DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT
2013
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Cetakan Pertama © Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
KANDUNGAN RUKUNEGARA
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
vi
PENDAHULUAN
vii
MATLAMAT
vii
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH
viii
FOKUS MATA PELAJARAN
viii
ORGANISASI KANDUNGAN
ix
KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT Objektif Pendidikan Muzik Tahun Empat
3
Modul 1 : Pengalaman Muzikal
4
Modul 2 : Penghasilan Muzik
9
Modul 3 : Apresiasi Muzik
10
Modul 4 : Membaca Dan Menulis Notasi Muzik
11
Glosari
17
iii
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• • • • •
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
vi
PENDAHULUAN Kurikulum
Pendidikan
MATLAMAT Muzik
merupakan
program
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat
pembelajaran untuk tiga tahun persekolahan iaitu dari
untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta
Tahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah
dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual
(Tahap Dua). Kurikulum ini juga merupakan kesinambungan
menerusi aktiviti muzikal.
program pembelajaran Dunia Muzik (Tahun Satu hingga Tahun
Tiga)
dengan
memberi
tumpuan
kepada
perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Pada tahap ini juga, murid berpeluang untuk mempelajari pembacaan dan penulisan notasi muzik secara konvensional
seterusnya
mempraktikkan
tersebut menerusi permainan alat muzik.
kemahiran
Bagi mencapai
tujuan yang dihasratkan, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul
kurikulum iaitu
Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.
vii
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH Kurikulum
Muzik
sekolah
rendah
FOKUS MATA PELAJARAN
bertujuan
untuk
Kurikulum
Pendidikan
Muzik
sekolah
rendah
dibina
berasaskan EMPAT modul kurikulum dengan peratus
membolehkan murid mencapai objektif berikut;
pengagihan kandungan seperti berikut; i.
ii.
mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,
Modul Pengalaman Muzikal (60%)
mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik
Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti
dalam aktiviti muzikal,
nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.
Murid
berpeluang untuk memainkan rekorder sebagai alat muzik iii.
menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti
berpic.
nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik, Modul Penghasilan Muzik (20%) iv.
membaca dan menulis notasi muzik, Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang
v.
menghargai
pelbagai
jenis
muzik
dengan
menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan
vi. viii
mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
Modul Apresiasi Muzik (10%)
ORGANISASI KANDUNGAN
Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik
Dokumen ini disusun berasaskan tiga modul kurikulum
menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.
berikut:
Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10%)
i.
Pengalaman Muzikal
ii.
Penghasilan Muzik
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas
iii.
Apresiasi Muzik
membaca dan menulis notasi muzik dalam permainan alat
iv.
Membaca dan Menulis Notasi Muzik
muzik. Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang perlu dikuasai murid bagi satu tahun persekolahan.
ix
sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran
PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
dalam konteks ini boleh dijalankan dihujung pengajaran. Oleh yang demikian guru hendaklah merancang aktiviti penilaian
Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya
dengan teliti bagi memastikan pentaksiran yang relevan dan
melalui aktiviti pentaksiran. Pencapaian pelajar ditaksir untuk
menepati tujuan.
mengetahui
kadar
penerimaan
dan
penguasaan
ilmu
pengetahuan dan kemahiran muzik yang diajar. Perkara ini memerlukan aktiviti pentaksiran yang dilakukan semasa atau di penghujung aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Petunjuk pencapaian pelajar haruslah dengan eviden yang dapat menyatakan tahap pencapaian pelajar dengan jelas dan memberi guru landasan yang kukuh untuk melanjutkan aktiviti pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi.
Contoh
pentaksiran
yang
boleh
dijalankan
semasa
pengajaran dan pembelajaran ialah, pentaksiran untuk menilai keupayaan murid memahami konsep tempo cepat dan lambat atau pic tinggi dan rendah. Guru boleh mentaksir menerusi pemerhatian semasa murid membuat aktiviti pergerakan mengikut muzik. Dalam situasi yang memerlukan murid mengingat kembali perkara yang telah mereka pelajari
x
KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun Empat bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut;
i.
menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic, sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo.
ii.
memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo,
iii.
melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar,
iv.
memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan skor,
v.
meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi,
vi.
mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar,
vii.
menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter; dan
viii. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
3
KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT
MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL
Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo. Murid memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo. Murid melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. Murid memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan keratan skor mengikut tempo.
STANDARD KANDUNGAN
1.1
Menyanyi pelbagai repertoir secara solo
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.1
atau berkumpulan.
Menyanyi dengan pic yang betul -
kawalan not pendek
1.1.2
Menyanyi lagu pusingan.
1.1.3
Menyanyi solfa do, re , mi , fa , so. - menyanyi solfa dalam pelbagai corak irama
4
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.4
Mengaplikasi legato dan staccato dalam nyanyian.
1.1.5
Menyanyi dengan dinamik.
1.1.6
-
lembut ( p )
-
kuat ( f )
-
sederhana kuat ( mf )
Menyanyi dengan sebutan yang betul.
5
STANDARD KANDUNGAN
1.2
Memainkan perkusi secara solo atau
STANDARD PEMBELAJARAN
1.2.1
Memainkan corak irama berdasarkan skor.
berkumpulan daripada pelbagai repertoir. -
6
1.2.2
Memainkan perkusi dalam pelbagai tempo.
1.2.3
Memainkan perkusi dengan dinamik berdasarkan skor. -
lembut ( p )
-
sederhana lembut ( mp )
-
kuat ( f )
-
sederhana kuat ( mf )
STANDARD KANDUNGAN
1.3
Membuat pergerakan mengikut muzik.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.3.1
Membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. - ekspresi - melodi
Cadangan aktiviti: - bergerak berdasarkan situasi, tema atau puisi
1.4
Memainkan rekorder secara ensembel.
1.4.1
Memainkan not G , A , B , D’ dan C’ dengan ton yang baik.
G
A
B
C’ D’ ,
,
,
-
memainkan not
-
penjarian not G , A , B , C’ dan D’
-
pernafasan
-
perlidahan ( dengan sebutan tu)
-
embouchure
-
postur
7
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.4.2
1.4.3
1.4.4
8
Memainkan rekorder berdasarkan skor. -
memainkan frasa lagu
-
memainkan melodi kaunter
-
memainkan melodi
Memainkan rekorder mengikut tempo. -
cepat
-
lambat
Mengaplikasikan dinamik dalam permainan rekoder -
lembut ( p )
-
kuat ( f )
MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK
Murid meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi.
STANDARD KANDUNGAN
2.1
Menghasilkan idea muzikal kreatif.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1
Menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi.
2.1.2
Mencipta corak irama mudah. -
2.1.3
Mencipta dan menyanyikan melodi mudah. - mengajuk melodi - mengimprovisasi ‘jawapan’ kepada ‘soalan’ melodi yang diberikan
9
MODUL 3 : APRESIASI MUZIK
Murid mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar. STANDARD KANDUNGAN
3.1
Menghayati muzik daripada pelbagai
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.1
repertoir.
Mengenal pasti muzik yang didengar. - Alat Muzik - Cara Persembahan
3.2
-
Muzik Popular
-
Muzik Tradisional Malaysia
-
Muzik Klasik Barat
-
Muzik Asia
Menghayati nilai murni menerusi aktiviti
3.2.1
Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
muzikal Contoh nilai murni: - bekerjasama - bertanggungjawab
10
MODUL 4 : MEMBACA DAN MENULIS NOTASI MUZIK
Murid menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter.
STANDARD KANDUNGAN
4.1
Membaca dan menulis not.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 Menulis simbol. - baluk
- garis bar
- klef trebel
- garis penamat (double bar line)
11
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.2 Menama dan menulis not G, A, B, C’, D’ pada baluk.
- Semibrif - Minim - Krocet - Kuaver
12
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.3 Menulis nilai not dan tanda rehat. Jenis Not
Nilai Not
semibrif
4
minim
2
krocet
1
kuaver
½
Tanda Rehat
atau
13
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.4 Menulis meter. - menulis maksud angka atas dan angka bawah bagi meter
Contoh: bermaksud : 2 detik krocet dalam 1 bar bilangan not dalam 1 bar jenis not
14
GLOSARI
15
GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN EMPAT
PERKATAAN
PENERANGAN
Accelerando
Beransur laju/cepat.
Alat Bertali (String Instrument )
Alat muzik yang menggunakan tali untuk menghasilkan bunyi. Contoh : gitar dan violin
Alat Tiupan (Blowing Instrument)
Alat muzik yang ditiup untuk untuk menghasilkan bunyi. Contoh: clarinet, flute dan trumpet
Crescendo
Beransur kuat.
DC (Da Capo)
Ulang dari mula.
Decrescendo
Beransur lembut.
17
PERKATAAN
Dinamik (Dynamic)
PENERANGAN
Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang digunakan ialah : Istilah
Dron
DS
Simbol
Makna
Piano
p
Bunyi lembut
Forte
f
Bunyi kuat
MezzoPiano
mp
Bunyi sederhana lembut
Mezzo Forte
mf
Bunyi sederhana kuat
Not yang sama dimainkan secara berulang-ulang bagi mengiringi melodi.
Ulang dari tanda
Embouchure
Teknik bibir atau mulut ketika memainkan alat tiupan.
Fermata
Berhenti seketika dengan mengekalkan pic dalam nilai yang lebih daripada nilai sebenar.
18
PERKATAAN
PENERANGAN
Fine
Tamat.
Irama
Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek. Contoh irama:
Lagu Aksi (Action song)
Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.
Lagu Berkembar (Partner Song)
Lagu yang mempunyai pergerakan kord yang sama tetapi mempunyai melodi yang berlainan dan dinyanyikan serentak. Contoh lagu: - “ Six Little Ducks” dengan “It”s A Small World” - “Bila Abang Pulang” dengan “Abang Balik Kampung”
19
PERKATAAN
Lagu Pusingan (Round Song)
PENERANGAN
Lagu yang dinyanyikan secara lapisan. Lagu bermula dengan satu lapisan melodi diikuti oleh lapisan melodi yang sama dinyanyikan pada tempat permulaan yang berlainan dalam lagu tersebut.
Legato
Lancar.
Melodi (Melody)
Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur. Contoh Melodi:
Melodi Bertangga
Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berdekatan.
Melodi Kaunter
Melodi yang mengiringi melodi utama dalam sesebuah lagu.
Melodi Melompat
Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berjauhan.
20
PERKATAAN
PENERANGAN
Mud (Mood)
Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.
Muzik Asia ( Asian Music)
Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah: a. Ghazal dari Malaysia b. Gamelan Bali dari Indonesia.
Muzik Instrumental
Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental
(Instrumental Music)
boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.
Muzik Klasik Barat
Muzik yang berasal dari negara Barat.
(Western Classical Music)
Contoh: Symphony No. 5 oleh Beethoven.
Muzik Popular (Popular Music)
Muzik semasa yang dikenali ramai.
Muzik Tradisional Malaysia
Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.
( Malaysian Traditional Music)
Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.
21
PERKATAAN
PENERANGAN
Muzik Vokal (Vocal Music)
Muzik yang mengandungi nyanyian.
Ostinato Irama
Corak irama pendek yang dimainkan berulangkali. Lazimnya ostinato irama mengiringi melodi.
Ostinato Melodi
Melodi pendek yang dimainkan berulangkali . Lazimnya untuk mengiringi melodi utama.
Perlidahan (Tonguing)
Teknik tiupan menggunakan lidah untuk mengawal penghasilan ton bagi alat-alat tiupan.
Permainan Nyanyian
Permainan yang dimainkan dengan iringan lagu yang dinyanyikan oleh pemain.
(Singing Games)
Perkusi (Percussion)
Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi. Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborin
Pic (Pitch)
22
Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.
PERKATAAN
Postur (Posture)
PENERANGAN
Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik.
Repertoir (Repertoire)
Koleksi lagu.
Ritardando
Beransur lambat.
Slur
Memainkan dua not yang dikait dengan lancar.
Solfa
Sistem yang digunakan dalam nyanyian untuk mengenal pasti pic tertentu.
Staccato
Tersekat-sekat.
Teknik konvensional
Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.
23
PERKATAAN
Tekstur (Texture)
PENERANGAN
Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik. Contoh : tekstur tebal atau nipis.
Tie
Tempo (Tempo)
Sambungan dua atau lebih not yang sama pic.
Kelajuan sesuatu karya muzik. Contoh: Tempo cepat atau lambat.
Warna ton (Tone Colour)
Kualiti sesuatu bunyi. Contoh: Warna ton suara lelaki – garau / kasar / keras Warna ton suara perempuan – lembut / halus
24
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk