KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DUNIA MUZIK TAHUN SATU
2010
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU
DUNIA MUZIK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2010
KANDUNGAN RUKUNEGARA
iii
FALSAFAH PENDIDIKAN
iii
PENDAHULUAN
iv
MATLAMAT
iv
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH
v
FOKUS MATA PELAJARAN
v
ORGANISASI KANDUNGAN
vi
KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1 Objektif Dunia Muzik Tahun 1
2
Modul 1 : Pengalaman Muzikal
3
Modul 2 : Penghasilan Muzik
7
Modul 3 : Apresiasi Muzik
9
Glosari
13
RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan
hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
seluruh
hidup
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
Tuhan.
masyarakatnya;
memelihara
satu
cara
tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
menggunakan sains dan teknologi moden;
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
MAKA
KAMI,
rakyat
Malaysia,
berikrar
akan
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan
mencapai
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
prinsip berikut :-
negara.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iii
PENDAHULUAN Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah
MATLAMAT merupakan
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat
program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan.
untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan
Kurikulum ini digubal dengan memberi tumpuan kepada
kreatif yang menghayati dan menikmati muzik secara
perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang
intelektual menerusi aktiviti muzikal.
muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Bagi mencapai tujuan tersebut, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul utama iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.
iv
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH
FOKUS MATA PELAJARAN
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina berasaskan empat modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan seperti berikut;
i.
ii.
mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,
Modul Pengalaman Muzikal (60%) Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik.
mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal, Modul Penghasilan Muzik (20%)
iii.
menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,
iv.
membaca dan menulis notasi muzik,
Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
Modul Apresiasi Muzik (10%) v.
menghargai
pelbagai
jenis
muzik
dengan
menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya
Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.
muzik yang didengar; dan Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10% bermula di Tahun 4) vi.
mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal. Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik.
v
ORGANISASI KANDUNGAN Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan
Dari
tahun
satu
hingga
tiga,
Muzik
diajar
dengan
program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu
pendekatan bertema yang menitik beratkan elemen-elemen
dari tahun satu hingga tahun enam. Kandungan dokumen
kreativiti. Tema-tema tersebut ialah Aku dan Muzik, Mulanya
ini disusun berasaskan modul kurikulum berikut:
Di Sini dan Alunan Muzik Ku.
Tema-tema ini dirancang
sebagai platform awal kepada murid untuk mengenali dan i.
Pengalaman Muzikal
menguasai kemahiran muzikal. Murid berpeluang berkarya
ii.
Penghasilan Muzik
secara kreatif dan seterusnya menghargai nilai estetik
iii.
Apresiasi Muzik
muzik. Dari tahun tiga hingga enam, fokus pengajaran dan
iv.
Membaca dan Menulis Notasi Muzik
pembelajaran murid akan diperluas kepada permainan alat muzik berpic iaitu rekorder dan xylofon serta pengenalan
Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap.
kepada penggunaan perisian notasi muzik.
Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang harus dikuasai murid.
vi
KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1
OBJEKTIF DUNIA MUZIK TAHUN 1 Kurikulum Dunia Muzik Tahun 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut;
i.
menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo,
ii.
memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo,
iii.
memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik,
iv.
menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal,
v.
mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar; dan
vi.
mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.
2
KURIKULUM DUNIA MUZIK TAHUN 1
MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL
Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan dinamik yang sesuai serta sebutan dan postur yang betul mengikut tempo. Murid memainkan perkusi dengan dinamik yang sesuai mengikut tempo. Murid memberi respon terhadap muzik yang didengar menerusi pergerakan mengikut dinamik, pic, tempo, bunyi panjang dan pendek, mud serta lirik.
STANDARD KANDUNGAN
1.1
Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul. - suara bercakap - suara menyanyi - suara memanggil - suara berbisik - suara lelaki dan perempuan
3
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.2
Menyanyi dengan postur yang betul. - postur duduk - postur berdiri
1.1.3 Mengajuk pic dengan tepat. - pic tinggi - pic rendah
1.1.4 Menyanyi mengikut tempo. - cepat - lambat
1.1.5 Menyanyi dengan dinamik. - lembut ( p ) - kuat ( f )
4
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.6 Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.
1.2
Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
1.2.1 Memainkan perkusi mengikut detik. - postur - cara memainkan
1.2.2 Memainkan perkusi mengikut tempo. - cepat - lambat
1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik. - lembut ( p ) - kuat ( f )
5
STANDARD KANDUNGAN
1.3
Membuat pergerakan mengikut muzik.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi. - dinamik kuat/ lembut - pic tinggi/ rendah - tempo cepat/ lambat - bunyi panjang/ pendek
1.3.2 Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik. - lagu aksi (action song) - permainan nyanyian (singing games)
6
MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK
Murid menghasilkan pelbagai bunyi, corak irama dan melodi menerusi aktiviti muzikal.
STANDARD KANDUNGAN
2.1
Menghasilkan idea muzikal kreatif
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokaan suara, perkusi badan dan perkusi mulut.
Aktiviti penerokaan suara: - meniru suara haiwan - meniru bunyi kenderaan dan alam semula jadi
Aktiviti perkusi badan: - bertepuk tangan - menepuk peha - memetik jari
Aktiviti perkusi mulut: - klik lidah
7
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.2 Mencipta corak irama mudah. - mengajuk corak irama - mencipta „jawapan‟ kepada „soalan„ irama yang diberikan
2.1.3 Mencipta melodi mudah menggunakan vokal sepanjang 1 frasa. - mengajuk melodi - mengimprovisasi „jawapan‟ kepada „soalan‟ melodi yang diberikan
8
MODUL 3 : APRESIASI MUZIK
Murid mengenal pasti warna ton suara manusia daripada muzik yang didengar. Murid mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar.
STANDARD KANDUNGAN
3.1
Menghayati muzik daripada pelbagai
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.1
repertoir.
Mengenal pasti warna ton suara manusia yang didengar. - suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara dewasa.
-
Muzik Popular
-
Muzik Tradisional Malaysia
-
Muzik Klasik Barat
didengar.
-
Muzik Asia
- mud (riang, sedih, marah dan takut)
3.1.2
Mengenal pasti mud, tempo, tekstur dan dinamik daripada muzik yang
- tempo (cepat-lambat) - tekstur (solo-kumpulan dan nipis-tebal) - dinamik (kuat-lembut)
9
GLOSARI
GLOSARI KURIKULUM DUNIA MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN 1
PERKATAAN
Dinamik (Dynamic)
PENERANGAN
Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang digunakan ialah :
Istilah
Simbol
Makna
Piano
p
Bunyi lembut
Forte
f
Bunyi kuat
Lagu aksi (Action song)
Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.
Melodi (Melody)
Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.
Contoh Melodi:
13
PERKATAAN
PENERANGAN
Mud (Mood)
Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.
Muzik Asia (Asian Music)
Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah: a. Ghazal dari Malaysia b. Gamelan Bali dari Indonesia.
Muzik instrumental
Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental
(Instrumental Music )
boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.
Muzik Klasik Barat
Muzik klasik yang berasal dari negara Barat.
(Western Classical Music)
Contoh: Symphony No.5 oleh Beethoven.
Muzik Popular (Popular Music )
Muzik semasa yang dikenali ramai.
Muzik Tradisional Malaysia
Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.
(Malaysian Traditional Music)
Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.
14
PERKATAAN
PENERANGAN
Muzik Vokal (Vocal Music )
Muzik yang mengandungi nyanyian.
Permainan Nyanyian
Lagu khusus untuk permainan tertentu. Contoh : Lagu “Nenek Si Bongkok Tiga”
(Singing Games)
Pic (Pitch)
Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.
Postur (Posture)
Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik.
Repertoir (Repertoire)
Koleksi lagu.
Teknik konvensional
Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.
Tempo (Tempo)
Kelajuan sesuatu karya muzik. Contoh: Tempo cepat atau lambat.
15
PERKATAAN
PENERANGAN
Tekstur (Texture)
Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik.
Warna ton (Colour Tone )
Kualiti sesuatu bunyi yang dihasilkan. Contoh: Warna ton suara lelaki berbeza dengan warna ton suara perempuan.
16
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUUM ARAS 4 – 8, BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Tel 03 8884 2000 Fax 03 8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk