DISKRIPTOR B6D1 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN MUZIK (Memberi Respon Kepada Semua Elemen Muzik Secara Kreatif dengan Betul dan Tepat) B6 D1 E1 Mengenalpasti mud sedih, riang dan takut Soalan: Melukis gambar wajah yang betul mengikut mud lagu yang diperdengarkan. Aktiviti: 1. Murid membuat persembahan di dalam kelas. 2. Guru memperdengarkan kepada murid lagu yang menunjukkan mud sedih, riang dan takut. 3. Murid melukiskan gambar wajah mengikut mud lagu yang diperdengarkan B6 D1 E2 Mengenal pasti tekstur nipis dan tebal Soalan: Sila pilih satu alat perkusi yang sesuai dan mainkan mengikut tekstur nipis dan tebal. Aktiviti: 1. Guru membunyikan beberapa alat perkusi yang menunjukkan tekstur nipis dan tebal. 2. Murid memilih satu alat muzik dan mainkan mengikut tekstur nipis dan tebal.
B6 D1 E3 Mengenal pasti dinamik kuat dan lembut Soalan : Sila lakukan pergerakan kreatif dalam kumpulan mengikut dinamik kuat dan lembut Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan lagu “Gemuruh”. 2. Murid diminta menyanyikan lagu mengkiut dinamik kuat dan lembut. 3. Murid diminta membuat gerakan kreatif berpandukan dinamik kuat dan lembut dalam kumpulan. 4. Murid diminta menyanyikan lagu dalam kumpulan dan membuat gerakan kreatifdinamik kuat dan lembut. B6 D1 E4 Mengecam bunyi pic tinggi, rendah dan pic tengah Soalan: Lari mengeliling kawan yang memegang kad ikon pic tinggi, rendah dan pic tengah dengan betul. BBB : 1. Kad ikon aras tinggi – a) Gambar kondominum – pic tinggi b) Gambar rumah dua tingkat – pic tengah c) Gambar rumah – pic rendah Aktiviti : 1. Tiga orang murid memegang kad ikon yang berbeza aras. 2. Guru memainkan pic yang berbeza pada kibod.
3. Murid lari mengelilingi murid yang memegang kad ikon berdasarkan pic yang dimainkan oleh guru. B6D1E5 Mengenal pasti warna ton suara dan perkusi Soalan : Sila nyanyikan lagu‘ Gergasi’dalam kumpulan sambil memainkan alat perkusi. Aktiviti: 1. Pelajar kumpulan pertama menyanyi lagu ‘Gergasi‘ suara lelaki dan perempuan. 2. Pelajar kumpulan kedua bermain perkusi dram dan tamborin mengikut detik. B6 D1 E6 Melakarkan grafik menunjukkan tempo cepat dan lambat Soalan: Lakarkan gambar objek yang bergerak cepat atau lambat pada kertas berdasarkan lagu yang diperdengarkan mengikut kreativiti. Aktiviti: 1 Guru memperdengarkan dua jenis lagu iaitu tempo cepat dan lambat (guru boleh menggunakan lagu sendiri). 2 Murid melakarkan grafik berdasarkan tempo cepat dan lambat berdasarkan lagu tersebut. 3 Murid dapat menerangkan kesesuaian grafik dengan tempo yang dilakar berdasarkan lagu tersebut.
B6 D1 E7 Mengenal pasti bunyi panjang dan pendek Soalan: Lakarkan pada kertas bagi menunjukkan bunyi panjang dan pendek. Aktiviti : 1. Guru menperdengarkan bunyi panjang( bunyi kereta api ) dan bunyi pendek ( titisan air ) kepada murid. 2. Murid melakarkan ikon yang melambangkan bunyi panjang dan bunyi pendek berdasarkan bunyi yang diperdengarkan oleh guru. B6 D1 E8 Membezakan ton suara Soalan : Tunjukkan kad warna yang tepat bagi membezakan suara nyaring dengan suara garau berdasarkan bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti : 1. Guru mengedarkan kad warna merah untuk suara nyaring dan kad warna hitam untuk suara garau. 2. Guru memperdengarkan bunyi suara nyaring dan garau. 3. Murid diminta mengangkat kad warna yang tepat mengikut bunyi suara yang diperdengarkan
B6D2E1 Bermain perkusi mengikut detik Soalan: Sila mainkan alat perkusi mengikut detik sambil menyanyi lagu Ayam Didik. Aktiviti: 1. Pelajar mencipta satu corak irama. 2. Pelajar memainkan corak irama tersebut sambil menyanyi lagu dan memainkan perkusi. a. Contoh corak irama: B6 D2 E2 Bermain alat perkusi dengan dinamik Soalan : Mainkan alat perkusi dengan dinamik yang tepat dan betul. BBB : 1. Ikon dinamik – a) Gambar singa – kuat b) Gambar kucing – lembut Aktiviti : 1. Guru mengedarkan lembaran kerja 2. Murid mencipta dan meletakkan ikon singa dan kucing pada dua jenis corak irama 3. Murid memainkan perkusi mengikut ikon dinamik yang telah dicipta.
a. Contoh corak irama:
Contoh lembaran kerja: Arahan: 1.Sila letakkan ikon pada corak irama di bawah mengikut kreativiti anda. 2. Kemudian mainkan perkusi mengikut dinamik yang sesuai
1. 2.
B6 D2 E3 Bermain perkusi atau menyanyi dinamik kuat dan lembut. Soalan: Letakkan ikon dinamik pada lirik lagu. kemudian nyanyian lagu mengikut dinamik yang telah ditetapkan Aktiviti : 1. 2.
Murid meletakkan ikon dinamik kuat dan lembut pada lirik lagu Murid menyanyikan lagu mengikut dinamik yang telah ditetapkan dengan tepat dan betul.
B6 D2 E4 Menyebut lirik dengan jelas Soalan: Nyanyikan lagu dengan sebutan yang jelas dan tepat. Aktiviti: 1 Guru meminta murid menyebut lirik lagu dengan tepat. 2 Guru memperdengarkan lagu kepada murid 3 Murid menyanyikan lagu dengan sebutan yang tepat. B6 D2 E5 Bernafas dengan betul pada frasa lagu yang ditetapkan Soalan: Sila letakkan kad ikon pada frasa yang sesuai. Kemudian Nyanyikan lagu dengan frasa yang betul dan tepat.
Aktiviti: 1 Guru mengedarkan lirik lagu 2 Pelajar meletakkan ikon yang menunjukkan frasa pada tempat yang sesuai. 3 Murid diminta menyanyikan lagu tersebut dengan pernafasan yang betul pada frasa yang ditetapkan. B6D2E6 Menyanyi bunyi pic tinggi, rendah dan tengah. Soalan Nyanyikan melodi dengan pic yang tepat. Aktiviti: 1. Guru menunjukkan dua jenid rangkaian melodi 2. Murid menyanyi melodi dengan pic yang tepat. a. Contoh corak irama : DO DO MI SO B6 D3 E1 Mencipta melodi So dan Mi Soalan : Ciptakan melodi So dan Mi sebanyak empat bar. Aktiviti : 1. Guru menunjukkan satu contoh melodi yang mempunyai nada So dan Mi. 2. Murid mencipta satu melodi yang mudah menggunakan nada So dan Mi. 3. Murid diminta menyanyikan melodi yang dicipta dengan tepat
B6 D3 E2 Menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan perkusi badan atau mulut Soalan : Ciptakan corak irama menggunakan ikon perkusi badan. Kemudian bunyikan perkusi badan mengikut detik lagu. Aktiviti : 1. Murid mencipta corak irama menggunakan ikon perkusi badan 2. Murid diminta membunyikan irama lagu yang dicipta dengan menggunakan perkusi badan. a. Contoh corak irama: Klik lidah tepuk tgn petik jari klik lidah B6 D3 E3 Mencipta dan memainkan corak irama Soalan: Ciptakan satu corak irama yang mudah sepanjang dua bar menggunakan ikon‐ ikon yang disediakan dan persembahkan di hadapan guru. Aktiviti: 1 Guru mengagihkan bahan‐bahan yang boleh dijadikan ikon mengikut kumpulan murid. 2 Murid diminta menciptakan corak irama menggunakan ikon yang disediakan. 3 Murid memainkan corak irama ciptaan mereka di hadapan guru a. Contoh corak irama : Kastanet loceng loceng kastanet