukan dalam enakmen masing-masing memohon mana seksyen 36 Enakmen Pentadbiran Undangkebenaran dari isteri yang sedia ada. Tambahan lagi, borang permohonan berpoligami yang diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dikatakan tidak memerlukan tandatangan isteri. Meskipun peruntukan yang wujud d a l a m E n a k m e n U n d a n g undang Keluarga Selangor 1984 tidak dipinda tetapi pada pengamatan penulis, borang tersebut seolah-olah telah melampaui peruntukan yang sedia ada dalam Enakmen tersebut. Menurut seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 1984, seseorang yang ingin berpoligami mestilah mendapat kebenaran secara bertulis dari Hakim Syariah dengan membuat permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah. Dalam permohonan tersebut • Permohonan poligami dipertimhangkan oleh kadi untuk memastikan keadilan 12 • MENARA • MAC 1997
undang Islam Sabah 1971 memperuntukkan bahawa d h a r a r Syar'ie t e r h a d a p isteri yang sedia ada; seseorang lelaki yang ingin berpoligami hendaklah dan terlebih dahulu mendapat keizinan dari isteri yang • perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan sedia ada secara bertulis. Pada tahun 1977, peruntukan merendahkan secara langsung atau tidak setaraf dengan kehidupan yang telah dinikmati oleh istambahan dibuat dengan meletakkan syarat menteri yang sedia ada dan juga tanggungan yang telah dapat persetujuan bertulis dari Majlis Agama Islam sedia ada. Sabah. Peraturan yang ketat juga diperkenalkan di WiP e r a t u r a n yang k e t a t t e r h a d a p mereka yang layah Persekutuan dengan adanya seksyen 23 Akta ingin berpoligami juga telah diperkenalkan di Johor, Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 1978, seksyen 151(1) Enakmen Pentadbiran 1984 di mana permohonan untuk berpoligami henUndang-undang Islam Johor 1978 ada memperuntukdaklah dikemukakan kepada M a h k a m a h berserta kan bahawa lelaki yang berpoligami dan tidak medengan alasan-alasan yang patut bersama butir-buitr lakukan keadilan dari sudut nafkah, pakaian, tempat tanggungan yang sedia ada dan tidak ketinggalan tinggal dan giliran bermalam adalah melakukan kesama ada keizinan dari isteri yang sedia ada sudah salahan yang boleh dikenakan hukuman denda tidak diperolehi atau belum. lebih dari RM500 atau penjara tidak lebih dari tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Bukan setakat itu sahaja malah menurut seksyen 15(2) mereka yang ingin berpoligami hendaklah membuat permohonan kepada Kadi Besar. Mereka yang berpoligami tanpa kebenaran boleh didenda tidak lebih dari RM100 atau penjara tidak melebihi 15 hari a t a u k e d u a - d u a n y a sekali (Seksyen 15(3). Kebenaran secara bertulis juga mesti diperolehi dari Mahkamah di Kedah di mana menurut seksyen 17(1) Enakmen Keluarga Islam Kedah 1984, dalam menentukan kebenaran berpoligami Mahkamah hendaklah melihat: • kemampuan terhadap tanggungjawab yang sedia ada dan juga yang akan menjadi tanggungjawabnya mengikut hukum Sya• Taraf kehidupan isteri tidak berubah dan kehidupan yang dinikmatinya juga rak; tinak terjejas dengan perkahwinan suami • keupayaan untuk memberi layanan yang sama rata kepada Mahkamah dalam menerima permohonan ini hensemua isterinya; daklah memanggil pemohon dan isteri yang sedia ada • perkahwinan yang dicadangkan hadir dalam Mahkamah tertutup. Mahkamah boleh itu tidak akan menyebabkan membenarkan permohonan itu jika Mahkamah berpuas hati dengan perkara-perkara berikut: Dalam menentukan • Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandangkan keuzuran isteri kebenaran berpoligami yang sedia ada seperti kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari sudut jasmani untuk Mahkamah hendaklah melihat persetubuhan, sengaja engkar mematuhi perintah pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila; kemampuan terhadap • Bahawa pemohon mempunyai kemampuan metanggungjawab yang sedia nanggung isteri yang sedia ada serta tanggungannya dan bakal isteri baru serta tanggungan sebaada dan juga yang akan gaimana yang dikehendaki dalam Hukum Syarak; • Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan menjadi tanggungjawabnya yang adil terhadap semua isteri mengikut Hukum Syarak; mengikut hukum Syarak • Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak MENARA • MAC 1997 • 13
bagi suami yang tidak melakukan akan menyebabkan dharar Seksyen 19 keadilan. Syar'ie kepada isteri yang sedia ada; dan Seksyen 108 Undang-undang Enakmen Keluarga • Bahawa perkahwinan yang K e l u a r g a I s l a m Melaka 1983 dicadangkan itu t i d a k a k a n Islam Negeri Kelantan m e n e t a p k a n h u k u m a n penalti merendahkan secara langsung tidak melebihi RM500 atau penjara 1983 memperuntukkan tidak melebihi empat bulan atau atau secara tidak langsung taraf kehidupan yang telah dikedua-duanya sekali sekiranya bahawa seseorang n i k m a t i dan d i j a n g k a k a n seseorang suami tidak memberi dengan m u n a s a b a h a k a n dikeadilan t e r h a d a p isteri-isterilelaki tidak nikmati seterusnya oleh isteri nya. dan tanggungannya yang sedia M a n a k a l a di P a h a n g pula boleh kahwin dengan ada. s e s e o r a n g s u a m i yang tidak perempuan lain memberi keadilan kepada isteriWalaupun kebanyakan negeri i s t e r i n y a boleh d i d e n d a tidak di Malaysia mengenakan syarat kecuali mendapat yang ketat dalam memberi kemelebihi RMl,000 atau penjara benaran seseorang lelaki u n t u k tidak melebihi satu bulan. kebenaran terlebih berpoligami t e t a p i k e a d a a n K a l a u d i l i h a t k e p a d a persedemikian nampaknya tidak u n t u k a n u n d a n g - u n d a n g yang dahulu dari berlaku di Kelantan. Seksyen 19 sedia ada di semua negeri di MaMahkamah Kadi Enakmen Keluarga Islam Negeri laysia, dapat dikatakan bahawa Kelantan 1983 memperuntukkan walaupun terdapat negeri-negeri babawa seseorang lelaki t i d a k yang tidak mengenakan apa-apa boleh k a h w i n d e n g a n p e r e m p u a n lain kecuali penalti ke a t a s m e r e k a yang berpoligami t a n p a mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah kebenaran tetapi wujud peruntukan penalti ke atas Kadi. suami yang tidak melakukan keadilan ke atas isteriTidak s e p e r t i n e g e r i - n e g e r i lain, E n a k m e n isterinya. Keluarga Islam Negeri Kelantan 1983 tidak memperuntukkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Undang-undang Poligami pemohon u n t u k m e n d a p a t k e b e n a r a n dari MahDi Negara-negara Islam kamah. Bukan setakat itu sahaja, Mahkamah Kadi Sebenarnya peraturan ketat yang dikenakan ke di Kelantan boleh mendaftarkan perkahwinan lebih atas seseorang lelaki untuk beristeri lebih dari sedari satu walaupun tanpa kebenaran dari Mahkamah orang b u k a n sahaja d i p e r k e n a l k a n di Malaysia. Kadi tetapi dikenakan denda sebanyak RM300 atau Boleh dikatakan di kebanyakan negara-negara Islam penjara tidak lebih d a r i . s a t u bulan a t a u keduayang lain j u g a t u r u t m e m p e r k e n a l k a n undangduanya sekali. undang bagi mengawal a m a l a n poligami. Tujuan diperkenalkan p e r a t u r a n ini bukanlah untuk meMelihat kepada p e r u n t u k a n - p e r u n t u k a n yang nafikan h a k s e s e o r a n g lelaki Islam u n t u k bersedia ada di setiap negeri, nampaknya kecuali Kepoligami tetapi cuba mengawasi agar isteri-isteri l a n t a n k e b a n y a k a n n e g e r i - n e g e r i lain memperdiberi layanan yang sewajarnya. u n t u k k a n s y a r a t - s y a r a t y a n g k e t a t dalam membenarkan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walau Di Pakistan, seksyen 6(1) Muslim Family Law bagaimanapun semua negeri di Malaysia kecuali Ordinance 1961 memperuntukkan bahawa "tiada seP a h a n g dan Melaka m e n g e n a k a n denda ke a t a s seorang sewaktu ikatan perkahwinannya berkahmereka yang berpoligami t a n p a k e b e n a r a n dari win lain kecuali mendapat persetujuan dari Majlis Mahkamah. Hakam. Perkahwinan dengan perempuan lain tanpa kebenaran dari Majlis Hakam tidak boleh didaftarSebagai contohnya negeri Perlis adalah negeri kan di bawah Ordinan ini". yang mengenakan denda yang paling berat ke atas mereka yang berpoligami tanpa kebenaran. Seksyen J u s t e r u itu, seseorang suami yang berkahwin 126 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga dengan wanita lain tanpa persetujuan Majlis Hakam Islam Perlis memperuntukkan denda tidak melebihi dianggap tidak sah di sisi undang-undang walaupun RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun pada Hukum Syarak ia adalah sah. Seksyen 6(2) atau kedua-duanya sekali, manakala menurut SekOrdinan berkenaan juga menggariskan permohonan syen 131 Enakmen b e r k e n a a n , suami yang tidak untuk mendapatkan kebenaran hendaklah diserahberlaku adil boleh didenda tidak melebihi RM1,000 kan kepada Pengerusi Majlis berserta yuran yang atau penjara tidak melebihi satu tahun atau keduatelah ditetapkan. duanya sekali. Permohonan tersebut juga mestilah mengepilkan sekali a l a s a n k e p a d a p e r k a h w i n a n yang Bagi negeri Pahang dan Melaka pula, kedua-dua dicadangkan itu dan sama ada persetujuan daripada negeri ini tidak mempunyai sebarang penalti bagi isteri y a n g s e d i a a d a s u d a h diperolehi a t a u mereka yang melakukan poligami tanpa kebenaran tidak. Seterusnya seksyen 6(3) Ordinan berkenaan Mahkamah tetapi mempunyai p e r u n t u k a n denda 14 • MENARA • MAC 1997
m e m p e r u n t u k k a n b a h a w a Pengerusi Majlis hendaklah meminta pemohon dan juga isteri pemohon u n t u k melantik wakil dalam Majlis H a k a m yang akan ditubuhkan. Setelah Majlis H a k a m ini bersidang dan mendapati permohonan untuk berkahwin lain itu perlu, p a t u t dan sesuai, boleb memberi kebenaran kepada perkahwinan yang dicadangkan itu. Muslim Family Law Ordinance 1961 juga memperuntukkan penalti dan kesan ke atas mereka yang berpoligami tanpa kebenaran Majlis Hakam. Seksyen 6(5) Ordinan berkenaan memberi kuasa kepada Majlis Hakam u n t u k m e n g a r a h k a n b a y a r a n mas kahwin sama ada tunai atau hutang dengan segera ke atas isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. • Isteri dapat menerima amalan poligami sekiranya ia Jika pihak berkenaan gagal berbuat demikian, dilakukan dengan memenuhi syarat yang digariskan oleh t u n t u t a n boleh dibuat kerana ia dianggap seperti hukum syarak dan negara hutang. Ordinan ini juga menghukum mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan di mana ia berkahwin melafazkan taklik memberi kuasa kepada boleh dipenjara sehingga satu tahun atau denda seMahkamah membubarkan sesebuah perkahwinan hingga 5,000 rupee atau kedua-duanya sekali. apabila seseorang isteri dapat membuktikan bahawa suaminya telah berkahwin lain tanpa kebenarannya. Peraturan ketat dalam membenarkan seseorang Tetapi cadangan ini tidak menjadi kenyataan setelah lelaki berpoligami boleh juga dilihat di negara Syria dibantah oleh orang ramai termasuk Syeikh al-Azhar di mana seksyen 17 Syrian Law of Personal Status Gad al-Haq Ali Gad al-Haq. 1953 memberi kuasa kepada Kadi u n t u k menolak permohonan seseorang lelaki yang sudah beristeri Berbeza dengan Tunisia dan Turki yang menguntuk berpoligami seandainya dapat drbuktikan baharamkan langsung amalan poligami. Seksyen 18 Tuhawa beliau tidak btrkeupayaan untuk menanggung nisian Code of Personal Status 1956 tidak membenarkan mana-mana lelaki untuk berpoligami. Senafkah isteri lebih dari satu. siapa yang d i d a p a t i b e r k a h w i n lain s e d a n g k a n Manakala di negara Jordan pula, seksyen 21 Jorperkahwinannya belum dibubarkan mengikut undanian Law of Family Rights 1951 ( P i n d a a n dang-undang atau masih dalam ikatan perkahwinan 1976) yang kini dikenali dengan Jordanian Law of boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun atau Personal Status memberi h a k k e p a d a seseorang denda 240,000 francs atau kedua-dua sekali walauisteri untuk msndapatkan pembubaran perkahwinan pun per-kahwinan kedua itu bercanggah dengan melalui mahkamah sekiranya suaminya berkahwin undang-un-dang. lain tanpa kebenaran dan pengetahuannya. Seksyen 31 Morocon Code juga memperkenalkan prosedur yang labih kurang sama dengan yang diperuntukKes-kes Poligami kan di Jordan. Sekiranya persetujuan tidak diberi • Kes di Malaysia dalam berpoligami, pihak Kadi akan melihat sama Aisyah bte Abdul Rauf lwn Wan Mohd Yusof bin ada perkahwinan kedua itu boleh memudaratkan Wan Othman (JH Jld. VP, Bhg II1991 152) isteri pertama. Sekiranya ia Kes ini adalah salah satu kes menyebabkan apa-apa kemuda- Berbeza dengan Tunisia yang cuba m e n e r a n g k a n gamratan, pihak isteri pertama boleh b a r a n jelas mengenai keadilan memohon k e p a d a M a h k a m a h d a l a m poligami seperti yang dan Turki yang untuk mendapatkan pembubaran dikehendaki dalam seksyen 23 mengharamkan E n a k m e n U n d a n g - u n d a n g Keperkahwinannya. luarga Islam Selangor 1984. Melihat kepada peruntukan langsung amalan yang wujud di Jordan dan MaDalam kes ini Wan Mohd Yusof bin Wan Othman bertindak sebaghribi, ia menyerupai s a r a n a n poligami. Seksyen 18 gai responden/plaintif mempuyang dikemukan oleh Egyptian nyai seorang isteri bernama AiNational Committee for Women Tunisian Code of syah bte Abdul Rauf yang bersupaya sesebuah perkahwinan itu Personal Status 1956 tindak sebagai perayu/defenden. akan terbubar secara automatik Mereka b e r n i k a h pada 20 Okseandai-nya seseorang suami tidak membenarkan tober 1975 dan dikurniakan dua berkahwin lain tanpa kebenaran orang cahaya mata. Aisyah tidak isteri per-tama. Mereka memohon mana-mana lelaki bersetuju dengan hasrat suamisupaya satu perjanjian di bawah nya u n t u k b e r k a h w i n dengan untuk berpoligami lafaz t a k l i k d i b u a t di m a n a Noorkumalasari bte Mohd Taib seseorang s u a m i y a n g b a r u MENARA • MAC 1997 • IS
sebagai isteri kedua. Wan Mohd Yusof dalam hal ini telah memohon u n t u k mendapat kebenaran secara bertulis dari Yang Arif Hakim Mahkamah Rendah Syariah mengikut seksyen 23 Enakrnen Undangundang Keluarga Islam Selangor 1984. Pada peringkat awal perbicaraan kes ini di Mahkamah Rendah Syariah, Yang Arif Hakim telah memberi kebenaran kepada Wan Mohd Yusof untuk berkahwin lain setelah berpuas hati dengan alasan dan keterangan yang diberikan oleh Wan Mohd Yusof. Dalam hal ini Yang Arif Hakim berpendapat bahawa "dari segi pendapatan dan perbelanjaan pemohon, beliau didapati berkemampuan. Lagipun, pemohon ada memberikan hujah bahawa beliau akan berlaku adil dan melayan isterinya secara saksama." Kebenaran ini membuatkan Aisyah tidak puas hati dan seterusnya membuat rayuan ke peringkat Mahkamah Jawatankuasa Ulang Bicara di bawah seksyen 23(6) Enakrnen Berkenaan. Dalam membuat keputusan ini, Hakim-hakim Jawatankuasa Ulang Bicara telah memutuskan bahawa "kesemua empat syarat di bawah seksyen 23(4) Enakrnen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (Pindaan) 1988 adalah sama penting dan justeru itu hendaklah dibuktikan secara berasingan. Responden hanya dapat membuktikan syarat (b) sahaja tidak dalam syarat-syarat (a), (c) dan (d)." Berdasarkan alasan ini Mahkamah telah menolak kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Rendah Syariah sebelum ini dan tidak membenarkan responden untuk berkahwin seorang lagi. Apa yang menarik perhatian ramai ialah dalam isu ini hangat diperkatakan oleh orang ramai, berita