1 DESKRIPTOR B5D1 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN MUZIK (Memberi respon kepada semua elemen muzik dengan betul dan tepat) B5D1E1 Mengenalpasti mud sedih, ri...
DESKRIPTOR B5D1 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN MUZIK (Memberi respon kepada semua elemen muzik dengan betul dan tepat) B5D1E1 Mengenalpasti mud sedih, riang dan takut Soalan: Tunjukkan ekspresi muka mengikut lagu yang diperdengarkan. Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan lagu ‘Mari Bergerak’, ‘Tidurlah Adikku’, dan ‘Gergasi’. 2. Murid menunjukkan ekspresi muka dengan mud yang sesuai. B5D1E2 Mengenalpasti tekstur tebal dan nipis Soalan: Lakukan pergerakan yang menunjukkan tekstur tebal dan nipis dengan betul dan tepat mengikut pola irama.
Contoh pola irama Aktiviti: 1. Guru membahagi murid kepada dua kumpulan 2. Kumpulan A mewakili ikon buku. 3. Kumpulan B mewakili ikon kertas. 4. Murid akan menunjukkan gerakan berpandukan ikon. - tebal –hentak kaki - nipis‐ petik jari
B5D1E3 Mengenal pasti dinamik kuat dan lembut Soalan: Tunjukkan ikon yang sesuai berdasarkan dinamik yang dibunyikan Aktiviti: 1. guru memperdengarkan bunyi harimau, kucing, burung, gajah dan sebagainya. 2. Murid memberi respon dengan menunjukkan ikon yang sesuai iaitu :
kuat lembut B5D1E4 Mengecam bunyi pic tinggi, rendah dan pic tengah Soalan: Lakukan pergerakan yang menunjukkan pic tinggi‐melompat, rendah‐membongkok dan pic tengah‐ berdiri. Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan bunyi pic tinggi, rendah dan tengah pada kibod 2. Murid meneka bunyi sama ada pic tinggi,rendah dan tengah 3. Murid membuat pergerakan seperti yang telah ditunjukkan yang menunjukkan pic tinggi,rendah dan tengah. B5D1E5 Mengenalpasti warna ton suara dan perkusi Soalan: Tuliskan samaada kasar atau halus pada bunyi yang akan diperdengarkan Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan satu persatu bunyi alat perkusi atau bunyi suara. 2. Murid menulis sama ada bunyi tersebut kasar atau halus. 3. Contohnya bunyi drum=kasar, bunyi kastanet=halus, bunyi suara menjerit=kasar dan sebagainya.
B5D1E6 Melakarkan grafik menunjukkan tempo cepat dan lambat Soalan Lukiskan ikon berdasarkan lagu yang dimainkan. a) Cepat CD 1 lagu see‐saw (KSSR Tahun2 ) b) Lambat CD 2 lagu tidurlah adik (KSSR Tahun 2) Aktiviti : 1. Guru menunjukkan ikon siput dan kuda 2. Guru memperdengarkan lagu see‐saw. 3. Murid melukiskan ikon yang sesuai. ( seperti kuda‐cepat) 4. Guru mainkan lagu tidurlah adik . 5. Murid melukiskan ikon yang sesuai .(seperti siput‐lambat) 6. Guru mendapat maklumbalas murid tentang tempo setelah mendengar lagu yang dimainkan . B5D1E7 MENGENAL PASTI BUNYI PANJANG PENDEK. Soalan: Bulatkan lirik lagu yang menunjukkan bunyi panjang dan bunyi pendek Aktiviti: 1. Guru mengedarkan lirik lagu “See Saw” 2. Guru memperdengarkan lagu “See Saw” 3. Murid membulatkan lirik lagu yang menunjukkan bunyi panjang dan bunyi pendek. B5D1E8 Membezakan ton suara Soalan: Tuliskan jenis suara sama ada bercakap, memanggil, menyanyi atau berbisik. Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan jenis jenis suara. 2. Murid menulis jenis suara tersebut pada sehelai kertas.
DISKRIPTOR B5D2 KEMAHIRAN MUZIK (Menunjukkan Cara Nyanyian dan Permainan lat Perkusi dnegan Betul) B5D2E1 Memainkan perkusi mengikut detik. Soalan: Sila mainkan kastanet mengikut detik lagu yang diperdengarkan Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan lagu. 2. Murid memainkan kastanet mengikut detik lagu B5D2E2 Bermain alat perkusi dengan dinamik. Soalan: Sila mainkan kastanet dengan dinamik yang betul. Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan lagu. 2. Murid memainkan alat mengikut detik 3. Murid memainkan alat mengikut dinamik yang betul 4. Contohnya apabila guru manunjukkan ikon singa murid menepuk kastanet dengan kuat dan apabila guru menunjukkan ikon kucing, murid menepuk kastanet dengan perlahan B5D2E3 Bermain perkusi atau menyanyi dengan dinamik kuat dan lembut. Soalan: Nyanyikan lagu dengan dinamik yang betul berpandukan ikon yang akan ditunjukkan. Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan lagu ‘main perkusi’. 2. Murid menyanyikan lagu tersebut dengan dinamik kuat dan lembut mengikut ikon yang akan ditunjukkan oleh guru. B5D2E4 Menyebut lirik dengan jelas. Soalan: Nyanyikan lagu tersebut dengan sebutan yang tepat dan jelas
Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan lagu 2. Murid menyanyikan lagu dengan sebutan yang jelas dan tepat. B5D2E6 Menyanyi bunyi pic tinggi, rendah dan tengah Soalan: Nyanyikan pic do,mi dan so dengan tepat. Aktiviti: 1. Guru memperdengarkan bunyi pic do, mi dan so 2. Murid diminta menyanyikan pic mengikut ikon yg diberikan.
SO =
a.
MI=
DO=
=DO MI DO DO
b.
= DO MI SO DO
c.
= SO MI SO SO
3. Murid menyanyikan pic yang telah disusun dengan tepat
B5D2E5 BERNAFAS DENGAN BETUL PADA FRASA LAGU YANG DITETAPKAN. Soalan : Sila tunjukkan ikon dengan betul dan tepat pada frasa lagu Aktiviti: 1. Guru mengedarkan ikon bintang 2. Murid menyanyikan lagu ‘Hidup Semut’ yang diperdengarkan. 3. Murid mengangkat ikon dengan betul dan tepat pada frasa lagu sambil menyanyi.