gempar mengatakan bahawa Wan Mohd Yusof telah berkahwin dengan Noorkumalasari di Kuala Terengganu pada pertengahan Mac 1991. Persoalannya sekarang ialah bagaimanakah Wan Mohd Yusof dibenarkan berpoligami sedangkan di Selangor beliau gagal berbuat demikian. Jawapannya mudah, kerana undang-undang keluarga adalah bidang kuasa negeri dan ini sudah pasti peruntukan poligami dalam Enakrnen Undang-undang Keluarga Terengganu tidak meletakkan syaratsyarat yang ketat seperti yang terdapat di negeri Selangor. Dalam Enakrnen Undang-undang Keluarga Terengganu, seseorang yang hendak berkahwin lebih daripada satu hanya perlu mendapatkan kebenaran daripada Hakim Mahkamah Syariah di Terengganu dan persoalan p e r m a s t a u t i n a n tidak timbul sama ada pemohon tinggal di negeri Terengganu a t a u tidak. Tambahan pula syarat peruntukan sama ada sudah mendapat keizinan oleh isteri yang sedia ada tidak terdapat dalam Enakrnen di negeri Terengganu. •
Kes di Singapura Ayisha Begum lwn Hajiah Maideen [1983] 3 MLJ xiv; lihat juga JH Jld VII Bhg. I Mac 1990) Dalam kes ini Mahkamah Rayuan Syariah Singapura telah menolak t u n t u t a n seorang suami untuk berpoligami di atas alasan bahawa pihak suami telah 16 • MENARA ' M A C 1997
Dalam Enakrnen Undangundang Keluarga Terengganu. seseorang yang hendak berkahwi lebih daripada satu hanya perlu mendapatkan kebenaran daripada Hakim Mahkamah Syariah di Terengganu
gagal membuktikan pengakuan yang telah be lakukan sebelum ini di Mahkamah Syariah. Sebenarnya pihak suami yang merupakan responden telah berkahwin dengan pihak perayu India pada bulan 12 Mac 1980. Responden telah balik ke Singapura selepas perkahwinan tersebut tapi kerap pulang ke India untuk tinggal bersama isteri dan anak-anaknya buat beberapa bulan. P a d a t a h u n 1986 pihak responden telah jatuh cinta dengan seorang janda yang mempunyai orang anak lalu memohon kebenaran daripada pihak M a h k a m a h Syariah untuk berkahwin dengannya. Pihak Kadi telah menulis surat kepada pihak perayu untuk mendapat pendapatnya. Pihak perayu dalam jawapannya tidak bersetuju dengan cadangan suaminya. Yang Arif Kadi, setelah menimbang keadaan kes itu termasuk sebab bantahan oleh pihak perayu telah memberi keizinan kepada pihak responden untuk berkahwin seorang lagi. Yang Arif Kadi berpendapat bahawa pendapatan responden S$l,500 sebulan cukup untuk menanggung kedua-dua isterinya. la berdasarkan bahawa pihak responden mengirimkan Rs 1,000 setiap bulan kepada i dan anak-anaknya di India dan beliau sanggup menambah nafkah itu kepada Rs 1,500 sebulan. Yang Arif Hakim juga berpendapat bahawa dengan perkahwinan pihak responden dengan janda tersebut di Singapura akan dapat membantu janda tersebut yang memerlukan pertolongan hidup dan akan hidup dalam keadaan baik. Pada akhir keputusan kes ini, Yang Arif Hakim berkata bahawa perkahwinan yang dicadangkan pihak responden itu tidak akan menjejaskan kedudukan pihak perayu kerana beliau telah sekian 1a hidup sedemikian di mana beliau berada di India dan suaminya di Singapura. Pihak perayu telah bersetuju terhadap keputusan Yang Arif Kadi itu. Jawatankuasa Rayuan Mahkamah Rayuan Syaria Singapura dalam rayuan yang dibuat oleh piahk perayu mempersoalkan sama ada pihak suami dan pihak responden mempunyai kemampuan untuk menyara isteri kedua dan lebih-lebih lagi sama ada bole melakukan keadilan terhadap kedua-dua isterinya. Pihak Jawatankuasa Rayuan juga tidak berpuas dengan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak responden bahawa beliau mampu untuk menyara
orang isteri dengan peralatan rumah yang berbeza. Dari kedua-dua alasan di atas, dapat disimpulkan bahawa Mahkamah Rayuan Syariah Singapura tidak membenarkan pihak responden u n t u k berkahwin seorang lagi, bukan kerana beliau dibuktikan tidak dapat melakukan keadilan, tetapi telah tidak berkata benar di Mahkamah Rendah Syariah. Kesimpulan Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa poligami merupakan suatu yang diharuskan oleh Syarak seperti mana yang terkandung dalam Surah an-Nisa' ayat 3:
Yang bermaksud: "Dan jika k a m u t a k u t t i d a k berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) sesiapa y a n g k a m u b e r k e n a n dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) m a k a (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." Ayat ini menggariskan sa€u prasyarat yang amat penting bagi memberi keharusan seseorang lelaki untuk berkahwin lebih dari seorang. Syarat yang paling penting ialah melakukan keadilan. Dalam hal ini, ayat tersebut telah menetapkan sekiranya dikhuatin tidak akan dapat melakukan adil maka disuruh kahwin seorang sahaja. Prasyarat ini memang terkandung dalam seksyen 23 Enakmen Undang-undang keluarga Islam Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 1984. Memang benar untuk berlaku adil bukannya mudah. Seperti pepatah mengatakan ia mudah dilafazkan tetapi susah dihayati kerana melakukan keadilan ke atas dua isteri atau lebih merupakan suatu yang subjektif. Ini diakui dalam Surah an-Nisa' ayat 129 :
Yang bermaksud: "Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguhsungguh (hendak melakukannya); oleh itu, janganlah k a m u c e n d e r u n g d e n g a n m e l a m p a u - l a m p a u (berat sebelah kepada isteri yang k a m u sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah amat pengampun, lagi amat mengasihani." Memang sukar untuk melakukan keadilan. Ini diceritakan sendiri oleh Aisyah dalam satu Hadis: "Sesungguhnya Rasulullah telah mengahwiniku pada bulan Syawal dan bergaul denganku p a d a bulan Syawal. Dan tidak adalah ada seseorang pun antara isteri-isteri baginda yang lebih dikasihi lebih dari diriku." Dari Hadis ini dapat menunjukkan kepada k i t a b e t a p a R a s u l u l l a h s.a.w yang m a k s u m dan terpelihara itu pun nampaknya tidak dapat melakukan keadilan dalam persaaan kasih sayang. Justeru itu, p a r a fuqaha tidak m e n s y a r a t k a n adil dalam kasih sayang kerana ia suatu yang abstrak. Apakah dengan alasan ini boleh membawa kepada pengharaman poligami. Apakah Malaysia mahu mengikuti jejak langkah negara Tunisia dan Turki yang m e n g h a r a m k a n langsung a m a l a n poligami? Apakah dengan pengharaman itu dapat menyelesaikan masalah sosial yang semakin hari semakin genting? Penulis beranggapan bahawa manusia yang rasional akalnya dapat menerima amalan poligami seandainya ia dilakukan dengan memenuhi syarat yang digariskan oleh hukum Syarak dan juga negara. Dalam hal ini, sekiranya prosedur yang dikatakan itu tidak dapat memberi keadilan maka perlulah kerajaan memperkenalkan peraturan dan prosedur yang lebih ketat. Kalau perbezaan peruntukan yang wujud di antara satu negeri dengan negeri lain merupakan "loopholes' undang-undang maka penulis beranggapan ia mesti diselaraskan oleh kerajaan supaya martabat dan hak keadilan wanita dapat dipertahankan. Jangan sama sekali disebabkan pentadbiran yang kurang cekap serta peraturan yang lebih memihak kepada lelaki sehinggakan boleh mengurangkan keadilan ke atas wanita menyebabkan keharusan poligami itu dianggap salah. Tetapi dalam keadaan tertentu berdasarkan maslahah 'ammah kerajaan boleh tidak membenarkan poligami diamalkan tetapi ia tidaklah boleh berbuat demikian pada peringkat kebangsaan malah adalah lebih baik dibuat secara individual. Itu pun kalau Mahkamah Syariah dapat menjalankan tugasnya dengan adil. Tetapi pada pengamatan penulis dari dua kes yang dibawa di atas cukup menggambarkan betapa lemahnya dan cepatnya Mahkamah Rendah Syariah meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami yang secara zahirnya tidak mengikut syarat yang ada dalam undang-undang keluarga Islam. MENARA • MAC 1997 • 17